SIDANG KETIGA PULUH SEMBILAN MAJLIS BAHASA BRUNEI...
Transcript of SIDANG KETIGA PULUH SEMBILAN MAJLIS BAHASA BRUNEI...
1
SIDANG KETIGA PULUH SEMBILAN
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA-MALAYSIA
(MABBIM) (Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
29 Zulkaedah – 04 Zulhijah 1420 : 06 – 10 Mac 2000)
2
KANDUNGAN
1. Laporan Sidang
2. Lampiran
2.1 Usul Sidang Ke-13 Pakar MABBIM
2.2 Kertas Perancangan Program Kebahasaan 5 Tahun Menghadapi Alaf
Baru
2.3 Rencana Lima Tahun MABBIM
2.4 Dialog Antara Pakar
2.5 Kelompok Laman MABBIM
3. Atur Cara Seminar Kebahasaan
4. Atur Cara Sidang
3
PERNYATAAN BERSAMA
Sebagai lanjutan Sidang Ke-38 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM), antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD),
Panitia Kerja Sama Kebahasaan (Pakersa), Indonesia dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
(JKTBM), Malaysia yang diadakan di Hotel Purnama, Batu, Malang, Jawa Timur,
Indonesia pada 8 – 12 Mac 1999, maka Sidang Ke-39 MABBIM telah diadakan di Hotel
Orchid Garden, Anggerek Desa, Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
pada 06 – 10 Mac 2000. Majlis telah: (i) menerima dan meneliti Keputusan Umum Sidang
Ke-38 MABBIM, (2) menerima dan meneliti hasil Sidang Ke-13 Pakar MABBIM, dan (3)
membincangkan dan mengambil keputusan tentang hal-hal lain yang perinciannya seperti
terlampir. Majlis juga mengambil perhatian bahawa Seminar Kebahasaan yang bertemakan
“Bahasa Melayu/Indonesia Abad Ke-21: Harapan dan Cabaran” telah diadakan pada 06 –
07 Mac 2000 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas, Negara Brunei
Darussalam.
Haji A. Aziz Deraman Dr. Dendy Sugono
Pengerusi Ketua
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Malaysia Indonesia
Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
04 Zulhijah 1420
10 Mac 200
4
I. Acara Sidang Majlis
1. Perasmian Sidang : Isnin, 06 Mac 2000
Balai Sarmayuda 8.30 pagi - 10.30 pagi
DBP
2. Seminar Kebahasaan : Isnin, 06 Mac 2000
Balai Sarmayuda 11.00 pagi - 5.00 petang
DBP
: Selasa, 07 Mac 2000
8.00 pagi - 5.00 petang
3. Sidang Eksekutif
Sidang I : Selasa, 07 Mac 2000
Bilik Patih Barbai DBP 10.00 malam - 10.45 malam
Sidang II : Rabu, 08 Mac 2000
Hotel Orchid Garden 9.30 pagi - 11.00 pagi
11.30 pagi - 12.50 petang
2.00 petang - 4.00 petang
4.15 petang - 5.30 petang
Sidang III : Khamis, 09 Mac 2000
8.30 pagi - 11.00 pagi
4.30 petang - 6.00 petang
Sidang IV : Jumaat, 10 Mac 2000
8.30 pagi - 10.00 pagi
II. Anggota Sidang Eksekutif
1. Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman (Brunei Darussalam,
Ketua dan Pengerusi)
2. Haji A. Aziz bin Deraman (Malaysia, Ketua)
3. Dr. Dendy Sugono (Indonesia, Ketua)
4. Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr (Brunei Darussalam)
5. Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi (Brunei Darussalam)
6. Dato Dr. Haji Hassan bin Haji Ahmad (Malaysia)
7. Dr. Haji Awang bin Sariyan (Malaysia)
8. Dr. Hans Lapoliwa, M. Phil (Indonesia)
9. Drs. Adi Sunaryo, M. Hum (Indonesia)
10. Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam,
5
Setiausaha)
11. Puan Atiah binti Haji Mohd. Salleh (Malaysia, Setiausaha)
12. Drs. Hasjmi Dini (Indonesia, Sekretaris)
Pemerhati
Brunei Darussalam
1. Awang Haji Mohd. Zaini bin Haji Omar
2. Sheikh Adnan bin Sheikh Haji Mohamad
3. Awang Haji Jalil bin Haji Mail
4. Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman
5. Dayang Hajah Saddiah binti Ramli (Urus Setia)
6. Dayang Hajah Zainab binti Haji Mat Daud (Urus Setia)
7. Awang Haji Salim bin Haji Latip (Urus Setia)
8. Awang Mohd. Azurin bin Othman (Urus Setia)
Malaysia
1. Dato Dr. Haji Mohd. Mansor bin Haji Salleh
2. Haji Abdul Jalil bin Anuar
3. Puan Wan Sakinah binti Wan Abrahim
4. Puan Faridah binti A. Rahman
5. Puan Salmah binti Jabbar
6. Puan Rohani binti Zainal Abidin (Nara Sumber)
7. Encik Zubaidi bin Abas (Nara Sumber)
8. Encik Isa bin Sapuan (Nara Sumber)
Singapura
1. Prof. Madya Dr. Kamsiah binti Abdullah
2. Encik Abdul Malek bin Ahmad
IV. DOKUMEN
1. Dokumen JKTBMBD
1.1 JKTBMBD/S39/A Keputusan Umum Sidang Ke-38 MABBIM dan
Laporan Sidang Pakar Ke-13 MABBIM
1.2 JKTBMBD/S39/B Rencana Lima Tahun MABBIM (2003-2007)
1.3 JKTBMBD/S39/C Laporan Kelompok Setiausaha/Sekretaris
1.4 JKTBMBD/S39/D Istilah Nama-Nama Ikan (Bahan Pertukaran)
6
2. Dokumen JKTBM
2.1 JKTBM/S39/1 Kertas Kerja Perancangan Program Kebahasaan 5
Tahun MABBIM Menghadapi Alaf Baru
2.2 JKTBM/S39/2 Daftar Tumbuhan Ubatan
2.3 JKTBM/S39/3 Daftar Perubatan Umum
2.4 JKTBM/S39/3 Kamus Kata Ungkapan Am
(Bahasa Indonesia-Bahasa Malaysia-Bahasa
Melayu Brunei Darussalam)
V. Agenda Sidang Eksekutif
1. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-38 MABBIM
2. Perkara-perkara Berbangkit dari Keputusan Umum Sidang Ke-38 MABBIM
3. Menerima dan Meneliti Laporan Sidang Ke-13 Pakar MABBIM
4. Perkara-perkara Berbangkit dan Keputusan Umum Sidang Ke-13 Pakar
MABBIM
5. Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sempena Sidang Ke-40 MABBIM
6. Membincangkan Tarikh dan Tempat
6.1 Sidang Ke-14 Pakar MABBIM
6.2 Sidang Ke-40 MABBIM
7. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan Kali Ke-8 Sempena Sidang Ke-39
MABBIM
8. Membincangkan Rencana Kerja 5 Tahun MABBIM 2003-2007
9. Membincangkan Usul Pertemuan Luar Sidang bagi Teknologi Maklumat
10. Membincangkan Laporan Kelompok Setiausaha/Sekretaris MABBIM
11. Membincangkan Kertas Kerja Perancangan Program Kebahasaan 5 Tahun
MABBIM Menghadapi Alaf Baru
12. Membincangkan Lagu MABBIM
13. Hal-hal Lain
13.1 Penempatan logo MABBIM pada kepala surat
13.2 Kepala surat MABBIM akan berbentuk seperti apa
13.3 Penyelenggara Seminar MABBIM (Apakah akan disatukan dengan
Seminar MASTERA)
13.4 Acara penyambutan ulang tahun Ke-30 MABBIM
13.5 Rencana Kegiatan Lima Tahun MABBIM (2003-2007)
13.6 Membincangkan Draf Laporan Keputusan Umum Sidang Ke-39
MABBIM
7
1. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-38 MABBIM
Majlis telah meneliti dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-38 MABBIM
yang diadakan di Batu, Malang, Jawa Timur pada 10 – 12 Mac 1999 dengan pindaan
seperti yang berikut:
1.1 butir 11.1 (halaman 3) tertulis
1998-2002
dibetulkan menjadi
1998--2002
1.2. butir 11.2 (halaman 3) tertulis
2003-2007
dibetulkan menjadi
2003--2007
1.3 butir 1.1 (halaman 4) tertulis
Pembentulan
dibetulkan menjadi
Pembetulan
1.4 halaman 11 nomor 7 (Sidang Ke-12, Sidang Ke-13 Pakar, dan Sidang Ke-14
Pakar) tertulis
Pertanian (4), Lanskap (1), Lanskap (2)
dibetulkan menjadi
Landskap (1), Landskap (2), Pertanian (4)
2. Menerima dan Meneliti Laporan Sidang Ke-13 Pakar MABBIM
Sidang telah menerima hasil laporan Sidang Ke-13 Pakar MABBIM yang diadakan di
Rumah Persinggahan Kerajaan, Bandar Seri Begawan, pada
13 –17 September 1999.
8
2.1. Perkara Berbangkit
a. Usul Sidang Ke-13 Pakar MABBIM
i. Majlis telah membahaskan usul yang dikemukakan oleh
kelompok bidang ilmu:
ii. Majlis tetap mempertahankan keputusan yang telah dibuat dalam
tatakerja MABBIM:
iii. Setiap kelompok mengikutsertakan wakil tidak lebih daripada 2
orang.
iv. Perbahanan Sidang hendaklah dihantar 2 bulan sebelum Sidang
diadakan.
b. Dialog Antara Pakar
Majlis telah meneliti perkara yang tersebut di atas dengan pindaan
seperti yang berikut:-
i. Ayat pada perkara 4, muka surat 2, iaitu:
‘Pemasyarakatan secara hasil istilah yang telah disepakati perlu
disusun dengan rapi.’
dibetulkan menjadi:
‘Istilah yang disepakati perlu dimasyarakatkan secara terancang’
ii. Perkataan ’IT’ (Information Technology) diterjemahkan menjadi
‘Teknologi Maklumat/Teknologi Informasi’.
iii. Pada muka surat 3, perkara saranan,
‘Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya MABBIM mempergiat
dan mempercepatkan pembentukan istilah IT dalam bahasa
Melayu’.
dibetulkan menjadi:
‘Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam/Malaysia dan
Pusat Bahasa Indonesia, khususnya MABBIM mempergiat dan
mempercepat pembentukan istilah TeknologiMaklumat/
Teknologi Informasi dalam bahasa Melayu/Indonesia
9
‘Mempercepatkan pemasyarakatan istilah-istilah baru IT bagi
merealisasikan hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi ASEAN’.
dibetulkan menjadi:
‘Mempercepat pemasyarakatan istilah-istilah baru Teknologi
Maklumat/Teknologi Informasi sebagai bahasa ASEAN’.
iv. Muka surat 2, perkara (ii)
Perkataan ‘efisien’ dibetulkan menjadi ‘cekap’.
v. Muka surat 2, perkara (iv)
Perkataan ‘database’ diterjemahkan menjadi ‘pangkalan data’.
3. Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sempena Sidang Ke-40 MABBIM
3.1 Majlis bersetuju untuk mengadakan Seminar Kebahasaan Sidang Ke-40
MABBIM.
3.2. Majlis bersetuju untuk menetapkan tema Seminar Kebahasaan Kali Ke-9
dengan tajuk: “Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Pembina Peradaban Baru”.
4. Membincangkan Tarikh dan Tempat (i) Sidang Ke-14 Pakar MABBIM dan (ii)
Sidang Ke-40 MABBIM.
4.1 Majlis bersetuju untuk menyelenggarakan Sidang Ke-14 pakar MABBIM pada
tarikh 11 – 15 September 2000 di Kuala Lumpur, Malaysia.
4.2 Majlis juga bersetuju untuk menyelenggarakan Sidang Ke-40 MABBIM pada
tarikh 12 – 16 Mac 2001 di Johor Bahru, Malaysia, termasuk 2 hari untuk
mengadakan Seminar Kebahasaan.
5. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan Kali Ke-8 Sempena Sidang Ke-
39 MABBIM.
Majlis mengambil perhatian terhadap isu yang timbul dalam seminar kebahasaan
Sidang Ke-39 MABBIM yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Berakas pada tarikh 6 – 7 Mac 2000. Dari perbincangan sebelas kertas kerja
dan satu diskusi panel yang bertemakan: ’Bahasa Melayu/Indonesia Abad Ke-21
10
Harapan dan Cabaran’. Majlis telah mengenal pasti isu-isu yang ditimbulkan dalam
seminar berkenaan seperti berikut:
5.1 Peningkatan Peranan Bahasa Melayu/Indonesia
a. Kegemilangan tamadun di alaf baru hanya dapat dikembalikan melalui
evolusi kebudayaan serta melalui peningkatan persepsi positif terhadap
nilai bangsa dan pemilikan iltizam untuk melahirkan generasi
berperadaban, berkebolehan bersaing, dan sanggup berbakti untuk
tanah air serta dapat/mampu menyumbangkan yang terbaik kepada
dunia luar.
b. Bahasa Melayu/Indonesia yang digunakan dalam majlis rasmi dan
tidak rasmi hendaklah yang bermutu tinggi.
c. Bahasa Melayu/Indonesia hendaklah digunakan sebagai bahasa
perantaraan utama dalam sebarang persidangan terlebih lagi persidangan
yang melibatkan sains dan teknologi.
d. Bahasa Melayu/Indonesia dijadikan agenda utama dalam perencanaan
dan pelaksanaan pembangunan negara.
e. Peneguhan taraf dan peranan bahasa Melayu/Indonesia hendaklah
dijadikan salah satu agenda pembangunan negara, dengan erti
pemantapan dan peluasan penggunaannya dalam semua sektor utama
negara (pendidikan, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi).
f. Bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa rasmi memerlukan
pengembangan kosa kata dan istilah dalam pengembangan kebudayaan
dan pemanfaatan ilmu pengetahuan dan teknologi.
g. MABBIM harus memberi perhatian yang besar terhadap upaya
pengayaaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu/Indonesia untuk
pemerkasaan bahasa dan bangsa Melayu/Indonesia.
h. Peningkatan cara berfikir dan kebiasaan dalam berbahasa Melayu/
Indonesia untuk menghapuskan cara berfikir dan kebiasaan dalam
berbahasa Inggeris.
i. Peningkatan kualiti dan kuantiti tulisan, terbitan, serta penjualan buku
berbahasa Melayu/Indonesia.
j. Peningkatan upaya promosi penulisan dalam bahasa Melayu/Indonesia
ke dunia antarabangsa.
11
k. MABBIM harus memberikan perhatian kepada upaya merealisasikan
gagasan bahasa Melayu/Indonesia supranasional dalam rangka
meningkatkan kadar saling faham antara pengguna.
