SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
-
Upload
jessica-jones -
Category
Documents
-
view
80 -
download
1
Transcript of SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 1/41
SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK
PANTANG LARANG SEPANJANG WAKTU HAMIL MENURUT KAUM INDIA
KUMPULAN 66
NAMA PENYELIA: DR. HAIRUL SUHAIMI B.NAHAR
NAMA AHLI: AYU FAZLANA BINTI ZAKARIA 115164
TAN KIM LIU 115351
TAN WOI KIONG 115359
WONG YIN THENG 115378
NUR AMYLYANA BINTI OTHMAN 116198
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2012/2013
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 2/41
2
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
PENGAKUAN
Syukur ke hadrat Tuhan dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang
diberikan iaitu kajian mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil menurut kaum India di
Malaysia.
Pertama sekali kami hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Hairul Suhaimi bin
Nahar, pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan, di atas bantuan dan nasihat beliau dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Tanpa petunjuk dan panduan daripada beliau, kami tidak akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Di samping itu, tidak lupa kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang juga turut membantu memberi
pandangan dan juga idea mengenai tugasan kami ini. Di sini, kami juga ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan dan kajian kami secara
langsung atau tidak langsung dan kami berharap agar kajian kami ini akan dapat digunakan dan
diaplikasikan pada masa depan.
Nama Ahli Tandatangan
AYU FAZLANA BINTI ZAKARIA
TAN KIM LIU
TAN WOI KIONG
WONG YIN THENG
NUR AMYLYANA BINTI OTHMAN
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 3/41
3
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
ABSTRAK
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, setiap kaum
mempunyai pantang larang tersendiri yang begitu istimewa. Pantang larang adalah suatu
kepercayaan masyarakat zaman lampau yang berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek
moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara turun-temurun adalah melalui kaedah
lisan. Pantang larang orang terdahulu bertujuan untuk mendidik anggota masyarakat, khususnya
generasi muda agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka supaya dapat
diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara masalah yang telah dikenali dalam kajian ini ialah
masyarakat kurang pengetahuan tentang pantang larang waktu hamil kaum India. Dengan ini,
kajian ini tertumpu kepada beberapa objektif dan persoalan. Antara objektif kajian ini ialah
memberi gambaran yang jelas tentang konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India,
terutamannya kepada golongan muda hari ini, mendedahkan kepada generasi baru supaya lebih
memahami konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, memupuk semangat dan
minat generasi baru untuk mengamalkan dan melibatkan diri dalam pantang larang sepanjang
waktu hamil kaum India serta pantang larang lain dan mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan golongan muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang tersebut.
Selain itu, antara persoalan kajian ini ialah mengenai sejauh manakah pengetahuan masyarakat
terhadap pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India, apakah kandungan dan
keistimewaan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India dan faktor generasi muda kaum
India tidak mengamalkan pantang larang tersebut.
Pelbagai maklumat telah didapati daripada saluran Internet serta melalui bahan rujukan di
Perpustakaan Hamzah Sendut I dan telah direkod di Bab 2 iaitu sorotan literatur kajian ini.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 4/41
4
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Kajian ini dapat membantu anggota masyarakat agar lebih memahami pantang larang dan budaya
kaum India di Malaysia. Dengan ini, mereka dapat meningkatkan perasaan sayang dan kesetiaan
terhadap tradisi kaum masing-masing. Metodologi kajian ini termasuk penggunaan borang soal
selidik, kaedah temubual dengan kaum India dan juga pengumpulan maklumat daripada Internet
serta buku rujukan dari Perpustakaan Hamzah Sendut I.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 5/41
5
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Isi Kandungan Muka surat
1. Pengenalan 7
1.1.Pernyataan Masalah 8
1.2.Objektif kajian 9
1.3.Persoalan Kajian 10
1.4.Kepentingan Kajian Dan Sumbangan Hasil Kajian 11
2. Sorotan Literatur 12
3. Metodologi 16
4. Keputusan Dan Perbincangan
4.1.1. Tahap Pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang 18
waktu hamil Kaum India
4.1.2. Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India 20
4.1.3. Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang 22
sepanjang waktu hamil Kaum India
4.1.4. Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil 23
Kaum India
4.1.5. Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang 25
waktu hamil Kaum India
4.2.Perbincangan borang soal selidik 26
5.
Temubual tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India 30
6. Kesimpulan 35
7. Rujukan 36
8. Lampiran
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 6/41
6
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
8.1.Soal Selidik 37
8.2.Senarai Jadual 38
8.3.Senarai Rajah 40
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 7/41
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 8/41
8
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
1.1.Pernyataan Masalah
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis pantang larang yang unik
dan tersendiri. Hal ini kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang masing – masing
mempunyai konsep kepercayaan yang tersediri. Kepelbagaiaan yang wujud dalam kalangan
rakyat Malaysia telah menjadi satu keistimewaan negara kita. Namun demikian, kefahaman
secara mendalam terhadap pantang larang kaum lain masih tidak mencukupi. Malahan, generasi
muda masa kini sendiri telah meminggirkan pantang larang kaum mereka sendiri kerana
mengikut arus modenisasi. Oleh yang demikian, kami terpanggil untuk mengkaji permasalahan
ini dengan memfokuskan terhadap pantang-larang sepanjang waktu hamil kaum India supaya
ianya dapat diperbetulkan dan boleh terus dikekalkan serta diwarisi oleh generasi akan datang
tidak mengira latar belakang, kaum, mahupun peringkat umur. Melalui kajian ini, kami telah
mengenal pasti 3 masalah mengenai sebab adat dan pantang larang kaum India semakin
dilupakan iaitu :
1)
Generasi muda kurang berminat terhadap pantang larang kaum sendiri.
