Rph Sistem Suria

10
Rancangan Pengajaran Harian ( Sistem Suria ) Tarikh / Hari : 4. 3. 2015 ( Hari Khamis ) Masa : 10.00 a.m. ~ 11.00 a.m. ( 60 minit ) Kelas : 6B Bil. Pelajar : 41 orang M / Pel : Sains Tajuk : Sistem Suria Objektif : Di Akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Menyenaraikan nama 8 buah planet dalam Sistem Suria. 2. Menyusun urutan planet-planet dalam Sistem Suria. Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid sudah mengetahui planet semulajadi seperti matahari, bulan dan bumi. Konsep : Mengenalpasti urutan planet dalam Sistem Suria. Bahan : Kad-kad bergambar, kertas mahjong, sampul surat, gum dan lembaran kerja.

description

rancangan pengajaran harian mengenai sistem tahun 6

Transcript of Rph Sistem Suria

Rancangan Pengajaran Harian ( Sistem Suria )Tarikh / Hari :4. 3. 2015( Hari Khamis )Masa :10.00 a.m. ~ 11.00 a.m.( 60 minit )Kelas :6BBil. Pelajar :41 orangM / Pel:SainsTajuk :Sistem SuriaObjektif :Di Akhir pengajaran ini, muriddapat: 1.Menyenaraikan nama 8 buah planet dalam Sistem Suria. 2.Menyusun urutan planet-planet dalam Sistem Suria.Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui planet semulajadi seperti matahari, bulandan bumi.Konsep:Mengenalpasti urutan planet dalam Sistem Suria.Bahan: Kad-kad bergambar, kertas mahjong, sampul surat, gum dan lembaran kerja.Nilai: Bersyurkur, keberanian, bekerjasama, patuh pada arahan, menghormati, sayang kepadaalam sekitar.KBKK: Memerhati, Menganalisis, Berkomunikasi,membuat kesimpulan, membuat urutan.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi

( 5 minit )

Guru menayangkan video berkenaan sistem suria sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaranMenjalankan sesi soal jawab dengan murid.

Guru menayangkan video berkenaan sistem suria sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaranGuru mengemukakan soalan kepada murid berpandukan pada tayangan video (soal jawab antara guru dan murid berkaitan tajuk pelajaran).Guru menggunakan MS Powerpoint (nota dan gambarajah) untuk menerangkan isi pelajaran ( menstrukturkan semula)

Murid memerhati tayangan video dan slaid MS Powerpoint berkenaan sistem suria.Murid memberi maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan tayangan video dan slaid MS Powerpoint.Murid mencatat nota tentang isi pelajaran.

KBKK:Memerhati, berkomunikasiNilai:-Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.-Mensyukuri nikmat Tuhan.-Sifat ingin tahu terhadap sesuatu yang baru.

Perkembangan

Langkah 1

( 20 minit )Penerangan mengenai :Ahli-ahli dan urutan Sistem Suria.

Guru memperlihatkan kepada murid model sistem suria untuk menunjukkan kedudukan sebenar planet-planet mengelilingi matahari.Semasa penerangan, guru mengemukakan gambar-gambar planet untuk menjelaskan ciri-ciri dan urutannya dalam sistem suria. Dengan ini, murid dapat memahami ciri dan kedudukan setiap planet dengan lebih jelas.Guru membimbing murid membaca nama planet-planet dengan sebutan yang betul.Murid-murid mendengar penerangan guru dengan teliti.Murid-murid membaca nama planet-planet dengan sebutan yang betul.KBKK:Memerhati,menganalisis,membuat urutan

ABM :

Nilai:Kerajinanpatuh kepada arahan.

Langkah 2

( 15 minit )

Aktiviti menulis nama planet dan menyusunkedudukan planet-planet dalam sistem suria dengan urutan yang betul .Guru membahagikan murid kepada 8 kumpulan.Guru mengedarkansampul surat yang mengandungi kertas mahjong dan gambar-gambar planet kepada setiap kumpulan

Guru menerangkan aktiviti :Setiap kumpulan diminta melengkapkan nama planettersebut dan kemudian menyusun kedudukan planet.Kumpulan yang paling cepat menyiapkan aktiviti akan diberikan hadiah.Setiap kumpulan memaparkan jawapan mereka dan guru menandakanjawapan setiap kumpulan.Guru memberikan hadiah kepada kumpulan yang menang dalam aktiviti ini.Murid-murid mengikut arahan guru dan bergiat aktif dalam aktiviti .

KBKK:Berkomunikasi,membuat urutan

ABM:Kad-kad bergambar,gum,marker pen dankertas mahjong.

Nilai:Bekerjasama,keberanian

Langkah 3

( 15 minit )

Lembaran KerjaGuru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.Guru memantau dan memastikan murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja .Guru bertindak sebagai fasilitatormemberi tunjuk ajar kepada murid.Murid-murid membuat lembaran kerja dengan teliti.Murid menjawab semua soalan yang diberikan guru.KBKK:Membandingdan membeza, membuat kesimpulan

ABM :Lembaran kerja

Nilai:Kerajinan

Penutup

( 5 minit )

Kesimpulan

Guru merumuskan pengajaran pada hari ini.Murid-murid menyatakan nama planet dengan mengikut urutannya.Aktiviti ini adalah untuk memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan.Guru membuat rumusan dengan menggunakan cara menanya soal, Contonya:a.) Sila menyenaraikan namaplanet dengan mengikut urutan yang betul.

b.) Apakah planet yang membolehkan manusia hidup? BumiGuru memberitahu murid bahawa hanya bumi sesuai bagi manusia hidup .Oleh itu,kita perlu menjaga bumi. Jangan sentiasamembuat aktiviti-aktivitiyang boleh mencemarkan bumi.

Muridmurid menyatakan nama planet dengan mengikut kedudukannya.Murid-murid menjawab soalan.

KBKK:Membuat kesimpulan

Nilai:Sayang kepada alam sekitar,Menghormati,bersyukur.

Rujukan http://bonbonseit.blogspot.com/p/rancangan-pengajaran-hariansistem-suria.htmlhttp://mhyquez81.blogspot.com/http://lauhuonghuongd053771.blogspot.com/(video sistem suria)