Sejarah Folio (MPSJ)
-
Upload
shalom-lee -
Category
Documents
-
view
3.916 -
download
6
Transcript of Sejarah Folio (MPSJ)
ELEMEN 1—MENGUMPUL FAKTA SEJARAH
Akhbar
Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8
Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3
Buletin
Sekitaran MPSJ, keluaran bulan Januari-Jun 2010
Internet
http://ocps.mpsj.gov.my
http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya
Brosur
Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Risalah
Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Bukti 1: Akhbar
Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8
Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3
Bukti 2: Buletin
Nama Buletin : Sekitaran MPSJ
Tarikh : Bulan Januari-Jun 2010
Halaman : Muka surat 1-35
Penerbit : Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya
Bukti 3: Internet
http://ocps.mpsj.gov.my
http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya
Bukti 4: Brosur
Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Bukti 5: Risalah
Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
KERJA KURSUS SEJARAH
PMR 2011
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
SENARAI KANDUNGAN
Bil
.
Tajuk Muka Surat
1 Penghargaan 1
2 Objektif Kajian 2
3 Kaedah Kajian 3
4 Hasil Kajian
- Institusi Pentadbiran Tempatan—Pihak Berkuasa Tempatan
- Latar Belakang Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Peranan Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Perkembangan Majlis Perbandaran Subang Jaya
4
5 Rumusan 47
6 Lampiran 48
7 Rujukan 73
1.0 PENGHARGAAN
Penghargaan dan terhutang budi sesungguhnya tidak dapat dilahirkan dengan sempurna
dalam beberapa baris ucapan. Namun begitu, setinggi-tinggi penghargaan perlulah ditunjukkan
kepada pihak-pihak yang telah memberi bantuan kepada saya untuk menjayakan folio sejarah ini.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat
dan keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR
tahun 2011 dengan jayanya.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya dan
ahli keluarga saya yang lain. Mereka telah telah banyak berkorban masa dan wang mereka demi
membantu saya dalam kerja kursus ini. Mereka juga membantu saya menyiapkan folio sejarah
ini dengan memberikan maklumat dan dorongan kepada saya.
Terima kasih juga kepada guru Sejarah saya, Puan Chandra dan juga Puan Pengetua
SMK Subang Utama, Puan Rahanim Bt Abdul Rahim yang telah memberikan tunjuk ajar,
sokongan serta sedikit tip kepada saya untuk membuat folio sejarah ini. Bantuan yang dihulurkan
oleh beliau telah banyak membantu saya menyiapkan folio sejarah ini pada masa yang
ditetapkan.
Tidak dilupai juga semua pegawai dan staf sokongan Majlis Perbandaran Subang
Jaya yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan menyediakan informasi
yang lengkap tentang Majlis Perbandaran Subang Jaya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian bagi kerja kursus sejarah ini adalah untuk melatih softskill pelajar.
Melalui kajian ini saya akan dilatih bagaimana untuk mengumpul dan maklumat merekod
maklumat. Proses tersebut memerlukan pelajar menggunakan kemahiran mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah. Dalam jangka waktu menyiapkan kerja kursus ini pelajar akan
menghadapi pelbagai masalah, pelajar memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan
masalah tersebut, ini dapat meningkatkan kekuatan mental pelajar.
Melalui kajian ini, saya diberikan pendedahan bagaimana peranan MPSJ/MBSA dalam
mempertingkatkan semangat nasionalisme dan memperkukuh integrasi nasional bagi
menjayakan harapan kerajaan bagi membentuk satu bangsa Malaysia tanpa membezakan warna
kulit. Saya diamanahkan untuk mencari nilai patriotisme yang diketengahkan oleh MPSJ dan
peranan yang dimainkan oleh MPSJ bagi menjayakannya. kesemua nilai patriotisme dan peranan
MPSJ akan direkodkan didalam kajian ini.
Kajian ini dapat menanamkan semangat patriotik dan memupuk nilai-nilai murni di
dalam diri saya. Ianya membuatkan saya berbangga sebagai rakyat Malaysia, cinta akan bangsa
dan negara, bersefahaman dan bermuafakat, mematuhi peraturan dan undang-undang serta tabah
menghadapi cabaran.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Semasa menjalanka kerja kursus ini, saya telah mengumpul dan mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan kerja kursus saya dengan menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedah
yang saya guna itu ialah:
i) Lawatan dan Pemerhatian
Saya telah melawat ke Majlis Perbandaran Subang Jaya yang terletak di Persiaran
Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan pada 5 Mei 2011 untuk
mendapatkan maklumat kerja kursus.
ii) Analisis Dokumen
Saya menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapakan maklumat tambahan.
Antara dokumen yang dianalisis termasuk keratan akhbar, gambar-gambar berkaitan
dengan perkembangan dan juga aktiviti kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya.
iii) Melayari Internet
Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja
kursus serta untuk mendapatkan contoh-contoh kerja kursus.
. iv) Penyelidikan Perpustakaan
Saya telah menjalankan kaedah ini dengan mencari mencari majalah-majalah serta buku
ilmiah yang terdapat di pusat sumber sekolah saya yang berkaitan dengan tajuk kerja
kursus saya.
4.0 HASIL KAJIAN
4.1 Institusi Pentadbiran Tempatan—Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
4.1.1 Nama Rasmi/ Nama Ringkas/ Nama Lain
Nama rasmi majlis perbandaran yang saya pilih ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya. Nama
ringkasnya ialah MPSJ. M mewakili Majlis, P mewakili Perbandaran, S mewakili Subang dan J
mewakili Jaya.
4.1.2 Lokasi
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terletak di antara Jalan USJ5/4 di utara, Jalan USJ5/1 di
barat, Persiaran Perpaduan di selatan, dan Persiaran Bakti di timur. Pintu utama (Pintu A) Majlis
Perbandaran Subang Jaya terletak di hadapan Persiaran Bakti, manakala pintu tepi (Pintu B) dan
pintu untuk masuk stadium MPSJ (Pintu C) terletak di hapadan Persiaran Perpaduan. Di bawah
ialah peta MPSJ yang paling terkini.
Peta 4.1
4.1.3 Matlamat/ Objektif/ Misi/ Visi Penubuhan
Matlamat/ Objektif:
Majlis Perbandaran Subang Jaya bertanggungjawab ke atas perancangan kawasan dan
pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan serta bertanggungjawab dalam
membuat dasar berkenaan dengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam
kawasannya.
Antara objektif MPSJ termasuk merancang dan melaksanakan program-program
pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan Kerajaan
Persekutuan. Selain itu, MPSJ harus memastikan semua bangunan yang dibina mengikut
keperluan Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.
MPSJ juga perlu memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan
serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan
awam. Sistem percukaian dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang
berkesan serta ‘reliable’ juga perlu diwujudkan oleh MPSJ.
Seterusnya, objektif MPSJ adalah untuk memastikan perkhidmatan perbandaran pada
tahap yang memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan serta memastikan
kawasan persekitaran MPSJ mempunyai landskap yang cantik di samping penjagaan taman
rekreasi dan padang permainan yang diselenggarakan dengan baik.
Visi, Misi dan Moto Penubuhan:
Misi Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah “Menguruskan perkhidmatan perbandaran
bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan Majlis sebuah perbandaran sejahtera, bestari dan
dinamik menjelang 2020” manakala visi Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah “Menjadi PBT
terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan Perbandaran Bestari, Kota Niaga dan Kediaman
Idaman”. Moto Majlis Perbandaran Subang Jaya pula ialah “Ke Arah Tadbir Urus Yang
Gemilang”
Bendera:
Pengibaran bendera MPSJ bertujuan meningkatkan taat setia warga MPSJ kepada organisasi dan
seterunya bersedia untuk lebih komited dalam tugas masing-masing.
Bentuk “V” melambangkan kejayaan yang dicapai melalui perkhidmatan berkualiti yang menjadi
teras budaya kerja. Pada bahagian di sebelah atas terdapat huruf SJ iaitu singkatan perkataan
Subang Jaya
Logo MPSJ di tengah bendera melambangkan asas yang dinamik, moden dan menonjolkan imej
korporat. Warna putih melambangkan keikhklasan semua warga MPSJ berkhidmat dengan
penuh disiplin, kemesraan dan kekuatan menempuh cabaran. Warna biru pula melambangkan
kesungguhan MPSJ melaksanakan tanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang
mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan kegunaan tanah dan bangunan dalam
kawasannya.
Logo:
Reka bentuk logo ini diserasikan untuk memberi tumpuan khusus terhadap identitinya yang
nyata iaitu berkesan, mudah dan terkini. Perletakan elemen reka bentuk dan warna logo asal
tidak diubah untuk mengekalkan persamaan dan kebiasaan pada logo asal. Simbol pada logo
mencerminkan nadi majlis, melambangkan daya usaha, dedikasi, komitmen, amanah dan
perpaduan warga MPSJ manakala simbol memberi maksud melompat kea bad 21 dengan
tekad yang membara. Secara keseluruhan, reka bentuk logo ini melambangkan MPSJ sebagai
Pihak Berkuasa Tempatan yang progresif dan komited.
4.1.4 Carta Organisasi dan Senarai Pentadbir
Carta Organisasi:
Jawatan Yang Dipertua masih kosong, tetapi Pembantu Tadbir (PA) atau Timbalan Yang
Dipertua ialah Nor Afifa binti Hussein. Setiausaha Perbandaran Merangkap Timbalan Yang
Dipertua ialah Tuan Abdullah bin Marjunid, dengan pembantu beliau, Jastina binti Abu Saman.
Antara jabatan yang tertinggi ialah Jabatan Undang-Undang, Jabatan Audit Dalam, dan Jabatan
Kontrak Dan Ukur Bahan. Pengarah Jabatan Undang-Undang ialah Puan Hajah Anita binti
Abdul Jalil. Penolong Pengarah Kanan Jabatan Audit Dalam ialah Puan Noraziah binti Ali,
manakala Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan ialah Encik Nazarudin bin
Mashtuki.
Senarai Pentadbir :
Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi, Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir, Encik
Loka Ng Sai Kai dan Encik Tan Jo Hann merupakan 4 daripada 25 ahli majlis yang berkhidmat
di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Mereka adalah Ahli Majlis bagi tempoh 7 Julai 2010 hingga
31 Disember 2011.
Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi merupakan Yang Dipertua yang kelima sejak
penubuhan MPSJ pada tahun 1997. Y.Bhg.Dato Asmawi Bin Kasbi telah berkhidmat dengan
kerajaan selama 30 tahun. Beliau berkhidmat 15 tahun dengan Kerajaan Persekutuan dan baki 15
tahun dengan kerajaan negeri Selangor. Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam
bidang Pengurusan Sumber Tanah pernah memegang beberapa jawatan penting dalam tempoh
perkhidmatannya. Antaranya adalah Penolong Pengarah Tanah dan Galian Selangor (1979),
Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2002), dan Pegawai
Daerah Tanah Kuala Langat (2005) sehingga Mei 2011 sebelum dinaikkan pangkat.
Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir dilantik sebagai ahli majlis MPSJ (Majlis
Perbandaran Subang Jaya) sejak bulan Jun 2008. Beliau dipertanggungjawabkan sebagai
Pengerusi JKP (Jawatankuasa Penduduk) untuk Zon 4 meliputi kawasan USJ 1.
Encik Loka Ng Sai Kai telah mempelajari sejarah dan sains politik di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam
beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan penasihat kepada sesuatu
organisasi yang digelar “Bangkok-based World Fellowship of Buddhist Youth and Young
Malaysian Movement”.
Encik Tan Jo Hann merupakan seorang ahli majlis MPSJ yang dipertanggungjawabkan
sebagai Pengerusi JPK di Zon 16, iaitu meliputi kawasan Taman Wawasa, Persiaran Wawasan di
Pusat Bandar Puchong. Beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Beliau selalu
berusaha untuk menangani masalah berkaitan dengan orang miskin, masalah perumahan dan
tanah.
Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir
Encik Loka Ng Sai Kai Encik Tan Jo Hann
4.2 Latar Belakang Majlis Perbandaran Subang Jaya
4.2.1 Sejarah Penubuhan (Asal Usul/Tarikh/ Pengasas)
Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976
(Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No: 26 bertarikh pada 2
Januari 1997 berikutan eksesais kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.
Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis
Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran
Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran
bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.
Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah
diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi
dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon
Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan,
Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan pentadbiran Majlis
Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling.
Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar
Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.
4.2.2 Undang-Undang Tubuh/ Undang-Undang Kecil/ Garis Panduan Penubuhan MPSJ
Undang-Undang Tubuh:
Undang-undang MPSJ telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian
Pendakwaan, Bahagian Khidmat Nasihat, Perundangan dan Litigasi Sibil, dan juga Bahagian
Pentadbiran.
Undang-Undang Kecil:
Majlis Perbandaran Subang Jaya mempunyai Undang-Undang Kecil yang penting seperti
Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya)
Kerajaan Tempatan (2005); Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005); Undang-Undang Kecil
Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Penjaja
(MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Iklan
Pilihanraya (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPSJ) 2007; Undang-Undang
Kecil Pasar (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPSJ) 2007; Undang-
Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007; Undang-Undang Kecil
Vendalisme (MPSJ) 2005; Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan
Sampah Sarap (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan
Anjing (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Taman (MPSJ) 2005; Undang-Undang Kecil
Kolam Renang ( MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta
Persendirian (MPSJ) 2005; Undang-Undang Kecil Pusat Sukan (MPSJ) 2007; Undang-Undang
Kecil Krematorium(MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPSJ) 2005; Undang-
Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Kawasan
Ketetapan (Tred, Perniagaan atau Pekerjaan Yang Tidak Boleh Ditubuh atau Dijalankan)
(MPSJ) 2003; Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MPSJ) 2005; Perintah Tetap
Mesyuarat (MPSJ) 2007; Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta)
(MPSJ) 2007; Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber 2007; dan Undang-Undang
Kecil Hotel 2007.
Akta:
Antara akta yang dikuatkuasakan oleh MPSJ ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171) ( Pindaan P.U.B 384/1994); Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) ( Pindaan
Akta A1129/2001); Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) ( Pindaan Akta A903/1994);
Akta Pengangkutan Jalan 1987( Akta 333); Akta Makanan 1983 (Akta 281) ( Pindaan Akta
A1117/2001); Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) (Pindaan P.U.A
280/2002); dan Emergency (Essential Powers) Ordinance No 22/1970[PU(A) 73/1970.
Enakmen:
Antara enakmen MPSJ termasuk Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan
(Selangor) 1995; Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) (Pindaan) 1998;
Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) (Pindaan) 2001; Peraturan-Peraturan
Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan
Penyeliaan) (Selangor) 1998; Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 1993; dan Peraturan-
Peraturan Kawalan Tembakau (Pindaan 1997).
Garis Panduan:
Terdapat 18 garis panduan yang ditetapkan untuk 6 jabatan. Jabatan pertama ialah
Jabatan Perlesenan. Antara garis panduan jabatan ini termasuk Garis Panduan Meletakkan Kerusi
Meja Diluar Premis; Garis Panduan Bazar Ramadhan; Garis Panduan Lesen Pasar Malam &
Pasar Pagi; Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran; Garis Panduan Pasar Basah; Garis
Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja; Garis Panduan Permit Sementara Penjaja; Garis
Panduan Pusat Hiburan Keluarga; Syarat-Syarat Lesen Hiburan (Am); Syarat-Syarat Lesen
Hiburan (Karaoke); Syarat-Syarat Lesen Hiburan (Snooker); dan Garis Panduan Pusat Siber dan
Kafe Siber.
Jabatan kedua ialah Jabatan Undang-Undang. Jabatan ini mempunyai satu garis panduan
iaitu Garis Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel di Agensi-Agensi Kerajaan.
Jabatan ketiga ialah Bahagian Khidmat Masyarakat. Jabatan ini mempunyai satu garis
panduan sahaja, iaitu Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ.
Jabatan keempat ialah Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan. Garis panduan jabatan ini ialah
Garis Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'.
Jabatan kelima ialah Jabatan Perkhidmatan Bandar. Garis panduan jabatan ini termasuk
Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah; dan Garis Panduan Pengurusan
Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi.
Jabatan keenam ialah Jabatan Bangunan. Garis panduan untuk jabatan ini ialah Garis
Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan Yang
Dijadikan Asrama Pelajar.
4.2.3 Perincian Peranan/ Tanggungjawab Bidang Tugas Pentadbir MPSJ
Pentadbir MPSJ memikul beberapa tanggungjawab dan memainkan beberapa peranan
yang penting. Pentadbir MPSJ perlu mengeluarkan Notis dan Notis Peringatan, menerima dan
menjawab surat-surat Jabatan, memasukkan data-data ke dalam sistem komputer, BKPI dan star
rating, mengemaskini, menyelaras rekod-rekod Jabatan, kes-kes saman dan bicara, menguruskan
Aset / Logistik Jabatan, menguruskan sistem pemfailan dan rekod Jabatan, menguruskan kursus /
bengkel untuk kakitangan Jabatan, mengemaskini Laman Web Jabatan serta menyelaras
pemantauan bagi Operasi Penurunan Bunting Dan Iklan-Iklan Haram di sekitar kawasan angkat
Jabatan.
Terdapat 21 jabatan/bahagian dalam MPSJ. Antaranya termasuk Bahagian Audit Dalam,
Jabatan Hasil, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Khidmat
Pengurusan, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, Bahagian Perkhidmatan Bandar, Sekretariat
OSC, Bahagian Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta,
Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Perancangan Korporat, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan
Teknologi Maklumat, Jabatan Undang-Undang, Sekretariat Pesuruhjaya Bangunan, Bahagian
Lanskap dan Bahagian Belia, Sukan Dan Kebudayaan.
Jabatan pertama, iaitu Bahagian Audit Dalam memainkan peranan dalam menentukan sama
ada operasi-operasi kewangan diuruskan dengan teratur dan memastikan bahawa dasar-dasar,
undang-undang dan peraturan-peraturan yang diwajibkan adalah diikuti. Selain itu, Bahagian
Audit Dalam bertanggungjawab mengulangkaji dan menilaikan secara teratur dan sistematik
operasi-operasi agensi dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, kekesanan dan
ekonomi. Jabatan ini juga perlu mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi-
operasi agensi berkenaan dalam bidang-bidang yang memerlukannya atau dalam keadaan di
mana tindakan pembetulan adalah diperlukan.akhirnya, jabatan ini perlu memberi kepada Yang
Dipertua laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya (timely) mengenai
operasi-operasi agensi tersebut supaya beliau dapat meninjau akan kedudukan Majlis, bagaimana
rancangan dijalankan, matlamat dicapai, wang awam telah digunakan dengan sepatutnya dan
sumber diperuntukkan dengan cekap.
Antara Piagam Pelanggan Bahagian Audit Dalam termasuk mengemukakan Laporan Audit
kepada Yang Dipertua MPSJ dalam tempoh 1 minggu selepas auditan muktamad dijalankan;
membentangkan Laporan Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kewangan dan Akaun 4 kali setahun; mengemukakan Laporan Suku Tahun
Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat kepada pihak Seksyen Berkuasa Tempatan
(SPBT), Pejabat SUK Selangor; 4 kali setahun; dan menjawab surat-surat balasan
penerimaan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Jabatan kedua, Jabatan Hasil mempunyai tanggungjawab menyelenggara dan
menyediakan laporan hasil dan terimaan kutipan majlis secara keseluruhan mengikut garis
panduan dan peraturan ditetapkan untuk tujuan penilaian serta pemerhatian pihak pengurusan
majlis dan pihak kewangan negeri termasuk pihak audit. Selain itu, Jabatan Hasil perlu
melaksanakan semua aspek peraturan dan kewangan mengikut Arahan Perbendaharaan dan
Piagam Pelanggan ke atas semua proses kerja kutipan dan terimaan hasil majlis. Jabatan ini juga
memikul tanggungjawab mentadbir dan memantau semua urusan pembayaran dan jenis kutipan
hasil pejabat cawangan majlis seperti di Puchong dan Serdang Jaya. Bukan itu sahaja, jabatan ini
menyediakan perkhidmatan pembayaran lebih pelbagai serta maklumat umum berkaitan cukai
taksiran melalui internet perbankan dan agensi-agensi luar terutama Pejabat Pos Malaysia,
Bank Tempatan dilantik, Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dan Pejabat Tanah Dan Galian
( PTDG ) Selangor untuk bil cukai taksiran terkini MPSJ. Jabatan Hasil perlu menguatkuasa
tugasan berkaitan kutipan cukai taksiran ke atas semua pegangan harta dalam kawasan
perbandaran termasuk tindakan memungut tunggakan cukai (Borang E), waran dan sitaan
disamping memupuk sikap bertanggungjawab dikalangan komuniti di dalam kawasan
perbandaran. Malah, tugas mengendalikan urusan pembayaran dan pungutan hasil cukai tanah
dan pintu / taksiran secara integrasi dikalangan semua Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dan
Pejabat Tanah Dan Galian (PTDG) Negeri Selangor sebagai langkah merealisasikan saranan
Pihak Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan pembayaran cukai yang lebih mudah dan
meluas kepada penduduk Negeri Selangor juga dipikul oleh Jabatan Hasil. Jabatan ini juga
menjalankan usaha-usaha inovasi dan peningkatan kualiti perkhidmatan penyampaian terbaik
kepada pelanggan serta organisasi terutamanya kaedah saluran pembayaran cukai taksiran yang
lebih pelbagai serta bersesuaian dengan kehendak pelanggan seperti pengenalan Kios Mesin
Pembayaran Elektronik Bil Cukai Taksiran. Akhirnya, jabatan ini memperkasakan usaha-usaha
menjana dan mempertingkatkan sumber hasil bukan cukai majlis sebagai satu aspek
penyumbang terimaan hasil selain hasil cukai sedia ada disamping mewujudkan suatu sistem
pemantauan dan pelaporan yang lebih seragam, berinformasi, cekap dan berkesan.
