Saya Mahu Cantik Hari-hari
-
Upload
mohamadirfan -
Category
Documents
-
view
256 -
download
7
description
Transcript of Saya Mahu Cantik Hari-hari
Saya, Ros Atiqah Fatin Abdullah (RAFA),
Pemilik butik online,
www.RafaLegacy.com
Alhamdulillah. Seperti yang saya janjikan dan dinantikan oleh anda semua,
saya akan berkongsi sedikit ilmu Imej, dan Fesyen dalam ebook “Saya Mahu
Cantik Hari-‐Hari” ini. Ilmu yang dikongsikan ini adalah hasil pembacaan dari
buku tentang imej dan nukilan pendapat saya sendiri.
Mohon maaf atas segala kekurangan. Bak kata guru saya, kita tidak perlu
menunggu untuk menjadi seorang pakar untuk berkongsi ilmu. Setiap ilmu yang
diperolehi pasti ada manfaatnya. Sebaik-‐baik manusia adalah mereka yang
memberi manfaat kepada manusia lain.
FESYEN VS. IMEJ
Fesyen dan wanita memang tidak dapat dipisahkan bak irama dan lagu.
Sebagai seorang wanita, kita mestilah menjaga penampilan dengan bijak. Gaya, dan
imej pula memberi gambaran pertama terhadap personaliti kita.
Fesyen adalah sesuatu yang sentiasa berubah mengikut arus peredaran zaman dan ia
juga bergantung pada keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.
“Fesyen silih berganti, namun gaya kekal selamanya” – Yves Saint Laurent
Oleh sebab itu, kita dapat melihat berlainan negara pasti mempunyai fesyen
yang berbeza. Sebagai contoh, fesyen negara Arab mempamerkan fesyen yang
menutup aurat dan budaya Islam. Di negara majmuk seperti Malaysia, kita dapat
melihat pelbagai jenis fesyen yang berlainan dari pelbagai bangsa. Pada tahun 2013,
kita juga dikejutkan dengan gelombang fesyen dari negara Korea. Fesyen Korea ini
menjadi kegilaan para gadis remaja kerana gaya fesyennya yang comel dan unik.
Kini, penggemar fesyen Muslimah lebih bijak berinovasi dengan fesyen korea,
barat dan lain-‐lain dengan memasukkan elemen-‐elemen Islamik. Dengan itu, wujud
pelbagai fesyen yang unik, cantik dan ‘versatile’ serta bersesuaian dengan gaya
seorang Muslimah. Ia sekaligus memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.
Fesyen bukan sahaja terhad kepada jenis pakaian sahaja. Fesyen juga termasuk
aksesori, beg tangan, kasut, dan lain-‐lain. Kita mesti bijak memilih fesyen yang sesuai
dengan diri kita mengikut situasi dan tempat.
Seterusnya, bagaimana cara kita memperagakan sesuatu fesyen menunjukkan
gaya atau imej diri kita. Imej adalah sesuatu yang kekal. Ia adalah peribadi kita yang
sebenarnya. Gaya atau imej diri melambangkan watak peribadi kita. Menurut
seorang Perunding Imej Professional, imej diri termasuklah pakaian, pertuturan dan
pergaulan seseorang.
Imej diri adalah aset penting bagi seseorang terutamanya mereka yang
berkecimpung dalam bidang professional, dan perniagaan. Pada pandangan peribadi
saya, semua orang terutama umat Islam perlu menjaga imej diri iaitu meletakkan diri
sendiri sebagai seorang yang bersih, kemas, sopan dan baik akhlaknya. Seseorang
yang baik akhlak dan hatinya, kecantikkan dan imej diri yang baik akan terpancar
diwajahnya secara semulajadi.
Imej diri yang berkesan amat penting terutamanya bagi mereka yang
berkecimpung dalam bidang professional dan perniagaan. Penampilan yang kemas
dan menarik memberi gambaran terhadap kebolehan, kemahiran professional, dan
taraf sosial seseorang. Imej yang baik bermula dengan penampilan diri yang menarik
dan perasaan yang selesa.
Oleh itu, kita tidak semestinya mengikut 100% perubahan fesyen masa kini
tetapi pilihlah satu gaya fesyen yang selesa dan mempamerkan diri kita yang
sebenarnya. Dengan itu, kita akan lebih yakin bergaya setiap hari.
Setiap wanita impikan untuk menjadi cantik seperti Cinderella, Snow White
dan bidadari kayangan. Dalam hati kecil wanita pasti ada rasa ingin cantik dipandang
orang walaupun bibir menafikannya. Walaubagaimanapun, kecantikan itu sangat
subjektif untuk diberi maksud yang tepat.
