Risalah Madani Edisi Disember 2012

46
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Universiti Selangor (UNISEL) Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Universiti Selangor (UNISEL) RISALAH MADANI RISALAH MADANI :: KE ARAH MENJANA INSAN ADABI :: :: KE ARAH MENJANA INSAN ADABI :: Khas XPDC IBN BATTUTAH | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | Disember 2012 Khas XPDC IBN BATTUTAH | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | Disember 2012

Transcript of Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 1: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Universiti Selangor (UNISEL)Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Universiti Selangor (UNISEL)

RISALAH MADANIRISALAH MADANI

:: KE ARAH MENJANA INSAN ADABI :::: KE ARAH MENJANA INSAN ADABI ::

Khas XPDC IBN BATTUTAH | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | Disember 2012Khas XPDC IBN BATTUTAH | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | Disember 2012

Page 2: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Penjelasan Hadis Mengenai Tawakal

Page 2

Edisi Disember 2012 Page 2 Edisi Disember 2012

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Akan masuk syurga 70,000 orang dari                              kalangan umatku tanpa dihisab”, mereka berkata : Siapakah mereka wahai Rasulul‐lah? Baginda menjawab : “Mereka ia-lah orang tidak mengubati dir-inya dengan ruqyah (jampi), ti‐dak percaya kepada petanda baik atau bu‐ruk (dengan melihat burung dan seba‐gainya) dan tidak         membakar bahagian tubuh yang sakit dengan besi panas. Mereka bertawakal kepada Allah semata‐mata”. (Hadis riwayat al‐Bukhari dan Mus‐lim)  

Penjelasan Hadis

Mengapa di sini orang yang meninggalkan ruqyah itu dipuji serta diberi kelebihan masuk syurga tanpa hisab sedangkan ruqyah itu diajar dan diamalkan sendiri oleh Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam? Para ulama’ mempunyai beberapa pendapat dalam menaf-sirkan phrase yang saya boldkan di atas. Antaranya :

1. Ia membawa maksud mereka yang menjauhkan diri daripada kepercayaan bahawa ubat itu mendatangkan manfaat dengan sendir-inya seperti mana yang dipercayai oleh orang-orang jahiliyah. 2. Ruqyah yang dipuji sekiranya ditinggalkan itu adalah jenis ruqyah daripada perkataan jahiliyah, bukan daripada al-Quran dan Sunnah yang sahih serta jampi yang tidak dapat difahami maknanya.

(Rujukan : Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-’Asqalani)

Hadis

Page 3: Risalah Madani Edisi Disember 2012

RISALAH MADANI

E-mel: [email protected]

SIDANG REDUKSI

Penasihat

Izwan Suhadak bin Ishak

Editor

Radiome Istuning

Penolong Editor

Muzzakir

Kolumnis

MUHD FAKHRUL AMIRUDDIN

SAZNI

HENDRO

ANA MARJAN

AZLAN SHARIF

WARDATU

NOR HAFIZ BIN RAZALI

ERYSZA SOPHEA

HAZIRA

Diterbitkan oleh

Page 3

Edisi Disember 2012

BAGUSLAH ANDA BERTAWAKAL

Ahli-ahli GPTD memang sering diingatkan su-paya banyak bertawakal kepada Allah S.W.T. Lantaran ahli-ahli GPTD sering diberi tugasan menguruskan program dan kembara yang berbentuk ilmiah dan explorasi alam dan diri, kesusahan dan cabaran untuk memulakan serta mengadakan sesuatu itu selalu ada. Setelah pelbagai usaha dan idea diusahakan tapi hasil tidak begitu mencukupi. Doa dan tawakal itu harus sentiasa diamalkan. Kita hanya merancang dan Allah jua yang me-nentukan. Petikan dari buku "Learning How to learn", "Good language learners: (Rubin & Thompson,1982),Learn to live with uncertainty by not getting frustrated and by continuing". Ia bermaksud seorang pelajar yang baik harus be-lajar hidup dengan keadaan yang tak menentu, tidak kecewa(jika gagal) dan teruskan beru-saha.

Ketua Editor,

RADIOME ISTUNING

GRUP PENGKAJI TAMADUN

DUNIA (GPTD) UNISEL

TEL : 013-3917122

FB : Gptd Unisel

E-mel : [email protected]

Blog : gptdunisel.blogspot.com

Kata editor

Page 4: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 4

Edisi Disember 2012 Page 4 Edisi Disember 2012

Page 5: Risalah Madani Edisi Disember 2012

MITOS PELAJAR  

BERCINTA Farhan dan Rahman adalah pelajar semester 2 di Unisel. Mereka adalah kawan rapat sejak mendaftar di Unisel. 

Farhan mengeluh; “Aku dah dua semester belajar kat Unisel, tapi tak ada seorang awek pun yang terpikat dengan aku”. 

Rahman berkata dengan nada seloroh; “Kau ni Farhan, tak ada perkara lain ke nak difikirkan,awek juga yg kau fikirkan”.  

Farhan; “Hari‐hari, aku tengok budak‐budak Unisel ni couple,aku pun nak couple juga”.  

Rahman berkata; “Ingat mak ayah kat kampung kita,mereka menaruh harapan yang tinggi pada kita agar berjaya. Semua 

keluarga kita di kampung mengharap pada kita agar mengharumkan nama mereka semua dan menjadi contoh te‐

ladan yang baik buat anak‐anak mereka”. 

Farhan kelihatan termenung sejenak mendengar kata‐kata sahabat baiknya itu.  

Rahman menyambung ; ” Tak ada kebaikan yang kita dapat bila couple,sebaliknya banyak keburukkan”.  Kita ni lelaki, be‐

sar tanggungjawab dan bebanan yang perlu ditanggung jika apa‐apa berlaku yang tak diingini kepada anak gadis 

orang”. 

Farhan Mengiyakan kata‐kata Rahman dan berkata; “Beruntung aku berkawan dan mempunyai sahabat seperti kau. In‐

syaAllah, kita akan sama‐sama tamat belajar dengan pointer yang cemerlang”. 

Ulasan: 

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. 

(Al Israa';ayat 32) 

Editor: Bercouple kena guna banyak duit.Dah clash sia –sia ja.Hukalorh! 

 

Pengarang:Siti Maryam( Ijazah tahun akhir dalam bidang Bioteknologi Industri )UNISEL BESTARI JAYA 

Page 5

Edisi Disember 2012 Page 5 Edisi Disember 2012

Page 6: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 6

Edisi Disember 2012 Page 6

Edisi Disember 2012

Kami bertolak dari Dewan Biru Unisel pada 3.00 petang.  Tiga orang wakil  daripada  GPTD  diketuai  oleh  Sdr Nor  Hafiz  Bin Razali,  Sdr  Muhd  harris  Fadhilah  bin  Johari  dan  Sdri  Nur Hazzanina Bt Farizah.  Perjalanan kami ke destinasi memakan masa  yang  agak  lama  akibat  daripada  kesesakan  Jalan  Raya pada  waktu  itu.  Kami  tiba  di  pusat  Karangkraf  Shah Alam  pada 3.40 minit petang. 

Tepat 4.00 petang program dimulakan dengan Al‐Fatehah oleh  pengerusi  majlis  dan  diserahkan  kepada  moderator untuk  menguruskan  Majlis  Wacana  Sinar  ‘’Peranan  Ulama Menasihati  Pemimpin’’.  Dr  Maszlee  Malik  dari  UIAM bertindak  sebagai  moderator  dalam  menguruskan majlis  tersebut.  Seterusnya  tetamu  jemputan  yang  di  bawa khas untuk  hidangan ilmu kepada kita adalah  bekas Presiden ABIM  yang  juga  Presiden  Wardah,  Datuk  Dr  Siddiq  Fadzil; bekas Mufti  Perlis,  Prof Madya  Datuk  Dr Mohd  Asri  Zainul Abidin  dan  Exco  Pergerakan  Pemuda  Umno,  Syahrin  Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia.  Pada  awalnya  setiap  jemputan  diberi  masa  dua minit untuk memberi hujah atau pandangan dan pengenalan terhadap  tajuk utama  forum wacana  ini. Kemudian pusingan kedua sesi diteruskan sehingga pusingan kedua dan pusingan ketiga.  Pada  pusingan  keempat  yang  menariknya  di  sana audien  diberi  peluang  untuk  menanyakan  soalan.  Sebagai penutup  jemputan  khas  untuk  wacana  diberi peluang  menyimpulkan forum ini. 

Sesi  pertama  dimulakan  oleh  Datuk  Dr.  Siddiq  Fadzil  beliau menceritakan  siapakah  ulama  yang  sebenarnya  dan  definisi seorang  pemimpin.  Memang  sangat  menarik  setiap  hujah yang diberikan. Memetik daripada salah satu hujah dari beliau ketika  teringat  pada  satu  puisi  seorang  ibu  dan  ayah  yang menasihati  anak  nya.  ‘’apabila  besar  jadilah  orang  besar kerana  orang  besar  itu  habuannya  banyak,  orang  kecil 

habuannya kecil, orang kecil jujur dibilang tolol,orang besar tolol  dibilang  jujur,  orang  besar  bisa  berbicara  seenaknya, orang  kecil  paling‐paling  dibicarakan’’  beliau  juga  turut mengupas ciri‐ciri ulama yang sebenarnya ulama adalah orang yang diangkat oleh masyarakat  kerana  sifat‐sifat  yang boleh dicontohi.  Seterusnya  giliran  Dr.  Asri  memberi  hujah adalah  apakah  hubungan  pemimpin  dengan  ulama  dan bagaimana  ulama menegur  pemerintah  adakah  ulama  perlu menegur pemerintah secara terbuka atau tertutup. Persoalan di sini adakah ulama menegur pemerintah dengan berjumpa dengannya, atau mengkritik secara terbuka atau perlu diampu semasa menegur? Giliran ketiga merupakan Exco Pergerakan Pemuda  Umno  iaitu  Shahrin  Jamaluddin  juga  menyetujui pendapat yang diberikan oleh Dr. Asri.  

 

Dalam sesi kedua pusingan berjalan seperti biasa antara isu 

yang hangat diutarakan daripada Datuk Dr. Siddiq Fadzil 

dengan menyokong pendapat beliau berkenaan  ciri‐

ciri  ulama yang benar‐benar ulama. Ulama yang menjadi 

ulama bukan orang yang mengaku dirinya ulama tetapi 

diangkat oleh masyarakat berdasarkan pemerhatian dan 

perwatakannya yang menjadi tauladan. Dengan itu, ulama 

yang dipilih oleh masyarakat merupakan ulama yang mewarisi 

sifat‐sifat para anbia’ dan ulama itu yang sepatutnya 

dicontohi. Majlis diteruskan dengan hujah yang diberikan oleh 

Dr. Asri yang merupakan jemputan khas yang amat 

berpengalaman dalam membahaskan topik  ini. Dalam 

penyampaian beliau telah menyentuh tentang isu yang sangat 

sensitif adalah sekiranya pemimpin itu dipilih dikalangan 

ulama,  

CATATAN WACANA SINAR HARIAN “Peranan Ulama Menasihati Pemimpin”

Jejak sana,Jejak sini

Page 7: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 7

Edisi Disember 2012 Page 7 Edisi Disember 2012

bagaimana atau adakah pemimpin itu tidak boleh ditegur? Beliau telah memberi contoh salah satu parti di Malaysia  iaitu  Parti  Pas.  Seandainya  Pas memimpin  negara  ini  suatu  hari  nanti  adakah  pemimpin mereka tidak boleh ditegur, sekiranya hal ini telah disuburkan dalam parti itu sendiri tidak hairanlah di masa  akan  datang  negara  ini  dipimpin  seperti  Ayatollah. Maka,  pemerintah  harus  bersikap  terbuka untuk menerima teguran daripada ulama.   

 

Seterusnya, merupakan giliran Syahrin Md Jamaluddin yang menjawab soalan moderator iaitu  peranan ulama  UMNO  dalam menegur  pemimpin  UMNO  itu  sendiri. Menjawab  pertanyaan  tersebut  setiap tahun  setiap  cawangan pusat akan membuat musyawarah di mana pada ketika  itu mereka menegur dan membuat penilaian terhadap setiap ketua‐ketua bahagian menurut kata beliau pada sidang wacana tersebut. Sesi yang ketiga diteruskan dengan pandangan yang cukup menarik daripada  Datuk Dr Siddiq Fadzil  iaitu  pemimpin  yang  dipilih merupakan  orang  yang  berduit. Hal  ini  telah  disuburkan  didalam UMNO itu sendiri, kita dapat melihat bahawa pemimpin yang dipilih merupakan orang yang berduit. Di sini  saya  suka  memetik  kata‐kata  beliau  “dalam  politik  ini  pendapat‐pendapat  ulama  itu  tidak penting, yang penting adalah pendapatan”. Diteruskan dengan giliran Dr. Asri untuk memberi hujah beliau adalah dengan menyambung dan menyokong  apa yang diutarakan oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil dan pandangan beliau pada sesi yang sebelum ini. Beliau menegaskan secara santai Adakah ulama perlu menegur pemerintah secara terbuka atau tertutup? Yang membolehkan ulama menegur secara terbuka adalah  jika  masalah  itu  merupakan  kepentingan  awam  maka,  ulama  harus  menegur  secara              terang‐terangan  dan  beradab  sopan.  Disebaliknya,  jika masalah melibatkan  perilaku  peribadi  harus ditegur secara peribadi dengan berjumpa dengan pemimpin itu dan tegurlah dengan adab kesopanan. 

