Rumusan Jurnal Artikel Phang Chai Fung

download Rumusan Jurnal Artikel Phang Chai Fung

of 16

description

edu

Transcript of Rumusan Jurnal Artikel Phang Chai Fung

Phang Chai Fung770109135816PPG JUN 20011 SCE2Rumusan Artikel 1Persepsi Guru terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Sistem pendidikan di negara kita telah mengalami tranformasi radikal yang selari dengan falsafah pedidikan Malaysia yang mengakibatkan penstrukturan semula kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini dipengaruhi daripada impak penglobalisian dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin kepada pengggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan dalam bilik darjah di sekolah seluruh negara. Pengintegrasian elemen-elemen multimedia dapat memberi satu sesi P&P yang lebih menarik, kreatif, inovatif serta memberi pengalaman belajar dengan lebih berkesan kepada para pelajar.Kajian mendapati guru-guru mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan perisian Kemahiran Hidup dalam pengajaran. Perisian yang disediakan menyediakan teknik penyampaian isi kandungan mata pelajaran yang lebih tersusun dan berunsurkan interaktif. Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam melaksanakan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran Hidup yag lebih berkesan dan boleh menarik perhatian pelajar. Mutu perisian kemahiran Hidup menfokuskan aspek penerapan nilai-nilai murni, kesesuian kandungan maklumat, bahasa, arahan yang jelas dalam perisian adalah jauh lebih tinggi. Bahan multimedia interaktif yang dibangunkan membolehkan pelajar berinteraksi dengan ilmu dengan penerangan yang berdasarkan kombinasi warna dan suara. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru berpendapat bahawa bahasa yang digunakan dalam perisian Kemahiran Hidup perlu ada dalam versi Bahasa Cina supaya memudahkan proses pengajaran dan boleh meningkatkan penglibatan pelajar yang kurang fasih selain bahasa Cina serta membantu pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu. Tambahan pula, pengggunaan perisian Kemahiran Hidup membantu guru dalam membuat prnerangan tentang konsep awal tentang pemahaman pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian Kemahiran Hidup menjadikan proses pengajaran guru lebih berkesan dan menarik berbanding dengan kaedah tradisional. Menurut hasil kajian yang dijalankan dan diketuai oleh pengarah PPK, Dr Sharifah Maimunah, penggunaan perisian multimedia secara amnya akan memperbaiki tahap penguasaan palajar dalam mata pelajaran tersebut dan menarik minat pelajar mempelajari menerusi bahan interaktif. Selain itu, penggunanaan CD-ROM multimedia interaktif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta membolehkan pelajar untuk membina minda yang cergas. Komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak (Heirich, 1993). Oleh itu, secara tidak langsungnya, perisian Kemahiran Hidup dapat meningkatkan motivasi pelajar atas sebab isi pelajaran yang disampaikan lebih menarik dan mudah difahami. Pelajar yang belajar dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan koperaktif akan sentiasa mengarahkan diri mereka untuk menggembangkan daya kreativiti dan tahap kecemerlangan mereka sendiri. Di samping itu, penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar mencari bahan maklumat, memudahkan kolaboaktif dan pembandingan global serta membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah (Umar & Maswan, 2004).Guru-guru menyatakan bahawa mereka sering diberi galakan oleh pihak sekolah untuk menggunakan perisian Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Namun begitu, guru-guru menghadapi masalah kuranf kemahiran ICT dan masalah teknikal dalam pengendalian perisian Kemahiran Hidup. Kebanyakan guru tidak menguasai kemahiran ICT dengan baik, mereka kurang mahir dalam penggunaan computer kerana kuang pendedahan kepada pengetahuan ICT yang terkini. Perasaan bibang dan tidak yakin akan diri sendiri di kalangan guru merupakan faktor penghalang yang paling utama untuk guru-guru menguasai teknologi baru. Halangan atau kekangan yang ketara yang boleh didapati bagi guru dalam penggunaan perisian ialah pengensalian paparan skrin semasa pengajaran menggunakan computer iaitu dari segi teknikal penyediaan untuk membuat sambungan alatan ke computer mengambil masa yang agak lama oleh guru. Akan tetapi, masalah boleh diselesaikan sekiranya guru kerap menggunakan alatan teknologi canggih tersebut atas sebab pengetahuan dan pengalaman guru terhadap alatan tersebut semakin bertambah. Penggunaan computer merupakan satu teknologi moden yang mampu menggantikan teknik pembelajaran secara tradisional malah lebih menarik dari aspek gambaran grafik dan kesan suara. Pelajar akan lebih ditarik perhatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Akhir sekali, guru-guru seharusnya menguasai bidang computer atau teknologi canggih yang lain agar dapat membimbing dan membantu pelajar menerokai maklumat pada tahap yang maksimum.

