ROSELLE

25
MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013 1 1.0 PENDAHULUAN Terdapat 3 jenis tanaman buah-buahan yang dipilih dalam aktiviti penanaman iaitu: - Hibiscus sabdari-a L adalah satu tumbuhan herba berasal dari timur tengah dan Afrika. Roselle telah dikaji dan mula ditanam di Malaysia semenjak 1994. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan semula jadi dan boleh dijadikan bahan makanan serta ubat, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Roselle untuk diketengahkan kepada sektor industri dan pengkomersialan. -Pokok markisa, tanaman markisa (passifloraceae) berasal dari Amerika Selatan yang beriklim tropika. Ketika ini terdapat lebih dari 400 spesies yang mana dari jumlah tersebut sekurang- kurangnya 50 diantaranya dapat dikormesialkan buahnya. Diantara spesies tersebut yang banyak ditanam secara komersial adalah markisa ungu (Passiflora edulis f. edulis Sims) dan markisa kuning (Passiflora edulis f. flavicarpa Degner). Nama lain buah markisa di negara lain adalah passion fruit, granadilla, purple granadilla, yellow granadilla fruit atau meracuja. -Pokok betik, nama saintifik bagi betik ialah Carica papaya L. dari keluarga Caricaceae, dikenali juga sebagai 'paw-paw' merupakan sejenis tumbuhan herba jenis baka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico.

Transcript of ROSELLE

Page 1: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

1

1.0 PENDAHULUAN

Terdapat 3 jenis tanaman buah-buahan yang dipilih dalam aktiviti penanaman iaitu:

- Hibiscus sabdari-a L adalah satu tumbuhan herba berasal dari timur tengah dan Afrika. Roselle

telah dikaji dan mula ditanam di Malaysia semenjak 1994. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan

semula jadi dan boleh dijadikan bahan makanan serta ubat, kerajaan Malaysia telah

memperkenalkan Roselle untuk diketengahkan kepada sektor industri dan pengkomersialan.

-Pokok markisa, tanaman markisa (passifloraceae) berasal dari Amerika Selatan yang beriklim

tropika. Ketika ini terdapat lebih dari 400 spesies yang mana dari jumlah tersebut sekurang-

kurangnya 50 diantaranya dapat dikormesialkan buahnya. Diantara spesies tersebut yang banyak

ditanam secara komersial adalah markisa ungu (Passiflora edulis f. edulis Sims) dan markisa

kuning (Passiflora edulis f. flavicarpa Degner). Nama lain buah markisa di negara lain adalah

passion fruit, granadilla, purple granadilla, yellow granadilla fruit atau meracuja.

-Pokok betik, nama saintifik bagi betik ialah Carica papaya L. dari keluarga Caricaceae, dikenali

juga sebagai 'paw-paw' merupakan sejenis tumbuhan herba jenis baka yang hidup singkat.

Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico.

Page 2: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

2

2.0 PENYEDIAAN KAWASAN PENANAMAN

Penyediaan kawasan yang telah dipilih bagi menjalankan aktiviti pertanian adalah penting bagi

memulakan kegiatan pertanian kerana penyediaan kawasan ini secara tidak lansung akan

membantu kepada petani untuk merancang tanaman yang sesuai dijalankan serta dapat

membantu petani dalam menentukan plot ukuran yang sesuai sebelum didipindahkan ke kawasan

yang terpilih.

2.1 PENINJAUAN KAWASAN TERPILIH UNTUK AKTIVITI PENANAMAN

Sebelum memulakan aktiviti penanaman mahupun perternakan, kita hendaklah meninjau

kawasan yang terpilih untuk dijadikan kawasan pertanian. Tujuan utama peninjauan kawasan

adalah mendapatkan perbezaan jenis tanah dan mendapatkan maklumat tanaman yang sesuai

ditanam di kawasan yang terpilih. Selain itu, peninjaun juga diperlukan bagi memastikan rupa

bentuk permukaan kawasan seperti adanya parit ataupun batu yang boleh menggangu aktiviti

penanaman dan kemudahan yang terdpat disekitar kawasan yang terpilih bagi memudahkan

aktiviti perancangan tanaman nanti.

Page 3: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

3

Kawasan Yang Terpilih

Lakukan aktiviti pembersihan bagi memudahkan aktiviti perancangan tanaman. Kawasan yang

terpilih akan diukur dan akan ditanda sebagai sempadan kawasan pernanaman yang telah dipilih.