5.2 Pemasyarakatan Bahasa Melayu/Indonesia
a. MABBIM dalam upaya merealisasikan bahasa Melayu/Indonesia
supranasional hendaklah memperhitungkan penyelarasan sistem bahasa
Melayu/Indonesia yang lebih luas yang meliputi bukan sahaja sistem
ejaan dan istilah bahkan juga kosa kata umum, sebutan, tatabahasa dan
laras bahasa dalam rangka membentuk ‘bahasa Melayu/Indonesia
unggul’ yang relatif seragam atau tinggi kadar keseragamannya.
b. Peningkatan kuantiti rancangan perkhidmatan radio dan televisyen yang
memperkenalkan dialek Melayu Brunei.
c. Pengembangan bahasa Melayu/Indonesia melalui media elektronik
perlu diupayakan pelaksanaannya di abad ke-21.
d. Penguasaan, penggunaan dan penyebaran bahasa Melayu/Indonesia
tidak akan dapat dicapai dengan baik tanpa ada komitmen dari agensi
kerajaan/pemerintah golongan elit, pertubuhan sukarela malah
ketiga-tiga unsur ini harus mempunyai hubungan yang baik dan
berkesinambungan.
e. MABBIM hendaklah membantu menyelaraskan penyelenggaraan
Projek Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu yang sedang dilaksanakan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dalam rangka
mendokumentasikan sejarah bahasa Melayu/Indonesia yang tuntas.
f. MABBIM hendaklah memasukkan upaya pengayaan khazanah ilmu
dalam bahasa Melayu/Indonesia dalam bidang tugasnya untuk maksud
pemerkasaan bahasa dan bangsa Melayu/Indonesia.
g. Pembukaan unit bahasa oleh syarikat-syarikat korporat dalam rangka
memajukan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia dalam bidang
ekonomi dan perdagangan.
h. Badan bukan kerajaan/swasta hendaklah dapat menyumbang dalam
perkembangan bahasa Melayu/Indonesia.
h. Sebarang dokumen, bahan rujukan, jurnal undang-undang dan
ekonomi pada tingkat nasional hendaklah disediakan dalam bahasa
Melayu/Indonesia.
12
j. Pemantauan berterusan hendaklah dilakukan oleh badan perancangan
bahasa terhadap penggunaan bahasa Melayu/Indonesia di sektor awam
dan swasta dan juga terhadap perkembangan penulisan serta penerbitan
dalam bahasa Melayu/Indonesia.
k. Pemasyarakatan kosa kata bahasa baku formal yang santun guna
mewujudkan peradaban baru yang berakhlak.
5.3 Pengembangan Korpus Bahasa Melayu/Indonesia
a. Peningkatan daya ungkapan bahasa Melayu/Indonesia dapat dilakukan
melalui pengembangan kosa kata yang meliputi bahasa sumber dan
strategi pengembangan kosa kata. Terdapat sekurang-kurangnya tiga
kelompok bahasa sumber; bahasa Melayu/Indonesia standard, bahasa
daerah dan bahasa asing. Manakala strategi pengembangan dapat
dilakukan dengan penggalian, pemanfaatan bahasa daerah/setempat,
mempercepatkan proses penyerapan kosa kata asing dengan peninjauan
kembali prosedur penyerapan kosa kata asing.
b. Peningkatan pengembangan kosa kata setempat dalam pemadanan
istilah asing untuk konsep ilmu dan teknologi perlu dilaksanakan.
c. Pelestarian lingkungan perlu dijaga agar tidak menimbulkan akibat
terjadinya pencemaran ekologi bahasa Melayu/Indonesia alaf baharu.
6. Membincangkan Kertas Kerja Perancangan Program Kebahasaan 5 Tahun
MABBIM Menghadapi Alaf Baru.
Majlis bersetuju menerima kertas kerja Perancangan Program Kebahasaan 5 tahun
MABBIM Menghadapi Alaf Baru dan akan dikaji semula saranan-saranan yang
dikemukakan dalam kertas kerja berkenaan oleh negara anggota. Lihat lampiran 2.
7. Membincangkan Usul Pertemuan Luar Sidang Bagi Teknologi Maklumat/
Teknologi Informasi
Majlis menerima usul Pertemuan Luar Sidang bagi Kelompok Teknologi Maklumat/
Teknologi Informasi yang diadakan pada 3 – 5 November 1999 di Pusat Pembinaan
dan Pengembangan Bahasa, Indonesia, Jakarta dengan pindaan seperti berikut:
7.1 Tahun 2000
a. Organisasi Sistem Informasi/Maklumat
b. Rangkaian Komunikasi Komputer
13
c. Perkakasan
d. Perisian
7.2 Tahun 2001
a. Data
b. Sistem maklumat
c. Teori Metodologi
d. Matematik/Matematika Teknologi Maklumat/Informasi.
8. Membincangkan Laporan Kelompok Setiausaha/Sekretariat MABBIM
Majlis menerima keputusan laporan kelompok Setiausaha/Sekretariat MABBIM yang
diadakan pada 9 – 11 Julai 1999 di Hotel Puncak Raya, Cisarua, Bogor, Indonesia.
8.1 Perkara Berbangkit
a. Laman MABBIM
Laman MABBIM belum dapat dilancarkan pada Sidang Ke-39
MABBIM seperti yang direncanakan disebabkan oleh beberapa perkara
yang tidak dapat dielakkan. Dan akan dilancarkan di Malaysia pada
sidang Ke-40 MABBIM di Johor Bahru pada 12 – 16 Mac 2001.
b. Pihak Negara Brunei Darussalam telah pun menyediakan perkara 3,
butiran b, ceraian 5 iaitu mempertukarkan daftar Istilah Nama-Nama
Ikan dalam Sidang Ke-39 MABBIM sebagai bahan tukar kecuali
Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua buah negara bersetuju untuk
mempertukarkan pada pertemuan Luar Sidang.
9. Membincangkan Lagu MABBIM
Majlis bersetuju untuk menyemak semula lagu MABBIM yang telah disediakan oleh
Malaysia tetapi akan disemak semula dari segi lirik dan muzik. Perkara ini akan
dibawa dan dibincangkan di pertemuan luar sidang.
10. Hal-Hal Lain
10.1 Penempatan logo MABBIM pada kepala surat.
Majlis mengekalkan keputusan seperti yang tercatat pada muka surat 8, perkara
9.3 dalam Keputusan Umum Sidang Ke-38 MABBIM yang diadakan di Batu,
Malang, Jawa Timur, pada 8 – 12 Mac 1999.
14
“…logo MABBIM pada sampul dan kepala surat, laporan Sidang MABBIM,
laporan Sidang Pakar, Rampak Serantau, dan terbitan MABBIM lainnya
ditempatkan di sebelah kiri atas”.
10.2. Atur Letak Kepala Surat MABBIM
Pada dasarnya majlis bersetuju mengekalkan format kepala surat yang
disediakan oleh Brunei Darussalam, hanya logo MABBIM diletakkan di
sebelah kiri atas dan Brunei Darussalam akan mengekalkan tulisan Jawi. Fon
tulisan terpulang kepada negara masing-masing.
10.3. Penyelenggaraan Seminar MABBIM dan MASTERA
a. Majlis bersetuju penyelenggaraan Seminar MABBIM dan MASTERA
disatukan dan akan dinamakan sebagai `SEMINAR BAHASA DAN
SASTERA’. Seminar ini akan dimulakan pada Sidang Ke-40 MABBIM
di Malaysia.
b. Kertas kerja yang dibentangkan berjumlah 16 buah:
i. Malaysia (Tuan rumah) - 5 kertas kerja
ii. Brunei Darussalam - 4 kertas kerja
iii. Indonesia - 4 kertas kerja
iv. Singapura - 2 kertas kerja
v. Negara diundang - 1 kertas kerja
c. Masing-masing negara anggota MABBIM akan menyediakan 2 kertas kerja
untuk MASTERA.
10.4. Acara Sambutan Ulang Tahun Ke-30 MABBIM
a. Majlis bersetuju acara sambutan perasmian 30 tahun MABBIM akan
diadakan di Brunei Darussalam pada tahun 2003.
b. Acara sambutan akan dibincangkan pada Sidang Ke-40 MABBIM yang
akan diadakan di Johor Bahru, Malaysia pada 12 – 16 Mac 2001.
c. Sidang bersetuju untuk mengadakan Sambutan 30 Tahun MABBIM di
negara anggota masing-masing.
10.5. Penubuhan Tenaga Petugas (Task Force)
Majlis pada dasarnya bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan `Tenaga
Petugas’ (Task Force), dan konsep serta tugas-tugasnya akan ditetapkan
kemudian. Perkara ini akan dibincangkan dalam Sidang Ke-40 MABBIM pada
12 – 16 Mac 2001 di Johor Bahru.
15
10.6. Pembahagian Rampak Serantau dan Prosiding Seminar
Majlis bersetuju dengan usul-usul berikut:
i. Pihak Brunei Darussalam dan Malaysia akan menerima jurnal
berkenaan dalam bentuk buku dan disket.
ii. Indonesia akan menerima jurnal berkenaan dalam bentuk disket.
10.7. Format Laporan Sidang Pakar dan Keputusan Umum Sidang MABBIM
Majlis bersetuju untuk menggunakan format (penomboran) laporan MABBIM,
diseragamkan.
11. Jurnal Bahasa Serantau
Sidang pada dasarnya bersetuju untuk mengambil perhatian Kertas Cadangan
Penerbitan Jurnal Bahasa Serantau yang disediakan oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia dan akan membincangkannya dalam Sidang Ke-40 MABBIM di
Johor Bahru pada tahun 2001
Penghargaan
1. Sidang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas
sambutan muhibbah yang diberikan kepada semua perwakilan dan pe yediaan
prasarana yang memuaskan bagi Sidang Ke-39 MABBIM.
2. Sidang merakamkan penghargan Kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya
Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd. Yusof. Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
16
LAMPIRAN 1
USUL SIDANG KE-13 PAKAR
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA (MABBIM)
BIL.
KELOMPOK
RENCANA KERJA SELANJUTNYA
USUL
1.
Perubatan
1. Kelompok akan membahaskan entri padanan
subbidang berikut pada Sidang Pakar seterusnya iaitu:
1.1 Sidang Ke-14 Pakar MABBIM (2000)
Perubatan 10
1.1.1 Pediatrik dan Neonatologi
1.1.2 Anestesiologi
Perubatan 11
1.1.3 Psikiatri
1.2 Sidang Ke-15 Pakar MABBIM (2001)
Perubatan 12
1.2.1 Ortopedik, Traumatologi dan Bedah Plastik
Perubatan 13
1.2.2 Biologi Molekular dan Imunologi
1. Kelompok Perubatan
mencadangkan nama-nama ubat
yang telah dibincangkan tidak
akan dimasukkan dalam
subbidang yang berikutnya.
Cadangan ini akan dijadikan garis
panduan pada pertemuan Sidang
Pakar yang akan datang.
2. Setelah menangani entri-entri
yang terdapat dalam subbidang
Penyakit Berjangkit dan Penyakit
Tropika, Kelompok Perubatan
bersetuju mencadangkan kedua-
dua subbidang tersebut untuk
disatukan.
17
BIL.
KELOMPOK
RENCANA KERJA SELANJUTNYA
USUL
2.
Kejuruteraan
1. Kelompok akan membahaskan entri
padanan subbidang yang lainnya pada
Sidang Pakar seterusnya iaitu:
1.1 Sidang Pakar Ke-14 di Kuala Lumpur
1.1.1 Kejuruteraan Perlombongan/Pertambangan
1.1.2 Kejuruteraan Kapal Terbang
1.2 Sidang Pakar Ke-15 di Indonesia
1.1.1 Kejuruteraan Kapal Terbang
1.1.2 Kejuruteraan Automotif
1. Entri yang hendak dibincangkan harus
sudah diterima oleh semua sekurang-
kurangnya enam bulan sebelum waktu
sidang supaya padanan dapat disiapkan
sebelum bersidang.
2. Menggunakan komputer ketika bersidang
supaya perubahan dapat dimasukkan
dengan segera.
3. Entri yang digugurkan hendaklah
dikumpulkan dalam satu senarai untuk
rujukan bagi sidang-sidang yang belum
dibincangkan.
4. Menghantar tidak lebih dua orang pakar
supaya mempercepatkan perbincangan
dan dapat diselesaikan dalam jangka yang
ditentukan.
5. Pembahagian kepada subbidang seperti
kawalan proses, rekabentuk, pemisahan
dan lain-lain supaya entri Kejuruteraan
Kimia ini tidak terlalu banyak.
2
18
BIL.
KELOMPOK
RENCANA KERJA SELANJUTNYA
USUL
3.
Landskap
1. Berdasarkan kepada keputusan Sidang Pakar
Ke-9 MABBIM, kelompok ini telah
membincangkan dan menyepakati entri dan
padanan dalam bidang Perlindungan Tanaman
(Sidang Pakar Ke-11 MABBIM di Kuala
Lumpur dan Landskap (Sidang Pakar ke-12
MABBIM DI Jogjakarta dan Ke-13 di Brunei
Darussalam dan seterusnya akan
membincangkan dan menyepakati entri dan
padanan dalam bidang Sains Tanah dan Sosial
Ekonomi Pertanian pada sidang yang
berikutnya.
1. Bagi mengelakkan kekeliruan dan keraguan
penggunaan kategori yang dimaksudkan di atas
adalah perlu supaya penerangan lanjut berhubung
dengan kategori-kategori tersebut diberikan.
2. Setiap negara disarankan supaya akan dapat mengisi
padanan sebelum dibincangkan di Sidang Pakar bagi
mengelakkan pembaziran masa dan menepati masa
yang telah ditetapkan.
3. Difahamkan bahawa terbitan istilah dalam negara
masing-masing hanya memberikan padanan negara
berkenaan. Oleh yang demikian kelompok ini
mencadangkan supaya istilah dan padanan ketiga-tiga
negara diterbitkan dalam satu buku, glosari atau
kamus. Buat misalannya Kamus Kata dan Ungkapan
Am (Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia dan Bahasa
Indonesia) yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka Brunei (1994).
3
19
BIL.
KELOMPOK
RENCANA KERJA SELANJUTNYA
USUL
4.
5.
Perikanan
Veterinar
Berdasarkan kepada perancangan kerja dan taksonomi
bidang ini akan membahaskan dan membincangkan
rencana kerja selanjutnya pada Sidang Ke-14 Pakar
MABBIM pada tahun 2000 nanti seperti berikut:
1. Pengurusan Sumber Daya Perairan
2. Sosial Ekonomi Perikanan
1. Kelompok bersetuju untuk membahaskan enri
padanan sub-subbidang yang lainnya pada Sidang
Pakar berikutnya iaitu:
Sains Penternakan
Sains Paraklinik
1. Pada sidang yang akan datang kelompok ini
memerlukan dua orang wakil kerana kita
akan membincangkan dua subbidang iaitu
Sains Tanah dan Sosial Ekonomi Pertanian.
2. Bahan sidang sebaiknya dihantar sekurang-
kurangnya tiga bulan sebelum persidangan
bagi membolehkan para pakar meneliti entri
berkenaan.
1. Bahan rujukan yang semasa, kamus, kamus
sinonim dan lain-lain hendaklah mencukupi.
2. Menumpukan/meneruskan subbidang
Veterinar 1 (Sains Penternakan) dengan
menyerapkannya ke dalam bidang Penterna-
kan dan seterusnya mengekalkan ahlinya demi
mengelakkan ketidaksinambungan.
3. Harus melengkapkan senarai dan padanan
dengan memastikan ia hendaklah berkaitan
antara satu sama lain tanpa adanya tumpang
tindih daripada subbidang-subbidang yang
lain.
20
BIL.BIL.BIL.BIL.
KELOMPOKKELOMPOKKELOMPOKKELOMPOK
RENCANA KERJA SELANJUTNYARENCANA KERJA SELANJUTNYARENCANA KERJA SELANJUTNYARENCANA KERJA SELANJUTNYA
USULUSULUSULUSUL
6.
7.