Refleksi Artikel 1Memang tidak dinafikan pekembangan teknologi yang pesat mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita sehingga sistem pendidikan negara kita mengalami tranformasi yang radikal selaras dengan visi 2020 untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Penggunaan teknologi canggih semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh menunjukkan kepesatan pembangunan teknologi di negara Malaysia serta penggunaan teknologi terutama computer dalam bilik darjah akan mendatang faedah kepada pelajar dan juga gurunya. Guru akan sentiasa menghadiri dengan kursus nerkaitan dengan komuter untuk meningkatkan kemahairan ICT mereka dan pelajar pula boleh mempelajari isi kandungan pelajaran dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokan terutama bahan bantu mengajar berasakan kmoputer akan disertai dengan grafik, animasi dan kesan audio yang akan menarik minat dan perhatian pelajar.Pada padangan saya, perisian Kemahiran Hidup adalah satu perisian yang menarik untuk dipelajari oleh semua pelajar. Pelajar mudah mendapat maklumat melalui perisian Kemahiran Hidup ini kerana maklumat yang disampaikan adalah tersusun dan maklumat yang disampaikan selaras dengan sukatan pelajaran dalam buku teks di sekolah. Penerapan nilai-nilai murni melalui perisian ini juga akan mendorong pembentukan modal insan yang berhemah tinggi. Penggunaan grafik, animasi dan kesan audio yang menarik biasanya akan menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran tersebut seterusnya memahami kandungan pembelanjarannya yang disampaikan oleh guru menerusi perisian Kemahiaran Hidup ini. Namun begitu, perisian ini cuma terdapat satu bahasa yang digunakan bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, diharapkan perisian Kemahiran Hidup ini boleh diperkenalkan lagi dengan pelbagai bahasa lagi yang bersesuaian dengan jenis sekolah yang mengunakannya biasanya Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Versi bahasa yang berlainan diperkenalkan boleh membantu pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu untuk memahami kandungan pelajaran yang ingin disampaikan dalam perisian Kemahiran Hidup tersebut seterusnya dalam menanam minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup secara tradisional adalah amat membosankan, dengan menggunakan perisian ini, maka suasana proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Perisian Kemahiran Hidup ini juga akan membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, perisian ini juga akan menolong guru menjimatkan tenaga dan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membuat persediaan awal sebelum kelas dimulakan. Penggunna perisian ini secara tidak langsungnya juga akan meningkatkan motivasi dan minat di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Dari aspek kekangan di kalangan guru pula, pada pendapat saya, guru seharusnya menghadiri kursus computer yang ditawarkan untuk meningkat kemahiran asas dalam penggunaan computer. Guru seharusnya kerap menggunakan perisian yang diperuntukkan sebagai bahan bantu menagajar dalam bilik darjah untuk meningkatkan kecekapan diri dalam penggunaan alatan yang berteknologi canggih. Biasanya, guru akan mengambil masa yang agak lama untuk pemasangan kabel, penyediaan computer dan paparan skrin. Oleh yang demikian, kekerapan guru menggunakan alatan berteknologi canggih tersebut haruslah pada tahap yang tinggi agar dapat melatihkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran asas computer dari semasa ke semasa supaya boleh menjimatkan masa dan tenaga ketika pemasangan alatan tersebut. Di samping itu, pihak sekolah juga seharusnya mendorong gurunya untuk menggunakan perisian Kemahiran Hidup dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah di pedalaman biasanya tidak mempunyai kemudahan perkakasan teknologi yang sempurna,. Oleh itu, kegagalan penggunaan perisian ini sebagai bahan bantu mengajar di sekolah pedalaman adalah tidak boleh dinafikan. Bagi sekolah-sekolah di Bandar, guru seharusnya menggunakan perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar seterusnya menghapuskan suasana bosan dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar melalui perisian Kemahiran Hidup ini boleh melahirkan sifat kreativiti dan lebih bermotivasi.Konklusinya, perisian Kemahiran Hidup amat nerhuna semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan kemahiran diri dalam penggunaan teknologi terkini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilicinkan malah kerberkesanan penyampaian ilmu kepada pelajar juga akan terjamin dengan bahan bantu mengajar yang berteknologi canggih sebegini. Minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut juga dapat dipupuk dengan penggunaan computer yang lebih menerusi gambran grafik, animasi dan kesan audio yang berkesan untuk menarik perhatian mereka.