Penandaan Kawasan Yang diPilih

Kawasan yang telah ditanda akan dibersihkan sehingga menjadi kawasan yang lapang bagi

memudahkan proses perancangan tanaman serta bagi memberi gambaran yang lebih jelas dalam

menentukan kawasan jenis tanaman yang ingin ditanam.

Kawasan yang Siap Dibersihkan

2.2 PERANCANGAN TANAMAN

Selepas meninjau kawasan yang ingin dijadikan kawasan pertanaian, kita hendaklah merancang

tanaman yang sesuai ditanam dikawasan tersebut. Kita hendaklah melakar di atas kertas kawasan

yang ingin dijadikan penanaman berdasarkan kesesuaian dan jenis tanaman yang ingin

Page 4: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

4

diusahakan. Perhatikan kawasan yang mempunyai sumber air ataupun punca air serta tanah yang

berbaja sebagai garis panduan bagi menentukan tanaman yang sesuai ditanam di kawasan

tersebut. Jika kawasan yang ditinjau tiada punca air maka dalam lakaran atau perancangan

tanaman hendaklah melakar kawasan mana yang sesuai untuk dijadikan telaga atau parit sebagi

sumber air.

Lakaran Kawasan Pertanian

Lakaran kawasan pertanian ini adalah berdasarkan kawasan atau keluasan kawasan semasa

proses peninjauan kawasan pertanian. Ini akan memudahkan semasa proses pembahagian

kawasan penanaman.

Lakaran Pembahagian Kawasan Tanaman

Page 5: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

5

Selepas itu lakarkan kawasan yang sesuai dijadikan sumber air atau punca air. Air merupakan

sumber yang penting dalam aktiviti pertanian kerana pokok yang ditanam akan lebih cepat

membesar dan mengurangkan peratus kematian anak pokok yang kekurangan air. Selain itu

punca air akan melembapkan kawasan pertanian secra tidak langsung kawasan tersebut akan

menjadi lebih segar dan sejuk.

Lakaran Binaan Parit

Jenis pokok yang ditanam adalah kesesuaian anak pokok yang ditanam berdasarkan tanah yang

berbaja.

Cadangan Penanaman Pokok

2.3 PEMINDAHAN LAKARAN KAWASAN KE KAWASAN PENANAMAN

Setelah selesai membuat lakaran tapak penanaman, proses seterusnya adalah memindahkan

lakaran kawasan penanaman ke tapak penanaman. Ukur kawasan untuk pembahagian dan buat

penandaan kawasan.

Page 6: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

6

Ukuran Yang Dipindahkan Ke Tapak Penanaman

Penandaan Pada Tapak Penanaman

Setelah selesai kerja-kerja penandaan kawasan dan memindahkan ukuran seperti dalam lakaran.

Lakukan kerja-kerja membajak kawasan penanaman.

2.4 MEMBAJAK

Membajak kawasan tanaman bertujuan menghancurkan tekstur tanah-tanah yang kasar agar

menjadi kecil dan memulihkan struktur atau keadaan tanah untuk penyediaan batas bagi

mendapatkan pengedaran udara dan kelembapan yang sesuai. Berikut terdapat dua jenis bajak

yang digunakan dalam menyediakan kawasan penanaman.

-

Page 7: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

7

BAJAK PIRING

Digunakan untuk memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah. Ia terdiri daripada

beberapa piring besi yang cengkung dan berat. Terdapat dua jenis bajak iaitu;

i. bajak piring sisi serong rata

ii. bajak piring sisi bergigi

Penggunaan bajak piring sesuai bagi kawasan berumpai tebal, berbatu, banyak akar dan belukar.

-

Bajak Putar

Bajak putar biasa digunakan untuk membuat batas. lanya dapat menghasilkan permukaan yang

gembur sesuai untuk percambahan biji benih. Bajak putar boleh dipasangkan kepada trektor 4

roda, trektor 2 roda atau trektor jalan kecil (pedestrian operated). la dapat mengerjakan tanah

sedalam antara 150 hingga 200 mm. Jika digunakan pada tanah yang terlalu basah, ia tidak dapat

memecah dan menghuraikan tanah disebaliknya menghasilkan ketulan-ketulan besar. Kelajuan

bajak putar yang rendah akan menghasilkan ketulan-ketulan yang lebih kecil dibandingkan

Page 8: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

8

dengan kelajuan yang lebih tinggi. Pada kelajuan yang rendah lebih banyak potongan terdapat

pada satu meter jarak perjalanan. Tanah biasanya digembur sedalam 30cm.