Semua orang mempunyai jawapan yang berbeza. Di Malaysia, ada orang kata
putih itu cantik, gebu itu cantik, tinggi, mata bulat dan kurus itu cantik. Manakala jika
kita ke negara China, mungkin kecantikkan dari sudut pandangan masyarakat China
adalah orang yang bermata sepet. Jika kita ke negara Afrika pula mungkin kecantikan
itu adalah mereka yang berambut kerinting dan berkulit gelap.
Jadi, usah risau wahai wanita jika anda tidak dipandang cantik oleh seseorang
tetapi anda tidak tahu bahawa ada orang lain yang merasakan anda sangat cantik
dan ingin menjadi seperti anda.
Seperti yang telah kita bincangkan, imej atau penampilan diri amat penting
bagi setiap manusia. Sebagai seorang wanita, anda wajib menjaga penampilan diri.
Tidak kira sama ada anda seorang ahli perniagaan korporat, doktor, guru, peniaga
kecil atau surirumah sepenuh masa. Menjaga penampilan bukan untuk cantik luaran
semata-‐mata tetapi cantik dalaman sekali.
Bagi saya, menjaga penampilan diri adalah penjagaan tubuh badan sendiri
supaya sentiasa kemas, bersih dan selesa. Oleh itu, seorang wanita perlu belajar
kenal diri sendiri dan sayang diri terlebih dahulu.
Sebagai contoh, adakah kita ingat ukuran badan, saiz, berat, dan tinggi diri
kita? Untuk memilih pakaian yang selesa, kemas, cantik dan sesuai dengan diri kita,
kita perlu tahu siapa diri kita atau erti kata lain adalah personaliti diri kita. Dengan
ini, keyakinan diri akan terserlah. Kita tahu apa yang boleh dan tidak boleh kita
pakai.
Selain pakaian, kecantikan dalaman juga mesti dijaga rapi. Kesihatan sangat
penting untuk kita terus bahagia dan bebas melakukan aktiviti kegemaran kita. Kita
mesti tahu apa jenis kulit kita, apa yang kita boleh makan dan tidak boleh, dan
sebagainya. Bila kita sudah kenal diri dan kesihatan kita, kita akan bertindak untuk
menjaganya sebaik mungkin. Kita akan takut untuk melakukan perkara yang
membahayakan diri sendiri seperti makan berlebihan, memakai kosmetik
sebarangan dan lain-‐lain.
Walaubagaimananpun, ramai wanita bekerjaya mahupun kerjaya sebagai
surirumah sering kali terlupa untuk jaga dan belai diri sendiri. Saya pun begitu. Kita
lupa yang diri kita sangat berharga, perlu dibelai, dimanjakan dan dijaga rapi. Setelah
penat bekerja, dan menjaga keluarga, kita mestilah luangkan sedikit masa untuk
membelai diri sendiri. Hadiahkan diri sendiri dengan melakukan perkara yang kita
suka.
Contohnya, kita boleh pergi ke spa bersama suami atau teman-‐teman,
membeli-‐belah baju yang kita idam-‐idamkan, berehat serta bercuti bersama suami,
anak-‐anak, keluarga atau teman-‐teman. Dengan menghadiahkan diri kita dengan
perkara yang kita suka, kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan kerja dan
terus berusaha untuk mencapai impian kita.
Dengan itu, kecantikkan setiap wanita itu bukan sahaja terletak pada fesyen
apa yang digayakan tetapi kecantikan wanita adalah siapa diri wanita itu sendiri
3 LANGKAH MUDAH MENJADI WANITA CANTIK
MEMPESONA
Bagi mengelakkan kita menjadi mangsa fesyen atau terikut-‐ikut dengan trend
terkini yang sangat cepat berubah-‐ubah, kita mestilah mempunyai ILMU tentang
kecantikan, imej dan gaya penampilan. Banyak sumber bacaan atau rujukan untuk
kita pelajari tentang imej penampilan sama ada cara berbayar atau percuma.
Apa yang saya buat secara percuma adalah banyak membaca majalah-‐majalah
fesyen yang menyediakan informasi fesyen menepati syariah dan mempamerkan
gaya yang sederhana. Contohnya, majalah Dara.com, dan majalah Nur. Dalam
majalah ini banyak berkongsi tips tentang gaya penampilan.
Dengan adanya ilmu kecantikkan, imej dan gaya, kita akan lebih bijak dan yakin
untuk bergaya. Duit pun dapat dijimatkan daripada pembaziran membeli pakaian
yang salah dan kemudiannya, kita tidak mahu pakai baju-‐baju yang sudah dibeli.
Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang lebih bijak bergaya, dan bijak berbelanja.
Mahu atau tidak, kita mestilah mengenali diri kita sendiri. Jangan terkejut
sebab ramai wanita tidak kenal siapa diri mereka. Apa yang saya maksudkan adalah
kita mesti benar-‐benar mengenali bentuk badan kita, bentuk muka dan juga warna
kulit kita. Dengan ini, kita akan tahu gaya yang sesuai dengan diri kita sebelum
membeli apa-‐apa jenis pakaian.