Antara Piagam Pelanggan Jabatan Hasil termasuk menguruskan permohonan pembayaran
tunggakan cukai pintu secara rundingan dan ansuran mengikut syarat ditetapkan, menerima dan
membantu menyelesaikan aduan berkaitan cukai pintu di kaunter konsultasi, memberi
maklumbalas surat-surat diterima.
Jabatan yang ketiga ialah Jabatan Bangunan. Jabatan Bangunan dibahagikan kepada 4
bahagian. Bahagian pertama, iaitu Bahagian Kelulusan Pelan Dan Kawalan Bangunan
menguruskan dan memproses permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan Pindaan Kepada
Pelan Bangunan Bagi Bangunan Baru Dan Tambahan / Ubahsuaian Bangunan Bukan
Kediaman; Kelulusan Sijil Layak Menduduki/Sijil Siap Dan Pematuhan 'CCC'; mengurus
Permohonan Kelulusan Sijil Pengesahan Menduduki; Kelulusan Permit Billboard, Perniagaan
Dan Skim Komuniti Berpagar; dan mengurus Permohonan Kelulusan Lanjutan Tempoh Pelan
Bangunan dan Pembaharuan Permit. Bahagian kedua ialah Bahagian Penguatkuasaan & Aduan
yang bertanggungjawab menjalankan rondaan dan siasatan bagi kesalahan kacauganggu,
salahguna bangunan dan pembinaan tanpa kelulusan; menyelaras / melakukan siasatan awal
terhadap aduan-aduan yang diterima berkaintan sebaran pembinaan bangunan; serta menyelaras
perlaksanaan kerja-kerja perobohan. Bahagian ketiga ialah Bahagian Pembangunan Bermasalah
Dan CCC. Bahagian ini menjalankan pemantauan dan penyelesaian projek-projek bermasalah;
dan memantau kepatuhan konsultan dan mengemaskini data sistem CCC. Bahagian keempat
ialah Bahagian Pentadbiran Dan Kaunter Bersepadu. Bahagian ini mengurus permohonan
kelulusan pelan bangunan dan permit 1hari; mengurus permohonan pelan setara; memberi
perkhidmatan konsultansi kepada pelangan; dan mengurus sumber manusia, bajet dan aset
jabatan.
Piagam Pelanggan jabatan ini adalah memproses pemohonan kelulusan pelan bangunan dan
pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan / ubahsuaian bangunan bukan
kediaman dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan pelan bangunan dan
permit sementara kelulusan 1 hari dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan
kelulusan sijil pengesahan menduduki bagi tambahan / ubahsuaian rumah kediaman dan borang
F rumah sesebuah dengan syarat permohonan lengkap; memproses permohonan permit
sementara iklan billboard / unipole / peniagaan / skim komuniti berpagar dengan
syarat permohonan lengkap; memproses permohonan lanjutan tempoh kelulusan dan
pembaharuan permit dengan syarat permohonan lengkap; menjalankan prosedur pelaksanaan
tindakan peruntuhan penguatkuasaan bangunan; memproses permohonan pelan setara untuk
kerja-kerja kecil rumah kediaman teres dengan syarat permohonan lengkap; memproses dan
mengeluarkan surat tuntutan wang cagaran kepada jabatan perbendaharaan, MPSJ dengan syarat
permohonan lengkap; memproses pengeluaran permit harian dengan syarat permohonan lengkap;
dan mengambil tindakan aduan syarat aduan diterima lengkap.
Jabatan keempat ialah Jabatan Kejuruteraan. Jabatan ini memainkan peranan penting
dalam pengurusan kawalan pembangunan infrastruktur daripada proses pengemukaan pelan
sehinggalah pengesahan siap kerja di tapak; pengurusan projek-projek menaiktaraf dan
penyelenggaraan jalan, perparitan, sistem kestabilan cerun, lampu jalan dan lampu isyarat
daripada proses pengukuran di tapak sehinggalah pengesahan siap kerja; pengurusan projek
kemudahan awam dan harta-harta Majlis seperti projek Kompleks 3C, Kompleks Kemudahan
Kemasyarakatan (3K), kompleks sukan, perpustakaan, pasar, dewan serbaguna, balai
masyarakat, kiosk, gerai dan medan selera; penyelenggaraan perabot-perabot jalan seperti papan
tanda, garisan jalan dan bonggol jalan; pembangunan projek-projek khas bagi persimpangan
bertingkat dan menaiktaraf jalanraya di dalam kawasan Majlis; memantau pembangunan dan
penyelenggaraan utiliti dan infrastruktur; menjalankan pemantauan, pengawasan dan
penguatkuasaan ke atas pembangunan dan aktiviti pemaju; pemantauan dan perancangan untuk
menangani masalah banjir dan sistem kestabilan cerun; dan pengurusan proses pengeluaran
permit korek jalan dan kerja-kerja pemantauan.
Jabatan ini memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa berusaha untuk membantu
dengan layanan yang mesra, cekap dan tepat dalam menjalankan tugasan mengikut piawaian
seperti berikut, iaitu aduan kerosakan kecil jalanraya diambil tindakan dalam tempoh 1 hari
bekerja; aduan kerosakan lampu isyarat diambil tindakan 1 hari bekerja; aduan kerosakan lampu
jalan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari bekerja; aduan kerosakan longkang diambil tindakan
dalam masa 1 hari bekerja; aduan tebing runtuh (keruntuhan kecil) diambil tindakan dalam
tempoh masa 1 hari bekerja; permohonan permit mengorek jalan diluluskan dalam tempoh
masa 2 hari bekerja; permohonan bonggol diproses/diputuskan dalam tempoh masa 14 hari
bekerja; permohonan kelulusan pelan-pelan jalan dan perparitan dan lampu jalan diluluskan
dalam tempoh masa 14 hari bekerja; dan permohonan kelulusan pelan-pelan kerja tanah
diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Jabatan kelima ialah Jabatan Kesihatan. Jabatan ini berfungsi menjalankan sistem
penggredan premis makanan bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat bagi semua
perniagaan yang berkaitan dengan makanan; meningkatkan tahap kualiti aktiviti pencegahan dan
pengawalan penyakit berjangkit dan kebahayaan yang berkaitan dengan vektor pembawa
penyakit dan vektor kacau ganggu; menjalankan pemeriksaan dan ulasan kesihatan bagi premis
sensitive seperti taska/tadika/pusat jagaan, salun, spa, rumah urut, hotel dan lain-lain premis; dan
merancang dan melaksanakan aktiviti kesihatan persekitaran seperti program anti-tembakau,
penguatkuasaan kebersihan tandas, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemantauan kualiti air
minum dan rekreasi.
Jabatan ini komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berjanji
melaksanakan tugas-tugas piawaian seperti menangani semua jenis aduan dalam tempoh 10 hari
bekerja; melulus dan mengeluarkan lesen anjing (bagi permohonan yang mematuhi syarat) serta-
merta; dan menjawab Surat-Menyurat dalam 3 hari.
Jabatan keenam ialah Jabatan Khidmat Pengurusan. Jabatan ini merangkumi
empat bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran Am, Sumber Manusia, Urusetia dan Latihan dan
Peperiksaan. Jabatan Khidmat Pengurusan berfungsi menguruskan perolehan secara efektif bagi
mencapai dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dengan mengenalpasti keperluan bekalan
pejabat dan membuat perancangan pembelian dari segi kos dan kuantiti; menyediakan Borang
Pesanan/Obligasi dan mendapatkan tandatangan sokongan dari ketua jabatan; menguruskan
permohonan penggunaan logistik iaitu dengan mengenalpasti lokasi, tujuan, tarikh, dan jenis
peralatan yang diperlukan; menguruskan permohonan penggunaan kenderaan rasmi majlis yang
digunakan secara gunasama oleh jabatan-jabatan iaitu dengan memastikan penggunaan mengikut
tarikh, tujuan, lokasi dan jenis kenderaan beserta pemandu; menguruskan mesyuarat
jawatankuasa dan mesyuarat majlis iaitu dengan memastikan bilik mesyuarat dan semua
peralatan untuk digunakan semasa mesyuarat lengkap dan sedia untuk digunakan; menguruskan
permohonan perjawatan kakitangan baru, pengesahan jawatan kakitangan tetap dan penyediaan
dokumen persaraan kakitangan yang akan bersara; menguruskan kebajikan kakitangan seperti
permohonan kuarters, perubatan, insuran berkelompok dan pinjaman pendidikan dan perumahan
kakitangan; dan menguruskan kursus, latihan dan seminar kepada kakitangan bagi melengkapkan
diri agar menjadi pekerja yang cemerlang. Setiap kakitangan dikehendaki menjalani kursus,
latihan dan seminar sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
Antara Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk memproses borang pesanan pembelian
tempatan (LO) dalam 14 hari; meluluskan permohonan penggunaan logistic dalam 7 hari;
menguruskan pengesahan jawatan kakitangan bertaraf tetap setelah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan dalam 1 bulan; menguruskan dokumen persaraan ke Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) sebelum mencapai umur persaraan dalam 3 bulan; menyediakan keperluan
kursus/latihan sebelum tarikh pelaksanaan dalam 7 hari; dan mengedarkan minit-minit mesyuarat
selepas mesyuarat diadakan dalam 7 hari.
Jabatan ketujuh ialah Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan. Jabatan ini berfungsi mengurus
dan melaksanakan sistem 'online' iaitu pendaftaran kontraktor dan penjualan dokumen;
menyelaras penyediaan dokumen tender dan sebutharga bagi kerja bina, bekalan dan
perkhidmatan; menguruskan peti tender dengan memastikan peti tender ditutup dan dibuka pada
waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pembuka Peti yang dilantik; menyelaras
penyediaan laporan Penilaian Tender/ Sebutharga oleh Jawatankuasa Penilaian yang dilantik;
mengurus pengeluaran surat tawaran dan surat setujuterima kepada kontraktor bagi kerja-kerja
bina projek Majlis; menguruskan penyediaan Dokumen Kontrak; membuat pengesyoran bayaran
bagi kerja-kerja bina projek Majlis; menyediakan dokumen perubahan kerja (V.O) untuk
pengesahan harga; mengurus dan mengadakan Lawatan Serah Tapak bagi projek yang telah
disiapkan dan mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC); mengeluarkan Sijil Membaiki
Kecacatan (CMGD) selepas tamat tempoh Tanggungan Kecacatan; menyediakan Sijil Perakuan
Muktamad (Final Account); dan mengumpulkan data prestasi kerja kontraktor (penggredan) bagi
kerja-kerja Majlis.
