SEAMO

download SEAMO

of 2

description

advertsemnt

Transcript of SEAMO

  • LAMPIRAN A

    SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SEAMEO SEARCA FILIPINA BAGI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN DALAM BIDANG PERTANIAN BAGI TAHUN 2016-2017

    KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA

    1.0 SYARAT UMUM i. Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah

    mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta

    sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat

    memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

    ii. Tawaran ini hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ke atas

    yang sedang berkhidmat dengan Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2.0 SYARAT KHUSUS i. Warganegara Malaysia;

    ii. Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3) tahun dalam skim perkhidmatan semasa

    pada tarikh tutup permohonan

    iii. Telah disahkan dalam perkhidmatan di Gred DG41 pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

    iv. Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya.

    v. Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pemilihan peringkat pengajian Kedoktoran.

    vi. Mendapat markah kelulusan 550 bagi TOEFL atau 6.0 bagi IELTS.

    vii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan.

    viii. Mencapai Laporan Nilaian prestasi Tahunan (purata minimum 85 peratus) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2012,2013,2014). Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT sebelum/selepas tempoh cuti belajar;

    ix. Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;

  • x. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;

    xi. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar, Peminjam/peminjam yang disenarai hitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.

    xii. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.

    3.0 SYARAT TAMBAHAN

    i. Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian / kursus yang ditawarkan

    sahaja seperti dalam senarai kursus. Sebarang pertukaran bidang pengajian/kursus

    yang telah ditetapkan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Kementerian.

    ii. Calon-calon juga perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.

    Kementerian hanya memberikan kelulusan Cuti Belajar kepada calon-calon yang layak

    dan segala penajaan adalah di pihak penaja.

    Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat :

    BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (BPTV)

    BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN (BT)

    Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 5 & 6, Blok E14, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya W.P Putrajaya Puan Marina binti Rahman No.Tel : 03-8884 5222 E-mail : [email protected]

    Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok 2251 Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan Puan Engku Hartini binti Engku Mohd Halim No.Tel : 03-8321 7159 E-mail : [email protected] Puan Nor Hazren binti Che Hassan Tel : 03 8321 7149 E-mel : [email protected]