Penternakan
Teknologi Maklumat
1. Penyediaan dokumen istilah bagi Sidang
Pakar yang akan diadakan pada tahun
2000 bagi subbidang-subbidang
Pengeluaran Ternakan dan Teknologi
Hasil Ternakan.
2. Mengemaskini istilah entri dan
padanannya.
Tidak ada
1. Padanan entri bagi subbidang yang dibincangkan perlu
diselaraskan dengan padanan daftar MABBIM.
2. Dokumen untuk persidangan perlu dilengkapkan terlebih
dahulu dengan padanan-padanan yang berkaitan.
3. Pastikan senarai istilah terakhir dari setiap negara yang
dicadangkan untuk dibincang dalam Sidang Pakar
berikutnya dihantar ke negara lain sekurang-kurangnya 2
bulan sebelum taikh sidang agar dapat dicari padanannya.
Hal ini dapat mengurangkan masalah seperti dinyatakan
dalam perkara (VII) di atas.
1. Untuk meningkatkan keberkesanan cara berkerja
dicadangkan setiausaha kelompok bidang Teknologi
Maklumat/Informasi disediakan komputer dan pencetak
dalam bilik mesyuarat semasa mesyuarat berjalan, begitu
juga dengan kelompok yang lain.
2. Melalui Laman MABBIM, istilah yang telah dibentuk oleh
Sidang Pakar perlu disenaraikan segera dalam Laman
MABBIM. Oleh itu, Laman MABBIM perlu dipromosikan
oleh urus setia ketiga-tiga negara anggota.
3. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam dan
Malaysia serta Pusat Bahasa perlu menyediakan kemudahan
e-mel melalui laman MABBIM.
4. Urus Setia MABBIM bertanggungjawab atas pertanyaan-
pertanyaan orang ramai.
21
BIL.BIL.BIL.BIL.
KELOMPOKKELOMPOKKELOMPOKKELOMPOK
RENCANA KERJA SELANJUTNYARENCANA KERJA SELANJUTNYARENCANA KERJA SELANJUTNYARENCANA KERJA SELANJUTNYA
USULUSULUSULUSUL
5. Memandangkan bidang Teknologi
Maklumat/Informasi bidang baru dan
penggunaannya sangat meluas dan selalu ada
saja istilah, bidang, dan subbidang yang akan
wujud. Secara umumnya istilah dalam bidang
ini akan bertambah banyak dan perlu ditangani
segera, kerana bidang ini akan sentiasa
berkembang maju dan memerlukan
pengemaskinian dari segi padanan istilah.
Untuk mengelakkan daripada ketinggalan jauh.
Jika mengikut tatakerja sidang kelompok
hanya akan dapat membincangkan satu atau
dua subbidang (mengikut bilangan entri)
sedangkan subbidang yang akan ditangani
segera adalah banyak.
22
LAMPIRAN 11
KERTAS PERANCANGAN PROGRAM KEBAHASAAN
5 TAHUN MABBIM MENGHADAPI ALAF BARU
1.0 PENDAHULUAN
Kertas ini dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan mesyuarat MABBIM yang
bermesyuarat pada hari ini untuk Sidang Eksekutif Ke-39 MABBIM.
2.0 PERKEMBANGAN SEMASA
Perancangan bahasa Melayu/Indonesia dalam tempoh 27 tahun penubuhan MABBIM
telah berjaya membina dan memantapkan sistem ejaan dan korpus peristilahan bahasa
Melayu/Indonesia. Walaupun tugas ini masih berterusan dan mungkin tidak akan
berakhir, kita sudah mempunyai acuan yang dapat digunakan oleh pengguna bahasa
Melayu/Indonesia, terutama para ilmuan dan penulis.
Hingga kini, MABBIM telah menghasilkan 18 buah kamus istilah (Malaysia), tujuh
prosiding seminar, lima penerbitan Jurnal Rampak Serantau, penerbitan pedoman
bahasa yang berkaitan dengan ejaan dan istilah. Hal ini membuktikan bahawa
bahasa Melayu/Indonesia mempunyai korpus yang cukup untuk memungkinkan
fungsinya diperluas dalam berbagai-bagai bidang ilmu baru, misalnya dalam
pentadbiran, ekonomi, politik, budaya, teknologi maklumat dan sebagainya.
Hakikatnya ialah rantau kita ini merupakan rantau yang tamadunnya menggunakan
bahasa Melayu/Indonesia dan wajarlah bahasa Melayu/Indonesia bergerak ke arah
pelbagai bidang untuk menjadikan rantau ini pusat kecemerlangan tamadun tinggi.
3.0 CADANGAN PROGRAM 5 TAHUN MABBIM
3.1 Memperkaya Kepustakaan Bahasa Melayu/Indonesia
Pusat perancangan bahasa masing-masing negara haruslah memantapkan
rancangan pembinaan korpus ilmu atau kepustakaan bahasa
Melayu/Indonesia. Penghasilan buku untuk pengajian tinggi mesti diberi
perhatian yang lebih serius, oleh itu lebih banyak kerja penghasilan yang perlu
dilakukan bagi karya-karya ilmu terbaharu. Tugas memindahkan ilmu dari
tamadun luar ke dalam bahasa Melayu/Indonesia jauh lebih baik dan
berfaedah kepada tamadun Melayu/Indonesia daripada mengimport ilmu
tersebut dalam bahasa asing. Oleh itu MABBIM dicadangkan:
a. Mengenal pasti bidang baru bagi tempoh 2001-2005
b. Menyediakan peristilahan yang diperlukan
23
c. Menggerakkan secara bersama penulisan ilmu dalam bidang yang
dikenal pasti
d. Menggerakkan usaha penerbitan karya asli dan terjemahan
e. Menggalakkan penghasilan buku-buku adaptasi dalam pelbagai bidang
ilmu daripada bahasa sumber (Inggeris, Perancis, dll).
3.2 Pembudayaan Bahasa Melayu/Indonesia dalam
Perancangan Bahasa
Perancangan bahasa Melayu/Indonesia perlu melihat bahasa bukan sebagai
sistem struktur linguistik semata-mata tetapi juga sebagai sistem sosial atau
sosiolinguistik yang mempunyai peraturan atau ciri-ciri bahasanya yang
tersendiri. MABBIM perlu bergerak daripada kerja rutin peristilahan kepada
persoalan kebahasaan lain seperti penyelidikan dialek, bahasa sukuan, bahasa
serumpun dan sebagainya dalam usaha memperluas kosa kata bahasa
Melayu/Indonesia untuk digunakan dalam peristilahan dan perkamusan
bahasa Melayu/Indonesia. Oleh itu MABBIM mencadangkan supaya pihak-
pihak tertentu (DBP Malaysia, Pusat Bahasa Indonesia dan DBP Brunei dan
badan-badan seumpamanya):
a. Mengadakan kerjasama dalam bidang:
(i) Penyelidikan kajian dialek, bahasa sukuan, bahasa serumpun
dan yang seumpama dengannya
(ii) Perkamusan
(iii) Pensejarahan bahasa Melayu
b. Mengadakan seminar, simposium atau persidangan perancangan
bahasa sedunia
c. Mengadakan pertemuan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan di
negara MABBIM untuk merangka perancangan bahasa
Melayu/Indonesia yang lebih mantap.
d. Merangka dasar penerbitan bersama, hak cipta, pemasaran dan hal-hal
lain yang berkaitan antara anggota MABBIM.
3.3 Wawasan Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Bahasa ASEAN.
Dalam usaha untuk menjadikan bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa
ASEAN menjadi suatu realiti beberapa perkara perlulah diusahakan dari
sekarang. Antaranya:
a. Memperkenalkan bahasa Melayu/Indonesia ke negara-negara ASEAN
yang tidak menggunakan bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa
24
utama. Usaha tersebut dimulai dengan bidang pendidikan dan
kebudayaan.
b. Menjalin kerjasama dengan pusat pengajian tinggi negara- negara
ASEAN.
c. Menyediakan tenaga pengajar/pensyarah untuk mengajarkan bahasa
Melayu/Indonesia di pusat pengajian tinggi negara-negara ASEAN.
d. Mewujudkan kursi pengajian bahasa Melayu/Indonesia
di pusat pengajian tinggi negara-negara ASEAN.
e. Menggunakan bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa rasmi apabila
persidangan ASEAN di adakan di negara-negara anggota MABBIM.
4.0 PENUTUP
Bahasa Melayu/Indonesia mempunyai potensi yang besar untuk mencecah
perpantaian antarabangsa dan diterima sebagai salah satu bahasa utama dunia. Dalam
usaha mencapai wawasan tersebut perancangan mestilah bermula dari sekarang ketika
kita menyambut abad ke-21. MABBIM sebagai wahana kebahasaan di rantau ini
mestilah mengorak langkah bersikap lebih positif dan optimis menghadapi cabaran
yang mendatang.
BIBLIOGRAFI
1. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Bil: Ke-
2/138/5/1999.
2. Farid M. Onn. 1989 Potensi dan Realiti Kerjasama Kebahasaan Negara-
Negara Serantau, dalam Asraf (ed.) Bahasa Melayu Buku Asas Pembinaan
Tamadun, Petaling Jaya, Sasbadi Sd. Bhd.
3. Hassan Ahmad, 1998, Arah Tuju Bahasa Melayu Dalam Alaf Mendatang,
Ceramah Perdana MABBIM Sempena Sambutan 25 Tahun MABBIM pada
28 Mac 1998, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
25
LAMPIRAN III
RENCANA LIMA TAHUN MABBIM
(2003 – 2007)
NO.
Sidang ke-17
Pakar 2004
(Malaysia)
Sidang ke-18
Pakar 2004
(Malaysia)
Sidang ke-19
Pakar 2004
(Indonesia)
Sidang ke-20 Pakar
2004
(Brunei Darussalam)
Sidang ke-21 Pakar
2004
(Indonesia)
1.
Sains
Nuklear/Sains
Nuklir (1)
Pergigian (2)
Pergigian (3)
Ilmu Kenpendudukan
(2)
Pentadbiran
Perniagaan
Administrasi niaga (2)
2.
Bioteknologi (1)
Sukan/Olahraga
(1)
Sukan/Olahraga
(2)
Pentadbiran
Perniagaan/
Administrasi niaga (1)
Pendidikan (2)
3.
Industri Robot
(1)
Penerbitan dan
Percetakan (1)
Undang-Undang
Antarabangsa/
Hukum
Internasional (2)
Pendidikan (1)
Psikologi (2)
4.
Mikroelektronik
(1)
Undang-Undang
Antarabangsa/
Hukum
Internasional (1)
Undang-Undang
Laut/
Hukum Laut (2)
Psikologi (1)
Sejarah (2)
5.
Telekomunikasi
(1)
Undang-Undang
Laut/Hukum Laut
(1)
Pelayaran (2)
Sejarah (1)
Geografi (2)
6.
Geologi (1)
Pelayaran (1)
Pengurusan/
Manajemen (2)
Geografi (1)
Agama (2)
7.
Kejuruteraan
Perubatan (2)
Pengurusan/
Manajemen (1)
Ilmu
Kenpendudukan
(1)
Agama (1)
Kejuruteraan
Perubatan (1)
26
LAMPIRAN IV
KEPUTUSAN UMUM SIDANG KE-38
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA MALAYSIA
(MABBIM)
27
PERNYATAAN BERSAMA
Sebagai tindak lanjut Sidang Ke-37 Majelis Bahasa Brunei Darussalam-
Indonesia-Malaysia (MABBIM), antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam (JKTBMBD), Panitia Kerja Sama Kebahasaan (Pakersa)
Indonesia, dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia yang
diadakan pada tanggal 2--6 Maret 1998, di Kuala Terengganu, Malaysia, maka
Sidang Ke-38 MABBIM telah diadakan pada tanggal 8--12 Maret 1999 di Hotel
Purnama, Batu, Malang, Jawa Timur, Indonesia. Majelis telah: (1)
menyelenggarakan seminar kebahasaan yang bertemakan “Pembinaan Bahasa
Indonesia/Melayu dalam Dunia Pendidikan”, (2) meneliti dan menerima hasil
Sidang Ke-12 Pakar MABBIM, dan (4) membincangkan dan mengambil
keputusan tentang hal-hal lain seperti yang terlampir.
t.t. t.t.
(DR. HASSAN ALWI) (DATO PADUKA HAJI ALIDIN BIN
Ketua HAJI OTHMAN)
Panitia Kerja Sama Kebahasaan Pengerusi
Indonesia Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam
t.t.
(HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN)
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Malaysia
Batu, Malang Jawa Timur, Indonesia
12 Maret 1999
28
DAFTAR ISI
PERNYATAAN BERSAMA
DAFTAR ISI
LAPORAN SIDANG
LAMPIRAN
II. Dokumen
1. Naskah JKTBM/S38/1, “Kajian Semula Fungsi dan Peranan Mabbim
2. Naskah JKTBM/S38/2, “Perkongsian dan Penyebaran Maklumat Mabbim
3. Naskah “Laman Mabbim”
4. Perkongsian dan Penyebaran Maklumat Mabbim
5. “Rancangan Laman Pusat Bahasa”
6. Jaringan Pustaka: Gerbang Informasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
(GIBAS)
7. Laporan Sidang Jaringan Pustaka dan Laman Mabbim
Batu, Malang
Jawa Timur, Indonesia
8--12 Maret 1999
29
I. Acara Sidang
1. Peresmian Sidang : Senin, 8 Maret 1999
09.00--10.30
2. Seminar Kebahasaan : Senin, 8 Maret 1999
11.00--17.00
Selasa, 9 Maret 1999
08.30--18.00
3. Sidang Eksekutif : Rabu, 10 Maret 1999
09.00--09.30 Pembukaan
09.30--11.00 Sidang Ke-1
11.30--12.30 Sidang Ke-2
14.00--16.30 Sidang Ke-3
Kamis, 11 Maret 1999
08.30--10.00 Sidang Ke-4
10.30--12.30 Sidang Ke-5
14.00--16.30 Sidang Ke-6
19.30--21.00 Sidang Ke-7
Jumat, 12 Maret 1999
08.00--09.30 Penutupan
II. Anggota Sidang
1. Dr. Hasan Alwi (Indonesia, Ketua)
2. Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman (Brunei Darussalam, Ketua)
3. Tuan Haji A. Aziz bin Deraman (Malaysia, Ketua)
4. Dr. Dendy Sugono (Indonesia)
5. Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi (Brunei Darussalam)
6. Prof. Dato’ Dr Hajah Asmah Haji Omar (Malaysia)
7. Dr. Hans Lapoliwa (Indonesia)
8. Awang Haji Jalil bin Haji Mail (Brunei Darussalam)
9. Dato’ Haji Hassan Ahmad (Malaysia)
10. Drs. Hasjmi Dini (Indonesia, Sekretaris)
11. Awg Hanafiah bin Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam, Sekretaris)
12. Puan Hajah Noresah Baharom (Malaysia, Sekretaris)
30
III. Pemerhati
1. Drs. Adi Sunaryo (Indonesia)
2. Dayang Hajah Zainab binti Haji Mat Daud (Brunei Darussalam)
3. Dayangku Sainah binti Pg. Haji Mohamed (Brunei Darussalam)
4. Dayang Hajah Aishah binti Haji Tamin (Brunei Darussalam)
5. Dayang Hajah Roselinawati binti Haji Momin (Brunei Darussalam)
6. Prof . Madya Dr Kamsiah Abdullah (Singapura)
7. Encik Supki Haji Sidek (Singapura)
8. Encik Mohd. Agos bin Atan (Singapura)
IV. Narasumber
1. Dra Jumariam (Indonesia, Jaringan Pustaka Serantau)
2. Puan Atiah Haji Mohd Salleh (Malaysia, Majelis Antarabangsa
Bahasa Melayu)
3. Puan Rohani Zainal Abidin (Malaysia, Jaringan Pustaka Serantau)
4. Encik Sulaiman Kaiat (Malaysia, Perkongsian dan Penyebaran
Maklumat Mabbim)
V. Sekretariat
1. Drs Dedi Puryadi (Indonesia)
2. Encik Zubaidi Abas (Malaysia)
VI. Pencatat
1. Drs. A. Gaffar Ruskhan (Indonesia)
2. Drs. Sutiman (Indonesia)
VII. Dokumen
1. Keputusan Umum Sidang Ke-37 Mabbim
2. Laporan Sidang Ke-12 Pakar Mabbim
3. Hasil Sidang Ke-12 Pakar Mabbim
4. Laporan Pertemuan Luar Sidang Kelompok Sekretaris/Setiausaha Mabbim
5. Naskah JKTBM/S38/1 “Kajian Semula Fungsi dan Peranan Mabbim”
6. Naskah JKTBM/S38/2 “Perkongsian dan Penyebaran Maklumat Mabbim”
7. Naskah “Laman Mabbim” (bahan 1)
8. “Perkongsian dan Penyebaran Maklumat Mabbim” (bahan 2)
9. “Rancangan Laman Pusat Bahasa”
10. “Jaringan Pustaka: Gerbang Informasi Bahasa dan Kesusastraan Melayu
(GIBAS)”
31
11. Laporan Sidang Jaringan Pustaka dan Laman Mabbim
VIII. Agenda
1. Meninjau Putusan Sidang Ke-37 Mabbim
2. Meninjau Putusan Sidang Ke-12 Pakar Mabbim
3. Meneliti masalah yang ada dalam butir 1 dan 2
4. Membincangkan isu Seminar Kabahasaan Mabbim 1999
5. Membincangkan tema Seminar Kebahasaan Mabbim 2000
6. Membincangkan tanggal dan tempat
a. Sidang Ke-13 Pakar Mabbim
b. Sidang Ke-39 Mabbim
7. Mempertukarkan hasil penyusunan tata nama pribumi
8. Mempertukar hasil penyusunan daftar tumbuhan/herba
9. Membincangkan logo Mabbim
9.1 perbaikan logo Mabbim (Malaysia)
9.2 penggunaan logo pada
a. sampul laporan
b. sampul dan kepala surat
c. Rampak Serantau
d. risalah seminar
e. terbitan lainnya
10. Membincangkan usul pertemuan luar sidang untuk bidang Antropologi,
Ekonomi, dan Sosiologi
11. Membincangkan laporan kelompok Sekretaris/Setiusaha Mabbim yang
mengusulkan agar Mabbim
11.1 mengevaluasi rencana kerja Mabbim tahun 1998-2002
11.2 memulai penyusunan rencana Mabbim tahun 2003- 2007 sesuai
dengan taksonomi yang dibuat oleh pakar
11.3 mengagendakan acara dialog pandangan pakar terhadap
pengembangan peristilahan setiap sidang pakar Mabbim
11.4 mengusulkan agar terbitan Mabbim seperti keputusan majelis, laporan
sidang pakar, risalah seminar, hasil sidang pakar atau majelis dibuat
seragam seperti Rampak Serantau
11.5 Membincangkan laman Mabbim
a. demo oleh pihak Malaysia
b. pendirian stasiun kerja (Malaysia)
c. perancangan program laman Mabbim (Malaysia)
d. biaya
12. Menyimak laporan tentang
12.1 kajian peranan dan fungsi mabbim dalam hubungannya dengan Majlis
Antarabangsa Bahasa Melayu (Malaysia)
12.2 Jaringan Pustaka Serantau (Tim pengelola)
32
IX. Perbincangan dan Keputusan Umum
1. Meninjau Putusan Sidang Ke-37 Mabbim
Majelis telah menerima dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-37
MABBIM
3
yang diadakan pada tanggal 2--6 Maret 1998 di Kuala Terengganu, Negeri
Terengganu Darul Iman, Malaysia dengan catatan sebagai berikut:
1.1 Pembetulan Pernyataan Bersama baris pertama tertulis: Sidang Ke-37
diubah menjadi
Sidang Ke-36
1.2 Pembetulan rumusan butir 2.4 (halaman 5) perkara 9.3 (iv) (d) tentang
anugerah tokoh MABBIM tertulis:
Allahyarham Prof. Dr. Herman Johannes
diubah menjadi
Mendiang Prof. Dr. Herman Johannes.
1.3 Pembetulan pengetikan
a. butir 9.1 (halaman 8) baris ke-5 tertulis:
…baahsa moden, …
diperbaiki menjadi
… bahasa moden, …
b. butir 12.2 (halaman 9) baris ke-1 tertulis:
Mohktar bin Ahmad …
diperbaiki menjadi …
Mokhtar bin Ahmad …
1.4 butir 12.3 (halaman 9) baris ke-1 tertulis:
33
Y.B Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak …
diperbaiki menjadi:
Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak ….
4
1.5 Butir 12.4 (halaman 9) baris ke-1 tertulis:
Y.B Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah…
diperbaiki menjadi
Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah…
2. Meninjau Putusan Sidang Ke-12 Pakar Mabbim
2.1 Majelis menerima laporan Sidang Ke-12 Pakar Mabbim yang diadakan pada
tanggal 7--12 Spetember 1998 di Yogyakarta, Indonesia.
2.2 Majelis telah membahas usul dan masalah yang dikemukakan oleh
kelompok bidang ilmu dan Majelis memutuskan hal-hal berikut:
a. Kedokteran/Perubatan 6
(1) Subbidang Kedokteran/Perubatan diberi waktu tambahan satu hari
pada Sidang Ke-13 MABBIM di Brunei Darussalam untuk
memeriksa ejaan.
(2) Bidang Kedokteran/Perubatan diberi kesempatan untuk mengikuti
sidang pakar sampai tahun 2001, dengan catatan sebagai berikut:
(i) Kelompok Kedokteran/Perubatan perlu menyusun program
kerja baru agar sub-subbidang kedokteran/perubatan yang
tersisa dapat diselesaikan pada waktu yang disediakan dengan
memperhatikan kemungkinan keterkaitan sub-subbidang
tersebut dengan bidang atau subbidang ilmu lain.
(ii) Sekretaris/setiausaha masing-masing negara anggota memper-
siapkan bahan dari bidang yang terkait.
b. Kehutanan
(1) Majelis tidak dapat menerima usul penambahan sidang pakar untuk
bidang Kehutanan.
(2) Penyelesaian peristilahan bidang Kehutanan supaya dilaksanakan
oleh masing-masing negara anggota dan hasilnya dipertukarkan di
antara negara anggota majelis.
34
c. Komunikasi Massa
Majelis tidak dapat menerima usul penambahan sidang pakar untuk
bidang Komunikasi Massa dengan pertimbangan bahwa peristilahan
subbidang yang diusulkan itu berkaitan dengan Teknologi
Informasi/Maklumat, Fotografi/Perfileman, dan Teknologi Percetakan
yang akan dikerjakan mulai tahun 1999.
d. Kedokteran Hewan
Majelis tidak dapat menerima usul penambahan sidang pakar untuk
bidang
5
Kedokteran Hewan dengan pertimbangan bahwa peristilahan
bidang Kedokteran Hewan banyak berkaitan dengan bidang
Kedokteran.
3. Perubahan Waktu dan Tempat Penyelenggaraan Persidangan
3.1 Majelis mengambil perhatian tentang perubahan tempat penyelenggaraan
Sidang Ke-38 MABBIM dari Ujungpandang Sulawesi ke Malang , Jawa
Timur.
3.2 Majelis mengambil perhatian tentang perubahan waktu Sidang Ke-12 Pakar
MABBIM dari tanggal 3-7 Augustus 1998 ke tanggal 7-11 September 1998.
4. Membahas Isu Seminar Kebahasaan Mabbim
Majelis mengambil perhatian terhadap isu yang timbul dalam Seminar
Kebahasaan Sidang Ke-38 MABBIM yang diadakan di Hotel Purnama, Batu,
Malang, Jawa Timur pada tanggal 8-9 Maret 1999. Dari pembahasaan sebelas
makalah dan satu diskusi panel dengan tema “Pembinaan Bahasa
Indonesia/Melayu dalam Dunia Pendidikan” timbul isu-isu sebagai berikut:
4.1 Pengajaran
a. Pembelajaran bahasa perlu ditekankan pada pengembangan berpikir
kritis dan kreatif.
b. Pengajaran bahasa hendaknya tidak didominasi oleh teori-teori bahasa,
melainkan ditekankan pada penggunaannya dalam berbagai kehidupan
untuk menyadarkan masyarakat akan pentingnya bahasa dan sastra
Indonesia/Melayu
35
c. Pengajaran bahasa perlu dilakukan secara lintas kurikulum.
d. Untuk peningkatan kemampuan berbahasa Indonesia/Melayu perlu
dilakukan tindakan konkret dengan memanfaatkan hasil kajian yang
telah ada.
e. Perlu digalakkan upaya untuk meningkatkan minat baca masyarakat
dan penggunaan bahasa yang baik.
4.2 Kedudukan Bahasa Indonesia/Melayu
a. Perlu ditingkatkan agar bahasa Indonesia/Melayu makin kukuh dan
mantap.
b. Perlu dijalin kerja sama antarorganisasi atau wadah pembinaan bahasa
Indonesia/Melayu antarnegara anggota MABBIM.
c. Perlu dilakukan upaya untuk meningkatkan peran bahasa
Indonesia/Melayu sebagai bahasa komunikasi di ASEAN.
4.3 Penerjemahan
Perlu ditingkatkan usaha penerjemahan.
4.4 Penyebaran Hasil Mabbim
a. Perlu adanya rekaman karya-karya hasil Mabbim (dan Mastera) dalam
bentuk CD ROM dan internet.
b. Perlu ditingkatkan upaya pemasyarakatan hasil Mabbim melalui dunia
pendidikan.
4.5 Penilaian Hasil Mabbim
Penilaian kembali isitilah hasil Mabbim perlu dilakukan agar dapat diterima
secara luas.
5. Membincangkan tema Seminar Kebahasaan MABBIM 2000
Majelis bersepakat menetapkan tema Seminar Kebahasaan, yaitu “Bahasa
Melayu/Indonesia Abad Ke-21: Harapan dan Cabaran”.
6. Membincangkan tanggal dan tempat Sidang Ke-13 Pakar Mabbim dan Sidang
Ke-39 Mabbim
36
6.1 Majelis bersetuju untuk menyelenggarakan Sidang Ke-13 Pakar MABBIM
pada tanggal 13-17 September 1999 di Bandar Seri Begawan, Brunei
Darussalam.
6.2 Majelis bersetuju untuk menyelenggarakan Sidang Ke-39 MABBIM pada
tanggal 7-11 Maret 2000 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
7. Mempertukarkan Hasil Penyusunan Tata Nama Pribumi
Ketiga negara anggota Majelis telah mempertukarkan dokumen tentang tata
nama pribumi:
7.1 Indonesia menyerahkan dokumen tata nama pribumi (keris, pertanian,
perkapalan, dan tenunan) kepada Brunei Darussalam dan Malaysia.
7.2 Brunei Darussalam menyerahkan dokumen tata nama pribumi (keris, buah-
buahan, dan tenunan) kepada Malaysia dan Indonesia.
7.3 Malaysia menyerahkan dokumen tata nama pribumi (keris, perkapalan, dan
tenunan) kepada Brunei Darussalam dan Indonesia.
8. Penyusunan Daftar Tumbuhan/Herba
Pihak Indonesia telah menyelesaikan Daftar Tumbuhan/Herba, sedangkan Brunei
Darussalam dan Malaysia dalam proses penyelesaian daftar tersebut.
9. Membicarakan Logo MABBIM
9.1 Majelis bersetuju supaya warna merah pada logo MABBIM terdiri atas satu
tona saja.
9.2 Majelis bersetuju supaya warna latar belakang logo disesuaikan dengan
keperluan.
7
9.3 Majelis bersetuju logo Mabbim pada kepala surat, laporan Sidang Mabbim
laporan Sidang Pakar, Rampak Serantau, dan terbitan Mabbim lainnya
ditempatkan di sebelah kiri atas.
9.4 Majelis bersetuju tentang makna logo Mabbim sebagai berikut:
a. Gabungan tiga mata pena melambangkan tiga negara anggota
Mabbim, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia.
b. Reak bentuk logo menunjukkan bahwa ketiga negara anggota Mabbim
seiring dan bekerja sama erat dalam memajukan pembinaan dan
pengembangan bahasa.
37
c. Jalur-jalur putih dan warna merah melambangkan bahwa Mabbim
terus subur berkembang dan gigih memperkasakan bahasa
Indonesia/Melayu.
d. Bulatan kuning pada mata pena bermaksud bahwa Mabbim
diterajui/dipimpin dan digerakkan oleh mereka yang berwibawa.
10. Membicarakan Usul Pertemuan Luar Sidang Bidang Antropologi, Sosiologi dan
Ekonomi.
Majelis bersetuju untuk tidak meluluskan usul kelompok Antropologi, Sosiologi
dan Ekonomi untuk mengadakan pertemuan tambahan di luar Sidang Pakar
Mabbim. Istilah-istilah yang belum diselesaikan dalam Sidang Pakar Mabbim
hendaklah diselesaikan di negara masing-masing dan hasilnya dipertukarkan.
11. Membicarakan Laporan Pertemuan Kelompok Sekretaris/Setiausaha Mabbim
11.1 Evaluasi Rencana Kerja Mabbim tahun 1998--2002
Majelis bersetuju untuk memperpanjang keikutsertaan bidang
Kedokteran/Perubatan dalam dua kali Sidang Pakar lagi setelah tahun
1999, dengan demikian, bidang Pergigian/Kedokteran Gigi, baru
mengikuti Sidang Pakar mulai tahun 2002.
11.2 Rencana Kerja Mabbim 2003--2007
Negara anggota Mabbim menentukan bidang ilmu yang akan
diprogramkan untuk tahun 2003--2007 dan menyusun taksonominya untuk
dibahas dalam Sidang Ke-39 Mabbim di Bandar Seri Begawan, Brunei
Darussalam.
11.3 Dialog Antarpakar
Majelis bersetuju diadakan dialog antarpakar dalam Sidang Pakar
MABBIM dan hasilnya dilaporkan dalam Sidang Majelis oleh negara
penyelenggara Sidang Pakar.
11.4 Penyeragaman Bentuk Terbitan
Dengan memperhatikan Keputusan Umum Sidang Ke-37 MABBIM butir
11.1, Majelis menyetujui penyeragaman format kulit terbitan untuk
Keputusan Umum, Laporan Sidang Pakar, Prosiding Seminar, hasil
Sidang Majelis, dan Sidang Pakar.
11.5 Laman Mabbim
a. Majelis bersetuju untuk mengadakan Laman Mabbim dan Jaringan
Pustaka dengan nama Laman Mabbim.
38
b. Majelis bersetuju bahwa Laman Mabbim memuat segala informasi
tentang kegiatan dan hasil Mabbim sejak tahun 1972 dan dapat
dihubungkan dengan pangkalan data lain yang berkaitan.
11.6 Biaya Laman Mabbim
Majelis bersetuju untuk menyerahkan penetapan biaya pembuatan Laman
Mabbim kepada ketua perutusan/perwakilan negara anggota Mabbim,
dengan merujuk ke pilihan ketiga dokumen JKTBM.S38/2, yang meliputi:
a. aplikasi perpustakaan digital
b. perangkat kertas perpustakaan digital,
c. pengubahsuaian aplikasi,
d. petugas/pelayan Laman Mabbim,
e. sewa tempat pelayan (server)
f. tiga stasiun kerja,
g. capaian ke Jaring
h. pembangunan/pembuatan laman, dan
i. biaya lain (seperti pengangkutan dan pemeliharaan/penyenggaraan).
12. Menyimak Laporan tentang Kajian Peranan dan Fungsi Mabbim dalam
Hubungannya dengan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (Malaysia) dan
Jaringan Pustaka Serantau (Tim Pengelola)
12.1 Majelis telah membahas dan menerima makalah Malaysia yang berjudul
“Kajian Semula Fungsi dan Peranan Mabbim”.
12.2 Majelis mengambil perhatian bahwa:
a. perluasan kegiatan Mabbim dapat dilakukan pada hal-hal yang
menyangkut kepentingan bersama yang bermanfaat, antara lain
kegiatan penerjemahan dan penyusunan kamus tata nama pribumi;
b. pelaksanaan kegiatan penerjemahan meliputi:
(1) penerjemahan dari bahasa asing ke dalam bahasa
Indonesia/Melayu
(2) penerjemahan karya-karya agung dari bahasa asing ke dalam
bahasa Indonesia/Melayu
(3) penerjemahan hasil-hasil Mabbim ke dalam bahasa asing.
c. penyusunan istilah-istilah umum (awam) dilakukan oleh ketiga
negara anggota Mabbim.
d. penyusunan kamus tata nama pribumi perlu digalakkan.
39
12.3 Majelis mengambil putusan bahwa Sekretariat Tetap/Jawatankuasa Tetap
Mabbim tidak perlu dibentuk.
13. Penghargaan
Majelis menyatakan penghargaan kepada Pemerintah Republik Indonesia,
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Direktur Jenderal
Kebudayaan, Gubernur Kepala Daerah Tingakt I Jawa Timur, dan Rektor IKIP
Malang atas arahan dan sambutannya pada Sidang Ke-38 Mabbim.
40
LAMPIRAN V
DIALOG ANTARA PAKAR
41
DIALOG ANTARA PAKAR
Sebagai salah satu agenda yang telah diputuskan semasa Sidang Ke-38 MABBIM yang telah
diadakan di Malang Surabaya, Indonesia pada 10 – 12 Mac 1999 ialah untuk mengadakan
Dialog Antara Pakar. Di antara objektifnya adalah untuk mengenal pasti dan mengatasi
masalah-masalah yang sering dihadapi dalam sidang kelompok pakar sehingga menjadi
hambatan bagi kelancaran setiap kali sidang berkenaan.
Buat pertama kalinya sesi ini telah dilancarkan di Bandar Seri Begawan sempena Sidang Ke-
13 Pakar Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia pada hari Isnin, 03
Jamadilakhir 1420/13 September 1999. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang
Mulia Awang Haji Sumadi bin Sukaimi, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahli Panel
1. Awang Haji Majid bin Haji Abd. Rahman - (Brunei Darussalam)
2. dr. Sugito Wonodirekso - (Indonesia)
3. Dr. Zoraini Wati Abas - (Malaysia)
4. Pg. Julaihi Pg. Dato Paduka Othman - (Pengerusi)
Dalam pertemuan tersebut beberapa usul/pandangan telah dicetuskan:
1) Para pakar dari ketiga-tiga buah negara telah diberi peluang dan kesempatan yang
seluas-luasnya untuk membentuk ribuan istilah dalam berbagai bidang ilmu. Bagi
memanfaatkan hasil tersebut, para pakar disarankan untuk menindak-lanjuti atau
memfaatkan segala yang telah dicapai agar hasil keputusan tidak hanya terus
tersimpan dalam almari perpustakaan.
2). Memastikan agar taksonomi yang direncanakan untuk berbagai bidang ilmu tidak
bertumpang tindih bagi mengelakkan pembaziran waktu.
3). Dicadangkan senarai istilah yang telah disepakati diterbitkan dalam bentuk kamus.
4). Pemasyarakatan secara terancang hasil istilah yang telah disepakati perlu disusun
dengan rapi.
5). Penyebaran Rampak Serantau (antologi artikel kebahasaan) untuk disebarluaskan ke
institusi pendididkan tinggi di ketiga-tiga buah negara.
6). Dengan kecanggihan teknologi maklumat, negara anggota MABBIM harus
menyediakan ‘home-page’ dan e-mail’ bagi menyebarluaskan hasil kerja.
42
7). Kelewatan pihak MABBIM dalam membentuk istilah (khususnya dalam bidang IT)
telah menyebabkan pihak yang memerlukan telah mencipta istilah masing-masing
yang bervariasi.
Contohnya:
CAL (Computer aided learning) - pembelajaran berbantukan komputer
- pembelajaran dibantu komputer
- pembelajaran dibantukan komputer
desktop publishing - penerbitan atas meja
- penerbitan meja
light pen - pena cahaya
- pen cahaya
hard disk - cakera keras
- cakera liat
coding - pengkodan
- pengekodan
8). Istilah yang dicipta oleh masing-masing pihak awam didapati kurang tepat oleh pakar
bahasa dan pada waktu yang sama istilah yang dibentuk oleh pakar bahasa juga tidak
dapat diterima oleh orang awam.
Contoh:
homepage - laman jaring/hompej
(bagi orang dalam bidang IT, hompej lebih menarik dan lebih tepat)
SARANAN
- Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya MABBIM mempergiat dan
mempercepatkan pembentukan istilah IT dalam bahasa Melayu.
- Mempercepatkan pemasyarakatan istilah-istilah baru IT bagi merealisasikan
hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ASEAN.
43
LAMPIRAN VI
SIDANG KE-13 PAKAR
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-
MALAYSIA
(MABBIM)
RUMAH PERSINGGAHAN KERAJAAN,
BANDAR SERI BEGAWAN
03 – 07 JAMADILAKHIR 1420 : 13 – 17 SEPTEMBER 1999
44
KELOMPOK LAMAN MABBIM
I. SIDANG
7.45 pagi, Rabu, 15 September 1999
Rumah Persinggahan Kerajaan
II. ANGGOTA SIDANG
1. Puan Hajah Halimah Haji Ahmad - (Malaysia)
2. Dr. Zoraini Wati Abas - (Malaysia)
3. Drs. Dedi Puryadi - (Indonesia)
4. Dr. Onno W. Purbo - (Indonesia)
5. Awang Azhari bin Haji Suhaimi - (Brunei Darussalam)
6. Awang Haji Abd. Ghani bin Haji
Mohd. Yusof - (Brunei Darussalam)
III. CARA KERJA
1. Malaysia sudah menyediakan dan mendahului dari yang lain,
malah melebihi dari kerja yang telah dibahagikan dan ditetapkan
sebelumnya.
Sehubungan dengan itu Malaysia telah menetapkan untuk tidak
akan menambahkan lagi kerja yang sudah dibuat, tetapi
membukakan kepada Negara lain untuk menyiapkan dan
mengemaskan mana yang perlu.
Indonesia mungkin mempunyai beberapa kekurangan dari segi ini
dan membukakan/menyerahkan jika Brunei dapat
mengendalikannya.
2. Database hasil sudah ada dan hanya perlu dipaut (link) dan
dibentuk sistem khusus seperti ‘on-line generator & search’.
Sementara itu mengikut penerangan dari Drs. Dedi Puryadi (Indonesia)
mengenai kedudukan Indonesia.
i. Teks, dokumen & hasil diserahkan ke Malaysia
45
ii. Indonesia mempunyai beberapa kekurangan dari segi kemudahan
di samping lebih mengutamakan penggunaan e-mel dari internet.
Dari keterangan di atas dapatlah dikenalpasti beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian.
IV. CADANGAN
i. Mengenal pasti kedudukan laman yang dibentuk oleh Malaysia dari segi
- kekurangan
- format/bentuk
- kepadatan
ii. Mengenal pasti cara yang lebih efisien dalam dan bagi satu-satu laman berpandukan laman yang sudah dibentuk.
iii. Mengenal pasti cara untuk mengendalikan pautan (link).
iv. Mengenal pasti tempat untuk menyimpan hasil-hasil (database).
v. Mengenal pasti keperluan untuk membentuk sistem database mengikut
keperluan laman.
- on-line
- searching facilities
- server/storage
Indonesia ada menyuarakan untuk akan mencuba membentuk sistem
berkenaan.
vi. Mengenal pasti kos yang dijangkakan.
vii. Mengenal pasti cara lain untuk mengatasi/mengurangkan kos seperti
sponsorship/dasbnya.
Seperti melalui perletakan tanda sponsor dsb dalam LAMAN MABBIM.
viii. Mengenal pasti cara lain untuk mempromosikan MABBIM dalam usaha untuk
mengembangkan penggunaan LAMAN MABBIM.
- Domain di tempat utama
- Homepaj utama
46
Dalam usaha ke arah ini antara lain yang perlu dilaksanakan.
V. USUL
a. Menyediakan strategi ke arah mengemaskinikan tujuan ini mengikut time-
frame yang berpatutan.
b. Menyediakan framework yang perlu – konkrit & komprehensif.
c. Setiap negara menyediakan apa yang boleh/ingin/akan dibuat ke arah
pembentukan keperluan seperti:
- database system
- format
- dsbnya
Ini akan mempelbagaikan cara di samping persediaan untuk memberikan skop
meluas untuk diperhatikan dan dibincangkan bersama.
d. Mengadakan perjumpaan untuk mengemaskinikan perancangan.
47
LAMPIRAN VII
LAPORAN
PERTEMUAN LUAR SIDANG MABBIM
HOTEL PUNCAK RAYA, CISARUA, BOGOR
9 – 11 JULI 1999
48
KELOMPOK SEKRETARIS /SETIAUSAHA
I. Jadwal
Hari/Tanggal Pukul Acara
Jumat 09.00 – 10.00 Pembukaan/Sidang Lengkap I
9 Juli 1999 10.00 – 10.30 Istirahat
10.30 – 12.00 Sidang Ke-1
12.00 – 13.30 Istirahat
13.30 – 17.00 Sidang Ke-2
Sabtu 09.00 – 12.00 Sidang Ke-3
10 Juli 1999 12.00 – 13.30 Istirahat
13.30 – 17.00 Sidang Ke-4
17.30 – 21.00 Sidang Ke-5
Minggu 09.00 – 10.00 Sidang Lengkap II/Penutupan
11 Juli 1999
II. Peserta
Indonesia:
1. Dr. Dendy Sugono
2. Drs. Hasjmi Dini
3. Drs. Dedi Puryadi
4. Drs. Fairul Zabadi
Malaysia:
1. Puan hajah Halimah Ahmad
2. Encik Sulaiman Kaiat
Brunei Darussalam:
1. Awang Hanafiah bin Aw. Hj. Zaini
2. Dayang Hjh. Saddiah binti Hj. Ramli
3. Dayang Hjh. Zainab binti Hj. Mat Daud
III. Bahan/Dokumen
1. Keputusan Umum Sidang Ke-38 Mabbim, 10 – 12 Maret 1999 di Malang
2. Perancangan Kerja Lima Tahun Sidang Pakar Mabbim (Brunei Darussalam)
3. Rencana Kerja Mabbim (2003 – 2007) (Malaysia)
4. Taksonomi Sains Peternakan (Malaysia)
5. Taksonomi Teknologi Maklumat (Malaysia)
6. Kertas Laporan Laman Mabbim (Malaysia)
7. Kertas Perancangan Program Kebahasaan Lima Tahun Mabbim Menghadapi
Alaf Baru (Malaysia)
49
8. Daftar Istilah Tatanama Ikan (Malaysia)
9. Laporan Kelompok Umum Rapat Kerja Panitia Kerja Sama Kebahasaan,
Cisarua, Bogor 5 – 9 Juli 1999 (Indonesia)
IV. Agenda Rapat
1. Rencana Lima Tahun Mabbim (2003 – 2007)
2. Laman Mabbim
3. Lain-lain
a. Sidang Pakar
b. Sidang Eksekutif Mabbim
V. Hasil Rapat
Kelompok Sekretaris/Setiausaha Mabbim membincangkan hal-hal berikut.
1. Rencana Lima Tahun Mabbim (2003 – 2007)
Kelompok Sekretaris/Setiausaha Mabbim mengusulkan bidang yang akan
ditetapkan dalam rencana lima tahun Mabbim (2003 – 2007) adalah sebagai
berikut.
1) Olahraga
2) Penerbitan dan Percetakan
3) Hukum Internasional
4) Hukum Laut
5) Pelayaran (Kelautan)
6) Manajemen
7) Ilmu Kependudukan
8) Administrasi Niaga
9) Pendidikan
10) Psikologi
11) Sejarah
12) Geografi
13) Agama
14) Geologi
15) Pergigian
16) Kejuruteraan Perubatan
17) Sains Nuklir
18) Bioteknologi
19) Industri Robot
20) Mikroelektronika
21) Telekomunikasi
Butir 1 – 12 diusulkan oleh Indonesia
Butir 9 – 15 diusulkan oleh Brunei Darussalam
Butir 15 – 21 diusulkan oleh Malaysia
50
2. Laman Mabbim
1) Brunei Darussalam, atas persetujuan kerajaan, membuat Laman
Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Mabbim dimasukkan ke dalam
Laman Dewan Bahasa dan Pustaka.
2) Malaysia selain menyusun Laman Dewan Bahasa dan Pustaka juga
akan menyusun Laman Mabbim.
3) Indonesia sedang mempersiapkan Laman Pusat Bahasa. Di dalam
Laman Pusat Bahasa juga akan dimasukkan Laman Mabbim.
Berdasarkan butir 1 dan 3, Brunei Darussalam dan Indonesia tidak
dapat menanggung biaya untuk Laman Mabbim.
4) Brunei Darussalam mengusulkan agar Laman Mabbim dapat
diluncurkan bersamaan dengan Sidang Ke-39 Mabbim.
5) Pertemuan Kelompok Laman Mabbim untuk mempercepat proses
penyediaan bahan dilaksanakan bersamaan dengan Sidang Ke-13
Pakar Mabbim di Brunei Darussalam.
3. Lain-lain
a) Sidang Ke-13 Pakar Mabbim
1) Brunei Darussalam mengharapkan agar Indonesia dan
Malaysia mengirimkan bahan Sidang Ke-13 Pakar Mabbim
sebelum September 1999.
2) Acara dialog antarpakar ketiga negara akan dimulai pada
Sidang Ke-13 Pakar di Brunei Darussalam.
3) Brunei Darussalam akan mengundang Ketua Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu Malaysia dan Ketua Pakersa ke Brunei
Darussalam untuk membicarakan Kamus Tiga Negara.
b. Sidang Eksekutif Mabbim
1) Brunei Darussalam mengusulkan agar peresmian Laman
Mabbim dilaksanakan bersamaan dengan Sidang Ke-39
Mabbim.
2) Bahan untuk Rampak Serantau dan makalah untuk seminar
kebahasaan dalam rangka sidang Mabbim diupayakan dikirim
sesegera mungkin.
