Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir
-
Upload
zahir-zainal -
Category
Entertainment & Humor
-
view
653 -
download
10
description
Transcript of Senjata melayu yang digelapkan sejarah oleh : Laksamana Zahir
ARTIKEL KALI INI SAYA MEMEBAWA PEMBACA KEPADA SATU KEBENARAN
YANG TIDAK ADA DI DALAM BUKU SEJARAH. KEBANYAKAN ORANG
MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJATA SENJATA ORANG
MELAYU DAHULU HANYA KERIS, LEMBING DAN BUKAN PISTOL
SENAPANG DAN MERIAM. SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA
BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA
MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA. SEBELUM ITU SAYA INGIN
BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN
RAHSIA SENJATA 2 ORANG MELAYU. JADI GAGAH 2 KAN LA DIRI ANDA
UNTUK MEMBACANYA…
PRAKATA
BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU…DI LEMBAH BUJANG, TERDAPAT SATU
PERADABAN YANG MAKMUR.KOTA-KOTA YANG BESAR DAN ISTANA-ISTANA
YANG MENGAGUMKAN.DI SATU KAWASAN,TERDAPAT KILANG-KILANG
MEMBUAT PERALATAN LOGAM;KILANG MELEBUR BESI.
ZAMAN BERGANTI ZAMAN.TAHUN BERGANTI TAHUN.PEPERANGAN DEMI
PEPERANGAN.HASAD DENGKI,KHIANAT,KEKEJAMAN DAN PENIPUAN
MENGHIASI TABIR.JATUH DAN BANGUN.BINA KEMBALI
PERADABAN.BERPERANG LAGI…HANCUR SEMUANYA….BANGKIT KEMBALI
MEMBINA EMPAYAR…PERANG SAUDARA…KEDATANGAN BANGSA EROPAH
YANG TAMAK….DIJAJAH…DIJAJAH…DIJARAH…
Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka.Kemudian bina
negara…bina peradaban kembali. Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?
Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus
keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?
Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu
menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan
pancang-pancang kayu dan batang pisang Gambar askar Melayu mati
ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil
meriam.Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan
orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan
yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang
berpendidikan.Membosankan.
Dalam artikel ini,penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang
disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara
(Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu
pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata
api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu
“hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”
Benarkah begitu?
Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia
berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan
Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki
uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak
ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah
merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING
KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN
PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain
dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?
Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’
mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya
berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar
(musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka
yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung
malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing
sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka
ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-
KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN
DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN
PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN
ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja
menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris
dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan
beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka
menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam
dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan
sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk
mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari
mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah
mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted dan Swettenham
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa
Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
Cannon=Meriam,Lela
Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
Flintlock Musket=Istinggar
Blunderbuss=Pemuras
Pistol=Terakol
Antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:
Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh
orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang
Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang
Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga
Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan
tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga
berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo
khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang
selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa
Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan
dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai
muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang
(funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru
timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu
digunakan oleh pasukan berkuda
(Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan
Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih
Terakol..
*Terakol
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau
Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari
ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama
sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat
Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular
berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah
lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu
berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan
pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah
amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini
kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan
berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang
musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60
cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya
melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber
menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan
abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing
roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding
41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang
Pemuras berkilat seperti in
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan
pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya
menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana
kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil
secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti
pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang
dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan
Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei
menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga
senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju
dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak
itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
*Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis
senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel
lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang
menggunakan teknologi flintlock (kancing batu
api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan
dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula
diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar
dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api
lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock)
dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama
seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat
Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan
bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang
yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban
dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala
jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.
Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban
dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut
kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota
Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga
digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika
membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga
digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang
Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil
dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut
Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah
senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang
menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan
Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka
adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu
yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat
di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi
dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang
berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil
Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana
mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor
Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan
rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai
arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam
mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka
kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan
cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan
lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah
meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka
mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-
pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan
dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu.
Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di
ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri
mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih
mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu
yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik .
Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api
utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka
menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol
dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana
diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu
senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar
bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan
Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan
penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik
di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di
Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari
Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan
Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama
setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah
mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis,
Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru
teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan
persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan
penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan
malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan
terbanyak adalah negara Belanda.
*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan
digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di
tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa
peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam
digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora
melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah
cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei
dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah
alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam
paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri
atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang
Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki
Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang
menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian
pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah
Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri
Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di
Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat
dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak
balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas
Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu
Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki
Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk
mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah
meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan
Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang
sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya
sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah
berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani
iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di
bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah
cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang
telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun,
pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan
Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani.
Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah
diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri
Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa
hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula
telah hilang tanpa dapat dikesan.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di
bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah
cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang
telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun,
pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan
Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani.
Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah
diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri
Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa
hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula
telah hilang tanpa dapat dikesan.
*petikan gambar filem langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api sudah digunakan oleh ora
ng melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dal
am menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pa
da zaman kini tidak dapat mengunkapkan sejarah2 hebat orang melayu ini ke layar perak m
alah diambil kesempatan oleh pembikin filem da
ri thailand. jika dilihat pada babak2 filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dala
m filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang
melayu bukan hanya keris dan lembing.
Queen of LangkasukaTernyata mengangkat
martabat melayuYang sebenar
*putera pahang yang menembak menggunakan terakol.
jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji SECARA
MENDALAM sejarah Patani.Ini filem Thai dan nama
‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat.Asalnya penerbit mahu
meletakkan nama ‘Queen of Patani’ namun dibantah oleh
pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti
dengan apa yang berlaku di Selatan Thai.Jadi diletakkan
‘Langkasuka’ padahal Langkasuka dan Patani adalah dua
kerajaan berbeza.’Lanun’ dalam cerita ini hanyalah fantasi
kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu
Biru,kerajaan Patani diserang oleh Thai,bukannya lanun-
lanun Melayu,Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini.Dan
tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya,ia
cuma ‘rempah-ratus’ dalam membuat filem itu lebih sensasi.
Fakta sejarah sebenarnya,ketika itu Patani berperang
dengan Thai dan seorang Cina Muslim,Lim To Khiam
diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-
tukang meriam Patani menyiapkan meriam
besar.Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi
sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan
orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah
Patani.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari
pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek
moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan
keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-
senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di
Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti
Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-
senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta
raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak
tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa
gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa
Pemuras di samping parang dan
keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika
nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang
mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan
menjadi seperti Red Indian atau aborigine
Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun
masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati
perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan
warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk
para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli
meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para
residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri
Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa
balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja
Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana
mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan
Maharaja Moghul di India.
Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun
yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di
Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan
pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris
melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana
James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja
Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan
dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan
sahaja orang Melayu,malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil
‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu.Lucu dan
aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan
warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan
hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh
dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina
Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi
dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha
mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan
menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama
kita sendiri??Orang asing??
Sebagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah
kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa
yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak
sahaja malah pandai menggunakan meriam dan
membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa
menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
Akhir kata…
Sekian..
Disunting oleh: Laksamana Zahir
Smkdpb the best !!!