SISTEM PEMANTAUAN BENCANA ALAM BERASASKAN …ir.fsksm.utm.my/242/1/Nurhalilawatiaco73104ttp.pdf ·...
Transcript of SISTEM PEMANTAUAN BENCANA ALAM BERASASKAN …ir.fsksm.utm.my/242/1/Nurhalilawatiaco73104ttp.pdf ·...
SISTEM PEMANTAUAN BENCANA ALAM BERASASKAN TEKNOLOGI WEB DAN SMS
NUR HALILAWATI BT HUSIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
“Buat keluarga tersayang ayah, mak dan adik. Terima kasih yang tidak terhingga
diatas dorongan dan sokongan yang telah diberikan. Sesungguhnya kejayaan ini
adalah hak milik kita sekeluarga”
“Buat rakan-rakan seperjuangan Rafidah Sanuri, Nurul Liyana, Norashikin dan
Yaya Maksom yang tidak jemu memberi pandangan dan idea, sokongan dan
bantuan yang tidak terhingga. Semoga jasa kalian akan diberkati oleh Allah SWT.
Terima kasih diucapkan.”
i
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada En.
Mohd Fo’ad Rohani, selaku penyelia projek di atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh perlaksanaan Projek Sarjana Muda ini. Tanpa tunjuk
ajar dari beliau tentu projek ini tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa dan keluarga
tersayang diatas sokongan dan dorongan mereka yang banyak membantu dari segi
psikologi untuk menyiapkan projek akhir ini. Sememangnya, ia telah memberikan
sokongan serta semangat yang amat bernilai.
Akhir sekali, ribuan terima kasih turut diucapkan kepada semua
pensyarah dan rakan-rakan yang telah memberikan bantuan sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
ii
ABSTRAK
Bencana alam seperti puting beliung, letusan gunung berapi, banjir, tsunami,
gempa bumi dan tanah runtuh merupakan bencana yang berlaku tanpa diduga.
Kebanyakan bencana ini saling berkaitan sebagai contoh gempa bumi yang kuat
boleh mengakibatkan tsunami dan puting beliung boleh menyebabkan banjir besar.
Jadi tanpa amaran kecemasan daripada pihak bertanggungjawab, langkah berjaga-
jaga tidak dapat diambil lalu meningkatkan kesan kemusnahan pada harta benda dan
kehilangan nyawa. Oleh itu, pembangunan Sistem Pemantauan Bencana Alam
Berasaskan Teknologi Web dan SMS bertujuan mengaplikasikan kemudahan
teknologi maklumat untuk memudahkan penyaluran maklumat berkaitan bencana
alam seiring dengan dunia digital tanpa sempadan. Selain itu penggunaan teknologi
telekomunikasi tanpa wayar semakin meningkat begitu juga dengan penggunaan
perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS (Short Message
Service). Sistem ini juga akan menggunakan SMS sebagai satu medan
telekomunikasi di antara sistem dan pengguna serta pihak berkuasa yang terlibat.
Segala maklumat berkenaan dengan bencana alam akan segera dihantar oleh sistem
kepada pengguna yang berdaftar. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan
perisian Microsoft Visual Studio 2008 yang mempunyai ASP.Net didalamnya.
Perisian Microsoft SQL Server digunakan untuk membina pangkalan data bagi
penyimpanan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh sistem. Hasil projek ini
adalah Sistem Pemantauan Bencana Alam Berasaskan Teknologi Web dan SMS
sebagai medan untuk menghantar maklumat bencana kepada pengguna berdaftar.