Didikan dan asuhan ibu bapa sejak kecil mempunyai pengaruh yang besar terhadap generasi
muda pada hari ini. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kebanyakan ibu
bapa pada masa ini tidak menyalurkan pengetahuan tentang adat dan pantang larang nenek
moyang mereka kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian menyebabkan generasi muda ini
kurang berminat untuk mengamalkan pantang larang nenek moyang kaum mereka.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 9/41
9
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
2) Generasi muda kurang pengetahuan mengenai pantang larang kaum India.
Generasi muda pada zaman sains dan teknologi ini tidak berminat untuk membaca buku
mengenai adat dan pantang-larang kaum mereka. Mereka sanggup menghabiskan masa dengan
melayari Internet dan merayau-rayau di luar. Budaya membaca yang diuar-uarkan oleh
pemimpin-pemimpin negara selalunya tidak mencapai matlamatnya. Ketandusan ilmu dalam
pelbagai bidang khususnya adat dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka
kurang memahami pantang larang kaum India.
3)
Masyarakat kurang menghayati adat-adat dan pantang larang kaum masing-
masing.
Masyarakat pada zaman satelit ini sibuk mengejar kekayaan dan kebendaan. Mereka terlalu
sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga mengabaikan pantang-larang kaum sendiri
mahupun kaum lain. Warisan nenek moyang mereka telah pupus ditelan zaman. Masyarakat
sekarang menganggap semua itu tidak penting bagi mereka. Kekurangan didikan dan asuhan ibu
bapa sejak dari kecil menyebabkan pantang larang pelbagai kaum sukar untuk diterapkan dalam
diri anak-anak.
1.2.Objektif kajian
Beberapa objektif kajian telah dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud
berkaitan pantang larang kaum India.
1) Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran yang jelas tentang konsep pantang larang
sepanjang waktu hamil kaum India, terutamanya kepada golongan muda hari ini.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 10/41
10
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
2) Kajian ini dijalankan untuk merapatkan jurang antara generasi baru dengan generasi lama
supaya penyebaran adat dan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India sentiasa dapat
diteruskan dan dipraktikkan.
3) Kajian ini adalah untuk menyiasat tahap pengetahuan dan kefahaman sasaran responden
terhadap pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India.
4) Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan golongan
muda kaum India tidak mengamalkan pantang larang itu. Hal ini merupakan punca utama yang
menyebabkan pantang larang semakin kurang diamalkan oleh kaum India.
1.3.Persoalan Kajian
Kajian mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India di Malaysia telah menepati
beberapa persoalan yang perlu dikenali iaitu:
1) Apakah konsep pantang larang sepanjang waktu hamil kaum India?
2) Apakah kepentingan pantang larang waktu hamil terhadap kaum India terutamanya kepada
generasi baru?
3) Sejauh manakah pengetahuan masyarakat terhadap pantang larang waktu hamil kaum India
di Malaysia?
4) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pantang larang sepanjang waktu hamil kaum
India kian dipinggirkan?
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 11/41
11
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
1.4.Kepentingan Kajian Dan Sumbangan Hasil Kajian
Kajian ini memberikan kesan terhadap masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat India.
Dengan menjalankan kajian ini diharap ianya akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
Malaysia dan masyarakat India khususnya tentang pantang larang ini. Kajian ini juga dapat
meningkatkan perasaan masyarakat untuk melindungi dan menyayangi tradisi dan budaya kaum
mereka sendiri. Oleh yang demikian, kita boleh mengekalkan budaya dan tradisi yang begitu
unik sehingga zaman generasi yang akan datang.
Selain itu, dengan adanya kajian ini, kefahaman masyarakat mengenai pantang larang kaum
India dapat ditingkatkan. Oleh itu, masalah yang timbul akan dapat diselesaikan secara baik.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 12/41
12
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
2. Sorotan Literatur
Berdasarkan tajuk kajian yang ditugaskan kepada kami iaitu iaitu Pantang Larang Sepanjang
Waktu Hamil Menurut Kaum India, kami telah mencari pelbagai maklumat tentang kajian ini
melalui buku rujukan dari Perpustakaan Hamzah Sendut I serta melalui laman web. Walau
bagaimanapun, kami hanya memperoleh sedikit sahaja maklumat kerana kebanyakan maklumat
yang kami peroleh melalui buku rujukan dan laman web mempunyai banyak persamaan.
Melalui buku rujukan yang kami peroleh dari Perpustakaan Hamzah Sendut I, iaitu Adat dan
Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran dan S. Manimaran, kami memperoleh
maklumat tentang adat yang dijalankan oleh kaum India semasa peringkat mengandung serta
pantang larang yang perlu dipatuhi oleh wanita India yang hamil.
Adat yang dijalankan oleh mereka semasa peringkat mengandung ialah Adat Valaikaappu.
Valaikaappu merupakan adat yang penting kerana ia merupakan adat yang penting kerana secara
simboliknya, ia menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi dalam kandungan
daripada kuasa-kuasa jahat serta bertujuan untuk melindungi si ibu supaya tidak menghadapi
sebarang masalah ketika melahirkan si bayi. Upacara ini dilakukan pada bulan ketujuh atau
kesembilan mengandung.
