Rima Jun 2015
-
Upload
gptd-unisel -
Category
Documents
-
view
40 -
download
4
description
Transcript of Rima Jun 2015
-
1
-
2
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
MENARIK BULAN
INI
Fokus-Antarabangsa - Isu Rohingya
Fokus-Isu bulanan- Gempa Bumi di Ranau, Sabah
Tips - Keberkatan Dalam Bersahur
Sejarah Tamadun ?
Aktiviti GPTD- Xpdc Hamka
Patani
-
3
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
RISALAH MADANI E-mel: [email protected]
Penasihat
En.Izwan Suhadak Bin Ishak
Editor
NUR SYAHIRAH BINTI ISMAIL
Kolumnis Edisi
MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
EKA SRI WAHYU BINTI HJ. IMAN SYAIFFUDIN
AKMAL ADLI B AHMED
MUHAMMAD LUQMAN HAKIMI B MOHD FAUZI
MUHAMMAD AIZAT BIN JUHARI
MUHAMMAD SYAHMI BIN MUSTAPA
Diterbitkan Oleh: GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
-
4
Assalamualaikum ...
Alhamdulillah kini kita sudah memasuki bulan
ramadhan yang mulia. Tidak terasa setahun su-
dah berlalu. Sebagaimana yang kita ketahui
(bagi umat islam), bahwa Bulan Suci Ramadhan
adalah bulan yang penuh berkah, rahmat dan
ampunan. Dan kita sebagai umat Islam (muslim) diwajibkan untuk
menjalankan Ibadah Puasa di Bulan Suci Ramadhan sebagaimana
yang disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermak-
sud :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar
kamu bertakwa" (QS. Al Baqarah: 183).
Selain beribadah, di bulan ini kita juga harus memperbanyakkan
amal kebaikan untuk menambah pahala. Hanya di bulan ini Allah
melipatgandakan pahala yang kita dapat. Perbanyak sedekah,
memberi makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, dan jangan
lupa membayar zakat fitrah. Wallahualam.
JUN 2015 Tutur Editor!
Salam Sayang
Nur Syahirah
-Editor Risalah Madani -
RAMADHAN AL MUBARAK!
-
5
JUN 2015 Nukilan Presiden
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Suatu Iktibar Buat kita
Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi kita masih dikurniakan nikmat iaitu bertemu pada Ramadhan
kali ini. Sesungguhnya ia merupakan rahmat bagi sesiapa yang mengerti Dan beruntunglah kita jika
kita antara orang2 yang faham.
Kehadiran bulan yang mulia ini seharusnya kita manfaatkan dengan sebaiknya. Perbaiki diri, tingkatkan
amal, istiqamah dalam amal kebajikan. Pemahaman mengenai Puasa di dalam bulan Ramadhan ini le-
bih kepada beberapa aspek dan perkara iaitu :
1) Diam, bermakna mendiamkan diri dari perkataan yang tidak ada faedahnya.
2. Berhenti, bermakna berhenti dari segala perbuatan yang terlarang atau yang tidak ada faedahnya.
3. Berdiri, ertinya mendirikan ruhiyah atau meningkatkan kualiti rohani kita iaitu dengan memperkuat-
kan hati dan mengasah kesabaran.
4. Tempat yang tinggi, ertinya berpuasa adalah satu ibadah yang sangat tinggi darjatnya sehingga tidak
ada bandingannya dalam ibadah-ibadah selainnya.
Maka, jika dilihat dari maksud yang tersirat disebalik definisi yang digariskan, peranan puasa yang di-
fardhukan ke atas umat Islam bukan sahaja memberi pentarbiyahan fizikal, bahkan mental dan rohani.
Pada bulan ini juga menjanjikan keberkatan dalam gerak kerja dengan susunan yang lebih teratur ker-
ana rutin harian kita seperti makan ditinggalkan.
