Sejarah Tulisan Jawi 1
description
Transcript of Sejarah Tulisan Jawi 1
Sejarah Tulisan Jawi 1
SEJARAH TULISAN JAWI
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda dapat:
1. Mengetahui dan memahami sejarah awal Melayu sebelum kedatangan Islam.
2. Mengetahui asal usul kedatangan Islam ke Tanah Melayu
3. Mengetahui kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
.
PENGENALAN
asyarakat Melayu telah lama mengenali tulisan, iaitu sebelum kedatangan Islam
lagi. Penemuan batu-batu bersurat zaman Sriwijaya seperti Batu bersurat
Kedukan Bukit (683 M), Kota Kapur (686 M) dan Talang Tuwo (684 M) yang
ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas menunjukkan
bahawa, masyarakat Melayu telah mempunyai tradisi tulisan dan penulisan. Walaupun
tradisi tulisan dan penulisan telah lama wujud pada zaman pra-Islam seperti yang
terdapat pada batu-batu bersurat lama itu, tetapi perkembangannya dalam kalangan
rakyat amat terhad. Tradisi tulisan dan penulisan lebih banyak berkembang dalam
kalangan para rahib Hindu dan jurutulis istana sahaja. Rakyat biasa pada umumnya
kurang mengenali tradisi tulisan kerana karya yang dihasilkan dalam bentuk demikian
tidak banyak dan tersebar dalam kalangan mereka. Tambahan pula, karya-karya yang
berkaitan dengan agama Hindu tidak tersebar luas kepada rakyat jelata. Justeru,
sesuatu karya atau cerita, sama ada yang dicipta oleh masyarakat Melayu atau dipinjam
dari masyarakat luar tersebar dalam kalangan masyarakat hanya melalui penceritaan
lisan kerana tidak ramai antara rakyat jelata yang mempunyai kemahiran membaca dan
menulis. Kemahiran membaca dan menulis biasanya terhad kepada golongan agama
dan mereka yang rapat dengan istana.
ISI KANDUNGAN
Asal usul istilah “Jawi”
ahukah anda, istilah Jawi sering dikaitkan dengan panggilan Arab kepada
suatu rumpun bangsa di Nusantara. Orang Arab beranggapan, semua suku
bangsa di Nusantara berasal dari Jawah, dan penghuninya dipanggil Jawi.
Menurut Amat Juhari Moain (1996: 17), nama Jawi itu berasal daripada kata bahasa Sejarah Tulisan Jawi 1
2
Arab “Jawah”. Apabila dijadikan kata adjektif Jawah menjadi Jawi. Perkataan Jawah
atau Jawi berkemungkinan berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi
daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Bagi orang Arab, kata Java sahaja yang
diambil, manakala perkataan dwipa ditinggalkan. Kata Java ini digunakan untuk merujuk
ke seluruh Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata
tersebut atau dalam bentuk adjektifnya menjadi Jawi. Oleh itu kata Jawah atau Jawi
merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara;
bukan hanya kepada orang Jawa, iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa.
Sebaliknya, Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, tidak kira
sama ada mereka itu orang Melayu, Campa, Pattani, Aceh, Jawa, Minangkabau,
Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun bangsa lain.
Pandangan ini turut disokong oleh Muhammad Naquib al-Attas (1972: 2) yang
menyatakan bahawa “Kita tahu bahawa istilah Jawi itu adalah nama gelaran orang Arab
terhadap seluruh bangsa-bangsa penduduk daerah kepulauan ini (Alam Melayu)”.
Masyarakat Arab zaman lampau menggelarkan sesuatu bangsa pada umumnya
berdasarkan gelaran buminya. Suku kaum yang mendiami di daerah bumi berkenaan
dianggap bangsa yang sama. Sebagai contoh, bumi Afrika dikenali sebagai “Bilad
al-Sudani” dan suku kaum di Afrika dikenali sebagai al-Sudani. Oleh itu, tidak hairanlah
semua kaum dari Alam Melayu dikenali sebagai Jawi kerana buminya dikenali sebagai
“Bilad al-Jawah”. Faktor warna kulit, bentuk badan dan bahasa yang sama
menyebabkan orang Arab zaman lampau menggolongkan suku-suku kaum berkenaan
kepada suatu kumpulan bangsa.
Hashim Musa (1999: 9) menjelaskan bahawa, menurut G.H Werndly, istilah Jawi boleh
dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang disebut oleh Morco Polo sebagai nama
lama bagi Pulau Sumatera. Manakala, menurut Raffless, perkataan Jawi bagi orang
Melayu bermaksud kacukan seperti dalam ungkapan anak Jawi, iaitu kacukan daripada
bapa keling dan ibu Melayu dan dari situ timbulnya Jawi Peranakan. Seterusnya,
Wilkinson pula menyamakan istilah Jawi dengan istilah Melayu. Misalnya, perkataan
yang terdapat dalam kitab Seribu Masalah tertulis:
“... Kitab ...yang daripada bahasa Parsi ... dipindahkan kepada bahasa Jawi ...
oleh Muhammad Mizan bin haji Khatib Taha ... yang berbangsa al-Jawi dari
Palembang ...pada tahun 1230 Hijrah….”
Perkataan bahasa Jawi dan berbangsa al-Jawi yang terdapat dalam petikan di atas
membawa maksud Melayu.Sejarah Tulisan Jawi 1
3
Istilah Jawi menjadi ikutan orang-orang Melayu yang menamakan tulisan Arab sebagai
tulisan Jawi. Menurut Za‟ba (r.h), tulisan Melayu huruf Arab itu biasanya disebut orang
pada ketika itu sebagai tulisan Jawi. Perkataan Jawi juga dikaitkan dengan istilah tanah
Jawi, turun Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, orang Jawi, masuk Jawi dan sebagainya.
