Sejarah maktab di malaysia
-
Upload
ilya-shuhada -
Category
Education
-
view
1.018 -
download
0
Transcript of Sejarah maktab di malaysia
PENDIDIKAN GURU DALAM PERUBAHAN
MASYARAKAT
Ilya Shuhada binti ZaidNur Amira binti Hasin@Hashim
1878 The
Malay High
School, Singapura
1922 Sultan Idris
Training College, Tanjung Malim –
melatih guru-guru Sekolah Melayu.
Kini, maktab perguruan ini telah bertukar
kepada Universiti Perguruan Sultan
Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI
Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih
guru-guru perempuan
terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini,
maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kampus
Perempuan Melayu, Melaka
1951Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool,
England : Kerajaan Malaysia telah mengambil alih
pusat latihan guru British untuk melatih guru
Tanah Melayu di England bg
melahirkan tenaga pengajar
tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa
Inggeris
1955 Malaysian
Teacher Training College (MTT),
Brinsford Lodge,Wolverhampton, England :
Bekas sebuah kilang di Britain
ini pernah menjadi sebuah
kolej latihan untuk guru
Malaysia pada 1955 hingga
1964
Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun
Hussein telah mengisytiharkan secara
rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail pada 16
Januari 2009, sempena memperingati mantan
Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali
Ismail yang telah meninggal dunia pada
28 November 2008
2009
Pindaan Akta Pendidikan 1996,
yang membenarkan maktab perguruan
dinaik taraf ke Institut Pendidikan
Guru Malaysia telah diluluskan oleh
Dewan Rakyat 25 Ogos 2008
Dewan Negara telah meluluskan pindaan
Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada
4 Disember 2008
2008
Bermulanya Program Pensiswazahan Guru
yang dijalankan di IPG seperti Program
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
(PGSR). Selain itu, IPG juga mula
menjalankan latihan praperkhidmatan yang
boleh memberi pengiktirafan ijazah
Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah
melalui Kursus Perguruan Lepasan
SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL
2006
Jemaah Menteri meluluskan 27
Maktab Perguruan dinaik
taraf kepada Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana
Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13
Julai 2005
2005 27 maktab
perguruan dan 1 English Language Teaching
Centre telah ditubuhkan
2004
FALSAFAHMATLAMAT DAN
KURIKULUM PENDIDIKAN GURU SEBELUM MERDEKA
Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 1935
• Dibuka pada 31 Januari 1935 oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat.
• Dikenali sebagai The Malay Women's Training College(MWTC) di Durian Daun, Melaka.
• beroperasi di blok-blok bangunan lama Hospital Melaka yang diubahsuai oleh kerajaan kolonial British
• Ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru wanita Melayu khususnya bagi pendidikan di sekolah rendah perempuan, aliran Melayu.
• Seramai 24 orang pelatih yang datang dari seluruh Tanah Melayu telah diterima untuk memulakan sesi pertama pengajian pada 1 Februari 1935.
• Lulusan Darjah lima Sekolah Melayu yang berjaya melepasi proses temuduga yang dijalankan oleh Bahagian Pelajaran.
• Pengambilan pelatih ini dibuat secara menyeluruh iaitu 14 orang dari Negeri-Negeri Selat dan 10 orang dari Negeri-Negeri Melayu.
• Menjalani latihan selama dua tahun di bawah seliaan pengetua pertama MWTC, Cik Pardom, iaitu bekas Penyelia Wanita Sekolah-Sekolah Melayu, Negeri-Negeri Selat dan pembantunya Cik M. Lomas.
Kurikulum
Selaras dengan tujuan penubuhan dan kedudukannya sebagai Maktab khas untuk
melatih golongan wanita menjadi guru di Tanah Melayu, kurikulum MWTC berkecenderungan ke arah memberi latihan urusan rumahtangga dan
keperluan hidup sehari-hari sebagai seorang suri rumahtangga. Merupakan ulangkaji semula
sukatan pelajaran untuk sekolah perempuan dari darjah satu hingga darjah lima.
• Kira-kira, • Membaca dan menulis Rumi dan Jawi• Karangan, Sejarah• Ilmu Alam Kejadian• Sains Rumahtangga• Kebersihan• Prinsip-Prinsip Pengajaran• Pengetahuan Agama• Nyanyian• Senaman dan Permainan• Lukisan• Jahitan dan Kerja tangan.• Mengayam dengan daun mengkuang, bertenun, mengait dan mengelim
Pada akhir penggal, para pelatih juga di ajar cara mendidik bayi dengan melakukan latihan amali di klinik yang berdekatan dengan maktab
Pelatih-pelatih tahun tiga 1951-1952 bergambar bersama
Pengetua, Miss N.B.Macdonald
Bergambar kenangan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada tahun 1950. Barisan
hadapan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa dan Guru-guru manakala berdiri di belakang ialah pelatih-pelatih tahun II dan III
Pemandangan pelatih tahun II tahun 1950 yang sedang belajar di dalam bilik Lukisan.
Kolej Kirkby Liverpool, England
Hanya beroperasi selama 11 tahun, iaitu antara 1951 hingga 1962 di Liverpool dan berjaya melahirkan sehingga 1,500
pendidik.