3) Indonesia diminta memeriksa kembali Keputusan Sidang Ke-
38 Mabbim. Jika ada perbaikan, Indonesia diminta
mengirimkan perbaikan tersebut ke Brunei Darussalam.
4) Malaysia mengusulkan agar “Kertas Perancangan Program
Kebahasaan Lima Tahun Mabbim Menghadapi Alaf Baru”
dijadikan bahan Sidang Ke-39 Mabbim.
5) Malaysia mengusulkan agar Daftar Istilah Tata Nama Ikan
dikumpulkan oleh setiap negra anggota dan dipertukarkan pada
Sidang Ke-39 Mabbim.
Cisarua, 10 Juli 1999
51
KELOMPOK KHUSUS PETERNAKAN
I. Jadwal
Hari/Tanggal Pukul Acara
Jumat 09.00 – 10.00 Pembukaan/Sidang Lengkap I
9 Juli 1999 10.00 – 10.30 Istirahat
10.30 – 12.00 Sidang Kelompok Ke-1
12.00 – 13.30 Istirahat
13.30 – 17.00 Sidang Kelompok Ke-2
17.00 – 19.30 Istirahat
19.30 – 21.00 Sidang Kelompok Ke-3
Sabtu 08.30 – 12.00 Sidang Kelompok Ke-4
10 Juli 1999 12.00 – 13.30 Istirahat
13.30 – 17.00 Sidang Kelompok Ke-5
17.00 – 19.30 Istirahat
19.30 – 21.00 Sidang Kelompok Ke-6
Minggu 09.00 – 10.00 Sidang Lengkap II/Penutupan
11 Juli 1999
II. Peserta Rapat
1. Dr. Ir. Sri Supraptini Mansjoer (Ketua, Indonesia)
2. Awang Hj. Abd. Latif bin Hj. Sani (Anggota, Brunei Darussalam)
3. Tuan Hj. Abd. Rahman Mohd. Yasin (Anggota, Makaysia)
4. Dra. Meity Taqdir Qodratillah (Pendamping Bahasa, Indonesia)
5. Dra. Lien Sutini (Sekretaris, Indonesia)
III. Sumber Rujukan
Ahlgren, G.H. 1956, Forage Crops, New York: McGraw-Hill Book Company, Inc.
Church, D.C. 1991. Livestock Feeds and Feeding. Edisi ke-3. New Jersey: Prentice
Hall.
Daifuku, A. 1986. Petit Lexique de Physiologie et de Nutrition Animale. Paris:
Institut National de la Recherche Agronomique (INRA)
Dalton, D.C. 1981. An Introduction to Practical Animal Breeding. London: Granada
Publishing Limited.
Epstein, E. 1972. Mineral Nutrition of Plants: Principles and Perspectives. New
York: John Wiley and Sons, Inc.
Herskowitz, I. H. 1977. Principles of Genetics. Edisi ke-2. New York: Macmillan
Publishing Co., Inc.
Hutt, F.B. 1979, Genetics for Dog Breeder. Edisi ke-1. San Fransisco: W.H.
Freeman and Co.
Krogmann, D.W. 1979. The Biochemistry of Green Plants. New Delhi: Prentice Hall
of India.
Mukherjee, D.P. dan G. C. Banerjee. 1980. Genetics and Breeding of Farm Animals.
Calcutta: Mohan Primlani, Oxford & IBH Publishing Co.
52
Nicholas, F.W. 1987. Veterinary Genetics, Oxford: Clarendon Press.
Orskov, E.R. 1988. Protein Nutrition in Ruminants. Edisi ke-2, London: Academic
Press.
Pinkert, C.A. (Ed.). 1994. Transgenic Animal Technology. San Diego: Academic
Press.
Pudjaatmaka, A.H. dan M. T. Qodratillah (Penyunting). 1993. Glosarium Kimia.
Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.
Rifai, M.A. dan Ermitati (Penyunting). 1993. Glosarium Biologi Jakarta: Pusat
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.
Schonewald-Cox, C.M. et al. (Ed.), 1983. Genetics and Conservation. California:
The Benyamin/Cummings Publishing Company, Inc.
Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1995. Kamus
Besar Bahasa Indonesia. Edisi ke-2. Jakarta: Balai Pustaka.
Warwick, E.J.P., J.M. Astuti dan Hardjosubroto. 1990. Pemuliaan Ternak.
Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Warwick, E.J.P. dan Legates. 1979. Breeding and Improvement of Farm Animals.
New York: McGraw-Hill Co.
Webster, M. 1993. Merriam Webster’s Collegiate Dictionary. Edisi ke-10.
Massachusetts: Merriam-Webster, Inc.
Wilkins, A.S. 1993. Genetic Analysis of Animal Development. New York: Wiley-
Liss, Inc.
IV. Bahan/Dokumen
Taksonomi Peternakan dari Indonesia, Malaysia, dan brunei Darussalam.
V. Cara kerja
Membahas dan menyepakati taksonomi dari ketiga negara.
VI. Hasil Kerja
Taksonomi Peternakan (terlampir)
VII. Hambatan ---
VIII. Rencana Kerja 1. Mencari istilah yang berkaitan dengan subbidang Genetika dan Pemuliaan
Ternak/Genetik dan Pembiakbakaan Ternakan serta subbidang Ilmu Nutrisi
dan Pakan/Sains Makanan dan Pemakanan.
2. Memberi padanan pada istilah Genetika dan Pemuliaan Ternak/Genetik dan
Pembiakbakaan Ternakan serta subbidang Ilmu Nutrisi dan Pakan/Sains
Makanan dan Pemakanan.
IX. Catatan
-- Cisarua, 10 Juli 1999
Dr. Ir. Sri Supraptini Mansjoer (Ketua)
53
KELOMPOK KHUSUS
TEKNOLOGI INFORMATIKA
I. Jadwal
Hari/Tanggal Pukul Acara
Jumat 09.00 – 10.00 Pembukaan/Sidang Lengkap I
9 Juli 1999 10.00 – 10.30 Istirahat
10.30 – 12.00 Sidang Ke-1
12.00 – 13.30 Istirahat
13.30 – 17.00 Sidang Ke-2
Sabtu 09.00 – 12.00 Sidang Ke-3
10 Juli 1999 12.00 – 13.30 Istirahat
13.30 – 17.00 Sidang Ke-4
17.30 – 21.00 Sidang Ke-5
Minggu 09.00 – 10.00 Sidang Lengkap II/Penutupan
11 Juli 1999
II. Peserta Rapat
1. Dr. Onno W. Purbo (Ketua, Indonesia)
2. Hj. Abd. Ghani bin Hj. Mohd. Yusof (Anggota, Brunei Darussalam)
3. Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan (Anggota, Makaysia)
4. Drs. A. Gaffar Ruskhan, M. Hum (Pendamping Bahasa, Indonesia)
5. Dra. Ellya Iswati (Sekretaris, Indonesia)
III. Sumber Rujukan
Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1993. Glosarium Fisika. Pusat pembinaan
dan Pengembangan Bahasa.
----------. 1993. Glosarium Matematika. Pusat pembinaan dan Pengembangan
Bahasa.
Fuori, William M. dan Louis V. Gioia. 1994. Computer and Information System.
New Jersey: Pretice Hall.
Gunton, Tony. 1994. Dictionary of Information Technology. London: Penguin.
Hennessy, John L. dan David A. Ptterson. 1990. Computer Architecture A
Quantitative Approach. San Mateo: Morgan Kaufmann.
Institut Teknologi Sepuluh November Surabaya. Tanpa Tahun. Silabus Jurusan
Teknik Informatika. Surabaya.
54
Zorkoczy, Peter dan Nicholas Heap. 1995. Informatika Technology: An Introduction.
Edisi 4. London: Pitman.
IV. Bahan/Dokumen
Taksonomi Teknologi Informatika dari Malaysia, Brunei Darussalam, dan Indonesia.
V. Cara Kerja
Membahas taksonomi dari ketiga negara dan menyepakati taksonomi didasarkan pada
The ACM Computing Classifaction System (1998).
VI. Hasil Kerja
Taksonomi Teknologi Informatika
VII. Hambatan
------------
VIII. Rencana Kerja
a. Memberi padanan pada istilah yang terkumpul dengan bahasa masing-masing.
b. Menambah istilah sumber.
IX. Catatan
-------------
Cisarua, 10 Juli 1999
Dr. Ir. Onno W. Purbo
Ketua
55
PERTEMUAN LUAR SIDANG MABBIM
Jakarta, 3 ---- 5 November 1999
I. Jadwal Acara
Rabu,
3 November 1999 09.00 – 09.30 Pembukaan
09.30 – 12.00 Sidang Kelompok Ke-1
12.00 – 14.00 Istirahat
14.00 – 16.00 Sidang Kelompok Ke-2
Kamis,
4 November 1999 10.00 – 12.00 Menghadiri Penutupan Bulan
Bahasa dan Sastera 1999
12.00 – 14.00 Istirahat
14.00 – 16.00 Sidang Kelompok Ke-3
Jumat,
5 November 1999 09.00 – 11.00 Sidang Kelompok Ke-4
11.00 – 11.30 Penutupan
II. Peserta
A. Indonesia
1. Dr. Dendy Sugono (Ketua)
2. Drs. Hasjmi Dini (Anggota)
3. Drs. Dedi Puryadi (Anggota)
4. Dr. Onno W. Purbo (Anggota)
5. Dra Jumariam. M. Ed. (Anggota)
6. Drs. Sugiyono. M. Hum (Anggota)
7. Drs. A. Gaffan Ruskhan M. Hum (Anggota)
8. Dra. Ellya Iswati (Anggota)
B. Brunei Darussalam
1. Awang hanafiah bin Haji Awang Zaini (Ketua)
2. Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Matahir (Anggota)
3. Dayangku Sainah binti Pengiran Haji Mohamed (Anggota)
56
C. Malaysia
1. Dr. Puteri Roselina (Ketua)
2. Prof. Abd. Razak (Anggota)
3. Dr. Zuraini Wati Abas (Anggota)
4. Encik Sulaiman Kaiat (Anggota)
III. Laman MABBIM
1. Kelompok Laman MABBIM bersetuju untuk mengujicoba laman MABBIM pada
Sidang Ke-39 MABBIM di Brunei Darussalam dengan format yang disampaikan
pihak Malaysia dengan perbaikan sebagai berikut.
• Laman MABBIM
a. Logo
b. Lagu
c. Sejarah
d. Piagam
e. Penyataan Bersama
f. Aktivitas MABBIM
1) Sidang Eksekutif
a) Keputusan Umum
b) Senarai Perwakilan
2) Sidang Pakar
a) Laporan
b) Senarai Perwakilan
3) Pertemuan Luar Sidang
4) Seminar Kebahasaan
5) Dialog Antarpakar
6) Penerbitan
a) Buku Pedoman
b) Daftar Istilah
c) Kamus Istilah
d) Rampak Serantau
e) Prosiding
g. Daftar Istilah
h. Pertanyaan
i. Penghargaan
j. Berita Semasa
k. Buku Pelawat
l. Carian Istilah
2. Dokumen putusan dan laporan kelompok eksekutif dan pakar yang akan
dimasukkan ke dalam Laman MABBIM tidak dilakukan penyelarasan.
57
3. Masing-masing negara menyiapkan disket Rampak Serantau dan Prosiding
Seminar Kebahasaan MABBIM sesuai dengan terbitannya dan dikirimkan ke
Malaysia sebelum tahun 2000.
4. Masing-masing negara menyiapkan daftar istilah hasil sidang pakar MABBIM
sesuai dengan tempat penyelenggaraannya.
5. Perlu pengantar sebelum masuk ke Laman MABBIM, misalnya dengan musik.
IV. Teknologi Informasi
1. Kelompok Teknologi Informasi bersepakat untuk menjadualkan subbidang yang
akan dibincangkan pada sidang pakar yang akan datang sebagai berikut:
Tahun 1999 Teknologi Informasi I
(Aplikasi Pengurusan, dan Teknologi Maklumat
dalam Komputer)
Tahun 2000 Teknologi Informasi II
(Organisasi Sistem Informasi dan Rangkaian
Komunikasi Komputer)
Tahun 2001 Teknologi Informasi III
(Perkakasan dan Perisian)
Tahun 2002 Teknologi Informasi IV
(Data dan Sistem Maklumat)
Tahun 2003 Teknologi Informasi V
Teori Metodologi, dan Matematik Teknologi Informasi)
2. Kelompok Teknologi Informasi mengusulkan agar setiap sidang pakar tiap negara
diwakili oleh dua orang pakar.
V. Lain-lain
Pihak Indonesia diharapkan melakukan pindaan terhadap Keputusan Umum Sidang
Ke-38 MABBIM di Malang.
58
ATUR CARA
SEMINAR KEBAHASAAN
59
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
Isnin
6 Mac 2000
Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustka, Berakas
8.30 pagi : Anggota Perwakilan dan para Jemputan Hadir
8.45 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Paduka
Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato
Laila Utama Haji Awang Mohd. Yusof
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
: Acara dimulakan
• Bacaan Al-Fatihah
• Ikrar Bahasa
• Persembahan Koir
• Bacaan Puisi
• Ucapan Ketua Perwakilan Indonesia
• Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
• Ucapan Ketua Permerhati Singapura
• Ucapan Tetamu Kehormat dan seterusnya
• Majlis Perasmian Sidang Ke-39 MABBIM, Sidang Ke-5
MASTERA dan Sambutan 40 Tahun Bahasa Melayu dalam
Perlembagaan
• Pelancaran Buku Bahasa Jiwa Bangsa Jilid I dan II serta buku-
buku istilah
• Doa Selamat
• Melawat Pameran
• Jamuan Ringan
60
ATUR CARA SEMINAR KEBAHASAAN
Isnin
6 Mac 2000
Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustka, Berakas
10.30 – 12.00 tengah hari
Kertas Kerja I : Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid
Brunei Darussalam
Tajuk : Asterawani dan Bahasa Melayu Di Brunei
Darussalam: Perjuangan Sepanjang Zaman
Pengerusi : Dr. Hans Lapoliwa
Pencatat : Awang Haji Jaluddin Bin Haji Chuchu
Awang Azmi bin Abdullah
12.00 tengah hari – 1.30 petang : Rehat
1.30 – 2.30 petang
Kertas Kerja II : Dr. Dendy Sugono
Indonesia
Tajuk : Meningkatkan Daya Ungkap Bahasa Indonesia
Menyongsong Era Globalisasi
Pengerusi : Dr. Awang Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid
Pencatat : Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
Dayang Mardina binti Haji Mahadi
2.30 – 3.30 petang
Kertas Kerja III : Dr. Haji Awang Sariyan
Malaysia
Tajuk : Ufuk Bahasa Dalam Kerjasama Bahasa
Melayu Serantau
Pengerusi : Awang Mohd. Amin bin Begawan Pehin
Khatib Dato Paduka Haji Sirat
Pencatat : Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
61
Dayang Mardina binti Haji Mahadi
3.30 – 4.00 petang : Rehat
4.00 – 5.00 petang
Kertas Kerja IV : Prof. Dr. Mohd. Yusof Haji Othman
Malaysia
Tajuk : Bahasa Melayu Bahasa Sains dan Teknologi:
Cabaran Abad Ke-21
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Kamsiah Abdullah
Pencatat : Awang Haji Jaluddin Bin Haji Chuchu
Dayang Mardina binti Haji Mahadi
Selasa
7 Mac 2000
Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustka, Berakas
8.00 – 9.00 pagi
Kertas Kerja V : Awang Haji Mohd. Hussain bin Abdul Rahman
Brunei Darussalam
Tajuk : Peranan dan Sumbangan Media Elektronik
Dalam Memaju dan Mengembangkan
Bahasa Abad Ke-21
Pengerusi : Dr. Abdul Wahab
Pencatat : Awang Haji Jaluddin Bin Haji Chuchu
Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
9.30 – 10.30
Kertas Kerja VI : Dr. Abdul Wahab
Indonesia
Tajuk : Ekologi Bahasa: Kasus Distorasi
Perkembangan Bahasa Indonesia
Menjelang Abad 21.
