BAB IV PEMBAHASAN A. Penyaluran Zakat, Infak Dan Sedekah ...
Sedekah dan Infak
-
Upload
sitihanissurayanizam -
Category
Education
-
view
250 -
download
0
Transcript of Sedekah dan Infak
SITI HANIS SURAYA BINTI NIZAMA162064
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
SEDEKAH DAN INFAK
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMATDr. MUHAMAD NAZRI BIN BORHAN
• Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة) yang bermaksud benar.
• Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, mahupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
SEDEKAH
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang
hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri
seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.
(Riwayat Muslim)
HURAIAN HADITH1. Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya
2. Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah SWT
3. Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah SWT memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian
4. Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT 4. 4. sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda
Kitab Riyadhus Salihin
CARA SEDEKAH TIDAK SIA-SIASedekahlah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat.
Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.
Bersedekah dengan disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah
Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.
ANTARA MANFAAT SEDEKAH
MENGUNDANG DATANGNYA
REZEKI
MENOLAK BALA/MUSIBAH
MENYEMBUHKAN PENYAKIT MEMANJANGKAN
UMUR
Sedekah boleh jadi infak atau zakat, malah sedekah boleh melibatkan apa-apa sahaja
kebaikan yang dilakukan, sama ada melibatkan pemberian
harta ataupun tidak melibatkan harta.
Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT secara umum.
INFAK
Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib
Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal
untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.
Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-
Baqarah
Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk
makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)