Rph n Aktiviti Pendidikan Kesihatan
Transcript of Rph n Aktiviti Pendidikan Kesihatan
GAYA HIDUP SIHAT
1.0 PENGENALAN
Kesihatan pada asasnya adalah konstruk sosial. Ianya dibentuk melalui interaksi di
antara manusia dengan persekitaran mereka dalam proses kehidupan seharian di mana
manusia hidup, berkasih sayang, bekerja dan bermain (Kickbusch, (1997))’. Apa yang
mendefinisikan kesihatan tidak hanya bergantung semata-mata kepada individu maupun
faktor-faktor biologikal, malah ianya bergantung juga kepada persekitaran sosial dan budaya
hidup individu tersebut. Dalam konteks ini faktor perubatan secara sendirinya tidak dapat
menjelaskan mengapa dan bagaimana manusia atau individu mengidap sesuatu penyakit.
Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial juga memainkan peranan yang tidak
kurang penting bagi menjelaskan fenomena ini. Adalah penting bagi Pendidikan kesihatan
mengambil kira faktor-faktor sosial, persekitaran dan ekonomi dalam menentukan tahap
kesihatan seseorang individu. Pendidikan Kesihatan dewasa ini seharusnya mampu
menggerak manusia mengubah keadaan-keadaan serta faktor-faktor ini.
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung
dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Pendidikan Kesihatan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat
Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran
perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.
2.0 SOALAN 1
1
GAYA HIDUP SIHAT
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan salah
satu medium yang paling penting untuk menyampaikan kandungan pengajaran dengan lebih
berkesan. Bahan bantu mengajar meningkatkan kefahaman dan menarik minat serta
memotivasikan murid untuk menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
2.1 Soalan 1 (a) Bahan Bantu Mengajar
Justeru, anda dikehendaki mereka dan membina 1 bahan bantu mengajar dalam
bentuk permainan yang berkaitan Gaya Hidup Sihat untuk mengajar topik Pemakanan.
Bahan Permainan
Nama bahan permainan: Ular dan Tangga
Jangka masa permainan: 15 minit
Bilangan murid: 3 orang
Bahan yang digunakan: Kadbod dan Dadu
Persediaan Permainan
Untuk Guru
1. Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan
objektif pengajaran yang diajarkan.
2. Guru menyediakan 10 set permainan Ular dan Tangga iaitu 1 papan permainan
dan 1 biji dadu.
3. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di
dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan setiap kumpulan murid mengandungi
3 orang ahli.
4. Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru terlebih dahulu haruslah membuat
demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar murid
dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut.
2
GAYA HIDUP SIHAT
5. Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada murid
agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain. Ia juga
membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya.
6. Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu
permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya.
7. Semasa permainan berlangsung, guru bertindak sebagai fasilitator dan
membimbing murid apabila diperlukan.
8. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran, sikap dan
pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang
telah dijalankan itu.
Untuk Murid
1. Sebelum memulakan permainan, murid hendaklah diberitahu tentang nama
permainan, bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain.
2. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan
memberikan petunjuk atau panduan kepada murid, di samping dapat mengredkan
permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu.
3. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus
mereka lakukan.
Arahan Permainan
1. Permainan dinamakan Ular dan Tangga.
2. Setiap kumpulan mengandungi 3 orang ahli
3. Setiap kumpulan dibekalkan 1 set permainan yang mengandungi 1 papan
permainan dan 1 biji dadu
4. Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang mendapat bilangan
enam, maka ia akan memulakan permainan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh
pemain yang mendapat bilangan kedua terbanyak dan seterusnya.
5. Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang mendapat bilangan enam
semasa lontaran buah dadu dibuat, maka dia layak melontar sekali lagi.
6. Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia berpeluang naik ke
atas tetapi jika sekiranya pemain berhenti pada petak yang mempunyai kepala
3
GAYA HIDUP SIHAT
ular, maka dia terpaksa turun ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut.
Ini bermakna setiap langkah naik dan turun membawa maksudnya tersendiri.
7. Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak yang menunjukkan
makanan tidak berkhasiat, maka ia terpaksa turun pada petak ekor ular, manakala
jika pemain berhenti pada petak yang menunjukkan makanan berkhasiat, pemain
akan menaiki tangga.
Peraturan Permainan
1. Pemain terdiri daripada tiga orang.
2. Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya.
3. Bergerak mengikut urutan nombor.
4. Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar
buah dadu sekali lagi.
5. Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular
yang telah ditetapkan.
6. Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang
(Pengamal Gaya Hidup Sihat).
Pada peringkat awal set permainan diedarkan kepada murid-murid, mereka sudah
mendapat gambaran bagaimana cara bermain. Guru menerangkan kaedah sebenar permainan
ini dan mereka bermain mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini menjadikan
murid lebih seronok dan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria.
Dengan cara ini, murid-murid memperolehi ilmu secara tidak formal kerana
pendekatan ini berbentuk dua dalam satu iaitu belajar sambil bermain pada satu masa.
Kaedah permainan Ular dan Tangga ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman
tentang perbezaan makanan berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat.
Papan Permainan
4
GAYA HIDUP SIHAT
2.2 Soalan 1(b) Rancangan Pengajaran Harian
Sediakan 1 set rancangan pengajaran harian yang melibatkan penggunaan permainan
ciptaan tersebut sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5
GAYA HIDUP SIHAT
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 25 Mac 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pg – 7.30pg (30 minit )
Tahun : 5 Bestari
Bilangan Murid : 30 Orang
Tunjang : Gaya Hidup Sihat (Tahap 2)
Tajuk : Pemakanan
Sub Tajuk : Pilihan Makanan
Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:
• Psikomotor :
1. menghabiskan permainan Ular dan Tangga.
• Kognitif :
1. Mengenali makanan yang berkhasiat dan yang tidak
berkhasiat.
• Afektif :
1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
2. Bekerjasama dengan ahli kumpulan
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid pernah mengenali jenis-jenis makanan hasil didikan awal keluarga.
2. Murid mempunyai pendedahan awal mengenai pemanakan semasa tahap satu.
Penggabungjalinan : Sains (Khasiat Makanan)
Penerapan Nilai : Kerjasama, tanggungjawab dan jujur
Alat Bantu Mengajar : Permainan Ular dan Tangga, Slaid Powerpoint
6
GAYA HIDUP SIHAT
7
GAYA HIDUP SIHAT
8
GAYA HIDUP SIHAT
9
GAYA HIDUP SIHAT
3.0 SOALAN 2
Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan “Sihat Sepanjang Hayat” memberi penekanan
dan fokus terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk
mempromosikan kesihtan. Dalam masa yang sama juga kita sering kedengaran daripada
10
GAYA HIDUP SIHAT
media tempatan yang memaparkan tentang gejala sosial yang berkaitan kes penyalahgunaan
bahan. Pilih 1 artikel daripada majalah akhbar atau internet yang memaparkan gejala sosial
yang berkaitan kes penyalahgunaan bahan. Anda dikehendaki mengenalpasti cara mengatasi
masalah tersebut dan menyenaraikan tips-tips gaya hidup sihat yang boleh diamalkan.
3.1 Artikel Pilihan (Kes Penyalahgunaan Ubat)
Rujuk Lampiran 1
Alamat Laman Sesawang:
http://www.bharian.com.my/articles/Penyalahgunaan_pemesonganubat-
ubatanterkawalmeningkat/Article/
3.2 Cara Mengatasi Masalah Kes Penyalahgunaan Ubat
Sebarang ubat boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia
dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan
morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia
tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya. Namun begitu, penyalahgunaan ubat lebih
ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat
umum. Penggunaan ubat untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda
secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna.
Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh
mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin
berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga
bunuh diri.
Penyalahgunaan ubat bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi ubat tersebut,
ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan
yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal
keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Penyalahgunaan ubat
boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan
11
GAYA HIDUP SIHAT
dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini
dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam ubat yang
diambil. Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan
masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di
samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur.
Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda
sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil
tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan
diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada
perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan
remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat
mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan
yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada
siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang
biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan
dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa
diterima ramai.
Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti
televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa
yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak
melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum
minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya
masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna.
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari
ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko.
Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk
penyalahgunaan ubat.
12
GAYA HIDUP SIHAT
Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang
dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul.
Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman
lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat
penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang
boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk
mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.
Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang
telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi
mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.
Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari
mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling,
dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah
mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan
juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan ubat dengan mudah. Memantau
perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.
Pengamal perubatan swasta akan membantu kerajaan menangani penyalahgunaan
ubat rawatan terapi gantian (DST) oleh penagih dadah, menerusi Daftar DST Kebangsaan
tidak lama lagi. Presiden Persatuan pengamal perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr
Steven Chow berkata dengan pelancaran daftar itu, kemajuan pesakit DST dapat dipantau.
Selain itu ia dapat memastikan mereka (penagih dadah) tidak diberikan preskripsi melebihi
had yang ditetapkan oleh doktor masing-masing.
Daftar itu merupakan sistem pemantauan menerusi web, mengandungi maklumat
terkini mengenai pengamal perubatan, preskripsi serta lebih 10,000 pesakit yang menjalani
DST di klinik-klinik pesakit luar di negara ini. Dr Steven Chow berkata sistem berpusat itu
dapat menyekat ubat itu daripada disalurkan di pasaran gelap, dan dalam masa yang sama
pesakit mematuhi sepenuhnya regim rawatan mereka. Ada penagih dadah yang menyamar
sebagai pesakit dan menggunakan khidmat doktor berbeza bagi mendapatkan preskripsi
untuk khayal. katanya.
13
GAYA HIDUP SIHAT
Oleh itu, menerusi pendaftaran terbabit, pengamal perubatan swasta bukan sahaja
dapat mengesan pesakit yang menjalani rawatan DST, malah turut mempromosikan tadbir
urus klinikal yang baik yang membantu menangani penyalahgunaan rawatan itu.
Daftar itu turut memberi manfaat kepada pesakit yang sentiasa bergerak kerana mereka dapat
menggunakan sistem berkenaan untuk mendapatkan preskripsi jika berlaku kecemasan, di
mana-mana klinik berdaftar. Kementerian Kesihatan juga memberi kerjasama untuk
menyediakan garis panduan bagi memudahkan rawatan penagihan yang bertanggungjawab
dan beretika.
3.3 Tips-tips Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang
masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti
dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh
dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
3.3.1 Rehat
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti
fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan,
menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita
boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman
yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik,
membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
Terdapat dua jenis rehat yang boleh diamalkan iaitu:
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan
otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan
14
GAYA HIDUP SIHAT
istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam
postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan
otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil
angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak
muzik.
3.3.2 Pemakanan
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan
ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi.
Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah
tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.
Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana
kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit
adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus)
daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buah- buahan. Manakala
sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya.
Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga
mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan
secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat
Malaysia.
15
GAYA HIDUP SIHAT
Sebab itulah pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan
yang paling banyak menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006
(Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh
faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa
arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup
walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada
masalah penyakit tersebut.
3.3.3 Senaman
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani
oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti
bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika
hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan
sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.
Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas
berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan
maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.
Senaman meningkatkan perjalanan darah (blood circulation). Ini penting supaya
semua sel dan tisu badan mendapat bekalan oksigen dan nutrien untuk kesihatan optima.
Senaman memelihara kesihatan keseluruhan kerana ianya faktor positif dalam pencegahan
pelbagai penyakit terutama penyakit jantung, kerana keupayaannya meningkat paras
kolesterol baik (HDL – cholesterol – high density lipoprotein cholesterol). Low density
lipoprotein cholesterol – LDL adalah kolesterol jahat kerana boleh menyumbat pembuluh
darah. Senaman boleh menguatkan otot dan tulang. Brisk walking 20 minit tiga kali
seminggu dan menaiki anak tangga bangunan bertingkat secara berperingkat adalah memadai
bagi orang yang kurang bersenam dan terlalu sibuk untuk berbuat demikian.
