RPH TAHUN 5 (1)

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK TEKNOLOGI TAHUN 5 VETRI TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 6.2 Menyediakan sajian STANDARD PEMBELAJARAN 6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul. 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1) menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan makanan dengan betul. 2) menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul. RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan. KEMAHIRAN 1) Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara

description

rph

Transcript of RPH TAHUN 5 (1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

REKA BENTUK TEKNOLOGI

TAHUN 5 VETRI

TAJUK

6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

MASA

60 minit

STANDARD KANDUNGAN

6.2 Menyediakan sajian

STANDARD PEMBELAJARAN

6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan

betul.

6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,

senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat

penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar

buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven

elektrik.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1) menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan

makanan dengan betul.

2) menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul.

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan.

KEMAHIRAN

1) Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara

yang betul.

2) Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.

ELEMEN MERENTAS

KURIKULUM

1) Keusahawanan :

EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih.

EK2 - Menilai idea secara kritis

2) Kreativiti dan inovatif :

Memilih idea yang terbaik untuk inovasi

3) Nilai murni :

Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Video, gambar alatan memasak dan carta mencuci tangan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SET INDUKSI 5 MINIT

1) Guru membawa murid ke kantin sekolah dan minta murid untuk mengisi borang senarai semak setelah melihat persekitaran/pembersihan kantin.

2) Guru membincang dengan murid tentang senarai semak yang telah dibuat murid dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu.

LANGKAH 1 10 MINIT

1) Guru menunjukkan Slide P&P tentang kepentingan sanitasi penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas.

Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul melalui video berserta dengan nota. (LAMPIRAN 1)

2) Guru melakukan aktiviti simulasi antara murid tentang langkah mencuci tangan yang betul.

AKTIVITI

1) Guru meminta murid untuk menyusun kad imbas (cara mencuci tangan yang betul) di hadapan papan putih.

LANGKAH 2 15 MINIT

1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2) Guru meminta murid bergerak secara satu stesen ke

stesen setelah meniup wisel.

3) Setiap stesen, mengandungi no berserta dengan

gambar, nama gambar dan bahan maujud.

4) Murid perlu menyenaraikan nama gambar yang dilihat

mengikut nombor dalam kertas yang disediakan.

5) Setelah itu, guru menyediakan ruang bagi murid untuk

menyusun atur nama alatan mengikut gambar.

6) Guru meminta murid untuk berkumpul lalu menerangkan

fungsi bagi setiap alatan mengikut gambar dan membuat

penilaian terhadap susun atur nama alatan.

AKTIVITI 20 MINIT

MENCARI HARTA KARUN

1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2) Dalam aktiviti ini, murid diberi arahan untuk bergerak ke

satu tempat ke tempat yang lain dan perlu mencari kata

kunci seterusnya sehingga mendapat kata kunci TAMAT.

3) Setiap kata kunci memiliki fungsi bagi nama alatan.

5) Oleh itu, mereka perlu berkumpul setiap fungsinya lalu perlu

memadankan fungsi dengan susun atur nama alatan.

4) Penilaian akan dibuat oleh guru.

PENILAIAN 5 MINIT

1) Guru memberikan lembaran kerja untuk menilai kefahaman

murid.

PENUTUP 5 MINIT

1) Guru menayangkan sebuah video berkaitan dengan tajuk

pada hari itu.

2) Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran

setelah melihat video yang ditayangkan.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja-penilaian

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan asas memasak di rumah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :