RPH TEMBIKAR FULL.doc
-
Upload
wara-ainaa -
Category
Documents
-
view
154 -
download
9
description
Transcript of RPH TEMBIKAR FULL.doc
MODUL 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nama Guru : Ainaa Nawwara binti Kamarudin
Tarikh : 3 Ogos 2015
Hari : Isnin
Tahun : 4 Cerdas
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Bidang : Kraf Tradisional
Tajuk : Tembikar
Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 20 orang
Aktiviti : Menghasilkan tembikar menggunakan plastisin
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1. Menghasilkan tembikar teknik picitan dengan menekankan bahasa seni visual.
2. Menghasilkan tembikar dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
3. Membuat apresiasi terhadap karya.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui apa itu tembikar.
Penerapan nilai : Menghargai dan memahami kraf tradisional sebagai warisan bangsa. Kerjasama, ketelian dan ketekunan.
Persediaan Murid : Murid bersedia ke bilik Pendidikan Seni Visual dengan membawa alat dan bahan yang diperlukan.
Persediaan Guru : Guru menyediakan penerangan tentang bidang Mengenal Kraf Tradisional menerusi penggunaan ICT (slaid
power point) dan langkah-langkah aktiviti.
KBKK : Menghubungkait, menjana minda, mengaplikasi, membuat urutan dan mereka bentuk.
BBM / ABM : Plastisin, carta langkah dan slaid power point, LCD projector dan buku rujukan Teks Pendidikan Seni Tahun 4.
STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, warna, dan imbangan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek
buatan manusia dalam penghasilan tembikar teknik picitan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan tembikar
teknik picitan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan tembikar teknik picitan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN :
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar .
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Bentuk - konkrit
4.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak
4.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier atau neutral
4.1.2 Prinsisp Rekaan
4.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
tembikar.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat - pencungkil gigi atau batang ais krim dan berus lukisan dan alatan lain yang sesuai
4.2.1.2 Bahan - tanah liat, cat poster dan bahan lain yang sesuai
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
4.2.2.1 Teknik – picitan dan lingkaranm
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan tembikar secara kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan tembikar.
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni
visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Memperkenalkan tokoh-tokoh seni tembikar tempatan
4.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
Persepsi Estetik
Set induksi (5minit)
1. Guru membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan kecil.
2. Guru memberikan arahan kuiz.
3. Guru memberikan peneguhan positif
kepada kumpulan yang menang.
4. Guru meminta pelajar meneka tajuk yang
akan dipelajari hari ini.
5. Guru menyatakan tajuk pelajaran.
“ Tembikar.
Teka-teki
Sakitnya kaki bila tergeliat,
Berhati-hatilah ketika berlarian;
Diperbuat daripada tanah liat,
Menjadi peralatan kehidupan harian.
Jawapan
-Tembikar/.
BBM : Flash kad (teka-
teki)
Sikap : Sikap ingin tahu
murid
Pengetahuan sedia
ada : Murid telah
mengetahui apa itu
tembikar.
Teori Kecerdasan
Pelbagai: Verbal
linguistik.
Langkah 1 (5 minit)
1. Guru menunjukkan tembikar (3D) dan
bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang
ada padanya.
2. Dengan menggunakan slaid power point,
guru menayangkan slaid jenis-jenis tembikar dan
cara penghasilannya.
3. Murid menonton tayangan slaid guru.
4. Guru mengemukakan beberapa soalan
ringkas kepada murid berdasarkan slaid yang
telah ditunjukkan.
Guru bertanya :
(i) Apakah bahan untuk menghasilkan tembikar?
(ii) Apakah kegunaan tembikar?
(iii) Negeri manakah yang aktif dalam penghasilan
tembikar ?
Contoh Jawapan :
(i) Tanah liat dan air.
Video
Jenis-jenis Tembikar
Cara penghasilan
ABM : Komputer Riba ,
projektor, Slaid Power
Point.
Strategi Berasaskan
Sumber
Kaedah demonstrasi
Aplikasi Seni
Langkah 2 (10 minit)
5. Guru meminta murid mengeluarkan bahan
dan alatan yang diperlukan.
6. Guru memperkenalkan media sebenar atau
bahan gantian yang bersesuaian untuk
menghasilkan kraf tradisional.
7. Guru mula membimbing murid cara-cara
menghasilkan tembikar menggunakan bantuan
carta langkah.
Langkah 1
1. Membentuk plastisin secara memanjang.
Langkah 2
2. Membentuk bahagian tapak dengan
lingkaran plastisin.
(ii) Bekas menyimpan air.
(iii) Perak, daerah Sayong
BBM : 4 jenis plastisin
berlainan warna, pen
‘maker’, pisau dan carta
langkah.
Strategi Pemerhatian
Strategi Berasaskan
Sumber dan
berpusatkan murid.
Kaedah Demonstrasi
Mereka cipta.
Menjana idea.
Langkah 3
3. Membentuk badan, leher dan mulut buyung
menggunakan plastisin dengan teknik lingkaran.
Ekspresi Kreatif (30 minit)
1. Murid menghasilkan buyung mengikut
tatacara yang telah ditetapkan.
(i) Sediakan bahan-bahan seperti 4 jenis plastisin
yang berlainan warna, , penutup pen/ lidi dan
pembaris.
Pendekatan Induktif
(ii) Uli plastisin dengan menggunakan pen maker dan
menjadikan plastisin itu bentuk bulat sebagai
tapak bahagian bawah tembikar.
(iii) Kemudian uli plastisin dari warna yang berlainan
pula agar terhasil bentuk memanjang.
(iv) Seterusnya, gulungkan plastisin yang telah digelek
memanjang tadi dan tindankan di atas tapak
bawah tembikar.
(v) Uli lagi plastisin dari warna yang berlainan
(vi) Seperti yang telah dilakukan tadi. Buatkan
gulungan plastisin yang lebih besar.
(i) Seterusnya uli lagi plastisin dari warna yang juga
berlainan dari warna tadi dan lingkarkan di atas
gulungan sebelumnya. Buatkan gulungan yang
lebih besar dari gulungan tadi.
(ii) Buatkan gulungan seterusnya yang semakin
mengecil supaya bentuk tembikar dapat dihasilkan.
(iii) Akhir sekali buatkan gulungan yang lebih kecil
untuk membentuk mulut tembikar.
(iv) Inilah tembikar yang telah siap dihasilkan.
Apresiasi Seni Visual
Apresiasi seni (8 minit)
1. Murid diminta mengangkat tembikar masing-
masing.
2. Murid mempamerkan dan menyatakan hasil
kerja sendiri dan rakan.
3. Guru memuji hasil yang amat kreatif.
4. Guru bersoal jawab dengan murid
5. Mengaitkan hasil kerja dengan warisan
budaya.
Penutup (3 minit)
Rumusan isi pembelajaran
1. Guru membuat kesimpulan
berdasarkan topik yang diajar.
Guru bertanya :
i. Adakah kita perlu menghargai warisan pusaka
kita ?
ii. Mengapa ?
Jawapan :
i. Ya
ii. Agar boleh dinikmati oleh generasi akan datang.
Membanding beza.
Menganalisi.
Pendekatan Induktif
Kaedah Bercerita
Verbal Linguistik.
Refleksi :
....................................................................................................................................................................................................................................

........................................................ ...........................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................
Ulasan Pensyarah :

....