Secara kesimpulan, dapat dijelaskan bahawa, istilah Jawi ialah nama yang diberikan
kepada seluruh bangsa di Kepulauan Melayu; manakala bahasa yang digunakan ialah
bahasa Jawi dan tulisannya dinamakan sebagai tulisan Jawi.
Sekarang anda sudah mengetahui asal usul perkataan Jawi. Dengan
menggunakan perspektif anda sendiri cuba nyatakan apa yang dimaksud dengan
ungkapan tulisan Jawi?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Perkembangan tradisi penulisan di Alam Melayu
ada peringkat awal di Alam Melayu, tulisan dianggap sebagai kuasa magis dan
ketuhanan kerana tulisan dianggap perkara yang unik dan tidak ramai dalam
kalangan rakyat yang menguasainya. Wujudnya beberapa kerajaan di bumi
Melayu seperti Sriwijaya dan Melayu pada zaman pra-Islam sudah tentu memerlukan
sistem tulisan untuk melicinkan urusan pentadbiran negara dan perhubungan luar. Hal
ini demikian kerana, Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan besar yang bergantung
kepada lautan dan menjadi maritime power. Justeru, mereka banyak berhubung dengan
masyarakat asing yang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan dalam urusan
perdagangan mereka. Pada peringkat awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu, iaitu
kira-kira pada abad ke-12 M, masyarakat Melayu tidak mencipta tulisan Jawi serta
merta. Sebaliknya, mereka menggunakan skrip Jawi yang sedia ada bagi tujuan
penulisan. Batu Bersurat Terengganu merupakan dokumen awal bukti penggunaan
tulisan Jawi di Alam Melayu. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, batu bersurat
tersebut ditulis pada tahun 702 H, bersamaan tahun 1303 M.Sejarah Tulisan Jawi 1
4
Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara
ejak agama Islam mula bertapak di Nusantara atau di Alam Melayu, tulisan Jawi
mula berkembang dan hidup bersama-sama masyarakat Melayu. Menurut
catatan sejarah, tulisan Jawi pertama ditemui di Tanah Melayu pada abad ketiga
Hijrah (Amat Juhari Moain, 1996). Tulisan Jawi muncul seiring dengan kedatangan Islam
ke Indonesia pada abad pertama Hijrah. Kedatangan Islam ke Indonesia mengubah
kehidupan masyarakat dengan meninggalkan amalan-amalan animisme dan mengambil
Islam sebagai satu cara hidup. Budaya ilmu yang dibawa oleh Islam mengeluarkan
mereka daripada kejahilan kepada kebenaran. Tulisan Jawi memainkan peranan
penting bagi menyokong perkembangan Islam. Perkembangan dan penguasaan tulisan
Jawi di Indonesia mengambil masa yang lama disebabkan masyarakat setempat yang
sudah sebati dengan kepercayaan pengaruh agama Hindu-Buddha. Namun,
penerimaan Islam menjadikan penduduk setempat dapat menguasai tulisan Jawi.
Sebelum wujudnya tulisan Jawi di Nusantara, telah muncul satu bentuk tulisan daripada
pengaruh Dewanegara yang digunakan oleh orang Palava di India dan negeri-negeri
lain seperti di Sumatera Selatan, Campa, Ligor dan Jawa. Bukti wujudnya tulisan Palava
dapat dilihat pada prasasti Kota Kapor di Bangka, Sumatera Selatan yang wujud pada
abad ketujuh Masihi. Selain di Kota Kapor, terdapat juga bukti penggunaan tulisan
Palava seperti di Sajametra, Manju Shriga, Bukateja, Syang Hyang Winbtang, dan
Dangpu Hawang Glis.
Menurut J.G Casparis, tulisan Palava yang terdapat di Kepulauan Melayu boleh
dibahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman Palava Awal dan zaman Palava Kemudian.
Tulisan zaman Palava awal mempunyai ciri-ciri tulisan India Selatan dan Sri Lanka.
Sebaliknya, tulisan Palava kemudian menyerupai tulisan Kawi awal seperti yang
terdapat pada Inskripsi Jawo Kuno dalam pertengahan abad ke-8. Skrip Palava Awal
yang dijumpai di Kepulauan Melayu ditulis dalam bahasa Sanskrit, sementara skrip
Palava Kemudian, terutama yang terdapat pada Inskripsi Srivijaya yang menggunakan
bahasa Melayu Tua.
Selain Palava, terdapat sejenis tulisan lain yang terdapat di Sumatera, iaitu tulisan
Rencong atau Rencang. Tulisan ini digunakan secara meluas di daerah Sumatera Utara
dan Sumatera Selatan seperti di Bengkulu, Minangkabau, Tapanuli. Tulisan ini
digunakan untuk merakamkan cerita rakyat, peraturan, adat, soal keagamaan dan
hal-hal lain. Di Jawa pula terdapat tulisan Jawa Kuno yang dikenali sebagai tulisan Kawi. Sejarah Tulisan Jawi 1
5
Perkataan Kawi yang diambil daripada perkataan Sanskrit bermakna penyair. Tulisan ini
digunakan dengan meluasnya di Jawa dengan beberapa penyesuaian terutama bagi
menghasilkan kesusasteraan Jawa.