 

Pada  sesi  yang  ke‐empat  ini  audien  diberi  peluang  tampil  untuk melontarkan  sebarang  pertanyaan. Antara  pertanyaan  yang menarik minat  saya  adalah  pemimpin  patut  dipilih  dalam  kalangan  ulama.    Dr.  Asri menjawab  persoalan  ini  ulama  itu  boleh menjadi  pemimpin  sekiranya  dia mempunyai  sifat kepimpinan dan bukan semua ulama ada sikap kepimpinan mungkin ulama itu sendiri  ada integriti dan sifatnya diangkat menjadi ulama tidak bermakna dia boleh menjadi pemimpin. Namun sekiranya ulama itu mempunyai  sikap  kepimpinan maka,boleh dijadikan pemimpin. Dalam  sesi membuat  kesimpulan, ulasan yang cukup  bagus untuk dikongsi daripada Datuk Dr Siddiq Fadzil ialah kerajaan perlu memberi peluang kepada  rakyat untuk mandiri. Beliau mengatakan  rakyat  terlalu bergantung dengan kerajaan nah, disini kita melihat untuk membuat Majlis Maulidur Rasul pun minta bantuan dari YB seperti yang di ulas oleh Shahrin Md. Jamaluddin. sebagai contoh institusi seperti sekolah rakyat perlu diadakan.  

 

Pada 6:30 petang acara yang berlangsung selama dua  jam selesai. Kami bertolak pulang ke unisel dan selamat  tiba  tanpa  sebarang  kesesakan  jalanraya.  Di  sini,  kami  yang mewakili  GPTD mengucapkan terima  kasih  kepada  En.  Izwan  Suhadak,  Penasihat  GPTD  Unisel  kerana  memberi  peluang  untuk menghadiri majlis ini yang amat bermakna kepada kita semua. Majlis yang sangat baik dan patut dirasai budaya perbahasan dan suasana menimba ilmu seperti ini di seluruh kampus di Malaysia. 

 

Penulis merupakan mahasiswa jurusan Diploma TESL di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor dalam semester dua tahun pertama. Beliau adalah Exco Unit Bahasa di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel. Boleh dihubungi melalui Facebook : Erysza Sophea  

Jejak sana,Jejak sini

Page 8: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 8

Edisi Disember 2012 Page 8 Edisi Disember 2012

Merenung Kembali Perjalanan Seba-gai AHLI GERAKAN

OLEH : Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan AMIR PKPIM UNISEL

Sudah tentu menjadi satu kelucuan apabila seseo-

rang yang mengaku dirinya sebagai ahli gerakan Islam melakukan perkara yang seringkali dilakukan oleh orang-orang kebanyakan (mereka yang tidak menyertai gerakan Islam). Sebagai contoh, andainya ahli gerakan Islam itu dalam kalangan pelajar, tugasannya dilakukan dengan meniru, atau verbatim daripada sumber-sumber di laman maya, gagal dalam pelajaran atas sebab malas mengu-langkaji (beralasan sibuk dsb), dan untuk umum; menon-ton pornografi, ber’sayang’, ‘I-You’, ‘dear’, ‘honey’ dalam panggilan telefon atau SMS sesama lelaki dan wanita yang bukan mahram, hadir lewat ke tempat bertugas dan sebagainya; dan sudah tentu yang paling teruk, andai mereka yang bergelar ahli gerakan Islam itu tidak ubah seperti burung kakak tua—mengulang-sorak menjaja mak-lumat-maklumat yang pada hakikatnya tidak digapai

maknanya dan dihadami tujuannya. Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita lihat se-

mula definisi dua perkataan ini iaitu ‘Gerakan Islam’ dan ‘Ahli gerakan Islam’ secara spekulatif dan rasional.

Gerakan Islam, atau lebih dikenali sebagai Hara-kah Islamiyyah merupakan satu gerakan yang bermisikan Pencerahan, Pembebasan dan Perubahan.

Pencerahan adalah satu misi meletakkan kembali sumber cahaya yang benar, yang sifatnya menerangi sepanjang masa. Sudah tentu, andai cahaya yang diletakkan itu sekadar mirip lilin, ia akan padam andai di-tiup angin atau apabila sudah terbakar seluruh badannya. Tidak salah kalau kita katakan bahawa Budaya Ilmu yang seharusnya menjadi tunjang utama sesebuah gerakan Islam adalah penyokong kuat ke arah kejayaan misi yang pertama ini.

Misi seterusnya iaitu Pembebasan, adalah satu manifestasi hasil daripada keberjayaan misi yang pertama. Bagi sesetengah orang, pembebasan seharusnya bersifat besar dan boleh dinilai. Sebagai contoh, seseorang itu harus dibebaskan daripada belenggu kemiskinan, keta-kutan, penghambaan kepada manusia yang lain, dan se-bagainya. Namun, kebebasan sebenar adalah apabila se-seorang itu mampu membebaskan dirinya daripada belenggu kejahilan, kegelapan, kekelaman dan kekalutan nubari sendiri. Pencerahan dan Pembebasan akan menghasilkan Perubahan. Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah perubahan skala kecil yang bermula daripada peringkat individu. Perubahan besar yang lain adalah hasil daripada usaha-usaha individu yang sudah tercerah, terbebas dan terubah itu. Gerakan Islam seharusnya bermula merubah individu yang kelak apabila melakukan perubahan yang besar dan berjaya— Perubahan besar kepada individu ini dapat kita lihat pada perubahan diri yang berlaku ke atas Saidina Umar al-Khattab; yang di kala tidak Islamnya bengis dan digeruni, dan apabila masuk Islam masih bengis dan digeruni juga—tidak menjadi lembik, tunduk dan mencicit ketakutan apabila diserang musuh—namun sifat bengis dan digeruninya itu, sebaliknya dinyalakan oleh hati nurani yang tercerah dengan pengenalan kembali kepada hakikat dirinya dan pandangan alam mengenai tempat letak duduk bengis dan kegerunan yang jelas dalam Islam. Perubahan beginilah yang kita mahukan berlaku dalam umat masani. Dan hakikatnya, kita boleh katakan ketiga-tiga misi besar ini adalah satu agenda Pengembalian (Inggeris: Returning, Arab: Al-Raj’u) manusia kepada fitrahnya. Justeru sesuatu gerakan, tanpa mengira apa nama dan labelnya, seandainya ia setia melakukan dan melaksana-kan agenda Pengembalian ini, maka selayaknya ia dige-larkan sebagai gerakan Islam.

Kalam Amir

Page 9: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 9

Edisi Disember 2012 Page 9 Edisi Disember 2012

Marah kerana gagal?

Teruskan berusaha!

Akan sampai harinya

YOU WILL WIN!!!!!!!

CARTOONIST GUSHA KUN. 

FB:GUSHA KUN 

Page 10: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 10

Edisi Disember 2012 Page 10 Edisi Disember 2012

1. saya berpikir bahwa - . ( I think that - ) 2. saya mengira bahwa - . ( I suppose that - ) 3. saya tahu bahwa - . ( I know that - ) 4. saya merasa bahwa - . ( I feel that - ) 5. saya ingin agar - . ( I want so that - ) 6. saya setuju jika - . ( I agree if - ) 7. saya tidak setuju jika - . ( I disagree if - ) 8. saya suka - . ( I like - )

9. saya dapat - / saya bisa - . ( I can - ) / ( I could - ) 10. saya mencoba untuk - . ( I try to - ) 11. saya ingat bahwa - . ( I remember that - ) 12. saya lupa tentang - . ( I forget about - ) 13. saya tidak terbiasa untuk - . ( I am not accustomed to - ) 14. saya menyarankan agar - . ( I suggest so that - ) 15. saya menebak jika - . ( I guess whether - ) 16. saya memperkirakan jika - . ( I assess whether - )

17. saya berharap agar - • ( I hope that - ) 18. saya menerima jika - . ( I receive if - ) / ( I accept if - ) 19. saya menolak untuk - . ( I refuse to - ) 20. saya memberikan agar - . ( I give so that - ) 21. saya mengerti jika - . ( I understand if - ) 22. saya mengembalikan kepada - . ( I return to - ) 23. saya membuat untuk - . ( I make for - )

Let's 

learn Indonesia/ 

Mari belajar bahasa Indonesia 

by:Hendro 

Basah-basah bahasa

Page 11: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 11

Edisi Disember 2012 Page 11 Edisi Disember 2012

24. saya memastikan bahwa - . ( I assure that - ) 25. saya berjanji untuk - . ( I promise to - ) 26. saya mengakui bahwa - . ( I admit that - ) 27. saya yakin bahwa - . ( I am sure that - ) For Examples : 1. saya berpikir bahwa bahasa Indonesia itu sangat menantang . ( I think that Indonesian is very challenging ) 2. saya mengira bahwa kamu orang Indonesia, ternyata bukan . ( I suppose that you are an Indonesian, it was not ) 3. saya tahu bahwa bahasa Indonesia sangat menarik . ( I know that Indonesian is interesting ) 4. saya merasa bahwa semua orang bisa berbicara bahasa Indonesia . ( I feel that all people could speak Indonesian ) 5. saya ingin agar bahasa Indonesia menjadi bahasa internasional . ( I want so that Indonesian becomes the international language ) 6. saya setuju jika bahasa Indonesia menjadi bahasa internasional . ( I agree if Indonesian becomes the international language ) Vocabularies :sangat = very tantang = challenge untuk = for / to

ternyata = the fact is / in fact bukan = not ( for noun ) tarik = pull bicara = speak fasih = fluent dengan = with dengan fasih = fluently jadi = become me + jadi = menjadi = become me + tantang = menantang = challenge / challenging me + narik = menarik = interesting ber + bicara = berbicara = speak / speaking 7. saya tidak setuju jika bahasa Indo-nesia hilang . ( I disagree if Indonesian were lost ) 8. saya suka mempelajari semua ten-tang bahasa Indonesia . ( I like learning all about Indonesian ) 9. saya dapat mengajari kalian bahasa Indonesia . ( I can teach you Indonesian ) 10. saya mencoba untuk berbicara bahasa Indonesia dengan baik . ( I try to speak Indonesian well ) 11. saya ingat beberapa kata dalam bahasa Indonesia . ( I remember some words in Indonesian ) 12. saya lupa untuk membawa kamus bahasa Indonesia . ( I forget to bring the Indonesian diction-ary )

Vocabularies : jika = if hilang = loss / lost belajar = study / learn semua = all tentang = about semua tentang = all about baik = good / nice / kind dengan baik = well beberapa = some / several kata = word beberapa kata = several words / some words dalam = in / inside bawa = bring me + bawa = membawa = bring / bringing me + belajar + i = mempelajari = learn / learning TO BE CONTINUED… BERSAMBUNG…. https://www.facebook.com/groups/180877921960227/doc/341147275933290/  fb group:  Let’s learn Indonesian‐Mari kita mempelajari Bahasa Indonesia 

Basah-basah bahasa

Page 12: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 12

Edisi Disember 2012 Page 12

Edisi Disember 2012

KEMBARA PULAU KETAM (bahagian 2) OLEH:ANA MARJAN(EXCO KAJIAN GPTD UNISEL)

Semua kumpulan bergerak ke tempat yang ditetapkan pada jam 12.05 tengah hari. Saya selaku wakil ahli kumpulan gotong-royong bersama ahli-ahli lain memulakan perjalanan kami dan berharap objektif kami tercapai, target kami ialah untuk ke rumah muaalaf kerana selari dengan misi kami yang islamiyyah dan ingin membela nasib mereka yang seakidah kami semua. Rumah pertama yang kami lawati ialah rumah muaalaf yang sudah sembilan belas tahun memeluk islam dan lebih mesra di panggil Pak Cik Ishak, beliau menceritakan tentang keislaman beliau dan beberapa soalan yang berkaitan mendapat respon positif dari beliau. Pak Cik Ishak memeluk islam setelah berkawin dengan isterinya yang berasal dari Indonesia yang beragama islam, anak-anak mereka telah diberikan pendidikan islamik di Klang,dan salah seorang anaknya merupakan seorang hafiz. Mereka mendapat bantuan daripada JAIS. Walaubagaimanpun, agak megecewakan apabila Pak Cik Ishak memberitahu bahawa dia agak terbatas untuk mempelajari ilmu berkaitan islam kerana tenaga pengajar yang dihantar hanya seorang dan dalam masa dua kali seminggu sehaja ustaz pergi ke tempat mereka selain ajaran yang tidak sistematik. Dalam masa setengah jam , masa yang agak terbatas kami terpaksa balik semula ke Balai Islam untuk makan tengah hari dan solat zohor, masa yang diberikan tidak mencukupi untuk kami membuat pemetaan komuniti dan perangcangan kami agak tidak menjadi seperti yang dirancang dan kami telah membuat back up plan untuk menggantikan rancangan kami yang tergendala. Pada jam 1.50 tengah hari semua sukarelewan diberi masa untuk bersiar-siar dan membuat aktiviti santai. walau bagaimanapum, kami mengambil alternatif untuk pergi ke rumah seorang lagi muaalaf, Pak Cik Musa Chua b Abdullah.

