sejarah melayu
-
Upload
amin-isnin -
Category
Documents
-
view
82 -
download
6
description
Transcript of sejarah melayu
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
MENGHASILKAN SEBUAH ESSEI DAN GRAFIK TENTANG KONSEP
BUDAYA,MASYARAKAT,KEBUDAYAAN MELAYU
DARI ASPEK POLITIK, SOSIAL, DAN EKONOMI
SERTA IMPLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN ORANG MELAYU
SEHINGGA SEKARANG IA MENJADI TERAS
KEPADA KEBUDAYAAN MELAYU
Pengenalan:
Kebudayaan berasal daripada perkataan sanskrit “buddayah” yang bermaksud budi
pekerti atau akal. Kebudayaan ini adalah berkait rapat dengan aktiviti yang dimiliki
oleh seseorang individu mahupun sesebuah masyarakat. Menurut Andreas Eppink
pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta
struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan
intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam
persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak
1
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat
India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting
sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi
seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.
Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan
Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai
‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu
keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Ciri-Ciri Budaya
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit
daripada tingkahlaku dan akal manusia :
*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar
untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai
2
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya
untuk berbahasa dan berhubung.
Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian
ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat
menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana
dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam
budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana
faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota Clyde
Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
3
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.
Hutington etc.)
*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna
bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan
daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan
kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan
rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan
kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri
kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat
berubah.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.iv. pertembungan budaya.
4
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
iv. konflik yang berlaku.
v. Perubahan alam sekitar.
Rajah 1 : Ciri-ciri Budaya
Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna
yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya
itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang
demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk
pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung
5
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika
masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya
mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii.perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu
dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai
dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian,
kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.
4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta
Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai
pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan
segala urusan.
5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu
bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita
mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa
yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila
6
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi
mencapai sesuatu.
KONSEP MASYARAKAT
Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga
dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan
erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka.
Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti
kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah
terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri
kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau
menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia.
Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut
sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara
pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk
daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.
Sebagai contoh, masyarakat melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia
telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sbelum kedatangan kebudayaan
asing (sama ada dari negara China, India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat
melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah perkampungan
FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang berpendapatan
rendah.
7
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa
kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta
sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab
mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya
daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia
sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi; pertama,
generasi yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima budaya.
Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun
mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal
semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu
anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan
situasi sosial dan fizikal semasa.
Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan
dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah
tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain.
Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk
budaya: budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan
budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan
kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi.
Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada
perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota
masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan
undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai,
norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang
seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.
8
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Kita semua perlu memahami secara jelas konsep-konsep masyarakat itu sendiri atas
sebab-sebab berikut:
Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan
lain tetapi untuk hidup bermasyarakat
manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat
Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan
Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan
masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga
perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang
dinamik.
Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut
Berkelompok
Berbudaya
mengalami perubahan
Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
mempunyai kepimpinan dan
mempunyai aturan sosialnya
Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata
bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan
etnik dan budaya. Dari segi sejarahnya, masayrakat Malaysia juga telah terbukti
mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan
mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.
Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai
sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang
mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan
baik.
9
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan konsep
bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza,
walaupun merujuk kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia.
Masyarakat Malaysia adalah sebuah konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh
dianggap sebagai sebuah konsep payung, yang merangkumi konsep bangsa
malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita politik, seperti yang diungkapkan
dalam Wawasan 2020.
Melalui Wawasan 2020, para pemimpin Malaysia bersama-sama masyarakatanya
telah menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa bersepadu yang dikenali
sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia merupakan satu bangsa
idaman yang kita kehendaki. Tentunya bangsa malaysia yang kita idamkan itu
berteraskan hubungan etnik yang harmonis.
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama :
kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu
ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai
kumpulan sosial. Semangat ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan
negara seperti bendera malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara.
Daripada aspek kewarganegaraan, bangsa melayu, cina, india dan lain-lain dapat
disatukan melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara malaysia. Aspek
kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang
merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu
asas kepada pembentukan bangsa malaysia.
Pada hakikatnya, hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat
kebangsaan adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan
menguatkan antara satu sama lain.
10
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Sistem Politik Masyarakat Melayu
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British
dibahagikan kpd 3 unit politik yang utama.Unit politik yang paling besar ialah negeri
yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar.Ini diikuti oleh
unit politik seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar
daerah.Unit politik yang paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang
penghulu atau penggawa.
Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar
ialah negeri.Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka
di bawah pemerintahnya sendiri.Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk di
kawasan muara sungai besar.Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk
membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk
penduduk ataupun pedagang luar.
Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan
ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing.Contohnya, gelaran
Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri
Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka
merupakan pemimpin negeri yang paling penting.Mereka berfungsi sebagai lambang
perpadauan rakyat serta kebajikan negeri.Mereka selalunya dibantu oleh kerabat
diraja ataupun sekumpulan pembesar.
Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat
biasa.Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa
istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka. Rakyat biasa
tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Kesemua benda ini adalah untuk
mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri.Mereka adalah
lambang perpaduan rakyat.Oleh sebab konsep daulat dan derkaha, rakyat sentiasa
11
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan. Rakyat tidak berani
menderhaka kerana takut akan terkena tulah. Rakyat sangat taat kepada mereka.
Unit politik yang kedua ialah daerah.Daerah merupakan kawasan yang dihadkan
oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan.Sesebuah daerah mungkin
meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu.Unit politik daerah
selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar
daerah. Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang
bersatu bagi seluruh negeri.
Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri
tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan pentadbiran ini merupakan
ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap
baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas menjaga keamanan
dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan
merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.
Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang jauh lebih besar
daripada Sultan sendiri.Sebagi contoh, pembesar di Negeri Perak yang terlalu
berkuasa disebabkan kekayaan ekonomi mereka.Majlis Pembesar Negeri Perak
terlalu berpengaruh sehingga pembesar daerah boleh campur tangan dalam sistem
pewarisan takhta negeri Perak.Mereka boleh meletakkan calon sendiri ataupun
mengenepikan seseorang calon.Walau bagaimanapun, pembesar daerah yang
dilantik oleh Sultan tetap memerlukan institusi kesultanan kerana mereka
memerlukan sokongan Sultan untuk penganugerahan lencana dan gelaran.
Unit politik yang paling kecil ialah kampong.Sesebuah kampong boleh merupakan
satu unit penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama
ekonomi dan kekeluargaan.Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di
Negeri Sembilan.Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka
12
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar
daerah.Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat
yang lebih tinggi. Ketua kampong dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan
akan melantik mereka melalui surat tauliah.
Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong.
Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar
daerah atau Sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk
taat setia kepada pemerintah.Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua
kampung berbanding pembesar daerah.
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British
sememangnya kemas dan teratur dengan lapisannya yang mencerminkan
kedudukan dan tanggungjawab pemerintahan sendiri. Setiap unit politik ini saling
melengkapi dan saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan tugas.
Namun, sistem politik ini melalui banyak perubahan selepas British campur
tangan.Misalnya, tanggungjawab pembesar daerah telah diambil oleh pegawai
daerah yang merupakan pegawai British.
Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh
dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem
ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah
dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu.Sebagai contoh,
rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak
perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu
untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi
akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual,
13
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain
yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan
ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut
hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang
banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran
penjajah British pada abad ke-19.Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk
ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat,
memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan
cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat
dalam sektor perdagangan dan perlombongan.
Pertanian
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu
tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman
utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini.
Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit).
Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur
dengan tanah alluvium.Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang
Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.
Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah
Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.Antara negeri ini, Kedah merupakan
negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita.Menjelang abad ke-18,
dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi
yang utama.Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah
dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.
Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan.Antara terusan
yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di
14
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Kedah.Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke
sawah padi.Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara
berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah
hilang atau berkurangan.Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-
ganang.Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang
tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma.Walau
bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada
hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini
menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat
dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.
Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional.Kegiatan
perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayu yang tinggal di tepi
laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan
hasil akan dijual. Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan
Pahang.Mereka menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan
Oktober dan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu
merupakan musim tengkujuh.
Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di
kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat
penangkapan mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala,
jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan.Di sungai pula, pancing, jala,
tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan.Pada
masa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggal di pinggir
laut dan golongan yang kurang berpendidikan.
Selain itu, masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk
berkecimpung dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan
15
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
pandapatan yang rendah.Pihak kerajaan juga menggalakan supaya golongan muda
berkecimpung dalam kegiatan ini. Untuk menarik minat, pihak kerajaan telah
berusaha dalam pelbagaai cara antaranya ialah menubuhkan persatuan-persatuan
nelayan dan banyak lagi.Perikanan juga terbahagi kpd 2 iaitu perikanan air masin
dan air tawar. contoh ikan air masin ialah kerapu kerabong,tenggiri manakala contoh
ikan air tawar ialah talapiah,keli,haruan,patin
Kita tidak boleh menafikan bahawa masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang
Melayu yang lemah adalah kerana mereka lebih cenderung makan gaji daripada
berniaga. Tidak ada lain untuk menguasai ekonomi selain membabitkan diri dalam
keusahawanan. Walaupun sebahagian besar orang Melayu menguasai Kabinet
dalam kerajaan dan jawatan dalam sektor awam, ia bukan dikira penguasaan dalam
ekonomi.
Mungkin kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan
masih dilihat sebagai sesuatu yang asing.Masyarakat Cina sangat memandang
tinggi mereka yang berniaga.Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang
makan gaji.Kerja makan gaji dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk
mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.
Sebenarnya perancangan yang dibuat kerajaan sejak selepas Merdeka lagi
sepatutnya sudah cukup untuk membolehkan orang Melayu untuk bangun menjadi
masyarakat perdagangan dan perindustrian berjaya. Jika orang Melayu tidak mahu
menukar cara berfikir dan masih dengan pegangan lama, maka keadaan tidak akan
berubah biar pun berpuluh-puluh dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dirangka
untuk orang Melayu.
Remaja dan belia hari ini harus dididik supaya minat dengan bidang
keusahawanan.Generasi baru orang Melayu perlu mengubah mentaliti dan persepsi
mereka terhadap budaya makan gaji.Jangan salahkan orang lain jika bangsa kita
16
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
terus miskin. Jangan lagi merungut mengenai lemahnya bangsa kita dari segi
penguasaan ekonomi sekiranya kita sendiri tidak mencari jalan keluar dan berusaha
mengubahnya. Persepsi kebanyakan masyarakat Melayu menganggap
keusahawanan sebagai sesuatu yang tidak menjamin masa depan harus dikikis.
Jika tidak, kita terus lemah dan bangsa kita akan sinonim sebagai penghuni rumah
kos rendah dan setinggan. Jika kita teliti sejarah Melayu suatu masa dulu orang
Melayu menjadi pedagang terkemuka berniaga sehingga ke Asia Barat membawa
barang dagangan mereka.
SEJARAH KEBUDAYAAN – SEJARAH MELAYU (SM)
Persoalan di atas dipecahkan mengikut unsur-unsur politik, sosial, ekonomi, adat
dan budaya secara satu persatu, antaranya ialah sistem (budaya) politik, stratifikasi
sosial, sistem adat, sistem ekonomi, sistem kepercayaan dan agama, kedudukan
wanita serta kesenian dan hiburan.
Dalam SM, aspek budaya politik boleh dikatakan antara yang paling banyak
dimuatkan. Cuba kita lihat peranan raja sebagai pemerintah dan kekuasaan mutlak
yang ada pada raja. Dengan kuasa yang ada pada mereka, raja berhak melantik
beberapa orang pembesar. Kuasa mutlak yang ada pada raja pula ialah baginda
berhak menitahkan rakyatnya. Sekiranya ada rakyat yang didapati enggan menurut
perintah, maka rakyat tersebut berhak dijatuhkan hukuman mengikut budi bicara
raja. Namun, daulat yang ada pada raja menyebabkan rakyat jarang bertindak
menentang. Ini disebabkan mereka takut ditimpa oleh suatu musibah yang dikenali
sebagai tulah raja.
Kuasa raja serta peranannya jelas dapat dilihat dalam SM. Bermula dengan wa'adat
di antara Demang Lebar Daun dengan Nila Utama (Sang Sapurba) yang
mengisytiharkan tentang hak rakyat yang sepatutnya mendapat lindungan daripada
pemerintah. Manakala raja pula berhak melindungi rakyat di bawahnya. Contoh-
17
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
contoh peranan dan kekuasaan raja ialah seperti di dalam ceritera 7,8, 9 - yang
mengisah Raja Syahrum Nawi menitahkan Awi Dicu untuk menangkap raja
Samudera dan dijadikan gembala ayam baginda. Walau bagaimanapun, Ali
Ghiyatuddin yang menang dalam permainan catur telah meminta pembela ayam itu
sebagai hadiahnya pula.
Demikian juga halnya dengan Paduka Seri Maharaja yang menitahkan orang supaya
membunuh Tun Jana Khatib. Tun Jana Khatib dijatuhkan hukuman kerana difitnah
menunjukkan kepandaiannya di hadapan permaisuri baginda. Akibat dari itu, todak
telah menyerang Singapura. Dalam ceritera 23, 24, 25; Sultan Alaudin menunjukkan
kebijaksanaannya dalam pemerintahan apabila menyamar pada waktu malam bagi
menangkap pencuri.
Dalam pada itu, ada juga sikap raja yang mementingkan diri semata-mata.
Contohnya Sultan Mahmud yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang. Baginda
telah menitahkan Tun Tuah, Tun Mamat serta orang-orang besar pergi melamar
Puteri Gunung Ledang. Sikap Sultan Mahmud juga dilihat sebagai seorang yang
suka berpakaian mewah. Contohnya baginda ingin ‘memakai pakaian dari benua
Keling’ dan Hang Nadim telah ditugaskan melukis corak serta memesannya. Segala
apa yang dipaparkan di sini, sebagai gambaran sebenar sikap sesetengah
pemerintah pada masa itu. Di samping semata-mata untuk kepentingan raja, SM
juga berani untuk mendedahkan tentang sikap positif dan negatif golongan pembesar
sebagaimana yang dinyatakan di atas.
Dalam aspek budaya politik juga, SM ada menceritakan tentang wujudnya hubungan
diplomatik. Ini dipaparkan dalam ceritera 20, 21, 22 mengisahkan hubungan Pasai
dengan Melaka digambarkan sebagai begitu akrab sekali. Pasai juga diceritakan
sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di rantau Nusantara pada zaman itu.
Contohnya apabila Sultan Mansur Syah pernah bertanya masalah tentang isi syurga
dan neraka kepada ulama terkenal dari Pasai, Makhdum Patakan.
18
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Stratifikasi masyarakat pula lebih menggambarkan tentang struktur sosial
masyarakat. Dalam SM, masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang
tersusun. lanya didahului oleh seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan
dikelilingi oleh kerabat-kerabat di raja, permaisuri, putera-puteri raja serta kaum
kerabat di raja yang lain. Berada di bawah baginda ialah golongan pentadbir atau
lebih dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Antara jawatan penting ialah
seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar,
Bentara dan lain-lain lagi. Selain itu, golongan ulama juga berada dalam hirarki ini
seperti Makhdum, Sayyid, Maulana dan Kadhi.
Seterusnya ialah golongan rakyat biasa yang merdeka. Biasanya golongan ini terdiri
dari pedagang-pedagang, petani, tukang-tukang mahir serta saudagar-saudagar.
Contoh yang terkenal dalam SM ialah seperti Hang Isap serta Raja Mandeliar, Mina
Sura Dewana, Kitul, Ali Manu Nayan dan Patih Adam yang rapat dengan golongan
bangsawan. Golongan yang berada dalam kelas terbawah ialah golongan hamba.
Ada tiga kategori hamba yang dipaparkan dalam SM seperti hamba abdi, hamba
biduanda dan hamba hutang.
Namun, sperkara yang paling menarik ialah tiadanya unsur kasta dalam masyarakat
Hindu yang dibawa ke dalam strafikasi masyarakat Melayu Melaka. Untuk
memudahkan lagi pemahaman terhadap strafikasi masyarakat pada waktu itu, ianya
boleh dilihat menerusi segitiga berikut:
Rajah 4. Gambaran stratifikasi masyarakat Melayu tradisional
19
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Dari segi adat istiadat, persoalan ini amat luas sebenarnya untuk dibincangkan.
Dalam SM sendiri, persoalan ini telah digambarkan dengan amat menarik sehingga
kita dapat membayangkan tentang sesuatu adat istiadat yang dimaksudkan oleh
pengarang apabila kita membaca teks SM. Antara adat istiadat yang digambarkan
meliputi dua perkara iaitu adat golongan istana serta adat-adat rakyat atau
masyarakat setempat.
Adat golongan istana adalah seperti adat pertabalan raja atau pembesar,
kemangkatan, berpakaian, menghadap raja, perkahwinan, keberangkatan dan lain-
lain lagi. Contohnya seperti perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan
Puteri Galoh Cendera Kirana, iaitu puteri raja Perlak yang memakan masa 40 hari 40
malam. Adat golongan rakyat pula seperti adat berkhatan, membuka tanah pertanian
baru, menyambut kelahiran, melenggang perut dan sebagainya.
Melalui aspek sosio ekonomi, SM memperlihatkan tentang sistem-sistem ekonomi
awal masyarakat di Kepualauan Melayu amnya. Pada tahap awal, masyarakat
digambarkan dengan kegiatan ekonomi berbentuk sara diri. Antara yang diusahakan
ialah seperti kegiatan pertanian, nelayan dan berburu. Ini adalah gambaran ekonomi
sebelum kedatangan pedagang luar. Selepas itu barulah muncul kegiatan
perdagangan sehingga Melaka terkenal sebagai pelabuhan enterport. Dalam SM,
Tun Mutakhir dan Tun Tahir adalah golongan bangsawan yang bergiat dalam bidang
perdagangan ini.
Dari sudut kepercayaan dan agama, ianya merupakan dua aspek sosial yang sukar
dipisahkan. Antara amalan atau kepercayaan awal penduduk ialah ajaran animisme
dan ajaran Hindu-Buddha. Dalam agama animisme, par penganutnya menganggap
segala benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Ini menyebabkan wujudnya
pemujaan terhadap batu-batan, pokok-pokok serta fenomena-fenomena alam yang
lain. Kepercayaan penduduk juga dikaitkan dengan hantu, jin, jembalang serta
20
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
makhluk-makhluk halus yang menjadi penunggu tempat-tempat tertentu. Dalam hal
ini, khidmat pawang, dukun atau bomoh amat diperlukan untuk berhubung dengan
makhluk-makhluk tersebut. Sebagai contohnya dalam SM, akibat gangguan daripada
makhluk yang dikatakan sebagai penunggu. Sultan Abdul Jalal terpaksa
memindahkan pusat pemerintahannya.
Kedua-dua ajaran agama ini amat sebati dalam jiwa penduduk sehinggalah berubah
sedikit dengan kedatangan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, meskipun
agama Islam mula diterima, tetapi pengamh ajaran animisme serta Hindu-Buddha
masih sukar dikikis sehinggakan kedua-dua agama itu dicampur-aduk dengan ajaran
agama Islam.
Dalam SM, gambaran kedudukan wanita juga turut dimasukkan. Contohnya
umpama kata-kata Tun Teja ...Beta permpuan, diperintah menurut, ditinggal enggan.
… Kata-kata tersebut secara tidak langsung menggambarkan kelemahan kaum
wanita yang boleh disumh dan oleh kaum lelaki. SM juga mencatatkan adanya
golongan wanita yang dijadikan hadiah kepada sesuatu pihak sebagai membalas
hadiah atau jasa. Contohnya seperti Dang Bunga dan Dang Buba yang dijadikan
hadiah oleh Sultan Mansur Syah.
Dalam SM juga, kita dapat lihat wanita dijadikan sebagai alat demi kepentingan
politik. Contohnya seperti Sultan Mansur Syah yang sanggup menceraikan isterinya.
Tun Kudu semata-mata untuk dikahwinkan dengan Bentara Seri Nara Di Raja yang
sudah tua. Secara tidak langsung. Tun Kudu terpaksa turun darjat daripada seorang
permaisuri kepada isteri pembesar sahaja. Demikian juga halnya dengan Puteri
Hang Li Po yang dijadikan alat kepentingan politik di antara China dengan Melaka.
Sebagai bukti persaudaraan diantara kedua-dua kerajaan, Puteri Hang Li Po telah
dihadiahkan sebagi isteri kepada Sultan Mansur Syah.
21
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Namun begitu, dalam SM juga turut mencatatkan adanya golongan wanita yang
bertindak berani serta berkuasa dalam mempengaruhi pemerintahan. Tun Senja iaitu
anak Seri Nara Di Raja telah mencadangkan agar Tun Mutahir diterima menjadi
Bendahara menggantikan Tun Putih. Cadangannya telah diterima sehinggalah Tun
Muthair kembali memegang jawatan tersebut. Tun Fatimah iaitu anak Tun Senja pula
digambarkan sebagai seorang wanita yang berani semata-mata ingin menegakkan
kebenaran. Ini dapat dilihat melalui tindakannya yang sanggup menggugurkan anak
sebagai tanda protes di atas kekejaman Sultan Mahmud.
Satu lagi aspek ialah kesenian dan hiburan. Meskipun tidak digambarkan dengan
jelas dalam ceritera-ceritera SM, tetapi pesta-pesta perayaan serta acara-acara
tertentu tetap diadakan. Dalam hal ini, istana telah menjadi pusat utama di mana
hubungan di antara golongan istana dengan rakyat, biasanya dapat dilihat lebih erat.
Ini dapat dilihat apabila ada ketikanya golongan istana akan menjemput rakyat untuk
mengadakan persembahan di istana. Dari segi pakaian, memang jurang di antara
raja dengan rakyat sangat jelas. Rakyat tidak dibenarkan untuk memakai pakaian
berwama kuning, bergelang kaki emas serta memakai loceng kerincing. Begitu juga
dengan sent keris serta pembinaan rumah yang haruslah tidak sama dengan milik
raja.
Dari apa yang yang telah dihuraikan, amat jelas kita perhatikan bahawa dalam SM
unsur-unsur sosio budaya dan adat istiadat memang banyak dipaparkan. Meskipun
agak ringkas, tetapi apa yang kami cuba gambarkan ialah bahawa unsur-unsur
tersebut memang terdapat dalam SM. Keupayaan kreatif penulis-penulis Melayu
seperti yang dipaparkan dalam SM inilah yangjarang dapat disingkap oleh orientalis
apabila berbicara tentang hasil-hasil karya Melayu lama kita. Analisa yang bercorak
struktural boleh menolong seseorang menganalisa teks SM secara dekat,
menghayati akan binaan dan keistimewaannya di dalam zaman-zaman tertentu
perkembangan kebudayaan Melayu. Maka, SM merupakan antara teks yang tidak
boleh diabaikan khususnya dalam pensejarahan Malaysia itu sendiri.
22
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU
Sebelum Kedatangan Agama Hindu Dan Buddha
Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan
primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap
benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri,
sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk.
Roh nenek moyang yang dinamakan “hyang” (seerti “poyang”/ “moyang”)
dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang
kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui
upacara pemujaan dan penyembahan.
Sebenarnya animisme bermaksud satu kepercayaan bahawa setiap benda
memepunyai jiwa atau roh dan mempunyai keperibadiaan sendiri (Abdul
Rahman Haji Abdullah,1990:1).Di samping itu,terdapat juga Teori
Dinamisme. Teori ini mempercayai bahawa jiwa bukan sahaja berada di
mana-mana tetapi juga mempunyai tenaga atau kekuatan yang dapat
memberikan kesan baik ataupun buruk. Dinamisme boleh dibandingkan
dengan konsep semangat di kalangan orang Melayu. Kedua-duanya
merupakan kepercayaan primitif di Alam Melayu.
Kedatangan Agama Hindu Dan Buddha
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara
agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-
benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-
Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan
selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga
membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi
kepercayaan masyarakat Melayu.
23
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan
melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini
dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata,
Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan
ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan
ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak
ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya
golongan bangsawan.
Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah
pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat
ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja
(golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat
Melayu.
Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta
(lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan
rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari
sinilah wujudnya sistem ‘feudal’ yang telah diamalkan dalam sistem
pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.
Selepas Kedatangan Islam
Islamisasi yang berlaku di alam Melayu pada ketika itu telah memberi kesan
besar terhadap dunia Melayu. Antaranya ialah pembentukan Sosial dan
Budaya Melayu Islam. Kedatangan Islam telah banyak merubah budaya dan
sosial masyarakat Nusantara. Menurut Syed Naquib al-Attas perubahan sosial
dan budaya pada masyarakat adalah amat jelas terutama yang berkaitan
undang-undang kekeluargaan. Islam telah menyatukan masyarakat melalui
asimilasi budaya yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Budi bahasa
serta adab masyarakat banyak berteraskan ajaran Islam.
24
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Politik
Selain itu, Islam juga telah membentuk pemikiran politik yang berdasarkan
prinsip-prinsip ajaran Islam, dan antaranya ialah wujudnya kerajaan Melayu
yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara,
cContohnya kerajaan Melaka dan Aceh. Kerajaan Melaka juga telah
mengadakan hubungan diplomasi kerajaan China. Ketika Melaka muncul
sebagai kerajaan yang tersohor, hubungan dengan kerajaan China terutama
semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo semakin erat kerana pada ketika itu
Islam sistem Islam banyak memainkan peranan dalam pentadbiran.
Kemunculan empayar Melaka dan Aceh telah meluaskan lagi pengaruh Islam
di sekitar kepulauan Nusantara dan dilihat oleh barat sebagai halangan utama
terhadap cita-cita mereka.
Ekonomi
Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di
mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam.
Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada
masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam.
Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan
terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan
Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Para pedagang luar
datang ke Melaka untuk menguruskan perniagaan mereka, antaranya China,
India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri.
Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan
ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan
lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara.
Alam Pemikiran
Penyebaran Islam juga turut memberi kesan kepada alam pemikiran
masyarakat Nusantara. Sebelum Islam, masyarakat lebih terikat dengan
25
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
faham agama Hindu yang banyak memasukkan unsur-unsur mistik sebagai
anutan. Apabila Islam datang, segala kekhurafatan dan ketahyulan dapat
dijelaskan dan dirungkai dalam pemikiran masyarakat. Melaka dan Aceh telah
menjadi pusat keilmuan dengan lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti
Hamzah Fansuri, Nurudin Ar-Raniri, Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf
Singkel dan lain-lainnya. Kegiatan para ilmuan ini telah mendorong pemikiran
masyarakat Melayu Nusantara kepada realiti pentauhidan dan kekhalikan
Maha Pencipta.
Bahasa dan Tulisan
Faktor bahasa dan tulisan juga turut mempengaruhi masyarakat Melayu,
penggunaan tulisan jawi sebagai alat komunikasi utama menunjukkan
bagaimana Islam merubah dan meletakkan nilai insani kepada tahap yang
betul. Tulisan jawi digunakan secara meluas, bahkan tulisan jawi masih
berterusan terutama apabila berhubung dengan raja-raja Melayu. Bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa penyebaran Islam di alam Melayu atau
Nusantara. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam telah
memantapkan kekuatan Islam di Nusantara. Di samping itu, ia juga menjadi
bahasa ilmu yang boleh menyesuaikan pelbagai istilah Arab sebagai kata
pinjam, contohnya ‘ilmu’, ‘alam’, ‘amal’, ‘ibadat’, ‘zakat’ dan sebagainya.
Pendidikan
Perubahan terhadap alam pendidikan turut berlaku dalam masyarakat Melayu,
sebelum itu pendidikan masyarakat lebih menjurus kepada adat-istiadat
terutama faham Hindu dan unsur animisme, tetapi setelah Islam sampai
pendidikan lebih kepada penilaian akal budi serta adab dan akhlak.
Pendidikan lebih kepada memahami Khaliq atau Maha Pencipta, seperti
pengenalan ilmu Tauhid, Fekah, Muamalat, Usuluddin dan Syariah. Kanak-
kanak mula mempelajari al-Quran sebagai asas utama, kelas-kelas al-Quran
dibuka oleh guru-guru agama dan imam-imam. Surau, Masjid, Rangkang dan
26
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Pondok didirikan bagi memberi ruang kepada masyarakat mempelajari agama
dengan lebih luas lagi. Peranan institusi pendidikan ini juga bukan sahaja
terhad kepada bidang keilmuan, tetapi lebih kepada pusat pentadbiran dan
perbincangan. Istana turut dijadikan kutab dan medan pembicaraan keilmuan
yang turut melibatkan pihak pemerintah pada masa itu.Semangat jihad juga
turut didedahkan kepada masyarakat, kesannya masyarakat sanggup
mempertaruhkan diri demi mempertahankan agama Islam.
Rajah 3 : Hirarki Sistem Sosial Masyarakat Melayu
Golongan/Kumpulan
Pemerentah
Ciri-ciri
Raja/sultan/Yang Dipertuan
Besar
Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran
negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam
menjalankan pemerintahan dan pentadbiran
negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum
kerabat dan para pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara
keamanan dan memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat.
Konsep daulat dan derhaka
memperkukuhkan
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna
kuning hanya untuk raja, payung putih untuk
sultan, payung kuning untuk kerabat,
menggunakan bahasa dalam, cop mohor
diraja, alat kebesaran seperti kendi.
27
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak
raja dan kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera
raja yang memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera
sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi
pembesar daerah atau pemerintah jajahan
takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti
raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung
kuning.
Golongan Bangsawan dan
pembesar
a) Golongan bangsawan
Terdiri daripada golongan pembesar dan
kaum kerabat
Sangat berpengaruh dalam kalangan
pemerintah dan pentadbir.
Membantu sultan dalam pentadbiran dan
pemerintahan.
Menjadi penasihat/pembesar di daerah-
daerah tertentu.
b) Pembesar daerah
-Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan
taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh
sultan yang bercop mohor.
-Memegang jawatan seumur hidup dan mesti
28
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
-Berkuasa penuh dalam kawasan
pegangannya.
-Berkedudukan penting dalam sistem
pemerintahan kerajaan dan menjadi
perantara sultan dengan rakyat.
Menjaga keamanan dan memungut cukai di
kawasan pemakanannya serta bebas
menjalankan kegiatan ekonomi.
-Menjatuhkan hukuman dan denda dalam
kes-kes jenayah di daerah mereka.
-Membekalkan tenaga buruh kepada sultan
dalam sistem kerah dan serah.Contoh
Membina istana.
c) Golongan ulama dan pendeta
i) Golongan ulama
-Berketurunan Arab Melayu dan merupakan
cendikiawan dalam bidang agama.
-Berkedudukan istimewa dan sangat
berpengaruh dalam susun lapis masyarakat
Melayu tradisional.Contoh jawatan mufti, kadi
-Penasihat sultan dalam hal ehwal
agama/hukum syarak.
ii) Golongan pendeta
-Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,
kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah
raja.
29
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
-Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan
golongan di istana.
-Merupakan penulis dan perawi diraja.
Golongan/Kumpulan
diperintah
Ciri-ciri
a) Rakyat biasa
- Petani, nelayan, dagang dan tukang.
- Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan
dal;am pentadbiran.
- Mengamalkan tradisi gotong-royong.
- Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang
dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja
biasa serta petani dan tukang mahir.
- Bebas menjalankan kegiatan ekonomi-
pertanian, perikanan, perlombongan dan
perdagangan.
b) Rakyat asing
- Penduduk bukan Melayu yang datang ke
Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal
sementara sahaja.
- Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti
tentera upahan kerajaan.
- Menjalankan kegiatan ekonomi seperti
pelombong dan peniaga runcit.
- Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan
tradisi kebudayaan tempatan.
c) Golongan hamba
- Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti
masyarakat seperti gotong-royong.
30
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
- Menyumbang tenaga untuk menambah harta
tuannya.
- Melambangkan ketinggian taraf sosial
pemiliknya.
- Terdapat tiga jenis hamba:
i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada
hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan
perang/banduaan
ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang
ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan
hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat
biasa
iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba
abdi, hamba dengan dan biduanda.
Rajah 5: Antara Kegiatan Sosial Masyarakat Melayu
31
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
RAJAH 6 : CIRI-CIRI MASYARAKAT MELAYU
KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa
kesenian dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan.
Pemikiran konvensional sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan
kebudayaan Melayu dengan lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak
pemikiran ini telah membuatkan Melayu kian lupa akan kesenian dan kebudayaan
bangsa sendiri.
32
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Kesenian dan kebudayaan mendapat atau menghadapi kekangan kerana apabila
menyentuh soal Melayu, secara automatiknya atau majoritinya adalah beragama
Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, persoalan yang timbul
ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan secara total? Prof. Dr.
Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam
Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya
dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang
dengan tuntutan agama Islam.
Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan
seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan
oleh sikap manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan
sehingga menyebabkan kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan
Islam.
“‘Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan’ Inilah
prinsip yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada
sahabatnya.” (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)
Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya’ menyatakan
bahawa Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap
pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing.
Umpamanya pelihat (penonton atau khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik,
pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah
diterima akal bahawa semua perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan
dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan pancaindera untuk tidak digunakan
sewenang- wenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan disalurkan kepada jalan yang
baik(Prof H.M TohaYahya Omar M.A.2002).
Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang
bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan
33
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
kerjasama kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan
tradisi masyarakat tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan
merupakan ekspresi suatu gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi,
2005).
Menyentuh perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa
program atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu
mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan
kebudayaan masyarakat atau bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya
dalam seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang
merupakan seni budaya yang originalitinya dari Malaysia) malahan keindahannya
juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen, dan
filemMelayudansebagainya.
Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu
memperkukuhkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius
dan bersungguh-sungguh melalui medium ini dilakukan. Ini kerana, aktiviti-aktiviti
dan program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan
penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan
menjayakan aktiviti-aktiviti dan program- program sebegini bangsa Melayu akan lebih
bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam
aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini secara tidak langsung akan
menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bergotong-royong, bertukar-
tukar pendapat atau idea serta persefahaman dan persepakatan. Sesuatu
pertunjukkan atau persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan
adanya sifat-sifat yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti-aktiviti
dan program-program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.
34
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
“Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita”, begitulah
teguran yang disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang
mengingatkan karyawan filem tempatan untuk supaya tidak menghasilkan karya
yang bercanggah dengan agama walaupun sesuatu filem itu tidak semestinya
mempromosikan agama (Akmal Abdullah, 12 Jun 2008). Dr. Asri juga mahukan imej
filem Melayu seharusnya mempunyai pemikiran yang besar, berbangga dengan jati
diri bangsa sendiri dan lebih penting mempunyai ciri kebudayaan dan jiwa sebagai
orang Melayu yang berpegang kepada nilai norma dan jati diri Malaysia.
Bangsa Malaysia ialah pelbagai kaum yang diterajui dengan kebudayaan Melayu
dan kita perlu berkongsi budaya bagi mempamerkan jati diri kita yang sebenar.
Untuk maksud filem Melayu, ia menyentuh mengenai pembikinan filem yang
bercakap mengenai sikap, keperibadian, peradaban, jiwa dan cara Melayu berfikir.
Melalui filem, umat Melayu patut berbangga kerana Dasar Perfileman Negara
meletakkan Bahasa Melayu sebagai imej filem Malaysia. Di sinilah kejayaan bangsa
Melayu sekiranya perpaduan antara kita sentiasa erat dan kukuh.
BUDAYA MELAYU TERCABAR
Malaysia menuju 'acuan budaya' Barat-Cina-Arab berbanding kaum lain, orang
melayu dilihat semakin tidak peka dengan akar budaya bangsa sendiri yang
sepatutnya disemarakkan secara konsisten. Majoriti pemimpin Melayu mahu pun ahli
masyarakat, semakin tidak peduli akan bentuk seni dan budaya itu apabila perlahan
lahan digantikan dengan budaya yang bukan berpijak dari alam Melayu ini.
Sikap tolak-ansur Melayu sudah sampai ke peringkat melampau terhadap
kedudukan budaya bangsa sendiri. Apakah manfaat yang Melayu dapat daripada
sikap 'tidak mengapa' dalam melihat penonjolan budaya Barat, Cina dan Arab? Jati
diri dan pusaka khazanah budaya bangsa Melayu semakin tenggelam ditelan masa.
35
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Malangnya ,satu proses yang boleh disebut sebagai "pemusnahan budaya" Melayu
ini turut 'disempurnakan' oleh parti-parti politik. Sehingga kini tidak kelihatan
pendirian yang jelas tentang usaha membentuk negara bangsa Malaysia berteraskan
ke-Melayuan. Tidak seperti Indonesia dan Thailand. Pembentukan negara bangsa
mereka jelas apabila kaum minoriti dibentuk mengamalkan budaya majoriti.
Contohnya, cadangan mewujudkan bandar Arab membabitkan pelaburan RM185.4
juta di Jalan Ampang jelas bukan selari dengan nilai tempatan. Kedudukannya tidak
jauh dari Menara Berkembar Petronas. Sepatutnya yang dibangunkan ialah bandar
Melayu dan bukannya bandar Arab. Adakah adil kepada budaya Melayu apabila
gaya hidup dan perniagaan yang memaparkan tradisi, budaya serta makanan Arab
wujud di tengah-tengah Kuala Lumpur? Walhal, bandar Melayu lebih relevan dan
signifikan untuk mengetengah dan menguar-uarkan kehebatan tamadun Melayu.
Adakah barisan pentadbir di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang
majoritinya Melayu sudah lupa bahawa Kuala Lumpur diasaskan oleh Melayu dan
bukannya kaum Arab? Namun bandar Arab diluluskan oleh DBKL atas alasan mahu
menarik pelancong dari dunia Arab. Bayangkan jika ia menjadi trend dan pada masa
akan datang, terdapat limpahan pelancong dari Vietnam. Adakah bandar Vietnam
pula akan diwujudkan?
Adakah Melayu sedang berdepan dengan pemusnahan budaya? Seolah-olah telah
wujud anggapan bahawa budaya Melayu itu kotor lalu perlu diganti dengan
kebudayaan Barat, Cina dan Arab yang kononnya 'suci bersih'. Bukan sedikit yang
menganggap budaya Arab itu ialah "budaya Islam". Kebudayaan Melayu pula dilihat
bercanggah dengan Islam. Malangnya, bukan orang lain tetapi orang Melayu sendiri
yang memenggal kebudayaannya sendiri! Jika hal-hal berkaitan mengangkat seni
dan budaya Melayu ini diabaikan, amatlah dibimbangi nanti bentuk kebudayaan
Cina, Barat dan Arab akan mewarnai seluruh gaya hidup kita.
36
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Orang Melayu mesti kembali menghargai dan menyebarluaskan kehebatan tamadun
dan kebudayaan bangsanya sendiri. Bagi yang masih tidak rasa bersalah
mengagungkan budaya bukan milik bangsanya, soalan berikut perlu dijawab dengan
jujur: "Tidakkah terfikir apa akan terjadi terhadap bentuk budaya negara pada masa
depan dan maruah bangsa Melayu jika pemusnahan budaya dibiarkan berterusan?
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK) DAN BUDAYA MELAYU
•Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh
Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Serantau
•Merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia,
Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan
bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
•Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan
warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula
oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di
Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca).
•Digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan
geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya.
•Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti
dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia
yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
37
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
•Kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau
luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan
Kebangsaan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Boleh Diterima
•Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
•Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang
mewarisi pelbagai budaya
•Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain
yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
•Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-
asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam
sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan
•Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting
dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang
berakhlak dan berperibadi mulia.
•Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang
dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan
fizikal
•Oleh itu ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai
agama rasmi negara
38
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
•Di samping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah
sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
•Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan
gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
•Ia juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia dan memaparkan kesejagatan dalam
menentukan DKK yang berpihak kepada semua kaum namun masih
lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan
dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.
KEWAJARAN BUDAYA MELAYU MENJADI TERAS KEPADA BUDAYA KAUM LAIN
Adakah promosi pelancongan kita benar-benar menjadikan ciri-ciri kebudayaan dan perayaan kaum Melayu sebagai tumpuan utama dalam promosi pelancongannya di luar negara?
Contohny ,Kempen Tourism Malaysia dengan tema Malaysia Truly Asia seperti sengaja mahu menenggelamkan wajah dan citra kebudayaan kaum Melayu dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM’07).
Ini kerana risalah promosi TMM’07 yang diletakkan di tempat duduk pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) gagal menonjolkan kebudayaan Melayu sebagai identiti teras dan tarikan utama pelancong ke negara ini.
Paparan melampau budaya dan perayaan kaum-kaum lain kerana mahu menepati konsep Malaysia sebagai wajah Asia sebenar seperti menjadikan Malaysia umpama negara ‘rojak’ tanpa identiti tersendiri di mata pelancong antarabangsa.
Menarik pelancong dari China tidak boleh dijadikan alasan bagi mewajarkan penonjolan kebudayaan yang bukan bersifat kebangsaan untuk tatapan pelancong.
Sebaliknya, pelancong dari wilayah serumpun seperti Indonesia dan Brunei jauh lebih ramai mengunjungi Malaysia. Pelancong dari Brunei misalnya yang memiliki kuasa berbelanja lebih tinggi mencecah sehingga 78,625 orang untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja.
39
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Penonjolan kebudayaan etnik lain mengatasi ciri kebudayaan nasional berteraskan Melayu hanya menjadikan pelancong luar keliru dengan keadaan komposisi kaum dan persekitaran budaya sebenar Malaysia.
Mereka yang cenderung mahu mencari destinasi yang menawarkan kelainan dan keunikan yang tiada di tempat lain tentu kecewa melihatkan promosi TMM’07 yang keterlaluan menonjolkan kebudayaan dan perayaan kaum bukan Melayu.
Impak promosi pelancongan negara terhadap pembentukan satu bangsa Malaysia juga perlu difikirkan selain kesan terhadap persepsi dan sambutan pelancong luar.
Tidak keterlaluan dikatakan, interaksi kaum dan jurang perpaduan yang semakin melebar kini berpunca daripada kesilapan kita terlalu menonjolkan kepelbagaian budaya yang hanya menguatkan perpaduan dan kebudayaan etnik sahaja.
Oleh itu, sewajarnya ciri-ciri kebudayaan tempatan yang berteraskan Melayu dijadikan elemen utama menarik kedatangan pelancong terutama dari Barat seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Kanada, dan Itali. Masyarakat Barat sememangnya dahagakan ciri kebudayaan dan keistimewaan masyarakat pribumi sesebuah negara.
Namun, akibat kegagalan fokus kita menonjolkan ciri kebudayaan bumiputera, jumlah pelancong dari wilayah-wilayah tersebut masih tidak menunjukkan peningkatan yang benar-benar menggalakkan.
Selain itu, ciri-ciri kebudayaan Melayu yang banyak dicorakkan pengaruh Islam juga selari dengan jiwa pelancong dari Asia Barat yang menyaksikan ketibaan kira-kira 13,545 pelancong dari wilayah tersebut sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.
Kempen menarik pelancong luar mestilah mengambil kira faktor kebudayaan dan persekitaran sosial sebenar. Tentulah kelihatan janggal dan tidak adil untuk membiarkan promosi pelancongan mengabaikan perayaan yang disambut orang Melayu.
Sepatutnya, Tourism Malaysia serta Kementerian Pelancongan meletakkan kebudayaan dan identiti Melayu sebagai teras utama aset pelancongan negara. Ini kerana penonjolan keterlaluan ciri kebudayaan kaum lain hanya akan menjadikan Malaysia tidak jauh berbeza dengan Singapura.
40
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Perlu ditegaskan, kebudayaan kaum lain di Malaysia hanyalah sebagai nilai tambah yang tidak wajar diperbesar sehingga mengatasi kebudayaan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti negara ini.
Tarian joget misalnya yang telah lama diiktiraf sebagai tarian kebangsaan negara ini perlu diketengahkan. Tarian kaum lain misalnya tidak perlu dicampur aduk dalam sesuatu persembahan kesenian bagi tatapan pelancong luar.
Peruntukan sebanyak RM240 juta untuk TMM’07 yang lalu bagi tujuan promosi pelancongan Malaysia di seluruh dunia tidak adil untuk mengabaikan kebudayaan Melayu ke pentas dunia.
Promosi pelancongan mesti menyeluruh agar manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat seluruh pelosok negara. Kunjungan pelancong ke Malaysia tentunya lebih bermakna andainya mereka juga didedahkan dengan persekitaran budaya masyarakat tempatan.
Program menginap di desa atau dikenal sebagai homestay pasti menyimpan kenangan di hati pengunjung luar selain daripada membantu ekonomi masyarakat desa. Keindahan alam semula jadi merangkumi pantai, pulau, dan bukit peranginan pasti menggamit memori pelancong untuk bertamu lagi di Malaysia.
Dalam masa yang sama, peranan bahasa Melayu yang kini dipanggil bahasa Malaysia sebagai salah satu simbol kemegahan rakyat Malaysia tidak wajar diabaikan dalam keghairahan menarik pelancong luar.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu tradisional merupakan
sistem sosial yang kukuh dan teratur. Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan
masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini. Sistem sosial pada zaman tradisional
mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini. Contohnya, sistem
pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan
dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai
agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional
masih diamalkan sehingga hari ini.
41
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing
yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Antaranya
ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Elemen-elemen seperti ini
telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal
dalam sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.
42
NASIRIN KANAN 650403015245 BMM 3114
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdullah 2000 Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum
dan Sesudah Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahmanal-ahmadi ,Tamadun Melayu Jilid
Dua,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.
Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, DBP, 1994Fauziah
Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, 2000.
Muhammad Yusof Hashim,The Malay Sultanate of Malacca, DBP ,1992.
Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fauziah Shaffie, Sejarah pembangunan
bangsa dan Negara, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 1994.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/362-1-malaysia-
dato-sri-najib/10487-teras-perpaduan-1malaysia.html
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=STPM&s=PAM&b=MAC&m=1&r=m&i=NOTA
http://rupanx.tripod.com/
aj1132/12_sejarah_kebudayaan_dalam_sejarah_melayu.htm
43