SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

10
SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Barrow (1971, 1983) ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti- aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran- kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-

Transcript of SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Page 1: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

• Barrow (1971, 1983)

‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur

hidup setiap individu

• Baley & Field (1976),

satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,

neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil

melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak

• Freeman (1977, 1992)

menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal

dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu

psikomotor, kognitif dan afektif

• Lumpkin (1990)

berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang

membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal,

mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

• Dauer (1995)

berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program

pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya

melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan

dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

• Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau

menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam

kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu,

keluarga dan komuniti.

Page 2: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL

• Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu

aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif

yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan

komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA

• Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776

S.M).

• Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak).

• Kerana peperangan yang sering berlaku.

• Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal

yang sihat dan kuat adalah penting.

• Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti

kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang

sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan.

• Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju

dan merejam lembing.

• Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan

golongan askar.

2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).

• Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta

merupakan latihan untuk peperangan.

• Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak

yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang

tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang

diperlukan.

• Contoh aktiviti:

Page 3: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

• Gimnastik, lari dan lompatan

• Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju,

berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan.

• Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan

dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar.

3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi

pada 480 S.M).

• Kepentingan latihan tentera kepada mereka:

• Menyediakan warganegara di medan perang.

• Nilai estetika dan harmoni.

• Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.

• Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta

gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya

ketahanan.

• Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan

umur 7-12 tahun:

• Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan

lempar cakera.

• Pelajar yang lebih dewasa:

• Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar

cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta

kuda.

• Tarian untuk keagamaan.

4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan

Mekadonia 338 S.M).

• Membentuk manusia bijak.

• Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing,

memanah, equestrian, tinju dan bergomol.

• Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton

daripada menjadi peserta.

5. Sukan Olimpik

Page 4: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada

bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara mghormati Zeus

(Tuhan orang Greek).

Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah

dengan acara lain.

Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah

menamatkan sukan olimpik.

• Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk

manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara

merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat

penting.

• Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya

ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam

peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas

aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi

golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan

mengangkat berat

Page 5: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE

• Bermula pada 1400-1700

• Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama

seperti pendidikan jasmani pada masa kini.

• PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 kumpulan utama zaman renaissance.

• humanis

berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari

berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.

• moralis

pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya

sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

• realisme

menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat

dalam tubuh yang sihat.

Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan

Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa

penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana

PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya

bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang

membazir masa.

Page 6: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA FORMAL

• Johann bernhard basedow (1723-1790)

• Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman

• Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada

pelajarnya

www.bookrags.com/johann_bernhard_basedow

Guru pendidikan jasmani (antara yg terawal)

• Charles beck 1798-1866

• Kawan serta pengikut johann bernhard basedow.

• Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik)

• Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Era pra kolonial (sebelum penjajahan Inggeris)

• Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk

rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak,

layang-layang dan sepak raga.

• Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu

aktiviti-aktiviti:-

-Permainan masa lapang

-Keperwiraan

-Senaman tradisional

Page 7: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Era klonial (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

• PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-

sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.

• Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton

telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga

• Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan

Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat

kekal menjadi pesawah.

• Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan

bersenam

• 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki

diberi latih tubi di sekolah-sekolah

• 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan

penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.

• 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk

membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka

digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.

• 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan

dalam kurikulum diutamakan

• 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan

permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris

• Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik.

Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima

latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut

• Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan.

Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ

mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat

mula sedar kepentingan PJ.

Page 8: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

• - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.

- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.

- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran

PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.

- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan

MPIK di Cheras.

• PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.