IBADAH PUASA KALI INI Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi Industri, Fakulti Sains & Bioteknologi Universiti Selangor
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Unisel) Jurulatih dalam Bidang Modul Latihan & Pembangunan
-
6
Peristiwa yang kita perlu ingat yang berlaku di dalam bulan Ramadhan iaitu :
1) BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
2) ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu
Talib dengan membawa surat Baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam
tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu ber-
laku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
3) PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang
dikenali Perang Badar. Tentera muslimin ketika itu hanya minoriti dengan jumlah seramai 313 orang
berbanding tentera kafir seramai 1,000 orang.
4) ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila
musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam.
5) KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan me-
musnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9
hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al Uzza di Nakhla.
Justeru itu umat Islam tidak harus mengambil sikap sambil lewa dengan beberapa peristiwa penting
tersebut, lalu jadikanlah sebagai pengajaran bersama dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah
s.w.t dan memperbaiki amalan kerohanian.
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Juru-
san ISM Sains Industri di tahun Pertama
-
7
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Disediakan oleh,
Muhammad Syahmi Bin Mustapa
Bachelor of Library Science
Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu
negara bukanlah hal yang baru. Sejarah telah membuktikan bahawa usaha penghapusan sebuah kaum
sudah terjadi sejak sekian lama. Perkara ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan
kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut. Pada masa kini, peristiwa penghapusan kaum
yang terjadi adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar.
Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang
tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
atau oleh negara yang mempunyai kuasa, walaupun secara nyata-nyata kerajaan Myanmar telah mela-
kukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia.
Kebelakangan ini, isu Rohingnya terus diperkatakan apabila pelarian Rohingya melari-
kan diri dari Myanmar melalui jalan laut dan menempuh keadaan sukar ketika di perairan antara-
bangsa. Mereka terkandas di lautan dan dibiarkan hanyut tanpa bekalan air, makanan yang mencu-
kupi. Pelarian ini disebabkan oleh mereka sudah rasa sangat terseksa di Negara sendiri dengan apa
yang berlaku. Penghapusan etnik Rohingya di Negara tersebut semakin parah apabila kaum etnik Ro-
hingnya sentiasa dikecam dibunuh. Sebagai muslim di Negara tersebut mereka tidak dapat men-
jalankan kehidupan seperti masyarakat Islam di Negara lain yang bebas melaksanakan ajaran agama-
nya. Hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang
dikenakan kepada mereka. Usaha Malaysia dan Indonesia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan
kepada ribuan pelarian etnik Rohingya yang berada di perairan antarabangsa semasa perkara itu ter-
jadi dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah.
Dalam hal ini juga, sikap Negara Turki dan kepimpinannya terhadap isu-isu umat Islam terma-
suk pelarian Rohingya baru-baru ini amat membanggakan. Perdana Menteri Turki, Ahmet Darutoglu
telah menghantar kapal tentera laut Turki ke perairan Thailand dan Malaysia dalam usaha menyam-
paikan bantuan kepada pelarian Rohingya. Operasi tersebut dibantu oleh Organisasi Migrain Antara-
bangsa (IOM). Selepas menghantar kapal bantuan, kerajaan Turki bertindak menyalurkan bantuan se-
banyak USD 1 Juta sebagai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan pelarian Rohingya.
ISU ROHINGYA
-
8
JUN 2015 FOKUS- TEMA BULAN INI
GEMPA BUMI DI RANAU, SABAH
Oleh :
Muhammad Luqman Hakimi Bin Mohd Fauzi
Exco Pembina
Diploma Pendidikan Islam
Gempa bumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi di atas fokus ini dikenali sebagai pusat gempa bumi.
Misalnya pusat gempa bumi kelmarin didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu. Ini ber-makna fokus gempa bumi terletak di bawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah.
Gempa bumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi lsewaktu pembalikan elastik (elastic rebound).
Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkela-kuan begini.
Di Jalur Lingkaran Pasifik, 80% gempa bumi berlaku adalah kerana hasil daripada pertembun-gan plet bumi. Yang lain berlaku di luar jalur yang dikaitkan dengan sesar rantau yang masih aktif.
Dalam kes gempa di Ranau kelmarin, ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timur laut-barat daya. Sesar pula ada tiga jenis iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak).