Lazimnya tulisan Jawi dikaitkan dengan agama Islam. Walaupun kedatangan agama
Islam ke Alam Melayu masih lagi kabur, namun terdapat beberapa buah prasasti yang
menunjukkan bahawa Islam wujud di Asia Tenggara sejak lama dulu. Antara bukti yang
menunjukkan wujudnya Islam di Nusantara ialah penemuan batu nisan makam Syeikh
Abdul Qadir Ibn Husain Syah Alam, di Langgar Alor Setar, Kedah, bertarikh 290 H
bersamaan 910 M. Terdapat juga batu nisan yang ditemui di Pekan, Pahang subuh hari
Rabu 14 Rabi‟ul Awal 429 H; batu nisan yang ditemui di Phanrang, Vietnam bertarikh
431 H bersamaan 1039 M; dan batu nisan puteri Sultan Abdul Majid Ibnu Muhammad
Shah al-Sultan bertarikh 440 H bersamaan 1048 M di perkuburan Islam, Jalan
Residensi, Brunei Darussalam. Selain itu, turut ditemui batu nisan Fatimah Maimun bt.
Hibatullah bertarikh 475 H bersamaan 1082 M di Leran, Gresik, Jawa Timur.
Penemuan-penemuan tersebut membuktikan agama Islam sudah lama bertapak di Alam
Melayu.
Prasasti Melayu tertua yang bertulisan Jawi sepenuhnya dapat dikesan sehingga kini
iaitu prasasti Kuala Berang, Terengganu bertarikh tahun 702 H bersamaan 1303 M
manakala, manuskrip Melayu yang tertua pernah ditemui setakat ini bertarikh 998 H
bersamaan 1590 M. Kandungan prasasti tersebut menekankan hukum-hakam fiqah
manuskrip yang tersebut pula, juga menggunakan tulisan Jawi, merupakan satu
terjemahan daripada kitab agama yang berjudul „Aqa’id al-Nasafi.
Tulisan Jawi berkembang seiring dengan penyebaran Islam dan berjaya membina
sebuah masyarakat yang mempunyai kebudayaan selari dengan Islam (Ismail Hussein,
1984). Penyebaran Islam oleh para peniaga dan pendakwah ke seluruh Kepulauan
Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi mempercepat proses
perkembangan Islam. Kemajuan yang dicapai oleh kerajaan Melayu Islam yang ulung
ialah Pasai. Pada zaman Melaka pun segala kemusykilan agama dirujuk ke Pasai.
Kemalapan Pasai pada awal abad ke-16 digantikan oleh Aceh. Semua ulama dan
sarjana yang ada di Pasai digiring ke Aceh.
Aktiviti penulisan pelbagai bahan persuratan diteruskan di sana yang berkemuncak pada
abad ke-17 M ketika muncul tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri
dan sebagainya. Ulama dan sarjana dari Farsi banyak memberi sumbangan bukan Sejarah Tulisan Jawi 1
6
sahaja dalam bidang politik, perdagangan, sosial, budaya dan agama Islam, malah juga
sebagai pusat perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu (Iskandar T, 1995).
Perkembangan dalam bidang kesusasteraan amat pesat kerana penulisan karya-karya
sastera dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi secara meluas bukan sahaja dalam
kalangan masyarakat bahkan dalam kalangan orang-orang istana (Ismail Hussin, 1984).
Terdapat banyak hasil karya dalam bidang kesusasteraan dan keagamaan diterbitkan
dalam tulisan Jawi. Lantaran itu, karya Sejarah Melayu hasil tulisan Tun Sri Lanang,
menjadi salah satu karya sejarah Melayu klasik. Karya ini terkenal sehingga kini dan
menjadi bahan rujukan para penyelidik serta sarjana. Kerajaan Islam mencapai
kejayaan sehingga abad ke-16. Pada ketika itu, tulisan Jawi digunakan sepenuhnya
dalam urusan pentadbiran di beberapa buah kerajaan Melayu. Pada zaman
pemerintahan sultan Muzaffar Shah Melaka (1455-1459 M) dan zaman pemerintahan
Sultan Abdul Jalil Shah, Johor (1623-1677 M) menggunakan tulisan Jawi pada duit
syiling.
Dalam pada itu, ulama Islam yang ada di Melaka (1409 M), menggunakan tulisan Jawi
untuk menulis risalah agama, karya sastera Islam seperti Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah ini diterjemah ke dalam bahasa Melayu daripada
sumber Farsi pada zaman pemerintahan Pasai. Selain itu, akhbar dan majalah turut
menggunakan tulisan Jawi, antaranya Nujum al-Fajar (1872 M), Jawi Peranakan (1876
M), Sekolah Melayu (1888 M), dan Majalah al-Munir yang diterbitkan di Padang,
Sumatera Barat. Pengunaan tulisan Jawi juga terdapat pada mata wang lama dan
baharu, seperti pada mata wang kertas kerajaan Brunei Darusssalam, China, dan
Malaysia.
Selain di Tanah Melayu, tulisan Jawi turut berkembang di luar Asia Tenggara seperti Sri
Lanka. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu digunakan sejak akhir abad ke-18 oleh
orang-orang Melayu di sana. Pada tahun 1869 M, akhbar Melayu bertulisan Jawi yang
berjudul Alamat Langkapuri pernah diterbitkan di sana. Syeikh Ahmad Khatib dan
Muhammad Idris al-Marbawi dan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili merupakan antara
ulama Jawi (Melayu) yang belajar di Mekah dan Mesir dan menulis beberapa kitab
Melayu bertulisan Jawi.