Pak cik ishak dan isteri

remaja muaalaf membantu kami

Salah seorang anak pak cik ishak merupakan

seorang hafiz

Jejak sana,Jejak sini

Page 13: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 13

Edisi Disember 2012 Page 13

Edisi Disember 2012

Gotong-royong membersihkan rumah pak cik musa

Saling membantu Sesampai kami ke rumah Pak Cik Masa, kami

agak terkejut dengan keadaan rumah dan

kesihatan Pak Cik Musa yang uzur, Pak Cik Masa

tidak berkawin dan dia hanya tinggal berseorang

di rumah, walau pun abangnya tinggal di sebelah

rumah. Menurut ceritanya, dia memeluk agama

islam kerana ditipu oleh induvidu tertentu dengan

menyatakan jika masuk islam akan mendapat

bantuan kewangan. Kesihatan Pak Cik Musa

sangat teruk

kerana dia mengalami bengkak di seluruh badan

dan kakinya berkudis dan dia tidak mahu ke

hospital, kami menghadapi sedikit kesulitan dalam

komunikasi untuk memahami kerana Pak Cik

Musa tidak fasih berbahasa melayu selain kami

hanya ada seorang penterjemah ke bahasa

mendrin seorang sahaja. Selepas bertanyakan

beberapa soalan kepada Pak Cik Musa kami

mengambil keputusan untuk gotong-royong

membersihkan rumah Pak Cik Musa. Antara

usaha kami menadah air bersih, membasuh

pinggan mangkok, buang sampah dan kemas

rumah dan lain-lain sebelum kami meninggalkan

Pak Cik Musa dan kembali ke Balai Islam kerana

telah di panggil oleh ahli jawatankuasa untuk sesi

pembentangan.Tepat jam 3.00 petang, kami ke

slot seterusnya iaitu membentang untuk

mengetahui adakah objektif yang dirancang dari

awal terlaksana atau sebaliknya. Sesi

pembentangan terhenti seketika karana memberi

laluan untuk kami semua solat asar dan minum

petang dan disambung semula pada jam 5.15

petang.

BERSAMBUNG......

Jejak sana,Jejak sini

Page 14: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 14

Edisi Disember 2012 Page 14

Edisi Disember 2012

SAMBAL KERANG(MASAKAN BUJANG) BAHAN‐BAHAN 

‐3Ulas bawang putih dipotong halus 

‐1biji bawang besar dipotong 

‐cili giling 

‐kerang dalam 1kg atau 2kg 

‐minyak masak 

‐gula 

‐garam 

CARA MASAK 

Rendam kerang dalam air panas 

10minit(2kali      rendam) dan 

kacau untuk buang kotoran dan 

bau.Kupas kerang dan 

asingkan isi dan kulit.Panaskan minyak dan 

tumisan bawang 

putih dan besar.Tumis cili giling dengan bawang 

bila sudah 

keluar bau.Tumis sampai pecah minyak atau cili 

giling masak. 

Tambah minyak dan air mengikut                      ke‐

sesuaian.Tambah 2sudu 

gula dan 1cubit garam.Masukkan kerang dan 

tumiskan dalam  

6‐10minit.SIAP! 

 

Oleh :Muzakkir Zainuddin                                                                                                                                                                                                      

Pelajar Unisel IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)(PENDIDIKAN AWAL 

KANAK‐KANAK) 

Pandai makan,Pandaila masak

Page 15: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 15

Edisi Disember 2012 Page 15 Edisi Disember 2012

Belajar Bahasa Mandirin sebelum ke Pulau Ketam  

 

BESTARI JAYA, 11 Oktober 2012 ‐ Saudara Nazran atau dikenali sebagai Abang Buah (UNISEL) telah sudi mengajar secara     

sukarela Bahasa Cina. Lebih 20 orang sukarelawan GPTD yang hadir sebagai persiapan ke Kembara Alam di Pulau Ketam. 

Menurut fakta atau populasi adalah lebih 95 peratus penduduk Kg Nelayan Pulau Ketam terdiri daripada bangsa cina. Saudara 

Nazran memberi tumpuan dalam penguasaan perbualan ringkas melatih cara menyebut dengan selanga mandirin seperti Wo 

Pu Ming Pai  (saya tidak faham). Kelas bahasa seperti ini adalah latihan wajib yang merupakan latihan standard bagi             

sukarelawan GPTD yang akan pergi ke sesuatu tempat projek. Pada akhir kelas saudara Nazran telah mengajar serangkap lagu 

yang bertemakan ibu. Chi Sang Chi Wao Mawa Wa Hou, Xou Ma Chi Ha Zhi Xiang Ke Boo, Cheng Di Mou Di Huai Boa, Shing Fu 

Siang Fa Liaw. Yang akan di persembahkan ketika acara ke Pulau Ketam. ‐ Unit Media 

 

 

Oleh Hazirah Muhammad Rosli 

Page 16: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 16

Edisi Disember 2012 Page 16

Edisi Disember 2012

 

Subhanallah..Allah Akhbar..Keajaiban 

Di peperangan Gaza. 

Al‐Kisah yang telah diceritakan oleh al

‐fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul 

Rahma, Pengerusi Ekskutif 

Aman Palestin dan juga merangkap 

Presiden Ikatan 

Muslimin Malaysia yang telah pergi 

ke Gaza pada 20‐31 Januari yang       

lalu.Berikut adalah beberapa kisah 

benar dan pengalaman beliau di 

Gaza: 

 

:Peristiwa 1 

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik       

bahawa, ketika satu pertempuran, komander        mujahidin 

menyuruh pejuang tidak menembak    kereta kebal Yahudi 

yang memasuki kawasan      mereka. Dengan berbekalkan 

baki 6 RPG, tiba‐tiba 

senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan 

memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak   me‐

nembak dan para pejuang berkata mereka 

tidak melakukannya. Mereka berkata tiba‐tiba  senjata 

mereka berfungsi dan menembak 

sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang men‐

dapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah 

yang menembak tentera laknatullah itu???         Allahu Ak‐

hbar! 

 

::Peristiwa 2 

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV 

Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat   

pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih 

sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah 

yang berbaju putih itu??? 

  ~Peristiwa 3 

 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata            

mereka tiba‐tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu 

siapakah yang melakukannya. 

 

::Peristiwa 4 

Peluru berpandu yang pertama di 

lancarkan oleh Israel ke Gaza 

mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! 

Ia berpatah balik! 

Allahu Akhbar! 

::Peristiwa 5 

Pada permulaan perang, roket‐ roket Hamas yang hendak di‐

lancarkan, tiba‐tiba salah satu roket itu meluncur laju ke uda‐

ratanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu men‐

genai sasaran di Israel ! 

 

 

 

Hati is Heart

Page 17: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 17

Edisi Disember 2012 Page 17

Edisi Disember 2012

::Peristiwa 6 

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang 

mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda    

menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? 

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al‐fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu 

di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.Allahu Akbar!!! 

"ALLAH" BERSAMA KITA..DOA JGN PERNAH BERHENTI..SAYA BUKAN ORG 

MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA 

ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG 

MEREKA..WALAUPUN hanya DENGAN DOA.. 

SUMBER:SAUFI TUNE 

Hati is Heart

Page 18: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 18

Edisi Disember 2012 Page 18 Edisi Disember 2012

UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR SATU         KEPE‐

DULIAN 

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi 

Umat Islam Rohingya menghadapi penindasan dan 

penghapusan yang sangat berat serta menjadi mangsa 

perlanggaran hak asasi manusia di Arakan, Myanmar   

sejak 1948.Sejak dari kemerdekaan Myanmar,nasib umat 

Islam Rohingya terus menghadapi penindasan dari regim 

tentera yang berkuasa.Kempen membenci dan          

membenci etnik Rohingya sebagai kaum pribumi di     

Arakan telah disebarkan oleh pihak berkuasa Myanmar 

yang beragama Buddha. 

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat 

Hak Asasi Manusia Ireland(ICHR),seorang pakar            

undang‐undang hak asasi manusia antarabangsa        

mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan 

oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti  Rohingya 

yang tinggal di daerah Barat Myanmar merupakan antara 

jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini. 

kemuncak pada isu pertumpahan darah kembali pada 

bulan Jun 2012 yang mengakibatkan lebih kurang 

9000 orang yang mati,walau bagaimanapun pihak 

pemerintah Myanmar berjaya menyembunyikan    

fakta angka kematian iaitu seramai 17orang,supaya 

tidak diketahui oleh negara luar khususnya negara 

Asean yang berdekatan.Kekejaman dilakukan secara 

berterusan termasuklah,perbuatan menangkap tanpa 

bicara,mangsa dipenjara,diseksa,dipaksa keluar dari 

agama Islam,dibunuh,gadis diperkosa,harta dirampas 

serta masjid dimusnahkan. 

Dalam satu laporan khas,kerajaan Myanmar melakukan 

kekejaman terhadap Umat Islam Rohingya yang dipanggil 

"Penghapusan Etnik Rohingya"oleh etnik Rakhine yang    

sangat kejam.Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah 

bagaimana Aung San Suu Kyii,yang selama ini dilihat sebagai 

tokoh demokrasi dan pecinta keamanan turut berdiam diri 

dan membisu dalam isu ini.Beliau yang pernah memenangi 

Anugerah Nobel Keamanan,apabila diasak tentang isu     

Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka ini diberi taraf 

kerakyatan,beliau hanya mampu untuk menyatakan, "Saya 

tidak bertanggungjawab." 

Ingatlah,bahawa mengambil tahu dan kepedulian terhadap 

orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu 

yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini      

sebagaimana sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud 

"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat 

Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya".Oleh 

itu kami menyeru semua pecinta kebenaran dan keadilan 

untuk menyokong hak masyarakat Rohingya dan Kempen 

Citizenship For Rohingya di laman sosial Facebook. 

 

Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan. 

Koordinator Kempen Citizenship For Rohingya di bawah 

GPTD 

Mahasiswa Jurusan Diploma Teknologi Industri,               

Tahun 2,UNISEL  

Page 19: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 19

Edisi Disember 2012 Page 19 Edisi Disember 2012

SUKAN TAHUNAN I, ROHINGYA EDU CENTRE(REC), KLANG 2Dis‐

embr2012 

Di Sekolah Kebangsaan Batu Belah,Klang 

Tahniah kepada semua!!! Anak2 & guru2 Rec Klang, Wadah Pencerdasan 

Umat,  Wadah Selangor, Abim Klang, Majlis Ulama Rohingya, GPTD UNISEL 

 

Anak‐anak Rohingya terbela dan dipelihara masa depannya. 

Page 20: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 20

Edisi Disember 2012 Page 20 Edisi Disember 2012

ACHEH                 EDISI  

      GRUP        IBNU BATUTTAH  

                   KE 

Page 21: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 21

Edisi Disember 2012 Page 21 Edisi Disember 2012

ACHEH SEBELUM 

Page 22: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 22

Edisi Disember 2012 Page 22 Edisi Disember 2012

Pertemuan Anggota XPDC Ibn Battutah 

(ke ACHEH) 

BESTARI JAYA (UNISEL) ‐1 DISEMBER 2012. Pertemuan anggota XPDC Ibn Battutah yang akan ke Aceh di Masjid UNISEL pada 

jam 11.00 pagi .Antara anggota yang hadir (Mohd Safarudin, Mohd Azhaari, Siti Hajar Harnani, Siti Nur Alia dan Hazirah) tiga 

anggota lain mempunyai urusan di kampung masing‐masing (Muhd Fakhrul Amiruddin, Harris, dan  Syafika). Pertemuan itu 

dibuat untuk menyelesaikan segala urusan yang belum lengkap serta membahagikan kerja tugasan masing‐masing dan mem‐

betulkan pergerakan tentatif  yang perlu dibuat di sana. 