iii
ABSTRACT
Natural hazard such as tornado, volcano eruption, earthquake, flood, tsunami
and landslide occurs without any notice. Many of these natural hazards are related
e.g. earthquake can lead to tsunami and tornado can result in massive flood. So
without emergency notice from authority, prevention cannot be done to resist the
disasters which lead to increasing financial and human losses. The purpose of
developing the Web-Based and SMS-Based Natural Disaster Monitoring System
(Sistem Pemantauan Bencana Alam Berasaskan Teknologi Web dan SMS) is to
apply the information technology facility utilization to facilitate and manage natural
disasters with borderless digital world. Apart from that usage of wireless
telecommunication technology is rapidly increasing and same goes with text
messages or better-known as SMS (Short Message Service). This system will also
use SMS as a telecommunication field between systems, consumers and the
involved authorities. All information on natural disaster will be soon delivered by
system to registered consumers. This system has been developed by using Microsoft
Visual Studio software 2008 which possess internal ASP.Net. Microsoft SQL Server
software used to build database for information storage needed by system. The result
of the project is Web-Based and SMS Natural Disaster Monitoring System (Sistem
Pemantauan Bencana Alam Berasaskan Teknologi Web dan SMS) as field or centre
to send disaster information to registered users.
IV
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Matlamat Projek 4
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 5
1.6 Kepentingan Projek 6
1.7 Laporan Organisasi 6
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada 9
2.2.1 e-Bencana Alam-Jabatan Kerjaraya
Malaysia
9
V
2.2.2 Jogja Early Warning Sistem. 10
2.2.3 Perbandingan Sistem. 11
2.3 Perkhidmatan Pesanan Ringkas 13
2.3.1 Operasi SMS dalam sistem pemantauan
Bencana alam
13
2.4 Kajian Perkembangan Aplikasi Web 14
2.5 Kajian Teknologi/Teknik Yang Digunakan 14
2.5.1 Bahasa Pengaturcaraan ASP.NET 15
2.5.2 Microsoft SQL Server 2005 16
2.6 Rumusan
16
BAB 3 METODOLOGI PROJEK
17
3.1 Pengenalan 17
3.2 Model Prototaip 18
3.3 Justifikasi Pemilihan Model Prototaip 18
3.4 Fasa-Fasa dalam Metodologi Prototaip 19
3.4.1 Fasa Perancangan 20
3.4.2 Fasa Analisa 20
3.4.3 Fasa Rekabentuk 21
3.4.4 Fasa Pelaksanaan 21
3.4.5 Fasa Pengujian 22
3.4.6 Fasa Penyelenggaraan 22
3.5 Pemilihan Unified Modeling Language Language (UML)
23
3.6 Keperluan Perkakasan dan Perisian 23
3.6.1 Justifikasi Perkakasan 24 3.6.2 Justifikasi Perisian 24
3.6 Rumusan 25
BAB 4 REKABENTUK AWALAN 27 4.1 Pengenalan 27
VI
4.2 Senibina Sistem 28
4.3 Rekabentuk Modul 30
4.3.1 Modul Pengguna 30
4.3.2 Modul Pihak Berkuasa 31
4.3.3 Modul Pentadbir Sistem 31
4.4 Rekabentuk Aliran Proses 31
4.4.1 Rajah Kes Guna 32
4.4.2 Aktor 32
4.4.3 Kes Guna 34
4.5 Rajah Jujukan 36
4.6 Rekabentuk Input SMS 39
4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 39
4.8 Rekabentuk Antaramuka 45
4.8.1 Antaramuka Sistem 45
4.9 Rumusan 50
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 51
6.1 Pengenalan 51
6.2 Konfigurasi Sistem Pemantauan Bencana
Alam
52