Komitmen jabatan ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa
berusaha untuk membantu dengan layanan yang mesra, cekap dan tepat dalam menjalankan
tugasan mengikut piawaian seperti menguruskan pengesahan Pendaftaran Kontraktor secara
online dalam 3 hari; menyediakan surat tawaran dan setuju terima kepada kontraktor yang
berjaya setelah minit mesyuarat sebutharga/ tender dikeluarkan dalam 3 hari; menguruskan
proses pengesyoran dan pengeluaran sijil perakuan pembayaran kepada kontraktor dalam 3
hari; dan menjawab surat-surat balasan penerimaan dalam 3 hari.
Jabatan kelapan ialah Bahagian Perkhidmatan Bandar. Jabatan ini berfungsi menjalankan
aktiviti pengawalan dan penyeliaan terhadap perkhidmatan perbandaran supaya kawasan Majlis
sentiasa bersih dan indah; mengawal dan mencegah punca pencemaran; dan menjalankan aktiviti
penguatkuasaan.
Bahagian Perkhidmatan Bandar berjanji akan berusaha meningkatkan taraf kebersihan dan
keindahan persekitaran di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya ke tahap yang terbaik
melalui perancangan, pelaksanaan dan pengawasan yang dinamik dan menyeluruh. Jabatan ini
berjanji akan menyiasat aduan berkaitan pembersihan kawasan dan pencemaran berkaitan alam
sekitar dalam 3 hari bekerja; dan mengawal selia perkhidmatan penyelenggaran sisa pepejal dan
pembersihan kawasan di bawah tanggungjawab Alam Flora Sdn. Bhd.
Jabatan kesembilan ialah Sekretariat OSC. Jabatan ini berfungsi melibatkan
permohonan pembangunan tanah (serentak pecah sempadan dan tukar syarat serta penyerahan
dan pemberimilikan semula), kebenaran merancang, pelan bangunan dari pemohon ke Pejabat
Tanah dan jabatan-jabatan dalaman dalaman MPSJ serta jabatan/ agensi teknikal luaran yang
berkaitan; mengedarkan keputusan rasmi perakuan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada Agensi
Teknikal berkaitan dan Pentadbir Tanah Daerah; memaklumkan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa OSC kepada Mesyuarat Majlis Penuh, MPSJ; menyediakan laporan rekod-rekod
permohonan; mengkaji & menganalisa masalah permohonan yang diterima & membuat syor
penambahbaikan bagi mempertingkatkan pelaksanaan OSC; dan melapor status pemohonan ke
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.
Sekretariat OSC berjanji untuk memproses permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan
Sijil Layak Menduduki mengikut Garis Panduan OSC KPKT dan memastikan projek-projek
rekabentuk Majlis dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memenuhi kehendak
pelanggan dan kakitangan Majlis. Antara jenis permohonan termasuk permohonan kelulusan
kebenaran merancang untuk pendirian bangunan; permohonan kelulusan kebenaran merancang
untuk pelan pembangunan; permohonan kebenaran merancang membuat perubahan matan
kegunaan tanah; permohonan kebenaran merancang membuat perubahan matan kegunaan
bangunan; permohonan perlanjutan kebenaran merancang; permohonan pengesahan pelan pra-
perhitungan; permohonan nama taman, nama bangunan dan pelan alamat (nama jalan dan
nombor bangunan); permohonan kelulusan penukaran penukaran nombor bangunan;
permohonan kelulusan pembangunan tanah secara serentak; permohonan kelulusan kerja tanah;
permohonan kelulusan pelan jalan, perparitan dan lampu jalan; permohonan kelulusan pelan
bangunan dan pindaan kepada pelan kelulusan bagi bangunan baru dan tambahan/ubahsuaian
bangunan bukan kediaman; permohonan kelulusan sijil layak menduduki; permohonan kelulusan
pelan/pindaan kepada pelan kelulusan bagi tambahan/ubahsuian rumah kediaman sediada;
permohonan kelulusan lanjutan tempoh kelulusan; permohonan kelulusan permit sementara
pembinaan dan struktur telekomunikasi; permohonan kelulusan permit sementara pembinaan
papan iklan (billboard dan unipole) dan permit sementara perniagaan; permohonan kelulusan
pelan landskap Penerimaan perakuan berperingkat (borang g1-g21) dan perakuan penyiapan dan
pematuhan (ccc) borang f.
Jabatan yang kesepuluh ialah Bahagian Pelesenan. Fungsi Bahagian Pelesenan termasuk
memproses semua permohonan lesen perniagaan dan iklan; memproses semua permohonan lesen
tadika dan taska; memproses semua permohonan lesen hiburan dan tempat hiburan; memproses
semua permohonan lesen gerai; memproses permohonan pembaharuan lesen; memproses
permohonan permit-permit sementara, penjaja, iklan (sepanduk, bunting, papan tanda sementara,
iklan luaran dan permit sementara hiburan); memproses semua permohonan lesen pasar basah;
memproses semua permohonan lesen pasar pagi; dan memproses semua permohonan lesen pasar
malam.
Antara Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk kelulusan permohonan Lesen Perniagaan Dan
Iklan dengan serta-merta; kelulusan permohonan Lesen Perniagaan Dan Iklan (Memerlukan
Ulasan Jabatan Teknikal) dalm 14 hari; kelulusan permohonan Lesen Hiburan Dan Tempat
Hiburan dalam 30 hari, kelulusan Permohonan dan Pengeluaran Lesen Gerai dalam 30 hari,
kelulusan Permohonan Permit Sementara seperti iklan, kiosk, penjaja, hiburan dan perniagaan
dalam 5 hari; kelulusan Permohonan Pembaharuan Lesen dengan serta-merta; dan permohonan
Tuntutan Cagaran Dan Pembatalan Lesen dalam 5 hari.
Jabatan yang kesebelas ialah Jabatan Penguatkuasaan. Jabatan ini memainkan peranan
menguruskan aduan pada peringkat penerimaan, siasatan dan seterusnya laporan siasatan;
menguruskan notis amaran, bangunan dan kacauganggu dari tahap pengeluaran sehingga
susulan; menguruskan notis tawaran kompaun pada peringkat pengeluaran, penyampaian dan
seterusnya perekodan; menguruskan aktiviti rondaan pada peringkat perancangan, pelaksanaan,
pemantauan dan seterusnya penilaian hasil; menguruskan aktiviti operasi pada peringkat risik,
perancangan, penyelarasan, perlaksanaan, pemantauan kerja dan seterusnya penilaian hasil;
menguruskan aktiviti bantuan kepada jabatan lain yang memerlukan bantuan penguatkuasaan
samada dari segi anggota atau kenderaan; menguruskan rekod-rekod pejabat seperti borang
kedatangan, borang lebih masa, pendaftaran notis dan aduan; menguruskan hal ehwal
pentadbiran seperti permohonan cuti, penjadualan kerja, tuntutan kerja lebih masa, surat-
menyurat, mesyuarat, kertas-kertas kerja dan semboyan; menguruskan hal ehwal stor bekalan
jabatan seperti bekalan peralatan dan pakaian kepada anggota; menguruskan hal ehwal
kenderaan jabatan seperti perjadualan, penggunaan, guna sama antara jabatan dan
penyelenggaraan minor; dan mengawal dan menyampaikan maklumat kepada jabatan lain
menerusi Unit Semboyan jabatan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas utama
jabatan lain yang memerlukan tindakan segera.
Jabatan Penguatkuasaan berjanji dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik dan cekap didalam menjalankan tugas-tugas mengikut piawaian yang berikut, seperti
Melaksanakan rondaan dan kawalan harian; menguruskan aduan dalam tempoh 7 hari;
mengeluarkan notis amaran / kacauganggu secara serta-merta; mengeluarkan notis tawaran
kompaun dengan serta-merta; mengawal lalulintas setiap hari; sitaan dan kompaun ke atas
halangan secara serta-merta; dan memindahkan kereta buruk / tinggal dalam tempoh 3 hari.
Jabatan ke-12 ialah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Jabatan ini berfungsi
menyediakan Senarai Nilaian mengikut peruntukan Seksyen 137, Akta Kerajaan Tempatan 1976
(Akta 171); menjalankan kerja-kerja pindaan kepada Senarai Nilaian mengikut peruntukan
Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dari masa ke semasa; menjalankan
kerja-kerja penilaian semula ke atas semua pegangan berkadar sekurang-kurangnya setiap lima
tahun sekali dengan kelulusan pihak berkuasa negeri; menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas
harta-harta milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun bagi menuntut Caruman
Membantu Kadar; mengendalikan proses pendengaran bantahan; menetapkan kadar-kadar cukai
bagi semua jenis pegangan; memproses permohonan remisi terhadap bangunan-bangunan yang
tidak diduduki dan tidak dapat disewakan; memproses permohonan pindahmilik cukai taksiran;
memproses permohonan tukar alamat pos untuk bil cukai taksiran; menjalankan kajian dari aspek
viabiliti dan bentuk sumbangan kepada Majlis bagi projek penswastaan; menjalankan urusan
pembelian dan pelupusan harta tanah; menguruskan aset tetap milik MPSJ dari segi
penyelenggaraan, penyewaan, kebersihan bangunan, rekod dan daftar harta; menguruskan
penyerahan kontrak dan pemantauan kerja-kerja penjagaan kebersihan bangunan oleh kontraktor
yang dilantik bagi premis Majlis seperti Pejabat Tunda, Tandas Awam; Medan Selera, Pasar
Awam, Kompleks 3C dan Kuarters Permata Sari; menguruskan permohonan tanah-tanah
kerajaan bagi maksud pemberimilikan, Lesen Menduduki Sementara atau pewartaan serta
menguruskan hal ehwal tanah bagi kepentingan MPSJ; menguruskan pengambilan polisi
insurans kebakaran, semua risiko dan tanggungan bagi aset tetap MPSJ serta mengurus perkara-
perkara yang bersangkutan tuntutan insurans; menguruskan hal ehwal kuarters dari segi
pemantauan aduan, pengeluaran bil air semasa, penyerahan dan pemulangan kunci / kad akses
dan lain-lain yang berkaitan dengan kuarters; menguruskan pendaftaran dan penyewaan Rumah
Peranginan dan Rumah Rakyat (Council Homes); menguruskan penyediaan bekalan dan
perkhidmatan seperti pewangi udara, sanitizer, sanitari bin, gubahan bunga hidup / tiruan, papan
tanda dan kawalan serangga mengikut jadual bulanan; dan menguruskan proses pembayaran
berkaitan dengan perkhidmatan, pengurusan dan utiliti seperti TNB, SYABAS, Indah Water
Konsortium dan Syarikat Perbadanan Pengurusan.