Antara tugasan dokumentasi yang telah diberikan kepada mereka adalah Istana Maimun dan Tun Sri Lanang (Samalanga) di 

serahkan oleh Mohd Azhaari. Siti Nur Alia : Masjid Al – Mashun dan Masjid berancan di Meureudu. Selain itu, Siti Hajar Har‐

nani : Muzium dan Tongkat Iskandar Muda di Sigl. Di Perlak (Sultan Maulana Abdul Aziz Shah) dan Syuhadah lapan di Jeurieb 

ditugaskan oleh Hazirah. Makam MalikuurSalleh dan Muzium Tsunami diserahkan oleh Mohd Safarudin. Dan Syafika : makam 

Nasriyah serta masjid Baiturrahman. Makam 44 ulama dan makam Syeikh Kuala diberikan kepada  Muhd Fakhrul Amiruddin 

dan di Biruen dan makam Iskandar Muda ditugaskan oleh Harris. 

Bukan itu saja, kami memikirkan bagaimana untuk mencari sponser dalam masa terdekat ini bagi menambahkan dana keper‐

luan masing‐masing dan untuk didermakan ke bandar Aceh. Pertemuan ini di akhiri pada jam 4.30 petang. 

GOMBAK‐ Satu pertemuan singkat telah diadakan diantara aktivis‐aktivis Ibn Battutah dengan presiden Grup Penjejak 

Tamadun Dunia (GPTD) pusat iaitu Saudara Muhd. Suhail bin Ahmad pada 24 November 2012. Seramai 10 orang aktivis 

telah mengikuti perjumpaan ini termasuk seorang penasihat Gptd dan dua lagi aktivis grup Pattani iaitu Ili Akmal bt. Razif 

dan Tengku Farhanan bt. Tengku . Dua buah kereta telah digunakan. Kereta pertama bertolak pada pukul 10 pagi, mana‐

kala kereta seterusnya pula bertolak dari Unisel pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai di GPM pada pukul 2.30 

petang. Perjumpaan ringkas bersama presiden Gptd pusat memberi kesedaran kepada aktivis‐aktivis Ibn Battutah yang 

akan menjalankan misi Rahmatan lil‐alamin di Aceh pada 28 Disember 2012 ini agar lebih berdisiplin dan bijak meng‐

gunakan peluang yang ada. 

http://grupibnbattutah.blogspot.com/  

Page 23: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 23

Edisi Disember 2012 Page 23 Edisi Disember 2012

TAMAN DAN MAKAM DI KOTA MASY-

HAD ‘ALI IBN ABI TALIB R.A

Sambungan dari kisah yang sebelumnya

(AKU MENINGGALKAN MEKAH‐edisi         

November 2012),cerita pada kali ini adalah 

hanya tertumpu kepada sebuah mandar 

maju lagi indah yang bergelar kota Masyhad 

‘Ali Bin Abi Talib r.a.Terlalu banyak        kein‐

dahan serta perhiasan yang            dikhabar‐

kan melingkari setiap binaan di bandar 

tersebut. 

Namun kisah lebih menarik yang dimiliki 

bandar ini adalah terdapat beberapa tanda 

kekeramatan telah berlaku dan ini          

mengukuhkan dakwaan penduduk bahawa 

disini      terdapat makam ‘Ali r.a.Antara 

kekeramatan tersebut ialah suatu peristiwa 

yang telah  berlaku pada malam ke 27 bulan 

Rejab.Malam ini dinamai sebagai lailatul 

muhayya yang bermaksud malam              

kehidupan oleh mereka.Hal ini kerana, 

orang‐orang yang tempang dari                     

al‐‘Iraqain,Khurasan,Parsi dan Rom akan di‐

bawa berkumpul di makam                       

tersebut.Selepas solat Isyak,mereka akan 

diletakkan di atas makam yang dianggap 

suci itu. Disamping itu,orang ramai yang 

menanti akan bersembahyang, berzikir, 

membaca Al‐Quran dan bertafakur       ber‐

dekatan makam tersebut. 

Apabila berlalu 2/3 malam,semua orang 

yang tempang itu akan sembuh dan bangun 

dalam keadaan sihat tanpa ada kesan keca‐

catan mereka yang sebelumnya.Lalu mereka 

mengucapkan “Tiada Tuhan yang di sembah 

melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu 

pesuruh Allah” serta bersyukur sema‐

hunya.Ibnu Batutah berkata bahawa beliau 

tidak pernah menghadiri malam terse‐

but,hanya mendengar kisah dari mereka 

yang percaya dan menunggu masa untuk 

menyertainya. 

Di kota ini,tiada cukai yang dikenakan.Begitu juga pemungut cukai dan gabenor.Hanya Naqib Al‐Asyraf yang menjalankan pemerin‐tahan.Penduduknya ialah peniaga yang ber‐musafir ke serata ceruk rantau.Mereka ialah orang‐orang yang berani serta pemurah dan sesiapa yang memperoleh perlindungan mereka,tidak akan teraniaya.Ibnu Batutah yang pernah mendampingi mereka sangat memuji budaya yang diamalkan dan sikap mereka yang fanatik terhadap ‘Ali r.a. 

Oleh:Wardatu

Page 24: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 24

Edisi Disember 2012 Page 24 Edisi Disember 2012

ISU SEMASA YANG MELIBATKAN PERTEMBUNGAN 2 

NEGARA ASEAN MALAYSIA‐INDONESIA 

 

Pertemuan  Perdana  Menteri  Datuk  Seri  Najib  Tun 

Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Lom‐

bok, Indonesia sempena rundingan tahunan kali kelapan 

–  amat  bermakna  kepada  hubungan  Malaysia  dan           

Indonesia. Di Lombok, kedua‐dua pemimpin         mem‐

bincangkan isu‐isu termasuk soal penarikan balik mora‐

torium  penghantaran  pembantu  rumah  Indonesia  ke 

Malaysia  dan  isu  sempadan  daratan  dan  sempadan 

maritim yang menjadi pertikaian kedua‐dua negara. 

Pertemuan  di  Lombok  itu  juga  dilihat  tepat  pada ma‐

sanya  ketika  segelintir  rakyat  Indonesia  mengadakan 

demonstrasi di depan pejabat Kedutaan Besar Malaysia 

di  Jakarta  berikutan  dakwaan  pencerobohan  tanah  di 

Kalimantan  Barat,  yang  realitinya  tidak  berlaku.  Atas   

nama  hubungan  saudara  serumpun,  Susilo mengingat‐

kan  seluruh  rakyat  Indonesia  agar  tidak  bertindak 

melampau  dalam  meluahkan  rasa  tidak  senang 

menerusi  aksi  demonstrasi  sehingga melukai  hati  ne‐

gara jiran,         Malaysia. 

Dalam  satu demonstrasi melibatkan  isu Malaysia den‐

gan Indonesia, selain menghina bendera Malaysia, kum‐

pulan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Ma‐

laysia  itu  turut  melemparkan  najis  kepada  bangunan 

kedutaan  Malaysia.  Kumpulan  itu  sebelumnya         

membawa  lima  bungkusan  najis  –  diletakkan  dalam 

bungkusan    makanan, plastik dan kotak polisterin – dan 

dinyatakan sebagai “hadiah” untuk Duta Besar Malaysia 

sambil  mendakwa  Malaysia  selama  ini  beberapa  kali 

memberi “najis” yang lebih kotor kepada Indonesia. De‐

monstrasi  itu menandakan kemarahan mereka               ter‐

hadap Malaysia yang mereka dakwa merendahkan ma‐

ruah republik itu dalam insiden di perairan Bintan pada 

13 Ogos lalu   apabila polis Malaysia menahan tiga pega‐

wai                             penguatkuasa Kementerian Kelautan dan 

Perikanan     Indonesia. 

Pada  bulan  November  2011,  sekali  lagi  Malaysia          

bertemu  Indonesia  dalam  pertandingan  akhir  bagi  

merebut  gelaran  emas dalam  Sukan  SEA.  Seperti biasa 

apabila  melibatkan  pertemuan  antara  Malaysia  dan         

Indonesia ia sudah tentu menjadi satu cerita yang panas, 

walaupun perlawanan baru di peringkat kumpulan. Dari 

satu  aspek  ia  adalah  satu  kejayaan  buat Malaysia  dan 

Indonesia  kerana  ia  dapat memperkenalkan  2  negara 

ini. Ia juga menunjukkan 2 negara ini adalah yang terbaik 

di rantau ini. Dari satu aspek lain ia nampaknya menjadi 

satu  yang  negatif  kerana  ada  segelintir  yang              

menganggap  ia  seolah  olah  satu  peperangan,  wujud 

perasaan benci yang boleh mengundang kepada situasi 

tegang. 

kalau  dilihat  dalam  konteks  yang  lebih                 

besar,   sebenarnya  apa  sahaja  isu  yang  melibatkan         

Malaysia‐Indonesia  selalunya  akan  menjadi  tumpuan. 

Walaupun  isu yang kecil seperti  tarian kebudayaan dan 

lain‐lain akan berubah menjadi  isu yang besar.  Jika kita 

lihat        sentimen  ini  berlaku  disebabkan  manipulasi      

media    terutama media di Indonesia tidak kurangnya di 

Malaysia  yang  sering  membangkitkan  isu  isu  kecil       

seperti  ini  dan  diolah  sedemikan  rupa  seperti  sengaja 

mewujud perasaan tegang antara rakyat Indonesia dan 

Malaysia. 

Dalam satu kenyataan Susilo, kita berharap masa depan hubungan Malaysia‐Indonesia akan bertambah erat. Kita berasa ada jaminan bahawa hubungan Malaysia           Indonesia tidak mudah diganggu gugat pada masa    ha‐dapan.  Sejak isu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan    ter‐lepas daripada tangan Indonesia, apa  sahaja isu melibat‐

kan soal hubungan kedua‐dua negara, akan ada demonstrasi mengutuk Malaysia  

Page 25: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 25

Edisi Disember 2012 Page 25 Edisi Disember 2012

. Bagi Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk memelihara dan melanjutkan tali persaudaraan yang panjang  ini. Ada 

kira‐kira dua juta rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Ini adalah  jumlah tenaga kerja yang terbesar di  luar Indonesia. 

Tentu saja kehadiran pekerja Indonesia di Malaysia membawa keuntungan bersama. 

Jumlah pelancong Malaysia ke sana juga ramai – pada 2009 kita adalah ketiga terbesar dengan jumlah 1.18 juta orang daripada 

6.3 juta pelancong yang berkunjung ke Indonesia. Malah kira‐kira 13,000 pelajar dan mahasiswa Indonesia belajar di Malaysia, 

dan 6,000 mahasiswa kita pula belajar di Indonesia. Ini merupakan aset bangsa yang harus terus dibina bersama, dan juga mo‐

dal insan untuk masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan sosio ekonomi Indonesia–Malaysia sungguh kuat. 

Tidak dinafikan hubungan  Indonesia dan Malaysia  adalah  tiang utama dalam  keluarga besar ASEAN.  Selama empat dekad 

ASEAN dapat tumbuh dengan pesat antara  lain kerana kukuhnya hubungan bilateral Malaysia‐Indonesia. Namun, hubungan 

istimewa ini juga sangat kompleks. Hubungan ini tidak dapat lari daripada masalah. 

Selain masalah  pekerja  dengan  izin  dan  tanpa  izin  Indonesia,  kita  juga  kerap menjumpai masalah  yang  terkait  dengan          

perbatasan  atau  sempadan  kedua‐dua  negara.  Masalah  ini  perlu  ditangani  dengan  serius  oleh  kedua‐dua  belah  pihak.                  

Menyedari kepentingan bersama ini, pendekatan Perdana Menteri dan Presiden Indonesia yang sering berkomunikasi secara 

langsung, di samping berunding dalam mesyuarat tahunan, kita dapat lihat kesan isu‐isu bilateral dapat dikelola dan dicarikan 

jalan penyelesaiannya dengan baik. 

ISU UTAMA : 

Penarikan balik moratorium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dan sempadan maritim yang men‐

jadi pertikaian kedua‐dua negara. 

Dakwaan pencerobohan tanah di Kalimantan Barat, yang realitinya tidak berlaku. 

Dakwaan merendahkan maruah republik itu (Indonesia) dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila 

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan 

Indonesia. 

Masalah pekerja dengan izin dan tanpa izin Indonesia yang bekerja di Malaysia. 

Isu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang terlepas di tangan Indonesia. 

Pandangan negatif terhadap polimik perlawanan Bola Sepak di antara Malaysia‐Indonesia yang dianggap seolah olah 

satu peperangan serta wujud perasaan benci yang boleh mengundang kepada situasi tegang. 

Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN

Pelajar Tahun Dua Diploma In Industrial Technology  

 

Page 26: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 26

Edisi Disember 2012 Page 26 Edisi Disember 2012

Biografi Syeikh Hamzah al-Fansuri Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahir secara tepat belum dapat ditentukan. Menurut Prof A.Hasymi, Syeikh Hamzah hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (1589-1604 M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Darma Wangsa Mahkota Alam (1607-1636 M) Fansur merupakan sebuah kampung yang terletak di antara Kota Singkel dengan Gosong Telaga(Aceh Selatan). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan. Segelintir pengkaji mempunyai perbezaan pendapat, menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.

