Sejarah
-
Upload
syarizzah-flizs -
Category
Documents
-
view
753 -
download
0
description
Transcript of Sejarah
PENYATUAN NEGARA BANGSA
ITALI
PERKEMBANGAN DI ITALI ANTARA TAHUN 1815-1848
Itali mula dikuasai oleh kuasa-kuasa asing selepas keruntuhan Empayar Napoleon.
Austria merupakan kuasa asing yang paling berpengaruh di semenanjung Itali dan memainkan peranan sebagai penampan bagi menghalang peluasan pengaruh perancis d semenanjung Itali.
Selepas 1815, tidak wujud kesedaran dalam kalangan orang itali untuk menyatukan wilayah-wilayah itali.
Faktor yang menjadi penghalang bagi mewujudkan penyatuan itali :
A. wujud permusuhan dan perselisihan faham dalam kalangan wilayah wilayah Itali.
B. Tidak timbul kesedaran kebangsaan dalam kalangan penduduk dan pemerintah di Itali.
C. Pemerintah tempatan menghalang usaha penyatuan kerana bimbang akan kehilangan kuasa.
D. Terdapat 3 aliran pemikiran yang berbeza dalam usaha utuk mewujudkan penyatuan di Itali.
Tiga aliran pemikiran yang berbeza
Republik demokrat
•Golongan ini di bawah pimpinan Mazzini mahu menghapuskan pemerintahan monarki dan menubuhkan pemeritahan republik.
Pemerintahan
Paus
•Golongan ini dipimpin oleh Vicenzo Gioberti mahu mewujudkan kerajaan persekutuan di bawah pimpinan paus di Itali.
Monarki
liberal
•Golongan intelektual di Piedmont berpendapat pemerintahan monarki Piedmont mampu menyatukan Itali.
Tercetus beberapa pemberontakan di wilayah-wilayah Itali pada 1820-1821.
Raja Piedmont merancang untuk menubuhkan organisasi bagi menyatukan Piedmont, Bavaria, Naples, dan wilayah-wilayah Paus untuk menentang Austria.
Usaha tersebut gagal kerana Naples dan wilayah-wilayah Paus menetang organisasi tersebut.
Faktor-faktor penyatuan Itali selepas Tahun 1848
Kepimpinan Cavour
Perjuangan Garibaldi
Penentangan Giuseppe Mazzini
Bantuan Luar
Kepimpinan Piedmont
Kepimpinan Cavour Camillo Benso de Cavour (bangsawan
Piedmont) pernah mengembara dan mempelajari kehidupan politik di britain dan Perancis.
Beliau mengasakan akhbar Risorgimento pada 1847 dan terpilih menjadi ahli Parlimen kerajaan piedmont pada 1848.
Beliau dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Perdagangan pada 1850 dan dilantik sebagai Perdana Menteri Piedmont (menggantikan Massimo d’Azeglio) pada 1852.
Beliau mengambi langkah untuk menyatukan Itali selepas memegang jawatan Perdana Menteri.
Langkah yang diambil :Dasar Negeri
Piedmont
Mendapatkan Bantuan Perancis
Penyertaan Piedmont Dalam Perang Crimea
Pembentukan Persatuan
Kebangsaan
Provokasi Terhadap Austria
Dasar Dalam Negeri Piedmont Cavour mengambil langkah mengukuhkan
kerajaan dalam bidang ekonomi dan politik untuk menghadapi peperangan dengan Austria.
Mendapatkan Bantuan Perancis Cavour berpendapat bahawa penyatuan Itali
tidak dapat dilakukan tanpa bantuan orang lain. Cavour menggunakan peluang dan
kesempatan untuk menjalinkan perikatan dengan Perancis.
Napoleon (Pemimpin Perancis) berminat dalam hal ehwal Itali.
Langkah menjalinkan hubungan rapat antara Piedmont dan Perancis :
a) Mesyuarat Plombiers
b) Hubungan perkahwinan;
c) Pakatan Tentera
Penyertaan Piedmont Dalam Perang Crimea
Melibatkan Piedmont dalam hal ehwal yang berlaku di luar negara dan Cavour berpendapat kuasa-kuasa eropah akan membantu Itali menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Perancis dan Britain menjemput Piedmont menyertai peperangan Crimea pada 1855 tetapi kabinet Piedmont menolak idea tersebut, namun Cavour ingin Piedmont menyertai peperangan tersebut.