Kejadian gempa bumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plet utama.
Sebenarnya Sabah terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur terdapat Plet Filipina-Pasifik. Plet ini bergerak sekitar 10cm per tahun ke arah barat bertembung dengan Plet Eurasia.
Di bahagian selatan Plet Australia bergerak ke arah utara dengan kelajuan sekitar 7cm per ta-hun. Sempadan pertembungan plet inilah adalah yang paling aktif dan tidak stabil.
Gempa bumi bermagnitud besar sampai M8 boleh terjadi. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertemungan plet, ia masih menerima tenaga mampatan jarak jauh ini. Makin jauh dari jalur bahaya ini, makin kurang kesannya.
-
9
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Makan sahur merupakan salah satu sunnah yang sangat dianjurkan bagi orang yang akan ber-
puasa. Tidak hanya dalam puasa Ramadhan yang wajib saja, melainkan juga dalam puasa sunnah. Keu-
tamaan yang luar biasa dari makan sahur dapat kita lihat dalam pembahasan berikut . Perlu diketahui
maksud sahuur ( ,) secara bahasa Arab bererti makanan yang dijamah sebelum berpuasa. Adapun
suhuur ( ,) adalah perbuatan menjamah makanan sahur tersebut. .Terdapat beberapa hadits yang
menyebutkan tentang keutamaan makanan sahur, diantaranya
dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu beliau berkata, Nabi shallallaahu alaihi
wa sallam bersabda, Makan sahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam makanan
sahur terdapat berkAH (Muttafaqun alaih)
Barkah maknan sahur mempunyai kebaikan ygang banyak. Berkah dalam hadits ini memberi makna baik
dalam makanan sahur (as sahur), maupun perbuatan sahur itu sendiri (suhur). Akan tetapi riwayat hadits
yang lebih banyak digunakan ialah as sahuur, makanan sahur.
Berkah dalam makanan sahur, sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Daqiqil Ied rahimahullah, meli-
puti kebaikan dalam perkara ukhrawiyah, berupa menegakkan sunnah Nabi yang dapat mendatangkan
pahala bagi seseiapa yang melakukannya, maupun kebaikan duniawi seperti kuatnya badan orang yang
makan sahur dan berpuasa, dibandingkan dengan yang tidak makan sahur.
Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang berbagai kebaikan dalam
makanan sahur, antaranya seperti berikut.
Mengerjakan dan meneladani sunnah Nabi shallallaahu alaihi wa sallam
Untuk membezakan antara puasa umat Islam dengan puasanya Ahli Kitab ialah makan sahur )HR.
Muslim)
Menguatkan badan orang yang berpuasa dalam melaksanakan ibadah
Menambah kekuatan agar semakin rajin beribadah
KEBERKATAN DALAM BERSAHUR
Oleh : Abdul Ghafur Bin Abdul Razak
Naib Presiden 2 GPTD Unisel
-
10
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Diutamakan mengakhirkan makan sahur di akhir waktunya, selama tidak bimbang akan terbitnya fa-
jar. Berdasarkan hadits yang marfu dari Abu Dzar, Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan
selama mereka mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka )HR. Ahmad, sanadnya dhaif).
Sedangkan dari hadits Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit radiiyallahu anhuma beliau berkata,
Kami makan sahur bersama Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam, kemudian kami berdiri untuk
mengerjakan shalat. Anas berkata, Aku berkata kepada Zaid, Berapakah beza waktu antara adan
dan sahur? Zaid menjawab, Kira-kira 50 ayat )Muttafaqun alaih)
Sebagian orang bagjaga dari awal hingga tengah malam, lalu meninggalkan makan sahur. Perbuatan
ini jelas-jelas menyalahi sunnah, kerana makan sahur sangat ditekankan dan dianjurkan, walaupun
dengan hsnya makanan atau minuman yang sedikit.
