SEJARAH BAB 5-8

16
Jawab semua soalan. Peranan X Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang Menjadi hakim di pelabuhan Mengurus cukai 1. Rajah di atas menunjukkan bidang kuasa X dalam sistem pentadbiran Melaka. X ialah ………… A. Laksamana B. Bendahara C. Syahbandar . !emenggung "ndang#undang laut Melaka mengandungi $% &asal $. "ndang#undang tersebut digubal bagi memastikan akti'iti perdagangan keraja Melaka berjalan lancar. Apakah kandungan undang#undang ini( ). *eraturan berniaga )). !anggungja+ab nakh,da- ki+i dan anak kapal ))). ukum#hukum jenayah )/. Cara perlantikan para pembesar A. ) dan )) B. )) dan ))) C. ))) dan )/ . ) dan )/ “Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.” 0. esimpulan yang dibuat daripada petikan di atas ialah A. Melaka menjadi pusat tumpuan ,rang asing B. Melaka mempunyai pega+ai#pega+ai yang cekap dan ber+iba+a C. Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan !imur dan Barat . Melaka sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang maju Pedagang : Saya perlukan penginapan, bekalan makanan dan minuman. Pengawal : Saya akan rujuk perkara ini kepada ketua pegawai saya. %. ial,g di atas mungkin diucapkan di pelabuhan Melaka semasa esul Melayu Melaka. Siapakah pega+ai yang menjalankan urusan tersebut( A. 2akh,da B. Laksamana C. Syahbandar . !emenggung

description

-

Transcript of SEJARAH BAB 5-8

Jawab semua soalan. Peranan X

Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang

Menjadi hakim di pelabuhan

Mengurus cukai

1. Rajah di atas menunjukkan bidang kuasa X dalam sistem pentadbiran Melaka. X ialah A. LaksamanaB. BendaharaC. SyahbandarD. Temenggung

Undang-undang laut Melaka mengandungi 24 fasal

2. Undang-undang tersebut digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan kerajaan Melaka berjalan lancar. Apakah kandungan undang-undang ini?

I.Peraturan berniagaII.Tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapalIII.Hukum-hukum jenayahIV.Cara perlantikan para pembesar

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.

3. Kesimpulan yang dibuat daripada petikan di atas ialah

A. Melaka menjadi pusat tumpuan orang asingB. Melaka mempunyai pegawai-pegawai yang cekap dan berwibawaC. Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan Timur dan BaratD. Melaka sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang maju

Pedagang : Saya perlukan penginapan, bekalan makanan dan minuman.Pengawal : Saya akan rujuk perkara ini kepada ketua pegawai saya.

4.Dialog di atas mungkin diucapkan di pelabuhan Melaka semasa Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah pegawai yang menjalankan urusan tersebut?

A. NakhodaB. LaksamanaC. SyahbandarD. Temenggung

KerajaanBarang yang dibekalkan

PLada hitam, emas, beras

QBeras, bahan makanan ,rempah

REmas

2

5. Berdasarkan maklumat di atas kerajaan R ialah A. PasaiB. SiakC. JambiD. Jawa

6. Pada kurun ke 15 , istana Melaka berperanan sebagai pusat kegiatan intelektual. Apakah kegiatan yang dijalankan di dalam bidang tersebut?

I. Tempat menyadur kitab-kitab Islam II. Tempat menterjemah kitab-kitab IslamIII. Tempat menyimpan bahan-bahan penulisan IslamIV. Tempat pengajaran Islam kepada rakyat jelata

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III, dan IV

Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka , tetapi akan kita bertuankan seorang ini janganlah, kata Tun Perak

7. Kata-kata Tun Perak di atas dapat membuktikan bahawa

A. Beliau memilih sultan kesayangannyaB. Beliau taat setia kepada Sultan MelakaC. Beliau seorang pembesar yang bijakD. Beliau tidak mahu menuntut bela keatas sultan 8.Apakah syarat yang dikenakan kepada pedagang yang ingin berdagang di Melaka?

