RESIPI LAGI

66
KEK NOTA TIGA PULUH 6 biji telur ayam 1 gelas gula halus 2 gelas tepung gandum ½ gelas tepung untuk digaul dengan buah-buahan 2 sudu meja vanilla ½ kati lengak ½ kati biji gajus dibelah dua ½ kati kacang Hong Kong /kacang tanah ½ kati ceri merah ½ kati ceri hijau ½ kati manisan kuning 1 paket manisan limau 1 paket buah badam 1 bungkus manisan kanji Cara membuatnya: Buah badam direndam atau dibuang kulitnya dan dibelah dua. Buah-buahan dipotong sedang jangan terlalu halus. Gaul dengan ½ gelas tepung tadi manisan kanji dipotong dua. Kacang hong kong dibuang kulitnya begitu juga badam. Pukul telur dengan gula sampai kembang dan masukkan lengak dan semua buah-buahan tadi. Apabila bergaul rata masukkan tepung kacau rata-rata dan barulah dibakar dengan api yang sederhana. KEK BERSATU HATI 10 biji telur 16 oz mentega 1 ½ gelas gula halus 1 ½ tepung gandum 1 tin Susu Manis 1 bungkus ceri merah (dihiris halus) 1 bungkus ceri hijau 1

description

 

Transcript of RESIPI LAGI

Page 1: RESIPI LAGI

KEK NOTA TIGA PULUH

6 biji telur ayam

1 gelas gula halus

2 gelas tepung gandum

½ gelas tepung untuk digaul dengan buah-buahan

2 sudu meja vanilla

½ kati lengak

½ kati biji gajus dibelah dua

½ kati kacang Hong Kong /kacang tanah

½ kati ceri merah

½ kati ceri hijau

½ kati manisan kuning

1 paket manisan limau

1 paket buah badam

1 bungkus manisan kanji

Cara membuatnya:

Buah badam direndam atau dibuang kulitnya dan dibelah dua. Buah-buahan dipotong sedang jangan terlalu halus. Gaul dengan ½ gelas tepung tadi

manisan kanji dipotong dua. Kacang hong kong dibuang kulitnya begitu juga badam. Pukul telur dengan gula sampai kembang dan masukkan lengak dan semua buah-buahan tadi. Apabila bergaul rata masukkan tepung kacau rata-rata dan barulah dibakar dengan api yang sederhana.

KEK BERSATU HATI

10 biji telur

16 oz mentega

1 ½ gelas gula halus

1 ½ tepung gandum

1 tin Susu Manis

1 bungkus ceri merah (dihiris halus)

1 bungkus ceri hijau

1 kotak big sister (kismis)

1 sudu baking powder

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. Lepas itu masukkan tepung, baking powder dan susu gaul lagi hingga rata. Kemudian akhir sekali masukkan ceri merah,

1

Page 2: RESIPI LAGI

ceri hijau dan big sister. Gaulkan hingga rata-rata, kemudian boleh dikukus hingga masak. Untuk kek yang tahan lama boleh la dibakar.

KEK HATI LEMBU KUKUS

1 kati kismis

10 biji telur

½ tin Susu

2 gelas tepung

1 ½ gelas gula

5 keping manisan limau

3 keping coklat & sedikit koko

3 oz gula hitam

Sedikit pencelup dan esen vanilla

Cara membuatnya:

Coklat dan koko ditanak. Pukul telur dan gula jangan sampai kembang. Mentega, kismis, coklat dan manisan limau diuli di tempat yang berasingan. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Akhir sekali masukkan tepung. Lepas itu, baru kukus. Apabila hamper masak, tekan dengan tangan dan bakar sebentar.

KEK LAPIS SAMBAS

10 biji telur ayam

1 tin mentega (16 oz)

1 tin Susu Manis

1 mangkuk tepung gandum

1 mangkuk gula halus

1 sudu the baking powder dan vanilla

Cara membuatnya:

Telur dipukul dengan gula sampai kembang. Apabila sudah kembang masukkan tepung gandum, baking powder dan juga vanilla. Di tempat lain mentega dan susu dikacau rata-rata. Kalau sudah siap masukkan ke dalam adunan telur tadi. Ambilkan sedikit mentega dan susu untuk melapis. Adunan bahagikan dua. Satu adunan beri warna coklat dan satu lagi beri warna putih. Kukuskan warna coklat dahulu, apabila sudah masak sapukan dengan mentega dan susu buatlah hingga habis.

KEK BATIK KIRONG

1 tin mentega (16 oz)

1 tin susu manis

1 tin mentega gula halus

2

Page 3: RESIPI LAGI

2 ½ tin mentega tepung gandum

6 biji telur ayam

5 sudu tepung susu

1 tin jem

2 sudu teh air wangi

2 sudu teh baking powder

Pencelup merah, hijau, coklat, putih

Cara membuatnya:

Mentega dikuarkan dengan gula sampai putih. Telur dipukul sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan mentega kuarkan rata-rata. Masukkan susu, air wangi, tepung gandum, baking powder dan kuarkan rata-rata. Bahagikan empat dan berikan pencelup satunya. Masukkan dalam acuan dan sukatnya dulu berbaris-baris. Sudah siap, kukus dan apabila masak sapukan jem taruhkan lagi adunan dan samalah sukat lagi buatlah begitu sampai habis.

KEK KUKU BATU ARANG

6 biji telur ayam

2 gelas tepung gandum

1 ½ gelas gula halus

1 tin mentega (16 oz)

1 tin susu manis

1 tin kecil milo

1 kati kismis hitam dikisar halus

1 bungkus ceri dipotong halus

2 sudu teh paras cream of tartar

2 sudu teh baking powder

1 botol plastic gula hitam

Cara membuatnya:

Mentega dipukul bersama gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Kismis digaul dengan susu di tempat lain. Gaul hingga rata baru masuk ke dalam adunan mentega. Masuk tepung gandum, milo dan gula hitam serta baking powder dan cream of tartar masukkan sekali buah ceri gaul rata-rata baru dikukus sampai masak selama 4 jam.

KEK LAPISAN KISMIS

10 biji telur ayam

16 ozs mentega

1 kotak prunes (buah hitam)

2 bungkus ceri

1 gelas tepung naik sendiri

3

Page 4: RESIPI LAGI

½ kati buah kismis

2 gelas tepung gandum

3 gelas gula kasar

1 sudu teh vanilla

1 sudu teh bikarbonat

1 ½ sudu teh baking powder

Sedikit esen banana

Cara membuatnya:

Buah prunes dikukus hingga licek. Sudah itu dibuang bijinya dan pirit hingga halus.buah kismis dipotong kecil-kecil, buah ceri dipotong bulat-bulat. Mentega dimasak diatas api sampai keluar minyak atasnya. Telur dipukul bersama gula sampai kembang. Kemudian masukkan semua tepung yang disediakan tadi. Uli hingga sebati. Sudah itu masukkan buah prunes dan esen banana. Masukkan bersama sudah itu masukkan buah kismis dan ceri. Akhir sekali masukkan mentega dengan api yang sederhana. Kalau tidak ada tepung naik sendiri pun bagus, beri tiga gelas tepung gandum.

KEK LAPISAN KISMIS

10 biji telur ayam

2 gelas gula

2 ½ gelas tepung gandum

16 ozs mentega

1 sudu meja paras baking powder

½ kati kismis

Sedikit warna kuning dan hijau

1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:

Telur, gula, mentega dipukul semua sekali sampai kembang, baru dimasukkan tepung gandum, baking powder, vanilla, kacaulah rata-rata. Adunan tadi dibahagi dua tempat. Satu beri warna hijau dan satu lagi lagi beri warna kuning.