Sewaktu mengembara dan berdagang itu, pelbagai sumber menyebut bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telah belajar berbagai-bagai ilmu dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah mengembara kepelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa Barat).Sumber lain juga menyatakan bahawa beliau pernah mengembara ke-seluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Me-layu,India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain. Beliau berkebolehan dalam pelbagai bahasa lain seperti Urdu, Parsi, jawa dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah menunjukkan bentuk seperti kita gunakan sekarang. Menurut Syeikh al-Attas, Hamzah Fansuri meninggal semasa tahun 1607M, sementara L.B Brakel menyebut bahawa Hamzah Fansuri masih hidup sehingga 1620M. Sumbangan Hamzah al-Fansuri terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu. Syeikh Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pejuan besar Melayu. Beliau merupakan penyair Melayu pertama atau “Bapa Kesusasteraan Melayu” yang mengubah syair-syair yang bersifar agama. Hamzah Fansuri adalah seorang yang sangat terke-muka dikalangan orang-orang Melayu, oleh kerana itu syair-syair dan puisi-puisinya sangat hebat.

Syair-syair Hamzah Fansuri yang diketahuai tidak kurang 32 untaian. Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu sajak empat baris dengan pola bunyi akhir a a a pada setiap barisnya.

Ciri-ciri sajak beliau : 1) Pemakaian penanda ke-pengarangan.

2) Dari petikan ayat al-Quran, hadis, pepatah dan kata-kata arab.

Page 27: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 27

Edisi Disember 2012 Page 27 Edisi Disember 2012

3) Setiap baris akhir syairnya selalu mencantumkan tahallus (nama diri), iaitu nama yang biasa didasarkan pada nama tempat kelahiran penyair atau tempat di besarkan.

4) Terdapat tamsil atau citraan-citraan simbolik yang biasa digunakan oleh penyair Arab dan Persia.

5) Diksi yang seimbang (pilihan kata), rima dan unsur-unsur puisinya.

Pengaruh beliau cepat tersebar seluruh tempat di Malaysia melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan. Beliau bukan sahaja ulama tasawuf dan sasterawan tekemuka tetapi juga seorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangannya yang paling besar terhadap Nusantara khususnya dalam bidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa dan sastera.

Dalam bidang keilmuan, beliau telah mempelopori penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Dalam bidang sastera, beliau mempelopori pula penulisan puisi-puisi Islam bercorak kesufian, mistik, metafizik dan pembicaraan terhadaphubungan insan dengan penciptanya. Dalam bidang kesusasteraan pula beliau ialah orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris seperti cirri-cirinya di atas.

Syair-syairnya bukan sahaja memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu tetapi juga men-gintegrasikan konsep-konsep Islam dalam berbagai bidang kehidupan dalam sistem bahasa. Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk men-cari Tuhan. Syair-syair beliau sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pan-tun ,menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah.

Karya Hamzah Fansuri

Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)

Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)

Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan)

Syair Si Burung Pingai

Syair Si Burung Pungguk

Syair Sidang Fakir

Syair Dagang

Syair Perahu

By Muhammad Harris Fadhilah bin Johari

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

UNISEL BESTARI JAYA

Page 28: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 28

Edisi Disember 2012 Page 28 Edisi Disember 2012

Empayar Islam Nusantara

Sejarah itu dikatakan berkait rapat dengan manusia dan peristiwa.  Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Seperti yang di nyatakan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, sejarah bu-kanlah hanya kisah-kisah, cerita-cerita mahupun peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau, tetapi sejarah merupakan satu subjek yang harus kita ambil sebagai iktibar dan pengajaran.

Sejarah itu telah diwarnai oleh manusia, tidak men-gira jenis peristiwa yang berlaku. Terdapat sejarah yang menceritakan peradaban dunia, terdapat juga sejarah yang menceritakan kemunduran manu-sia. Sejarah tidak pernah menipu, tetapi penyam-paian sejarah itu sendiri banyak diselewengkan. Seperti yang di sebut di dalam sebuah buku yang bertajuk Api Sejarah hasil tulisan Ahmad Mansur Suryanegara, iaitu ketika berlaku penjajahan, si pen-jajah tidak hanya menjajah wilayah penjajahan. Melainkan juga cuba menjajah pola pemikiran rakyat jajahan dengan cara mendistor-sikan penulisan sejarah. Penjajah turut melancarkan 'News Imperialism' iaitu penjajahan berita. Di se-babkan perkara tersebut, para sejarawan mengalami

kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk kajian mereka.

Keluasannya menyamai Inggeris dan melampaui Eropah. Bayangkan betapa luasnya Nusantara dan betapa hebatnya usaha para da'ie untuk menyebar luaskan syiar islam di bumi yang subur ini. Kajian sejarah menyatakan masuknya agama Islam ke Nusantara seawal abad ke-1 H/ 7 M. Di dalam hal ini Ulama dan pedagang memainkan peranan yang sangat penting di dalam penyebaran agama Islam di Nusantara. Kukuhnya ajaran Islam di Nusantara Sehingga berdirinya beberapa buah kerajaan Islam. Namun Saat Kegemilangan Empayar Islam itu ter-bina adalah ketika pemerintahan seorang Sultan, iaitu Sultan Iskandar Muda yang ketika itu terletak di Aceh.

Hampir dalam seluruh aspek kehidupan menunjukkan bahwa zaman Sultan Iskandar muda merupakan masa kegemilangan Aceh. Dia tidak hanya mampu menyusun dan menetapkan berbagai konsep qanun (undang-undang dan peraturan) yang adil dan universal, tetapi juga telah mampu melak-sanakan secara adil dan universal pula. Sebagai seorang yang masih sangat muda menduduki tahta kerajaan (usia 18-19 tahun), kesuksesan Sultan Is-kandar Muda sebagai penguasa Kerajaan Aceh Da-russalam telah mendapat pengakuan bukan hanya dari rakyatnya, tetapi dari musuh-musuhnya dan bangsa asing di seluruh dunia. Sultan Iskandar Muda telah berhasil menyatukan seluruh wilayah semenanjung tanah Melayu di bawah panji kebe-saran Kerajaan Aceh Darussalam. Dia juga telah berhasil menjalin hubungan diplomasi perda-gangan dengan berbagai bangsa Asing, sehingga secara internasional Aceh tidak hanya dikenal seba-gai sebuah negeri yang sangat kaya dengan berbagai sumber daya alamnya, tetapi kekayaan itu benar-benar dapat dinikmati secara bersama oleh rakyat-nya. Dalam bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan, dia telah menempatkan para ulama dan kaum cerdik pandai pada posisi yang paling mulia dan istimewa. Sehingga pada masa pemerintahannya, Kerajaan Aceh Darussalam benar-benar menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dan tamadun

Page 29: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 29

Edisi Disember 2012 Page 29 Edisi Disember 2012

di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi oleh para kaum pelajar dari seluruh dunia.Selama lebih kurang 30 tahun masa pemerintahannya, yaitu (1606 - 1636 M) dia telah berhasil membawa Kerajaan Aceh Darussalam ke atas puncak kejayaannya, hingga mencapai peringkat kelima di antara kerajaan Islam terbesar di dunia. Dengan kebijaksanaan Sultan Iskandar Muda,beliau telah menyusun pemerintahanya dengan merangka tata negara yang mempunyai empat bahagian iaitu;

Segala persoalan yang berkaitan dengan adat maka kebijaksanaannya di serahkan kepada sultan, penasihat dan orang-orang besarnya

Segala urusan hukum diserahkan kepada ulama yang pada masa itu Sheikh Nuruddin Ar-Raniry telah di angkat sebagai Qhadi Malikuladil

Urusan qanun, majelis adab, sopan santun dan tertib dalarn pergaulan hidup bermasyarakat, termasuk mengenai berbagai upacara adat diserahkan kepada kebijaksanaan Maharani (Putroe Phang).

Sedangkan urusan reusam (pertahanan dan keamanan) berada dalam kekuasaan Pan-glima Kaum atau Bentara pada masing-masing daerah.

Segala kebijakan mengenai adat, hukum, qanun dan reusam itu kemudian tertuang dalam sebuah hadih maja yang hingga saat ini masih dikenal dalam masyarakat Aceh yang berbunyi :

Adat bak poteu meureuhum, hukom bak syiah kuala

Meujeuleueih kanun bak putroe phang, reusam bak bentara (laksamana).

Setelah menyusun dan menetapkan tugas-tugas tersebut, Sultan Iskandar Muda menyusun dan mengeluarkan berbagai qanun sebagai pegangan. Isi kandungan qanun tersebut berupa aturan yang me-nentukan martabat, hak dan kewajiban segala hu-lubalang dan pembesar kerajaan. Perkara-perkara tersebut di letakan di dalam satu perundangan yang di panggil sebagai adat Meukota Alam. Menurut naskah Adat Aceh, dalam menyusun qanun tersebut Sultan Iskandar Muda melibatkan para Syaik-hul-Islam, Orang Kaya Sri Maharaja Lela, Penghulu

Karkun Raja Setia Muda, Katibul Muluk Sri Indra Suara dan Sri Indra Muda beserta para perwira Balai Besar untuk membuat dan menyusun qanun (peraturan) yang sesuai dengan tatakerama dan mak-lumat Raja. Di dalamnya memuat sebanyak sembilan fasal. Pada bagian pertama sangat jelas menggam-barkan watak kewibawaan Sultan sebagai penguasa, di mana di dalamnya menguraikan tentang perintah segala raja raja.   Kerajaan Aceh Darussalam bukan hanya terkenal di Nusantara, malah turut di kenali di serata dunia. Ha-sil hubungan perdangan dengan bangsa-bangsa asing seperti Cina, Siam, India, Eropah dan Turki, Sultan Iskandar mengukuhkan kekuasaan Kerajaan islam yang terbina pada ketika itu. Kesan dari perluasan persahabatan ini Kerajaan Aceh Darussalam bukan sahaja terkenal sebagai sebuah tempat perda-gangan yang penting malah adalah sebuah pusat ilmu pengetahuan dan pendidikan .   Oleh karena itu, para pembesar kerajaan bersama seluruh rakyat Aceh akhirnya sepakat memberikan sebuah gelar kehormatan Mahkota Alam kepadanya. Dengan demikian, dia mempunyai nama Iengkap Paduka Seri Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Selama lebih kurang 30 tahun, yaitu (1606 - 1636 M), dia telah berhasil membawa Kerajaan Aceh Darussalam ke atas puncak kejayaannya, hingga mencapai peringkat kelima di antara kerajaan Islam terbesar di dunia, yakni setelah kerajaan Islam Ma-roko, Isfahan, Persia dan Agra. Sultan Iskandar Muda wafat pada tahun 1636 M dan makamnya terletak dalam komplek Kandang Mas yang telah pernah dihancurkan Belanda. Yang ada sekarang ini merupakan duplikat hasil petunjuk Po-cut Meurah isteri Sultan Mahmudsyah. Dia masih rnengingat letak Makam Sultan lskandar Muda, karena sebelum dihancurkan Belanda dia sering berziarah ke sana sambil menghitung langkahnya sebanyak 44 langkah dari pinggir Krueng Daroy. Sebagai mengenang jasa-jasa beliau, kerajaan Republik Indonesia menganugerahkan Sultan Iskandar Muda sebagai Pahlawan Nasional. Mohd Safarudin Jhinku Ijazah TESL UNISEL BESTARI JAYA

Page 30: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Ibn Battutah

Latar belakang Ibn Battutah.

Nama penuh Ibn Battutah ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji. Beliau diberi gelaran Abu Abdullah atau Shams al-Din. Selain itu, Beliau dikenali sebagai Ibn Battutah. Seorang kabilah Barber dari golongan Muslim Sunni. Beliau telah di lahirkan di Tangier, Maghribi 24 Februari 1304 bersamaan 704 Hijrah bulan Rejab dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi. Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah berkhidmat sebagai Qadi. Ibn Battutah terkenal sebagai penjelajah dan pengembara serta menulis mengenai pengenbaraanya selama hampir tiga puluh tahun. Beliau adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya merentasi benua Afrika dan Asia serta menghasilkan karya penting dunia islam yang meliputi daerah Barat Afrika hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Cina. Selain itu, Beliau diberikan gelaran sebagai Syamsuddin di negeri-negeri timur. Tokoh orientalis Dozy, menggelar beliau sebagai ‘Pengembara Yang Jujur’. Beliau telah meninggalkan kota asalnya pada tahun 1325 untuk menun-aikan haji di Mekah yang mengambil masa selama satu setengah perjalanan ketika berusia 21 tahun. Bukan itu saja, beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China. Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama di kam-pungnya. Di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki. Beliau mem-pelajari banyak bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa Arab, Parsi, Turki, sastera dan ilmu ketika dalam pengembaraannya.

