SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

11
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO: 24- -2012 Dalam perkara Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 Dan Dalam perkara mengenai Kaedah-kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980 Dan Dalam perkara hak jagaan, kawalan dan pemeliharaan bersama “joint custody” terhadap anak yang bernama Davion Wong Xiang Zhe (L) [“anak tersebut”] Dan Dalam perkara mengenai variasi Perintah bertarikh 19.8.2011 menurut Petisyen Penceraian No. 33-635-2011 Antara Lew Yee Sing [No. K.P.: 780514-07-5086] .. Plaintif Dan Wong Wei Yee [No. K.P.: 720404-02-5155] .. Defendan

Transcript of SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

Page 1: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24- -2012

Dalam perkara Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976

Dan

Dalam perkara mengenai Kaedah-kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980

Dan

Dalam perkara hak jagaan, kawalan dan pemeliharaan bersama “joint custody” terhadap anak yang bernama Davion Wong Xiang Zhe (L) [“anak tersebut”]

Dan

Dalam perkara mengenai variasi Perintah bertarikh 19.8.2011 menurut Petisyen Penceraian No. 33-635-2011

Antara

Lew Yee Sing[No. K.P.: 780514-07-5086] .. Plaintif

Dan

Wong Wei Yee[No. K.P.: 720404-02-5155] .. Defendan

SAMAN PEMULA

Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan

Timbalan Pendaftar pada hari pada haribulan

2012 pada pukul pagi/petang untuk

Page 2: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

mendengarkan permohonan di pihak Plaintif yang dinamakan di

atas di bawah Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Penceraian) 1976 dan Kaedah 63 Kaedah-

kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980

untuk perintah-perintah seperti berikut:-

1. Bahawa Perenggan (a) Perintah bertarikh 19.8.2011

tersebut diubah dan menyatakan bahawa Plaintif

diberikan hak jagaan, kawalan dan pemeliharaan

sepenuhnya terhadap anak yang bernama Davion Wong Xiang

Zhe (L) dan akses munasabah diberikan kepada Defendan

menurut Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Penceraian) 1976 pada hari Sabtu dari

12 petang sehingga 6 petang dan Defendan adalah

diwajibkan untuk membawa anak tersebut dari kediaman

Plaintif dan menghantar pulang ke kediaman Plaintif

semasa masa melawat Defendan;

2. Sekiranya Defendan enggan mematuhi Perintah di

Perenggan 1 di atas, maka, Plaintif dibenarkan untuk

memulakan prosiding pengkomitan terhadap Defendan;

3. Kos ditanggung oleh Defendan; dan

2

Page 3: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

4. Relif-relif lain atau perintah selanjutnya yang

dianggap sebagai wajar, adil dan suaimanfaat oleh

Mahkamah Yang Mulia ini.

Alasan-alasan permohonan ini adalah sepertimana yang

dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan Lew Yee Sing dan

secara ringkasnya adalah seperti berikut:-

1. Menerusi Perintah bertarikh 19.8.2011, ianya telah

diperintahkan bahawa Plaintif dan Defendan telah diberi

hak jagaan, kawalan dan pemeliharaan bersama “joint

custody” terhadap anak yang bernama Davion Wong Xiang

Zhe (L) [“anak tersebut”].

2. Semasa Perintah bertarikh 19.8.2011 tersebut diberikan,

Plaintif sedang bekerja di Heritage Wealth Management

Pte Ltd sebagai Pengurus Perhubungan Anaguaman [“Client

Relationship Manager”] tetapi Defendan tidak mempunyai

sebarang sumber pendapatan mahupun pekerjaan untuk

menyara anak tersebut. Atas dasar ini, Plaintif telah

menyara kedua-dua Defendan sebelum dan sejak Perintah

bertarikh 19.8.2011 diperintahkan sehingga kini,

contohnya premium insurans Defendan telah dibayar oleh

Plaintif sekian lama dan ini terbukti menerusi salah

3

Page 4: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

satu pembayaran yang dibuat oleh Plaintif menerusi

akaun Hong Leong Bank Plaintif.

3. Baru-baru ini, terdapat perubahan di dalam keadaan yang

timbul daripada bukti yang diperolehi oleh Plaintif

bahawa Defendan telah mengabaikan anak tersebut.

4. Pengetua daripada pusat pembelajaran Smart Reader Kids

telah mengeluarkan surat kepada Plaintif yang

menyatakan berhubung ketidakhadiran anak tersebut

daripada pusat pembelajaran pada masa-masa tertentu.

5. Selanjutnya Defendan telah didapat berada di dalam

masalah kewangan dan ini terbukti menerusi beberapa

orang yang dikenali sebagai “ah long” yang telah

mengugut Plaintif di kediamannya dan Plaintif juga

telah memperolehi bukti daripada salah seorang daripada

“ah long” tersebut berkenaan dengan pinjaman yang masih

terhutang kepada “ah long” yang berkenaan di mana

segala pembayaran yang dibuat oleh Defendan menerusi

cek akaun Maybank telah dikembalikan kerana ketiadaan

sumber kewangan di dalam akaun Defendan di dalam akaun

Maybank tersebut.

4

Page 5: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

6. Tambahan pula, fakta bahawa Plaintif telah memberikan

wang perbelanjaan kepada Defendan untuk menjaga anak

tersebut sekian lama bagi pelajaran anak tersebut dan

perbelanjaan lain memandangkan Defendan tidak mempunyai

sebarang pekerjaan sehingga kini dan ini adalah ketara

menerusi resit-resit seperti berikut:-

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK BUTTERWORTH

NO. RESIT NO. TARIKH JUMLAH (RM)

1. No. 26547 15.1.2011 RM 78.00

2. No. 26780 29.1.2011 RM 58.00

3. No. 30992 5.2.2011 RM 69.00

4. No. 27175 28.2.2011 RM 13.00

5. No. 27776 13.4.2011 RM102.00

6. No. 27277 8.3.2011 RM 68.00

7. No. 78586 21.7.2011 RM 44.00

8. No. 28984 16.7.2011 RM 50.00

9. No. 22785 11.9.2011 RM 39.00

10. No. 29478 21.8.2011 RM 74.00

11. No. 23436 25.10.2011 RM 38.00

12. No. 23397 22.10.2011 RM 48.00

13. No. 30036 2.12.2011 RM 94.00

14. No. 31919 16.4.2012 RM 54.00

15. No. 31959 19.4.2012 RM184.00

16. No. 32205 5.5.2012 RM 92.00

5

Page 6: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

SMART READER KIDS (KULIM) CENTRE

NO. RESIT NOMBOR. TARIKH JUMLAH (RM)

1. 16803 4.4.2011 RM 270.00

2. 16936 4.5.2011 RM 270.00

3. 16995 15.6.2011 RM 270.00

4. 17603 14.11.2011 RM 270.00

3. 17075 6.7.2011 RM 270.00

4. 17174 12.7.2011 RM 137.00

5. 17224 2.8.2011 RM 270.00

6. 17301 5.9.2011 RM 270.00

7. 17502 10.10.2011 RM 270.00

8. 17645 29.11.2011 RM 45.00

9. 17975 17.1.2012 RM1138.00

10. 18062 21.3.2012 RM 615.00

Little Kingdom [Cawangan Raja Uda]

NO. RESIT NOMBOR. TARIKH JUMLAH (RM)

1. 1172 5.4.2012 RM 836.00

2. 305306 Mei 2012 RM 400.00

3. 306306 Jun 2012 RM 620.00

6

Page 7: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

Vital Years Centre [Butterworth]

NO. RESIT NOMBOR. TARIKH JUMLAH (RM)

1. OR_SEP001378 11.12.2011 RM 310.00

2. OR_SEP001596 20.3.2012 RM 125.00

3. OR_SEP001682 16.4.2012 RM 115.00

4. OR_SEP001744 12.5.2012 RM 115.00

5. OR_SEP001836 16.6.2012 RM 115.00

7. Tambahan pula, fakta bahawa Plaintif telah memberikan

wang perbelanjaan kepada Defendan untuk menjaga anak

tersebut sekian lama bagi pelajaran anak tersebut dan

perbelanjaan lain memandangkan Defendan tidak mempunyai

sebarang pekerjaan sehingga kini.

8. Ianya perlu diperhatikan bahawa meskipun Defendan telah

diberikan akses kepada anak tersebut sekian lama,

walaubagaimanapun, anak tersebut telah diabaikan oleh

Defendan berdasarkan kepada alasan-alasan yang

dikemukakan di atas dan ianya adalah jelas bahawa

kebajikan [“welfare”] anak tersebut tidak dipelihara

dengan sewajarnya oleh Defendan.

9. Justeru, dalam mengambilkira fakta bahawa kebajikan

anak tersebut adalah pertimbangan yang utama

7

Page 8: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

[“paramount”], maka, Perintah bertarikh 19.8.2011 perlu

diubah termanya agar hak penjagaan, kawalan dan kustodi

anak tersebut diberikan secara sepenuhnya kepada

Plaintif dengan akses munasabah diberikan kepada

Defendan.

Bertarikh pada haribulan 2012.

........................Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Kepada: Defendan Wong Wei YeeNo. 784, Lorong Angsana 10/2Taman Angsana09000 KulimKedah.

Saman Pemula ini difailkan oleh Tetuan Presgrave & Matthews yang beralamat di Tingkat Satu, Kamar Standard Chartered Bank, No. 2, Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang, Peguamcara bagi Plaintif yang dinamakan di atas. (Ruj: KLAC/NR/20120309).

8

Page 9: SAMAN DALAM KAMAR VARIATION ORDER

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24- -2012

Dalam perkara Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976

Dan

Dalam perkara mengenai Kaedah-kaedah Prosiding Penceraian dan Hal Ehwal Suami Isteri 1980

Dan

Dalam perkara hak jagaan, kawalan dan pemeliharaan bersama “joint custody” terhadap anak yang bernama Davion Wong Xiang Zhe (L) [“anak tersebut”]

Dan

Dalam perkara mengenai variasi Perintah bertarikh 19.8.2011 menurut Petisyen Penceraian No. 33-635-2011

Antara

Lew Yee Sing[No. K.P.: 780514-07-5086] .. Plaintif

Dan

Wong Wei Yee[No. K.P.: 720404-02-5155] .. Defendan

*****************************************************************

SAMAN PEMULA

*****************************************************************

Peguamcara bagi pihak PlaintifTetuan Presgrave & MatthewsPeguambela & PeguamcaraTingkat 1, Kamar Standard Chartered BankNo. 2, Lebuh Pantai10300 Pulau Pinang.

[Ruj: KLAC/NR/20120309]

Difailkan pada haribulan 2012.

9