RPH MATEMATIK
-
Upload
tempoyak-goreng -
Category
Documents
-
view
17 -
download
0
description
Transcript of RPH MATEMATIK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Masa dan Waktu
Kelas : 2
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh : 18 September 2014
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk
9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk
(v) merekod waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam bentuk angka
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat merekod waktu dalam jam dan
gandaan lima minit dalam bentuk angka.
Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi Catatan
Persediaan
( 5 minit )
a. Guru mengajak murid-murid
menyanyikan sebuah lagu.
b. Guru memainkan lagu menggunakan
gitar.
c. Murid-murid bernyanyi bersama
berpandukan lirik yang ditulis di carta
lirik lagu.
d. Guru bersoal jawab dengan murid
nilai yang terkandung dalam lagu
tersebut.
i. Hari ini kita akan
menyanyikan sebuah
lagu.
ii. Kita dengar dan hayati
lagu ini.
iii. Mari kita nyanyi sama-
sama.
iv. Apakah pengajaran yang
kita dapat dari lagu
tersebut?
BBB
Carta lirik lagu
“Mari
Membaca
Jam”
Gitar
Nilai
Menghargai
waktu
Mendengar
arahan
EMK
Kreatif dan
inovasi
Mari Membaca Jam
Saya jarum panjang
Saya jarum minit
Saya jarum pendek
Saya jarum jam
Mari kawan-kawan
Kita membaca jam
Supaya tidak ketinggalan
e. Guru mengaitkan aktiviti nyanyian
dengan isi kandungan pelajaran.
Imaginasi
( 15 minit )
a. Guru menunjukkan masa pada
sebuah muka jam.
b. Guru bertanya kepada murid apakah
masa yang ditunjukkan.
c. Guru meminta seorang murid
menuliskan masa yang ditunjukkan
pada papan putih dalam bentuk
angka.
d. Guru membimbing murid cara yang
betul menulis waktu dalam bentuk
angka menggunakan “Papan Ajaib”.
e. Ulang langkah a hingga langkah c
dengan mencuba contoh lain
menggunakan jam mainan.
i. Perhatikan muka jam
yang cikgu tunjukkan ini.
ii. Apakah waktu yang
ditunjukkan?
iii. Cikgu minta seorang
murid datang ke depan
tuliskan waktu dalam
angka.
iv. Kita tulis angka yang
menunjukkan jam dulu
diikuti titik baru kita tulis
minitnya.
v. Sekarang kita cuba
contoh lain pula.
BBB
Jam dinding
Jam mainan
Jam interaktif
atas talian
Papan ajaib
Nilai
Berani
mencuba
TMK
Menjana idea
dari
pemerhatian
dan menilai
idea secara
kritis
f. Guru mengalih perhatian murid-
murid terhadap jam interaktif pada
skrin paparan LCD.
g. Guru meminta pasangan dua orang
murid tampil ke hadapan; murid A
menggerakkan jarum jam interaktif
sementara murid B menulis waktu
yang ditunjukkan pada papan putih.
vi. Sekarang semua lihat
jam interaktif pada
paparan LCD.
vii. Cikgu minta dua orang
datang ke depan untuk
buat aktiviti.
EMK
Membuat
perkaitan dan
analisis data
Perkembangan
( 20 minit )
a. Murid dalam pasangan berdua..
b. Setiap pasangan diberi satu
Lembaran Kerja Berpasangan.
i. Sekarang pergi duduk
bersama pasangan
masing-masing.
ii. Cikgu akan edarkan
lembaran kerja bagi
setiap pasangan.
BBB
Lembaran
Kerja
Berpasangan 1
Jam interaktif.
c. Guru mengerakkan jarum pada muka
jam interaktif. Setiap pasangan
dikehendaki melengkapkan ruangan
pada lembaran yang diberikan.
d. Seterusnya setiap pasangan
dikehendaki mewarnakan lembaran
kerja yang diberikan.
iii. Cikgu akan tunjukkan
beberapa waktu dalam
muka jam interaktif dan
kamu perlu lengkapkan
lembaran kerja tersebut.
iv. Kalau sudah siap, cikgu
hendak kamu warnakan
lembaran kerja tersebut.
EMK
Menjana idea
dari
pemerhatian
dan membuat
penilaian
NILAI
Kerjasama
antara
pasangan
Tindakan
( 20 minit )
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada
murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
c. Buat rumusan pembelajaran.
i. Lengkapkan lembaran
kerja ini.
ii. Sekarang mari kita
bincang jawapan.
iii. Apa yang kamu belajar
hari ini?
NILAI
Jujur
Teliti
BBB
Lembaran
Kerja 1
Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menjawab dengan betul soalan pada Lembaran Kerja 1 untuk
bergerak ke pelajaran seterusnya.
Nilai dan sikap Nilai individu : Rajin, Teliti
Nilai interaksi : Kerjasama, Toleransi