Pasukan tentera mencapai kejayaan dalam pertempuran di Tchernaya yand dipimpin oleh La Marmora.
Hal ehwal Piedmont telah dibincangkan dalam Persidangan Damai Paris.
Pembentukan Persatuan Kebangsaan
Persatuan Nasional-ditubuhkan untuk menyatukan kumpulan-kumpulan yang berjuang menyatukan Itali.
Moto : Kemerdekaan, Perpaduan, dan Kebebasan Perlembagaan di bawah pemerintahan dinasti Savoy.
Tokoh yang terlibat : Pallavincio, La Farina, Garibaldi, dan Daniele Manin.
Cavour telah mengadakan rundingan secara sulit dengan pemimpin-pemimpin Persatuan Kebangsaan dan belia juga mendapatkan bantuan La Farina bagi mendapatkan sokongan rakyat.
Beliau dapat bekerjasama dengan Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera sukarela (penduduk Lombardy)
Provokasi Terhadap Austria Cavour merancang untuk mencetuskan ketegangan
antara Piedmont dan Austria selepas mesyuarat di Plombieres.
Antara langkah provokatif yang diambil oleh Cavour agar Austria memulakan peperangan :
a) Memutskan hubungan diplomatik
b) Mengumpul dana peperangan
c) Ucapan provokatif Victor Emmanuel
d) Hubungan sulit Cavour dengan Persatuan kebangsaan
e) Menolak permintaan ekstradisi dari Austria
Buol (Ketua Menteri Austria) memberikan kata dua kepada cavour untuk mendemobilisasikan tenteranya dalam tempoh tiga hari dan memberi amaran kepada Piedmont bahawa Austria akan mlancarkan seranan sekiranya tuntutan tersebut tidak ditunaikan.
Peperangan tercetus apabila Cavour menolak tuntutan Austria.
Piedmont berjaya menawan Lambordy dengan bantuan Perancis dan Perancis membuat rundingan dengan Austria untuk menamatkan peperangan menerusi Perjanjian Villafranca.
Perjanjian Turin- pungutan suara diadakan di Parma, Modena, Tuscany, dan Romagna pada 24 mac 1860 dan mereka memilih untuk bersatu di bawah pemerintahan Piedmont.
Wilayah Nice dan Savoy disatukan dengan Perancis sebagai alasan atas bantuan Perancis.
PERJUANGAN GARIBALDI
Garibaldi adalah pengikut setia kepada tokoh nasionalsis Itali iaitu Mazzini.
Beliau menyertai pertubuhan ‘Itali Muda’ dan pasukan tentera laut Piedmont.
Beliau terlibat dalam peperangan yang dilancarkan oleh Lombardi menetang Austria.
Beliau mempertahankan Rom daripada ancaman Perancis.
Beliau memainkan peranan penting dalam peperangan di Sicily dan Naples.
PENENTANGAN GIUSEPPE MAZZINI (1805-1872)
Mazzini (tokoh nasionalis) memperjuangkan penyatuan Itali menerusi pemberontakan.
Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Piedmont menyertai peperangan Crimea, malah tidak merestui perikatan antara kerajaan Piedmont dengan Perancis.
Mazzinibersetuju dengan pendekatan diplomatik yang digunakan leh Cavour.
Sumbangan beliau :
a) Idea penyatuan Itali
b) Menubuhkan pertubuhan
c) Melancarkan pemberontakan
BANTUAN LUAR Kerajaan Piedmont mendapat bantuan daripada
Perancis, Prusia, dan Britain untu menyatukan Itali.
Bantuan Perancis membuatkan Itali berjaya menguasai Lambardy dan memperoleh Parma, Modena, Tuscany, dan Romagna.
Britain memberikan sokongan moral untuk penyatuan Itali.
Itali berjaya menguasai Venetia dengan bantuan Prusia.
KEPIMPINAN PIEDMONT Piedmont merupakan kerajaan yang menjadi
harapan bagi penyatuan bangsa Itali. Sebab Piedmont diiktiraf sebagai harapan untuk
membebaskan Itali daripada cengkaman bangsa asing adalah :
a) Piedmont memiliki pasukan tentera yang mampu menentang Austria.
b) Piedmont memiliki pemimpin berwibawa seperti Raja Victor Emmanuel II.
c) Piedmont merupakan asas bagi kemunculan pergerakan politik seperti Persatuan Kebangsaan (National Society).