2.5 MEMBINA GARISAN DAN MENANDA

Proses menanda dan membina garisan amat penting sebagai panduan kepada kita untuk kerja-

kerja pembinaan batas serta kerja-kerja penanaman agar keduudkan tanaman yang ditanam

kelihatan cantik dan ditanam di kawasan yang betul. Sebelum melakukan kerja-kerja membina

garisan dalam tapak penanaman. Lakukan kerja-kerja mencari buluh untuk dijadikan penanda.

Belah buluh agar kelebaran buluh menjadi kecil dan rincih buluh serta potong buluh sepanjang 2-

3’. Lakukan kerja-kerja merincih buluh dengan berhati-hati. Amalkan langkah-langkah

keselamatan.

Menghasilkan Penanda

Membuat Garisan

Page 9: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

9

3.0 MEMBINA BATAS

Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutamanya bagi jenis tanah yang

kurang baik salirannya. Tanah mestilah mempunyai saliran air yang baik, cukup dengan bahan

organik, boleh menahan air dan tidak dipenuhi oleh batu-batu. Jika tanah terlampau keras,

terutamanya di lapisan bawah, maka penyerapan air ke dalam tanah amatlah sukar. Berikut

merupakan kegunaan batas di bina:

i. Memudahkan kerja penjagaan

ii. Mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak.

iii. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah

Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungan

air menyebabkan akar terendam dan reput. Saliran air tanah boleh dibaiki dengan membuat parit

dan menggemburkan tanah. Kawasan kebun juga mestilah tidak mempunyai lekuk atau lopak

supaya air tidak bertakung selepas hujan. Jika berlakunya hujan, kita dinasihati jangan masuk

kewasan batas bagi mengelakkan tanah batas menjadi padat dan kita akan merosakkan batas.

Batas pokok Roselle

Penyediaan Batas

Page 10: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

10

Pindahkan tanah yang berada di lorong satu dan timbunkan dalam lorong 2. Lakukan seperti ini

sehingga batas terbentuk.

Penyediaan Batas

Bagi pokok Roselle lakukan batas seperti gambar yang ditunjukkan dan ukuran bagi batas

Roselle adalah seperti berikut:

Lebar Batas

Page 11: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

11

Pokok Markisa

Berikut merupakan batas untuk menanam pokok Markisa.

Buat penandaan menggunakan buluh. Pancang buluh

pada jarak 10’ ke 10’ bagi menanda tempat yang akan di

buat lubang untuk menanam pokok markisa dalam

barisan manakala jarak diantara barisan adalah 10’ ke

10’.

Buat lubang dengan saiz 2’ x 2’ x 2’ dengan jarak

lubang diantara 20’ ke 20’ dalam barisan dan

diantara barisan adalah 10’ ke 10’. Kawasan

tandaan yang tidak dijadikan lubang akan

diletakkan tiang. Asingkan lapisan tanah atas di

bahagian lain manakala lapisan bawah tanah ke

bahagian lain.

Page 12: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

12

Jarak Lubang dan Tiang

Pokok Betik

Berikut merupakan jarak lubang dalam kaedah menyediakan batas bagi penanaman pokok betik.

Batas pokok betik sama dengan pokok markisa tetapi jarak dan tekniknya lain. Penanaman

pokok betik menggunakan teknik 3 segi. Tujuan menggunakan teknik 3 segi adalah menjimatkan

ruang dan dapat memperbanyakkan tanaman pokok betik dalam satu-satu kawasan.

Page 13: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

13

Lakukan penandaan menggunakan buluh yang

telah disediakan sebelum ini. Ukur jarak

lubang yang hendak dibuat iaitu dalam barisan

pertama adalah 7’ ke 7 ‘ manakala dalam

barisan ke 2 adalah 3.5’ ke 3.5 ‘. Barisan

berikutnya diselang seli mengikut jarak dalam

barisan. Hal ini bertujuan menghasilkan bentuk

penanaman kaedah segi 3. Jarak diantara

barisan pula adalah barisan pertama dengan

kedua adalah 6’ manakala barisan kedua

dengan ketiga adalah 8’. Ulang jarak antara

barisan.