Rumusan Artikel 2Penggunan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah RendahPerubahan Information and Communication Technology (ICT) yang ketara sejak kebelakangan ini memaksa bidang pendidikan di negara kit direncana semula agar dapat memenuhi keperluan semasa. Guru-guru dihantar untuk menghadiri kursus computer yang pelbagai bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas mengunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk ICT. Computer sememangnya dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembeajaran dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan menyeronokan. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkt asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian computer supaya membolehkan mereka dapat menyampaikan pengajaran dalam kaedah yang lebih berkesan dan boleh menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut dalam bilik darjah. Tambahan pula, pembelajaran berasaskan computer juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam aspek konsep teoritikal serta penggunaan simulasi dan bantuan computer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Selain itu, penggunan perisian pendidikan yang paling awal diperkenalkan adalam perisian mata pelajaran sains. Perisian ini merukan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta menggantikan bahan maujid dan meringankan tugas guru seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dalam keadaan yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan pelajarnya.Selain itu, perisian pendidikan sains juga dapat menghidupkan suasana bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih ceria. Perisian ini juga dapat memudahkan pelajar memahani isi pelajaran dan menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Bahan pembelajaran berunsurkan multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran (Ropp, 1999). Di samping itu, penggunaan perisian pendidikan Sains juga dapat membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan pelajar kerana terdapatnya elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang lebih menarik berbanding dengan buku teks (Ahmad, 2005). Penggunaan perisian pendidikan Sains juga dapat membantu melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, guru-guru seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains yang diperkenalkan dan kekerapan penggunaan perisian ini adalah pada tahap yang tidak memuaskan.Akan tetapi, guru-guru sains jarang menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam bilik darjah dan rekod buku log penggunaan perisian pendidikan jelas menunjukkan tahap kekerapan guru menggunakan perisian pendidikan tersebut adalah pada tahap yang minimum sahaja. Dalam analisis kajian yang dijalankan, kekerapan guru mnggunakan perisian pendidikan sengagai bahan bantu mengajar menunjukkan penurunan yang ketara dari tahun 2004 hingga 2008. Kekangan dalam diri guru menjadikan pengaplikasi perisian pendidikan Sains dalam bilik darjah dalam tahap yang sederhana sahaja (Yasin, 2008). Tambahan pula, analisis kajian juga mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains boleh menimbulkan rasa seronok dalam kalangan pelajar dam secara langsungnya boleh membantu proses pembelajaran pelajar. Kemampuan perisian pendidikan Sains kurang dipercayai oleh para guru dan menyababkan penggunaannya adalah pada tahap yang sederhana di peringkat sekolah.

Refleksi Artikel 2Penggunaan teknologi computer dalam bilik darjah untuk tujuan proses pengajaran dan pembelanjaran sering kali diperdengari dan dilihat dalam surat khabar mahupun laporan berita menerusi siaran televisyen dan siaran radio. Ya, saya memang setuju dengan penyata yang menyatakan penggunaan teknologi computer harus dilaksanakan dalam bilik darjah untuk tujun proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi komputer dalam bilik darjah adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pemahaman pelajar. Perisian pendidikan Sains adalah perisian yang sering dikatakan di kalangan guru Sains untuk dipergunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah. Akan tetapi, integrasi penggunaan computer dalam proses pendidikan masih amat mengecewakan walaupun banyak peruntukan dibelanjakan bagi menggalakan penggunaan computer, perkakasan dan perisian di sekolah pada masa kini (Chen, 2004).Isu kekurangan pengetahuan dan kemahiran berkomputer di kalangan guru diulang lagi dalam penggunaan perisian pendidikan Sains. Hasil kajian menunjukkan kekerapan guru menggunakan perisian pendidikan Sains dalam bilik darjah adalah rendah dan tahap pinjaman guru terhadap perisian pendidikan Sains dalan rekod juga adalah tahap yang begitu rendah. Ini menunjukkan guru bukannya tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas berkomputer, cuma mereka perlu mengambil masa yang agak lama untuk pemasangan kabel, penyediaan computer dan paparan skrin. Oleh yang demikian, guru haruslah kerap menggunakan alatan agar dapat melatihkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran asas computer dari semasa ke semasa supaya boleh menjimatkan masa dan tenaga ketika pemasangan alatan tersebut.Sebenarnya, penggunaan perisian pendidikan Sains adalah amat menyeronokan dan ini akan menimbulkan rasa minat di kalanagan pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Perisian pendidikan Sains juga dapat mnghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dab juga membolehkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta menggalakkan kebolehan imiginasi di kalangan pelajar. Saya berpendapat perisian pendidikan Sains seharusnya kerap digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah atas alas an perisian ini boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan seronok. Perisian pendidikan Sains dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran melalui elemen-elemen menarik dalam perisian pendidikan Sains misalnya gambaran grafik, animasi dan kesan audio yand sememangnya akan mudah difahami. Selain itu, perisian pendidikan Sains juga akan membolehkan pelajar berimiginasikan dunia nyata yang sebenar berdasarkan grafik and animasi dalam memori perisian pendidikan Sains tersebut.