Cara membuat lapisan:

Masukkan adunan kuning tadi, satu lapis, tabor dengan kismis. Kukus sampai masak. Masukkan adunan hijau sedikit, sapu rata-rata.kukus lagi dan buatlah macam itu sampai habis. Biar sampai sejuk betul baru dibakar.

KEK CHIFON NESCAFE

1 ¼ cawan tepung

1 cawan gula halus

1 cawan teh baking powder

½ cawan minyak

4

Page 5: RESIPI LAGI

½ cawan teh bikarbonat soda

Cawan air

Secubit garam

3 camca besar nescafe

6 biji telur

Cara membuatnya:

Ayak tepung dengan bahan penaik 3 kali. Asingkan telur. Ambil 5 biji telur kuning dan 6 biji putih telur. 1 biji kuning telur tidak digunakan. Larutkan nescafe dalam air. Pukul kuning telur dengan ½ cawan gula hingga kembang. Masukkan minyak kuar dan balik. Kemudian masukkan pula air nescafe kuar dan balikkan lagi. Masukkan tepung, kuar rata-rata dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Kemudian masuk baki gula dan terus dipukul hingga pekat. Kuar dan balik ke dalam adunan kek hingga sebati. Bakar dengan api yang sederhana.

KEK CHEESE

500 gram keju

3 sudu besar jus oren

¾ cawan coklet

250 gram buter

6 oz gula halus

100 gram tepung gandum

4 sudu besar air

3 sudu susu tepung

4 biji telur

Cara membuatnya:

Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

KEK BATIK COKLAT

1 Ketul Butter (250gm.)

¾ cawan gula pasir

1 tin susu cair

4 camb. perwarna chocolate (Gravy Browning) boleh didapati dipasaraya.

4 camb. serbuk koko

8 biji telur ayam (gred A)

500 gm. Biskut Mearie (belah 4)

5

Page 6: RESIPI LAGI

Cara membuatnya:

Putar gula dengan butter hingga lunak. Masukkan telur satu persatu sambil dimesin hingga sebati. Masukkan perwarna chocolate, serbuk koko dan susu cair, digaul hingga rata Tuangkan kedalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat. (PASTIKAN SENTIASA DIKACAU). Setelah pekat masukkan biskut merry dan digaul dengan cermat hingga sebati. Berhati-hati supaya tak hancur. Setelah adunan masak (tidak melekat pada kuali) tuangkan kedalam bekas dan tekan supaya ia padat.Biarkan sejuk baru dimasukkan kedalam peti ais.

KEK AISKRIM

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam

1 kotak kecil butter cookies

1 kotak kecil biskut oren

125 gm mentega

Strawberi secukupnya

Bahan inti:

Aiskrim perisa strawberi

Aiskrim perisa coklat

500 gm krim putar

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

KEK BATIK JAWA

150 grm milo

50 grm serbuk koko

1 bungkus biskut marie

1 tin susu sejat

1 buku butter

Cara membuatnya:

Pecahkan biskut mengikut kesukaan masing-masing. milo dan serbuk koko dikacau bersama dengan susu sejat dan mentega hingga sebati. kemudian masukkan biskut, atau diselang selikan dengan campuran coklat, dimasukkan ke dalam loyang ratakan ke dalam loyang dan diletakkan di dalam peti ais hingga ianya beku.

6

Page 7: RESIPI LAGI

KEK ASAM MANIS

1 cwn majerin 1 cwn gula halus 4 biji telur beberapa bungkus asam manis

1 ½ cwn tepung biskut merry (biskut merry dikisar halus) ½ cwn tepung gandum ½ camca serbuk penaik ½ camca vanila 

Cara membuatnya:

Marjerin di pukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Lepas itu masukkan vanila,serbuk penaik & tepung biskut, gaul rata.Mula-mula letakkan 1 senduk tepung dalam acuan, dan terus aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh.letakan selapis lagi adunan tepung.Buatlah begitu sampai habis.kemudian bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit.

TART JEM NANAS

125 gm tepung gandum Sedikit garam45-60 gm marjerin yang beku

2 sudu air yang disejukkan 2 sudu jem nenas ½ biji telur dipukul untuk glis

Cara membuatnya:

Sediakan tin pembakar dan ketuhar; - Sapukan minyak di tin pembakar dan panaskan ketuhar 200-220'c. Untuk menyediakan pastri rapuh; Ayak tepung dan garam ke dalam mengkuk adunan. Potong marjerin yang beku menjadi ketul-ketul yang kecil di dalam tepung dan ramas marjerin kedalam tepung perlahan-lahan dengan jari hingga adunan kelihatan halus dan peroi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan air yang desejukkan. Kacau dengan pisau meja supaya menjadi doh yang pejal.

Menyediakan Tat;-(a)Uli perlahan-lahan di atas papan canai yang diraburkan dengan sedikit tepung.(b) Canai pastri setebal 3mm dan terap bulat-bulat dengan penerap bergerigi.(c)Alaskan tin dengan pastri yang diterap bulat dan masukkan sedikit jem ke dalamnya. Picit tepinya jika dikehendaki.(d)Hiaskan tat dengan keratan-keratan dari pastri yang lebih tadi. Sapu pastri dengan telur yang dipukul. Bakar tat dalam ketuhar yang panas hingga pastri berwarna kuning. Sejukkan di atas redai kek dan hidangkan dalam pinggan kek yang bulat.

BADAM NESTUM

1. Butter - 250gm

2. Tepung gandum - 350gm ( Diayak )

3. Tepung Jagung - 50gm ( Diayak )

4. Gula - 200gm

5. Telur Ayam( Grade A ) - 4 Biji ( Telur Merah ). 2 biji utk dimasukkan dalam adunan, 2 biji utk disapu keatas biskut.

6. Chocolate Rice - 50gm

7. Badam kisar - 100gm

8. Nestum - 200gm

9. Esen badam - ½ sudu teh

Cara membuatnya:

7

Page 8: RESIPI LAGI

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga kembang

3. Masukkan esen badam

4. Masukkan badam kisar

5. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak tadi, gaul sebati

6. Masukkan chocolate rice dan nestume, gaul sebati, siap untuk diterap.

7. Terapkan dengan acuan pilihan anda, susun didalam dulang pembakar.

8. Sapukan diatasnya dengan telur kuning

9. Bakar dalam suhu 170 darjah celius selama 20 minit.

10. Angkat dan sedia untuk dimakan.

BISKUT BADAM BERCOKLAT

3 suku cawan gula icing

½ cawan marjerin

1 biji telur

tepung gandum secukupnya

badam biji secukupnya(bakar dalam oven)

badam hancur secukupnya

coklat cooking

mangkuk kertas kecil(hitam)

Cara membuatnya:

Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.

KEK KUKUS ASAM MANIS

250gm butter 1 ¼ cawan gula castor 6 biji telur 1 tsp esen vanilla

2 cawan serbuk biskut mary 2 bungkus asam manis Pewarna merah dan hijau

Cara membuatnya:

Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. Setelah semua sebati, masukkan serbuk biskut mary. Bahagi dua adunan. Setiap satu bahagian di warnakan hijau dan sebahagian lagi diwarnakan merah. Sapu loyang dengan butter. Panaskan pengukus dan di panaskan sekejap loyang. Masukkan adunan berwarna hijau dan kukus hingga masak. Angkat dan taburkan dengan asam manis kemudian di

8

Page 9: RESIPI LAGI

masukkan pula adunan berwarna merah dan kukus lagi. Lakukan begini sehingga adunan habis. Untuk adunan terakhir hendaklah di kukus hingga 1/2 jam. Biarkan sejukkan sebelum di makan.