Sebaik tiba, mereka terkejut kerana ‘Kirkby College’ bukannya kolej dengan bangunan tinggi dan berprestij seperti institusi
pendidikan lain di England, tetapi binaan kayu setingkat, iaitu bekas kemudahan tentera British yang digunakan sepanjang
Perang Dunia Kedua.
• Melahirkan guru-guru terlatih untuk mengajar di sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris sekembalinya mereka ke Tanah Melayu.
• Ditubuhkan hasil daripada Laporan Barnes yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun diwajibkan bersekolah dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
• Hal ini menyebabkan kemudahan latihan perguruan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan guru-guru terlatih.
• Pada masa yang sama, perancangan telah dibuat untuk menubuhkan tiga buah Pusat Latihan Guru di Kota Bharu (1954), Brinsford Lodge, United Kingdom (1955), dan Pulau Pinang (1955).
• Merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik di mana sebuah negara asing dibenarkan menubuhkan maktab latihan guru di England pada 1951.
• Mengikut kontrak perjanjian antara Tanah Melayu dan England, Maktab Kirby beroperasi selama 10 tahun, dari 1952 hingga 1962.
• Kontrak itu juga telah menetapkan jumlah pengambilan guru pelatih sebanyak 150 orang setahun dan sepanjang tempoh itu, ia berjaya melahirkan 1,500 pelatih dengan 405 daripada mereka mendapat bantuan pakar dari Universiti Liverpool.
Kurikulum
• Bahasa Inggeris sebagai tunjang utama• Muzik dan seni• Latihan praktikal di sekitar kawasan Liverpool
Tokoh Maktab Kirkby
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun (Kumpulan 1952-1954) yang juga Penaung Diraja, Persatuan
Alumni Maktab Kirkby Malaysia (PAMKM).
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenalan dengan Tuanku Bainun di England pada 1952 ketika menyambut kumpulan kedua 150 pelajar dari Tanah Melayu yang akan meneruskan latihan di Maktab Kirkby. Kedua-dua baginda aktif dalam sukan hoki.
Pengasas Sri Murugan Centre, iaitu NGO yang memberi tuisyen percuma kepada lebih 13,000 pelajar keturunan
India yang miskin, Datuk Dr M Thambirajah.
Maktab Perguruan Melayu Matang (1913)
• Dibuka pada 11 Oktober 1913. • Terletak kira-kira 6 batu dari Bandar Taiping iaitu
disebuah bangunan bekas Istana Long Jaafar. • Kemudiannya pada 26 Oktober 1922 Maktab
Perguruan Matang telah ditutup atas cadangan R.O. Winstedt supaya kerajaan menubuhkan hanya sebuah maktab perguruan bagi Tanah Melayu.
• Pembinaan Maktab Perguruan Matang ini adalah atas daya usaha Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Murshidul A’zam Shah.
Mata Pelajaran
• Bahasa Melayu• Perkebunan• Pelajaran Al-Quran• Lukisan• Tulisan • Latihan kawad
• Maktab Perguruan Melayu Matang juga menjalankan latihan `memerhati’ bagi guru-guru pelatih.
• Penutupan Maktab Perguruan Matang telah digantikan dengan sebuah Maktab Perguruan yang baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris, di Tanjung Malim, Perak.
MAKTAB MELAYU MELAKA (1900)
• Penubuhan Maktab Melayu Melaka adalah untuk mengatasi kelemahan yang wujud dalam pengajaran yang berlaku di sekolah-sekolah vernakular Melayu di NNS dan NNM.
• Melaka telah dipilih atas kesesuaiannya bagi kehidupan guru-guru pelatih Melayu.
• Maktab Melayu Melaka telah dibuka pada 1 Mac 1900 dengan jumlah pelatih sebanyak 24 orang.
• Maktab Melayu Melaka memerlukan penuntutnya mengikuti kursus selama dua tahun.
• Kemudiannya, Maktab Melayu Melaka ditutup dan penuntutnya dimasukkan ke Maktab Perguruan Sultan Idris.
MATA PELAJARANMata pelajaran yang diajarkan kepada guru-guru pelatih meliputi:
Bahasa Melayu Senaman Ilmu Kira-kira Ilmu Alam Tulisan Anyaman
Bidang kesusasteraan sentiasa ditekankan dalam kurikulum perguruan di MMM.
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) 1922
• Penubuhan diilhamkan oleh R. O. Winstedt yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
• Dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
• Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda.
• Kumpulan penuntut yang pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan tenaga pengajar seramai 14 orang.
MATA PELAJARAN YANG DIAJAR
• Bahasa dan Kesusasteraan Melayu• Perdagangan dan Ilmu Alam• Tawarikh dan Hikayat• Ilmu Kira-kira• Kesihatan• Sains Pertanian dan Perkebunan• Kelas Lukisan• Muzik• Anyaman dan Kerja Tangan• Serta kaedah mengajar secara teori dan praktikal.
• Sehingga tahun 1957, SITC telah menerima penuntut-penuntut dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, Brunei, British Borneo dan Singapura.
• Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang khusus untuk melatih guru-guru sekolah rendah.
Ibrahim Haji Yaakob 1928–1931
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
Tun Ghaffar Baba 1946 – 1949
Penuntut Maktab Perguruan Matang (kiri) dan Penuntut Maktab Perguruan Melaka (kanan.