SARJANA PENDIDIKAN TUGASAN KUMPULAN 9 YOUTUBE
Transcript of SARJANA PENDIDIKAN TUGASAN KUMPULAN 9 YOUTUBE
SARJANA PENDIDIKAN
SEMESTER 1, 2018
___________________________________________________________________________
GGGB6663
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
TUGASAN KUMPULAN 9
YOUTUBE
___________________________________________________________________________
NAMA KUMPULAN : NO. MATRIK :
1. NEIL RAPHAEL ANAK SARI (GP07177)
2. CHANG SIANG CHENG (GP07128)
3. NURUS DHASHIELA BINTI ROSLAN (GP06441)
4. JESAMINE AK ALEXANDER (GP06436)
5. HANIM BINTI BUANG (GP07341)
PENSYARAH : DR. FARIZA BINTI KHALID
PUSAT : IPGKTAR, KOTA SAMARAHAN
1.0 PENGENALAN YOUTUBE
You Tube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan
berkongsi petikan video. You Tube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang popular.
Satu artikel terbaru di Wired menyatukan bahawa sebanyak 65,000 video di muat naik dan 100 juta
video ditonton setiap hari di You Tube (Goduin-Jones, 2007).
You Tube merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi kawan-kawan serta
hampir apa sahaja yang ingin disiarkan kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau
berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi
semata-mata sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali. Objektif pertama You Tube
membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang
disiarkan oleh orang lain dan kedua menyiarkan komen dalam bentuk perbincangan berangkai,
mencari kandungan melalui kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa.
You Tube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara pantas
untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertai pautan kepadanya. Pengguna boleh
membaca profil individu yang menyiarkannya dan memberikan komen kepada sesuatu video,
menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut.
SEJARAH PENGASASAN YOU TUBE
You Tube diasaskan pada Febuari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPel, You Tube
yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video.
Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen
dan video muzik, serta kandungan amatur seperti video blog dan video ringkas yang asli. Syarikat
ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan “Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006” oleh
majalah TIME. Pada oktober 2006, Syarikat Google ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai
persetujuan untuk memperoleh You Tube pada harga As$1.65 bilion dalam bentuk saham Google.
Urus niaga tersebut selesai pada 13 november 2006.
You Tube diasaskan bersama oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim yang
kesemuanya merupakan pekerja perintis Paypal. Sebelum Paypal, Hurley belajar reka bentuk di
Universiti Indiana Pennsyl di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain “You
Tube.com” diaktifkan pada 15 Febuari 2005, laman web dibangun pada bulan-bulan berikut.
Penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005
dan enam bulan kemudian You Tube muncul buat pertama kali secara rasmi. You Tube bermula
daripada sebuah usaha yang dibiayai oleh sebuah pejabat yang kecil dan murah pada November
2005, Sequoia Capital, Syarikat model usaha niaga, melabur AS$3.5 juta. Selain itu, Roelof Botha
pekongsi syarikat serta bekas pegawai kewangan Paypal menyertai Lembaga Pengarah You Tube.
Pada April 2006, Sequoia melabur kongsi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah menjalani
kepopularan dan pertubuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya. You
Tube merupakan laman perkongsian video yang terbesar secara literalnya pada zaman ini.
2.0 PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembelajaran abad ke 21 telah banyak diperkatakan pada era kemajuan teknologi kini.
Maka, perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran haruslah seiring dengan aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi masa kini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin
maju. Kaedah pengajaran tradisional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik
minat pelajar sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan
pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Kemajuan teknologi dan juga
keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan
kemenjadian pelajar yang tinggi dalam kalangan pelajar di negara ini.
Seiring dengan perkembangan kemajuan multimedia, Youtube telah menjadi salah satu
media yang popular digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (Tan & Carol 2013).
Pengabungan elemen Youtube seperti teks, grafik dan audio amat sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian dan minat pelajar. Penggunaan Youtube
sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu guru membawa pelajar kepada keadaan sebenar
berkaitan dengan pengajaran.