Di samping itu, tulisan Jawi turut digunakan oleh para pedagang yang datang ke
Melaka. Hal ini berlaku kerana para pedagang perlu mendapat izin daripada pembesar
negeri untuk berurus niaga di sini. Oleh itu, kebanyakan surat izin dan surat jual beli
ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi. Contohnya, seperti surat izin daripada Sultan Sejarah Tulisan Jawi 1
7
Ala‟uddin Aceh kepada Kapten Henry Middleton bertarikh 1011 H/1602 M. Selain itu,
terdapat juga surat daripada sultan Acheh kepada seorang Kapten Inggeris yang
bertarikh 1011 H.
Setelah membaca bahagian ini, cuba anda bincangkan bersama rakan bagaimana
perkembangan tulisan Jawi di Nusantara.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Teori Kedatangan Islam
Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Arab
eori kedatangan Islam dari Semenanjung Arab telah dikemukakan oleh John
Crowford dan disokong oleh Syed Muhamad Naquib al-Attas. Berdasarkan
catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 M, orang-orang
Arab telah sampai ke Tanah Jawa. Pada tahun 684 M, mereka telah mendirikan sebuah
perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu catatan lagi, pada zaman
pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Al-Rashid, seorang nakhoda telah
memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan seorang dari kalangan mereka
berketurunan Quraisy belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila
mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Aceh dan berjaya
mengislamkan baginda. Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu dengan
mubaligh Quraisy itu tadi, sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa.
Hasil perkahwinan mubaligh Quraisy dengan puteri raja tersebut, mereka telah dikurniai
seorang putera, lalu diberi nama Sayed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan
Perlak. Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 M,
sebuah angkatan laut Islam yang terdiri daripada 35 buah kapal berlayar dari Tanah
Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China, kapal-kapal itu berhenti sebentar di
Sri Lanka, dan Srivijaya di Palembang. Ketika mereka berhenti, mereka berdakwah dan
menyebarkan agama Islam di situ. Selain itu, wujud persamaan tulisan kesusasteraan di
Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Arab. Perkataan Arab terdapat dalam tulisan
Jawi, zapin, dan dabus. Sejarah Tulisan Jawi 1
8
Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Islam tersebar ke Asia Tenggara seperti
penduduk di kawasan Asia Tenggara yang tertarik dengan nilai Islam yang murni. Selain
itu, penduduk tersebut turut tertarik dengan amalan dan sifat pendakwah Islam yang
murni seperti jujur, berhemah tinggi, dan mementingkan kebersihan. Beberapa catatan
setempat tentang pengislaman Raja-raja Melayu telah ditemui seperti Hikayat Raja-Raja
Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Aceh, Sejarah Kepulauan Sulu, Sulalatun
Salatin, Hikayat Pattani dan sebagainya.
Teori Kedatangan Islam dari China
eori kedatangan Islam dari China telah dikemukakan oleh dua orang tokoh,
iaitu Emanuel Gadinho dan SQ Fatimi. Alasan Emanuel Gadinho adalah
bahawa Islam datang dari China kerana Khan Fo dan Canton telah menjadi
pusat perdagangan dan menjadi tempat penyebaran Islam Arab sejak abad 9 M. Beliau
juga berpendapat bahawa, Islam telah disebarkan dalam kalangan peniaga Cina dan
seterusnya disebarkan ke Asia Tenggara. SQ Fatimi pula mengatakan Islam datang dari
China kerana terdapat pedagang Islam di Canton yang berpindah beramai-ramai ke
Asia Tenggara. Teori tersebut diperkukuh dengan penemuan Batu Bersurat Kuala
Berang di Terengganu. Penemuan tersebut membuktikan kewujudan Islam di
Terengganu. Batu bersurat tersebut dijumpai pada 1899 M. Isi tulisan yang terdapat
pada batu bersurat tersebut adalah tentang hukum syarak, peraturan dan
undang-undang, dan hukuman berzina.
Selain itu, bukti lain yang menunjukkan bahawa Islam datang dari China ialah
penemuan batu nisan yang bertarikh 1028 M di Kampung Permatang Pasir Pulau
Tambun, Pekan Pahang. Batu nisan tersebut mempunyai ayat al-Qur‟an dan kalimah
Arab. Batu nisan ini membuktikan bahawa Islam datang ke Asia Tenggara sebelum
abad 13 M. Malahan turut wujud persamaan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan
Jawa. Terdapat persamaan bentuk bumbung, atap genting, warna merah dan kuning
pada kayu kepala pintu dan tingkap, dinding, tangga, dan kolam air yang terdapat pada
seni bina Melaka dan China.
Gambar 1: Batu Bersurat Terengganu.Sejarah Tulisan Jawi 1
9
Teori Kedatangan Islam dari India
edatangan Islam dari India dikatakan berasal dari Wilayah Gujerat dan Pantai
Coromandel pada abad 13 M. Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronge.
Beliau berpendapat bahawa Islam datang dari India kerana menurut beliau
hubungan rantau antara Asia Tenggara dengan India sudah lama wujud. Pedagang
Islam dari India menyebarkan Islam ke Asia Tenggara. Bukti ini dikukuhkan lagi dengan
wujudnya pelabuhan Gujerat yang merupakan pelabuhan terpenting pada zaman
Alaudin Khinji di India.
Selain itu, terdapat bahan bukti lain seperti batu marmar pada batu nisan Malik Ibrahim
di Gresik Jawa Timur dan batu marmar pada batu nisan Malik al-Salih di Pasai yang
mempunyai ciri-ciri buatan India. Mazhab yang menjadi anutan orang Gujarat adalah
mazhab Syafi‟I adalah sama dengan yang dihayati oleh kaum Muslimin di Asia
Tenggara. Ini menguatkan teori kedatangan Islam dari India dan melemahkan teori
kedatangan Islam dari China yang kebanyakan mengamalkan mazhab Hanafi
(Mahmood Saedon).
Gambar 1: Batu Nisan Malik Ibrahim di Gresik Jawa Timur.
Bincangkan asal usul kedatangan Islam ke Tanah Melayu bersama bukti-buktinya?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________Sejarah Tulisan Jawi 1
10
Faktor kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Kedudukan Strategik
ntara faktor kedatangan Islam ke Asia Tenggara disebabkan kedudukan Asia
Tenggara yang strategik, iaitu di tengah perjalanan Timur Barat yang dihubungi
dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kedudukan ini mempunyai
hubungan yang penting dengan China dan India. Faktor yang menyebabkan berlaku
perkembangan di Asia Tenggara disebabkan kawasannya yang strategik sesuai untuk
aktiviti perdagangan. Faktor yang telah mempertemukan angin monsun Barat Daya dan
Timur Laut, jalan darat, iaitu Jalan Sutera. Kawasan tersebut menjadi tarikan kerana
kekayaan hasil bumi untuk aktiviti pertanian, logam serta hasil hutan. Perkembangan ini
menyebabkan wujudnya bandar seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Batam,
Cirebon, Makassar, Brunei, dan Pattani.
Perdagangan
ada peringkat permulaan, proses kemasukan Islam adalah melalui perdagangan.
Kesibukan perdagangan pada abad ke-7 hingga ke-16 membuatkan
pedagang-pedagang Muslim (Arab, Parsi dan India) turut mengambil peluang
dalam perdagangan dari negeri-negeri Barat, tenggara dan timur Benua Asia.
Pengislaman melalui perdagangan ini sangat memberangsangkan kerana raja dan
bangsawan turut serta dalam kegiatan perdagangan, bahkan mereka menjadi pemilik
kapal dan saham. Mereka berhasil mendirikan masjid dan mendatangkan orang dari luar
sehingga jumlah mereka menjadi ramai dan menjadikan orang Muslim kaya-raya.
Di beberapa tempat penguasa-penguasa Jawa yang dikenali sebagai Bupati Majapahit
ditempatkan di pesisir utara Jawa, ramai masyarakatnya memeluk Islam, bukan
disebabkan oleh faktor politik dalam negeri yang sedang goyah sahaja, tetapi juga
disebabkan oleh faktor hubungan ekonomi dengan pedagang-pedagang Muslim.
Mereka kemudian mengambil alih perdagangan dan kekuasaan di tempat tersebut.
Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga membawa para ulama untuk
menyebarkan agama Islam. Sifat pedagang dan ulama yang berhemah, lemah lembut,
sopan-santun menjadi daya tarikan kepada masyarakat setempat untuk memeluk
agama Islam.Sejarah Tulisan Jawi 1
11
Perkawinan
ari sudut ekonomi, para pedagang Muslim memiliki status sosial yang lebih baik
daripada kebanyakan rakyat di situ, sehingga penduduk terutama puteri-puteri
bangsawan, tertarik untuk menjadi isteri para saudagar itu. Sebelum berkahwin
mereka diIslamkan terlebih dahulu. Setelah mereka mempunyai keturunan, lingkungan
mereka makin luas, akhirnya timbul pelbagai kampung, daerah dan kerajaan Muslim.
Dalam perkembangan berikutnya, ada pula wanita Muslim yang dikahwini oleh
keturunan bangsawan; tentu saja setelah mereka masuk Islam terlebih dahulu. Jalur
perkawinan ini jauh lebih menguntungkan apabila antara saudagar Muslim berkahwin
dengan anak bangsawan atau anak raja kerana ia mempercepat perkembangan Islam
di Asia Tenggara.
Tasawuf
engajar-pengajar tasawuf atau para sufi mengajarkan unsur-unsur ilmu
kebatinan Islam yang bercampur dengan ajaran kebatinan yang sudah dikenali
oleh masyarakat Indonesia. Mereka mahir dalam amalan magis dan mempunyai
kekuatan-kekuatan dalam aktiviti menyembuhkan. Antara mereka juga ada yang
mengahwinkan puteri-puteri bangsawan setempat. Dengan tasawuf, aliran pemikiran
Islam yang diajarkan kepada penduduk pribumi mempunyai persamaan dengan alam
fikiran agama Hindu yang mereka anut sebelumnya, sehingga agama baharu itu mudah
difahami dan diterima. Antara ahli tasawuf yang memberikan ajaran yang mengandungi
persamaan dengan alam fikiran Indonesia pra-Islam itu adalah Hamzah Fansuri di
Acheh, Syekh Lemah Abang, dan Sunan Panggung di Jawa. Ajaran mistik seperti ini
masih dikembangkan pada abad ke-19 M bahkan pada abad ke-20 M ini.
Saluran Pendidikan
engislaman juga dilakukan baik melalui pendidikan, sekolah mahupun pondok
yang diuruskan oleh para guru agama, kiai, dan ulama. Di sekolah atau pondok
itu, calon ulama, guru agama, dan kiai mendapat pendidikan agama. Setelah
tamat sekolah, mereka pulang ke kampung masing-masing atau berdakwah ke tempat
tertentu mengajarkan Islam.