Buat lubang dengan saiz 2’ x 2’ x 2’ dengan

jarak lubang diantara 7’ ke 7’ dalam barisan

pertama dan diantara barisan adalah 6’ antara

barisan pertama dan kedua. Asingkan lapisan

tanah atas di bahagian lain manakala lapisan

bawah tanah ke bahagian lain. Saiz lubang

pokok betik yang hendak dibuat adalah sama

dengan saiz lubang pokok markisa

Page 14: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

14

4.0 PEMBAJAAN BATAS

Selepas aktiviti membina batas, langkah seterusnya adalah pembajaan tanah peringkat awal.

Pembajaan tanah peringkat awal adalah sebelum anak pokok dipindahkan ke atas batas. Tempoh

pembajaan peringkat awal adalah seminggu sebelum anak pokok dipindahkan ke batas. Ia bagi

memastikan mikroorganisma di dalam baja penyuburan tanah telah mencapai tahap aktiviti

optima untuk proses penguraian kandungan nutrientnya.

Pembajaan Batas Pokok Roselle

Bagi pokok Roselle baja asas adalah campuran diantara baja baja organik + kieserite magnesium

+ agric lime + Christmas island CIRP. Kesemua baja ini akan digaulkan sekalia kemudian

ditabur di atas batas.

Setelah mengadun kesemua baja yang dipilih

untuk pembajaan asas. Baja tersebut

ditaburkan ke batas dan dicampurkan dengan

tanah batas.

Sukat baja baja organik + kieserite

magnesium + agric lime + Christmas

island CIRP dengan sukatan yang telah

ditetapkan. Gaulkan sehingga sekata.

Page 15: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

15

Pembajaan Batas Pokok Betik Dan Markisa

Teknik pembajaan asas batas pokok betik dan pokok markisa adalah sama. Baja yang terdiri

daripada tanah lapisan atas + agric lime + kieserite magnesium. Berikut merupakan kaedah

pembajaan batas:

Sukat agric lime + kieserite magnesium

dan campurkan serta gaulkan sehingga sebati

dan sekata.

Asingkan bahagian atas lapisan tanah semasa

membuat lubang.

Gaulkan baja campuran tadi dengan bahagian

atas lapisan tanah. Gaulkan sehingga sekata.

Page 16: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

16

Bahagian Lapisan Tanah

5.0 PENYEMAIAN BIJI BENIH

Proses penyemaian biji benih roselle, markisa dan betik dilakukan di dalam bekas dan tidak

dilakukan secara terus ke batas. Medium peatmoss amat sesuai digunakan dalam proses

penyemaian biji benih kerana dapat memberi ruang akar berkembang dan sentiasa berada dalam

kelembapan. Berikut merupakan kaedah penyemaian biji benih:

Setelah digaulkan dengan bahagian atas lapisan tanah.

Masukkan ke dalam lubang sehingga tertutup lubang.

Kemudian timbus lubang dengan tanah yang tidak

digaul dengan baja iaitu bahagian bawah lapisan tanah.

Setelah selesai menimbus lubang dengan campuran

baja. Ambil penanda dan tanda kawasan lubang yang

telah dibajai agar memudahkan proses penyemaian

anak pokok nanti

Page 17: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

17

Semaian biji benih dilakukan di dalam tray

yang boleh memuatkan 104 anak pokok yang

bercambah.

Masukkan peatmoss ke dalam tray. Pastikan

kesemua lubang pada tray dimasukkan

peatmoss dan ratakan peatmoss tersebut.

Buat lubang kecil dengan menggunakan jari

kelingking di tenggah lubang yang dipenuhi

peatmoss.

Page 18: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

18

Masukkan 1 biji benih bagi setiap lubang.

Setelah biji benih dimasukkan ke dalam tray.

Terbenamkan biji benih yang dimasukkan ke

dalam lubang bagi tujuan melembapkan biji

benih dan menggelakkan dari serangan

serangga.

Setelah selesai menyemai biji benih. Susun

tray di bawah bangsal dan siram biji benih

dengan jarak 2cm dari permukaan bagi

menggelakkan hakisan berlaku apabila air

dikeluarkan dan siraman ini hendaklah

dilakukan tiap-tiap hari.

Biarkan biji benih bercambah. Tempoh masa

percambahan biji benih adalah 7-10 hari. Biji benih

akan bercambah setinggi 2”.