Menurut Ahmad, A., & Jinggan, N. (2017) pengajaran secara simulasi ini dapat memberi
gambaran sesuatu keadaan kepada pelajar seolah-olah mereka berada di situasi sebenar. Dalam
kajian yang dijalankan oleh Abdullah, S., & Ahmad, N. S. (2017) berkaitan dengan keberkesanan
penggunaan video youtube didapati terdapat peningkatan pencapaian pelajar dalam sesuatu topik
kerja selepas menonton video. Manakala dalam kajian yang dijalankan oleh Chuah, K. M. (2013)
dapatan kajian didapati video Youtube banyak digunakan untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran bertutur di kalangan pelajar.
Menurut Tan Choon Keong dan Carol Abu, (2013) penggunaan video Youtube dapat
menarik minat pelajar untuk mempelajari sejarah berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan buku teks sahaja. Hal ini kerana elemen yang terdapat dalam video Youtube seperti
audio, teks, dan animasi dapat mengekalkan daya tumpuan pelajar sepanjang proses pembelajaran.
Menurut Weller ( 2011) pengajaran yang menggunakan video menunjukkan keberkesanan
dalam memantapkan penguasaan dalam pengajaran matapelajaran bahasa. Manakala Chambers (
2010) pula berpendapat bahawa aplikasi komputer, khususnya video Youtube memudahkan lagi
pelajar untuk mempelajari tatabahasa dan perbendaharaan kata.
Dalam buku yang ditulis oleh Embi (2017) Aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran dan
pembelajaran menyatakan bahawa terdapat 10 strategi penggunaan Youtube dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dapat membantu para pendidik terutamanya guru untuk menghasilkan
pengajaran yang menarik dan berkesan dengan menggunakan video Youtube.
Strategi yang berkaitan dengan penggunaan youtube yang khusus untuk menggalakkan
tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran:
1) SEGMEN - benarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen pendek.
2) NOTA - video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasa
tontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota.
Ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas / sesi
sumbangsaran.
3) JEDA - Gunakan butang jeda (pause) untuk menghentikan video anda seketika agar pelajar
boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah
berlaku.
4) TANPA SUARA - bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan
ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses.
5) TANPA GAMBAR - gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang
ditayangkan. Bandingkan ramalan dengan video sebenar.
6) PRATONTON setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif
pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar.
7) GABUNGKAN video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan
komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton; untuk
mengatur pentas, membuat semakan, menyediakan maklumat latar belakang; mengenal
pasti perbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan
selepas menonton untuk memperkukuh, mengaplikasikan atau memperluas maklumat yang
disampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau
pendorong kepada aktiviti amali yang bakal dilakukan.
8) POTONG – gunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau
www.eyespot.com bagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan topik
pelajaran anda. Selalunya penayangan keseluruhan program tidak perlu dan akan memakan
masa yang agak lama. Apabila melakukan pratonton, cari segmen yang benar-benar
berkaitan atau berguna untuk aktiviti atau pelajaran yang telah dirancang.
9) FOKUS - berikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan
mengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang jarang
didengar atau aktiviti yang boleh menjadikan kandungan program lebih bermakna dan jelas.
Dengan memberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar semasa menonton, guru boleh
mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan mengarahkan pengalaman pembelajaran
kepada objektif pembelajaran. Pastikan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas
menonton.
10) SELEPAS - selepas pelajar menonton video, pertimbangkan; apakah yang menarik minat
mereka? Perkara apakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah anda boleh
mengaitkan program tersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka? Minta pelajar
menulis komen/blog tentang video tersebut. Bagaimanakah anda boleh mengesahkan dan
memahami pelbagai reaksi terhadap bahan tersebut?
3.0 ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PENGAJARAN
i. Pencapaian Internet
Kedudukan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar atau pedalaman merupakan salah
satu cabaran untuk guru melaksanakan sesi pembelajaran dan pemudah cara (pdpc) dengan
pendekatan menggunakan Youtube. Kawasan luar Bandar atau pedalaman sering dikaitkan dengan
kehidupan serba kekurangan. Ini disebabkan kebanyakan kawasan tersebut tiada bekalan air,
elektrik, jalan yang baik untuk sampai dan sebagainya.