KEK LAPIS HORLICK

16 oz mentega

10 biji telur

1 tin susu pekat manis

1 gelas gula halus

2 gelas tepung gandum

1 botol kecil horlicks (200gm)

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu hingga habis. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung, horlick dan susu. Gaul hingga rata dan sebati. Lenser acuan 8" x 8" dengan minyak dan di alas dengan kertas minyak. Ratakan 4 sudu makan adunan dan bakar dengan api bawah dahulu. Setelah masak tukar ke api atas. Ratakan 4 sudu makan lagi adunan dan bakar dengan api atas. Bila masak ulang lagi hingga habis.

KEK LAPIS KEJU

200 gm mentega

50 gm minyak sapi

1 bungkus keju cheddar (hiris memanjang)

4 biji telur gred B

¾ cawan gula kastor

2 sudu teh serbuk penaik

235 gm tepung gandum

Cara membuatnya:

Pukul mentega bersama gula dan minyak sapi hingga kembang.Setelah itu masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung bersama serbuk penaik dan kacau sebati.Bakar selapis-selapis dengan setiap lapisan ditutup dengan keju. Buat hingga habis.

KEK NENAS

50 gm mentega

1 cawan gula

2 biji telur

9

Page 10: RESIPI LAGI

1 ½ cawan tepung

1 sudu teh baking powder

200 gm nenas – dicincang

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau. Masukkan tepung, baking powder dan akhir sekali nenas cincang dan digaul hingga sebati. Bakar.

KEK NESTUM

10 Biji telur

12oz mentega

3 gelas nestum (nestum keluarga)

1½ gelas gula halus

3 sudu besar tepung jagung

½ tin susu pekat manis

3 sudu besar susu tepung

½ gelas air

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul hingga kembang dan berkrim. Setelah sebati, masukkan susu pekat manis, nestum. Gaul hingga sebati. Kemudian bancuh ½ gelas air dgn susu tepung dan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan baking powder dan esen vanila. Gaul hingga sebati. Akhir sekali kukus/bakar hingga masak.

KEK OREO

Satu kotak biskut oreo (coklat/cream) asingkan intinya dan kisar halus 12oz mentega 4 makan gula 4 biji telur tepung gandum (mengikut sukatan tin mentega 12oz) 

Cara membuatnya:

Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Dalam tempat yang berasingan pukul mentega bersama susu manis sehingga kembang dan

1 sudu makan milo 4 sudu makan susu manis 1 sudu teh baking powder sedikit browning

10

Page 11: RESIPI LAGI

sebati kemudian masukkan initi biskut oreo yang telah diasingkan tadi. Campurkan bahan telur dan mentega tadi sehingga sebati kemudian masukan tepung gandum, oreo yang telah dikisar halus, baking powder, milo dan browning gaul sebati.

4. Kemudian tuang ke dalam dulang yang telah dibubuh kertas minyak.

5. Bakarlah dengan kepanasan 180 degree celcius dalam masa lebih kurang 45 minit.

KEK SISIK IKAN

BAHAN A 10 biji kuning telur 2 biji putih telur 250gm gula halus 1 sudu makan ovallete 75ml air sejuk 

250gm tepung hong kong 300gm mentega, dipukul bersama 4 sudu makan susu pekat manis 4 bungkus

1 tin seri kaya ½ botol kecil horlicks

manisan masam manis (Hawflakes)

cara membuatnya:

Pukul bahan A sehingga kembang. Kemudian kaup balikkan tepung dan kacau hingga sebati.  Masukkan mentega yang telah dikacau hingga rata dan sebati. Bakar 4 sudu makan adunan hingga masak. Kemudian cucuk mencondong buah manisan ke atas lapisan kek. Kemudian masukkan 4 sudu makan adunan lagi dan bakar, buat 2 lapis baru dicucuk lagi dengan manisan. Ulang proses tadi hingga habis. 

KEK CHEESE OREO

1 pkt biskut Oreo

1.3 cawan mentega atau margerine

11

Page 12: RESIPI LAGI

(dicairkan)

3 pkt X (8oz)@ Cream creese (dicairkan)

¾ cawan gula

1 cawan sour cream

1 sudu teh esen vanilla

4 biji telur

Cara membuatnya:

Panaskan oven 180 degree. Sementara itu hancurkan 2/3 dari biskut Oreo & gaulkan dengan mentega. 1/3 baki Oreo tadi dipotong kasar sebagai hiasan atas. Ratakan di bekas pembakar. Lebih baik jika gunakan Springform pan.PUKUL cream cheese & gula sebati. Masukkan sourcram & vanila sedikit-sedikit & pukul sebati. Masukkan telor 1 persatu & pukut rata. Bakar 1 jam hingga naik. Masukkan ke dalam peti ais sekurangnya 4 jam sebelum disedia.

AGAR AGAR BUAH LAICI

1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis) 1 ½ cawan gula pasir 1 peket agar-agar 2 helai daun pandan 5 cawan air 

Cara membuatnya:

Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

AGAR AGAR JAGUNG

1 bungkus agar-agar tali 1 tin jagung krim 

Pewarna kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 

12

Page 13: RESIPI LAGI

1 tin susu cair 2 cawan gula pasir

3 cawan air

Cara membuatnya:

Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

AGAR AGAR OREO

1 peket agar-agar 12 sudu besar gula ½ tin susu sejat 15 sudu besar milo (atau koko) 10 ketul biskut oreo (ditumbuk jangan sampai hancur) Air

Cara membuatnya:

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih. Masukkan gula dan susu kacau hingga mendidih. Masukkan pula milo atau koko dan kacau hingga sebati. Tuangkan separuh dari bancuhan ini ke dalam loyang. Biar seketika. (dalam 5 minit) Taburkan biskut oreo diatasnya. Panaskan kembali baki bancuhan tadi, dan tuangkan ke atas biskut oreo. Sekarang agar-agar anda mempunyai 3 lapisan (agar-agar, oreo & agar-agar) Biarkan sejuk seketika sebelum ditempatkan di dalam peti sejuk.

PUDING PELANGI

Bahan-bahan (5 - 6 org makan)

1 paket agar2 serbuk (10gm)

450ml air

150ml susu cair

2 biji telur gred A

5 sudu besar gula

13

Page 14: RESIPI LAGI

3 sudu besar marjerin/butter

1 sudu teh esen vanila

Pewarna mengikut citarasa masing2

Cara-cara;

Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.

Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.

Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.

Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.

Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.

Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba..

PUDING ROTI MARBLEBAHAN-BAHAN

4 keping roti

2 biji telur

1/2 cawan susu pekat

170ml susu cair

8gram serbuk agar2

1/2 cawan gula - bleh kurangkn

2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)

31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml

2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara;

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco.

(kali ni saya tambah 2 sudu besar oren sunquick dlm adunan warna asal tu)

PUDING LAICI

Bahan10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]6 gelas air

14

Page 15: RESIPI LAGI

11/2 cawan gula1 tin susu cair1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. [Jika gunakan agar biasa kena tapis]3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

U DANG DAN ASPARAGUS

Bahan-Bahan:

10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje.1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 in.1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market.2 ulas bawang putih di cincang halusSikit garam & lada sulahSedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan.