62
Pengerusi : Awang Haji Mohd. Hussain bin Abdul Rahman
Pencatat : Dayang Mardina binti Haji Mahadi
Awang Azmi bin Abdullah
10.00 – 10.30 pagi : Rehat
10.30 – 10.45 pagi
Kertas Kerja VII : Sdr. Nirwan Dewanto
Indonesia
Tajuk : Adakah ‘Bangsa’ Dalam Sastera
Pengerusi : Dr. Haji Awang Sariyan
Pencatat : Dayang Mardina binti Haji Mahadi
Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
11.30 pagi – 12.45 petang
Kertas Kerja VIII : Awang Haji Antin bin Ahad
Brunei Darussalam
Tajuk : Peranan Persekutuan Guru-Guru Melayu
Brunei Untuk Memaju dan Mengembangkan
Bahasa Melayu Pada Alaf Ke-21
Pengerusi : Puan Atiah Haji Mohd. Salleh
Pencatat : Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
12.30 tengah hari – 1.30 petang : Rehat
1.45 – 4.00 petang
Kertas Kerja IX : Profesor Madya Dr. Kamsiah Abdullah
Singapura
Tajuk : Bahasa Melayu di Singapura: Sejarah,
Cabaran Dan Harapan
63
Kertas Kerja X : Dayang Mastura binti Haji Ismail
Brunei Darussalam
Tajuk : Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Negara Brunei Darussalam: Antara
Kedaulatannya dan Cabaran
Kertas Kerja XI : Encik Hamad Kama Piah bin Che Othman
Malaysia
Tajuk : Peranan dan Sumbangan Media Elektronik
dalam Memaju dan Mengembangkan bahasa
Melayu: Tinjauan Prospeknya dalam Abad Ke-
21
Pengerusi : Dr. Abdul Wahab
Pencatat : Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
4.00 – 4.15 petang : Rehat
4.20 – 5.20 petang : Sidang Pleno
Ahli Panel : Awang Haji Abd. Ghani bin Haji Omar
Dato’ Dr. Haji Mohd. Mansor bin Haji Salleh
Drs. Hans Lapoliwa
Pengerusi : Awang Haji Sumadi bin Sukaimi
Pencatat : Awang Haji Jaluddin Bin Haji Chuchu
Dayang Mardina binti Haji Mahadi
Awang Anuar bin Haji Mohd. Jaya
64
ATUR CARA SIDANG
I. Acara Sidang Majlis
Rabu, 08 Mac 2000
Sidang I 10.00 malam – 10.45 malam
Bilik Patih Barbai DBP
Sidang II 09.00 pagi - 11.00 pagi
Hotel Orchid Garden 11.30 pagi - 12.50 petang
Khamis, 09 Mac 2000
Sidang III 08.30 pagi - 11.00 pagi
Hotel Orchid Garden
Jumaat, 10 Mac 2000
Sidang IV 08.30 pagi
Hotel Orchid Garden
- Anggota Perwakilan Hadir
- Ucapan Ketua Perwakilan Singapura
- Ucapan Ketua perwakilan Malaysia
- Ucapan ketua Perwakilan Indonesia
- Ucapan Ketua Perwakilan Brunei
Darussalam
- Penandatangan Keputusan Umum
Sidang Ke-39 MABBIM
- Doa Selamat
- Jamuan
65
UCAPAN
66
UCAPAN
YANG BERHORMAT
PEHIN ORANG KAYA DIGADONG SERI LELA DATO SERI PADUKA
HAJI AWANG HUSSAIN BIN PEHIN ORANG KAYA DIGADONG
SERIDIRAJA DATO LAILA UTAMA HAJI AWANG YUSOF
MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
Yang Mulia
Datin Paduka hajah Azizah binti Panglima Asgar Dato Paduka haji Abdullah
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Mulia
Dato paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam dan
Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam
Tuan-tuan yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Singapura dan Duta Besar
Republik Indonesia.
Yang Berbahagia
Tuan Haji A. Aziz Deraman
Selaku Ketua Perwakilan Malaysia serta rombongan.
Yang Berbahagia
Dr. Dendy Sugono, S. Pd.
Selaku Ketua Perwakilan Indonesia serta rombongan.
Yang Berbahagia
Ketua Pemerhati Singapura serta rombongan.
Yang Mulia
Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan
Ahli-ahli Rombongan Brunei Darussalam.
Peserta-peserta Seminar dan para hadirin yang dihormati.
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulilah, terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Taala kerana
dengan limpah dan rahmat-Nya jua kita dapat bertemu dan berkumpul dalam majlis ilmu
yang berkebajikan ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Negara
Brunei Darussalam khususnya, kepada rombongan perwakilan anggota-anggota MABBIM
67
iaitu Indonesia dan Malaysia, dan rombongan perwakilan Singapura sebagai pemerhati untuk
sama-sama menjayakan perjumpaan ini.
Saya difahamkan sidang kali ini merupakan kali kelima Negara Brunei Darussalam menjadi
tuan rumah Sidang Eksekutif MABBIM dan sekali gus sebagai pembuka tirai Sidang
MABBIM di abad Ke-21.
Perjumpaan ini juga akan diselajurkan dengan Sidang Ke-5 MASTERA dan Sambutan 40
Tahun Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan dan 15 Tahun Negara Brunei Darussalam
menjadi ahli penuh MABBIM.
Mengimbas kembali 40 tahun bahasa Melayu dalam Perlembagaan, tidaklah dapat dinafikan
bahawa kedaulatannya sebagai Bahasa Rasmi Negara adalah terjamin dan pemakaiannya
semakin meluas serta diberi keutamaan dalam urusan kenegaraan. Bahasa Melayu juga
merupakan alat yang berkesan dalam proses perpaduan nasional dan tanpa bahasa kita tidak
akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti.
Para hadirin yang saya hormati:
Dalam tahun 2000 ini, MABIM telah menjangkau usia 28 tahun. MABBIM bukanlah sebuah
pertubuhan kebahasaan yang kecil kerana ia dianggotai oleh tiga buah negara yang didiami
oleh 200 juta penduduk yang bertutur dalam bahasa serumpun iaitu bahasa Melayu. Ketiga-
tiga negara anggota ini telah mendaulatkan bahasa Melayu dalam perlembagaan negara
masing-masing – di Indonesia sebagai bahasa nasional, di Malaysia sebaga bahasa
kebangsaan dan di negara ini sebagai bahasa rasmi. Dan sebagai statusnya bahasa berdaulat,
pemakaiannya dalam penghidupan seharian juga amat meluas.
Saya difahamkan, sejak penubuhsnnys 28 tahun yang lalu, MABBIM telah berjaya membina
serta memantapkan tatabahasa, sistem ejaan, dan korpus peristilahan dalam bahasa Melayu
iaitu sesuai dengan bidang tugas yang digariskan dalam Piagam MABBIM. Kejayaan ini
merupakan suatu yang amat bermakna dan membanggakan, dan seterusnya akan dirista oleh
generasi akan datang sebagai mercu dalam perjuangan kerjasama kebahasaan di rantau yang
berbahasa Melayu ini.
Tentunya ada beberapa perkara yang perlu dikukuhkan disebalik kejayaan tersebut, misalnya
proses pemasyarakatan istilah masih belum menyeluruh, terutamanya dalam sektor swasta.
Untuk itu program-program bersepadu patutlah diungkayahkan untuk memasyarakatkan
beribu-ribu istilah yang telah disepakati oleh MABBIM.
Saya juga sukacita memberi pandangan supaya MABBIM dalam program-program
kebahasaannya akan datang tidak terikat dalam bidang tugasnya yang ada sekarang.
Sebaliknya memperluaskan bidang tugas tersebut ke bidang-bidang kebahasaan yang lain
seperti bidang penyelidikan bahasa. Saya percaya perkara ini sudah dimaklumi oleh pakar-
pakar bahasa dalamMABBIM.
68
Sekiranya perkara ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh syarat-syarat tertentu dalam
Piagam MABBIM, maka eloklah Piagam MABBIM itu ditunduki oleh sebuah Task Force
untuk menyesuaikannya dengan keperluan-keperluan jangka panjang di Alaf Baru.
Para hadirin yang saya hormati:
Saya penuh berharap kerjasama kebahasaan melalui MABBIM ini akan terus diperkukuhkan
dengan program-program kebahasaan yang masing-masing ditangani oleh ketiga-tiga negara
anggota pertukaran dan lawatan pakar-pakar dan tidak kurang pentingnya ketelusan
maklumat tentang apa jua perkembangan bahasa di negara masing-masing.
Akhirnya, saya berdoa mudah-mudahan perkumpulan pakar bahasa di Negara Brunei
Darussalam kali ini akan menghasilkan kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan.
Dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, saya sukacita merasmikan
Sidang Ke-39 MABBIM, Sidang Ke-5 MASTERA dan Sambutan 40 Tahun Bahasa Melayu
Dalam Perlembagaan.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
69
UCAPAN
KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
YANG MULIA DATO PADUKA HAJI ALIDIN BIN HAJI OTHMAN
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU BRUNEI
DARUSSALAM (JKTBMBD)
Bismillahir Rahmanir Rahim
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka Haji Awang
Hussain Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seridiraja Dato Laila Utama Haji Awang Yusof,
Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan
Yang Mulia Dr. Dendy Sugono, Ketua Perutusan Republik Indonesia dan anggota perutusan.
Yang Mulia Tuan Haji A. Aziz Deraman Ketua Perwakilan Malaysia dan Anggota
Perwakilan
Yang Mulia Profesor Madya Dr. Kamsiah binti Abdullah, Ketua Pemerhati Singapura dan
Anggota Pemerhati
Tuan-tuan yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Singapura dan Duta Besar
Republik Indonesia
Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang
Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang
Umar, Pengetua Pusat Sejarah
Yang Mulia Datin Paduka hajah Azizah binti Panglima Asgar Dato Paduka haji Abdullah
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta hadirin yang saya hormati.
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, hari ini sekali lagi kita dapat berhimpun bagi
perasmian Sidang Majlis bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM dan
Majlis Sastera Asia Tenggara atau MASTERA dan yang pertama untuk alaf ini. Dengan
sidang kali ini sudah lima kali Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi Sidang
MABBIM dan yang ke-2 bagi MASTERA. Sidang kali ini juga diselajurkan dengan Pameran
Sambutan 40 Tahun Bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan Pelancaran Buku.
Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan
Yang Di-Pertuan dan seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam serta
70
Jawatankuasa Penyelenggara, kita sukacita mengalu-alukan kehadiran semua perutusan dan
perwakilan negara-negara anggota dan pemerhati MABBIM dan MASTERA ke Negara Brunei
Darussalam.
Mudah-mudahan para perutusan dan perwakilan serta pemerhati akan merasa gembira dan
senang berada di negara kami yang indah permai. Semogalah sidang kali ini akan
menghasilkan keputusan yang memuaskan bagi semua pihak yang terbabit dan dapat pula
mengukuhkan lagi kerjasama dan persefahaman di kalangan negara-negara anggota
khususnya dalam bidang bahasa dan sastera.
Sidang kali ini mempunyai signifikannya tersendiri bagi Negara Brunei Darussalam kerana:
- Tahun ini sudah 15 tahun Negara Brunei Darussalam menjadi anggota penuh
MABBIM
- Kita masih dalam suasana memperingati 40 tahun bahasa Melayu dalam
perlembagaan
- Menjadi tuan rumah pertama bagi abad ini
Sidang Kebahasaan akan berlangsung selama dua hari, iaitu hari ini dan esok, sebanyak 11
kertas kerja akan dibentangkan dengan pecahan seperti berikut:
Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah akan membentangkan 4 kertas kerja
Indonesia 3 kertas kerja
Malaysia 3 kertas kerja, dan
Singapura 1 kertas kerja
Semua kertas kerja adalah berkisar pada tema yang telah ditetapkan, bahasa
Melayu/Indonesia Abad Ke-21: Cabaran dan Harapan. Tema ini dipilih untuk menilai
kembali pencapaian dan masalah yang dihadapi sepanjang abad yang lalu dan melihat akan
cabaran dan harapan di abad ke-21 dan juga alaf baru.
Alhamdulillah, bahasa Melayu/Indonesia berkembang dan mendapat tempat di negara
masing-masing walaupun tetap menghadapi cabaran, namun kita masih menaruh harapan
bahasa melayu akan tetap wujud dengan suburnya dan didaulatkan menurut selayaknya.
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara-negara
MABBIM. Maju mundurnya bahasa Melayu adalah terletak kepada kita sendiri. Kerana itu
antara cabaran besar yang dihadapi oleh bahasa Melayu ialah sikap. Sikap orang Melayu
sendiri adalah penting, sama ada benar-benar mahu melihat bahasa itu berkembang,
digunakan seluas-luasnya, dengan betul dan ikhlas mempelajari dan menggunakannya, tidak
hanya setakat untuk lulus peperiksaan. Jika tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan
bahasa Melayu akibatnya akan ditanggung pada masa akan datang apabila orang Melayu
tidak lagi mengambil endah, tidak fasih, tidak yakin, hanya pada nama sahaja dan menulis
pun dalam bahasa asing. Sikap positif penting disemai dan diamalkan oleh semua pihak dan
pada semua peringkat supaya tidak terhakis jati diri bangsa bagi membolehkan bahasa
71
Melayu itu bertahan, hidup subur dan tetap menjadi kebanggaan dan jati diri bangsa Melayu.
Oleh itu tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-16 yang berbunyi
Mengukuhkan Jati Diri Bangsa Di Alaf Baru tentunya juga merangkumi soal bahasa yang
tidak dapat dipisahkan dari bangsa Melayu itu sendiri.
Untuk itu, maka dalam majlis ini salah satu acaranya termasuklah membaca ikrar bagi
mengulangi dan mengukuhkan lagi ikrar dan komitmen kita mendaulatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara sesuai dengan peruntukan bab 82 (i) Perlembangaan Negara
Brunei Darussalam Tahun 1959. Ikrar ini pernah dilafazkan pada bulan Julai 1962, sewaktu
sambutan minggu bahasa yang diadakan serentak di seluruh negara.
Diperkukuhkan lagi kerana pada masa ini masih ada kalangan tertentu yang menggunakan
bahasa Inggeris untuk persuratan yang ditujukan kepada orang Melayu dan ditandatangani
oleh orang Melayu. Alasan orang bukan Melayu yang menyediakan surat itu adalah alasan
yang lemah atau alasan yang surat itu adalah format standard. Masih ada yang
menggunakan perkataan visitor untuk letak kereta pelawat. Surat tawaran sebut harga masih
ada yang menggunakan bahasa Inggeris walaupun kadang-kadang bahasa Inggeris itu tidak
seberapa. Ada pula pihak lain yang jika ditegur seolah-olah teguran itu mengganggu
pentadbiran orang lain walaupun sekiranya ejaan yang dimaksudkan itu tidak betul dengan
alasan pendaftarannya sudah teratur. Kita tidak berniat mencampuri pentadbiran orang tetapi
jika ada ejaan, perkataan atau terjemahan yang tidak tepat maka sudah menjadi kewajipan
kita menegurnya. Begitu juga dengan drama-drama Melayu sudah banyak sangat perbualan
dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu, walhal pasaran drama-drama tersebut tidak
melewati batasan dunia Melayu.