Dari aspek penggunaan Youtube dalam pengajaran, pencapaian internet di kawasan laur
Bandar dan pedalaman agak sukar. Meskipun banyak penambaikan dilakukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia mengakui bahawa terdapat juranf yang signifikan dalam pembekalan
infrastruktur sekolah. Sebilangan besar sekolah masih kekurangan insfrastruktur asas seperti tidak
mempunyai bekalan komputer yang mencukupi, bekalan elektrik 24 jam dan capaian internet yang
lemah (KPM 2013). Hal ini disokong oleh Siti Masayu (2016), cabaran yang berlaku ke atas
penggunaan multimedia atas talian antaranya ialah penggunaan jalur lebar yang rendah,
kekurangan infrastruktur yang sesuai dan sistem telekomunikasi yang lemah. Di samping itu, dari
sudut cabaran kewangan pula, terdapat masalah membabitkan kos yang tinggi untuk membeli
perkakasan dan perisian, kos yang tinggi untuk akses Internet, kos untuk mengekalkan sistem dan
kos untuk perbelanjaan menaik taraf system terutamanyadi kawasan luar bandar.
Tambahan lagi, para pelajar dan guru mungkin menghadapi beberapa masalah teknikal di
sekolah, di antaranya seperti kegagalan elektrik, capaian internet, serta masalah dalam kelajuan
sambungan internet. Walaupun telah dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G, ia
masih belum mencukupi untuk membekalkan capaian internet yang terbaik bagi setiap sekolah di
seluruh negara. Oleh itu, masalah ini masih lagi berlaku melainkan guru menggunakan internet
peribadi seperti internet broadband dan hot spot (Hasliza, Siti Munira & Zarina, 2016).
Oleh itu, isu pencapaian internet ini sangat penting. Jika tiada capaian internet, multimedia
atas talian iaitu Youtube tidak dapat diakses untuk sesi pdpc di dalam kelas. Guru juga kurang dapat
menarik minat murid dengan video-video yang berkaitan topic yang diajar. Sudah pastinya kaedah
tradisional seperti “Chalk and Talk” akan menjadi pilihan guru sekiranya isu ini tidak dipandang
serius.
ii. Latar Belakang Murid
Isu yang seterusnya ialah berkaitan latar belakang murid dari aspek kawasan, ekonomi dan
pendidikan. Selalunya, jika guru ingin menggunakan pendekatan Youtube, guru akan meminta
murid-murid mencari maklumat sesuatu topik dalam Youtube sebelum mengajar topik tersebut di
rumah atau di makmal komputer. Jika murid tidak ada komputer atau kemahiran untuk mengakses
Youtube, maka ini memberi impak kepada guru. Kebiasaannya, murid yang berlatar belakang
kawasan luar bandar atau pedalaman juga mempunyai latar belakang ekonomi keluarga yang miskin
dan pendidikan yang rendah.
Menurut kajian Nurul Farhana (2010), dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan
teknologi dan pengetahuan di kalangan murid-murid Orang Asli masih lagi di tahap yang rendah.
Ini boleh dikaitkan dengan faktor ekonomi murid yang tidak mampu memiliki komputer atau
telefon pintar untuk mengakses Youtube. Disebabkan tiada kemudahan, murid tidak terdedah
dengan pengetahuan berkaitan penggunaan Youtube. Hal ini disokong lagi oleh Erma Farida, et al
(2017), peratusan pemilikan komputer dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah
rendah di kawasan luar Bandar. Berbanding dengan murid yang berkemampuan, rata-rata murid ini
memiliki komputer atau telefon pintar dan cenderung terdedah dengan penggunaan Youtube. Hal
ini terbukti melalui kajian Siti Masayu (2016), responden yang berpendapatan tinggi berpotensi
untuk memiliki komputer berbanding dengan responden yang berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, jurang antara luar bandar dan bandar masih ada, banyak lagi yang perlu
dilakukan seperti meningkatkan ekonomi dan pendidikan di kawasan luar bandar. Aspek memiliki
komputer atau telefon bimbit sangat bersangkut paut dengan aspek pengetahuan penggunaan
Youtube. Jika ada komputer atau telefon bimbit, tidak semestinya murid ada pengetahuan dalam
ICT. Begitu juga sebaliknya. Guru harus pandai memikirkan alternative untuk mengharungi isu
tersebut.
iii. Kredibeliti Sumber
Munurut Norizah, Awan Ismail ,Mohd Sobhi, Nik Adzrieman,Mohd Nizho, Mot Madon,
Mohd Faisal (2016) menyatakan generasi muda menggunakan YouTube sebagai salah satu rujukan
atau tutorial untuk mendapatkan informasi .Namun dalam mendapat maklumat yang sahih, sumber
youtube belum lagi dikategorikan sebagai sumber yang boleh dijadikan rujukan utama
memandangkan sumber talian ini terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza.