Diantara makanan yang baik untuk sahur ialah kurma, berdasarkan sabda Nabi shallallaahu alaihi wa
sallam, Makanan sahur yang paling nikmat bagi seorang mukmin, adalah kurma )HR. Abu Dawud
dan Ibnu Hibban)
Sebagian orang berpendapat bahawa ketika bersahur wajib baginya untuk berhenti, atau beranggapan
bahawa dianjurkan untuknya berhenti,sebelum waktu fajar tiba.
Anggapan ini tidak ada dalilnya. Bahkan mereka diperintahkan untuk tetap makan dan minum hingga
terbit fajar.
Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam,
yaitu fajar . (Surah Al-Baqarah : 187)
Sehingga dalam ayat ini menjelaslah kepda kita, bahawa akhir waktu sahur untuk makan dan minum
adalah dengan terbitnya fajar.
Demikianlah apa yang dapat saya sampaikan seba sedikit mengenai keutamaan makanan sahur.
Sekian...
-
11
JUN 2015 HAI PENGEMBARA!
Sepanjang 10 hari lawatan kami kesana, kami telah
membuat kunjungan hormat dan silaturahmi
kepada organisasi berikut :
1)Pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia
2)Persatuan pelajar kelab UMNO Luar Negara,
Indonesia.
3)Persatuan Pelajar Islam Indonesia, PII. ( Per-
satuan Mahasiswa Islam Indonesia)
Muhamadiyah
4)Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di
Indonesia, PKPMI, cawangan Jakarta.
5)Motivatior School, Khafi. ( Sebuah institusi
motivatior NGO yang pertama di Indonesia)
6)Melawat kerabat Buya Hamka
Pak Afif, anak ke-9 Buya Hamka)
Pak Yusran, cucu anak ke-2 Buya Hamka)
7)Melawat makam Buya Hamka
8)Melawat Pusat Percetakkan Panjimas. ( Panji-
Masyarakat, Tempat percetakan buku karya
Buya Hamka)
9)Melawat Monas. ( Menara kebangaan rakyat
Indonesia)
10)Melawat masjid Al-Azhar ( Pusat perjuangan
Buya Hamka)
11)Masjid Istiqlal ( masjid kemerdekaan, seni
bina seperti makkah)
Universitas Indonesia
12)Sekolah Tinggi ilmu Dakwah Muhamaad
Natsir
13)Muzium Gajah
14)Melawat kedai buku di sekitar Jakarta.
Pasar Senen
Tokoh Gunung Agung
Expo Muhamadiyah
15)Bersilaturahmi dengan tokoh
En AzwiralBukhari bin Ab Aziz. ( Setiausaha
ke-2, Pegawai Diplomat Malaysia-
Indonesia)
Ibu Aida ( pejuang yang bersama Buya
Hamka)
-
12
JUN 2015 FOKUS ! - ANTARABANGSA
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN KETIKA DI JAKARTA
.
SESI FOTOGRAFI KLIA 2, SEPANG
SESI FOTOGRAFI BERSAMA MENANTU DAN CUCU BUYA HAMKA
-
13
JUN 2015 GPTD SANA SINI
Pelbagai ibrah dapat diambil dalam Xpdc Hamka 5.0 ini. Saya selaku peserta program merangkap seti-
ausaha program merasa bertuah dan bersyukur diberi peluang menyertai kembara kali ini. Perjalanan
yang sangat panjang dan pelbagai pengajaran dapat diambil.
Pertama, semangat perjuangan Buya Hamka harus dihidupkan kembali dalam diri anak muda kerana be-
liau telah membuktikan, latar belakang dan masa lampau tidak menjadi masalah untuk seseorang mem-
bina sejarah yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara.
Beliau seorang anak yang nakal tetapi cergas. Kenakalan dan kecerdasaannya membolehkan beliau ber-
ani untuk membina karakter dalam diri. Kesabaran dalam menuntut ilmu serta perjuanagan dalam men-
cari kebenaran itu sentiasa dicari oleh Buya Hamka. Beliau mempunyai 10 orang anak, tetapi selepas be-
liau meninggal dunia, ternyata ramai manusia mengaku dan menyatakan wujud anak ke 11. Siapakah
anak ke-11 itu ? Kitalah anak ke-11 itu. Selagi mana, kita merasai perjuangan seorang ayah seperti Buya
Hamka serta memaknai perjuanagan dan jasa beliau, ternyata kitalah anak ke-11 itu.