Komitmen Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta adalah untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik dalam melaksanakan tugas-tugas mengikut piawaian. Bahagian penilaian
memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan tugas-tugas mengikut piawaian
berikut, iaitu menguruskan permohonan mendapatkan carian rasmi dalam 7 hari bekerja;
menguruskan permohonan mendapatkan carian persendirian secara serta-merta; meluluskan
permohonan Pindahmilik dan Tukar Alamat Surat-Menyurat Bil Cukai Taksiran (Sekiranya
Lengkap) dalam 1 hari; menghantar Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian kepada pemilik-
pemilik yang terlibat dalam tempoh tidak kurang daripada 1 bulan sebelum tarikh Cukai
Taksiran dikuatkuasakan; mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan selepas Notis Pindaan
dikeluarkan dalam 2 bulan; dan menghantar surat keputusan bantahan kepada pemilik-pemilik
yang terlibat selepas Mesyuarat Pendengaran Bantahan dalam 1 bulan. Bahagian Pengurusan
Harta pula mempunyai piagam pelanggan seperti menjalankan lawatan pemeriksaan tapak ke
Tandas Awam, Medan Selera, Pasar Awam, Kuarters Permata Sari dan aset-aset tetap lain bagi
mengawalselia kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dilantik melalui proses sebutharga /
tender setiap minggu; mengemukakan permohonan tanah bagi maksud Pemberimilikan, Lesen
Menduduki Sementara (TOL) dan Penswastaan dari tarikh permintaan permohonan dibuat dalam
tempoh 14 hari; menguruskan penyewaan bagi mendapatkan bangunan / ruang untuk Majlis
menyewa atau bangunan / ruang majlis untuk disewakan dari tarikh tutup iklan dalam tempoh 30
hari; memproses permohonan, pendaftaran dan kemasukan ke Rumah Rakyat "Council Homes"
dari tarikh permohonan dikemukakan dalam 7 hari; mencetak bil tuntutan sewaan kepada
penyewa dari tarikh bil diproses dalam sehari; dan mengeluarkan bil air semasa bagi
Kuarters Kakitangan dan Medan Selera dari tarikh bacaan meter diambil dalam dua hari.
Jabatan ke-13 ialah Jabatan Perancangan Bandar. Jabatan ini mempunyai tanggungjawab
memproses permohonan kebenaran merancang berdasarkan kaedah kawalan perancangan, Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); menguatkuasakan peruntukan Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bagi aktiviti salahguna tanah dan salahguna
bangunan; melaksanakan program pemutihan kilang tanpa kebenaran; menyediakan Rancangan
Pemajuan iaitu Rancangan Stuktur dan Rancangan Tempatan mengikut peruntukan Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976, (Akta 172); menyediakan dan menyelaras Program Local
Agenda 21 (LA 21), Bandar Selamat dan Laporan Petunjuk Bandar Mampan melalui
MURNINET; mengemaskini dan menyelaras pangkalan data GIS serta maklumat pembangunan
majlis; menyelaras perkhidmatan pengangkutan awam; dan menjalankan pemantauan dan
penyelesaian aduan awam.
Jabatan ini memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berjanji akan melaksanakan tugas-
tugas piawaian seperti memproses Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang untuk
Pendirian Bangunan dalam 30 hari; memproses Permohonan Kebenaran Merancang untuk pelan
Pembangunan dalam 30 hari; memproses Permohonan Kelulusan Kebanaran Merancang untuk
Menukar Syarat, Memecah Sempadan dan Mencantum Tanah dalam 14 hari; memproses
Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang untuk membuat Perubahan Matan Kegunaan
Tanah dalam 30 hari; memproses Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang untuk membuat
Perubahan Matan Kegunaan Bangunan dalam 30 hari; memproses Permohonan Kelulusan
Perlanjutan Tempoh Kebenaran Merancang dalam 14 hari; memproses Permohonan Pengesahan
Pelan Pra Hitungan dalam 14 hari; memproses Permohonan Kelulusan Nama Taman, Nama
Bangunan dan Pelan Alamat (nama jalan dan nombor bangunan) dalam 14 hari; memproses
Permohonan Kelulusan Penukaran Nombor Bangunan dalam 14 hari; menyediakan Laporan
Rancangan Pemajuan dan lain-lain laporan mengenai perancangan bandar dalam tempoh yang
ditetapkan dalam asas rujukan; membantu pengumpulan maklumat-maklumat perancangan dan
gunatanah yang diminta oleh agensi awam/swasta, orang awam dan pelajar; dan menjual peta,
pelan dan bahan-bahan bercetak yang berkaitan.
Jabatan ke-14 ialah Jabatan Perancangan Korporat. Jabatan Perancangan Korporat
merangkumi enam bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti; Bahagian Perhubungan Awam;
Bahagian Penerbitan; Bahagian Khidmat Pelanggan; Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan;
dan Bahagian Khidmat Masyarakat. Jabatan ini berfungsi membentuk imej korporat dan Budaya
Kerja Cemerlang melalui pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh, 'Perfomance
Management'. dan penerapan 'Good Governance; meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan dan kepuasan pelanggan menerusi pengurusan aduan dan perkhidmatan pelanggan
yang mesra, cekap dan berintegriti; menjadi saluran maklumat rasmi kepada pelanggan;
memperkasa penyampaian perkhidmatan organisasi menerusi penyelidikan dan pembangunan.
Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menerima dan mengedarkan aduan kepada Jabatan /
Bahagian dalam sehari; memberikan Surat Akuan Terima secara serta-merta; memberikan Surat
Maklumbalas Status Aduan kepada pengadu dalam 14 hari; menjalankan Pertukaran status
selesai kepada tutup dalam tempoh 3 hari; memberikan Surat Maklumbalas Penutupan Aduan
dalam 3 hari; dan menjawab surat-surat balasan penerimaan dalam 3 hari. Pergurusan Aduan
Hotlaine pula mempunyai piagam pelanggan seperti menjawab panggilan telefon dalam 3 kali
deringan; dan membuat siasatan aduan ke lokasi.
Jabatan ke-15 ialah Jabatan Perbendaharaan. Jabatan ini berfungsi menyediakan
Belanjawan Tahunan; menguruskan Pembayaran kepada Pembekal dan Kontraktor; membayar
Gaji dan Elaun kakitangan; menyediakan Penyata Kewangan Majlis; dan menyelenggara Sistem
Tempat Letak Kereta.
Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk mengeluarkan cek bayaran tuntutan oleh kontraktor
dengan dokumen sokongan yang lengkap dalam 14 hari; meluluskan permohonan Pas Bulanan
Letak Kereta secara serta-merta; meluluskan permohonan Pelekat Kereta Kawasan Kediaman;
dan meluluskan permohonan Petak Khas Letak Kereta dengan syarat-syarat yang
ditetapkan dalam 7 hari.
Jabatan ke-16 ialah Jabatan Teknologi Maklumat. Fungsi Jabatan Teknologi Maklumat
adalah untuk merancang hala tuju ICT MPSJ; merancang dan membangunkan infrastruktur dan
infostruktur ICT; merancang tindakan pencegahan pencerobohan keselamatan ICT; merangka,
melaksanakan dan memantau keselamatan teknologi; melaksana dan mengurus projek dan
program ICT; mengurus dan menilai rekod data elektronik; melaksanakan pemeriksaan aset dan
inventori fizikal dan logikal ICT; merancang dan melaksana penyenggaraan ICT secara berkala;
menganalisa pencapaian dan keperluan teknologi; merangka dan melaksanakan dasar ICT
mengikut keperluan dan arahan dari masa ke semasa; mengurus dan bertindak sebagai bantuan
sokongan; memberi khidmat nasihat berkaitan ICT; dan merancang pembangunan ‘knowledge
worker’.
Jabatan Teknologi Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar untuk memberi
perkhidmatan pengkomputeran MPSJ kepada pelanggan seperti mengambil tindakan ke atas
setiap aduan ICT MPSJ dalam tempoh satu jam; melaksanakan penyenggaraan pencegahan
(Preventive Maintenance) perkakasan komputer sebanyak 4 kali setahun; memastikan downtime
system ICT tidak melebihi 2 jam; dan memproses permohonan fasiliti ICT MPSJ serta-merta
atau dalam tempoh tidak melebihi 14 hari tertakluk kepada jenis permohonan.
Jabatan ke-17 ialah Jabatan Undang-Undang. Jabatan ini dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti Bahagian Pendakwaan; Bahagian Khidmat Nasihat, Perundangan Dan Litigasi
Sibil; dan Bahagian Pentadbiran Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menetapkan kadar
kompaun bagi setiap notis tawaran mengkompaun suatu kesalahan secara serta-merta;
menyemak dokumen perundangan dan memastikan dokumen yang lengkap dan teratur dalam
tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan dokumen tertakluk kepada dokumen lengkap dan teratur;
meluluskan rayuan pengurangan kadar kompaun dari tarikh Notis Tawaran Mengkompaun
dikeluarkan dalam masa 60 hari dari tarikh notis tawarn mengkompaun dikeluarkan; menjawab
surat menyurat dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan surat; dan menjalankan Tindakan
Pendakwaan dari tarikh Notis Tawaran Mengkompaun dikeluarkan selepas 9 hari dari Notis
Tawaran Mengkompaun dikeluarkan tertakluk kepada kertas siasatan lengkap.
Jabatan ke-18 ialah Sekretariat Pesuruhjaya Bangunan. Bahagian Sekretariat Pesuruhjaya
Bangunan adalah sebuah bahagian yang bertanggungjawap bagi urusan penyenggaraan dan
pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta
663). Akta ini mula berkuatkuasa mulai 12 April 2007. Fungsi Bahagian ini termasuk
mewujudkan, menyenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan berstrata; menjaga
perlaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663) dan Bahagian VI dan VII Akta
Hakmilik Strata (Akta 318); memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan
Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC); menguruskan pendaftaran
dan pengeluaran sijil JMB; menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan
harta bersama; memberi Khidmat nasihat kepada pemaju JMB / MC berkaitan penyenggaraan
dan pengurusan harta bersama; dan memberi taklimat / penerangan berkenaan Akta 663 dan
menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan JMB / MC.
Antara Piagam Pelanggan jabatan ini termasuk menjawab Surat Menyurat dalam 3 hari
bekerja; memaklumbalas aduan dalam 7 hari bekerja; menyemak Akuan Teraudit dalam 14 hari
bekerja; menyediakan Sijil Pendaftaran JMB dalam 14 hari bekerja; dan mengeluarkan surat
membayar tunggakan caj kepada pemilik yang mempunyai tunggakan dalam 14 hari bekerja.