Rumusan Artikel 3Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam PelaksanaanTeknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, meenyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Kajian yang dijalankan oleh Stallard (1998) membuktikan bahawa keadaan yang menjadikan sesuatu pengajaran tersebut tidak berkesan sekiranya terdapat kekurangan persediaan guru untuk membangunkanpengajaran yang berbentuk computer. Selain itu, permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanaan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995). Walaupun mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) hanya melibatan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh menggangu keberkesanaan pengajaran. Masalah yang dinyatakan meliputi penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Terdapat juga pelajar pada tahap yang lebih tinggi masih tidak dapat memahami kandungan teks yang dibaca dengan sempurna. Oleh yang demikian, penggunaan computer dalam pengajaran mata pelajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberi impak terhadap masalah kemahiran asas BM yang dihadapi. Penggunaan computer dianggap sebagai satu usaha yang berupaya mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran seharusnya mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbatu computer. Selaras dengan pelaksanaan program perisian pendidikan, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan pada abad ke-21 ini yang memerlukan pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar dengan alatan bantu mengajar yang berasaskan computer.Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dilaksanakan dalam empat konsep untuk pelajar berinteraksi dengan bahan tersedia di dalam computer dan pelajar akan menggunakan bahan dalam computer tersebut dengan bantuan daripada guru. Guru memikirkan PBBK seharusnya dikaitkan dengan penggunaan internet agar pelajar boleh memperoleh maklumat tambahan terutama dalam menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Pelajar juga boleh memperoleh pengetahuan tamabahan melalui CD-ROM yang diperoleh dalam PBBK yang dilaksanakan. Bahan bantu mengajar jenis elektronik boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran, minat dan pemahaman mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.Guru selalunya menghadapi masalah dalam mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat segelintir guru berasa tidak selesa akan penggunaan computer, kekurangan kemahiran asas computer and melayari internet menerusi masalah teknikal semasa mengajar dalam bilik darjah dengan konsep PBBK serta masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah juga menyebabkan guru jarang mnggunakan perisian pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, terdapat juga guru yang menyatakan bahawa penggunaan computer dalam pengajaran BM terhad kepada pengajaran kemahiran membaca sahaja serta penggunaan computer tidak sebegitu sesuai untuk mengajarkan karangan dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru seharusnya menghadiri kursus computer tertentu supaya memiliki kemahiran asas computer yang lebih kreatif untuk melaksanakan PBBk dalam bilik darjah untuk menarik perhatian serta meningkatkan kemahiran ICT di kalangan pelajar secara tidak langsungnya. Penggunaan computer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap mata pelajaran BM. Akan tetapi, pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan computer sebagai bahan bantu mengajar, manakala pelajar yang lemah pula akan kurang menunjukkan tahap minat mereka terhadap pengajaran BM berasaskan computer. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan menulis karangan kurang berkesan dengan menggunakan komputer sebagai BBM dalam bilik darjah. Oleh itu, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberi kesan pembelajaran yang positif kepada pelajar. Penggunaan bahan internet dan pelayaran dalam muka web dalam internet semasa PBBK dilaksanakn dalam bilik darjah boleh menarik minat pelajar.