5.2.1 Konfigurasi Pangkalan Data 52
5.2.2 Pembangunan Aplikasi WeB 53
5.2.2.1 Fungsi Pengurusan Maklumat 54
5.2.3 Pembangunan Teknologi SMS 60
5.2.3.1 Konfigurasi Modem GSM 61
5.2.3.2 Fungsi SMS 64
5.3 Pengujian Kotak Putih 66
5.4 Pengujian Sistem 66
5.4.1 Pengujian Terhadap Login Pengguna. 67
5.4.2 Pengujian Pendaftaran Pengguna 68
VII
5.4.3 Pengujian Aduan Pengguna Menggunakan SMS
70
5.4.4 Pengujian Intergrasi Modem GSM Dengan Sistem
72
5.5 Pengujian Intergrasi Modul 73
5.6 Rumusan 73
BAB 6 KESIMPULAN 75
6.1 Pengenalan 75
6.2 Hasil dan Pencapaian 76
6.3 Kelebihan Sistem 76
6.4 Kelemahan dan Kekangan Sistem 77
6.5 Cadangan Peningkatan 79
6.6 Rumusan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN A-C 81
VIII
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK HALAMAN
2.1 Perbandingan Antara Sistem 12
3.1 Perkakasan Yang Diperlukan Untuk
Membangunkan Sistem Pemantauan Bencana
Alam Berasaskan Teknologi Web Dan SMS
24
4.1 Penerangan Peranan Aktor 32
4.2 Jadual Kes Guna Yang Terlibat 35
4.3 Rekabentuk Format SMS Pengguna 39
4.4 Struktur Jadual Pengguna 40
4.5 Struktur Jadual Aduan 40
4.6 Struktur Jadual AduanSMS 41
4.7 Struktur Jadual LoginAdmin 42
4.8 Struktur Jadual LaporanPB 42
4.9 Struktur Jadual PihakBerkuasa 43
4.10 Struktur Jadual RekodBencana 44
4.11 Struktur Jadual StatusBencana 44
IX
SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Antaramuka Utama e-Bencana Alam
Jabatan Kerjaraya Malaysia
10
2.2 Antaramuka Utama Jogja Early Warning
System
11
3.1 Model Prototaip Penjelajahan 19
4.1 Rekabentuk Senibina bagi Sistem
Pemantauan Bencana Alam Berasaskan
Teknologi Web Dan SMS
29
4.2 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pengguna 33
4.3 Rajah Kes Guna Bagi Pihak Berkuasa 33
4.4 Rajah Kes Guna Bagi Pentadbir Sistem 34
4.5 Rajah Jujukan Pengguna Membuat Aduan
Bencana
36
4.6 Rajah Jujukan Pihak Berkuasa Membuat
Pengesahan Bencana
37
4.7 Rajah Jujukan Pengguna Terima Aduan 38
4.8 Rajah Jujukan Login Sistem Pentadbir 38
4.9 Antaramuka Halaman Utama Sistem 46
4.10 Antaramuka Halam Utama Pengguna 47
4.11 Antaramuka Pendaftaran Pengguna 48
4.12 Antaramuka Aduan Bencana Secara Atas
Talian
49
4.13 Antaramuka Senarai Aduan Pengguna 50
5.1 Keratan Aturcara Hubungan Sistem dan
Pangkalan Data
53
5.2 Keratan Aturcara Konfigurasi Pangkalan 54
X
Data
5.3 Antaramuka Borang Pendaftaran
Pengguna
55
5.4 Aturcara Fungsi Daftar Pengguna 56
5.5 Keratan Aturcara Bagi Paparan Maklumat
Pengguna
57
5.6 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna 58
5.7 Antaramuka Kemaskini Alamat Pengguna 59
5.8 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Kemaskini
Maklumat
60
5.9 Kod Aturcara Untuk Sambungan Modem
GSM
61
5.10 Keratan Aturcara Penerimaan dan
Penghantar SMS
62
5.11 Antaramuka Penerimaan Aduan Bencana
Menggunakan SMS
63
5.12 Keratan Aturcara Untuk Tutup
Sambungan Modem GSM
63
5.13 Paparan Input Yang Dihantar Oleh
Pengguna
64
5.14 Keratan Aturcara Terima Aduan Bencana
Dari Pengguna
65
5.15 Antaramuka Log Masuk Bagi Pentadbir
Sistem
67
5.16 Kotak Mesej Ralat 68
5.17 Antaramuka Ralat Pengesahan Input 69
5.18 Kotak Mesej Pendaftaran Berjaya 69
5.19 Paparan Aduan Bencana Yang Dihantar
Oleh Pengguna
70
