SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH Laporan projek ini...
Transcript of SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH Laporan projek ini...
SISTEM E-RELOAD
SOLEHA BINTI SALLEH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2009
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada :
Dr. Md Asri Bin Ngadi, selaku penyelia projek saya di Fakulti Sains
Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia di atas bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini. Terima
kasih sekali lagi kerana tidak jemu-jemu melayan kerenah saya semasa proses
membangunkan sistem ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapa tersayang
serta ahli keluarga yang lain kerana telah banyak memberikan sokongan serta
semangat yang amat bernilai kepada saya dalam menjayakan projek ini.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Nurul
Liana, Mohd Rizaimi, Khairiah, Nik Nur Shairina, Nor Azila serta semua rakan-
rakan batch SCS yang telah memberi sokongan yang padu.
Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua pensyarah terutamanya pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi,
atas pertolongan dan dorongan mereka sama ada secara langsung atau pun tidak.
Jasa mereka amat saya hargai.
v
ABSTRAK
Penggunaan telefon bimbit sangat berleluasa pada masa kini termasuklah
Malaysia. Telefon bimbit bukan lagi lambang kemewahan tetapi ianya sudah
menjadi keperluan harian kepada semua golongan termasuk tua dan muda. Oleh itu,
terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk melariskan kad
prabayar dan pascabayar mereka dengan pelbagai plan yang disediakan. Majoriti
pengguna memilih untuk menggunakan kad prabayar berbanding pascabayar dengan
alasan masing-masing. Dengan itu, terdapat beberapa masalah yang timbul untuk
mendapatkan kad tambah nilai dengan mudah dan cepat. Kajian sistem sedia ada
didapati tidak mengikut kehendak pengguna. Justeru itu, untuk menyelesaikan
masalah tersebut Sistem E-Reload akan dibangunkan untuk mengatasi masalah-
masalah yang berlaku dan memudahkan pengguna. Dalam sistem ini pemilihan
metodologi prototaip adalah paling sesuai untuk mengawal kitar hayat pembangunan
sistem ini. Diharap sistem yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna
dan menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenalpasti.
vi
ABSTRACT
Mobile are most important nowadays, it was spread widely in our country,
Malaysia. It is doesn’t means a luxury but as a necessary to all kind of people.
Therefore, many telecommunications company are rashly compete one another to
sell their prepaid and postpaid card with various plan. Most of user choose to use
prepaid than postpaid with their own reason. Disadvantages to use the prepaid that
was occurs is the user have a problem when needed a reload card. The user want to
get a reload card with faster and easy way. The research show that the existent
system doesn’t followed user needed. Therefore, this E-Reload System is develop in
order to adapt the problems that occurs for easy usage to user. In this system,
prototype model is the most suitable approach to manage the system development
life cycle. It is a hope that the developed system will fulfill users requirement and
also will help to solve problems that have been discovered.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI ISTILAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Matlamat 4
1.4 Objektif 4
1.5 Skop 5
1.6 Justifikasi Projek 5
1.7 Rumusan 6
2 KAJIAN LITERATUR 7
2.1 Pengenalan 7
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8
viii
2.3 Masalah Dalam Sistem Sedia Ada 11
2.4 Cadangan Penyelesaian Masalah 11
2.5 Kajian Terhadap Teknologi atau Kajian Yang
Digunakan
12
2.5.1 Telefon Bimbit 12
2.5.2 Kaedah “Short Message Service” (SMS) 13
2.5.3 Sistem Prabayar dan Pascabayar 14
2.5.4 Bahasa Pengaturcaraan ASP.NET 16
2.5.5 Microsoft Visual Studio 2005 17
2.5.6 Microsoft SQL Server 2005 17
2.6 Rumusan 18
3 METODOLOGI 19
3.1 Pengenalan 19
3.2 Model Prototaip 20
3.3 Kaedah Permodelan Unified Modelling Languange
(UML)
22
3.4 Fasa Pembangunan Sistem 23
3.4.1 Fasa Perancangan Sistem 23
3.4.2 Fasa Analisa Keperluan Sistem 24
3.4.3 Fasa Rekabentuk Sistem 24