Refleksi Artikel 3Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan computer merupakan kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan pada masa kini. Namun begitu, untuk melialisasikan kaedah ini dengan berkesan, maka para guru bahasa perlulah menghadapi kekangan yang pelbagai. Pada masa yang sama, bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (D, 2007). Oleh yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa Melayu berupaya untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut dengan lebih baik. Aspek latihan dalam perkhidmatan dalam kalangan guru bahasa, penyediaan bahan pembelajaran interaktif berasaskan berkomputan, penggunaan internet sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah serta penggunaan teknologi yang sesuai dalam penyamaian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan semasa juga diambil perhatian untuk menambah baikkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar pada masa kini.Guru seharusnya menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan computer. Guru bahasa perlu pemahaman yang mantap tentang konsep PBBK terhadap kesan kepada mutu pengajaran guru. Guru seharusnya memahami tiga komponen dalam PBBK iaitu computer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru haruslah memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberi pembelajaran yang berkesan dan berkualiti kepada pelajar. Tambahan pula, kursus computer yang dihadiri pleh para guru seharusnya kandungan kursus tersebut merangkumi teknik menarik perhatian pelajar untuk bersama guru menerokai bersama dalam perisian pendidikan bahasa berasaskan komputer dalam bilik darjah.Di samping itu, pelbagai kekangan dihadapi oleh guru terutama guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan computer. Guru akan menghadapi kekangan dalam pengendalian computer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi sesuaian untuk kegunaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Stallard, 1998). Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan guru-guru bahasa mempunyai persediaan yang tinggi menerusi tahap professional terutama dalam penguasaan kemahiran pengajaran berbantukan computer supaya boleh meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran di kalangan pelajar dlama bilik darjah. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan computer akan memberi impak positif di kalangan pelajar iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan cra tradisional yang amat membosankan pelajar terutama di kalangan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Tambahan itu, penggunaan computer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar yang lebih baik. Menulis karangan menerusi penggunaan computer semestinya akan meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai penulisan yang baik. Penggunaan internet yang luas untuk pencarian bahan pembelajaran yanfg bermaklumat untuk penulisan karangan semestinya akan meningkatan mutu penulisan tersebut. Akan tetapi, masalah peniruan akan menjadi isu yang serius di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru bahasa seharusnya menapiskan isi kandungan penulisan yang dihantar oleh pelajar supaya isu peniruan tidak menjadi masalah yang begitu ketara dalam kalanagn pelajar. Konklusinya, idea pengajaran bahasa Melayu berbantukan computer adalah idea yang bagus. Bagi menjamin keberkesanan penyampaian idea semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru bahasa seharusnya menguasai kemahiran asas computer serta strategi yang bersesuaian untuk menyampaikan pegajaran kepada pelajar supaya pelajar boleh menerima ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan. Guru-guru bahasa sepatutnya perlu sentiasa mingkatkan kemahiran diri mengenai penggunaan teknologi terutama dari segi computer dari semasa ke semasa kerana selalunya perkembangan teknologi ini adalah pesat pada masa kini. Guru perlu meningkatkan kemahiran kendiri dalam teknologi terkini agar dapat mencurahkan ilmu pengetahuan tersebut kepada pelajarnya seterusnya menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menerusi penggunaan computer.

RujukanAhmad, I. S. (2005). laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. International Islamic University Malaysia (IIUM).Chen, L.-L. (2004). "Pedagogical Strategies to Increase Pre-Servise Teachers' Confidence in Computer Learning" Educational Technology & Society (Vol. 7).D, A. D. (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa , 26-30.Finkbeiner, C. (2001). One and all in CALL? Learner, moderator and researcher. Computer Assisted Language Learning. Heirich, R. (1993). Instructional Media New Technologies of Instuction. New York: Macmillian Publicashing Co.Moersch, C. (1995). Levels of technology implementation (loti): A framework for measuring classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology. Roblyer, M., & Schwier, R. (2003). Intergrating educational technology into teaching (Canadian ed). Toronto: Prentice Hall.Ropp, M. (1999). "Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use Computers in Preservise Teacher Preparation" Jounal of Research on Computing in Education. Boston: Pearson Education.Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technology into the secondary curriculum. Retrieved from http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.htmlUmar, I. N., & Maswan, S. (2004). Pendekatan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Persekitaran Web. Universiti Sains Malaysia.Yasin, H. M. (2008). penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

15