5.20 Mesej Ralat 71
5.21 Pengujian Aduan Diterima Sistem Secara
SMS
71
5.22 Antaramuka Intergrasi Sistem dan 72
XII
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN ISTILAH
ASP.Net Active Server Pages
C# C Sharp
CPU Central Processing Unit
PSM Projek Sarjana Muda
UML Unified Modelling Language
SMS Shortest Messages Services
HTML Hypertext Markup Language
IIS Internet Information Services
SQL Structured Query Language
VB Visual Basic
GSM Global System For Mobile Comunication
XIII
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Gantt PSM1 82
Carta Gantt PSM2 83
B B1 Rajah Jujukan Pengguna Login 85
B2 Rajah Jujukan Kemaskini
Maklumat Pihak Berkuasa
86
B3 Rajah Jujukan Pengguna
Kemaskini Maklumat
87
B4 Rajah Kemaskini Maklumat
Sistem Bagi Pentadbir Sistem
88
C C1 Log Masuk Pihak Berkuasa 90
C2 Laman Utama Pihak Berkuasa 92
C3 Antaramuka Untuk Kemaskini
Pihak Berkuasa
93
C4 Antaramuka Untuk Pihak
Berkuasa Mensahkan Aduan
Bencana
94
C5 Antaramuka Untuk Pihak
Berkuasa Membuat Laporan
Bencana
95
C6 Antaramuka Paparan Status
Bencana
96
C7 Antaramuka Paparan Rekod
bencana
97
C8 Antaramuka Log Masuk Sistem 98
C9Antaramuka Pentadbir Sistem 99
XIV
C10Antaramuka Kemaskini
Maklumat Pengguna
100
C11 Antaramuka Aduan 101
C12 Antaramuka Rekod Bencana 102
C13 Antaramuka Status Bencana 103
C14 Antaramuka Kemaskini Rekod
Bencana
104
C15 Antaramuka Kemaskini Status
Bencana
105
C16 Antaramuka Penghantaran
SMS
106
C17 Antaramuka Log Masuk
Sistem
107
C18 Halaman Utama Pengguna
Sistem
108
C19 Pendaftaran Pengguna Baru 109
C20 Antaramuka Kemaskini
Pengguna
110
C21 Antaramuka Aduan 111
C22Antaramuka Paparan Aduan 112
C23 Antaramuka Paparan Status
Bencana
113
C24 Antaramuka Paparan Rekod
Bencana
114
C25 Antaramuka Paparan Laporan
Bencana
115
C26 Format SMS Aduan Bencana 116
C27 Maklumbalas Sistem Kepada
Pengguna
117
C28 Maklumbalas Sistem Kepada
Pengguna Berdaftar lain Mengenai
Aduan Bencana
118
C29 Mesej Ralat 119
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan era teknologi maklumat pada masa kini telah memberi impak
yang amat besar kepada pelbagai sektor. Banyak pihak yang menyedari kepentingan
teknologi maklumat telah berlumba-lumba mengaplikasikan teknologi tersebut dalam
mempermudahkan tugas-tugas seharian mereka. Ini selaras dengan matlamat Negara
untuk menjadikan masyarakat celik IT dan berteknologi tinggi.
Tidak setakat itu sahaja, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi juga
dilihat berperanan mempertingkatkan kemunculan teknologi baru yang mampu
mengubah gaya hidup masyarakat masa kini. Antaranya adalah penggunaan telefon
bimbit yang menjadi satu keperluan yang amat penting di kalangan masyarakat di dalam
menjalani kehidupan seharian.
2
Bencana alam seperti puting beliung, letusan gunung berapi, banjir, tsunami,
gempa bumi dan tanah runtuh merupakan bencana yang berlaku tanpa diduga.
Kebanyakan bencana ini saling berkaitan sebagai contoh gempa bumi yang kuat boleh
mengakibatkan tsunami dan puting beliung boleh menyebabkan banjir besar. Jadi tanpa
amaran kecemasan daripada pihak bertanggungjawab, langkah berjaga-jaga tidak dapat
diambil lalu meningkatkan kesan kemusnahan pada harta benda dan kehilangan nyawa.