A. Membayar 'Panduan'B. Memberi hadiah kepada sultan.C. Mendapatkan 'Surat Kebenaran'D. Memberi persembahan kepada Syahbandar

9. Mengapakah Sultan Mansor Shah mengutus surat kepada Raja Ryukyu?

A. Pedagang Ryukyu melancarkan pemberontakan.B. Pedagang Ryukyu enggan membayar cukai.C. Sultan ingin mengahwini Puteri Raja Ryukyu.D. Pedagang Ryukyu melanggar undang-undang di Melaka.

10. Siapakah sultan yang menyumbang kepada kegemilangan Melaka?

A. Sultan Ahmad ShahB. Sultan Mansor ShahC. Sultan Muzaffar ShahD. Sultan Mahmud Shah

11. Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pedagang dari barat?

A. 6%B. 3%C. Memberi persembahan kepada Syahbandar.D. Percuma

Penguasa bandar Protokol istana Hakim di darat 12. Senarai di atas merujuk kepada tugas pembesar dalam Sistem Pembesar EmpatLipatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Apakah jawatan pembesar tersebut?

A. BendaharaB. LaksamanaC. TemenggungD. Penghulu Bendahari

Pembesar Kawasan Pegangan

Bendahara Muar dan Bentan

Penghulu BendahariSening Ujong dan Kampar

LaksamanaX

13. Jadual di atas menggambarkan pembesar Melaka dan kawasan pegangan mereka. X ialah?

A. SiakB. JohorC. TemasikD. Inderagiri

Pemerintah Peranan

Parameswara Pengasas Melaka

Sultan Mansur Shah Kegemilangan Melaka

X Kemerosotan Melaka

14. Jadual di atas menunjukkan tokoh-tokoh yang pernah memerintah Melaka. Siapakah X?

A. Sultan Muhammad ShahB. Sultan Muzaffar ShahC. Sultan Mahmud ShahD. Sultan Alauddin Riayat Shah

Sultan Melaka : Tangkap Tun Mutahir! Beta jatuhkan hukuman bunuh ke atas Tun MutahirTemenggung : Titah tuanku patik junjung

15. Dialog di atas mungkin diucapkan semasa pemerintahan Sultan Mahmud. Mengapakah beliau dijatuhkan hukuman tersebut? A. Bersikap pilih kasihB. Bekerjasama dengan musuhC. Difitnah mengatasi kekayaan pemerintahD. Enggan mengahwinkan anaknya dengan Sultan

Pelantikan Raja Ahmad sebagai Sultan Melaka Pelantikan Tun Perpatih Putih sebagai Bendahara Melaka

16. Senarai di atas merujuk kepada perubahan dalam pentadbiran kerajaan Melaka Pada abad ke 16. Apakah kesan daripada perubahan tersebut?

A. Perebutan kuasa bertambah sengitB. Pentadbiran Melaka semakin lemahC. Pemberontakan rakyat tempatan bermulaD. Persaingan orang Melayu dengan India Muslim

Golongan Melayu Golongan India Muslim

17. Perpaduan rakyat Melaka tergugat apabila berlakunya persaingan di antara kedua- dua golongan di atas untuk A. Mendapatkan pengaruh politikB. Mendapatkan hak perdaganganC. Mendapatkan layanan istimewaD. Mendapatkan hak mentadbir wilayah

Bendahara Tun Mutahir Laksamana Khoja Hassan

18. Rajah di atas menggambarkan perebutan pengaruh antara dua orang pembesar semasa pemerintah Sultan Mahmud Shah. Apakah kesan daripada peristiwa di atas?

A. Rakyat tempatan berpecah belahB. Bendahara di buang negeriC. Laksamana meletakkan jawatanD. Kuasa asing campur tangan

Bantam Patani Brunei

19. Senarai di atas ialah pelabuhan yang menjadi pilihan pedagang semasa kemerosotan Melaka. Mengapakah pedagang berbuat demikian?