Bentuk badan wanita terbahagi kepada beberapa jenis. Gambar dibawah
adalah contoh jenis-‐jenis bentuk badan wanita.
Seterusnya, kita juga perlu mengenali bentuk wajah kita supaya lebih senang
untuk kita mengetahui gaya tudung atau selendang yang bersesuaian dengan diri
kita. Gambar dibawah adalah contoh jenis-‐jenis wajah wanita.
Selain itu, apa yang lebih penting adalah kita mengenali personaliti dan sifat
diri kita. Personaliti diri dapat menentukan imej, gaya dan jenis pakaian yang sesuai
untuk kita. Terdapat 4 personaliti asas untuk wanita iaitu Klassik Tailored, Santai dan
Semulajadi, Kewanitaan Romantis dan Dramatik.
Saya telah kongsikan lebih lanjut tentang 4 personaliti wanita ini di Blog Fesyen
RAFA. Klik link ini untuk ketahui personaliti anda, https://www.rafalegacy.com/blog.
Untuk berasa cantik hari-‐hari, ia sangat penting untuk kita mempunyai set
minda yang betul. Saya pernah terbaca satu kata-‐kata,
“Kecantikan itu terletak pada minda seseorang bukannya pada pakaiannya”
Ramai orang yang berfikiran negative atau sabotaj terhadap diri sendiri.
Contohnya seperti berikut:
“Aku tak cantik macam dia”
“Tak apalah, kau cantik. Boleh pakai macam-‐macam baju”
Pernah dengar keluhan begini? Sedih kan?
Namun begitu, keluhan tidak membantu kita apa-‐apa dalam usaha membaiki
kualiti hidup kita. Oleh itu, kita mesti yakin bahawa setiap ciptaan Tuhan itu cantik.
Kecantikkan itu sangat subjektif. Setiap insan mempunyai daya kecantikan tersendiri.
Usah pedulikan kata-‐kata orang lain. Fokus pada kelebihan diri sendiri dan cari ilmu
untuk serlahkan kecantikan kita.
“Wanita itu cantik apabila hatinya juga cantik” -‐ Anonymous
Kecantikkan hati adalah asas kepada segala jenis kecantikkan. Muka yang
kusam boleh dimekap menjadi cantik. Baju yang lusuh boleh diganti baju baru yang
lebih menarik. Hati yang gelap masih juga boleh dicuci dengan baik. Caranya adalah
semudah mengerjakan solat 5 waktu, solat sunat, berzikir, bersedekah, berpuasa
dan amalan-‐amalan lain yang mendekatkan diri kita dengan Tuhan yang mencipta
kita.
Kecantikkan diri seseorang adalah hak milik Tuhan yang meminjamkannya
kepada hamba-‐hambaNya di dunia ini. Malah, kecantikan fizikal semakin lama
semakin hilang tetapi kecantikan rohani akan kekal selamanya apabila kita
membelainya dengan baik setiap hari.
Amalkan Formula Kecantikan ini:
Keep Your Style Simple And Sweet :D
Kesimpulannya, wanita dan kecantikkan tidak boleh dipisahkan. Ia
sememangnya fitrah seorang wanita untuk sentiasa kelihatan cantik. Oleh itu, kita
mestilah menjaga imej dan penampilan supaya kelihatan kemas dan menarik. Usah
terlalu mengejar arus fesyen tetapi bergayalah ikut acuan personality diri sendiri.
Bersederhana dalam gaya itu lebih indah. Wanita adalah perhiasan dunia dan
secantik-‐cantik perhiasan adalah wanita solehah.
Akhir kata, saya doakan EBook ini memberi inspirasi dan membantu membuka
minda kita tentang kepentingan imej, gaya dan kecantikkan untuk wanita. Jadi,
jangan baca seorang-‐seorang sahaja. Jom sama-‐sama bertindak untuk berubah
menjadi lebih bijak bergaya, tampil konfiden dan sebarkan inspirasi kepada wanita-‐
wanita lain.
Mulakan tindakan anda dengan menulis matlamat kecantikan anda. Apakah
matlamat anda untuk lebih kelihatan cantik dan menarik dari sekarang? Ambil pen
dan buku nota. Tulis sekarang. Saya juga ingin mohon jasa baik anda semua untuk
memberi feedback tentang eBook ini supaya saya boleh menambah baik dan nilai
ilmu-‐ilmu yang dikongsi dari semasa ke semasa.
Klik sini untuk memberi feedback:
www.facebook.com/messages/rafalegacy
Ikhlas dari saya,
Ros Atiqah Fatin Abdullah