Caranya:1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje.2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min.

3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2.4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan.

SAYUR KANGKONG

Bahan-Bahannya:-1 ikat sayur kangkung - diasingkan daun dan batangnyabeberapa ekor udang basah - kalau nak lebih sedap - lebihkan kuantitinya2 ulas bawang merah7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, lebihkan cilisegenggam kelapa parut - ambil santannya (anggaran air 1/4 cawan )garam dan gula secukup rasa, sedikit minyak untuk menumis

Cara-Caranya:-1. Tumbuk bawang merah bersama cili padi. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.  Biarkan hingga berwarna keperangan.3. Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.4. Batang kangkung yang telah diasingkan tadi dimasukkan dahulu, kacau  hingga hampir layu, kemudian tuangkan santan yang telah diperah tadi.  Kacau lagi hingga mendidih.5. Akhir sekali masukkan daun kangkung dan kacau hingga sebati dan layu kesemuanya.6. Hidangkan panas-panas, dijamin terbuka selera.InsyaAllah

BUNCIS DENGAN HATI

Bahan-Bahannya :600 gm kacang buncis150 gm hati1 cawan santan pekat

15

Page 16: RESIPI LAGI

4 labu bawang merah2 ulas bawang putih3 sudu besar rempah kurma1 sudu besar minyakGaram secukup rasa

Cara-Caranya:Potong kacang buncis serong-serong sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak hingga empuk.

UDANG MASAK LEMAK NANAS

Bahan-bahannya :10 ekor udang(sedrhana besar)8 biji cili kering2 biji cili merah½ biji nanas

5 ulas bawang merah2 batang serai1 inci kunyit hidup½ inci belacan2 cawan santansedikit kerisiksedikit gula

Caranya :Bersihkan udang dan toskan.  Taburkan sedikit gula diatasnya.  Tumbuk cili

kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan.  Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas dan sedikit garam.  Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik.  Angkat dan hidangkan.

KARI IKAN MASIN

Bahan-bahan

300 gm ikan asin - dikerat 3 sm tebal.400 gm terung bulat (warna ungu).¼ sudu teh halba2 tangkai daun kari1 bungkus rempah kari ikan2 sudu teh asam jawa, garam & gula secukup rasa½ sudu teh jintan putihsedikit serbuk kunyitDikisar hingga halus30 tangkai lada kering10 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 sudu besar kelapa parut

Bahan-bahan untuk ditumis1 tangkai daun kari1 biji bawang besar¼ sudu teh biji sawi2 sudu besar minyak

16

Page 17: RESIPI LAGI

Cara membuatnyaCampurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah periuk: ikan asin, terung, halba, daun kari, jintan putih, serbuk kunyit, rempah kisar, air asam jawa dan garam. Tutup dan biarkan mendidih. Setelah airnya mendidih, dikacau dan kecilkan apinya. Direnih sehingga terungnya empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap.

KEK PANDAN LAPIS

Bahan-Bahan(kek)115gm tepung halus1sudu kecil serbuk penaik Sedikit garam3 biji telur 115gm gula 60gm mentega -cairkan Sedikit esen vanila

BAHAN-BAHAN (Kastad)1000ml air600gm santan siap255gm gula90gm tepung kastad 1½ sudu besar agar-agar segeraPewarna

Cara :1.Pukul telur, masukkan gula. 2.Masukkan tepung dan mentega cair.

3.Bakar dengan suhu 180°C selama 20 minit. 4.Apabila masak dibelah 3 melintang. 5.Untuk kastad, santan dibancuh dengan air. Campurkan kesemua bahan  kastad dan masakkan di atas api yang kuat. 6.Lapiskan kek tadi dengan kastad dan hidangkan.

KEK BATIK HORLICK

Bahan-bahan:

300 gram biskut Marie, dipatah 4125 gram mentega2 biji telur1/2 cawan susu pekat manis1/2 cawan Horlick1/4 cawan air2 sudu gula

Cara-cara Membuatnya:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.

2. Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.

3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut Marie, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.

4. Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (saya guna springform tin), tekan adunan tadi padat-padat dan biar hingga hilang wap panas.

17

Page 18: RESIPI LAGI

5. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

LIGHT CHEESE CAKE

Bahan-bahan

• 125g cream cheese

• 300 ml susu segar

• 80 g mentega atau marjerin

• 80 g tepung gandum

• 80 gram gula halus

• 3 biji telur saiz A

• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

BISKUT BADAM

Bahan-bahan:

1 biji kuning telur180 gm mentega180 gm tepung gandum150 gm tepung jagung113 gm gula aising4 sudu besar badam kisar

Bahan Hiasan:

Kuning telurHirisan badam

Cara Menyediakan:

1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.

18

Page 19: RESIPI LAGI

3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

BISKUT BATANG BURUK

Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum300 gram tepung beras1 biji santan kelapa600 gram kacang hijau400 gram gula (kisar)3 biji telurMinyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.5. Potong kecil dan goreng.6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

BISKUT CINCIN

Bahan-bahan ( lebih dr 100 biji )

12 oz Golden Churn Butter (or lebih terkenal dgn gelaran Mentega Cap Tong)4 biji Telur (di rebus dan ambil kuning Telur sahaja)350 gm Tepung Gandum (sukatan bergantung dgn lembut nya adunan biskut)Gula Icing secukupnya utk di tabur 

Cara-cara1.Kuning telur dilecek2 sehingga hancur. (Saya lecek guna garpu)2. Kemudian telur yg sudah dilecek tadi di Gaul bersama butter. Blend hingga sebati.3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung bergantung kepada lembut nya adunan. Masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat. 4. Canai adunan, kemudian terapkan dgn menggunakan acuan biskut cincin.5. Bakar selama 20minit atau sehinngga masak. Kemudian taburkan gula icing.

BISKUT KACANG TANAH

Bahan-bahan ( 100 biji )

1 gelas marjerin1 gelas gula halus1 gelas tepung gandum2 gelas tepung jagung1 gelas kacang tanah (dikisar)1 biji telur1 sudu teh baking powder1 sudu teh esen vanila

19

Page 20: RESIPI LAGI

Cara-cara

1. Pukul marjerin dan gula sampai kembang2. Masukkan telur. kacau hingga rata3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila. kacau hingga sebati4. Jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk dicanai.5. Canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda.6. Sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah diterap.7. Bakar 180C selama 15-20 minit

BISKUT UDANG KERING

Bahan-bahan:

230gm keju parut240gm mentega240gm tepung berserbuk penaik (tambah jika perlu)60gm udang kering (digoreng garing dan dikisar halus)½ sudu teh serbuk lada hitamKuning telur sebagai bahan pengilat

Cara memasak:

1. Putar mentega dan masukkan keju. Putar lagi.2. Selepas itu masukkan tepung berserbuk penaik, udang kering dan serbuk lada hitam. Uli dan jadikan doh lembut.3. Canai dan terap persegi empat dan kilatkan dengan kuning telur.4. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 minit hingga kekuningan dan garing.5. Keluarkan dari ketuhar dan hidang.

KEK ASAM MANIS

Bahan2

250 gm Buttercup/ Margerin D’bake1 Cawan gula halus1 ½ cawan tepung biskut (biskut merrie @ cream cream cracker-blend kering)1 tin susu kecil pekat manis (kalau yg tinggi sket tu ambil ¾ tin)6 biji telur gred A ( if telur biasa 7 atau 8 biji)1 tutup esen vanillaPewarna hijau dan kuning5 peket asam manis.