Adat ini diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar agama Hindu. Upacara ini
boleh diadakan sama ada di rumah suami atau rumah ibu bapa. Antara tetamu yang terlibat
dalam upacara ini ialah kaum wanita yang sudah berkahwin dan suaminya masih hidup serta
mempunyai anak.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 13/41
13
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Seterusnya, upacara mutugu niir (kulittal) iaitu upacara memandikan si ibu yang hamil akan
dijalankan. Semasa upacara ini diujalankan, para cumanggali akan mencurahkan air dan
sebagainya pada bahagian belakang badan si ibu mengandung. Setelah mandi, ibu mengandung
akan dihias seperti pengantin iaitu memakai sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu
bapanya dan didudukkan di ruang tamu dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan
bunga oleh suaminya.
Kemudian, lampu minyak (kuttu vilakku) dihidupkan sebagai tanda kehadiran restu daripada
Tuhan mereka dan sebagai permulaan upacara. Semasa upacara tersebut dijalankan, beberapa
jenis makanan khas akan disediakan termasuklah beberapa jenis nasi dan sambal yang disediakan
secara ganjil (sekurang-kurangnya tiga jenis) yang disediakan untuk ibu mengandung.
Seterusnya, upacara aalatti akan dilakukan. Upacara ini dijalankan dengan menyediakan airr
kunyit yang dicampur dengan kapur sirih kemudian ia diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih
diletakkan di tengah-tengah. Dulang ini akan diangkat oleh tiga orang cumanggali lalu
diputarkan mengikut arah jam sebanyak tiga kali dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan ibu
mengandung. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan
menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Kemudian, isi dulang tersebut akan dibuang di hadapan
pintu rumah.
Upacara seterusnya ialah upacara si ibu terbabit memakan salah satu jenis nasi daripada beberapa
jenis nasi yang telah disediakan. Kesemua nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang secara
berasingan. Kemudian, nasi-nasi tersebut dibungkus dengan kain putih serta akan disimpul. Ibu
mengandung akan memilih salah satu bungkusan nasi yang diingininya. Jika bungkusan yang
dibukanya ialah nasi manis, dipercayai dia akan melahirkan anak perempuan dan sebaliknya
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 14/41
14
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
adalah lelaki. Selepas upacara ini, ibu hamil akan tinggal di rumah ibu bapanya sehinggalah
sebulan selepas bersalin.
Maklumat seterusnya yang kami peroleh dalam buku ini ialah pantang larang yang diamalkan
oleh ibu mengandung bagi kaum India. Antaranya ialah seorang ibu hamil tidak boleh
melakukan perbuatan-perbuataan yang buruk seperti mengumpat, membuat fitnah dan
sebagainya. Hal ini kerana, perbuatan ini akan mempengaruhi kelakuan serta pemikiran anak
yang bakal lahir. Seterusnya, ibu mengandung dilarang sama sekali keluar rumah jika tiada orang
lain menemaninya pada waktu-waktu tertentu terutamanya pada waktu malam kerana mereka
percaya bahawa kuasa-kuasa jahat iaitu makhluk halus lebih aktif pada waktu malam.
Selain itu, ibu mengandung juga tidak boleh mengunjungi beberapa tempat yang tertentu seperti
rumah orang meninggal dan rumah pantang. Ini kerana apabila ibu yang hamil mengunjungi
tempat-tempat tersebut, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan si ibu yang akan turut
mempengaruhi kesihatan kandungannya. Di samping itu, kematian dianggap sebagai suatu
kejadian yang malang dan perkara sebegini akan mempengaruhi emosi si ibu.
Ibu mengandung juga dilarang tidur pada waktu siang hari atau tidur berlebihan. Selain itu, si ibu
juga tidak sepatutnya berjaga sehingga larut malam kerana kecerdasan badannya akan menjadi
lemah apabila berjaga sehingga larut malam. Si ibu juga tidak boleh makan beberapa jenis
makanan seperti nanas dan betik muda. Ini kerana buah-buahan ini dipercayai boleh
menyebabkan kandungan mereka gugur. Beras juga dilarang makan kerana akan menjejaskan
kesihatan bayi dalam kandungan. Ibu mengandung juga dilarang sama sekali melakukan
sebarang kerja sewaktu gerhana bulan atau gerhana matahari kerana dikhuatiri anak yang
dilahirkan mungkin cacat.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 15/41
15
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Bagi si suami pula, dia juga dilarang melakukan perkara-perkara yang buruk, mengambil
bahagian dalam upacara pengebumian serta melawat rumah pantang. Si suami juga tidak boleh
pulang lewat sebelum tibanya waktu malam. Si suami juga dilarang sama sekali pulang ke rumah
pada waktu malam. Selain itu, si suami juga dilarang memukul atau menyakiti hati isterinya yang
mengandung.
Di samping itu, suami juga dilarang menebang pokok khasnya pokok pisang serta menyembelih
atau membunuh binatang. Sekiranya kandungan isteri genap enam bulan, suami dilarang
melawat ke luar negeri, menyertai peperangan, melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan. Ini
kerana isteri yang mengandung selalu mengharapkan suaminya berada disampingnya.
Selain buku rujukan, kami juga telah memperoleh maklumat yang berkaitan melalui beberapa
laman web. Laman web yang pertama ialah laman web Sivik & Kewarganegaraan :
http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-kelahiran-masyarakat-
malaysia-19/ . Laman web ini juga turut menceritakan tentang adat Valaikaappu sama seperti
maklumat yang kami peroleh dari buku rujukan tersebut.
Laman web seterusnya ialah melalui laman web Pantang Larang Kaum Melayu, Cina dan India :
http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/43-pantang-larang-semasa-mengandung.html .
Berdasarkan buku yang telah kami rujuk serta laman web ini, kami dapati maklumat yang
diperoleh juga mempunyai persamaan maklumat. Oleh itu, kami hanya mendapat sedikit sahaja
maklumat tentang pantang larang yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung.