Jabatan ke-19 ialah Bahagian Lanskap. Fungsi Jabatan ini adalah untuk menjalankan
aktiviti pengawalan dan penyeliaan terhadap perkhidmatan perbandaran supaya kawasan Majlis
sentiasa bersih dan indah; mengawal dan mencegah punca pencemaran; dan menjalankan aktiviti
penguatkuasaan. Piagam Pelanggan jabatan ini pula termasuk meluluskan permohonan pelan
Landskap dalam 10 hari bekerja.
Jabatan ke-20 ialah Jabatan Belia, Sukan Dan Kebudayaan. Piagam Pelanggan jabatan
ini termasuk menyelesaikan urusan sewaan Kompleks 3K MPSJ, Serdang raya dalam sehari;
menyelesaikan urusan sewaan Dewan Serbaguna MPSJ dalam sehari; menyelesaikan urusan
sewaan Kompleks Sukan MPSJ, Subang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan
Stadium Tertutup MPSJ, serdang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Laman Sukan
MPSJ, USJ 14, Subang Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan sewaan Pakej Persembahan
Kebudayaan dalam sehari; menyelesaikan urusan penggunaan padang- padang permainan dalam
sehari; dalam sehari; menyelesaikan urusan penggunaan Laman Sukan MPSJ, USJ1, Subang
Jaya dalam sehari; menyelesaikan urusan Tuntutan Cagaran bagi Sewaan Kompleks 3K, Dewan
Serbaguna, Kompleks Sukan, Stadium Tertutup, Laman Sukan dan Padang- padang Awa dalam
30 hari; melaksanakan Program Rakan Muda dalam 7 hari; melaksanakan Program dan Acara
Sukan dalam 7 hari; melaksanakan Program Pembangunan Sukan dalam 7 hari; melaksanakan
Program Mesra Rakyat dalam 7 hari; melaksanakan Program Kebudayaan dan Kesenian dalam 7
hari; melaksanakan Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam 7 hari; melaksanakan
Program Anak Angkat Sukan dalam 7 hari; menguruskan Penggunaan Peralatan Sukan, Rakan
Muda, Muzik dan Sistem Siaraya dalam sehari; dan menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan
kemudahan sukan (Dewan Serbaguna, Stadium, Kompleks Sukan, Laman Sukan, Padang-
padang Awam) dalam 30 hari.
4.2.4 Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan
Ahli-ahli Majlis:
Pengurusan dan kawalan pembangunan MPSJ untuk ahli-ahli majlis adalah melalui
perlantikan oleh kerajaan negeri seksyen 4 mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
menetapkan syarat bagi perlantikan ahli-ahli majlis. Jumlah ahli yang dilantik tidak boleh
melebihi 25 orang.
Ahli-ahli majlis tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran atau dari
kalangan ahli politik. Perkhidmatan tersebut bertempoh 3 tahun dan boleh dilantik semula.
Keanggotaan adalah dari kalangan ketua Jabatan perikat negeri dan wakil parti politik.
Bagi MPSJ, peranan ahli-ahli majlis dilaksanakan oleh Lembaga Pelantikan. Peranan
pertama ialah berfungsi menasihati Datuk bandar dan dilantik oleh DYMM, Yang Dipertuan
Agong dengan nasihat menteri. Peranan kedua ialah tidak boleh masuk campur dalam urusan
pentadbiran tetapi boleh menjadi pengerusi, jawatankuasa atau ahlinya untuk tugasan spesifik
atau umum. Peranan ketiga ialah Sistem Jawatankuasa dibentuk dibawah Seksyen 28 Akta
Kerajaan Tempatan 1976, diguna pakai dalam Pentadbiran Kerajaan Tempatan.
Jawatankuasa Penduduk (JKP):
Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ telah ditubuhkan pada 10 Februari 2001 dan
merupakan PBT yang pertama di Malaysia yang melaksanakan konsep hubungan 2 hala antara
penduduk dan pihak berkuasa tempatan dengan harapan agar suara penduduk dapat disampaikan
kepada pihak pengurusan MPSJ melalui wakil JKP yang telah dilantik secara rasminya untuk
tempoh 2 tahun bagi 1 sesi.
Setelah persempadanan semula dijalankan, Zon JKP yang dulunya menpunyai 29 zon
telah dikecilkan menjadi 24 Zon sahaja. Pembahagian 24 Zon JKP ini merangkumi hampir
540,000 orang penduduk di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ meliputi 4 kawasan iaitu DUN
Subang, DUN Kinrara, DUN Sri Serdang dan DUN Seri Kembangan dengan keluasan 161.8 km.
Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk hendaklah tidak kurang dari 10 orang dan tidak melebihi 15
orang jumlahnya. Antara jawatan yang wujud dalam struktur pentadbiran Jawatankuasa
Penduduk adalah Pengerusi (Ahli Majlis), Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli
Jawatankuasa Kecil.
4.3 Peranan Majlis Perbandaran Subang Jaya
Dalam usaha membangunkan bandar Subang Jaya, MBSJ berperanan besar daripada segi
ekonomi, kemasyarakatan, kebajikan dan keagamaan.
4.3.1 Ekonomi
Majlis Perbandaran Subang Jaya melibatkan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil
kepada penguasa tempatan serta memesatkan ekonomi setempat.
Kiosk disediakan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Subang Jaya, Puchong dan Seri
Kembangan dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan. Pemberian lesen juga
dipermudahkan. Kiosk tersebut beroperasi selama 19 jam, iaitu dari pukul 6.00 pagi hingga 1.00
pagi pada hari yang seterusnya.
Selain itu, Pasar Pagi & Pasar Malam juga disediakan di Subang Jaya, Puchongm Kinrara
dan Serdang/ Seri Kembangan. Pasar Pagi dan Pasar Malam ialah mana-mana tempat di mana
menjaja dibenarkan pada waktu malam atau pagi pada setiap hari atau hari-hari dan masa tertentu
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa melesen. Pemegang lesen menjaja terdiri daripada mana-
mana orang yang memegang lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil. Mana-mana
ruangan yang ditandakan oleh Pihak Berkuasa Melesen di mana makanan, minuman atau barang
dari apa-apa jenis boleh dijual atau didedahkan untuk jualan. Datuk Bandar, Yang Dipertua,
Setiausaha sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara
bertulis oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua mempunyai hak untuk meluluskan lesen.
Undang-undang kacil yang digunapakai pula adalah Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis
Perbandaran Subang Jaya) 2007. Undang-undang kecil ini mula berkuatkuasa pada 19 Julai
2007.
Bukan itu sahaja, MPSJ juga meluluskan beberapa kawasan perindustrian. Perindustrian
memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi tempatan. Antara kawasan
perindustrian di Subang Jaya termasuk Kawasan Perindustrian Subang Hi-Tech, Kawasan
Perindustrian Sime UEP, Kawasan Perindustrian Subang USJ1/ Sg. Penaga dan Kawasan
Perindustrian SS13 dan PJS11. Di Puchong pula, kawasan perindustrian termasuk Kawasan
Perindustrian Bukit Tandang, Kawasan Perindustrian Kinrara, Kawasan Perindustrian Bandar
Bukit Puchong, Kawasan Perindustrian Puchong Seksyen 1, Kawasan Perindustrian Puchong
Utama dan Kawasan Perindustrian Pusat Bandar Puchong. Kawasan perindustrian di Seri
Kembangan termasuk Kawasan Perindustrian Taman Bukit Serdang Sek. 7, 8 dan 9, Kawasan
Perindustrian Taman Bukit Serdang Sek. 14 dan Kawasan Perindustrian Taman Serdang Jaya.
4.3.2 Kemasyarakatan
Kemasyarakatan merupakan fungsi yang memberi faedah kepada semua. Ini termasuk
usaha mewujudkan keadaan ekologi yang seimbang seperti perancangan guna tanah yang
optimum dan mengadakan keadaan landskap yang baik serta menyediakan kawasan rekreasi
yang baik iaitu mewujudkan kemudahan-kemudahan sosial yang mencukupi untuk
membolehkan penduduk menjalankan beriadah.
Program Pembangunan Masyarakat yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kualiti
hidup masyarakat di kawasan pentadbiran MPSJ melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
MPSJ juga berfungsi menangani aduan orang ramai mengenai isu kutipan sampah berjadual,
aduan tentang anjing liar, pencemaran oleh kilang-kilang, jadual potongan rumput dan
sebagainya. MPSJ juga mengadakan latihan senaman aerobik setiap Sabtu pada 7.30 hingga 8.00
pagi yang dipimpin oleh seorang jurulatih untuk penduduk setempat. Latihan senaman aerobik
ini adalah percuma dan dapat pisertai oleh semua lapisan masyarakat.
Selain itu, terdapat beberapa kemudahan awam yang disediakan untuk masyarakat
setempat seperti Kompleks 3C (Children Creativity Centre) yang dibangunkan bagi memenuhi
sebahagian daripada tanggungjawab MPSJ kepada masyarakat dalam pembangunan modal insan
yang berpengetahuan dan kreatif bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Kompleks 3C juga
menyediakan segala aktiviti dan program yang boleh menambahkan lagi kebolehan dan
kemahiran kanak-kanak yang mana tidak terdapat di mana-mana tadika dan taman bimbingan
kanak-kanak lain di Subang Jaya. Kompleks 3C merupakan projek pembangunan "unique" bagi
kanak-kanak di Malaysia yang menyediakan prasarana ruang dan masa bagi perkembangan
mental , fizikal , dan intelektual kanak-kanak. Secara tidak langsung ianya berguna bagi
menyekat masalah dan isu sosial di kalangan remaja sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Seterusnya, Majlis Perbandaran Subang Jaya menyediakan Stadium Tertutup MPSJ.
Stadium Tertutup MPSJ yang terletak di Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
menyediakan kemudahan bersukan seperti gelanggang badminton, bola tampar, squash, bola
jaring, bola keranjang, ping-pong dan sepak takraw untuk kemudahan masyarakat Subang Jaya.
Kemudahan tersebut memudahkan masyarakat bersukan dan beriadah.
Di samping itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya turut menyediakan Perpustakaan
Hipermedia. Perpustakaan ini berfungsi sebagai Pusat Pembelajaran yang menjadi tempat
rujukan dan akses kepada pelbagai maklumat. Perpustakaan hypermedia juga merupakan Pusat
Maklumat kerana merupakan tempat pengumpulan, penyebaran dan pengaksesan maklumat yang
pelbagai. Malah, perpustakaan ini ialah Pusat Penyelidikan. Perpustakaan ini ialah tempat
rujukan untuk pengguna yang ingin mendapatkan maklumat bagi tujuan penyelidikan. Akhirnya,
perpustakaan berfungsi sebagai Pusat Rekreasi. Perpustakaan sebagai tempat yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti riadah. Perpustakaan Hipermedia ini mempunyai beberapa objektif tertentu,
iaitu untuk menanam dan memupuk tabiat membaca dikalangan masyarakat awam agar menjadi
masyarakat berilmu dan celik IT; mengaplikasikan teknologi terkini sebagai penjana maklumat
dengan efektif dan efisien; dan memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.