Suka untuk saya berkongsi amanat daripada anak ke-9 Buya Hamka, kita bina karakter budaya kita, bu-
daya melayu yang serumpun dan Islam adalah tunasnya. Mengapa budaya barat, budaya Arab menjadi
ikutan kita. Nah, makanya, kenali dan pelihara identiti kita .
Selain itu, saya juga berkesempatan melihat sosiobudaya masyarakat Indonesia menjalani kehidupan
dibandar. Lantas, menyedarkan saya betapa kita perlu lebih bersyukur dan merasa bertuah hidup seba-
gai rakyat Malaysia. Penduduk sana yang sangat ramai, menurut Pak Wahab, pengawal penginapan
kami, Dewan Malaysia Jakarta, pada waktu siang, jumlah manusia di Jakarta anggaran berjumlah 50 ribu
dan pada waktu malam 4 ribu. Betapa kepadatan penduduk dan bagaimana mereka menguruskan se-
harian mereka hidup di kota raya. Kos sara hidup yang sangat tinggi tetapi pendapatan yang tidak me-
nentu serta kewujudan jurang ekonomi yang sangat besar sangat jelas diterjemaahkan sehari-harian di
kota raya itu.
Selain itu, saya juga sangat terkesan dengan sambutan masyarakat Indonesia kepada kami. Kami disam-
but dengan cukup sederhana tetapi suasana silaturahmi serta sambutan yang diberikan sangat baik. Sila-
turahmi yang baru terjalin bukan dengan satu atau dua organisasi, tetapi majoritinya kemesraan dan
keterbukaan daripada mereka jelas menyebabkan kesusahan setiap perjalanan kami yang sebahagian
besarnya berjalan kaki , menaiki Busway serta Bajai itu berbaloi sekali.
Saya juga merasa bertuah dapat membuat kunjungan hormat kepada wakil rakyat Malaysia di sana. Ber-
mula dengan Persatuan Pelajar, Pejabat Kedutaan serta lawatan mantan pimpinan kami, itu benar-benar
menyebabkan saya terasa seperti sebahagian daripada mereka. Ya, pelajar Malaysia yang menetap
dirantauan atas urusan keilmuan dan pekerjaan. Perkongsiaan pengalaman suka duka rakyat Malaysia
disana walaupun sebentar tapi jelas akan saya semat indah diruang hati dan memori saya
Oleh : Eka Sri Wahyu Bt Hj Iman Syaifuddin
Sukarelawan Xpdc Hamka
-
14
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Puasa membentuk manusia menjadi insan berguna. Puasa yang sebenar benarnya mampu menggerakkan kita
menjadi seorang yang bukan sahaja jasmaninya hidup, tetapi rohaninya juga bergerak seiring dengan lahiriahnya. Puasa
mendidik karakter seseorang menjadi lebih berakhlak mulia.
Jabar r.a meriwayatkan, bahawa Rasullulah SAW berabda
Pada hari kiamat kelak, orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempatnya dengan aku ialah orang yang paling
baik akhlaknya.
Justeru itu, untuk mendapat ganjaran yang paling mulia ketika kebanyakkan manusia semuanya dalam gelisah menanti
diperhitungkan amalannya untuk dimizankan, puasa adalah wadah terbaik untuk membentuk keperibadian yang luhur.
Menurut Ustaz Pahrol Juoi, dalam bicara Islam Itu Indah, IKIM.FM, berkaitan tamsilan setiap manusia memandang lautan
itu adalah berbeza, dan ia bergantung bagaimana cara seseoang itu menterjemahkan makna itu dari sudut pandangan
pemikiran mereka. Jika orang itu seorang nelayan, pasti difikiranya hasil laut dilautan untuk dijual dipekan, manakala, bagi
pemburu mutiara, laut itu dilihat sebagai kemilauan yang pasti lumayan hasilnya apabila digali dengan baik dan jika
ditanya seorang peneroka petroleum, lautan itu dilihat fokusnya dasar lautan yang jauh lebih memberi keuntungan dan
kebaikannya yang meguntungkan. Justeru itu, cara kita memandang sesuatu tamsilan itu akan menentukan hasil yang
akan diperoleh.