Secara konklusinya, amalan Valaikaappu diadakan kerana ia merupakan suatu budaya bagi
segolongan masyarakat India. Walau bagaimanapun, upacara ini dilakukan mengikut beberapa
faktor seperti faktor ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Bagi pantang larang pula tujuannya
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 16/41
16
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
adalah untuk menjaga ibu dan kandungannya daripada didekati atau dipengaruhi oleh kuasa jahat,
menjaga keselamatan, kesihatan ibu dan kandungannya serta menjaga kestabilan emosi dan
mental si ibu.
3. Metodologi
Dalam kajian ini, beberapa kaedah kajian yang sesuai telah digunakan oleh kami untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian kami iaitu mengenai Pantang Larang Sepanjang Waktu
Hamil Menurut Kaum India.
Antara kaedah yang digunakan oleh kami ialah mengedarkan borang soal kaji selidik kepada
mahasiswa India kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mendapatkan sedikit
maklumat tentang kajian kami ini.
Seterusnya, kami juga telah menggunakan Internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang
kajian ini. Melalui laman sesawang ini, kami telah memperoleh pelbagai jenis maklumat
antaranya adalah mengenai Pantang Larang dan Adat-adat Semasa Hamil Bagi Kaum India.
Selain itu, kaedah kajian kami yang lain adalah kaedah temu bual. Melalui temu bual yang
dijalankan kepada beberapa mahasiswa yang berbangsa India, kami memperoleh pelbagai
maklumat tambahan tentang kajian yang dijalankan oleh kami. Melalui kaedah ini juga, kami
dapat mengetahui serta memahami tentang pantang larang dan adat-adat yang diamalkan oleh
kaum India terhadap wanita-wanita India sepanjang mereka hamil.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 17/41
17
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Di samping itu, kami juga mendapatkan maklumat melalui buku rujukan yang terdapat di
Perpustakaan Hamzah Sendut I untuk memperbanyakkan lagi maklumat.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 18/41
18
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
4. Keputusan Dan Perbincangan
4.1.1. Tahap Pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu
hamil Kaum India
1. Adakan anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil?
Ya Tidak Jumlah
Jumlah 12 23 35
Jadual 1: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
Rajah 1 menunjukkan analisis tentang pengetahuan responden tentang pantang larang waktu
hamil kaum India.Sejumlah 35 orang responden telah ditemu bual. Daripada jumlah 35 orang
responden, 65.71% atau 23 orang responden menjawab “Tidak” manakala yang selebihnya
34.29% menjawab “Ya”.
Rajah1: Analisis Pengetahuan Responden
tentang Pantang Larang Waktu Hamil Kaum
India 1
Ya
Tidak
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 19/41
19
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
2. Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan
anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah.
Bilanagan soalan yang betul Jumlah
Betul 0 3
Betul 1 6
Betul 2 8Betul 3 10
Betul 4 6
Betul 5 2
Jumlah 35
Jadual 2: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
Rajah 2 menunjukkan analisis tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil. Jumlah
responden yang sama telah ditemu bual, iaitu 35 orang. Didapati majoriti responden yang ditemu
bual hanya mendapat 2 atau 3 soalan betul dalam soal selidik ini, iaitu sebanyak 51.43% (8+10).
Hanya 2 orang responden sahaja yang dapat menjawab semua soalan betul, iaitu 5.71% daripada
jumlah 35 orang responden. Manakala jumlah responden yang mendapat 1 atau 4 soalan betul
menunjukkan jumlah yang sama bagi kedua-dua, iaitu 6 orang responden atau 17.14%.
0
2
4
6
8
10
12
Betul 1 Betul 2 Betul 3 Betul 4 Betul 5
Rajah2: Analisis Pengetahuan Responden
tentang Pantang Larang waktu Hamil Kaum
India 2
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 20/41
20
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Berdasarkan rajah di atas, jelas mengatakan golongan kini kurang mengetahui tentang pantang
larang kaum India sewaktu hamil.
4.1.2. Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India
3. Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut?
Cara Jumlah
Melalui ahli keluarga 13
Bacaan buku/ majalah/ berita 1
Kajian semasa belajar 1
Lain-lain 0Jumlah 15
Jadual 3: Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India
Rajah 3 di atas menunjukkan cara responden kaum India mengetahui tentang pantang larang
sepanjang waktu hamil menurut kaum mereka. Masyarakat India mengetahui tentang pantang
larang ini melalui ahli keluarga mereka. Melalui cara ini, terdapat 13 orang atau 86.67% daripada
15 orang responden yang mengetahui tentang pantang larang tersebut melalui cara ini. Selain itu,
0
2
4
6
8
10
12
14
Melalui ahli keluarga Bacaan buku/ majalah/
berita
Kajian semasa belajar Lain-lain
Rajah 3: Cara-cara mengenai Pantang Larang
sepanjang Waktu Hamil Kaum India
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 21/41
21
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
terdapat seorang atau 6.67% daripada 15 orang responden yang mengetahui cara mengenai
pantang larang sepanjang waktu hamil melalui bacaan buku, majalah, dan berita. Seterusnya,
terdapat seorang atau 6.67% responden yang mengetahui mengenai pantang larang ini melalui
kajian semasa belajar.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 22/41
22
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
4.1.3. Analisis pendapat tentang kepentingan pantang larang sepanjang waktu
hamil Kaum India
4. Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahuipantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya?