3.4.4 Fasa Implementasi Sistem 25
3.4.5 Fasa Pengujian Sistem 25
3.4.6 Fasa Penyelenggaraan Sistem 25
3.5 Justifikasi Penggunaan Metodologi 26
3.6 Analisa Keperluan Sistem 27
3.5.1 Justifikasi Perkakasan 27
3.5.2 Keperluan Perisian 28
3.7 Rumusan 30
ix
4 ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 31
4.1 Pengenalan 31
4.2 Senibina Sistem 32
4.3 Carta Alir 33
4.3.1 Penerangan Carta Alir Pengguna Telefon
Bimbit
33
4.4 Rajah Kes Guna 35
4.4.1 Aktor 35
4.4.2 Penerangan Kes Guna 38
4.5 Rajah Jujukan 40
4.6 Rajah Kelas 41
4.7 Rekabentuk Antaramuka Sistem 41
4.8 Rekabentuk Pangkalan Data 52
4.10 Rumusan 52
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Persekitaran Pembangunan 54
5.3 Implementasi 54
5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 55
5.3.2 Fungsi Pencapaian Data Dari Pangkalan Data 56
5.3.3 Fungsi Pendaftaran Pengguna Baru 57
5.3.4 Fungsi Pengemaskinian Akaun Pengguna 59
5.3.5 Fungsi Penghapusan Data 61
5.3.6 Fungsi Pencarian Pengguna Berdaftar 63
5.3.7 Konfigurasi Penyambungan Modem GSM 65
5.3.8 Fungsi Penghantaran SMS 65
5.4 Pengujian Sistem 67
5.4.1 Contoh Kes Ujian 67
x
5.4.2 Pengujian Terhadap Capaian Pangkalan Data 68
5.5 Pengujian Integrasi Modul 68
5.6 Pengujian Kotak Hitam 69
5.7 Kesimpulan 69
6 KESIMPULAN 70
6.1 Pengenalan 70
6.2 Hasil Projek 71
6.3 Kebaikan Sistem 71
6.4 Kekangan Sistem 72
6.5 Cadangan Sistem 73
6.6 Kesimpulan 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN A-F 75
xii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK HALAMAN
2.1 Laman Web Sistem Sedia Ada E-Pay 9
2.2 Proses Aliran Tambah Nilai 10
2.3 Jenis-jenis Perkhidmatan 10
3.1 Carta Alir Proses Menghasilkan Sistem Prototaip
yang Disahkan
21
4.1 Senibina Sistem E-Reload 32
4.2 Rajah Carta Alir Pengguna Telefon Bimbit 34
4.3 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pengguna Telefon
Bimbit
36
4.4 Rajah Kes Guna Aktor Pengendali Sistem Bank 37
4.5 Rajah Kes Guna Aktor Pengendali Sistem Telco 37
4.6 Rajah Antaramuka Laman Utama Pengguna
Telefon Bimbit
42
4.7 Rajah Antaramuka Pendaftaran Pengguna Baru 43
4.8 Rajah Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna 44
4.9 Rajah Antaramuka Laman Edit Akaun Pengguna 45
4.10 Rajah Antaramuka Laman Utama Pentadbir
Sistem
46
4.11 Rajah Antaramuka Pangkalan Data Pengguna
Telefon Bimbit
47
xiii
4.12 Rajah Antaramuka Laman Terima SMS 48
4.13 Rajah Antaramuka Laman Carian Pengguna 49
4.14 Rajah Antaramuka Laman Permintaan Tambah
Nilai
50
4.15 Rajah Antaramuka Manual Penghantaran SMS 51
5.1 Rajah Kod Aturcara Log Masuk Pengguna Sistem 55
5.2 Rajah Kod Aturcara Pencapaian Data Dari
Pangkalan Data
56
5.3 Rajah Antaramuka Fungsi Pendaftaran Pengguna
Baru
57
5.4 Rajah Kod Aturcara Antaramuka Pengguna Baru 58
5.5 Rajah Antaramuka Pengemaskinian Akaun
Pengguna
59
5.6 Rajah Kod Aturcara Pengemaskinian Akaun
Pengguna
60
5.7 Rajah Antaramuka Fungsi Penghapusan Data 61
5.8 Rajah Kod Aturcara Fungsi Penghapusan Data 62
5.9 Rajah Antaramuka Fungsi Carian Pengguna
Sistem Berdaftar
63
5.10 Rajah Kod Aturcara Fungsi Carian Pengguna
Berdaftar
64
5.11 Rajah Kod Aturcara Penyambungan Modem
GSM
65
5.12 Rajah Antaramuka Penghantaran SMS Oleh
Pengguna
66
5.13 Kod Aturcara Penerimaan Mesej Dari Pengguna
Kepada Sistem
66
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PERKATAAN PENUH
3G 3rd Generation
ASP Active Server Pages
HTML Hypertext Markup Language
GPRS General Packet Radio Service
MMS Multimedia Message Service
ODBC Open Database Connectivity
RAM Random Access Memory
SMS Short Message Service
SQL Structured Query Language
UML Unified Modelling Language
WAP Wireless Application Protocol
xv
SENARAI ISTILAH
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
Edit Ubahsuai
Extreme Programming Pengaturcaraan Ekstrim
Online Atas talian
Reload Tambah nilai
Spiral Model Lingkaran
Waterfall Model Air Terjun
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Carta Gantt PSM I dan PSM II
B Rajah Carta Alir
C Rajah Jujukan
D Rajah Kelas
E Rekabentuk Pangkalan Data
F Manual Pengguna
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pada era teknologi yang sedang berkembang dengan pesat, kini boleh didapati
telefon bimbit bertambah bak cendawan tumbuh di dunia ini termasuklah di Malaysia.