A. Sikap pilih kasih pemerintahB. Cukai yang tinggiC. Politik tidak stabilD. Serangan musuh

Soalan 20 berdasarkan dialog yang berikut.

Sultan Melaka: Apakah yang tuan hamba ingin persembahkanRaja Mendeliar: Ampun tuanku, Tun Mutahir memiliki emas yang melebihi tuanku

20. Dialog di atas mungkin diucapkan oleh Raja Mendeliar kepada Sultan Melaka. Mengapakah Raja Mendeliar berbuat demikian ?

A. Merebut kuasaB. Memohon hadiahC. Mengambil hati sultanD. Memfitnah Tun Mutahir

21. Orang Portugis merupakan bangsa Eropah terawal belayar ke Timur pada abad ke-15. Apakah tujuan kedatangan mereka ?

I. Mencari kekayaanII. Mencari kemegahanIII. Menyebarkan agamaIV. Membina kubu pertahanan

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Soalan 22 berdasarkan maklumat yang berikut.

Jawa Gujerat

22. Pedagang di atas telah memberi maklumat tentang tujuan kedatangan Portugis di Melaka pada tahun 1509. Apakah maklumat tersebut?

I. I Menentang agama Islam II. II Menguasai perdaganganIII. III Memajukan Kepulauan MelayuIV. IV Meningkatkan taraf hidup rakyat

A. I dan II B. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

23. Lopez de Sequeira dan rombongannya tiba di Melaka pada tahun 1509. Apakah tujuan rombongan Portugis datang ke Melaka?

A. Menjalin hubungan diplomatikB. Menguasai perdagangan lada hitamC. Menyaingi pedagang tempatanD. Menghapuskan kegiatan lanun

Soalan 24 berdasarkan maklumat yang berikut.

Gold, Gospel and Glory

24. Orang Portugis berpegang kepada konsep di atas semasa pelayaran mereka ke Timur. Siapakah yang memberi galakan kepada mereka?

A. Putera HenryB. Vasco da GamaC. Lopez de SequeiraD. Alfonso dAlbuqueuque

25. Nama asal Negeri Johor ialah A. Pasir MasB. Ujong TanahC. PelangiD. Tanjung Mas

Soalan 26 berdasarkan maklumat yang berikut.

Sultan X : Beta ingin menguasai semua jajahan takluk Melaka dan menjadikan jajahan takluk Johor.Pembesar : Ampun tuanku! Perintah tuanku dijunjung.

26. Siapakah Sultan X? A. Sultan Mahmud ShahB. Sutan Alauddin Riayat Syah 11C. Sultan AliD. Sultan Mansur Syah Soalan 27 berdasarkan petikan yang berikut.

Pusat pentadbiran Kerajaan Johor sentiasa berubah ubah di sepanjang sungai Johor dan kepulauan Riau-Lingga.

27. Mengapakah selalunya terdapat perubahan dalam pusat pentadbiran kerajaan Johor?

A. Sebagai muslihat untuk mempertahankan diriB. Pusat pentadbiran Johor selalu diancam oleh lanunC. Sebagai langkah untuk membangunkan JohorD. Mudah untuk Johor mentadbir wilayah-wilayah lain

Soalan 28 berdasarkan maklumat yang berikut.

Tun Sri Lanang Laksamana Tun Abd Jamil

28. Apakah persamaan antara tokoh-tokoh di atas?

I. Menyusun sejarah melayuII. Memegang jawatan Bendahara Paduka Raja JohorIII. Merupakan pembesar Kerajaan JohorIV. Terlibat dalam usaha menawan semula Melaka

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

Soalan 29 berdasarkan maklumat yang berikut.