Jawapan Jumlah
Ya 22
Tidak 13
Jumlah 35
Rajah 4: Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
Rajah 4 di atas menunjukkan cadangan yang diperoleh melalui responden kaum India mengenai
kepentingan generasi baru kaum India dalam mengetahui tentang pantang larang tersebut dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Terdapat 22 orang responden kaum India atau
62.86% daripada 35 orang responden yang berpendapat bahawa generasi baru harus mengetahui
dan mengaplikasikan pantang larang tersebut dalam kehidupan mereka. Selain itu, terdapat 13
Rajah 4: Analisis pendapatan tentang
kepentingan pantang larang waktu hamil
Kaum India
Ya
Tidak
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 23/41
23
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
orang responden kaum India atau 37.14% daripada 35 orang responden yang berpendapat
bahawa pantang larang ini tidak penting untuk diketahui dan diaplikasikan dalam kehidupan
mereka.
4.1.4. Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
5. Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan?
Alasan Jumlah
Ketinggalan zaman 6
Tidak mempunyai modal yang betul untuk mengikuti 4
Tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini 1Lain-lain 2
Jumlah 13
Rajah 5: Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India tidak
diamalakan
Berdasarkan Rajah 5 di atas, terdapat 4 pilihan yang boleh dipilih oleh responden mengenai
sebab pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan. Pilihan pertama ialah adat serta pantang
larang tersebut telah ketinggalan zaman. Kedua, tidak mempunyai model yang betul untuk
0
1
2
3
4
5
6
7
Ketinggalan zaman Tidak mempunyai
modal yang betul
Tidak ada keperluan lain-lain
Rajah 5: Analisis tentang Faktor-faktor
Pantang Larang sepanjang Waktu Hamil
Kaum India tidak diamalkan.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 24/41
24
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
mengikuti. Ketiga, tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini dan yang keempat adalah
sebab-sebab yang lain.
Soalan tersebut telah dijawab oleh 13 responden. Terdapat 6 orang atau 46.15% daripada
keseluruhan menganggap pantang larang tersebut adalah ketinggalan zaman. 4 orang atau 30.77%
daripada keseluruhannya menjawab mereka tidak mempunyai model yang betul untuk diikuti.
Seterusnya, hanya seorang sahaja yang merasakan ianya tidak mempunyai keperluan untuk
melaksanakan adat ini serta 2 orang responden telah memilih pilihan yang keempat iaitu terdapat
sebab-sebab lain yang menyebabkan pantang larang ini tidak perlu diaplikasikan pada zaman ini.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 25/41
25
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
4.1.5. Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang waktu
hamil Kaum India
6. Dengan cadangan anda, cara apakah yang paling baik digunakan untukmenyebarkan adat pantang larang tersebut kepada generasi baru?
Cara-cara Jumlah
Pendidkan melalui sekolah 7
Didikan daripada ibu bapa atau ahli keluarga 18
Multimedia(televisyen, internet, radio, dll) 6
Lain-lain 4
Jumlah 35
Jadual 6: Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
Berdasarkan rajah 6 di atas, terdapat 4 pilihan bagi soalan langkah yang paling baik dalam
menyebarkan adat serta pantang larang ketika hamil bagi kaum India kepada generasi baru.
Pertamanya ialah memberi pendidikan melalui sekolah. Kedua, melalui didikan daripada ibu
bapa atau ahli keluarga. Ketiga, melalui multimedia dan yang terakhir ialah cara lain yang
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Pendidiakan sekolah Didikan keluarga Multimedia Lain-lain
Rajah 6: Analisis tentang Cara-cara untuk
mengekalkan Pantang Larang sepanjang
Waktu Hamil Kaum India
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 26/41
26
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
berkaitan dengan kajian ini. Soalan ini telah dijawab oleh 35 responden. Terdapat 18 orang atau
51.43% daripada keseluruhannya memilih didikan daripada ibu bapa dan ahli keluarga
merupakan cara yang terbaik untuk menyebarkan adat dan pantang larang ini. Seramai 7 orang
atau 20% daripada keseluruhan responden menyatakan bahawa pendidikan melalui sekolah
adalah lebih berkesan. Manakala seramai 6 orang atau 17.14% daripada keseluruhan berpendapat
bahawa multimedia dapat menyebarkan adat tersebut. Di samping itu, terdapat 4 orang yang
mempunyai cara yang lain dalam menyebarkan adat ini.
4.2.Perbincangan borang soal selidik
Persoalan kajian 1: Adakan anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu
hamil?
Persoalan kajian 2: Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil.
Dengan pengetahuan anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah.
Tahap pengetahuan masyarakat Malaysia terhadap pantang larang kaum India sewaktu hamil
adalah rendah terutamanya bagi generasi muda yang dilahirkan pada zaman yang serba
moden ini. Kebanyakan daripada mereka hanya mendapat pengetahuan tersebut daripada
buku teks di sekolah. Mereka juga kurang bergaul dengan kaum lain untuk lebih memahami
adat, budaya dan pantang-larang kaum lain terutamanya kaum mereka sendiri. Selain itu,
mereka bukan sahaja kurang berminat untuk mengkaji pantang larang kaum sendiri, bahkan
juga tentang pantang larang kaum lain. Walaupun internet merupakan “enjin” untuk
mengakses maklumat yang amat berguna, namun mereka kurang memanfaatkannya dengan
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 27/41
27
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
pengetahuan yang berguna serta lebih mengutamakan laman sesawang yang berunsurkan
hiburan dan sosial semata-mata.
Persoalan kajian 3: Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut?