Kita menaruh harapan semoga di alaf baru ini bahasa Melayu akan dapat digunakan dengan
lebih meluas lagi. Tidak dinafikan era globalisasi memang menjadi cabaran kepada
perkembangan bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama cabaran ini kita sahut dengan
azam untuk meningkatkan usaha, keyakinan dan kesungguhan untuk mendaulatkan bahasa
melayu menjadi bahasa perhubungan yang lebih luas bukan sahaja di sektor kerajaan, juga di
sektor swasta dan menjadi bahasa ilmu dan bahasa sains dan teknologi. Mudah-mudahan
pada abad ini bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran
di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Mudah-mudahan harapan ini dapat dicapai, insya-
Allah.
Yang Berhormat Pehin dan hadirin yang dihormati, bagi pihak semua Jawatankuasa
Penyelenggara, koala ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian
Yang Berhormat Pehin hadir dan seterusnya merasmikan sidang. Tidak melupakan juga
kepada bekas-bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan semua yang hadir serta semua
pihak yang telah bekerja keras memberikan sumbangan dalam apa jua bentuknya bagi
menyelenggarakan sidang ini. Kepada pihak media ucapan terima kasih dan penghargaan
kami kerana sentiasa memberigakan apa jua kegiatan yang diselenggarakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Sebagai penutup, seperti lazimnya ingin saya memperkenalkan anggota
perwakilan Negara Brunei Darussalam dalam Sidang MABBIM dan MASTERA kali ini:
72
Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr - Ahli
JKTBMBD
Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi - Ahli
JKTBMBD
Awang Haji Mohd. Zaini bin Haji Omar - Ahli
JKTBMBD
Sheikh Adnan bin Sheikh Haji Mohamad - Ahli
JKTBMBD
Awang Haji Jalil bin Haji Mail - Ahli
JKTBMBD
Pengiran Julaihi bin Pg. Dato Paduka Othman - Ahli
JKTBMBD
Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini - Setiausaha
JKTBMBD
Awang Haji Antin bin Ahad - Pembentang
Kertas kerja
Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid - Pembentang
Kertas kerja
Dayang hajah Mastura binti Haji Ismail - Pembentang
Kertas kerja
Awang Haji Mohd. Hussain bin Abd. Rahman - Pembentang
Kertas kerja
Dayang Hajah Saddiah binti Ramli - Urus Setia
Dayang Hajah Zainab binti Haji Mat Daud - Urus Setia
Awang Haji Salim bin Haji Latip - Urus Setia
Awang Mohd. Azurin bin Othman - Urus Setia
73
Dan mewakili Sidang Mastera pula:
Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin
Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid
Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Awang bin Ahmad
Dayang Aminah binti Haji Momin
Awang Haji Osman bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd.
Tamin
Awang Alimin bin Haji Abd. Hamid
Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak
Awang Moksin bin Haji Durahim
Dan saya sendiri selaku Ketua Perwakilan.
Dan sebagai penyudah kata, terimalah dua rangkap pantun:
Teguh rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di pantai serasa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Negara Brunei Darussalam.
Isnin: 29 Zulkaedah 1420
06 Mac 2000
74
UCAPAN
KETUA PERWAKILAN MALAYSIA
YANG MULIA HAJI A. AZIZ DERAMAN
PENGERUSI
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU
(JKTBM), MALAYSIA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka Haji Awang
Hussain Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seridiraja Dato Laila Utama Haji Awang Yusof,
Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan.
Yang Mulia Dato paduka Haji Alidin bin Haji Othman, Ketua Perwakilan Negara Brunei
Darussalam dan Anggota Perwakilan.
Yang Terhormat Bapak Dendy Sugono, Ketua Perwakilan Indonesia dan Anggota
Perwakilan.
Yang Terhormat Prof. Madya Dr. Kamsiah binti Abdullah, Ketua Pemerhati Singapura dan
Anggota Pemerhati
Tuan-tuan yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Singapura dan Duta Besar
Republik Indonesia.
Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang
Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang
Umar, Pengetua Pusat Sejarah.
Yang Mulia Datin Paduka hajah Azizah binti Panglima Asgar Dato Paduka haji Abdullah
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian.
Marilah kita mengatur syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa taala kerana dengan limpah
izin-Nya kita dapat berkumpul di Negara Brunei Darussalam ini untuk mengikuti acara
perasmian dan menghadiri Sidang Ke-39 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia (MABBIM) dan MASTERA. Semoga majlis yang berlangsung dalam suasana
akrab dan mesra ini diberkati Allah s.a.w. jua.
Bagi pihak anggota perwakilan Malaysia, dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
Malaysia, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak urus setia
75
MABBIM Negara Brunei Darussalam, selaku tuan rumah Sidang kali ini, atas sambutan dan
layanan sempurna yang diberikan sebaik saja kami tiba di negara ini.
Sidang Ke-39 MABBIM ini, seperti biasa, diadakan sebagai tujuan daripada Sidang
sebelumnya iaitu Sidang Ke-38 yang telah diadakan pada 8 – 9 Mac 1999 di Malang, jawa
Timur, Indonesia. Kali ini, giliran Negara Brunei Darussalam pula yang menjadi tuan rumah
Sidang.
Hadirin yang dihormati,
Sejak ditubuhkan 28 tahun yang lalu, MABBIM telah berjaya memperlihatkan sekian banyak
hasil kebahasaan yang semakin mantap dimasyarakatkan di ketiga-tiga negara anggota. Kini,
kita dapat berbangga dengan hasil kerja MABBIM seperti pedoman, daftar, glosari, dan
kamus istilah yang sekali gus menandai perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-
tiga negara anggota serumpun.
Peranan MABBIM dalam hal-hal kebahasaan, yang selama ini dilihat tertumpu pada
penggubalan istilah semata-mata, sudah mula mahu diperluas kepada hal-hal kebahasaan
yang lain seperti kajian dialek, penyelidikan, penerbitan, dan penterjemahan. Jawatankuasa
Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia sebelum ini telah memberikan pandangan bahawa
MABBIM wajar menjadi penyelaras kepada kegiatan kebahasaan yang lebih luas lagi,
mencakupi bidang penyelidikan, penerbitan dan persuratan serantau. Pertemuan seperti ini
akan menjadi forum yang sangat baik bagi kita untuk menggerakkan usaha dan
permuafakatan kita ke arah itu.
Hadirin yang saya muliakan,
Seperti sidang-sidang yang lalu, Sidang Ke-39 MABBIM yang berlangsung di sini akan turut
diisi dengan acara seminar dan forum kebahasaan. Tema yang dipilih pada kali ini iaitu
Bahasa Melayu dalam Abad Ke-21: Harapan dan Cabaran memang sesuai dengan
senario bahasa semasa yang dikira amat tercabar dengan arus globalisasi akibat
perkembangan teknologi dan maklumat yang amat kencang itu.
Sebagaimana lazimnya, pihak Malaysia juga akan turut membentangkan kertas kerja dalam
seminar ini. Tiga buah kertas kerja akan dibentangkan oleh tiga orang pakar dalam bidang
tertentu dari Malaysia yang ikut serta dalam perwakilan kita.
Hadirin yang dihormati,
Sejajar dengan persetujuan kita dalam Sidang yang lalu, kita akan memulakan usaha untuk
mengembangkan bahasa Melayu di peringkat rantau dan antarabangsa untuk menjadikannya
salah satu bahasa utama di dunia dalam abad ke-21 ini. Sehubungan itu, saya ingin
memaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, dalam penyusunan semula
struktur organisasinya pada tahun lalu, telah mewujudkan satu bahagian baru, iaitu Bahagian
Pengembangan Bahasa Melayu Antarabangsa, untuk melaksanakan fungsi pengembangan
76
bahasa Melayu di peringkat rantau dan antarabangsa ini. Kerja-kerja keurusetiaan MABBIM
dan yang berkaitan dengannya adalah antara tugas yang akan dilaksanakan oleh bahagian ini.
Pada masa yang sama, majlis penyelaras aktiviti pengembangan bahasa Melayu di peringkat
antarabangsa iaitu Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (atau MABM) yang telah mendapat
kelulusan Kerajaan Malaysia, akan memulakan aktivitinya pada akhir tahun ini, sebaik sahaja
dilancarkan penubuhannya pada akhir Ogos 2000 ini nanti. Insya-Allah, satu sidang yang
bersifat eksekutif akan diadakan selepas pelancarannya. Sidang ini diadakan untuk
mempertemukan para ketua institusi pengajaran, penyelidikan, dan pengembangan bahasa
Melayu/Indonesia dari seluruh mancanegara untuk membincangkan dan menyelaraskan
aktiviti kebahasaan di peringkat antara bangsa. Dalam minggu yang sama satu Persidangan
Antarabangsa Pengajian Melayu akan diadakan di Kuala Lumpur.
Hadirin sekalian,
Kita kini dalam tahun 2000 yang sekali gus menghantar kita ke abad ke-21. Sebagai usaha
menyahut cabaran abad ini, khususnya dalam era perkembangan teknologi maklumat,
MABBIM dalam seminar yang diadakan sempena Sidang MABBIM yang lalu, telah
bersetuju agar Laman MABBIM diwujudkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kerja-kerja merealisasikannya
telah pun dimulakan oleh ketiga-tiga negara dan semua pihak kini sedang bekerja keras untuk
menyempurnakan Laman MABBIM ini. Insya-Allah apabila siap dan dilancarkan nanti para
pengguna komputer di mana-mana sahaja akan dapat mencapai maklumat yang terkandung
di dalamnya.
Sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya selaku Ketua Perwakilan memperkenalkan
anggota perwakilan Malaysia sekali gus meliputi sidang MABBIM, MASTERA dan
pemakalah dalam pertemuan kali ini. Mereka terdiri daripada:
Dato Dr. Haji Hassan Ahmad
Dato Dr. Haji Mohd. Mansor Haji Salleh – (belum tiba)
Dr. Haji Awang Sariyan
Puan Rohani binti Zainal Abidin – (belum tiba)
Prof. Dr. Mohd. Yusof Haji Othman
Encik Hamad Kama Piah bin Che Othman – (belum tiba)
Puan Jamiah binti Abdul Hamid – (belum tiba)
Puan Atiah binti Haji Mohd. Salleh
Encik Zubaidi bin Abbas – (belum tiba)
Puan Salmah binti Jabar
Puan Wan Sakinah binti Wan Abrahim
Tuan Haji Abdul Jalil Haji Anuar
Encik Mohd. Isa Sapuan
Puan Faridah A. Rahman
Dan beberapa orang lagi yang belum tiba pada pagi ini.
77
Akhir kata, bagi pihak perwakilan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan yang setinggi-tingginya kepada anggota urus setia Sidang Ke-39 MABBIM
Negara Brunei Darussalam, selaku tuan rumah, atas layaan yang sungguh bauk dan penuh
mesra yang diberikan kepada kami.
Sekian, Wabillahittaufik Wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
6 Mac 2000.
78
UCAPAN
YANG MULIA PROF. MADYA DR. KAMSIAH ABDULLAH
KETUA PERWAKILAN SINGAPURA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka Haji Awang
Hussain Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seridiraja Dato Laila Utama Haji Awang Yusof,
Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan.
Yang Mulia Dato paduka Haji Alidin bin Haji Othman,
Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam
Yang Mulia Dr. Dendy Sugono, Ketua Perutusan Republik Indonesia dan Anggota
Perutusan.
Yang Mulia Tuan Haji A. Aziz Deraman Ketua Perwakilan Malaysia dan Anggota
Perwakilan
Tuan-tuan yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Singapura dan Duta Besar
Republik Indonesia.
Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang
Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang
Umar, Pengetua Pusat Sejarah.
Yang Mulia Datin Paduka hajah Azizah binti Panglima Asgar Dato Paduka haji Abdullah
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, serta hadirin yang saya dihormati,
Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bahasa Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang telah sudi menjemput kami, wakil-wakil
daripada Singapura sebagai pemerhati di Sidang Ke-39 MABBIM, Sidang Ke-5 MASTERA
dan Sambutan 40 Tahun Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MABBIM dan MASTERA kerana
telah memberi peluang sedikit ucapan di majlis pembukaan persidangan ini.
Walaupun Singapura merupakan pemerhati di dalam persidangan MABBIM, namun banyak
sekali manfaat yang telah kami raih daripada segala usaha MABBIM selama ini. Selain
daripada dapat mewujudkan dan menyambung jaringan komunikasi persefahaman yang amat
dihargai, kami menerima istilah-istilah pelbagai bidang yang dibentuk, dihasilkan dan
diselaraskan. Ini semua telah dapat digunakan di Singapura bagi pengajaran dan
79
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dan menjadi
petunjuk dan pedoman bagi Majlis Bahasa Melayu.
Segala usaha ini harus diteruskan,kalau boleh sampai terus ke abad dan ke alaf mendatang,
insya-Allah.
Kami juga berasa bangga kerana setiap tahun, pihak kamidi jemput untuk membentangkan
kertas kerja di dalam seminar kebahasaan. Dengan adanya seminar ini, pihak kami bukan
sahaja dapat menimba ilmu, mengikut trend terkini perkembangan bahasa Melayu daripada
kertas kerja yang dibentangkan oleh golongan ahli akademik dan karyawan, bahkan kami
dapat juga berkongsi pengalaman, terutama tentang perkembangan bahasa Melayu yang juga
bahasa kebangsaan di Singapura.
Tema persidangan MABBIM Ke-39 tahun ini, Bahasa Melayu/Indonesia Abad Ke-21:
Harapan dan Cabaran, amat sesuai sekali. Kita sekarang telah melangkah ke alaf baru dan
banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Begitu juga dengan perkembangan bahasa terutama
di dalam dunia era teknologi maklumat (IT) yang tidak mengenal batasan.
Walau apa pun cabarannya, kita harus menghadapinya dengan sikap yang positif dan
menangani segala rintangan dengan cara-cara yang berkesan, demi mempertingkatkan taraf
dan citra bahasa Melayu ke persada antarabangsa, standing dengan bahasa-bahasa utama di
dunia, insya-Allah.
Kami yakin MABBIM dapat melaksanakan usaha mulia ini.
Akhir kata, saya sebagai ketua perwakilan dari Singapura mengucapkan tahniah kepada
MABBIM kerana telah Berjaya menganjurkan persidangan yang ke-39. Juga kepada Majlis
Sastera Asia Tenggara (MASTERA) yang menganjurkan Majlis Sastera Ke-5 dan juga
Sambutan 40 Tahun Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan.
Semoga, segala usaha MABBIM dapat dimanfaatkan bersama oleh Negara-negara anggota
dan juga pihak pemerhati.
Anggota Pemerhati:
Abd. Malik Ahmad - Setiausaha
Mohd. Agos bin Atan
Dr. Liaw Yock Fang
Drs. Masran Sabran
Sekian, wassalam
Profesor Madya Dr. Kamsiah Abdullah
Ketua Perwakilan Singapura
Bandar Seri Begawan
6 Mac 2000