Tokoh X: Kerajaan kita berminat menguasai perdagangan di kepulauan Melayu.Tokoh Y: Bagi mencapai cita-cita kita, lebih baik bergabung dengan Johor

29. Tokoh Y dan X adalah dari kuasa

A. Portugis B. Acheh C. BritishD. Belanda

30. Antara berikut, yang manakah merupakan sebab-sebab kegemilangan Kerajaan Johor?

I. Kecekapan sultan dan pembesar JohorII. Perkembangan perdagangan yang pesatIII. Perkembangan bidang persuratanIV. Hubungan persahabatan dengan Acheh

A. 1.11 dan 111 B. 1,11 dan 1VC. 1.111 dan 1VD. 11,111 dan 1V

31. Siapakah pembesar Johor yang berjaya menyelamatkan Johor daripada terus merosot semasa perang Johor-Jambi?

A. Tun Sri LanangB. Raja HajiC. Bendahara Tun Habib Abd MajidD. Laksamana Tun Abd Jamil

32. Melaka telah ditawan oleh Portugis pada tahun1511. Apakah faktor kejatuhan Melaka?

I. Kelemahan pentadbiran II. Kedatangan askar upahanIII. Kekurangan barang daganganIV. Perpecahan di kalangan penduduk

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

33. Berapa lamakah peperangan antara Portugis dan Sultan Mahmud Syah telah berlarutan?

A. 4 tahunB. 5 tahunC. 10 tahunD. 12 tahun

34. Siapakah pengasas kerajaan di Tanah Besar Johor atau Ujong Tanah?

A. Sultan Mahmud SyahB. Sultan Ali Jalal Abdul JalilC. Sultan Muzaffar SyahD. Sultan Alauddin Riayat Syah

35. Siapakah yang telah mempercayai dakwaan Raja Kechil sebagai putera Almarhum Sultan Mahmud Shah III?

A. Pembesar MelayuB. Anak Sultan Mahmud SyahC. Orang LautD. Keluarga Bendahara Tun Abdul Jamil

36. Pada pendapat anda, mengapakah Raja Kechil menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah?

A. Memulakan Kesultanan Johor daripada keturunan Bendahara.B. Mengisytiharkan dirinya sebagai pewaris takhta Johor.C. Menganggap dirinya anak kepada Raja Sulaiman.D. Meneruskan Kesultanan Johor dinasti Melaka.

Mereka menjadi tentera upahan yang gagah berani Mereka bersetuju membantu Raja Sulaiman dengan syarat mereka diberi kuasa sebagai Yamtuan Muda Raja Sulaiman terdesak dan bersetuju dengan tuntutan mereka

37. Siapakah mereka yang dimaksudkan?

A. Orang BelandaB. Anak Raja Bugis Lima SaudaraC. Orang LautD. Pembesar

Sai Kataha Kalah Bar

38. Senarai di atas merujuk kepada asal usul nama negeri. Apakah nama negeri tersebut?

A. PerakB. KedahC. SelangorD. Negeri Sembilan

Bunga emas

39. Kerajaan Kedah telah menghantar bunga emas ke Siam. Mengapakah mereka mengambil tindakan sedemikian?

A. Mendapatkan bekalan emasB. Meminta pertolongan ketenteraanC. Mengamalkan semangat kesukuanD. Melambangkan kekayaan dan kehebatan

Pada tahun 1821, Siam menaklukKedah dan menyebabkanketidakstabilan politik kerajaan tersebut.

40. Pernyataan di atas merujuk kepada serangan Siam ke atas Kedah. Mengapakah Kedah diserang?

A. Kekayaan hasil bumiB. Tidak menepati janjiC. Kedudukan yang strategikD. Hubungan baik antara dengan Inggeris

41. Apakah tujuan Sultan Kedah menjalinkan persahabatan dengan Burma?

A. Mengakui ketuanan negeri BurmaB. Menjalankan urusan perdaganganC. Menjamin keselamatan negerinyaD. Menyebarkan agama Islam

Nama Perak diambil sempena nama Sungai Perak yang terletak di Chegar Galah yang terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak.Penulis buku

42. Pernyataan di atas merujuk kepada asal usul nama Perak. Apakah nama buku tersebut?

A. Sejarah PerakB. Sejarah MelayuC. Salasilah PerakD. Misa Melayu

Sultan Iskandar Zulkarnain : Harap-harap kita akan bekerjasama untuk kepentingan kedua-dua pihak.Thomas Acheppers : Ya, perjanjian ini akan menguntungkan Belanda dan Perak.