Masyarakat India mengetahui tentang pantang larang yang diamalkan oleh kaum mereka
sepanjang waktu hamil melalui ahli keluarga mereka. Masyarakat India telah mendidik anak-
anak mereka sejak dari awal mengenai pantang larang yang harus diamalkan oleh anak-anak
mereka sepanjang waktu hamil. Selain itu, terdapat juga sebilangan daripada masyarakat India
yang mengetahui tentang pantang larang ini melalui pembacaan buku, majalah, dan melalui
berita. Bagi masyarakat India yang berminat untuk mengetahui tentang pantang larang yang
harus diamalkan oleh kaum mereka, mereka berusaha untuk membaca buku yang berkaitan
dengan pantang larang tersebut untuk menambah ilmu mereka dan mengamalkannya dalam
kehidupan mereka.Selain itu, terdapat juga masyarakat India yang mengetahui mengenai
pantang larang ini dengan melakukan kajian semasa belajar. Melalui pembelajaran yang diikuti
sama ada di sekolah atau di universiti telah membuatkan mereka mengetahui tentang pantang
yang diamalkan oleh kaum mereka sepanjang waktu hamil.
Persoalan kajian 4: Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru
mengetahui tentang pantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya?
Generasi baru kaum India haruslah mengetahui tentang pantang larang sepanjang waktu hamil
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Mereka seharusnya mengamalkan pantang
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 28/41
28
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
larang ini kerana ia merupakan warisan nenek moyang mereka. Pantang larang ini haruslah
diamalkan oleh mereka agar warisan ini tidak luput ditelan zaman. Masyarakat India seharusnya
mengambil tahu tentang pantang larang yang diamalkan oleh mereka sepanjang waktu hamil dan
mempraktikkannya dalam kehidupan mereka kerana ia merupakan warisan zaman-berzaman.
Generasi baru kaum India seharusnya diberi pendedahan awal sejak dari kecil oleh ibu bapa
mereka tentang pantang larang ini supaya mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan
mereka apabila besar kelak.
Persoalan 5: Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan?
Ketinggalan zaman menjadi sebab utama pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan. Hal
ini kerana, generasi baru terutamanya yang berpendidikan mempunyai pendapat yang berbeza.
Mereka menganggap pantang larang yang dilakukan oleh nenek moyang mereka mempunyai
terlalu banyak peraturan untuk diikuti dan membebankan mereka.
Selain itu, generasi baru juga tidak mempunyai model yang betul yang boleh dijadikan sebagai
contoh dalam mengaplikasikan adat serta pantang larang tersebut. Sesetengah keluarga kaum
India terutamanya ibu bapa sudah jarang menamalkan adat dan pantang larang ini sehingga
menyebabkan anak-anak mereka terlupa atau tidak tahu tentang adat dan pantang larang yang
diperkenalkan oleh nenek moyang mereka dan seterusnya menyebabkan anak-anak tersebut
gagal mengaplikasikan adat dan pantang larang semasa hamil.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 29/41
29
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Bagi pilihan jawapan tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini adalah lebih dikaitkan
dengan pendapat individu.
Persoalan 6: Dengan cadangan anda, apakah cara yang paling baik digunakan untuk
menyebarkan adat pantang larang tersebut kepada generasi baru?
Ibu bapa dan ahli keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan generasi muda zaman
sekarang. Oleh itu, pengaruh mereka terhadap generasi baru ini adalah sangat besar. Jadi, mereka
perlu sentiasa menerapkan adat dan pantang larang yang diamalkan oleh kaum mereka supaya
generasi baru tidak akan membiarkannya daripada hilang ditelan zaman.
Didikan melalui sekolah juga penting dalam menyebarkan adat dan pantang larang ini.
Penerapan adat dan pantang larang ini melalui pendidikan di sekolah akan memberi pengetahuan
yang lebih banyak kepada generasi zaman sekarang. Oleh itu, adat dan patang larang mereka
tidak akan pupus begitu sahaja kerana generasi baru memperoleh pengetahuan tentang perkara
ini di sekolah mereka.
Bagi abad yang ke-21 ini, bahan mulitimedia menjadi satu medium yang penting bagi generasi
baru untuk belajar serta menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Oleh itu, dengan adanya
pendedahan tentang adat dan pantang larang melalui bahan multimedia seperti televisyen dan
Internet, ia akan memberi peluang kepada generasi baru untuk memahami serta
mempraktikkannya dalam kehidupan mereka dan seterusnya amalan ini tidak akan hilang ditelan
arus kemodenan.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 30/41
30
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
5. Temubual tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India
Ahli kumpulan para penyelidik, Ayu Fazlana Binti Zakaria menemubual Shangitha a/p Sadayan
tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India.
Ayu : Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana kamu sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya mengenai
pantang larang yang diamalkan oleh kaum India sepanjang waktu hamil.
Bolehkah kita mulakan temubual ini sekarang?
Shangitha : Sama-sama.Ya, kita boleh mulakan temubual ini sekarang.
Ayu : Menurut pandangan kamu, adakah pantang larang sepanjang waktu hamil
yang diamalkan oleh masyarakat India masih diamalkan sehingga ke hari
ini?
Shangitha : Menurut pendapat saya, pantang larang tersebut masih diamalkan
sehingga sekarang kerana ia merupakan warisan nenek moyang kami sejak
zaman - berzaman.
Ayu : Apakah pantang larang yang sering diamalkan oleh masyarakat India
sepanjang waktu hamil?
Shangitha : Masyarakat India sering mengamalkan adat Valaikaapu. Adat ini
dilakukan ketika kandungan sulung wanita menjangkau tujuh hingga
sembilan bulan. Dalam upacara ini, wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai “Suulkaapu”. „Suul‟
bermaksud kandungan dan „kaapu‟ bermaksud perlindungan.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 31/41
31
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Ayu : Apakah tujuan gelang itu dipakaikan kepada wanita hamil tersebut?