Misalnya media blog bukan sahaja terbatas kepada ahli politik atau wartawan amatur, tetapi juga
bagi kalangan remaja yang beranggapan blog sebagai saluran menyuarakan pendapat serta
berkomunikasi antara satu sama lain .Bahkan penggunaan youtube digunakan secara meluas
mengikut keperluan dan kehendak pengguna itu sendiri.
Penyataan ini selaras dengan pendapat Azmah Ab. Wahad & Samsudin A.Rahim (2013)
menyatakan perkembangan teknologi telah mengubah kredibiliti media itu sendiri dan
pergantungan dan kepercayaan khalayak terhadap media atas talian, boleh dianggap bahawa
penilaian kredibiliti media akan meningkat dan penyertaan pendapat khalayak. Menurut Sinar
Online (29 Disember 2015) ‘ustaz YouTube’ (penceramah tanpa tauliah) dipantau oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia bagi menyekat video yang bercanggah dengan aliran akidah Ahlussunnah Wal Jamaah
dan membanteras gerakan dan aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian aqidah dan keharmonian
hidup umat Islam. Melihat kepada isu yang dihadapi, disini kita dapat simpulkan bahawa, sumber
yang terdapat pada youtube belum menjamin maklumat yang diperolehi oleh individu tersebut
berbentuk sahih atau sebaliknya. Hal ini dibuktikan dengan beberapa agensi kerajaan ditubuh dalam
memendung pelbagai permasalahan keruntuhan akhlak yang berpunca daripada media atas talian
seperti youtube memandangkan sumber youtube lebih bersifat umum dan menyeluruh dari pelbagai
aspek.
iv. Kesediaan Guru
Isu dan cabaran yang seterusnya ialah kesediaan guru dalam menggunakan media talian
dalam proses pembelajaran. Tidak dapat dinafikan lagi, penggunaan ICT dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaaraan dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP serta
memudahkan pelajar memahami pengajaran (Norliza et al.2013; Ahmad Fakrudin et al.2014; Abu
Yazid Abu Bakar. 2016). Dengan kata lain perubahan yang berlaku memerlukan pergubahsuaian
dan penilaian semula cara pengajaran, pentadbiran, pendekatan dan cara belajar murid di sekolah.
Menurut Zainudin , Mohd Safarin & Aide Hatib (2013), penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran contohnya dapat menggambarkan kelebihan bakat dan kemahiran seseorang guru
selari dengan pembelajaran abad ke-21. Oleh itu peranan para pendidik perlu memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sesuai dengan perkembangan semasa bagi
meningkatkan pengetahuan guru dan murid secara amnya.
Tetapi, melalui beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati penggunaan ICT dalam
kalangan guru adalah kurang secara tidak langsung mengambarkan bahawa penggunaan talian
seperti youtube kurang digunakan. Ini kerana kemahiran serta pengetahuan guru tentang
penggunaan internet kurang dan mereka juga menghadapi kesulitan dalam mencari dan mengenal
pasti maklumat tertentu (Talirkodi, 2016). Menurut Talirkodi (2016) lagi, guru-guru juga
mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet dan ada guru-
guru yang masih tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam melayari internet. Mereka
juga rasa takut dan malu kerana kelemahan mereka akan diketahui oleh pelajar (Suzlina,2016.
Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah bahawa kesedian guru dalam aplikasi Youtube belum lagi
ditahap yang membanggakan dari segi penggunaanya dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.
4.0 CADANGAN
Berdasarkan kekangan dan permasalahan yang wujud dalam penggunaan You Tube dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
diuatarakan sebagai panduan dan rujukan bersama. Cadangan penambahbaikan yang pertama
adalah memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar
jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan internet serta makmal komputer. Kemudahan asas
kepada pembelajaran maya atau abad ke-21 memerlukan akses kepada internet yang konsisten.