43. Dialog di atas mungkin berlaku ketika Sultan Perak menanda tangani perjanjian Dengan Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C). Apakah yang terkandung di dalam perjanjian tersebut?

A. Belanda akan melindungi Perak dari serangan musuhB. Perak akan menjadi negeri naungan BelandaC. Belanda dibenarkan memungut cukai dari PerakD. Perak akan menjual bijih timah kepada Belanda.

44. Mengapakah pemilihan dan pelantikan sultan di Perak dianggap unik?

A. Pemilihan mengikut system warisanB. Pelantikan berdasarkan kebolehan putera rajaC. Pelantikan mengikut system giliranD. Pemilihan berdasarkan kegagahan seseorang putera raja

Pahang Melaka

45. Senarai di atas merujuk kepada nama negeri. Apakah persamaan yang terdapat pada negeri-negeri di atas?

A. Tanah jajahan takluk PerakB. Negeri sempena dengan nama pokokC. Terlibat dalam kegiatan perdaganganD. Kawasan pegangan Bendahara Tun Perak

Sebagai pusat perdagangan, Kelantan telah mengeluarkan wang emas.

46. Penyataan di atas merujuk kepada kemajuan perdagangan di Kelantan. Apakah nama wang yang digunakan oleh mereka?

A. Dinar dan wang pitisB. Dirham dan wang pitisC. Rupiah dan wang pitisD. Darma dan wang pitis

Terengganu merupakan negeri terawal menerima pengaruh agama Islam

47. Penyataaan di atas berkaitan dengan perkembangan Islam di Terengganu. Apakah buktinya?

A. Pinggan mangkuk yang mempunyai tulisan jawiB. Tembaga purba yang bertulis ayat Al-QuranC. Kulit kayu yang bertulis ayat Al-QuranD. Tulisan jawi di dinding gua

Kerajaan Selangor muncul sebagai kerajaan Melayu baru pada kurun ke 19

48. Penyataan di atas merujuk kepada negeri Selangor. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan negeri tersebut?

I. Sultan berasal daripada orang BugisII. Daerah terletak di bawah jajahan MelakaIII. Nama negeri diperoleh sempena nama sungaiIV. Terdiri daripada sembilan buah daerah.

A. I,II dan IIIB. I,II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

Keadaan Negeri Sembilan tidak amanselepas kejatuhan Melaka ditangan Portugis.

49. Penyataan di atas menerangkan situasi di Negeri Sembilan. Apakah yang dilakukan oleh penghulu-penghulu di negeri Sembilan untuk mengatasi keadaan tersebut?

A. Meminta pertolongan BelandaB. Menghantar bunga emas kepada BugisC. Memberi hadiah kepada Bugis tiga tahun sekali.D. Berusaha untuk mendapatkan seorang putera raja

Bendahara Megat Terawis telahmenentukan sempadan antara perakdengan Siam.

50. Penyataan di atas merujuk kepada usaha pembesar Perak. Mengapakah beliau berbuat demikian?

A. Mengukuhkan kuasa pembesarB. Memudahkan urusan pungutan cukaiC. Mengamalkan Undang-Undang Tanah PerakD. Menjamin taat setia penduduk

SOALAN TAMATJAWAPAN

1. C2. A3. C4. C5. B6. A7. D8. A9. D10. B11. A12. C13. C

14. C15. C16. B17. A18. B19. B20. D21. A22. A23. A24. A

25. C26. A27. D28. D29. B30. C31. C32. C33. B34. D35. C36. B37. B

38. A39. B40. C41. C42. A43. D44. C45. B46. A47. B48. A49. C50. B

2