Senarai Agensi Pada 1 Januari 2008 - · PDF filec. Agensi-agensi Pelaksana adalah termasuk...
Transcript of Senarai Agensi Pada 1 Januari 2008 - · PDF filec. Agensi-agensi Pelaksana adalah termasuk...
DEFINISI
1.
a. Kementerian adalah organisasi yang diwujudkan untuk menggubal dasar, merancang
program-program dan melaksanakannya di bawah arahan dasar seorang Menteri;
b. Ibu Pejabat Kementerian mengandungi Pejabat Menteri yang dianggotai oleh Menteri
(termasuk Timbalan-Timbalannya dan Setiausaha Parlimen), Ketua Setiausaha dan Ketua-
Ketua Agensi di bawahnya;
c. Agensi-agensi Pelaksana adalah termasuk Jabatan-jabatan dan Badan-badan Berkanun
di bawah Kementerian;
d. Ketua Setiausaha Kementerian ialah Eksekutif Utama yang mempunyai kuasa Pegawai
Pengawal dan perakaunan di atas Agensi-agensi Pelaksana Kementerian.
2.
a. Kementerian Bersepadu : Kementerian Bersepadu ialah Kementerian di mana
unit/bahagian tidak mempunyai kuasa tersendiri dari segi urusan pentadbiran, kewangan
dan Ketua Unit/Bahagian itu tidak menjadi Pegawai Pengawal di dalam urusan kewangan.
Fungsi-fungsi tersebut adalah dipusatkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian
berkenaan. Unit/Bahagian tersebut dikenali sebagai Unit, Bahagian atau Biro dan gelaran
Ketua Jabatan adalah Pengarah, Ketua Pengarah dan lain-lain. Contoh Kementerian
Bersepadu ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian
Pertahanan.
b. Kementerian Tidak Bersepadu : Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian di
mana salah satu unit/bahagiannya menjalankan fungsi-fungsi bersendiri dari segi urusan
pentadbiran, kewangan dan kakitangan dan Ketua Unit/Bahagian itu adalah menjadi
Pegawai Pengawal dalam urusan kewangannya. Oleh yang demikian unit/bahagian tersebut
mempunyai kumpulan kakitangan yang tertentu untuk menjalankan fungsi-fungsi tersebut.
Sungguhpun begitu tanggungjawab secara amnya dalam fungsi-fungsi tersebut adalah
terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian. Unit/bahagian tersebut dikenali sebagai
Unit, Bahagian atau Biro dan gelaran Ketua Jabatan dikenali sebagai Pengarah, Ketua
Pengarah dan lain-lain. Pada lazimnya unit/bahagian yang berkenaan adalah bertaraf
Jabatan. Contoh Kementerian Tidak Bersepadu ialah Kementerian Kewangan, Kementerian
Pengangkutan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
3.
KEMENTERIAN
JABATAN
Mengikut Pekeliling Am Bil. 2/82:
Kementerian dibahagi kepada dua jenis:-
Dari segi susunan pentadbiran, Jabatan adalah merupakan agensi pelaksana bagi sebuah
Kementerian atau Pentadbiran Negeri. Tugas Jabatan adalah tertakluk kepada fungsi dan
objektif Kementerian atau Pentadbiran Negeri. Ia tertakluk kepada peraturan-peraturan dan
arahan-arahan daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Di
samping itu, sebahagian Jabatan mempunyai akta dan ordinan yang perlu dikuatkuasakan dan
perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau/dan Setiausaha Kerajaan Negeri
untuk mendapatkan keputusan.
4
4.
5.
a. untuk membolehkan Kerajaan terlibat secara terus di dalam bidang pembangunan sosio-
ekonomi negara dan kegiatan di mana sektor swasta enggan menceburi kerana kurang
menguntungkan atau memerlukan modal yang besar. Dengan penglibatan secara ini,
pembangunan yang lebih pesat, teratur dan adil dapat dipastikan oleh Kerajaan.
b. Pelaksanaan dasar atau program oleh Kerajaan lebih sesuai dijalankan oleh Perbadanan
Awam daripada sebuah Jabatan, oleh kerana Perbadanan Awam mempunyai fleksibiliti
dalam melaksanakan fungsinya daripada peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan yang
biasa supaya dapat beroperasi seperti syarikat swasta.
6.
(i) Badan-Badan Berkanun: Badan-Badan Berkanun adalah sebuah Agensi Separuh
Kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen
Dewan Undangan Negeri. Tujuan penubuhan Badan-badan Berkanun adalah untuk
memberi lebih fleksibiliti dalam operasinya. Badan-badan Berkanun mendapat kuasa dari
Akta/Enakmen-enakmen berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang
digelar Lembaga, Majlis atau lain-lain. Contoh Badan-badan Berkanun bagi peringkat
Persekutuan ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Getah
Malaysia (LGM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Di
peringkat Negeri pula ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Lembaga Bekalan
Air Negeri. Ada di antara Badan-badan Berkanun ini dipanggil Perbadanan Awam (Public
Corporations ) seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-Negeri (PKEN).
(ii) Badan-Badan Tidak Berkanun : Badan-badan Tidak Berkanun ialah Syarikat-syarikat
Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125). Badan-badan ini
berfungsi dan beroperasi sebagai sebuah syarikat perniagaan tetapi masih hak milik
Kerajaan. Terdapat juga syarikat induk yang boleh menubuhkan anak-anak syarikat seperti
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan anak syarikatnya seperti Pernas Properties
Sdn. Bhd., Pernas Trading Sdn. Bhd. dan Pernas Edar Sdn. Bhd.