Sekolah-sekolah di pedalaman sebagai contoh, sekolah di lokasi yang jauh dari pekan atau bandar
sudah pasti akses kepada internet hampir tiada. Walaupun terdapat internet 1Besatari Net
dibekalkan ke setiap sekolah, namun tahap kelajuan dan konsistensi internet tersebut tersangat
rendah. Proses key in data yang diperuntukkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
memerlukan tempoh yang agak lama. Apatah lagi untuk mengakses You Tube sebagai bahan
pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Pihak sekolah boleh juga melakukan inisiatif membina
satu bangunan khas untuk makmal komputer untuk keselesaan guru dan pelajar mempelajari subjek
tersebut bagi sekolah yang mampu dari segi kewangan. Selain itu, pihak sekolah turut boleh
mengumpul dana daripada persatuan PIBG sekolah untuk membeli beberapa unit komputer bagi
mencukupi keperluan pelajar-pelajar dan juga kos penyelenggaran berkala untuk setiap unit
komputer yang dibekalkan kepada pihak sekolah.
Selain itu, semua guru pada masa kini haruslah menyediakan diri dengan ilmu ICT yang
terkini supaya mampu mempelbagaikan teknik pengajaran dan pemudahcaraan. Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2015 ingin memastikan semua guru dan pegawai Kementerian
celik teknologi kementerian akan memastikan bahawa semua guru berada pada tahap minimum
literasi teknologi. Standard literasi teknologi yang dikehendaki adalah berdasarkan rubrik
kompetensi teknologi yang dibangunkan oleh persatuan Antarabangsa teknologi dalam Pendidikan
(ISTE). Semua guru pelatih dikehendaki mencapai standard kompetensi sebagai sebahagian
daripada latihan praperkhidmatan mereka. Guru dalam perkhidmatan pula perlu lulusujian
diagnostik atas talian menjelang 2014. Mereka yang tidak lulus ujian ini dikehendaki melengkapkan
satu siri modul latihan atas talian dan menduduki semula ujian diagnostik tersebut pada akhir tahun
2015. Proses ujian dan latihan ini akan disokong melalui platform pembangunan profesional yang
dikendalikan dalam VLE 1BestariNet.
Program – program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah juga turut dapat memainkan
peranan yang signifikan bagi menambahbaik penggunaan You Tube dalam kalangan pelajar.
Sebagai contoh Minggu ICT yang dijalankan di peringkat sekolah. Program seperti ini akan
memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai perisian atau aplikasi-aplikasi yang boleh
dijadikan bahan pembelajaran sama ada di rumah mahupun di sekolah. Kebanyakkan pelajar hanya
tahu menggunakan gajet tetapi mereka tidak tahu bahawa terdapat banyak jenis-jenis aplikasi yang
menarik dan boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Dalam program ini juga pelajar akan
merasai sendiri atau pengalaman secara ‘hands on’ dalam menggunakan aplikasi seperti You Tube
yang mampu memberikan pelbagai ilmu baharu di samping pengukuhan ilmu pelajar yang sedia
ada. Oleh itu, program seperti ini bukan sahaja mampu menarik perhatian pelajar malah dapat
memupuk sikap pelajar dalam mengakses internet secara berhemah dan memberi manfaat kepada
diri mereka sendiri.
Selain itu, kewujudan Kelab Komputer di sekolah sangat membantu dan menjadi medium
untuk pelajar mendapatkan akses kepada You Tube khususnya. Kelab Komputer merupakan pusat
perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar dengan bimbingan guru. Disebabkan perjumpaan
Kelab Komputer ini dijalankan di luar waktu sidang, maka masa pelajar lebih terisi dengan aktiviti
tambahan yang dapat membantu mereka untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang
dihdapi berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah.
Pelajar juga harus bersedia mempersiapkan diri dengan kemahiran teknologi ICT kepesatan
teknologi berada dalam kadar yang laju dan pantas. Mungkin pelajar di pedalaman agak sukar untuk
mempelajari atau mempraktikkan penggunaan You Tube secara kendiri atas faktor tiada kemudahan
jalur lebar yang baik tetapi pelajar di bandar atau pekan-pekan kecil, mereka tiada alasan untuk
mengakses You Tube sebagai sumber pembelajaran mereka di luar waktu sekolah. Guru juga boleh
menyelitkan beberapa saluran di dalam You Tube yang pelajar boleh akses sendiri di rumah atau
pusat internet berdekatan bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami subjek yang diajar. Jadi,
pelajar tidak menyalahgunakan internet dengan mengakses perkara yang tidak berfaedah. Pelajar
juga akan lebih bertanggungjawab dan menghargai usaha guru-guru mereka di sekolah dalam
mendapatkan dan menyampaikan ilmu ilmu yang baharu itu bukannya mudah. Sekiranya pelajar
sudah terlebih dahulu mendapatkan maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya,
maka masa di dalam kelas boleh dimanfaatkan penuh oleh guru untuk memberikan bimbingan dan
memberikan latihan pengayaan dan pengukuhan. Secara tidak langsung, masa pelajar di sekolah
akan dihabiskan dengan latihan yang akan mengukuhkan lagi ilmu yang mereka dapatkan dari You
Tube dan bukannya dengan menghabiskan masa dengan guru yang memberikan penjelasan yang
berjela sehinggakan pelajar tidak boleh mengekalkan fokus dalam tempoh yang lama.
Ibu bapa pelajar perlu memantau aktiviti anak-anak mereka di rumah kerana pada masa
sekarang adalah mustahil ank-anak mereka tidak pernah memegang atau menggunakan telefon
bimbit di rumah khususnya pelajar yang berada di bandar. Oleh itu, sebagai ibu bapa mereka
seharusnya memberikan bimbingan dan panduan semasa mengakses internet. Sebagai contoh dalam
penggunaan You Tube, ibu bapa seharusnya berada dengan anak-anak mereka dan menyediakan
saluran di dalam You Tube yang sangat informatif dan bukannya sekadar hiburan semata-mata. Ini
boleh membantu pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan mengukuhkan pengetahuan pelajar
mengenai pelajaran di sekolah.
5.0 KESIMPULAN
Perkembangan pesat dalam era maya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Gabungan teknologi multimedia dan teknologi
internet semakin merancakkan lagi penggunaan Youtube dalam bidang pendidikan. Penggunaan
teknologi ini telah berkembang dengan luas dalam sistem pendidikan negara bermula dari
prasekolah lagi sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Pembelakaran menerusi internet adalah
pendekatan baru yang semakin mendapat perhatoan dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek
oleh golongan pendidik. Kecanggihan multimedia seperti Youtube ini mempunyai fungsi-fungsi
yag amat penting dalam kandungannya, membolehkan bidang pendidikan meningkat dengan
kemajuan bidang IT dalam era globalisasi.
Dengan penggunaan Youtube dalam sesi pembelajaran dan pemudahcara (pdpc), ianya amat
memberi impak yang mendalam kepada murid dan mengasah bakat guru dalam menggunnakan IT
dalam pengajarannya bagi memastikan objektif pdpc di dalam kelas tercapai. Penggunaan Youtube
dalam golongan murid adalah antara satu kaedah yang berkesan dalam menarik minat murid untuk
memahami input atau tajuk yang guru ajar. Pengetahuan yang diterima melalui pemerhatian dalam
youtube seterusnya pemprosesan maklumat tersebut oleh murid akan menghasilkan output yang
menarik serta berkesan dalam mekahirkan modal insan kelas pertama. Modal kelas pertama ini
penting agar dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
Maka, dengan adanya pendekatan mengajar menggunakan Youtube, teknologi ini dapat
membuka mata dan hati murid untuk berfikiran lebih optimistic dan lebih terbuka dalam menimba
ilmu. Bagi insan bergelar pendidik juga tidak ketinggalan. Pedagogi guru dapat dinaik taraf dan
penyampaian maklumat menjadi semakin mudah dengan pelbagai variasi yang boleh dipilih dalam
Youtube. Walaupun terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi, semuanya pasti ada jalan
penyelesaian untuk menggunakan Youtube dalam pengaajaran yang lebih efektif.