Cadangan untuk membangunkan sebuah prototaip sistem pemantauan bencana
alam berasaskan teknologi web dan sms merupakan penggunaan kemudahan teknologi
maklumat untuk memudahkan urusan bencana alam seiring dengan dunia digital tanpa
sempadan. Ianya boleh merapatkan jurang teknologi seiring dengan matlamat negara
melalui penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC). Sistem pemantauan bencana
alam berasaskan teknologi web dan sms adalah sebuah sistem yang memberi maklumat
dan peringatan terkini terhadap bencana yang terjadi di kawasan atau sekitar pengguna
yang berdaftar. Penggunaan teknologi pesanan ringkas (SMS) membolehkan sistem
menyalurkan maklumat dengan cepat dan pantas.
Dari segi perjalanan sistem ini, pengguna berdaftar akan melaporkan kejadian
bencana kepada sistem. Seterusnya pihak berkuasa akan mengesahkan bencana yang
berlaku. Sekiranya bencana berlaku, sistem akan menghantar pesanan ringkas ( SMS)
kepada penggguna . SMS yang dihantar berdasarkan kategori bencana, alamat dan
bandar tempat berlakunya bencana. Pengguna juga boleh melayari web untuk
mengetahui maklumat mengenai berlakunya bencana. Dengan demikian, ia dapat
mengelakkan dan mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda. SMS merupakan
teknologi yang dapat dicapai secara mudah, murah dan dapat diterima oleh masyarakat
dalam waktu yang singkat dan lebih efektif.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan laporan akhbar, kita telah melihat beberapa bencana alam yang
membawa kepada kemusnahan jiwa manusia dan kerosakan harta benda. Bencana alam
yang terjadi tidak mengenal sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira
sama ada, negara maju atau sedang maju. Di Malaysia bencana alam seperti banjir telah
melanda beberapa negeri di selatan Malaysia. Misalnya negeri Johor telah dilanda banjir
besar mulai 18 Disember 2006 hingga 12 Januari 2007. Banjir ini turut dirasai di negeri-
negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika
musim tengkujuh di negeri Kelantan dan Terengganu. Selain itu, tiada siapa yang boleh
menduga pada 26 Disember 2004 lalu berlaku satu bencana yang sangat dasyat dalam
sejarah Malaysia. Kejadian tsunami telah mengakibatkan kehilangan 68 nyawa,
berlakunya kerosakan harta benda, tempat kediaman dan penempatan serta hilang punca
pendapatan. Selain daripada itu, kita juga digemparkan dengan berlakunya kejadian
tanah runtuh pada 6 Disember 2008 di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.
Kejadian ini telah menyebabkan 14 buah banglo tertimbus, 2 terbunuh dan 15 cedera
serta jalan utama di kawasan tersebut tidak boleh dilalui. Ramai yang berpendapat
proses pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan fenomena ini. Namun
sesetengah pihak merasakan proses globalisasi juga menyumbang kepada kemusnahan
dan bencana alam.
Seperti yang kita sedia maklum ada di kalangan masyarakat masa kini lambat
menerima maklumat mengenai berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan
kebakaran. Ini disebabkan kesibukan mereka mencari rezeki sehingga tidak sempat
membeli dan membaca surat khabar atau menonton televisyen untuk mengetahui berita
terkini seperti berlakunya bencana di sesuatu kawasan. Walaupun teknologi maklumat
berkembang dengan pesat ada juga di kalangan masyarakat tidak berminat melayari
internet untuk mengetahui maklumat mengenai berlakunya bencana. Ini mungkin
kerana website bencana alam yang sedia ada tidak menarik perhatian dan tidak
4
memaparkan maklumat yang lebih spesifik tempat berlakunya bencana alam di dalam
sesebuah negeri.
Dengan wujudnya sistem pemantauan bencana alam berasaskan teknologi web
dan sms, sebuah sistem yang memberi maklumat mengenai kejadian bencana di sesuatu
kawasan dengan lengkap. Di samping itu, peringatan terkini terhadap bencana yang
terjadi di kawasan atau sekitar pengguna yang berdaftar dapat disalurkan dengan cepat
dan pantas menggunakan mesin pesanan ringkas (SMS).