Page 19: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

19

6.0 PENYEMAIAN ANAK BENIH KE BATAS

Sebelum memindahkan ank pokok ke batas

lakukan proses pengerasan anak benih agar

anak pokok serasi dengan cuaca semasa. Hari

pertama pengerasan anak pokok adalah

selama 3 jam dan siram sekali selepas 3 jam.

Hari kedua adalah selama 5 jam dan siram 2

kali iaitu semasa 3jam dan 5jam. Hari ketiga

7jam dan siram sebanyak 3 kali iaitu semasa

3jam, 6jam dan 7jam. Hari keempat

pindahkan anak pokok ke batas. Proses

Biji benih yang telah bercambah setinggi 2”

yang mengambil masa 10 hari. Bagi pokok

roselle percambahan biji benih adalah 7-

10hari manakala pokok markisa percambahan

biji benih adalah 1 bulan. Bagi pokok betik

dan markisa biji benih ditanam dalam polybag

pengerasan adalah proses dimana proses menjemur anak pokok di bawah sinaran matahari dalam

tempoh tertentu. Proses pengerasan anak pokok ini juga dilakukan ke atas anak pokok markisa dan

anak pokok betik.

Bagi pokok betik dan markisa, biji benih

ditanam dalam polybag dan apabila

bercambah barulah dipindahkan ke batas.

Page 20: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

20

Proses menyemai atau memindah anak benih yang bercambah ke batas dilakukan pada waktu

petang ataupun pagi. Penyemaian anak benih ke batas dilakukan setelah proses pengerasan anak

benih tamat. Berikut merupakan proses memindahkan anak pokok roselle ke batas:

Bawa anak benih yang bercambah ke batas. Bawa

dengan berhati-hati kerana anak benih adalah lembut

dan mudah patah. Tarik batang anak benih dengan

perlahan-lahan dari tray. Ini merupakan anak benih

Roselle.

Setelah anak benih telah tertanggal dari tray. Letakkan

ke dalam lubang yang telah digali pada batas dengan

ukuran jarak tertentu. Pastikan setiap lubang ada

sepokok sahaja anak benih yang ditanam. Jika

terdapat dua, potong salah satu daripada dua.

Page 21: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

21

Setelah mengali lubang pada batas.masukkan anak

benih secara perlahan-lahan agar anak pokok tidak

tercedera.

Timbus pangkal anak pokok sehingga anak

pokok stabil untuk berdiri tanpa bantuan dan

pastikan pangkal anak pokok ditimbus dengan

tanah.

Setelah memindahkan anak pokok pokok dari tray ke batas.

Lakukan aktiviti penyiraman.

Page 22: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

22

Jarak Penanaman Pokok Roselle Di Batas

Pemindahan anak pokok betik dan markisa

Sebelum melakukan pemindahan anak pokok markisa ke batas. Para di bina atau pacang tiang

pada batas kerana pokok markisa merupakan pokok yang menjalar. Ketinggian tiang adalah

mengikut purata ketinggian penanam dan jarring di letakkan serta dawai direntangkan bagi

memudahkan pokok markisa menjalar apabila besar. Mata jarring adalah diantara 6” hingga 7”.

Anak pokok yang telah yang telah ditanam ke batas

hendaklah disiram setiap hari. Lakukan proses

penyiraman mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Page 23: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

23

Tempat pokok markisa menjalar

Penanaman pokok markisa dan para pokok markisa

Setelah selesai membina para untuk pokok markisa barulah melakukan aktiviti pemindahan anak

pokok ke batas. Proses pemindahan adalah sama seperti pokok betik.

Page 24: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

24

Anak pokok betik ataupun markisa ditanam di dalam

polybag. Buang polybay dengan mengunting plastik

polybag.

Masukkan anak pokok ke dalam luabang yang digali tadi

kemudian timbus pangkal anak pokok tersebut.

Galikan lubang kecil pada batas yang telah ditanda

sebesar saiz polybag.

Page 25: ROSELLE

MUHD ZULKIFLI BIN HAMZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS AT47/2009-2013

25

7.0 PENYIRAMAN

Lakukan penyiraman anak pokok yang berada di batas setiap hari sehingga pokok membuahkan

hasil dan proses penanaman pokok yang baru.

Menyiram Anak Pokok

Lakukan penyiraman setelah selesai menanam anak

pokok pada batas mengikut ukuran tanaman yang telah

dibuat.