6.0 RUJUKAN
Abdullah, S., & Ahmad, N. S. (2017). Keberkesanan Aplikasi Youtube Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Kejuruteraan di Politeknik Seberang Perai. In e-Proceedings
iCompEx17 Academic Paper.
Abu Yazid Abu Bakar. (2016). “Digital Classroom”: An Innovative Teaching and Learning
Technique for Gifted Learners Using ICT. Jurnal Creative Education. Volum 7, hlm 55-61.
Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff, Mohd Isa Hamzah & Wan Norina Wan Hamat. (2011).
Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Multimedia Interaktif. Journal of
Islamic and Arabic Education. Vol.3 Issue 1. 11-25.
Ahmad, A., & Jinggan, N. (2017). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap
pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal
Azmah Binti Ab Wahab & Samsudin A. Rahim. (2013). Kredibiliti media dan penyertaan dalam
persekitaran pendemokrasian maklumat d Malaysia. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal
of Communication, 29 (1), pp. 141-160.
Chambers, A. (2010). Computer-assisted language learning: Mapping the territory. Language
Teaching, 43(1), 113–122.Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.
Chuah, K. M. (2013). Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar
universiti. Issues in Language Studies, 2(1), 56-63.Tan Choon Keong & Carol Abu. (2013).
Pengaplikasian Video YouTube: Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi
2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013).
Embi, M. A. (2011). Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Pembangunan
Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
Erma Farida, et al . (2017). Isu-isu Pendidikan Abad Ke-21. ICT dalam Pembelajaran dan
Pengaajran Abad 21, 61-78.
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. (2016). Cabaran Yang Dihadapi Oleh
Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di Bilik Darjah. Asia
Pacific Of Educators and Education, Vol. 31, 115-129.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013
– 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya; Kementerian
Pendidikan Malaysia
Keong, Tan Choon dan Carol Abu. (2013, Ogos). Pengaplikasian Video YouTube: Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013): 251-265.
Norizah Aripin , Awan Ismail , Mohd Sobhi I, Nik Adzrieman Ab.R ,Mohd Nizho Abdul Rahman
,Mot Madon , Mohd Faisal.M .2016) Malaysian Journal of Communication : Universiti
Utara Malaysia. Jilid 32(1) 2016:165-188
Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul, Roseamnah Abd. Rauf. (2013). Penggunaan Laman Web
Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. The Journal
of Islamic Education. June 2013, Vol. 1 Issue 2. 58–73
Nurul Farhana Binti Jumaat. (2010). ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli Di Sekolah-
sekolah Rendah. University Teknologi Malaysia.
Shaidwati Jusoh . (n.d.). Sejarah Youtube. Retrieved April 26, 2018, from Scribd:
http://jomclick.blogspot.com.
Sinar Online. (29 Disember 2015). ‘Ustaz YouTube’ dipantau dengan kerjasama jabatan agama.
Diakses pada 21 Jun 2018 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/ustaz-
youtube-dipantau-dengan-kerjasama-jabatan-agama-1.466776
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2016). Keupayaan Ict Dalam Meningkatkan Pencapaian
Usahawan Wanita : Satu Kajian Kes Usahawan Luar Bandar Di Malaysia. Journal Of Social
Sciences And Humanities, Vol. 11, No.2, 78-103.
Suzlina Hilwani Baharuddin .2016.Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Sekolah
Menengah Terhadap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 2180-4842.
Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 33-43
Talirkodi A/P Vinathan.2016.Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam Pengajaran
Di Sjk (T) Daerah Kuala Muda Yan .1043-1054 International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara
Malaysia, Malaysia diambil http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs
Weller, M. (2011). A pedagogy of abundance. Spanish Journal of Pedagogy, 249, 223–236.
Yusof, M. N. M., & Tahir, Z. (2018). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat
Dalam Pendidikan IPTA (Importance of Information Technology-Driven Social Media in
Public Institutes of Higher Education). e-Bangi, 12(3).
Zainudin Abu Bakar, Mohd Safarin Noordin Aide Hatib, .2013. Penguasaan Kemahiran Ict Dalam
Kalangan Guru: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia
diambil http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/kupu2011/pdf/05_Din.pdf