1.3 Matlamat Projek
Tujuan projek ini membangunkan sistem pemantauan bencana alam berasaskan
teknologi web dan SMS adalah untuk memberi amaran awal dan maklumat kepada
pengguna berdaftar yang terlibat dengan kawasan yang berlaku bencana alam supaya
mengambil langkah berjaga-jaga samada melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) atau
maklumat yang lebih lengkap boleh di dapati pada website yang dibangunkan.
1.4 Objektif Projek
i. Mengkaji sistem pemantauan dan pengurusan bencana alam yang sedia
ada.
5
ii. Merekabentuk dan membangunkan sistem pemantauan bencana alam
berasaskan teknologi web dan SMS.
iii. Mengimplementasi dan menguji sistem pemantauan bencana alam
berasaskan teknologi web dan SMS.
1.5 Skop Projek
i. Pembangunan sistem pemantauan bencana alam berasaskan teknologi
web dan SMS dikhususkan untuk pengguna dan komuniti yang berdaftar
sahaja.
ii. Pihak berkuasa mengesahkan aduan bencana sebelum pesanan
ringkas(SMS) dihantar kepada pengguna berdaftar.
iii. Maklumat pesanan ringkas(SMS) yang dihantar kepada pengguna adalah
kategori bencana, alamat dan bandar tempat kejadian bencana.
iv. Hanya pengguna yang berdaftar sahaja menerima khidmat pesanan
ringkas.
v. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP.Net
6
1.6 Kepentingan Projek
Projek ini dibangunkan adalah untuk menambahbaikan kelemahan sistem yang
sedia ada. Antara kebaikan sistem ini adalah dapat memberi peringatan kepada
pengguna jika berlaku bencana samada melalui web atau SMS.
1.7 Organisasi Laporan
Organisasi Laporan ini akan menerangkan serba sedikit apa yang akan
dibincangkan di dalam bab-bab yang seterusnya.
Bab 2 merupakan bab Kajian Literarur. Bab ini akan membincangkan berkenaan
kajian yang dilakukan oleh pembangun dalam memahami sistem yang akan dilakukan.
Ini termasuklah kajian terhadap sistem manual, sistem sedia ada, kajian terhadap
perisian dan juga kajian terhadap perkakasan.
Bab 3 ialah bab Metodologi. Bab ini akan membincangkan metodologi atau
kaedah yang digunakan dalam membangunkan sistem ini. Sistem ini menggunakan
metodologi Model Prototaip Yang Telah Diubahsuai. Kesemua fasa kecuali fasa
terakhir iaitu fasa penyelenggaraan akan dilaksanakan dalam pembangunan sistem ini.
Bab keempat merupakan bab Rekabentuk Sistem. Bab ini akan membincangkan
rekabentuk sistem. Rekabentuk itu termasuklah rekabentuk antaramuka, pangkalan data
dan rekabentuk perjalanan sistem yang ditunjukkan dengan menggunakan notasi UML
(Unified Modelling Language) melalui rajah kes guna dan rajah jujukan. Justifikasi
perkakasan dan perisian yang digunakan juga turut dibincangkan. Sistem ini akan
7
menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005 sebagai platfom utama dalam
merangka antaramuka dan pengaturcaraan manakala Microsoft SQL Server sebagai
pangkalan data.
Bab yang ke lima merupakan bab Implementasi dan Pengujian Sistem. Bab ini
membincangkan tentang implementasi serta pengujian sistem. Kaedah pengujian yang
digunakan didalam pembangunan sistem ini adalah kaedah pengujian kotak hitam.
Bab ke enam merupakan bab Perbincangan dan Kesimpulan. Bab ini merupakan
bab terakhir di dalam laporan ini dan membincangkan tentang ringkasan sistem,
kelemahan sistem dan harapan bagi sistem ini