Jika puasa itu dilihat sebagai jalan untuk mencari keuntungan Aidilfitri, maka fokusnya kearah itu, manakala, jika puasa itu
dilihat sebagai ruang dan peluang untuk menjadikan ia sebagai peluang dan ruang penyuciaan jiwa dan koraksi diri, maka
bulan puasa dilihat sebagai satu madrasah atau universiti kehidupan yang memberi peluang untuk membaiki diri mejadi
orang yang lebih baik kualitinya dalam mencari dan menjadi mukmin professional.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183
hai orang orang beriman, diwajibkn keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang terdahului sebelum
kamu, agar kamu menjadi orang bertaqwa
Ayat ini merupakan berita gembira, dimana Allah menyapa orang beriman dengan menfokuskan tiga kunci utama untuk
mencapai kebahagiaan yang hakiki dan abadi, iaitu Iman, puasa dan bertaqwa. Tiga elemen ini merupakan kesinambun-
gan yang mampu memberikan tamsilan yang cukup hebat bagi penyahutnya. Iman itu adalah input yang diperlukan dalam
pada puasa adalah proses yang diperlukan untuk mencapai output yang diinginkan iaitu taqwa.
Bagaimanakah pula konsep taqwa itu diterjemahkan keberkesanannya dalam konteks kehidupan seharian?. Orang ber-
taqwa itu akan berhati hati dalam setiap tindak tanduk dan percakapannya. Suatu hari Saidina Umar r.a bertanya kepada
Ubai bin Kaab,apakah yang dimksudkan dengan taqwa Ubai menjawab pernahkan kamu melihat jalan yang berduri
Umar r.a menjawab pernah. Lalu Ubai menjawab kembali lalu, bagaimana caranya kamu melalui kawasan yang ber-
duri Maka jawabnya aku akan mengangkat kainku dan berjalan dengan berhati- hati. Ubai bin Kaab menjawab itulah
taqwa.
Terlalu banyak kebaikan yang akan diperoleh apabila seseorang dapat merasai nikmat taqwa. Pertama, Imam Ghazali ada
menyebut, Allah adalah pembela kepada orang bertaqwa. Dalam ayat ini, jelas Allah benar benar manjanjikan kemenan-
gan yang hakiki bagi orang yang bertaqwa.
Selain itu, Allah akan menjanjikan rezeki yang tidak disangka sangka kepada orang yang bertaqwa. Dan barangsiapa
bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan mencukupkan rezekinya . jelas disini, sebagai seorang pelajar, apbila ku-
sut menyerang jiwa, maka semak kembali hubungan kita dengan Allah.