Cara2

1) Pukul telur hingga kembang-dalam satu bekas.2) Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla.-dalam satu bekas lain.3) Kemudian barulah campurkan telur yang telah dipukul kembang dengan butter dan gula yang telah dipukul asing tadi dalam satu bekas.4) Masukkan tepung biskut, kemudian Susu dan kacau hingga sebati.

20

Page 21: RESIPI LAGI

5) Asingkan kepada 2 bahagian-satu kuning dan satu hijau.6) Kukus kek selapis demi selapis.

KEK BATIK COKLAT

200 gm digestive biscuits atau biskut marie100 gm butter250-300 gm milk chocolate200 gm / 1/2 tin susu pekat manis80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)80 gm badam yg dibakar80 gm walnut yang dibakar

Cara-caranya

1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kami gunakan loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan kek bila dah keras.5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong

KEK LAPIS SARAWAK

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

BAHAN A (dalam kek)

5 biji kuning telur3 biji putih telur150 gram gula kastor100 gram tepung hong kong1 sudu makan ovelet

BAHAN B (dalam kek)

200 gram mentega/butter3 sudu makan susu pekat

BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

300 gram putih telur (8 biji putih telur)190 gram tepung hong kong150 gram gula kastor1 sudu makan ovelet250 gram butter/mentega (cairkan)50 ml susu cairCara-cara

CARA UTK MEMBUAT DLM KEK

1. Pukul Bahan B hingga sebati.2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.4. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan

21

Page 22: RESIPI LAGI

seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. 6. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.

CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK

1. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

KEK BADAM

Bahan-Bahan:

250 gm mentega

150 gm gula kastor

5 butir telur 1 sudu kecil esen vanila

200 gm tepung naik sendiri

100 gm badam kisar

Cara:

Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul.

Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk badam.Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 35 minit dengan suhu 175 darjah Celcius.

KEK BATIK AYU

Bahan-Bahan:

Bahan A;

5 biji telur

2 cawan milo

1 cawan susu pekat manis

1 sudu teh nescafe

¾ cawan air

Bahan B;

22

Page 23: RESIPI LAGI

3 sudu besar mentega

250 gram biskut marie biasa

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dalam satu mangkuk

2. Panaskan mentega di dalam kuali sehingga cair.

3. Masukkan semua bahan A tadi di dalam kuali yang ada mentega

4. Kacau sehingga agak pekat.

5. Bila dah pekat tutup api dan patah-patah kan biskut marie ke dalam kuali. (Seelok-eloknya dipatahkan 2)

6. Kacau biskut bersama bahan dalam kuali

7. sesudah sebati, masukkan bahan ke dalam bekas @ loyang dan ditekan-tekan.

8. Masukkan ke dalam peti ais supaya membeku.

KEK COKLAT

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam 1 ¼ butter 

350 ml susu (susu segar) 2 camca teh esen vanila 

11 oz tepung gandum (diayak) 500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak) 3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung) 

1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung 2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung

Cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi. 

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. 

Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak.

BISKUT CONFLAKE

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum ½ cawan tepung ubi ¾ cawan gula halus 1 biji telur 

1 cawan cornflake, diramas ¼ cawan mentega 1 camca teh esen vanila Sedikit cornflake untuk hiasan

23

Page 24: RESIPI LAGI

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, adun sehingga sebati. 

Masukkan cornflake yang telah diramas tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan juga tepung ubi. 

Kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat. 

Hiaskan dengan cornflake dan bakar. 

BISKUT LAPIS NANAS

Bahan-Bahan:

100 gm mentega atau marjerin75 gm gula halus1 biji telurJem nanas pekat

Bahan-bahan diayak sekali: ½ sudu teh esen vanila200 gm tepung1 sudu teh paras serbuk penaik

Cara:

Pukul mentega dan gula, masukkan telur, esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan tepung dan uli perlahan-lahan sehingga menjadi adunan sebati. Sejukkan 30 minit sebelum digunakan.

Canai nipis-nipis dan tekap bulat-bulat. Dengan menggunakan pisau kecil tajam, toreh 'pangkah' di bulatan atas. Perlahan-lahan buka 'kelpoak' pengkah untuk menampakkan jem. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dulu, sehingga coklat sedikit.

BISKUT NESCAFE

Bahan-Bahan:

200 gm mentega 50 gm gula halus 150 gm tepung gandum 

50 gm tepung jagung 1 sudu besar nescafe

Cara:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. 

Kemudian baru masukkan Nescafe dan apabila sudah sebati masukkan tepung gandum dan jagung. 

Apabila adunan tadi sudah sebati dan lembut, terapkan adunan dengan bentuk yang anda suka. 

Bakar di dalam ketuhar hingga masak.

KUIH SIPUT

24

Page 25: RESIPI LAGI

Bahan 1 kg tepung gandum 2 biji telur 4 sudu mentega 2 cawan santan dari sebiji kelapa 2 sudu gula secubit garam 3 gelas minyak masak acuan kuih siput-boleh didapati dari pasaraya. 

Cara membuat:Bancuhkan telur, gula dan garam sampai larut ke dalam santan, kemudian uli tepung tepung bersama santan hingga sebati. Gengtelkan di atas acuan kuih siput dan goreng hingga kekuningan.

SERUNDING TERATAI UDANG

Bahan

500 gm udang15 tangkai cili kering10 batang serai10 ulas bawang merah

1 sudu besar ketumbar2 cm halia2 biji kelapa (ambil santan)Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara:

Udang dibuang kulit & dibersihkan. Kisarudang hingga halus. Cili kering, ketumbar, serai & bawang merah dikisar halus. Campurkan udang dengan bahan kisar, kacau perlahan diikuti dengan santan, garam & serbuk perasa. Dengan

api perlahan masak serunding sehingga kering. Setelah masak angkat & hidangkandi dalam pastri ringkas.

PUDING BATIK

Bahan-Bahan:

600 gm biskut marie (pecahkan 4)

250 gm mentega

5 sudu besar koko

5 sudu besar milo

1 cawan gula ½ tin susu pekat

1 camca kecil esen vanila

5 biji telur (pukul sampai kembang)

1 cawan air

Cara:

Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai

25

Page 26: RESIPI LAGI

pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya. Tekan-tekankan

adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika.

PUDING KACANG HIJAU

Bahan-Bahan:

5 sudu besar tepung kastard

4 sudu besar gula kasar

50 sen kacang hijau direndam dan direbus sehingga kembang 1 tin susu cair

½ tin santan pekat (ikut tin susu cair)

1 tin air

secubit garam untuk melemakkannya

1 sudu teh pewarna hijau(warna ikut suka, sekiranya suka warna lebih terang lebihkan sedikit pewarnanya)

Cara:

Panaskan susu cair,santan pekat dan air tadi sambil dikacau diatas api. Tepung kastard dan gula dicampur, gaul sebati kemudian tuangkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi kedalam tepung, kacau sehingga semua tepung itu sebati dalam bahan cair itu bersama pewarna hijau. Apabila sudah sebati

masukkan kacang hijau yang dimasak terlebih awal tadi kemudian masukkan dalam periuk dan dikacau diatas api yang sederhana sehingga bahan-bahan tadi kelihatan pekat. Kemudian masukkan kedalam acuan kesukaan anda, biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais.