PERBADANAN AWAM
Perbadanan-perbadanan Awam atau Agensi-agensi Separa Kerajaan adalah ditubuhkan di
bawah undang-undang, sama ada diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Misalnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ialah sebuah Badan
Berkanun Persekutuan (BBP) dan Perbadanan Ekonomi Negeri ialah sebuah Badan Berkanun
Negeri (BBN).
Tujuan penubuhan Perbadanan Awam adalah seperti berikut:-
Perbadanan awam adalah terbahagi kepada dua jenis:-
5
7.
8.
9.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN/PENGUASA TEMPATAN
SENARAI AGENSI SEKTOR AWAM
Bagi maksud penyenaraian agensi sektor awam, panduan dari para 1 hingga 8 adalah terpakai
dan mengambilkira juga agensi yang mempunyai jawatan berdasarkan Skim Perkhidmatan
Sektor Awam. Bagi agensi di luar sistem saraan tetapi perjawatannya dirujuk kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam, entiti tersebut juga termasuk dalam senarai. Bagi maksud perkiraan
agensi sektor awam, Jabatan Perdana Menteri dikira sebagai sebuah Kementerian.
Pihak Berkuasa Tempatan/Penguasa-penguasa Tempatan adalah dikenali sebagai Majlis
Perbandaran atau Majlis Daerah. Ia ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171) yakni sebuah kanun yang digubal oleh Kerajaan Persekutuan tetapi digunapakai oleh
Kerajaan-kerajaan Negeri. Bagi Sabah, Pihak Berkuasa Tempatannya adalah ditubuhkan
berdasarkan kepada Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan (Local Authority Ordinance) 1961 dan
bagi Sarawak pula ialah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan (Local Authority Ordinance) 1955
(Pindaan 1999).
Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang juga dikenali sebagai Kerajaan Tempatan
meliputi Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Penentuan Taraf
sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang
telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan dipersetujui
bersama oleh Agensi Pusat.
6
BIL AGENSI/NEGERI PAP PAN BBN BBP PBT JUMLAH
1 Jabatan Perdana Menteri 39 0 0 4 0 43
2 Kem. Belia dan Sukan 4 0 0 2 0 6
3 Kem. Hal Ehwal Dalam Negeri 4 0 0 0 0 4
4 Kem. Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan 6 0 0 4 0 10
5 Kem. Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 4 0 0 5 0 9
6 Kem. Kerja Raya 2 0 0 2 0 4
7 Kem. Keselamatan Dalam Negeri 5 0 0 0 0 5
8 Kem. Kesihatan 1 0 0 0 0 1
9 Kem. Kewangan 4 0 0 2 0 6
10 Kem. Luar Negeri 3 0 0 0 0 3
11 Kem. Pelajaran 1 0 0 2 0 3
12 Kem. Pelancongan 1 0 0 1 0 2
13 Kem. Pembangunan Usahawan Dan Koperasi 1 0 0 3 0 4
14 Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 3 0 0 1 0 4
15 Kem. Penerangan 5 0 0 1 0 6
16 Kem. Pengajian Tinggi 1 0 0 25 0 26
17 Kem. Pengangkutan 8 0 0 7 0 15
18 Kem. Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 1 0 0 4 0 5
19 Kem. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 1 0 0 1 0 2
20 Kem. Pertahanan 3 0 0 0 0 3
21 Kem. Pertanian Dan Industri Asas Tani 4 0 0 8 0 12
22 Kem. Perumahan dan Kerajaan Tempatan 7 0 0 1 0 8
23 Kem. Perusahaan Perladangan Dan Komoditi 1 0 0 6 0 7
24 Kem. Sains, Teknologi Dan Inovasi 8 0 0 1 0 9
25 Kem. Sumber Asli Dan Alam Sekitar 11 0 0 1 0 12
26 Kem. Sumber Manusia 10 0 0 1 0 11
27 Kem. Tenaga, Air Dan Komunikasi 2 0 0 0 0 2
28 Kem. Wilayah Persekutuan 2 0 0 2 1 5
29 Johor 0 18 8 0 14 40
30 Kedah 0 17 6 0 11 34
31 Kelantan 0 17 7 0 12 36
32 Melaka 0 14 8 0 3 25
33 Negeri Sembilan 0 16 5 0 8 29
34 Pahang 0 17 9 0 11 37
35 Perak 0 16 8 0 15 39
36 Perlis 0 13 4 0 1 18
37 Pulau Pinang 0 16 4 0 2 22
38 Sabah 0 42 13 0 22 77
39 Sarawak 0 29 21 0 24 74
40 Selangor 0 17 6 0 12 35
41 Terengganu 0 17 7 0 7 31
Jumlah 142 249 106 84 143 724
RINGKASAN KESELURUHAN AGENSI SEKTOR AWAM MENGIKUT KEMENTERIAN/ NEGERI
KEDUDUKAN PADA 1 JANUARI 2008
4
KEM./ BADAN PENGUASA
JABATAN/ BERKANUN TEMPATAN
AGENSI
1 Jabatan Perdana Menteri 39 4 0 43
2 Kem. Belia dan Sukan 4 2 0 6
3 Kem. Hal Ehwal Dalam Negeri 4 0 0 4
4 Kem. Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan 6 4 0 10
5 Kem. Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 4 5 0 9
6 Kem. Kerja Raya 2 2 0 4
7 Kem. Keselamatan Dalam Negeri 5 0 0 5
8 Kem. Kesihatan 1 0 0 1
9 Kem. Kewangan 4 2 0 6
10 Kem. Luar Negeri 3 0 0 3
11 Kem. Pelajaran 1 2 0 3
12 Kem. Pelancongan 1 1 0 2
13 Kem. Pembangunan Usahawan Dan Koperasi 1 3 0 4
14 Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat