Sejarah Mazhab Qadariah

download Sejarah Mazhab Qadariah

of 3

Transcript of Sejarah Mazhab Qadariah

Sejarah Mazhab QadariahMereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan. Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah: Maabad al- Juhani Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Maabad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar. Ghilan al-Dimasyqi Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Maabad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza i. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu. Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auzai. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, Qadar baik dan jahat itu daripada hamba. Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Fahaman ini tidak mati dengan matinya Ghilan. Ia masih terus disebarkan di tengah-tengah masyarakat Islam dan berkembang bebas. Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, Orang yang pertama bercakap dengan fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani. Kuliyah Jumaat 11 Mei 2007 Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganuhttp://mazhab.sementoji.net/v1/?p=36

QadariyahIraq merupakan tempat berkumpulnya banyak anasir yang terdiri dari beberapa umat yang menganut pelbagai agama. Basrah pula merupakan lautan yang membawa ombak-ombak pemikiran dan aliran. Ma'bad bin Khalid al-Juni (salah seorang dari yang duduk di majlis pengajian Hasan al-Basri) telah mendengar orang yang mengatakan bahawa maksiat itu telah dilakukan kerana telah ditakdirkan. Lalu beliau berdiri dan menolak pendapat mereka dengan menafikan keadaan takdir itu menafikan ikhtiar. Beliau telah bersikap keterlaluan di dalam mempertahankan pendapatnya sehingga masyhur kata-katanya: "Tiada takdir, dan setiap perkara itu baru bermula. " Ketika pemikiran Ma'bad sampai ke pengetahuan Ibnu Umar, beliau berlepas diri daripadanya dan para pengikutnya. Asas-asas mazhab Qadariyah 1 . Mengingkari takdir Allah Taala dengan maksud ilmuNya. 2 . Melampau di dalam menetapkan kemampuan manusia dengan menganggap mereka bebas berkehendak (iradah). Di dalam perbuatan manusia, Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar). Mereka menganggap bahawa Allah tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kecuali selepas ia terjadi. 3 . Mereka berpendapat bahawa Allah tidak bersifat dengan suatu sifat yang ada pada makhluknya. Kerana ini akan membawa kepada penyerupaan (tasybih). Oleh itu mereka menafikan sifat-sifat Ma'ani dari Allah Taala. 4 . Mereka berpendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Ini disebabkan pengingkaran mereka terhadap sifat Allah. 5 . Mengenal Allah wajib menurut akal, dan iman itu ialah mengenal Allah. 6 . Mereka mengingkari melihat Allah (rukyah), kerana ini akan membawa kepada penyerupaan (tasybih). 7 . Mereka mengemukakan pendapat tentang syurga dan neraka akan musnah (fana'), selepas ahli syurga mengecap nikmat dan ali neraka menerima azab siksa.

Para ulamak telah bangkit menentang pendapat Qadariyah atas dua sebab, iaitu: Sebab pertama: Masalah pemaksaan yang membawa kepada ta'thil dan meninggalkan amal dan rukun kepada takdir. Sebab kedua: Sikap melampau mereka di dalam mentakwilkan ayat-ayat al-Quran yang menyebutkan dan menetapkan sifat-sifat Allah. Takwilan-takwilan ini membawa bahaya kepada al-Quran dan kefahaman makna-maknanya. Ramai para ulamak yang mengkafirkan golongan Qadariyah. Dakwah mereka ini telah dipimpin oleh dua orang tokoh, iaitu: Pertama: Ma'bad bin Khalid al-Juhni di Iraq. Beliau telah terbunuh ketika keluar berperang bersama Ibnu al-Asy'as dengan al-Hajjaj.

Kedua: Ghailan bin Marwan al-Dimasyqi di Damsyiq. Umar Abdul Aziz telah memanggilnya dan berdebat dengannya sehingga beliau bertaubat. Semasa Hisyam bin Abdul Malik memerintah, beliau telah dibunuh. Golongan Qadariyah dihukumkan kafir kerana keingkaran mereka terhadap takdir. Mazhab Qadariyah dan Jabbariyah telah lenyap. Keduanya tidak lagi wujud secara berdiri sendiri. Dan kesannya dapat kita lihat pada mazhab Muktazilah. Sehingga kini masalah al-jabar (keterpaksaan) dan ikhtiar masih diperselisihkan oleh para pengkaji.http://members.tripod.com/ahkam_2/FIRQAH/qadariyah.htm

Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa ALLAH, pengasas mazhab ini ialah Mabad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi. Mazhab ini lahir di Basrah oleh sebab pertikaian umat islam tentang persoalan qada dan qadar ALLAH, nama mazhab ini diambil dari al-qadar. Mereka mengatakan bahawa segala usaha dan perbuatan manusia itu terjadi dengan kehendak mereka sendiri. Antara lain mengenai iktikad qadariah ini ialah: a. Manusia bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuan yang kesannya adalah dari manusia, akan tetapi dengan qudrat yang diberikan ALLAH kepada manusia. b. Percaya ALLAH tidak membuat apa-apa takdir kepada manusia Iktikad ini tidak tepat kerana setiap perbuatan manusia kebanyakan tidak tercapai dimana jika manusia itu berkuasa mestilah tiada yang sakit, hidup kemiskinan sengsara dan sebagainya. Fahaman ini adalah melampau sama sekali.