Bulan Ramadhan bulan membentuk karakter Mukmim Profesional
Oleh : Eka Sri Wahyu Binti Hj. Iman Syaiffudin (Setiausaha GPTD Unisel)
ISM Psikologi Industri, Tahun 2 Semester 6
-
15
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
1. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk beramal saleh karena di dalamnya pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan para setan diikat . Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah karena Allah memberikan kesempatan selebar-lebarnya kepada umat Islam untuk melakukan segala bentuk kebaikan. Suasana pada bulan Ramadhan dibuat sedemikian rupa sehingga setiap muslim bisa mengerjakan kebaikan dengan mudah. Dalam sebuah hadits disebutkan: " Jika datang bulan Ramadhan maka dibukalah pintu-pintu surga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan diikat-lah para setan." (HR Bukhari dan Muslim). 2. Bulan Ramadhan adalah bulan sedekah. Bulan Ramadhan adalah waktu yang sangat tepat untuk bersedekah, karena pahalanya akan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Rasulullah saw sendiri telah memberikan contoh yang baik, karena beliau paling banyak sedekahnya pada bulan Ramadhan. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dijelaskan:
"Sesungguhnya Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawaan beliau akan bertam-bah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. Beliau bertemu dengan Jibril setiap malam Ramadhan untuk mempelajari Al-Qur'an, dan Rasulullah saw lebih dermawan dari angin yang bertiup kencang." (HR Buk-hari). 3. Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur'an. Al-Qur'an diturunkan pertama kali pada bulan Ramadhan maka sangat tepat sekali kalau bulan ini kita manfaat-kan untuk banyak membaca Al-Qur'an. Allah berfirman: "Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)." (Al-Baqarah, ayat 185). Dalam hal ini, Rasulullah saw sendiri telah memberikan contoh kepada umatnya. Beliau mempelajari Al-Qur'an tiap malam bersama Jibril as, sebagaimana yang tersebut dalam hadits Ibnu Abbas di atas: "Rasulullah saw bertemu dengan Jibril setiap malam Ramadhan untuk mempelajari Al Qur'an " (HR Bukhari).--
KELEBIHAN RAMADHAN
Oleh : Muhammad Aizat Bin Juhari
Exco Sukarelawan
-
16
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
GAMBAR-GAMBAR MENARIK MISI PATTANI
Oleh : Akmal Adli B Ahmed
Exco Penerbitan
-
17
-
18
JUN 2015
MISI PATTANI
Khamis, 22 May 2015 Seorang sukarelawan GPTD Unisel telah pergi ke Pattani, Thailand untuk menjalankan Misi Khidmat Pattani selama sebulan di Kampung Nad Tanjung, Pattani. Objektif utama misi ini ini ialah memberi khidmat kepada anak-anak yatim di bawah Pertubuhan Anak Yatim Tanjung serta anak-anak penduduk kampung Nad Tanjung. Fokus khidmat ialah mengajar Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu dan memperkenalkan sukan memanah. Di sana, beliau di tinggal di rumah anak yatim Tanjung dan menagadakan kelas bahasa setiap malam. Di waktu petang pula, aktiviti memanah dijalankan. Selain mengajar untuk anak Yatim di rumah anak yatim, beliau juga di jemput untuk mengajar bahasa inggeris di tadika setiap sabtu dan ahad. Selain itu,beliau juga sem-pat melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di sekitar Pattani seperti Masjid Negeri Pat-tani, Masjid Kerisik, Surau Aur, Kubur Datuk Panjang, Teluk Kapur dan Teluk Sembilan. Selama se-bulan di sana, beliau juga dapat melihat suasana kampung, cara hidup dan budaya orang melayu di sana. Selain itu, beliau juga mencuba pelbagai jenis makanan tempatan yang tidak terdapat di Ma-laysia. Layanan penduduk kampung pula amat baik dan mereka juga sangat mesra. Selain di Pat-tani, beliau juga sempat berkhidmat di Yala bersama Foundation of Education and Human Re-source Development (FEHRD) selama seminggu. Di sana, beliau membantu membuat kerja pejabat dan menjaga kedai wakaf. Kedai ini menjual barangan keperluan harian dan semua hasil keuntun-gannya di salurka ke tabung anak-anak yatim. Sebelum pulang ke Malaysia, penduduk kampung mengadakan majlis jamuan sempena menyambut Ramadan. Ketika itu, beliau mengambil kesem-patan untuk memberi ucapan perpisahan. Pada 17 Jun 2015, selepas bersalam-salaman dengan penduduk kampung, beliau berangkat pulang ke Malaysia. Semoga pengalaman selama sebulan di bumi Pattani dapat dikongsi bersama ahli-ahli GPTD Unisel yang lain. Diharap juga kepada ahli GPTD Unisel yang lain mempunyai semangat untuk menjadi sukarelawan dan berkhidmat kepada masyarakat.
*Sukarelawan di atas ialah Akmal Adli b. Ahmed , merupakan Exco Penerbitan GPTD Unisel
-
19
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
-
20
JUN 2015 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
SELAMAT MENJALANI
IBADAH PUASA !
-
21
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu
yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon
dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke
nombor:
013-3917122