Shangitha : Gelang itu dipakaikan kepada wanita hamil tersebut bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Ayu : Oh, begitu rupanya. Saya juga difahamkan bahawa wanita India yang
hamil juga dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam.
Mengapakah pantang larang tersebut diamalkan oleh masyarakat India
sehingga hari ini?
Shangitha : Wanita yang hamil tidak boleh keluar rumah berseorangan pada waktu
malam kerana takut diganggu oleh makhluk halus.
Ayu : Jika boleh saya tahu,apakah lagi pantang larang yang diamalkan oleh
masyarakat India sehingga ke hari ini?
Shangitha : Masyarakat India juga mengamalkan pantang larang sepanjang waktu
hamil contohnya, semasa mereka hamil mereka dilarang untuk
melakukan perbuatan buruk seperti mengumpat, memfitnah, bergaduh,
dan sebagainya.
Ayu : Mengapakah mereka harus mengikuti pantang larang ini dan apakah
yang akan berlaku jika mereka melanggar pantang larang ini?
Shangitha : Mereka dilarang melakukan perbuatan buruk ini kerana takut anak di
dalam kandungan tersebut akan terikut dengan perbuatan buruk si ibu
tersebut. Tambahan lagi, perbuatan buruk ini dianggap mengancam masa
depan si anak. Hal ini demikian kerana apabila si ibu mengeluarkan kata-
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 32/41
32
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
kata yang kesat, ia akan memberi kesan kepada anak tersebut apabila
besar kelak kerana perkataan itu dianggap sebagai satu sumpahan yang
akan berlaku kepada anak mereka.
Ayu : Saya juga dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan selepas
bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja
berat? Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
Shangitha : Oh, dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu
menghindarkan diri daripada membuat kerja-kerja berat kerana ini akan
menjejaskan kesihatan si ibu.
Ayu : Adakah masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selepas
melahirkan anak?
Shangitha : Ya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari
selepas waktu bersalin. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara
dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan.
Ayu : Mengapakah mereka tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang
baru dilahirkan?
Shangitha : Hal ini demikian supaya jiran-jiran tidak menganggu bayi yang baru
dilahirkan dan tidak akan membuat bayi itu terkejut. Selain itu, bayi yang
baru dilahirkan juga masih berada dalam keadaan kotor kerana terdapat
banyak darah akibat baru dilahirkan.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 33/41
33
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
Ayu : Seperti yang kita maklum, masyarakat sekarang kurang
menitikberatkan aspek pantang larang dalam kehidupan harian mereka.
Menurut pandangan kamu, mengapakah pantang larang ini semakin
kurang diamalkan oleh kaum India pada masa ini?
Shangitha : Menurut pandangan saya, masyarakat India semakin kurang
mengamalkan pantang larang tersebut kerana arus pemodenan yang
semakin pesat. Tambahan lagi, generasi sekarang tidak diberi
pendedahan awal berkaitan dengan pantang larang yang harus diamalkan
oleh mereka sepanjang waktu hamil.
Ayu : Apakah nasihat kamu kepada sesetengah masyarakat India yang
mengetepikan ataupun mengabaikan pantang larang ini dalam kehidupan
mereka?
Shangitha : Nasihat saya kepada masyarakat India yang mengetepikan pantang
larang ini ialah mereka haruslah mengamalkan pantang larang ini dalam
kehidupan harian mereka agar pantang larang ini tidak luput ditelan
zaman. Mereka juga harus sedar bahawa pantang larang warisan nenek
moyang tidak dapat diganti dengan wang ringgit.
Ayu : Terima kasih sekali lagi kerana kamu sudi ditemubual oleh saya.
Shangitha : Sama-sama.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 34/41
34
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
6. Kesimpulan
Pantang larang merupakan satu sistem nilai yang dijadikan sebagai peraturan bagi mengawal
perlakuan sesebuah masyarakat. Pantang larang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian dan
menjamin kesejahteraan anggota masyarakat. Sesiapa yang melanggar sistem ini bermakna telah
melanggar nilai dan peraturan yang telah menjadi amalan sesebuah masyarakat. Setiap anggota
masyarakat di negara ini mempunyai sistem adat dan mempunyai pantang larang yang tersendiri.
Keunikan sistem adat dan pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum menjadi tradisi dan
diamalkan secara turun-temurun oleh setiap generasi. Oleh hal yang demikian, kami sebagai
salah satu daripada kumpulan Hubungan Etnik telah ditugaskan untuk mengkaji tentang
“Pantang Larang Sepanjang Waktu Hamil Menurut Kaum India”.
Dengan menjalankan kajian ini, kami telah mengenalpasti konsep pantang larang sepanjang
waktu hamil Kaum India, kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India
terhadap generasi baru, tahap pengetahuan generasi muda Kaum India terhadap pantang larang
sepanjang waktu hamil Kaum India dan faktor-faktor menyebabkan pantang larang tersebut
dipinggirkan.
Akhir sekali diharap kajian ini dapat membuka mata pelbagai pihak terutama remaja masa kini.
Dengan kerjasama erat semua pihak diharap dapat membantu untuk sekurang-kurangnya
merapatkan jurang perkauman. Pelbagai inisiatif perlu diambil untuk membolehkan masyarakat
atau setiap kaum supaya lebih memahami pantang larang Kaum India. Pantang larang amat
penting kepada masyarakat, ia melambangkan adat resam, budaya setiap kaum masing-masing.
