Seni Peribumi
-
Upload
vyrah-j-malintau -
Category
Documents
-
view
27 -
download
1
description
Transcript of Seni Peribumi
SENI
PERIBUMIJAH-HUTMAHMERI
PUA KUMBU
JAH-HUTJah-Hut ialah satu suku kaum orang asli
yang tinggal di Pahang, Malaysia.
Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah-Hut ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000
orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke
Temerloh di selatan.
Tempat tinggal Kum Jah-Hut
Antara kampung-kampung ini termasuk Kg.Pos Penderas dan Kampung Keboi di
dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang.
Kampung Seboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara
penempatan-penempatan orang Jah-Hut dengan hanya kira-kira 100 orang.
Orang Jah-Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.
Peta Penempatan
BAHASA JAH-HUT
Bahasa yang ditutur oleh orang Jah-Hut dikenali sebagai “bahasa Jah-Hut” dan merupakan sebahagian bahasa Mon-
Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa.
Dalam bahasa Jah-Hut, “Jah” bermaksud orang.
“Hut” pula bermaksud bukan atau tidak.
Bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata
majmuknya disebabkan “bukan orang” ini memang bukan erti yang
dimaksudkan.
Bahasa Jah-Hut telah banyak menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya.
Loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala
Tembeling, Ulu Ceres, dan sebagainya.
KEPERCAYAANRajaPanglimaBatinPawangMenteriPoyang (pengamal pengubatan.
7 semangat roh dalam diri :i.Semangat orangii.Semangat anginiii.Semangat hantuiv.Semangat rusa
v.Semangat khinzirvi.Semangat lalatvii.Semangat iblis.
KEGIATAN EKONOMIKegiatan-kegiatan pertanian utama orang
Jah-Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam.
Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber
pendapatan untuk orang Jah-Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk
kepercayaan keagamaan mereka.
Walaupun orang Jah-Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil
secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak
beberapa ratus tahun.
Seni Pengukiran Kayu Jah-Hut
Suku kaum ini memang terkenal dengan ukiran-ukiran kayu (arca).
Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi
kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda, serta menggambarkan
kehidupan mereka.
Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan dan manusia
serta alam ghaib seperti hantu.
Ukiran (arca) akan dinamakan dengan karakter masing-masing,
kebanyakkannya hantu.
Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.
Tokoh Pengukir Kayu Suku Kaum Jah-Hut
JENIS-JENIS KAYU
Karya Menteri Bani b Wahi
CONTOH HASIL UKIRAN
“BAPAK DAN ANAK PAKAI CHAWAT”
MAH-MERISuku kaum Mahmeri, dari
kumpulan Senoi adalah antara pribumi yang turut menghasilkan
ukiran kayu.
"Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah,
mahmeri memberi maksud bersisik.
Mereka juga dikenali sebagai orang laut.
Sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut
iaitu di Pulau Carey, Selangor.
Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri dan
mereka turut dikenali sebagai pengukir yang mahir.
Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia,
alam flora dan fauna amat menakjubkan.
Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO.
PUA KUMBU (SENI TENUNAN)
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan
oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia.
Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci.
Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk :
- Kelahiran anak- Sampai usia - Menerima barangan penting kepada rumah panjang- Untuk tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.
Motif EngkerambaGambaran figura roh yang dikenali
sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat.
Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-
tanaman dan penghuni rumah panjang.
Motif FaunaAntara motif binatang yang
digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi,
rusa dan serangga.
Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi).
Motif FloraTumbuh-tumbuhan juga turut
digunakan sebagai motif tenunan kain pua.
Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk
paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-
bungaan.
CONTOH TENUNAN
SEKIAN, TERIMA KASIH~