Majoriti penduduk Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit
seorang. Kini, telefon bimbit telah pun mengalami evolusi perkembangannya iaitu dari
segi saiz, rekabentuk, fungsi, harga dan sebagainya. Oleh itu, syarikat telekomunikasi
telah berlumba-lumba untuk melariskan kad sim masing-masing bagi mengaut
keuntungan. Pelbagai jenis dan faedah telah ditawarkan oleh syarikat masing-masing
untuk menarik perhatian pelanggan.
Terdapat dua jenis kad sim iaitu pascabayar dan prabayar. Kebanyakkannya
golongan yang berkemampuan lebih gemar menggunakan pascabayar. Pengguna akan
diberi bil pembayaran penggunaan pada setiap hujung bulan. Ini kerana pengguna
boleh menggunakannya dengan bebas atau pada bila-bila masa kerana ianya tiada tarikh
luput mahupun kehabisan kredit. Seperti yang kita ketahui tidak semua benda adalah
2
sempurna maka sim pascabayar ini juga mempunyai keburukkannya iaitu pengguna
akan berasa tertekan apabila mendapat bil pada setiap hujung bulan kerana rasa
dibebani. Sesetengah pengguna tidak dapat menjelaskan bil berkenaan kemudian
menangguh pembayaran sehingga berbulan-bulan. Ini akan menyebabkan nama
pengguna berkenaan akan disenarai hitam. Kemungkinan besar boleh menyebabkan
kes mahkamah.
Kad sim yang menjadi pilihan ramai setiap lapisan masyarakat kini ialah
prabayar. Ini kerana ianya mampu dimiliki oleh semua golongan, sama ada pelajar,
pekerja korporat, golongan sederhana dan sebagainya. Sim prabayar ini mengikut
kewangan pengguna, jika mempunyai wang maka pengguna boleh menambah nilai
semula kredit dengan berkunjung atau membelinya di premis-premis berdekatan serta
kemudahan tambah nilai yang telah disediakan. Masalah yang dihadapi pengguna kini,
iaitu kemudahan untuk mendapatkan kad tambah nilai membuatkan pengguna berasa
agak rumit. Pengguna yang berada jauh dari premis-premis kad tambah nilai memang
susah untuk ke bandar hanyalah semata-mata kerana hendak membeli kad tambah nilai.
Selain itu, pengguna yang mempunyai komitmen-komitmen lain yang lebih penting
sehingga tiada masa untuk membeli kad tambah nilai. Pengguna yang tidak mempunyai
kemudahan internet untuk membeli secara atas talian dan sebagainya.
Justeru itu, sistem E-Reload dibangunkan untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang berlaku kepada pengguna sim prabayar untuk mendapatkan kad tambah
nilai dengan mudah dan efisien tanpa perlu membebankan diri sendiri. Pengguna juga
boleh menjimatkan masa dan tenaga.
3
1.2 Pernyataan Masalah
Kemunculan sim prabayar nyata memberi impak besar kepada penggunaan
telefon bimbit di negara kita, lantaran kemudahannya boleh dinikmati siapa sahaja
termasuk mereka yang disenarai hitam kerana gagal membayar bil pascabayar.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi pengguna telefon bimbit yang menggunakan
sim prabayar.