4.3.3 Kebajikan
Majlis Perbandaran Subang Jaya memainkan peranan yang penting dalam kebajikan
penduduk setempat. Ini termasuklah perlindungan individu daripada pelbagai bahaya yang boleh
dikaitkan dengan kesihatan awam, harta benda atau perkhidmatan pembersihan.antaranya ialah
penularan wabak denggi.
Dalam memainkan peranan menjaga kebajikan dan kesihatan penduduk, MPSJ telah
mengadakan kawalam vektor. Unit Vektor bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan
menilai semua aktiviti bagi mengawal dan mencegah penyakit bawaan vektor iaitu penyakit
Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Tindakan yang dijalankan adalah berdasarkan kes
demam denggi/ demam denggi berdarah yang dilaporkan oleh hospital/klinik dan hasil kajian
aedes yang dijalankan di sesuatu kawasan.
Malah, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) juga dilaksanakan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu meringankan
beban tanggungan keluarga, membina keupayaan dan menjana pendapatan keluarga miskin dan
miskin tegar di bandar. Penduduk yang miskin dan miskin tegar dapat meminta bantuan
kewangan melalui program ini.
4.3.4 Keagamaan
MPSJ juga memainkan peranan penting dalam memajukan bidang keagamaan. Banyak
tempat ibadat didirikan dan diselenggara oleh pihak MPSJ seperti masjid, kuil, gereja dan tokong
Buddha. Selain itu, MPSJ juga bertanggungjawab dalam menyediakan program-program
keagamaan bagi masyarakat Subang Jaya. Contohnya projek `Cyber Mosque’ MPSJ. Projek ini
adalah usahasama MPSJ dan Masjid Al-Falakh USJ . MPSJ berhasrat supaya peranan, fungsi
serta kepentingan institusi masjid bukan hanya dilihat sebagai sebuah pusat ibadat tetapi juga
bersifat global. Begitu juga dengan rumah ibadat lain seperti Tokong Buddha yang terletak di
SS13. MPSJ juga berkerjasama dengan pihak Persatuan Buddha Subang Jaya dalam menjalankan
aktiviti keagamaan tersebut.
Selain daripada itu, MPSJ juga memainkan peranannya semasa sambutan majlis perayaan
keagamaan. Contohnya semasa sambutan Hari Raya Haji, pihak MPSJ turut sama melakukan
ibadat korban dan mengagihkan daging korban kepada masyarakat Subang Jaya. Semasa
sambutan Hari Wesak pula Pihak MPSJ turut sama menyertai dalam program Bazar Amal.
4.4 Perkembangan Majlis Perbandaran Subang Jaya
Beberapa perancangan penting untuk perkembangan sesebuah organisasi:
4.4.1 Sumber Kewangan
Menurut Ronnie Liu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, kerajaan negeri
Selangor masih dalam kajian untuk menurunkan cukai pintu memandangkan prestasi kewangan
setiap Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini masih lagi belum berada di dalam keadaan kukuh.
Berdasarkan penyata kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, Selangor hanya mempunyai
lima PBT yang mampu beroperasi sekiranya tiada langsung hasil dapat kutip. Lima PBT ini
termasuk MBPJ – Majlis Perbandaran Petaling Jaya (5.94 bulan), MPAJ – Majlis Perbandaran
Petaling Jaya (3.21 bulan) , MPKJ – Majlis Perbandaran Kajang (4.37 bulan) , MPSP – Majlis
Perbandaran Sepang (5.45 bulan) dan MDSB – Majlis Daerah Sabak Bernam (4.37 bulan).
Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada kutipan dikutip dalam
tempoh setahun. Malah, terdapat PBT yang berada dalam kedudukan kewangan yang tidak baik.
Namun demikian, berdasarkan penyata kewangan MPSJ yang terkini, MPSJ mempunyai
simpanan duit sebanyak lebih kurang RM 211 ribu. Ini menandakan MPSJ berada dalam
kedudukan kewangan yang agak baik.
4.4.2 Pembangunan Prasarana/ Fizikal
MPSJ membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam membina dan menyediakan kemudahan
awam untuk rakyat. Misalnya projek pembangunan Stadium Tertutup MPSJ sebanyak 1 unit;
Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan—3K sebanyak 2 unit; Perpustakaan Hipermedia
sebanyak 2 unit; Balai Masyarakat sebanyak 27 unit; Jejantas sebanyak 13 unit; Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak—3C sebanyak 1 unit; Pusat Kitar Semula sebanyak 16 unit;
Dewan Serba Guna sebanyak 7 unit; Kiosk sebanyak 28 unit; Medan Selera sebanyak 57 unit;
Taman Rekreasi sebanyak 188 unit; Bazaar sebanyak 21 unit; Persimpangan Bertingkat—
Interchange; dan Taska MPSJ sebanyak 4 unit.
Dalam membangunkan tanah di kawasan Subang Jaya, MPSJ telah membangunkan 19%
tanah sebagai kawasan kediaman, iaitu kawasan tempat tinggal penduduk yang mempunyai
rumah. Sebanyak 17% kawasan tanah disumbangkan untuk pembangunan komited manakala 6%
tanah digunakan untuk perindustrian. Aktiviti pertanian merangkumi 5% daripada tanah di
Subang Jaya diikuti oleh kawasan komersil yang merangkumi 3% daripada jumlah tanah di
Subang Jaya. Tanah yang selebihnya (50%) digunakan untuk kegunaan lain-lain seperti dijadikan
kawasan lapang, Rezab kerajaan, Rezab hutan dan sebagainya.
4.4.3 Pengiktirafan/ Penghargaan
Berdasarkan usaha dan sumbangan MBSJ, MPSJ layak diberi pengiktirafan dan
penghargaan yang sewajarnya. MPSJ telah menerima banyak anugerah sepanjang 13 tahun iaitu
dari tahun 1999 hingga tahun 2010.
Pada tahun 1999, MPSJ telah menerima Anugerah Inovasi Selangor. Tahun yang
seterunya, iaitu tahun 2000, MPSJ dianugerahi Anugerah Internet Malaysia (2000); serta
Anugerah Kualiti PBT. Pada tahun 2001 pula, MPSJ mendapat pengiktirafan dalam Malaysia
Book of Record (RFID) dan Malaysia Book of Record (E-Court). MPSJ juga memperoleh
Anugerah Kaunter Berkualiti SUK Selangor dan Anugerah Internet Malaysia (2001) pada tahun
tersebut.
Manakala pada tahun 2002 pula, MPSJ memperoleh Anugerah Kualiti PBT sekali lagi
dan juga Anugerah MB Selangor. MPSJ juga mendapat pengiktirafan pada Hari Habitat (ICT)
pada tahun 2002. Tahun yang seterunya, iaitu tahun 2003, MPSJ sekali lagi memperoleh
Anugerah MB Selangor dan Anugerah Juri ICT MB Selangor.
Seterusnya, pada tahun 2005, MPSJ mendapat pengiktirafan melalui MS ISO 9001:2000.
Pada tahun 2006 pula, Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara diperoleh oleh MPSJ. Tahun
yang berikut, tahun 2007 MPSJ berjaya memperoleh 3 anugerah termasuk Anugerah Kualiti
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Anugerah Pengiktirafan Bangunan dengan Kemudahan
Akses OKU—Kategori Bangunan Kerajaan 2007; dan juga Anugerah Bandar Lestari/ Anugerah
Alam Sekitar 2006/2007. Portal Rasmi MPSJ juga diiktiraf sebagai Portal Rasmi Kerajaan dan
Laman Web Terbaik 2007 oleh MDEC.
Tahun 2008, MPSJ berada pada kedudukan ketiga di kalangan PBT-PBT dan mencapai
taraf 4 bintang yang melayakkan MPSJ menerima hadiah RM2000 000 bagi membina sebarang
mereu tanda di kawasan MPSJ. MPSJ juga memperoleh Anugerah Kualiti Pengurusan
Kewangan; Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC); dan Anugerah
Kualiti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Segala usaha untuk mencipta kemajuan tercapai apabila MBSJ juga memenangi
Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang serta diiktiraf sebagai Pameran
Terbaik Sempena Majlis Sambutan Hari Kualiti 2009 Pentadbiran Kerajaan Selangor pada tahun
2009. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa
tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua
anugerah dalam satu majlis. MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi
Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa
pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil. MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam
Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri
Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.
4.4.4 Cabaran yang Dihadapi
MPSJ tetap berhadapan dengan masa hadapan yang lebih mencabar. Sebagai bandar yang
kian maju, bilangan penduduk Subang Jaya meningkat dengan kadar mendadak menjadi satu
cabaran luaran kepada pengurusan perbandaran. Cabaran lain termasuk memastikan penyertaan
semua kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Manakala cabaran dalaman pula berbentuk
mempertingkatkan kemahiran staf MPSJ dan mengenal pasti sumber kewangan yang baru.
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh MBSJ ialah persaingan antara Subang Jaya dengan
bandar–bandar lain seperti Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Selayang dan Shah Alam. Persaingan
bandar–bandar ini berlaku daripada segi pembangunan, ekonomi dan lain–lain. Implikasi jangka
panjang daripada pembangunan bandar-bandar ini boleh menjejaskan penarafan bandar Subang
Jaya bahkan daya tarikan Subang Jaya akan menurun berikutan dengan penghijrahan penduduk
ke bandar-bandar lain.
MPSJ juga menghadapi cabaran dalam menangani aduan orang ramai mengenai
pelbagai isu yang melanda kawasan mereka. MPSJ juga menghadapi masalah dengan
ketidakpuasan terhadap keutuhan pentadbirannya sehingga terpaksa berhadapan dengan pelbagai
tohmahan, prasangka dan tanggapan negatif. Akan tetapi, tohmahan–tohmahan tersebut dianggap
sebagai pembakar semangat untuk terus mencipta kejayaan. Kejayaan dalam mengatasi cabaran
ini memerlukan komitmen daripada kesemua pihak. Mentaliti budaya kerja yang lebih positif
adalah sangat penting bagi memastikan misi MPSJ dapat dicapai menjelang 2020.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya berjaya mengumpul banyak
maklumat dan pengalaman serta nilai yang akan saya amalkan dalam kehidupan seharian untuk
menjadi individu yang cemerlang. Hasil kajian ini membolehkan saya menyelidik dan
mengetahui dengan lebih mendalam tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab
mentadbir Subang Jaya.