PUDING LAPIS SANTAN

Bahan-Bahan:

3 biji kuning telur

2 camca besar tepung kastard

1 tin susu cair

1 camca kecil esen vanila

Sedikit pewarna kuning dan merah 1 camca besar tepung jagung

1 tahil agar-agar

6 gelas air

Sedikit garam

½ mangkuk pati santan

Cara:

26

Page 27: RESIPI LAGI

Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, masukkan tepung kastard dan susu cair. Agar-agar dimasak dengan 6 gelas air, setelah itu masukkan gula. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan campuran tepung jagung tadi, esen vanila dan garam. Bahagikan kepada dua bahagian, satu diwarnakan merah dan satu lagi lagi diwarnakan kuning. Sediakan acuan, mula-mula masukkan dua senduk adunan merah ke dalam acuan, bila telah keras sedikit, tuangkan pula dua senduk adunan kuning. Buatlah begini sehingga selesai semuanya.

PUDING ROTI VANILLA

Bahan-Bahan:

4-5 keping Roti gardenia

1 paket agar-agar (20gm)

1 tin susu cair

4 senduk gula pasir

3 biji telur ayam

½ sudu kecil esen vanilla

Cara:

Roti dicerai-ceraikan menjadi cebisan kecil kemudian di masukkan dan di rendam ke dalam susu cair sehingga ia menjadi hancur. Masukkan telur esen vanilla. Agar-agar di masak dan pastikan air yang di gunakan banyak sedikit untuk menghasilkan puding yang tidak terlalu keras. Setelah agar-

agar telah hancur masukkan gula dan kacau hingga gula pecah kemudian masukkan campuran roti yang telah di sediakan tadi. Biarkan ia mendidih sebentar kemudian tuang ke dalam acuan. Setelah ia sejuk masukkan ia ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

PUDING SANTAN BERLAICI

Bahan-Bahan:

1 bungkus agar-agar dibahagi 3 -ambil 1 bahagian sahaja

4 cawan (mangkuk bersaiz sederhana) air

4 cawan (mangkuk bersaiz sederhana) santan - guna santan pekat jika ingin rasa lebih lemak

1 tin susu pekat manis - ikut kesesuaian tahap kemanisan anda

1 tin laici - untuk hiasan

Cara:

1. Rebus agar-agas dengan air hingga hancur

2. campurkan santan dan susu pekat dalam bekas lain dan dikacau hingga sebati

3 apabila agar-agar telah hancur, masukkan campuran santan-susu tadi.

27

Page 28: RESIPI LAGI

4. kecilkan api dapur dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan dari "pecah-santan"

5. Bila telah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan kedalam acuan/ bekas kecil dan sejukkan.

6. Setelah agar-agar beku, letakkan laici bersama airnya ke atas agar-agar tadi dan sejukkan ke dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

KUCHING LAKSA

Bahan-Bahan:

Bahan A

Bee hoon (1 bungkus- direbus)

Rempah Laksa Sarawak 150g

2 liter air (seelok-eloknya air yg sudah dimasak)

Stok ayam maggi @ kiub pati ayam maggi

Santan dari sebiji kelapa

Isi ayam (direbus dgn air garam & dicarik kecil-kecil)

Udang (direbus dgn air garam)

Telur dadar (dihiris kecil-kecil)

Tauge (dicelur)

Daun sup (dihiris kecil-kecil)

Daun bawang (dihiris kecil-kecil)

Garam

Serbuk Perasa

Limau Kasturi

Bahan B (Sambal):

15 biji cili kering

2 inci belacan

Gula

Garam secukupnya

p/s: Bahan B dikisar dgn sedikit air

Cara:

Rebus rempah laksa sarawak bersama air sehingga mendidih dan naik bau. Setelah mendidih, tapiskan rempah ke dalam bekas yang berasingan untuk mengasingkan hampas rempah dari kuahnya. Masak sekali lagi bersama stok ayam maggi/kiub pati ayam maggi. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

28

Page 29: RESIPI LAGI

KEK LAPIS COKLAT

Bahan-Bahan:

20 biji kuning telur

9 diambil putihnya

500 gm mentega

400 gm gula halus

170 gm tepung gandum 3 sudu makan susu pekat

1 paket (250 gm) cooking chocolate (perlu dicairkan dan ambil 4 sudu makan)

1 sudu esen vanila

1 sudu makan jilk atau ovalett

Cara:

Mentega, esen vanila dan susu pekat dipukul sampai putih dan ringan. Putih telur dipukul sampai kembang, masukkan gula, kuning telur dan jilk. Pukul lagi sampai pekat. Satukan adunan mentega ke adunan telur. Masukkan tepung dan kacau rata-rata. Ambil 1/3 bahagian dimasukkan 'cooking chocolate'. Bakar selapis-selapis dengan dua lapis dan satu lapis coklat. Bakar sampai habis.

SERUNDING DAGING

Bahan-bahan

1kg Daging Batang Pinang ( part ni daging paling lembut ) // boleh ditukar dengan ikan atau ayam

2 bijik kelapa yang diambil santan pekatnya ( sori tak taulah sebiji berapa mililiter. mak aku cakap 500ml kot )

Cengkih/bunga lawang/kayu manis ikut suka

3 sudu besar garam

1 sudu besar gula

3 sudu besar minyak

Bahan A (Blender A)

2 bijik bawang besar

1 ‘labu’ bawang putih (labu – keseluruhan sebiji bawang putih, bukan seulas)

20 Biji cili kering – ikut kepedasan yang diinginkan

Bahan B (Blender B)

3 sudu besar jintan Manis

1 sudu besar jintan putih

29

Page 30: RESIPI LAGI

3 sudu besar rempah ketumbar

1 sudu kecil lada hitam

6 batang serai

3 inci halia

CARA-CARA:

- Potong daging sebesar 2 inci dan rebus sehingga air kering. Siat halus. Tumis sedikit bawang merah/putih bersama kayu manis/lawang/bunga cengkih. Campurkan bahan A & B yang telah dikisar bersama santan pekat dan panaskan sehingga garing.

- Kemudian masukkan daging, garam, dan gula. Kacau selalu dengan api yang perlahan bagi mengelakkan daging hangus. Masak sehingga betul-betul kering.

SERUNDING IKAN

BAHAN-BAHAN•   1 kilo ikan dan asam keping•   2 cawan santan•   ½ cawan minyak•   Garam dan gula secukup rasa

BAHAN A (DIKISAR SEMUA)•   7 batang serai•   2 inci halia

•   20 tangkai cili kering•   20 biji bawang merah •   10 biji @ 1 labu bawang putih

CARA MEMBUATNYA•   Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam.•   Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk dan tulang ikan dikisar dan ambil airnya.•   Sediakan kuali dan masukkan minyak•   Masukkan bahan yang dikisar (A)Setelah itu terus masukkan ikan dan tambahkan santan serta air rebusan ikan ke dalam kuali. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga kering.

O TAK-OTAK IKAN

Bahan-bahannya:1 kg ikan tenggiri (ambil isinya)1 biji kelapa parut3 cm kunyit hidup6 tangkai cili merah5 batang serai dihiris20 sen jintan manis1 helai daun kunyit ( di hiris halus)garam secukup rasabeberapa helai daun kelapa

Cara Membuatnya:

30

Page 31: RESIPI LAGI

1.Tumbuk ikan,kelapa parut,kunyit hidup,cili merah,serai dan jintan manis.2.Gaul ikan dengan garam,daun kunyit dan rempah yang di tumbuk tadi hingga rata.3.Ambil sesudu besar dan bungkus ikan dengan dua helai daun kelapa yang di temukan dan klip kedua-dua sisinya.Buat sehingga habis dan panggang di atas apisederhana hingga masak.

D AGING HITAM

Bahan-bahannya:

1 kg daging15 tangkai cili kering10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih3 cm halia1 cawan kerisik1 sudu kecil serbuk jintan manis1 sudu kecil serbuk lada hitam6 tangkai daun kari1/2 cawan minyak masak1 cawan air asam jawa2 ulas bawang besar (di hiris bulat)2 tangkai cili hidup (untuk hiasan)Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kerisik.2. Daging di basuh dan di potong nipis.3. Campurkan bahan yang di kisar tadi dengan serbuk lada hitam, jintan Manis dan jintan putih.4. Panaskan minyak dalam kuali.tumis rempah diatas sehingga garing.5. Masukkan daging garam serta air asam jawa.Biarkan mengelegak dan daging empuk.6. Masukan bawang besar serta cili potong.setelah bawang layu, angkat dan hidangkan.

SERUNDING KELAPA

Bahan-bahannya:

1biji kelapa parut200 gm daging cingang5 tangkai cili kering8 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 cm kunyit hidup3 cm lengkuas3 batang serai (di hiris)1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan putih1 sudu makan ketumbar3/4 cawan air asam jawa1/2 cawan minyak masak2 sudu makan gulaGaram secukup rasa

31

Page 32: RESIPI LAGI

Cara membuatnya:

1.Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,kunyit hidup,lengkuas,serai,jintan manis,jintan putih dan ketumbar.2.Kelapa di goreng sehingga kuning.3.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang di kisar tadi sehingga bangkit bau.4.Masukan daging dan kacau rata hingga masak.5.Masukkan air asam jawa,garam gula dan kelapa goreng.6.Goreng sehingga kelapa kelihatan basah dan angkat.

A YAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya:1 ekor ayam (di bersihkan dan di potong mengikut suka)3 sudu besar cili kering (di kisar)1 senduk tomato puri1 senduk jus tomato10 ulas bawang merah (di kisar)6 ulas bawang putih (dikisar)3 cm halia (dikisar)2 batang serai di ketuk2 biji bawang besar di potong nipisDaun ketumbar,daun pudina,daun sup dann daun saderi (di kisar)Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian di goreng.2.Tumis cili kering,bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia dan serai.Setelah naik bau,masukan tomato puri dan jus tomato.3.Masukan empat jenis daun yang di kisar tadi.4.Akhir sekali masukan ayam dan gaul rata.5.Ketika hendak menghidang,taburkan dengan kacang pis.

I KAN KUKUS ALA THAI

Bahan-bahannya:

1/2 kg ikan tenggiri (di potong kecil)1 sudu besar nam pla4 helai daun kesum (di cincang halus)2 helai daun ketumbar (di cincang halus)2 helai daun bawang (di cincang halus)1 1/2 biji kelapa (Perahkan dua cawan santan pekat)

Bahan-bahan untuk di giling:

6 tangkai cili kering1 batang serai6 ulas bawang putih2 sudu besar lada hitam

Cara membuatnya:

1.Gaulkan ikan bersama nam pla,garam dan masukkan kedalam kaserol bersama 1 1/2 cawan santan dan bahan-bahan yang telah di giling dan

32

Page 33: RESIPI LAGI

masak pada suhu sederhana selama 30 minit.(pastikan untuk menggaulnya setiap 10 minit)2.Kemudian lecek ikan dan masukan daun bawang,daun ketumbar dan gaulkannya.3.Kukus ikan dengan menggunakan daun pisang berukuran 2cm x 2 cm dan masukan dua sudu besar ikan,satu sudu besar santan dan lipatkan dau pisang tadi.4.Kukus ikan kedalam ketuhar selama 15 minit pada suhu yang sederhana.

RENDANG KULAT SISIR

Bahan-bahannya:

300 gm kulat sisir,basuh dan sejat2 cawan santan pekat daripada kelapa1/2 cawan air asam jawa pekat1/4 kelapa parut di buat kerisik2 helai daun limau purut

Bahan-bahan di kisar:

6 - 10 tangkai cili kering6 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 batang serai2 cm kunyit hidup

2 cm lengkuas3 cm halia

Cara membuatnya:

1.Masak kulat,santan dan bahan-bahan kisar di dalam kuali.Kacau sekali-sekala hingga mengelegak.Masukan air asam jawa.2.Biar mengelegak kira-kira 10 - 15 minit.Masukan kerisik dan daun limau purut.Kacau sampai pekat baru di angkat.Enak di makan bersama lemang atau ketupat.

SERUNDING IKAN BERSANTAN

Bahan-bahannya:

400 gm isi ikan tenggiri,di rebus dan di kisar halus800 ml santan daripada 11/2 biji kelapa2 camca besar serbuk ciliGaram secukup rasa

Bahan-bahan di giling:

4 ulas bawang putih5 biji bawang putih80 gm halia2 batang serai2 cm lengkuas

33

Page 34: RESIPI LAGI

Cara membuatnya:

1.Gaul isi ikan bersama semua bahan giling dan santan serta serbuk cili2.Kacau di atas api sederhana hingga kering.Rasa garamnya.3.Hidang bersama ketupat atau nasi himpit.

SERUNDING DAGING BAWANG GORENG

Bahan-bahannya:

300 gm daging,rebus dan carik halus4 camca besar kerisik3 camca besar serbuk cili1 keping asam gelugur,di hiris1/2 helai daun kunyit,di hirisGaram dan gula secukupnya800 ml santan daripada 11/2 biji kelapa60 gm bawang goreng

Bahan-bahan di giling:

4 ulas bawang putih5 biji bawang merah3 cm halia3 batang serai2 cm lengkuas

Cara membuatnya:

1.Gaul semua bahan kecuali bawang goreng bersama daging dan santan.Rasa garam dan gulanya.2.Kacau di atas api sederhana.Biar hingga kering dan garing.3.Gaulkan bawang goreng kedalamnya hingga rata.Enak di makan bersama nasi atau ketupat.

S ERUNDING KELAPA UDANG KERING REBUS

Bahan-bahannya:

1/2 biji kelapa parut,di ambil putihnya sahaja100 gm udang kering,di rebus dan di kisar halus4 camca besar serbuk cili4 camca besar serbuk kunyitGaram secukup rasa

Bahan-bahan di giling:

5 biji bawang merah4 ulas bawang putih3 cm halia

Cara membuatnya:

1.Gaul semua bahan dan kacau di atas api sederhana.Biar hingga garing dan berserbuk.2..Hidang bersama nasi himpit atau ketupat.

34

Page 35: RESIPI LAGI

KEK KISMIS BERMADU

Bahan-bahan A:

200 gm mentega atau majerin3/4 cawan madu1 cawan air

Bahan-bahan B:

11/2 cawan tepung naik sendiri1 camca teh serbuk penaik1 camca teh serbuk halia1 camca teh serbuk rempah campuran

Bahan-bahan C:

1 cawan bijirin seisi keluarga nestum11/2 cawan cincangan kismis3/4 cawan cincangan walnat1/2 cawan cincangan badam

Bahan-bahan D:

2 biji telurGula aising (jika suka)

Cara membuatnya:

1.Campur bahan-bahan A di dalam periuk,masak di atas api kecil tanpa mendidih hingga mentega cair dan sejukan.