Kesenian
aluran pengislaman melaui kesenian yang paling terkenal adalah pertunjukan
wayang. Sunan Kalijaga merupakan tokoh yang paling mahir dalam Sejarah Tulisan Jawi 1
12
mementaskan wayang. Beliau tidak pernah meminta upah pertunjukan, tetapi beliau
meminta para penonton mengikutinya dan mengucapkan kalimat syahadat. Sebagian
besar cerita wayang masih dipetik daripada cerita Mahabarata dan Ramayana, tetapi
dalam cerita itu disisipkan ajaran Islam dan nama-nama pahlawan Islam. Keseniankesenian lainnya juga dijadikan alat pengislaman, seperti sastera (hikayat, babad dan
sebagainya), seni bangunan, dan seni ukir.
Pusat Kebudayaan
elain itu, pusat kebudayaan telah memainkan peranan yang besar dalam
perkembangan agama Islam. Banyak pusat kebudayaaan wujud di Perlak,
Samudera-Pasai, Riau, dan Acheh. Samudera-Pasai menjadi pusat
penterjemahan kitab Arab ke Melayu. Antaranya Kitab al-Durr al-Manzum dihantar oleh
Sultan Mansur Shah. Diterjemah oleh Makdum Patakan. Golongan cerdik pandai
Samudera Pasai menjadi pakar rujuk tentang agama. Hasil kesusasteraan Zaman Pasai
yang dipengaruhi tulisan Arab adalah seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat
Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur, dan Amir Hamzah; menjadi bahan bacaan dan
peniup semangat menentang musuh dalam perang.
Di Acheh – karya prosa seperti Bustanus Salatin mengisahkan sebuah kerajaan, istana,
kota, dan taman-taman. Ramai ulama yang menghasilkan karya pemikiran Islam seperti
Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-Sumatera‟i, dan
Abdul Rauf Singkel (q.s). Karangan Hamzah al-Fansuri bertajuk Syarabul Asyikin,
Asrarul Ariffin, Puisi – Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung
Pungguk, dan Syair Sidang Fakir. Johor, sebagai pusat kebudayaan pada abad ke-18,
turut melahirkan karya seperti Thufat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor.
Peranan Mubaligh
ubaligh juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam.
Antaranya seperti Syeikh Ismail, Fakir Muhamad, Syarif Amir Sayid al-Syirazi
dan Tajuddin al-Asfahani di Pasai; Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, dan
Maulana Yusuf (r.h) di Melaka. Di Melaka Islam diajar tentang perkara asas secara tidak
formal. Apabila Islam sudah berkembang secara formal, masjid, istana, dan rumah
menjadi tempat pembelajaran. Institusi pengajian yang paling awal ialah pondok atau
pesantren. Di Acheh, pondok dikenali sebagai Dayah. Bermula dari pengajian pondok
sebilangan orang berkesempatan menyambung pengajian ke luar negeri dan kembali ke Sejarah Tulisan Jawi 1
13
tanah air menjadi tokoh besar seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, dan
Shamsuddin al-Sumatera‟i.
Politik
ampir semua tempat di Alam Melayu termasuk Maluku dan Sulawesi selatan,
kebanyakan rakyat memeluk Islam setelah rajanya memeluk Islam. Pengaruh
politik raja sangat membantu tersebarnya Islam di daerah ini. Baik di Sumatera
dan Jawa mahupun di Indonesia bahagian timur, demi kepentingan politik,
kerajaan-kerajaan Islam kerap memerangi kerajaan-kerajaan bukan Islam. Kemenangan
kerajaan Islam secara politik banyak menarik penduduk negeri bukan Islam memeluk
agama Islam.
Penyebaran Islam ke Alam Melayu (Malaysia dan Indonesia) mempunyai kaitannya
dengan penggunaan tulisan Jawi yang berasal dari tulisan Arab. Ia bermula kira-kira
dalam abad ke-12, dan bukti penggunaan tulisan Jawi untuk bahasa Melayu ialah Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303 (Syed Naquib, 1970). Selepas
dari tarikh ini Islam dan tulisan Jawi bertapak kuat dan menjadi sebahagian dari budaya
dan tamadun Melayu.
Dalam abad ke-15 hingga awal abad ke-20, karya-karya besar agama Islam dan sastera
Islam-Melayu ditulis dalam tulisan Jawi oleh sarjana dan pengarang besar di pelbagai
pusat pengajian Islam seperti di Melaka, Acheh, Jawa, Pasai, dan Pattani. Sistem ejaan
huruf Jawi untuk perkataan Melayu telah mengalami beberapa perubahan sepanjang
lima abad yang lalu. Berbagai-bagai kajian dibuat oleh sarjana setempat dan luar negeri
tentang fasa perubahan ini. Misalnya W.G. Shellabear (1901) menulis The Evolution of
Malay Spelling; sementara R.J. Wilkinson menyusun dan menerbitkan Kamus Jawi
Melayu – Inggeris (1903), yang menggunakan „sistem ejaan tua Jawi‟. Winstedt (1913;
1939) juga terus mengekalkan sistem ejaan tua ini.
Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Bahan Bukti Sejarah
Batu Bersurat Terengganu (1303 M)
Batu Bersurat Terengganu adalah prasasti tertua dalam tulisan Jawi
klasik yang ditemui di negeri Terengganu. Dengan penemuan ini,
Terengganu menjadi negeri yang paling awal menerima kedatangan
Islam di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu sebelum tahun 1326 M Sejarah Tulisan Jawi 1
14
atau 1386 M. Catatan pada Batu Bersurat ini menunjukkan ia ditulis pada hari Jumaat
22 Februari 1303 Masihi bersamaan 4 Rejab 702 H (menurut kajian Syed Muhammad
Naquib Al-Attas). Batu yang dianggarkan berusia lebih 700 tahun ini telah ditemui
berlumpur dan separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat,
Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899 M. Penduduk
kampung memindahkan batu ini ke tangga surau di kampung tersebut kerana saiznya
yang besar dan elok untuk dijadikan alas tempat membasuh kaki sebelum naik ke surau.