Seterusnya, kajian ini menjadikan saya lebih menghargai pihak berkuasa bandar
Subang Jaya. Selain itu, kajian ini juga mengajar saya tentang sifat gigih dan tidak kenal erti
putus asa seperti pihak MPSJ yang gigih memajukan Subang Jaya walaupun menghadapi
banyak cabaran seperti tohmahan dan pelbagai prasangka buruk. Hasilnya, segala impian yang
diimpikan akan tercapai.
Selain itu, kajian ini juga mendidik sesebuah masyarakat itu supaya mengamalkan
sikap bersatu–padu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk penduduk
yang sentiasa bermuafakat. Malah, semangat ini memudahkan pihak berkuasa yang mentadbir
kawasan tersebut.
Negara pula aman dan makmur hasil daripada pentadbiran bandar yang cekap dan
efektif. Oleh itu, kuasa–kuasa asing sukar untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara kita
kerana kesedaran individu, kerjasama sesebuah masyarakat dan hasil pentadbiran yang bijak dan
cekap. Dalam menghasilkan kerja kursus ini, saya benar–benar merasai kaedah pengkajian
sejarah yang sebenar. Perkara yang paling penting sekali ialah saya mendapat pengalaman
yang paling berharga bagi meningkatkan kemajuan diri ke arah mencapai matlamat individu
bersahsiah cemerlang.
6.0 LAMPIRAN
Lampiran 1
Gambar-Gambar:
Gambar 6.1.1: Bangunan MPSJ di
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610
Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Gambar 6.1.2: Kaunter Perkhidmatan di
MPSJ.
Gambar 6.1.3: Kompleks Sukan MPSJ
Lampiran 2
Peta:
Peta 6.2: Lokasi MPSJ
Peta 6.3 Lokasi MPSJ di USJ 5
Lampiran 3
Akhbar:
Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8
Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3
Lampiran 4
Buletin
Nama Buletin : Sekitaran MPSJ
Tarikh : Bulan Januari-Jun 2010
Halaman : Muka surat 1-35
Penerbit : Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya
Lampiran 5
Internet
http://ocps.mpsj.gov.my
http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya
Lampiran 6
Brosur
Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Lampiran 7
Risalah
Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Lampiran 8
Bendera MPSJ:
Logo MPSJ:
Lampiran 9:
Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya
Bagi Tempoh 7 Julai 2010 - 31 Disember 2011
Bil Gambar Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon
1.
Nama : Y. Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi
Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610,
Subang Jaya, Selangor, Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0380263102 (Pejabat)
0356376569 (Fax)
2.
Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd
Shahir
Alamat : No 8, Jalan SS14/8H,
47500, Subang Jaya, Selangor Darul
Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0132277779 (HP)
0356210592 (Fax)
3.
Nama : Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman
Alamat : No 7A, Tiara Square,
Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP,
47600, Subang Jaya, Selangor Darul
Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0193692173 (HP)
0380248542 (Fax)
4.
Nama : Encik Pooi Weng Keong
Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden,
46300, Petaling Jaya, Selangor Darul
Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0123307280 (HP)
0340424240 (Fax)
5.
Nama : Encik Arumugam A/L Kalimuthu
Alamat : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran
Mentari, 46150, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0162108770 (HP)
0356301210 (Fax)
6.
Nama : Encik Mohd Nasir Bin Yusoff
Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5,
Kampung Seri Aman,
47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0192710234 (HP)
0380614801 (Fax)
7.
Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam
Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea,
47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0193350250 (HP)
0378803088 (Fax)
8.
Nama : Encik Chin Sou Bong
Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk
(JKP) MPSJ, Jalan BP 2/2, Bandar Bukit
Puchong, 47100, Puchong, Selangor Darul
Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0122330095 (HP)
0379551058 (Fax)
9.
Nama : Tan Jo Hann
Alamat : Kabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ,
Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong,
47610, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0192145451 (HP)
0379685415 (Fax)
10.
Nama : Encik Cheah Sang Soon
Alamat : 12A-2, Jalan USJ 21/7,
47630, Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0162639627 (HP)
0380231876 (Fax)
11.
Nama : Puan Norhesni Binti Ismail
Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk
(JKP) MPSJ, Jalan Permai 1/11, Taman
Puchong Permai, 47100, Puchong, Selangor
Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0173331500 (HP)
0380604420 (Fax)
12.
Nama : Encik Sapiyan Bin Mohd Din
Alamat : 50, Jalan Dahlia 2, Taman Puchong Perdana,
47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0173438677 (HP)
0380615839 (Fax)
13. Nama : Encik Tai Cheng Heng
Alamat : Pusat Khidmat Aduan Seri Kembangan,
1121-1B, Jalan Sekolah,
43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0162123960 (HP)
14.
Nama : Encik Ng Sze Han
Alamat : 1-12A, Jalan SP 5/3,
Taman Serdang Perdana, Seksyen 5,
43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0192766828 (HP)
0380681446 (Fax)
15.
Nama : Dr Loi Kheng Min
Alamat : 27-3, Jalan USJ 9/5Q,
47620, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0129438821 (HP)
0380246757 (Fax)
16.
Nama : Encik Robert Tan Siang Chiok
Alamat : No 3B, Jalan USJ 10/1D,
47620, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0192223348 (HP)
0356323348 (Fax)
17.
Nama : Encik Rajiv A/L Rishyakaran
Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP)
MPSJ, Jalan USJ 2/4S, 47600, Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
Website : www.rajiv4malaysia.com
Blog : http://rajiv4malaysia.blogspot.com/
Twitter : http://twitter.com/rajiv4malaysia
Facebook : www.facebook/rajiv4malaysia
No. Telefon : 0123111585 (HP)
0356350230(Fax)
18.
Nama : Encik Michael Tamilarason A/L K.Nadaysen
Alamat : Kabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ,
Jalan PU9/5, Taman Puchong Utama,
47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0102654161 (HP)
0358910460 (Fax)
19.
Nama : Encik Sufari Bin Tinnin
Alamat : No 27, Jalan 1/9H, Bandar Baru Bangi,
43650, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0133943129 (HP)
0389256204 (Fax)
20.
Nama : Encik Chong Hoon Ming
Alamat : Pusat Khidmat Adun Seri Kembangan,
1121-1B, Jalan Sekolah,
43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0122617931 (HP)
0389421850 (Fax)
21.
Nama : Encik Jaberi Bin Ami
Alamat : Kabin Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ,
Jalan Putra Bahagia 8/2B, Putra Heights,
47650, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0123025673 (HP)
22.
Nama : Encik Loka Ng Sai Kai
Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP)
MPSJ, Jalan SB Indah 2, Taman SG. Besi Indah,
43300, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0123966355 (HP)
0380236355 (Fax)
23.
Nama : Encik Noor Azam Bin Abdul Aziz
Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk
(JKP) MPSJ, George Lim Ah Soo, Jalan Putra
Permai 3, Taman Equine, 47100, Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0192233446 (HP)
24.
Nama : Puan Azizan Binti Jamaluddin
Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk
(JKP) MPSJ, Kg Tengah B, Bt 13, Jalan Klang,
47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0193889005 (HP)
25.
Nama : Encik Edward Ling Sieak Meeng
Alamat : 24A, Jalan SS14/1A,
47500, Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
E-Mel : [email protected]
No. Telefon : 0173393636 (HP)
Lampiran 10:
Kertas-Kertas Rujukan
Lampiran 11:
Dokumen-Dokumen dari MPSJ
Lampiran 12:
Surat-Surat Kebenaran
7.0 RUJUKAN
Akhbar
Star Metro, 5 Mei 2011, halaman 8
Star Metro, 18 Mei 2011, halaman 3
Buletin
Sekitaran MPSJ, keluaran bulan Januari-Jun 2010
Internet
http://ocps.mpsj.gov.my
http://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Perbandaran_Subang_Jaya
Brosur
Demam Denggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Risalah
Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
TUGASAN 2
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara
kita?
Institusi pentadbiran negara seperti Majlis Perbandaran, FELDA dan Majlis Daerah
memainkan peranan yang penting dalam integrasi national di negara kita. Dalam pentadbiran
tempatan, elemen-elemen patriotisme telah diterapkan untuk mencapai perpaduan antara rakyat.
Pertama, institusi pentadbiran tempatan menjadi teladan yang baik kepada kita untuk
berbangga sebagai rakyat Malaysia. Mereka merupakan contoh yang baik kepada orang awam
untuk menghormati raja dan pemimpin negara dan juga menghormati lambang-lambang
negara seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini
menjadi teras integrasi nasional.
Selain itu, unsur patriotik yang diterapkan ialah semangat setia negara. Kakitangan-
kakitangan yang bekerja di institusi pentadbiran tempatan hendaklah bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara dalam pengurusan dan pentadbiran. Mereka harus sentiasa
menjauhkan diri daripada gejala negatif seperti rasuah. Hal ini demikian kerana mereka perlu
menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat yang sememangnya bencikan rasuah. Jika rasuah
serta gejala negatif dihapuskan, maka rakyat akan mencintai bangsa dan negara serta hidup
bersatu padu.
Selain itu, unsur semangat kekitaan yang diterapkan oleh institusi pentadbiran tempatan
bantu memperkukuh integrasi nasional. Hal ini demikian kerana kakitangan-kakitangan di
institusi pentadbiran tempatan menerapkan nilai bertolak ansur dan bertoleransi terhadap
penduduk. Mereka melayan sebarang aduan serta masalah yang dihadapi oleh penduduk dengan
senyuman tanpa melihat warna kulit dan agama. Cara mereka ini mampu mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan berharmoni.
Seterusnya, institusi pentadbiran tempatan mengamalkan nilai berdisiplin yang
membawa kepada integrasi nasional. Kakitangan-kakitangan yang bekerja di institusi
pentadbiran tempatan sentiasa berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
Sebarang tindakan yang diambil oleh mereka adalah secara adil dan saksama tanpa berat
sebelah. Misalnya, sebarang undang-undang dan peraturan yang ditetapkan munasabah dan
relevan terhadap penduduk untuk memastikan penduduk sudi bekerjasama dengan pihak
berkuasa dengan mematuhi peraturan tersebut.
Malah, institusi pentadbiran tempatan turut menerapkan nilai berusaha dan produktif
yang membantu mencapai perpaduan antara rakyat. Sebarang aktiviti seperti gotong-royong,
larian lebuh raya, karnival dan sebagainya memerlukan banyak usaha untuk dijayakan. Sikap
rajin dan gigih membantu menjayakan sesuatu aktiviti. Staf-staf institusi pentadbiran tempatan
juga perlu tabah menghadapi cabaran yang datang untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Aktiviti-
aktiviti tersebut secara tidak langsung menerapkan integrasi nasional.
Konklusinya, unsur-unsur patriotisme perlu diterapkan dalam institusi pentadbiran
tempatan jika kita hendak hidup harmoni dan bersatu padu. Kakitangan awam haruslah
mempunyai komitmen yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan
masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.