sejarah pt3

17
1.0 PERANCANGAN 1.1 Jadual Kerja 1.2 Objektif Kajian BIL OBJEKTIF KAJIAN 1 Mengetahui Kepentingan Perpaduan Kaum 2 Mendapat pengalaman dan pengetahuan yang luas 3 Mengetahui faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 4 Mengetahui cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 5 Mengetahui langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum 6 Dapat memupuk semangat perpaduan kaum 7 Meningkatkan nilai patriotisme 8 Meningkatkan jatidiri, cintakan negara 1

description

pt3

Transcript of sejarah pt3

Page 1: sejarah pt3

1.0 PERANCANGAN

1.1 Jadual Kerja

1.2 Objektif Kajian

BIL OBJEKTIF KAJIAN

1 Mengetahui Kepentingan Perpaduan Kaum

2 Mendapat pengalaman dan pengetahuan yang luas

3 Mengetahui faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

4 Mengetahui cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

5 Mengetahui langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum

6 Dapat memupuk semangat perpaduan kaum

7 Meningkatkan nilai patriotisme

8 Meningkatkan jatidiri, cintakan negara

1

Page 2: sejarah pt3

1.3 Kaedah kajian

BIL KAEDAH KAJIAN

1 Mendengar taklimat

2 Melayari dan memuat turun sumber dari internet

3 Membuat rujukan ilmiah seperti buku teks, majalah, akhbar, jurnal.

4 Orang sumber

5 Media elektronik

6 Media massa seperti TV, radio

1.4 Tajuk kajian

BIL TAJUK KAJIAN

1 Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

2 Perpaduan asas keharmonian

3 Perpaduan 1 Malaysia

4 Perpaduan asas kesejahteraan

5 Bersatu padu amalan kita

6 Perpaduan ke arah keamanan

2

Page 3: sejarah pt3

1.5 Kerangka Kasar Penulisan

BIL PERKARA HURAIAN T.T MURID T.T GURU

1 Tajuk Semangat Perpaduan

2 Pengenalan Isu-isu Perpaduan kaum di Malaysia

3 Isi Kandungan Kepentingan perpaduan kaum

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum.

Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum

4 Rumusan Pengetahuan

Iktibar

Harapan

1.6 Sumber Kajian

Buku

Ramlah binti Adam, Abdul Hakim bin Samuri, Muslimin bin Fadzil, 2006. Sejarah Tingkatan Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3

Page 4: sejarah pt3

Jurnal

Sumber Internet

blogteam-mengekalkankedaulatannegara.blogspot.com/

http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di-malaysia.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Iktibar13Mei/Article/print_html

http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/integrasi-dan-perpaduan-kaum.html

http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html

http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/

Ensiklopedia

Akhbar

Orang Sumber

3.0 Pengenalan

4

Page 5: sejarah pt3

Perpaduan dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Namun, usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum mula dengan giat setelah tercetusnya tragedi 13 Mei di negara ini. Selain daripada itu, polisi penjajah yang mengutamakan dasar ‘pecah dan perintah’ dan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik di zaman mereka ini juga telah menghalang perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Peristiwa-peristiwa yang tertulis di sejarah negara kita ini menyebabkan kerajaan menyedari tentang pentingnya perpaduan untuk kestabilan dan kemakmuran negara. Justeru, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang serius untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk di negara kita.

4.0 Kepentingan Perpaduan Kaum

4.1 Mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati budaya dan adat resam pelbagai bangsa ini. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat , barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai.

4.2 Mengekalkan kedaulatan Negara.

Selain itu sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan sesebuah negara. Di negara kita, sikap bersatu padu boleh dipupuk melalui kebudayaan kebangsaan. Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik budaya. Kedaulatan negara menekankan perpaduan rakyat kerana hanya dengan perpaduan sahaja kedaulatan dapat dikekalkan . Perpaduan masyarakat adalah asas kepada pembentukan sebuah negara . Ini adalah kerana generasi sekarang adalah pemimpin pada masa akan datang.

5

Page 6: sejarah pt3

4.3 Memupuk semangat Patriotisme

Semangat patriotisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum dapat memupuk semangat patriotism yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan keadaan hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai. Semangat cintakan tanahair dan semangat bersatu padu ini perlulah ditanam dalam sanubari anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati.

4.4 Menaikkan imej Negara

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum dapat membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum, budaya dan adat resam serta penduduknya yang aman, bersatu padu dan harmoni membolehkan ia terkenal sebagai sebuah negara destinasi pelancongan popular yang sering dilawati oleh pelancong-pelancong asing.

4.5 Memajukan ekonomi Negara

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” maka rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

4.6 Mengekalkan kestabilan politik

6

Page 7: sejarah pt3

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik tanpa perusuhan kaum dan pertelingkahan dalam negeri amatlah penting untuk pembangunan sebuah negara. Apabila terdapatnya kestabilan positif, Negara Malaysia dapat menjalin talian persahabatan dan perdagangan  bagi memasuki arena globalisasi. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan  Iskandar. Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bukan sahaja dari segi keamanan Negara tetapi juga dari segi pendapatan.

5.0 Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

5.1 Amalan Toleransi antara kaum

5.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu seperti yang telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga

7

Page 8: sejarah pt3

dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

5.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

6.0 Cabaran untuk mengekalkan Perpaduan

8

Page 9: sejarah pt3

6.1 Peristiwa 13 Mei 1969

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan suara beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka telah menimbulkan perasaan benci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak semangat perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). yang dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

6.2 Sistem pendidikan bersifat vernakular

Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. Sistem Pendidikan Vernakular ialah sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana mereka terpisah diantara satu sama lain. Empat aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Sistem pendidikan berbentuk vernakular mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka.. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Keadaan ini meluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan

9

Page 10: sejarah pt3

pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat.

6.3 Penubuhan parti politik

Kewujudan persatuan politik berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga meningkatkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan

6.4 Amalan ekonomi yang berlainan Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan

mendiami kawasan yang berlainan. Sebagai contoh, kaum Melayu menduduki kawasan kampong dan bekerja sebagai petani atau nelayan. Kaum India pula bekerja sebagai buruh dan penoreh-penoreh getah di kawasan ladang. Kaum Cina pula tinggal di Bandar dan bekerja sebagai peniaga atau pelombong bijih timah. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

6.5 Media Massa

Media massa pada masa dahulu juga turut berperanan menyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai akhbar di dalam bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan Berita Harian, orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau, begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih memilih akhbar Makkal Ossai. Akhbar-akhbar Cina dan India seperti ini hanya menyiarkan isu-isu semasa yang berlaku di negara Cina dan India. Selain daripada itu, akhbar-akhbar ini juga secara tidak langsung meniupkan semangat perkauman. Ini menyebabkan kaum-kaum tersebut sentiasa mengesyaki niat baik kerajaan untuk menyatupadukan semua dan mereka juga tidak mengambil berat tentang isu-isu yang berlaku di negara ini. Keadaan seperti ini tidak langsung menyumbang kepada perpaduan kaum.

7.0 Langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum

10

Page 11: sejarah pt3

7.1 Kempen kerajaan

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Justeru, Kerajaan ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

Selain daripada itu, langkah kerajaan dalam penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan juga mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh kita mencapai kemerdekaan. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya dapat membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan

11

Page 12: sejarah pt3

menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan persahabatan dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan Negara.

Selain daripada itu, langkah kerajaan mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun keatas untuk menyertai Program Latihan Khidmat Nrgara (PLKN) adalah bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam hati remaja daripada pelbagai bangsa dan kaum. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana, semua kaum akan bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi. Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan PLKN berperanan penting dalam membentuk perpaduan kaum.

7.2 Program RIMUP

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.7.3 Gotong royong

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan

dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-

royong. Aktiviti gotong-royong merupakan peluang kepada masyarakat di

sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu

sama lain. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat

bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran

tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat

Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah

kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah

perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat

meringankan serta memudahkan kerja yang sukar.

12

Page 13: sejarah pt3

7.4 Rumah terbuka

Seterusnya, usaha kerajaan untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka

peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia

adalah suatu usaha yang sangat dialu-alukan. Melalui langkah ini, konsep

Satu Malaysia dapat dijayakan. Ini adalah kerana semasa kerajaan

mengadakan Majlis berupa ini, pelbagai kaum akan memberi sokongan yang

penuh dengan menghadirkan diri dan merapatkan hubungan persahabatan

mereka dengan kaum yang lain. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini

dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

7.5 Sambutan perayaan

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia juga boleh dicapai

dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara

bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan

dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada

pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun

Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan

utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat

menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan

kaum lain. 

7.6 Program Sukan

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh

mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang

dijalankan dapat dijadikan tali penghubung pelbagai kaum di

Malaysia. Sebagai contoh, sukan dan permainan seperti bola sepak,

badminton, hoki dapat dijadikan gelanggang oleh pelbagai kaum

untukmelibatkan diri dan mencapai kejayaan. Dengan bermain bersama-

sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili

pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan

semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama

negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

 

13

Page 14: sejarah pt3

7.7 Slogan 1 Malaysia

     Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengemukakan gagasan “Satu Malaysia” sejak tahun 2009 lagi. Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Konsep 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. secara keseluruhannya, konsep1 Malaysia ini bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk.

7.8 Aktiviti Ko-kurikulum

Semua pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan yang memerlukan sikap bersatupadu dan berkerjasama dalam mengharungi cabaran tertentu. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Pelajar pelbagai kaum ini dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

14