Seorang peniaga dari Riau-Lingga, Saiyed Hussein bin Ghulam al-Bukhari bersama
Engku Pangeran Anum yang singgah untuk menunaikan sembahyang di kampung
tersebut, menjumpai batu ini ketika beliau membasuh kaki di tangga surau itu.
Batu Nisan Permatang Pasir Pahang
Batu nisan Permatang Pasir Pahang ditemui pada bulan Jun
1953 M. Batu nisan ini ditemui di Kampung Permatang Pasir Nenasi
Pekan Pahang. Batu nisan tersebut dihiasi dengan al-Qur‟an dan
puisi Arab. Pada batu nisan tersebut juga terdapat catatan tarikh
kematian si empunya batu nisan tersebut, iaitu bertarikh pada hari
Rabu, 14 Rabiul Awal 419 H.
Batu Nisan Makam Sheikh Abdul Kadir Ibni Hussein Shah Alirah bertarikh
904 Masihi
Penemuan makam Syeikh Abdul Kadir Ibni Hussein Shah Alirah
bertarikh 904 M di Langgar, Kedah menimbulkan pelbagai persoalan
kerana ditakrifkan sebagai seorang guru agama mengajar sekolah
pondok sahaja. Sebelum itu di makam baginda dikambus batu
nisannya oleh warisnya agar tidak dijumpai penjajah Thai. Terdapat
tulisan Jawi yang digunakan pada batu nisan tersebut. Tarikh yang jauh lebih awal pada
batu nisan ini membuktikan bahawa Islam bermula di Kedah dan tersebar ke Nusantara
melalui pemerintahnya yang turut menganuti agama Islam. Ramai generasi lama di
Kedah yang berusia sekitar 70 tahun mengetahui bahawa Kedah dahulunya adalah
sebuah negeri yang besar, disebut mereka sebagai Kedah Tua. Jajahannya lebih jauh
ke utara, bukannya setakat di Bukit Kayu Hitam seperti hari ini. Terdapat tulisan Jawi
yang diukir pada batu nisan tersebut.Sejarah Tulisan Jawi 1
15
Bukti Bercetak
Surat khabar Jawi Peranakan
Jawi Peranakan merupakan surat khabar Melayu yang pertama
diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Surat khabar ini dicetak di
Singapura dan mengandungi artikel mengenai Negeri-Negeri Selat,
Johor, Selangor, Kedah, dan juga Brunei serta Labuan; termasuk juga
berita-berita ringkas mengenai hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar
negara terutama di Jawa, Sumatera dan kepulauan-kepulauan yang berdekatan. Jawi
Peranakan merupakan surat khabar yang tertua dalam kumpulan surat khabar di Arkib
Negara. Keluaran terawalnya ada dalam simpanan Arkib Negara Malaysia (ANM),
bertarikh tahun 1888 M.
Majalah Suloh Malaya
Suloh Malaya adalah majalah lidah rasmi PKMM. Majalah tersebut
diterbitkan atas kerjasama golongan nasionalis, sosialis, agama, dan
komunis pada masa aman, iaitu selepas Perang Dunia Kedua sehingga
Darurat 1948 M. Majalah tersebut ditulis dengan menggunakan
huruf-huruf Jawi klasik. Majalah ini dibiayai sepenuhnya oleh organisasi
bahagian Melayu PKM. Abdullah C.D. pernah menceritakan sedikit tentang penerbitan
Majalah Suloh Malaya di dalam memoirnya, Zaman Pergerakan sehingga 1948 M.
Kajian Berkaitan Tulisan Jawi
eskipun tulisan Jawi telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak sekian
lama, namun tidak terdapat rekod yang menunjukkan adanya kajian mengenai
tulisan Jawi yang dibuat oleh orang Melayu. Hanya pada pertengahan abad
ke-20 barulah muncul seorang pengkaji Melayu yang mula mengkaji penggunaan
tulisan Jawi, iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za‟ba (akronim
huruf Jawi: zai-ain-ba’-alif). Beliau mengumpul beribu-ribu perkataan Melayu daripada
Daftar Ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan sejak tahun 1904 M
lagi. Pada tahun 1925 M, senarai perkataan itu disemak semula dan ditambah dengan
perkataan-perkataan lain ke dalamnya. Pada tahun 1928 M beliau menulis sebuah
makalah yang bertajuk Jawi Spelling yang diterbitkan dalam JMBRAS. Seterusnya,
beliau menyusun sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1931 M. Usahanya Sejarah Tulisan Jawi 1
16
diteruskan lagi pada tahun 1938 M dengan menyusun sebuah buku Daftar Ejaan
Melayu: Jawi-Rumi. Dalam buku tersebut, beliau memberikan beberapa panduan ejaan
Jawi yang lengkap. Beliau lebih cenderung menggunakan sistem ejaan pengaruh
Melayu tahap kedua. Sistem ejaan Za‟ba berdasarkan kepada tiga prinsip, iaitu
ekonomi, kepastian dan ramai pengguna.
Prinsip ekonomi dalam sistem ejaan Za‟ba bermaksud ejaan ini menggunakan
seminimum bilangan huruf seperti perkataan maka, pada, daripada, kepada dan
sebagainya. Prinsip kedua, iaitu kepastian bermaksud ejaan yang menimbulkan
kesamaran sebutan hendaklah diubah suai ejaannya seperti menambah huruf saksi
supaya lebih jelas bunyinya serta dapat mengurangkan kesamarannya. Prinsip yang
ketiga pula iaitu ramai pengguna, bermaksud jika satu perkataan itu terdapat kelainan
ejaan dan ramai penggunanya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran, keduadua ejaan tersebut boleh diterima pakai.
Pengaruh ejaan Za‟ba berterusan hingga zaman selepas Perang Dunia Kedua. Ketika
itu bahasa Melayu juga sedang mengalami perubahan baharu kesan daripada
pertembungan dunia Barat yang lebih moden, hasil kemajuan sains dan teknologi.
Kemajuan yang pesat menyebabkan sistem ejaan Jawi Za‟ba tidak dapat menampung
keperluan-keperluan yang mendesak. Tambahan pula ejaan Jawi ketika itu sudah mula
tersisih dan ramai anak muda Melayu terutamanya yang masuk sekolah Inggeris tidak
tahu membaca dan menulis Jawi. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila
tergubalnya Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang mengiktiraf tulisan Rumi sebagai
tulisan rasmi bagi bahasa Kebangsaan.
Sebaliknya, para pengkaji Barat terus mengkaji dan mempelajari tulisan Jawi dengan
gigih. Antara pengkaji yang terkenal ialah Raffles, William Marsden, Shellabear,
Winstead dan beberapa pengkaji lain. Mereka ini mempunyai agenda tersendiri
mempelajari tulisan Jawi. Selain itu, terdapat juga pengkaji Barat, Ladyker, yang pada
tahun 1971-1973 M menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan tulisan Jawi. Beliau menterjemahkan kitab tersebut ke dalam bahasa
Melayu, bertujuan untuk menarik orang-orang Melayu membaca dan memahami selok
belok agama Kristian dan seterusnya mengajak mereka memeluk agama Kristian.
Seterusnya, mulai tahun 1983 M, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mencari jalan
untuk memelihara tulisan Jawi yang hampir pupus ketika itu. Satu jawatankuasa untuk
mengkaji sistem ejaan Jawi telah ditubuhkan. Untuk tujuan itu, buku Daftar Ejaan
Melayu: Jawi-Rumi yang dihasilkan oleh Za‟ba digunakan sebagai pedoman utama. Sejarah Tulisan Jawi 1
17
Sehubungan dengan itu, satu Konvensyen Ejaan Jawi telah diadakan di Kuala
Terengganu pada April 1984 M. Sebagai hasil daripada konvensyen tersebut,
diisytiharkan suatu pedoman ejaan baru yang dikenal sebagai Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan (EJYD), kemudian sebuah buku Pedoman Ejaan Jawi diterbitkan pada
tahun 1986 M. Seterusnya, pada tahun 1988 M terbit pula Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang
diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 2001 diterbitkan pula Daftar Kata
Bahasa Melayu yang lengkap meliputi ejaan Rumi dan Jawi serta panduan sebutan.
Daftar ini tidak sahaja memuatkan kata-kata dasar bahkan kata turunan.
Kini, dengan adanya akta bahasa kebangsaan 1963/1967 tulisan rumi digunakan
sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu, dan tulisan Jawi semakin kurang digunakan.
Namun demikian, disebabkan tulisan Jawi berkait rapat dengan agama Islam, maka
tulisan Jawi masih lagi digunakan bagi tujuan tertentu. Tulisan Jawi masih lagi dapat
dilihat dipaparkan pada nama jalan, nama bangunan dan kedai-kedai. Di sekolah rendah
dan menengah tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan
Islam. Semua buku teks mata pelajaran ini dicetak dalam tulisan Jawi.
RUMUSAN
1. Sejarah memainkan peranan penting ke arah penggunaan huruf Jawi. Sebagai
media persuratan MeIayu. Istilah Jawi yang berasal daripada panggilan orang
Arab terhadap Alam Melayu dan penduduknya.
2. Pada zaman lampau, bahasa Melayu persuratan yang dikenali sebagai bahasa
Jawi menjadi bahasa ilmu di rantau ini. Sesiapa sahaja di Alam Melayu ini tanpa
mengira etnik, perlu menguasai tulisan Jawi sekiranya mereka ingin
meningkatkan ilmu, khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.
3. Wujudnya tulisan rumi akibat pengaruh Barat, maka penggunaan tulisan Jawi
semakin merosot. Justeru, usaha-usaha untuk memartabatkan semula tulisan
Jawi perlulah dilaksanakan agar tulisan ini tidak terus tenggelam oleh arus
peredaran zaman.
KATA KUNCI
1. Sejarah tulisan Jawi.
2. Batu Bersurat Kuala Berang.
3. Agama Islam.
4. Ejaan Za‟ba.
5. Tulisan Rencong.Sejarah Tulisan Jawi 1
18
LATIHAN
1. Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi
melengkapkan Peta Konsep di bawah.
2. Nyatakan kaitan antara tulisan Jawi dengan orang Arab, Melayu dan Islam.
3. Huraikan penggunaan tulisan Dewanegara, Rencong dan Kawi dalam kalangan
masyarakat penggunanya sebelum penyebaran dan penggunaan tulisan Jawi di
Nusantara.
RUJUKAN
Amat Juhari Moian (1996). Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa (1999). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussien (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Iskandar. T (1995). Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Bandar Seri
Begawan: Jabatan Kesuasteraan Melayu UBD.
Syed Muhammad Naguib Al-attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan kebudayaan
Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syed Nurul Akla Syed Abdullah, Adi Setia Mohd. Dom (terj). Ismail Haji Ibrahim, Wan
Rosili Abd. Majid (pnyt) (2010). Pengembaraan Ibnu Batutah. Kuala Lumpur:
IKIM.