3.3.4 Rekreasi
Rekreasi ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan dan merupakan aktiviti
yang boleh dilakukan di luar rumah dan di luar sekolah. Ianya boleh dilakukan bersama
16
GAYA HIDUP SIHAT
keluarga dan rakan. Aktiviti rekreasi boleh menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh
badan. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan dan minda. Selain itu, rekreasi
juga didefinisikan sebagai aktiviti terancang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk
memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan yang digunakan semasa
masa lapang, contohnya aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan
jungle tracking.
Waktu berekreasi biasanya adalah di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Biasanya,
rekreasi adalah dalam bentuk:
sukan/permainan
hobi
melancong/bercuti
Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu Rekreasi Dalam (in-door), contohnya badminton,
squash, boling, yang kedua adalah Rekreasi Luar (out-door), contohnya abseiling, bola sepak
dan perkhemahan.
3.3.5 Tidur
Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu
sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para
saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences,
England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya
perlu tidur malam selama 3 JAMWaktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur
ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep).
Manusia perlu berlatih untuk biasakan tidur lelap karena tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah
ketika tidur lelap berdasarkan kajian saintis Barat, iaitu cukup selama 3 JAM. Kita merasakan
bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini disebabkan kita tidak terlatih atau
mengikuti aturan yang benar ketika kita tidur. Apabila seseorang atlit misalnya, ketika
hendak bertanding dalam acara 100M lumba lari maka dia akan berlatih mungkin sekitar
setahun sebelum perlumbaan itu dimulakan. Dengan demikian dia berharap untuk menjadi
juara. Demikian juga dengan kita, harus melatih diri kita tidur sesuai dengan aturan yang
baik.
17
GAYA HIDUP SIHAT
Menurut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita pergi tidur, kita akan merasa
mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu
tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur apabila perlu.
Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari
serta mengerjakan hal-hal lain. Cara bangun tidur juga ada kaedahnya untuk menjaga
kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun
tidur,lantas terus melompat dari tidurnya, maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh
menyebabkan kematian. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China – Dr Huang
Guoxiong dari Badan Perubatan Lioning.
3.3.6 Senggangan
Tips Gaya Hidup Sihat yang seterusnya ialah aktiviti senggangan. Senggangan
merupakan masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan
dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu. Ianya memberi Kepuasan kendiri
(personal filfillment). Aktiviti senggangan memberi impak positif ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan bangsa dan negara seterusnya ke arah
pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle, senggang sebagai keseronokan, Senggang
sebagai kerja, senggang sebagai aktiviti, senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri,
senggangan sebagai keseronokan dan kepuasan, kesukarelaan dan konstruktif.
Di antara contoh bidang, aktiviti program kesenggangan ialah, drama, seni dan kraft,
budaya melalui muzik dan tarian, sukan, rekreasi luar, rekreasi sosial dan juga rekreasi
mental/linguistik.
3.3.7 Pengurusan Konflik dan Stress
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati
lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau
menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka
menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan
18
GAYA HIDUP SIHAT
menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria
dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi
memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang
positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.
Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan
bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu
kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti
mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin
positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya
kelak.
3.3.8 Pendidikan Pencegahan AIDS
Oleh kerana masih belum ada penawar untuk AIDS, usaha terbaik untuk menangani
penyakit ini adalah melalui usaha pencegahan. Di antara usaha pencegahan yang dilakukan
adalah mendidik orang ramai tentang AIDS. Mesej pendidikan AIDS sama ada di dalam atau
di luar negara sekarang ini banyak tertumpu kepada gaya tingkah laku seksual seperti
menggunakan kondom, melakukan hubungan seks yang selamat, mengelakkan bertukar-tukar
pasangan seks, atau mengelak daripada mengunjungi pekerja seks. Mesej pendidikan AIDS
juga memberi tumpuan kepada mengelakkan perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih
dadah, juga menggalakkan penggunaan jarum suntikan yang bersih, atau pun menyediakan
kemudahan mendapatkan jarum suntikan yang bersih.
