SCHOOL OF GRADUATE STUDIES PANDUAN PENDAFTARAN … · Program secara Kerja Kursus : Sehingga minggu...
Transcript of SCHOOL OF GRADUATE STUDIES PANDUAN PENDAFTARAN … · Program secara Kerja Kursus : Sehingga minggu...
SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
PANDUAN PENDAFTARAN UNTUK PELAJAR BAHARU TEMPATAN PENTING (Sila baca dengan teliti sebelum memulakan proses pendaftaran):
1. Butiran minggu pendaftaran adalah seperti berikut:
Tarikh : 28 Ogos 2017 – 8 September 2017 * Kecualia Sabut, Ahad dan cuti umum Masa :8.30 am – 4.30 pm *Rehat : 1.00 pm – 2.00 pm (Isnin-Khamis) *Rehat : 12.15 pm – 2.45 pm (Jumaat) Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
2. Sila rujuk Registration Checklist untuk langkah-langkah yang perlu diambil sepanjang minggu
pendaftaran.
3. Pastikan anda telah menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) atau
mana-mana hospital/klinik kerajaan/swasta sebelum mendaftar dan lengkapkan borang Laporan
Pemeriksaan Kesihatan yang disertakan (RME/IPT Local ). Hanya calon pelajar yang disahkan tidak
menghidapi masalah kesihatan sahaja akan dibenarkan mendaftar.
4. Pembayaran yuran asas hendaklah dijelaskan sebelum pendaftaran. Pembayaran melalui kad kredit
sahaja akan diterima di kaunter pendaftaran calon ingin membuat bayaran secara tunai, sila berbuat
sedemikian di mana-mana cawangan CIMB Bank dan majukan bukti pembayaran semasa
pendaftaran. Sila rujuk ‘Method of Payments’ untuk pilihan cara pembayaran yang lain.
5. Sila ambil perhatian bahawa semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan sebelum
ini adalah dianggap benar. Sekiranya didapati palsu untuk mendapatkan tawaran kemasukan ke
UPM, universiti berhak untuk menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa termasuk semasa proses
pendaftaran. Oleh itu, pastikan bakal pelajar membawa semua salinan asal dokumen yang diperlukan
(akademik dan kesihatan) semasa proses pendaftaran.
6. Pendaftaran lewat hanya dibenarkan dengan alasan yang munasabah. Sebarang permohonan untuk lewat mendaftar perlu dimajukan kepada Pn. Rahmawati Umar melalui emel [email protected] untuk menyatakan sebab dan tarikh dijangka mendaftar. Berikut adalah minggu akhir pendaftaran pelajar baharu yang dibenarkan:
Program secara Kerja Kursus : Sehingga minggu kedua selepas semester bermula Program secara Penyelidikan: Sehingga minggu ketujuh selepas semester bermula
7. Bagi pendaftaran lewat, semua urusan pendaftaran perlu diselesaikan di pejabat urusan masing-masing sebagaimana yang dinyatakan di bawah:
Step merujuk kepada Registration Checklist
Step 2 Pengesahan kesihatan Pusat Kesihatan Universiti
(http://www.pku.upm.edu.my)
Step 3 Semakan Dokumen Sekolah Pengajian Siswazah 1
Step 4 Bayaran yuran secara tunai Semua cawangan CIMB Bank
Step 5 Pengesahan bayaran tunai/Bayaran Kaunter Bursar di Sekolah Pengajian
melalui kad kredit atau debit/Biasiswa Siswazah 2
1
Step 6 Melengkapkan urusan pendaftara Sekolah Pengajian Siswazah 2
Google map Kompleks Akademik A: https://www.google.com/maps/d/u/0/viewer?mid=1zBI-61qu0PJRnJttPgF8Y1K7R3Y&hl=en&ll=3.0007705740133246%2C101.71570285763744&z=18