Oleh itu, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk memelihara pantang larang kaum
mereka supaya tidak lapuk ditelan zaman.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 35/41
35
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
7. Rujukan
Laman web Sivik & Kewarganegaraan :
http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-resam-kelahiran-masyarakat-
malaysia-19/ Laman web Pantang Larang Kaum Melayu, Cina dan India :
http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/43-pantang-larang-semasa-mengandung.html .
Buku rujukan :
Adat dan Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran dan S. Manimaran, keluaran
penerbitan Seri Kembangan : Fajar Bakti, tahun 1994.
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 36/41
36
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
8. Lampiran
8.1.Soal Selidik
Nama : _____________________________________Tahun : _____________________________________
Khusus Pengajian : _____________________________________
1. Adakah anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil?a. Ya
b. Tidak
2. Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah. Bulatkan (B: Betul atau S: Salah)
a. Ibu dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. ( B / S ) b. Ibu digalakkan tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. ( B / S )
c. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 100 hari. ( B / S )d. Suami dilarang menebang pokok pisang dan menyembelih binatang. ( B / S )
e. Ibu dipakaikan sebentuk gelang tangan bagi melindungi bayi dalam kandungan dan
mengelakkan kesukaran bersalin. ( B / S )
3. Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut?
a. Melalui ahli keluarga
b. Bacaan buku/ majalah/ beritac. Kajian semasa belajar
d.
Lain-lain: ____________________________________________________________
4. Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahui pantang larangtersebut dan terus mengaplikasikannya?
a. Ya
b. Tidak
5. Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan?
a. Ketinggalan zaman
b. Tidak mempunyai modal yang betul untuk mengikuti
c. Tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini
d. Lain-lain: ___________________________________________________________
6. Dengan cadangan anda, cara apakah yang paling baik digunakan untuk menyebarkan adat dan pantang larang tersebut kepada generasi baru?
a. Pendidikan melalui sekolah
b. Didikan daripada ibu bapa atau ahli keluargac. Mulitimedia (televisyen, internet, radio, dll)
d. Lain-lain: __________________________________________________________
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 37/41
37
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
8.2. Senarai Jadual
1. Adakah anda tahu tentang pantang larang kaum India sewaktu hamil?
Ya Tidak Jumlah
Jumlah 12 23 35
Jadual 1: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
2. Berikut adalah pantang larang kaum India sewaktu hamil. Dengan pengetahuan
anda, sila pastikan pantang larang tersebut betul atau salah.
Bilanagan soalan yang betul Jumlah
Betul 0 3
Betul 1 6Betul 2 8
Betul 3 10
Betul 4 6
Betul 5 2
Jumlah 35
Jadual 2: Analisis pengetahuan responden tentang pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
3. Bagaimana anda tahu tentang pantang larang tersebut?
Cara Jumlah
Melalui ahli keluarga 13Bacaan buku/ majalah/ berita 1
Kajian semasa belajar 1
Lain-lain 0
Jumlah 15
Jadual 3: Cara mengenai pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India
4. Dengan cadangan anda, adakah itu penting untuk generasi baru mengetahui
pantang larang tersebut dan terus mengaplikasikannya?
Jawapan Jumlah
Ya 22
Tidak 13Jumlah 35
Rajah 4: Analisis pendapatan tentang kepentingan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 38/41
38
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
5. Mengapa pantang larang tersebut tidak perlu diaplikasikan?
Alasan Jumlah
Ketinggalan zaman 6
Tidak mempunyai modal yang betul untuk mengikuti 4
Tidak ada keperluan untuk mengaplikasikan adat ini 1
Lain-lain 2Jumlah 13
Rajah 5: Analisis tentang faktor pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum India tidak
diamalakan
6. Dengan cadangan anda, cara apakah yang paling baik digunakan untuk
menyebarkan adat pantang larang tersebut kepada generasi baru?
Cara-cara Jumlah
Pendidkan melalui sekolah 7
Didikan daripada ibu bapa atau ahli keluarga 18
Multimedia(televisyen, internet, radio, dll) 6
Lain-lain 4Jumlah 35
Jadual 6: Analisis cara-cara untuk meneruskan pantang larang sepanjang waktu hamil Kaum
India
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 39/41
39
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
8.3. Senarai Rajah
Rajah1: Analisis Pengetahuan Responden
tentang Pantang Larang Waktu Hamil Kaum
India 1
Ya
Tidak
0
2
4
6
8
10
12
Betul 1 Betul 2 Betul 3 Betul 4 Betul 5
Rajah2: Analisis Pengetahuan Respondententang Pantang Larang Waktu hamil Kaum
India 2
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 40/41
40
SHE101 Hubungan etnik | Semester 1, A.S. 2012/13
0
2
4
6
8
10
12
14
Melalui ahli keluarga Bacaan buku/ majalah/
berita
Kajian semasa belajar Lain-lain
Rajah 3: Cara-cara mengetahui Pantang
Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India
Rajah 4: Analisis Pendapat tentang
Kepentingan Pantang Larang Waktu Hamil
Kaum India
Ya
Tidak
7/17/2019 SHE+101+Group+66+pantang+larang+sepanjang+waktu+hamil+kaum+India (2)
http://slidepdf.com/reader/full/she101group66pantanglarangsepanjangwaktuhamilkaumindia-2 41/41
0
1
2
3
4
5
6
7
Ketinggalan zaman Tidak mempunyai
modal yang betul
Tidak ada keperluan lain-lain
Rajah 5: Analisis tentang Faktor Pantang
Larang sepanjang Waktu Hamil Kaum India
tidak diamalkan.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Pendidikan sekolah Didikan keluarga Multimedia Lain-lain
Rajah 6: Analisis tentang Cara-cara untuk
mengekalkanPantang Larang sepanjang
Waktu Hamil Kaum India