Pencapaian yang lebih sesuai dilaksanakan adalah dengan mengenalpasti faktor-faktor
yang menjadi punca dan pendorong kepada individu yang akhirnya membuatkan mereka
terjebak dengan penyakit AIDS. Dengan itu pendekatan kajian ini adalah untuk meninjau
sejauh mana perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadi remaja seperti pengetahuan,
nilai dan personaliti remaja yang diramal akan menjadi penyumbang terhadap tingkah laku
19
GAYA HIDUP SIHAT
remaja yang memungkinkan mereka terjebak dengan jangkitan AIDS. Penyakit AIDS ini pula
diandaikan sebagai satu kesinambungan tingkah laku yang mempunyai kaitan rapat dengan
merokok, mengambil dadah dan eksperimentasi dengan hubungan seks sebelum kahwin.
Maklumat tentang perkara-perkara di atas diharapkan akan dapat digunakan bagi
membentuk satu strategi pendidikan AIDS yang berlainan dengan pendekatan konventional.
Usaha pendidikan AIDS yang akan dicadangkan lebih tertumpu kepada pembentukan nilai
keperibadian, dan kemujaraban dan ketahanan diri remaja yang akhirnya akan menjadi
benteng yang kukuh untuk menangani jangkitan wabak AIDS di Malaysia.
Elakkan penyalahgunaan dadah. Terdapat pelbagai jenis dadah. Rata-rata kesannya
ialah ketagihan serta mengkhayalkan dan seterusnya mengurangkan produktiviti dan
menimbulkan gejala sosial. Ada juga jenis yang boleh membawa maut. Komplikasi seperti
hepatitis dan AIDS sering berlaku bagi mereka yang menggunakan dadah suntikan. Elakkan
hubungan jenis rambang kerana ia menimbulkan gejala penyakit kelamin seperti gonorrhoea,
syphilis dan jangkitan kuman AIDS. Ia juga melibat dan merosakkan generasi sekarang dan
zuriat akan datang termasuk mereka yang tidak berdosa!!!
3.3.9 Pengurusan Kerja
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih
bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan
malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang
dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan
ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini
membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok,
kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara
akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah
yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat
ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu
mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai
hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.”
20
GAYA HIDUP SIHAT
3.3.10 Kebersihan Diri dan Persekitaran
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok
gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan
hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci
tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung
lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap
sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,
amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam
kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat
juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang
ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran
mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen
pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan
nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
Jangan cemarkan alam sekitar kerana sumber-sumber dari alam sekitar sangat
diperlukan. Manusia memerlukan air bersih, bekalan oksigen dan makanan dari alam sekitar.
Jika dicemar bekalan kita terganggu dan berkurangan. Alam sekeliling tercemar juga
mengundang penyakit seperti denggi, taun dan keracunan.
21
GAYA HIDUP SIHAT
4.0 RUMUSAN
Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang
kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya
hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran
hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk
memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam
budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan yang mempunyai masalah kesihatan.
Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan
kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik
memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Dengan
22
GAYA HIDUP SIHAT
kefahaman, kesedaran dan keazaman tinggi daya hidup sihat dapat dibudayakan dalam
masyarakat. Struktur penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara kita adalah baik dan
mencukupi.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan
yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap
masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami
bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
5.0 RUJUKAN
1. Mok Soon Sang, Siri Pendidikan perguruan, Semester 3, Pedagogi untuk kursus diploma
perguruan, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Malaysia
Sdn. Bhd.
2. HBHE 3103, Gaya Hidup Sihat, Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial,
Open University Malaysia.
3. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan KEsihatan Tahun 5, Unit Perkembangan
Kurikulum 2004, Kementerian Pelajaran Malaysia.
23
GAYA HIDUP SIHAT
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rekreasi
5. http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/objektif_pengajaran.pdf
6. http://prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=26
7. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup-sihat.html
LAMPIRAN
24