Ciri-ciri Keperibadiannya Ibn Battutah adalah seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa. Dalam bidang geografi beliau dianggap sebagai seorang ahli geografi yang mempunyai sakhsiah yang menakjubkan. Jawatan beliau sebagai kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya membuktikan ilmu agamanya tinggi, terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan Mazhab Maliki. Beliau bukan hanya mahir berbahasa Arab tetapi juga mahir dalam bahasa Parsi dan Turki. Pengembaraannya yang begitu jauh yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan halangan membuktikan beliau adalah seorang yang tegas, kuat cita-cita, dan tidak mudah putus asa serta ahli dalam bidang pelayaran. Kejayaannya mendampingi para sultan, gabenor dan ketua-ketua negara, para ulama di negara yang dilawatinya menunjukkan Ibn Battutah adalah seorang yang berperibadi tinggi, mulia akhlak, berwibawa, pandai berdiplomasi serta mempunyai sifat-sifat terpuji. Oleh kerana sifat baik serta berpendirian teguh, maka kenalannya di tempat-tempat yang dilawatinya itu mudah memberi segala bantuan dan kemudahan untuk  

Page 30

Edisi Disember 2012 Page 30 Edisi Disember 2012

Page 31: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 31

Edisi Disember 2012 Page 31 Edisi Disember 2012

pengembarannya. Dalam bukunya Rihlah, beliau menyebut lebih 2000 orang yang ditemuinya secara peribadi atau maqam-maqam yang dilawatinya.

Bab 18: Ibn Battutah.

Sultan Mul Jawa.

Baginda ialah Sultan al-Malik al-Zahir iaitu salah seorang raja yang memiliki kelebihan di samping seo-rang yang dermawan. Baginda bermazhab Syafie dan mengasihi fuqaha. “Fuqaha” pula menghadiri ma-jlis baginda untuk membaca kitab dan bermuzakarah. Baginda banyak berjihat dan berperang selain me-rupakan seorang yang tawaduk. Bukan itu saja, Sultan al-malik al-Zahir menunaikan solat Jumaat dengan berjalan kaki. Rakyat baginda juga bermazhab Syafi’e dan mereka turut mencintai jihad serta keluar ber-perang bersama-sama dengan baginda secara sukarela. Selain itu mereka berjaya mengalahkan orang kafir yang tinggal berdekatan dengan mereka. Orang kafir ini membayar jizyah kepada penduduk Jawa untuk menjamin keamanan diri.

Kisah dan Punca Perselisihan Sultan Al-Malik Al-Zahir dengan Putera Saudara Baginda.

Sultan Al-Malik Al-Zahir mempunyai seorang putera saudara yang berkahwin dengan puterinya. Baginda menyerahkan pemerintahan beberapa buah negeri kepada putera saudaranya itu. Putera saudara sultan ini pula jatuh hati kepada anak perempuan salah seorang amir dan berhasrat untuk mengahwininya. Sudah menjadi adat bagi seorang lelaki sumatera sama ada ia seorang amir, orang biasa atau orang lain, apabila anak perempuannya telah dewasa dan tiba waktu untuk berkahwin, maka ia harus mendapatkan perintah serta keputusan sultan berhubung dengan anak perempuan itu. Sultan seterusnya akan mengutus kaum wanita yang akan melihat gadis tersebut dan seandainya baginda tertarik dengan sifatnya, baginda akan mengahwini gadis itu. Jika tidak, baginda akan meninggalkannya dan ia kan menkahwinkan oleh walinya sebagaimana dikehendaki.

Kemudian sultan berangkat untuk pergi berperang. Tempoh perjalanan untuk sampai ke negeri orang kafir mengambil masa selama sebulan. Putera saudara baginda itu telah mengkianatinya dan pergi ke sumatera. Beliau memasukinya kerana Sumatera pada waktu tersebut tidak mempunyai tembok. Beliau juga mengistiharkan dirinya sebagai raja dan setengah-setengah orang telah brbai’ah kepadanya. Manakala setengah-setengah yang lain pula enggan berbuat demikian. Ayahanda saudara telah mendapat berita tentang tindakannya itu. dan baginda segera pulang ke Sumatera. Putera saudaranya telah men-gambil apa yang terdaya iaitu harta dan khazanah di samping jariah yang dikasihinya. Selepas itu bliau pergi ke Mul Jawa, negeri orang kafir. Kerana peristiwa inilah sultan telah membina sebuah tembok mengelilingi Sumatera.

Page 32: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 32

Edisi Disember 2012 Page 32 Edisi Disember 2012

Grup Ibn Batuttah; menyahut peranan mahasiswa sebenar

Di dalam hiruk pikuk kehidupan di alam kampus, mahasiswa dewasa ini dilanda penjajahan minda akibat arus modernisasi. Golongan yang digelar sebagai intelaktual ini tidak ubah seperti robot-robot yang disetkan mindanya hanya untuk mengejar kerjaya.Angka statistik terbaru daripada akhbar Utusan Malaysia, iaitu seramai 32000 graduan masih menganggur.Angka tersebut menimbulkan persoalan besar, adakahgraduan-graduan di negara kita benar-benar tidak berkelayakan untuk mendapat pekerjaan. Apakah isu sebenar di sebalik angka tersebut.

Seringkali kita mendengar slogan yang menyatakan Mahasiswa itu merupakan juru bicara ummat. Namun sejauh mana rutin mahasiswa masa kini untuk di bandingkan dengan nilai slogan tersebut. Seperti yang di sebutkan oleh Maulana Sayyid Abul

'A'la Al-Maududi bahawa mahasiswa itu haruslah bergantung kepada akidah Islam, akhlak dan nilai-nilai Islam. Menurut beliau Apa yang dapat dilihat sejak zaman- berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam. Hal ini di sebut-sebut pada zaman sekarang dengan istilah 'Soft-Skills'. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat kelompok mahasiswa yang rutin hariannya hanyalah apabila usai dari bangun pagi, terus ke ku-liah kemudian kembali ke dorm masing-masing. Jadilah mereka seperti sang pendekar yang bertapa di dalam gua. Benarlah seperti kata pepatah melayu iaitu seperti katak di bawah tempurung. Hidup mereka hanyalah di alam maya ciptaan manusia iaitu Internet. Sistem komunikasi mereka hanya menggunakan Gadget yang sekarang berlambak di pasaran. Justeru itu, mahasiswa yang berada di dalam lingkungan ini membentuk rutin ini menjadi budaya yang telah sebati di alaf ini. Selain daripada itu mahasiswa zaman sekarang juga sinonim dengan hiburan yang berlebihan. Ianya telah menjadi fenomena di negara kita. Gejala ini yang di gelar 'Hedonisme' telah meracuni gaya hidup mereka. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita akan kehadiran suatu penyakit di kalangan umat akhir zaman. Hal ini ada di sebutkan di dalam sebuah hadith yang kira-kira bermaksud Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang saha-bat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)

Page 33: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 33

Edisi Disember 2012 Page 33 Edisi Disember 2012

Di dalam mendepani cabaran ini risalah pada kali ini mengambil tema daripada XPDC Ibn Batuttah, yang di lakukan sekelompok mahasiswa sedar daripada Grup Penjejak Tamadun Dunia yang merasa terpanggil untuk merubah persepsi Negatif terhadap mahasiswa. Berbekalkan misi Rahmatan lil'alamin, kami cuba untuk mendokong peranan mahasiswa yang sebenar. Usaha kecil kami dalam men-ganjurkan pengembaraan adalah bertujuan untuk menjejak dan meneladani tokoh-tokoh tersohor terdahulu. Di samping itu, pengembaraan ini secara tidak langsung melatih mahasiswa untuk menjadi pemimpin. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa menyemarakkan lagi semangat Ukhuwah. Di setiap Pengembaraan yang di anjurkan Grup Penjejak Tamadun dunia, Setiap aktivis mahasiswa di dedahkan dengan beberapa perkara. Yang pertama ialah infaq atau memberi sumbangan. Hal ini bertepatan dengan tuntutan Islam iaitu untuk ber-jihad dengan harta benda. Jihad yang sempurna itu dilakukan dengan jiwa, harta dan lisan Seba-gaimana firman Allah S.W.T yang kira-kira bermak-sud “Hai orang2 yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada api yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa2mu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, dan ( memasukkan mu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah keberuntungan yang besar.” (Al-Saff: 10-12) Bukanlah dinamakan ibadah setakat rukuk dan sujud sahaja. Hasan Al- Banna dalam menjelaskan tentang tasawwur Islam menyatakan Islam juga adalah usaha dan harta. Di dalam hal ini, mahasiswa akan di dedahkan dengan pengorbanan di dalam pengembaraan seperti yang telah di lakukan tokoh-tokoh besar seperti Ibn Batuttah dan ramai lagi. Di dalam perkara yang kedua pula, ingin saya membicarakan satu perkara daripada sebuah risalah yang di tuliskan oleh Sheikh Dr. Fathi Yakan iaitu bagaimana kita menyeru kepada islam. Bertepatan dengan Tugas mahasiswa itu sebagai juru bicara ummat, mahasiswa itu seharusnya menjadi

penyampai risalah da'wah, menjadi da'ie dan sang pencerah. Menurut Sheikh Dr. Fathi Yakan Da'wah itu ditujukan kepada seluruh ummat manusia yang memiliki latar belakang yang berbeza-beza. Hal ini menyebabkan para da’ie harus menjadi orang-orang yang bijaksana, mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu. Para da’ie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu. Perkara ini yang akan di lengkapkan kepada setiap mahasiswa di dalam menyebarkan rahmat ke sekelian alam. “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala la-rangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disang-kakannya.” (At-Talaq :2-3) “Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”. (Surah Ali-’Imran: Ayat 110) Dalam ayat di atas Allah Ta’ala menyatakan keting-gian dan kemuliaan orang-orang Mu’min beserta sifat-sifat yang menyebabkan mereka layak digelar sebagai “Khaira Ummah” (Ummat Yang Terbaik) iaitu, i) mereka menyuruh (mengajak) manusia kepada perkara-perkara yang ma’ruf (kebaikan), ii) mereka mencegah (melarang) manusia dan mela-kukan kemungkaran dan iii) dalam usaha-usaha tersebut mereka sentiasa menjaga dan memelihara diri mereka dengan men-taati segala perintah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Semoga usaha kami ini membuahkan hasil untuk membina semula peranan mahasiswa di dalam era globalisasi ini. Mohd Safarudin Jhinku Ijazah TESL UNISEL BESTARI JAYA

Page 34: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 34

Edisi Disember 2012 Page 34 Edisi Disember 2012

Sultan Malikul Saleh  Nabi Muhammad SAW tatkala hayat hadrat baginda masih 

ada, baginda bersabda kepada sahabat baginda di Mekkah, 

“Bahawa ada sepeninggalku itu ada sebuah negeri di bawah 

angin Samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri 

itu maka kami suruh kamu sebuah kapal membawa perkakas 

dan kamu bawa ia orang dalam negeri masuk dalam agama 

islam serta mengucapkan dua kalimat syahadat. Syahdan lagi 

akan dijadikan Allah SWT dalam negeri itu terbanyak daripada 

segala wali Allah jadi dalam negeri itu. Adapun pertama ada 

seorang fakir di negeri Mengiri   namanya. Ia itulah kamu bawa 

serta kamu ke negeri  Samudera itu.” 

Pada suatu hari di Rimba Jerun, Merah Silu pergi  berburu den‐

gan membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Merah Silu 

melepaskan anjingnya lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. 

Merah Silu mendapati bahawa terdapat seekor semut yang 

besarnya seperti kucing lalu beliau menangkap semut itu dan 

memakannya. Di kawasan itulah Merah Silu mendirikan        

istananya dan menamakannya sebagai Negeri Samudera yang 

bermaksud semut besar.  