Faktor utama masalah pembelian kad tambah nilai prabayar oleh pengguna
telefon bimbit ialah jarak iaitu pengguna telefon bimbit berada jauh dari kedai atau
tempat yang menyediakan kemudahan tambah nilai. Contoh kedai atau tempat yang
menyediakan kemudahan tambah nilai ialah stesen minyak, kedai serbaneka, 7 Eleven
dan sebagainya. Masalah lain yang dihadapi pengguna telefon bimbit ialah
kebanyakkannya sibuk dengan komitmen lain yang lebih penting. Contohnya, pekerja
yang sibuk dengan hal di tempat kerja. Manakala pelajar pula sibuk dengan tugasan
yang perlu diselesaikan. Kini, di era teknologi terdapat banyak kemudahan kiosk
tambah nilai seperti di dalam kawasan universiti. Walaupun begitu, kiosk ini tidak
menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk pengguna telefon bimbit. Tambahan pula
kebanyakkan sistem kiosk tambah nilai tidak efisien dan tidak berfungsi. Pengguna
telefon bimbit juga mengalami masalah membeli kad tambah nilai di kedai yang sudah
melebihi tarikh luput, ini telah merugikan wang pengguna telefon bimbit kerana kad
tambah nilai yang dibeli tidak mempunyai resit mahupun jaminan pembelian. Kad
tambah nilai juga boleh rosak atau hilang nombor pin jika pengguna telefon bimbit
tidak menggoresnya dengan berhati-hati.
Atas sebab-sebab di atas sistem E-Reload dibangunkan untuk mengatasi
masalah yang berlaku. Pengguna telefon bimbit boleh menggunakan sistem ini secara
24 jam ketika berada di mana sahaja dengan mudah serta dapat menjimatkan masa dan
tenaga. Semuanya hanya di hujung jari anda.
4
1.3 Matlamat
Matlamat utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu sistem E-Reload
khususnya untuk pengguna telefon bimbit dan bertujuan untuk memudahkan pengguna
telefon bimbit tambah nilai kredit ketika berada di mana sahaja tanpa memikirkan faktor
masalah serta dapat menjimatkan masa dan tenaga.
1.4 Objektif
Dalam membangunkan sistem ini, beberapa objektif utama telah digariskan,
iaitu:
i. Mengkaji sistem pembelian kad prabayar yang sedia ada.
ii. Merekabentuk prototaip E-Reload.
iii. Membangunkan sistem E-Reload yang telah direkabentuk.
iv. Menguji sistem yang dibangunkan.
5
1.5 Skop
Skop projek yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
i. Pembangunan sistem E-Reload ini dikhususkan untuk pengguna Telco.
ii. Pengguna pelu mempunyai akaun bank.
1.6 Justifikasi Projek
Projek ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna
mendapatkan perkhidmatan tambah nilai kredit dengan cepat dan mudah tanpa mengira
waktu dan di mana sahaja pengguna berada. Sekaligus, menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pengguna pada masa kini. Oleh itu, dengan adanya sistem ini pengguna
tidak lagi akan berasa tertekan atau tiada masa untuk menambah nilai.
6
1.7 Rumusan
Secara amnya, pembelian kad tambah nilai secara manual di kedai mahupun di
kiosk mempunyai kelemahan serta memberikan bebanan dan masalah kepada pengguna
telefon bimbit. Selain itu, pengguna telefon bimbit juga mempunyai komitmen dengan
kerja yang lebih penting dan ini tidak membolehkan pengguna telefon bimbit pergi ke
kedai untuk menambah nilai kredit. Walaupun kini, pengguna telefon bimbit boleh
menambah nilai secara atas talian, tetapi tidak semua pengguna telefon bimbit
mempunyai kemudahan internet. Perkhidmatan atas talian ini juga tidak boleh
dilakukan dimana sahaja pengguna berada. Oleh itu, sistem ini dibangunkan untuk
mengatasi masalah yang dihadapi pengguna telefon bimbit dan untuk memudahkan
pengguna telefon bimbit melakukan urusan dengan mudah.
Dalam bab yang seterusnya, kajian literatur mengenai teknologi perisian,
teknik yang digunakan dalam pembangunan sistem yang dicadangkan ini akan
dibentangkan. Selain itu, kajian tentang sistem yang sedia ada juga akan diterangkan
dalam Bab 2. Dalam Bab 3, anda dapat melihat metadologi yang akan digunakan
sepanjang hayat pembangunan sistem manakala rekabentuk sistem yang dicadangkan
ini akan dibentangkan dalam Bab 4. Seterusnya Bab 5 akan membincangkan langkah-
langkah implementasi dan pengujian sistem yang telah dibangunkan. Perbincangan dan
kesimpulan projek akan dijelaskan pada Bab 6.