Penyatuan bahagian selatan dengan utara Itali
Kemunculan Semula
Garibaldi
Kekacauan di Selatan
Itali
Ekspedisi Seribu
Sukarelawan
Penaklukan Sicily
Penguasaan Naples Dan
Sicily
KEMUNCULAN SEMULA JADI GARIBALDI
Memimpin tentera gerila bagi membantu piedmont dalam peperangan Austria dan memimpin tentera kerajaan revolusi di bahagian tengah Itali.
Beliau tidak berpuas hati dengan tindakan penyerahan wilayah Nice kepada perancis.
KEKACAUAN DI SELATAN ITALI Raja Francis II (Raja Naples) menjalankan
reformasi untuk mengelak kebangkitan rakyat di wilayahnya.
Baginda bimbang terhadap golongan pemberontak yang berjuang membebaskan wilayah Sicily daripada penguasaan Naples.
Crispi (tokoh republik) menghasut rakyat Sicily untuk memberontak.
EKSPEDISI SERIBU SUKARELAWAN
Covour mengambil kesempatan untuk menguasai perkembangan politik di bahagian selatan Itali.
Beliau memanipulasikan perjuangan Mazzini dan Garibaldi.
Garibaldi mengumpul seramai seribu sukarelawan di Geneo untuk menguasai Sicily.
Tentera Garibaldi berjaya mendarat di Marsala, Sicily.
PENAKLUKAN SICILY
TENTERA Garibaldi berjaya menewaskan tentera Napes di Calatafini dan Garibaldi berjaya menguasai seluruh Pulau Sicily.
Cavour bimbang sebuah kerajaan republik akan ditubuhkan dan perkembangan in menyebabkan Cavour mendesa kuasa-kuasa besar Eropah agar campur tangan di Sicily.
PENGUASAAN NAPLES DAN SICILY
Pasukan tentera (Garibaldi) menyeberang Selat messina. Raja Francis meninggalkan Naples dan berundur ke Gaeta. Tentera Garibaldi berjaya menguasai Naples. Cavour membuat keputusan campur tangan dalam
perkembangan yang berlaku di selatan Itali dan menghantar tentera ke Paus untuk memulihkan keamanan.
Cavour menewaskan tentera Paus di Castlefidardo dan mmbuat keputusan untuk menggerakkan tenteranya ke Naples
Cavour mendapat persetujuan menguasai selatan Itali dan Raja Francis meninggalkan Gaeta dan berundur ke Rom.
Garibaldi menyerahkan kuasa kepada Raja Victor Emmanuel dan membuat keputusan bersara di Caprera.
Penyatuan Akhir (1886-1870)
Pembentukan Kerajaan
Baharu di Itali
Kematian Cavour
Penaklukan Venetia
Pendudukan Rom
KEMATIAN CAVOUR
Kematian pada 16 jun 1861 Pemimpn selepasnya tidak mepunyai
kewibawaan untukmemperkenalkan dasar bagi menyatukan bahagian utara dan selatan Itali.
PENAKLUKAN VENETIA Pemimpin Itali telah berusaha memperoleh wilayah venetia
dari Austria. Itali menawarkan 1000 million lire untuk membeli Venetia
dan Austria. Golongan tentera Naples tidak bersetuju dengan tawaran
tersebut. Itali bersekutu dengan Prusia menentang Austria. Tentera darat Itali ditewaskan di Custozza manakala
tentera aut pul di Lissa. Tentera Prusia berjaya menewaskan tentera Austria lalu
kejayaan merekamenyebbkan wilayah Venetia diserahka kepada Itali sebagai balasan penyrtaan Itali dalam peperangan tersebut.
PENDUDUKAN ROM Tindakan terakhir Cavour adalah
mendapatkan deklarasi Parlimen mengishtiharkan Rom sebagai ibu kota.
Antara peristiwa-peristiwa yang membawakepada penguasaan Rom adalah :
a) Tentera pimpinan Garibaldi mendarat di Sicily.
b) Satu konvokesyen untuk menyelesaikan pertikaian antara Itali dan Perancis.
c) Tentera Perancis meninggalkan Rom pada Disember 1866 lalu Itali menduduki rom.