Setelah beberapa lama kewafatan Nabi Muhammad SAW, 

maka   tersebarlah akan kewujudan negeri Samudera ini di 

Mekkah. Lalu seorang khalifah iaitu khalifah Syarif, menga‐

rahkan sebuah kapal   membawa segala perkakas alat        kera‐

jaan ke negeri Samudera. Syarif Syaikh Ismail diarahkan untuk 

singgah ke Mengiri. Setelah  beliau sampai ke Mengiri dan berlabuh di Teluk Mengiri, maka terlihatlah kehadiran mereka itu 

oleh orang Mengiri lalu dikhabarkan kepada rajanya mengenai kapal yang berlabuh di teluk itu. Lalu Sultan Muhammad pun 

mengarahkan perdana menterinya untuk memanggil orang kapal untuk bertanya kepada orang kapal tersebut, “Dari mana 

kapal ini datang dan siapa nama nakhodanya dan kemana ia hendak pergi?”, maka sahut orang kapal itu, “Adapun kapal ini 

dari Mekkah dan  nama nakhodanya Syaikh Ismail yang diarahkan oleh khalifah Syarif di Mekkah ke negeri yang bernama   

Samudera.” Setelah itu, perdana menteri pun menghadap raja datang bersembah, “Ya tuanku Syah alam, adapun kapal itu dari 

Mekkah, nama nakhodanya bernama Syaikh Ismail hendak pergi ke negeri  Samudera.” Setelah mendengarnya, Sultan         

Muhammad pun mengarahkan untuk menghantar segala makanan‐makanan dan segala nikmah kepada nakhoda kapal, Syaikh 

Ismail. Setelah itu, sultan pun dengan segera merajakan seorang anaknya yang tuha di negeri Mengiri itu untuk menggantikan 

beliau menjaga kerajaan. Lalu sultan pun menukar pakaiannya dan memakai pakaian fakir lalu turun dari istananya dan naik ke 

dalam kapal tadi sambil berkata kepada Syaikh ismail, “kamu bawa hamba ke negeri Samudera itu.” Lalu mereka pun berlayar 

ke negeri Samudera. 

   Sementara itu, pada suatu hari si Merah Silu bermimpi akan seorang lelaki yang menutup mata dan menumpang dagu    be‐liau menggunakan empat jarinya. Orang itu pun berkata, “Hai Merah Silu, ujar olehmu dua kalimat syahadat.” Maka sahut Merah Silu, “Tiada hamba tahu mengucap akan dia.” Maka ujarnya, “Bukakan mulutmu.” Maka dibukakannya  Merah Silu maka diludahinya mulut Merah Silu itu rasanya lemak manis. Maka ujarnya lagi, “Hai Merah Silu, engkaulah Sultan Malikul Saleh namamu sekarang. Islamlah engkau dengan mengucap dua kalimat syahadat itu dan segala   binatang yang hidup lagi halal engkau sembelih maka kau makan dan yang tiada disembelih jangan engkau makan. Sebermula dalam empat puluh hari lagi ada sebuah kapal  datang dari Mekkah. Barang segala katanya dan barang segala perbuatannya yang berpatutan dengan segala pekerjaan agama Islam orang yang dalam  kapal itu, janganlah engkau lalui dan hendaklah engkau turut barang dalam  pengajarannya.”  

Page 35: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 35

Edisi Disember 2012 Page 35 Edisi Disember 2012

 Empat puluh hari selepas mimpi itu, maka tibalah satu kapal yang berasal dari  Mekkah. Lalu, datanglah seorang nakhoda kapal yang    bernama Syaikh Ismail datang menyembah Sultan Malikul Saleh. Lalu beliau meminta akan Sultan Malikul Saleh untuk mengucap dua   kalimat syahadat. Sultan Malikul Saleh pun menyebut dua kalimat syahadat dengan lancar. Maka pada keesokan harinya pula, si fakir dari negeri Mengiri itu pun turun ke darat dengan membawa senaskah Al‐quran   bersamanya lalu  memberikannya kepada Sultan Malikul Saleh. Sultan Malikul Saleh lantas mengambil dan menjunjung Al‐quran itu dan membacanya tanpa di ajar oleh sesiapa. Syaikh Ismail dan si fakir itu pun mengucapkan “Alhamdulillah”. Maka setelah itu, Syaikh Ismail mengarahkan agar segala hulubalang dan segala rakyat besar kecil dan tua muda, laki‐laki dan perempuan      untuk berhimpun dan  mengucapkan dua kalimat syahadat dengan tulus ikhlas dan yakin hatinya. Setelah itulah negeri       Samudera dinamakan negeri Darul‐salam kerana pengislaman rakyat tiada paksaan dan di atas kerelaan mereka sendiri  

Setelah itu, Syaikh Ismail pun memanggil kesemua hulubalang dan rakyat untuk menghadap Sultan  atas pertabalan beliau 

sebagai raja di negeri itu. Pada hari pertabalan beliau, Sultan memakai selengkap pakaian kerajaan anugerah dari Mekkah. 

Syaikh Ismail berjaya mengislamkan seluruh rakyat Samudera.  

Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak gundik Raja perlak dan dianugerahi seorang anak lelaki dan 

dinamakan Sultan Malikul Tahir. Negeri Pasai dibuka dan Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana. Seterusnya, Sultan Malikul 

Tahir mendapat dua putera iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Setelah Sultan Malikul Tahir mangkat, 

Sultan Malikul Saleh telah menyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan 

Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semyamuddin.  

Sultan Malikul Saleh merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darul Salam dan 

membuat wasiat supaya kedua‐dua Perdana Menteri dan kedua‐dua cucunya menjalankan pemerintahan dengan adil dan 

saksama sebagaimana syariat Islam.Namun satu perbalahan telah berlaku diantara Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul 

Mahmud. Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seo‐

rang perempuan dari istana Pasai. Sultan Maikul Mahmud memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana men‐

yangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu. Perdana Menteri Pasai telah meninggal dunia dan diganti oleh Tun 

Perpatih Tulus Tukang Segara dan mereka merancang membunuh Sayid Semayamuddin.  

Sultan Malikul Mahmud mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan 

Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin. Sebaliknya , Sultan Malikul Mansur ditangkap dan 

dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut, badannya disula di Kuala 

Pasai.  

Tetapi,anehnya kepala itu mengikut‐ikut perahu Sultan Malikul Mansur. Oleh itu , Sultan Malikul Mansur meminta tubuh  

Sayid Semayamuddin yang disula itu daripada Sultan Malikul Mahmud untuk dikebumikan di Padang Maya. Setelah insaf,  Sultan Mlikul Mahmud menjemput Sultan Malikul Mansur ke Pasai semula. Tetapi dalam perjalanan ke Pasai, Sultan Malikul Mansut telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud semakin hiba dan jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai. 

 

 

SITI NURALIA BINTI CHE BURHAN                                                (DIPLOMA TESL  UNISEL BESTARI JAYA) 

  

 

 

Page 36: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Abdurrauf Singkil Syeikh Abdul Rauf Singkel (Singkel, Aceh 1024 H/1615 M - Kuala Aceh, Aceh 1105 H/1693 M) adalah seorang ulama besar Aceh yang terk-enal. Pada umumnya, beliau memiliki pengaruh yang besar dalam penyebaran agama Islam di Sumatera dan Nusantara. Beliau juga terk-enal dengan gelaran Teungku Syiah Kuala (Syeikh Ulama di Kuala).

Ketika Muda Nama penuhnya ialah Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkeli. Menurut riwayat masyarakat, keluarganya berasal dari Arabia atau Persia, yang datang dan menetap di Singkel, Aceh Darussalam pada akhir abad ke-13. Sewaktu usia mudanya, beliau mula belajar daripada ayahnya sendiri. Beliau ke-mudiannya belajar daripada ulama-ulama di Fansur dan Banda Aceh. Kemudian, beliau pergi menunaikan ibadah haji, dan dalam proses menunaikan ibadahnya itu, beliau belajar dengan berbagai ulama di Timur Tengah untuk mendalami agama Islam.

Tariqat Syattariyah Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Syeikh Tariqat Syattariyah iaitu Ahmad al-Qusyasyi adalah merupakan salah seorang gu-runya. Nama Abdurrauf muncul dalam salah silah tariqat dan beliau menjadi orang pertama yang memperkenalkan Tariqat Syattariyah di Indonesia. Nama beliau juga dihubungkan den-gan terjemahan dan tafsir Al-Qur’an bahasa Melayu atas karya Al-Baidhawi berjudul Anwar at-Tanzil Wa Asrar at-Ta'wil, yang pertama kali diterbitkan di Istanbul tahun1884.

Pengajaran dan karya Ia dijangka kembali ke Aceh pada sekitar tahun 1083 H/1662 M dan mengajar serta mengembangkan Tariqat Syattariah yang diperolehinya. Murid yang berguru den-gan beliau kebanyakannya berasal dari Aceh Darus-salam serta wilayah Nusantara lainnya. Beberapa orang muridnya yang menjadi ulama terkenal ialah Syeikh Bur-hanuddin Ulakan (dari Pariaman, Sumatera Barat) dan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan (dari Tasik Malaya, Jawa Barat). Azyumardi Azra mengatakan bahwa banyak karya-karya Abdurrauf Singkel yang sempat disebar luaskan melalui murid-muridnya.

Antaranya ialah :

1. Mawa'iz al-Badi. Berisi sejumlah nasihat penting dalam pembinaan akhlak.

2. Terjemahan Hadis Ar-ba'in karya Imam Al-Nawawi. Kitab ini ditulis atas permintaan Sultanah Zakiyyatuddin.

3. Mir'at al-Thullab fi Tasyil Mawa'iz al-Badî' rifat al-Ahkam al-Syar'iyyah li Malik al-Wahhab. Karya di bidang fiqh atau hukum Islam, yang ditulis atas permintaan Sultanah Safiyatuddin.

4. Tarjuman al-Mustafid. Merupakan naskah pertama Tafsir Al Qur'an yang lengkap berbahasa Melayu.

NURUL SYAFIKA BINTI SHAHARI UNISEL BESTARI JAYA

Page 36

Edisi Disember 2012 Page 36 Edisi Disember 2012

Page 37: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 37

Edisi Disember 2012 Page 37 Edisi Disember 2012

Page 38: Risalah Madani Edisi Disember 2012

LATAR BELAKANG SYEIKH NURUD-DIN AR-RANIRI

Nama sebenar Syeikh Nuruddin ialah Nuruddin Mu-hammad B. Ali Hasanji B. Muhammad Hamid Al - Quraysyi Al – Syafii Al – ‘Asy’ari Al – Aydarusi Al- Raniri. Beliau merupakan anak kelahiran Aceh – Gujarat. Ranir adalah sebuah daerah yang terletak berdekatan dengan Surat di Gujarat, India yang juga merupakan sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai India Selatan. Sementara itu, tarikh kelahirannya ti-dak seorang pun daripada kalangan ahli sejarah yang mengetahuinya termasuklah sejarawan P. Voorhoeve tetapi kemungkinan besar, ia menjelang pada akhir abad ke-16 Masihi. Beliau juga mempunyai hubun-gan yang sangat rapat dengan sultan pada ketika itu. Tambahan pula, salah seorang bapa saudara beliau iaitu Muhammad Jailani Al- Raniri turut mengajar di Aceh mengenai ilmu feqah selepas itu ilmu tasaw-wuf dan kerana itu juga Syeikh Nuruddin juga telah diterima masuk ke dalam tarikat Rifiyyah yang di-asaskan oleh Syeikh Ahmad Rifae. Syeikh Nuruddin Al – Raniri juga merupakan salah seorang tokoh yang sangat kuat menentang fahaman tarikat Wuju-diyah. Setelah lama beliau menetap di Aceh selama

tujuh tahun, beliau telah kembali ke Negara asalnya di Ranir, India untuk meneruskan kerjaya beliau se-bagai seorang guru dan penulis kitab. Beliau telah meninggal dunia pada 22 Zulhijjah bersamaan 21 September 1658.

 

PENENTANGAN TERHADAP FAHAMAN WUJUDIAH

Memandangkan Syeikh Nuruddin telah diberikan pangkat sebagai tokoh ulama’ dan mufti dalam kera-jaan Aceh yang sebelum ini yang di sandang oleh Syeikh Syamsuddin Al-Sumatrani yang telah men-inggal dunia. Maka dengan ini, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri telah menulis kitab-kitab bagi memerangi ajaran Wujudiah yang telah lama bertapak di dalam kerajaan tersebut. Perkara ini berlaku pada sekitar tahun 1637 semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan diterima baik oleh kerajaan Aceh. Terda-pat empat kesimpulan yang mendasari fahaman Wu-judiah dan memdapat tentangan daripada Nuruddin iaitu :

Kepercayaan bahawa Tuhan berada dalam kand-ungan alam ini.

Kepercayaan bahawa nyawa itu bukan khaliq dan bukan makhluk.

Kepercayaan bahawa Al-Quran itu makhluk. Kepercayaan bahawa nyawa berasal daripada

Tuhan dan akan kembali kepada-Nya.

Antara keempat-empat kesimpulan tersebut perkara pertama adalah paling penting kerana merupakan masalah pokok fahaman tersebut. Dengan inisitif lain, beliau telah mengadakan pertemuan dengan para ulama’ di Aceh bagi membahaskan ajaran ini. Hasil daripada pertemuan tersebut keluarlah fatwa yang mengatakan kafir mereka yang menjadi pengi-kut fahaman tersebut dan boleh dijatuhkan hukuman halal dibunuh. Berikutan dengan itu, beliau telah mengarahkan agar semua karya Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al – Sumatrani dikumpulkan dan di-bakar di hadapan Masjid Raya Baitul Rahman di Aceh.

Page 38

Edisi Disember 2012 Page 38 Edisi Disember 2012

Page 39: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 39

Edisi Disember 2012 Page 39 Edisi Disember 2012

SUMBANGAN KARYA

Syeikh Nuruddin Al Raniri merupakan pengarang kitab-kitab agama yang berfahaman Ahlul Sunnah yang bertujuan menolak aliran Wahdatul Wujud. Nuruddin mengarang pelbagai bidang agama termasuk ilmu fikah, usuluddin, tasawuf, hadis dan lain-lain. Beliau juga telah menghasilkan lebih daripada 31 buah kitab antaranya termasuklah:

Bustan al Salatin

Sebuah kitab ketatanegaraan bertujuan sebagai panduan pemerintahan. Mengandungi 7 bab dan beberapa fasal. Isinya membicarakan pelbagai jenis ilmu seperti firasat dan perubatan. Turut membincangkan kon-sep kejadian alam dan kisah nabi-nabi.

b. Siratul Mustaqim

Sebuah kitab ilmu fikah yang membicarakan berbagai hukum Islam. Membicarakan tentang ibadat dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Kitab ini juga turut membahaskan tentang hukum-hukum qurban, berburu dan soal halal dan haram dalam makanan.

c. Akhbar Al Akhirat

Sebuah kitab mengandungi hal-hal penciptaan Muhammad, Adam, maut, tanda-tanda kiamat, syurga neraka dan lain-lain. Isi kitab adalah saduran daripada kitab karangan Imam Al Ghazali.

d. Jawahir Al Ulum

Kitab yang menghuraikan tentang fahaman sufi dan memuatkan peraturan-peraturan ilmu. Ia juga meru-pakan sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membahaskan falsafah mistik dengan mendalam.

e. Syifa Al Qulub

Sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membicarakan cara-cara berzikir kepada Allah s.w.t

f. Asrar Al Ihsan Fi Makrifat Ar Ruh Ar Rahman

Sebuah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab yang membahaskan tentang manusia terutama roh, sifat, hakikat serta hubungan manusia dengan tuhan. Ia turut mengandungi perdebatan tentang roh dengan Hamzah Fansuri.

g Kitab Hillal Zil

Seperti Tabyan Fi Makrifat, Syafaul Kulub dan Hujjatus Sidik. Merupakan kitab yang mengandungi ajaran dan kepercayaan aliran ahlul sunnah yang ditulis bertujuan menentang ajaran Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al Sumatarani.

SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM

UNISEL BESTARI JAYA

Page 40: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 40

Edisi Disember 2012 Page 40 Edisi Disember 2012

Keadaan Ekonomi Masyarakat

Aceh Pasca Bencana 2004

Masyarakat di wilayah Aceh dahulunya terkenal

sebagai penghasil lada dan timah yang dieksport ke

luar negeri. Semakin rancak Selat Melaka, ber-

datangan pula bangsa-bangsa Eropah yang ingin

berdagang di Aceh, diantaranya Sepanyol, British,

Portugis dan Belanda. Pelabuhan yang terletak di

wilayah Aceh merupakan daerah transit

barang-barang yang dijual dari dalam negeri ke luar

negeri dan sebaliknya. Barang-barang dari dalam

negeri diantaranya beras, lada, timah, emas, perak

dan rempah-rempah. Sedangkan barang-barang dari

luar negeri adalah kain, porselin, sutra dan minyak

wangi.

Sekarang pada masa pasca bencana tsunami 2004,

Aceh telah berjaya meletakkan landasan penting

untuk kelangsungan pembangunan ekonomi jangka

panjang. Ini dimungkinkan dengan mengalirnya

dana dalam jumlah yang substansial ke dalam eko-

nomi Aceh, baik dalam bentuk bantuan ke-

manusiaan maupun bantuan yang sifatnya lebih

strategik seperti program-program pemberdayaan

ekonomi melalui fasiliti pembiayaan pembangunan

ekonomi (EDFF) oleh Multi Donor Fund (MDF) dan

lembaga-lembaga donor lain. Pemerintah Aceh

sendiri melalui dana autonomi khusus telah

membangunkan infrastruktur yang semakin baik.

Pertumbuhan ekonomi Aceh mencapai puncaknya

pada 2006-2007, kemudian turun pada 2008 tapi

menanjak kembali setelah itu. Beberapa tahun

terakhir pertumbuhan ekonomi telah mengjangkau

5% setahun. Namun begitu pendapatan per kapita

masih rendah. Pendapatan per kapita per penduduk

masih berada sekitar Rp 6,4 juta pada 2010.

Walaubagaimanapun, menurut Analisa Harian

(Indonesia), Masyarakat Aceh bersama masyarakat

di lima wilayah lain di Sumatera mengalami keadaan

ekonomi pada 3 bulan ke 2 tahun 2012 di bawah

garis nasional. Sedangkan Kepulauan Riau, Bangka

Belitung, Riau serta Sumatera Selatan memiliki

optimisme perkiraan ekonomi pada 3 bulan ke 2-

2012 di atas rata-rata nasional.

Disusun semula oleh : Mohamad Azhaari Shah.

Degree in Tesl(UNISEL BESTARI JAYA)

Page 41: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 41

Edisi Disember 2012 Page 41 Edisi Disember 2012

Page 42: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Bendahara Paduka Raja Tun

Muhammad

‘Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau’,

Itulah ungkapan terbaik untuk menggambarkan sosok peribadi

Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau lebih dikenali

dengan nama Tun Seri Lanang. Bangsa Melayu mengenang Tun

Seri Lanang sebagai seorang tokoh sejarah / pujangga Melayu

yang agung. Karyanya, Sulalatus Salatin [Sejarah Melayu] terus

menjadi rujukan hingga ke hari ini dan beliau telah

dimahkotakan sebagai Pujangga Agung Nusantara. Ternyata,

tulisan beliau yang telah berusia lebih 400 tahun bukanlah suatu

omongan kosong. Intipatinya masih relevan dalam arena politik

Melayu sekarang.

Sulalatus Salatin dalam Bahasa Arab ialah Pertuturan Segala

Raja-raja merupakan satu karya Sejarah mengenai kebangkitan,

kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka

yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.

Kitab ini dikaitkan dengan perincian sejarah Kesultanan Melayu

Melaka yang pernah berdiri sebagai sebuah negara Melayu

yang paling kuat, agung dan kaya pada abad 15 Masihi. Dek

kerana itu, karya ini sering dikaji sebagai sebuah dokumen

sejarah yang menggambarkan kelahiran Kerajaan Melayu

Melaka dengan tamadun Melayu Islam Berajanya, perluasan

kuasa pemerintahan serta pelbagai aspek dan titik bengik

kehidupan kesultanan tersebut yang berakhir dengan episod

keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat serangan Portugis

pada tahun 1511 Masihi. Ini bermakna, kitab Sulalatus Salatin

merupakan sumber rujukan utama yang bersifat primer tentang

sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal.

Menurut Prof. Emiritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff bin Hashim,

sumbangan terbesar yang dilakukan oleh Tun Seri Lanang

mengikut titah Yang Di Pertuan di Hilir [Raja Abdullah,

kemudian menjadi Sultan Abdullah Maayah Shah Johor pada

tahun 1615 hingga 1623] dalam menyusun teks Sulalatus Salatin

ialah:

KRONOLOGI KEHIDUPAN TUN SERI LANANG:

1565 : Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang lahir

di Seluyut dalam Kesultanan Johor Lama 1575 – 1613 : Menjadi bendahara kepada dua orang sultan

bagi Kerajaan Johor Lama yang bernama

Sultan

Ali Jalla Abdul Jalil Shah II [1570/71 – 1579]

dan Sultan Alauddin Riayat Shah III [1597 –

1615] 13 Mei 1612 : Tun Seri Lanang menerimah titah Raja

Abdullah atau yang disebut juga Yang

Dipertuan di Hilir

untuk mengarang kitab Sulalatus Salatin

iaitu pada masa kekanda Raja Abdullah iaitu

Sultan

Alauddin Riayat Shah III sedang

bersemayam di Pasir Raja atau Pekan Tua.

“Mengetengahkan serta memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa bangsa Melayu

adalah BERTAMADUN dan setaraf dengan tamadun-tamadun dunia lain pada waktu itu.”

Page 42

Edisi Disember 2012 Page 42 Edisi Disember 2012

Page 43: Risalah Madani Edisi Disember 2012

Page 43

Edisi Disember 2012 Page 43 Edisi Disember 2012

Mei 1613 : Semenjak tahu 1613, Sultan Aceh

Darussalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam [1607 – 1636] telah

membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri

Melayu

termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak

dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai

strategi Sultan Iskandar Muda untuk

menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari

Kepulauan Melayu serta meluaskan

kepentingan kerajaannya yang besar.

Antaranya termasuklah peristiwa Perang

Batu Sawar yang melibatkan serangan

tentera Aceh

ke atas ibu kota Kesultanan Johor Lama.

Selesai berperang, Sultan Johor iaitu Sultan

Alaudin, Raja Abdullah, Bendahara Tun Seri

Lanang, panglima serta orang-orang besar

Johor telah ditawan dan dibawa balik ke

negeri Aceh. Sultan Johor kemudiannya

telah pulang ke Johor sementara Tun Seri

Lamang terus tinggal di Aceh.

1613 : Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah

melantik Tun Seri Lanang sebagai Uleebalang

Kenegerian Samalanga, iaitu bersifat pemerintah

otonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan

Aceh. Hingga 1659 : Di samping peranannya sebagai

Uleebalang Samalanga, Tun Seri Lanang juga telah

dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani [putera Pahang

yang menjadi Sultan Aceh] dan Sultanah

Tajul Alam Safiatuddin Shah [permaisuri Sultan

Iskandar Thani] dengan gelaran Orang Kaya

Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.

Sepanjang kehidupan Tun Seri Lanang

sebagai uleebalang / pemerintah otonomi di

Samalanga, beliau telah berjumpa dan

bersahabat dengan alim ulama’ Aceh yang tersohor.

Pada masa ini jugalah Syeikh Nuruddin Ar-

Raniry [pengarang kitab masyhur iaitu Bustanul

Salatin] sempat bertemu dengan Tun Seri

Lanang sehingga membawa kepada perhubungan

Saling memanfaatkan, bertukar ilmu

pengetahuan iaitu tentang Agama Islam yang

dikuasai

oleh Syeikh Nuruddin, serta bahasa dan

Kesusasteraan Melayu yang dikuasai pula oleh Tun

Seri Lanang. Tun Seri Lanang juga selalu

berguru dengan ulama-ulama terkenal yang lain di

Aceh, seperti Tun Acheh, Tun Burhat,

Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani.

Tun Seri Lanang yang memulai penulisan

kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesultanan

Johor Lama dalam tahun 1612 Masihi telah

meneruskan misi tersebut sepanjang kehidupannya

sebagai uleebalang / pemerintah otonomi di

Samalanga, Aceh Darussalam. Kesimpulannya,

dalam peranan sebagai bendahara bagi

Kesultanan Johor Lama (yang mewarisi Kesultanan

Melaka dari aspek keturunan dan kuasa politik

Melayu tradisional), dan kemudiannya sebagai

uleebalang serta penasihat bagi Raja-raja

Aceh, pendedahan Tun Seri Lanang kepada

kehidupan dalaman istana dua kerajaan

Melayu yang terbesar waktu itu sudah tentu telah

dimanfaatkan sepenuhnya dalam penulisan

kitab Sulalatus Salatin. Malahan persahabatan

eratnya dengan alim ulama Aceh,

pengkajiannya pada sejarah kedatangan serta

perkembangan Islam di Alam Melayu yang

kebetulan bermula seawal tahun 850 Masihi,

LIHAT MUKA SURAT SEBELAH... 

Page 44: Risalah Madani Edisi Disember 2012

, iaitu di zaman tabit tabiin di bahagian Aceh lama seperti Perlak dan Pasai telah memberikan manfaat

yang besar kepada Tun Seri Lanang dalam misi kepengarangannya sehingga berjaya

menghasilkan sebuah karya yang agung dan monumental.

1659 : Tun Seri Lanang meninggal dunia di Samalanga, Aceh. Zuriatnya berterusan menjadi pemeritah

otonomi di sana sedangkan sebahagian lagi zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan

menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke

hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipugar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga

dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan

Indonesia.

Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga bersama-sama rumah pusaka tinggalannya. Ketokohan beliau sebagai

wira, pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Aceh, menukar

Samalanga kepada pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Aceh selari dengan perkembangan sastera

hingga kini.

WAN RITINI BINTI WAN ISMAIL

Penyelaras Ekspedisi Grup Ibn Battutah

Page 45: Risalah Madani Edisi Disember 2012
Page 46: Risalah Madani Edisi Disember 2012

 GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana‐mana individu yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang      

berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke 

nombor:  

013‐3917122