2.Ayak bersama semua bahan B.3.Masukan semua bahan-bahan C;gaul rata.4.Masukan campuran madu dan telur kedalam bahan kering dan gaul hingga sebati.5.Ratakan adunan dalam acuan kek 20 cm segi empat yang telah di lengser.6.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius sejam atau hingga penguji kek di keluarkan bersih.7.Jika suka tabur gula aising di atas kek sebelum di hidangkan.

K EK PISANG BERKOPI

Bahan-bahan A:

11/2 cawan tepung gandum2 camca teh serbuk penaik

Bahan-bahan B:

2/3 cawan bijirin seisi keluarga Nestum2/3 cawan cincangan walnat4 camca teh Nescafe1 camca teh air panas150 gm mentega atau majerin1 cawan padat gula perang2 biji telur3 biji pisang di lecek

35

Page 36: RESIPI LAGI

Cara membuatnya:

1.Ayak bahan-bahan A,gaul bersama Nestum dan cincangan walnat.2.Larutkan Nescafe di dalam air panas dan sejukkan.3.Putar mentega dan gula hingga ringan dan kembang.4.Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati setiap kali di masukan.5.Masukan pisang lecek dan campurkan kopi segera,kacau rata.6.Kaup balikkan campuran tepung,kacau rata.7.Masukan adunan kedalam acuan roti berlengser 25cm X 11cm.8.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,selam 35 minit atau sehingga masak.

BISKUT JURAI BERCOKLAT

Bahan-bahan A:

1 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung kastard1 camca teh serbuk penaik

Bahan-bahan B:

1 cawan bijirin seisi keluarga Nestum180 gm mentega atau majerin1/3 cawan padat gula perang1 biji telur1 camca teh esen vanila

1/2 cawan bertih coklatCoklat masakan cair

Cara membuatnya:

1.Ayak bersama bahan-bahan A,masukan Nestum.2.Pukul mentega dengan gula hingga ringan atau kembang.3.Masukan telur dan esen vanila.4.Kaup balikan bahan-bahan kering dan bertih coklat,gaul sebati.5.Bentuk doh menjadi bebola kecil.6.Letak bebola doh di atas tin pembakar yang telah di langser.Jarakkan 4 cm di antara satu sama lain.7.Gunakan hujung garpu dan tekan bebola doh menjadi 5 cm tebal.8.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,10 minit atau hingga kekuningan,sejukkan.9.Hias biskut dengan coklat masakan cair.10.Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk setiap masa.

BISKUT LEMON BERMADU

Bahan-bahan A:

12/3 cawan tepung naik sendiri1 camca teh serbuk kayu manis1 camca teh serbuk halia

Bahan-bahan B:

1 cawan bijirin seisi keluarga Nestum11/2 camca teh parutan kulit lemon150 gm mentega atau majerin

36

Page 37: RESIPI LAGI

1/4 cawan maduCoklat masakan cairCoklat putih Masakan cairTruffle pelangi

Cara membuatnya:

1.Ayak bersama bahan-bahan A,Masukan Nestum dan parutan kulit lemon.2.Putar madu dan mentega hingga kembang.3.Kaup balikkan bahan kering.4.Kacau rata hingga menjadi doh yang sebati.5.Letak doh di atas papan pencanai yang telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga lembut.6.Canai doh 3 mm tebal,terap dengan acuan bulat bergerigi berukuran 3 cm.7.Letak di atas tin pembakar yang telah di langser.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,10 minit atau hingga kekuningan.Sejukan.8.Celup setiap biskut kedalam coklat cair,goyang sedikit untuk membuang coklat yang berlebihan.Hias dengan truffle pelangi.9.Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk setiap masa.

B ISKUT BUAH-BUAHAN NESTUM

Bahan-bahan A:

11/2 cawan tepung gandum2 camca the serbuk penaikSecubit garam

Bahan-bahan B:

13/4 cawan bijirin seisi keluarga Nestum½ cawan cincangan kacang½ cawan cincangan kismis¼ cincanga ceri merah2 camca besar cincangan ceri hijau

Bahan-bahan C:

1/3 cawan gula200 gm mentega atau majerin1 biji telur1 camca besar esen vanilaCoklat masakan cairCoklat putih masakan cair

Cara membuatnya:

1.Ayak bersama bahan-bahan A.Masukan bahan-bahan B.2.Putar gula dan mentega hingga ringan atau kembang.Masukan telur dan esen.3.kaup balikkan bahan-bahan kering,gaul sebati.4.letak doh di atas papan pencanai yang telah di tabur tepung.Uli hingga lembut.5.Canai doh 1 cm tebal.Terap doh dengan acuan bulat 4 cm.6.Letak di atas tin pembakar yang telah di langser.Bakar didalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,10 minit atau hingga kekuningan.7.Hias dengan coklat cair.8.Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk setiap masa.

37

Page 38: RESIPI LAGI

B ISKUT KEJU BERBIJAN

Bahan-bahan A:

11/2 cawan tepung naik sendiri1 camca the serbuk cili

Bahan-bahan B:

¾ cawan bijirin seisi kerluarga Nestum150 gm parutan keju ceddar2 camca besar parutan keju parmesan3 camca besar bijan goreng150 gm mentega atau majerin1 camca besar perahan lemon

Cara membuatnya:

1.Ayak bersama bahan-bahan A,Masukan Nestum,keju dan 2 camca besar bijan goreng.2.Masukan mentega dan gaul ramas.3.Kemudian masukan perahan lemon dan gaul sebati.4.Letak doh di atas papan pencanai yang telah di tabur tepung.Uli hingga lembut.5.Canai doh hingga 1 cm tebal.Terap dengan acuan pilihan.6.Tabur baki bijan ke atas doh.7.Letak di atas tin pembakar yang telah di langser.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,10 minit atau sehingga kekuningan.

BISKUT HEE HAW

Bahan-bahannya:

200 gm tepung kek vanila60 gm serbuk badam50 gm mentega di cairkan½ camca the esen vanila50 ml susu cair5 bungkus kepingan asam hee haw (warna merah dan berbentuk bulat,rasanya masam manis)1 biji kuning,di pukul

Cara membuatnya:

1.Gaul ramas tepung,badam dan mentega.Masukan esen vanila dan susu cair sedikit demi sedikit.Uli menjadi doh.2.Canai doh setebal 3 mm dan teraplah dengan acuan bulat sebesar kepingan asam hee haw.lekatkan sekeping asam hee haw di atas doh dan tutup dengan doh bulat.Kemaskan sekeliling dengan menekan perlahan.3.Sapu kuning telur dan bakar selama 15 minit pada suhu 160 darjah celcius.

KEK SYAWAL

Bahan-bahannya:

450 gm buah-buahan campuran100 ml air

38

Page 39: RESIPI LAGI

2 camca besar kopi segera350 gm tepung gandum11/2 camca the serbuk penaik225 gm gula perang225 gm mentega3 biji telur di pukul sedikit

Cara membuatnya:

1.Rendam buah-buahan,air dan kopi segera semalaman.2.Ayak tepung dan serbuk penaik,masukan gula.Gaul ramas bersama mentega hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.3.Masukan buah-buahan campuran bersama air dan telur,kacau sebati.Rataka di dalam acuan bulat bergaris pusat 20 cm.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 11/2 jam atau hingga masak.Biar sejuk di dalam tin.

Bahan-bahan aising royal:

4 biji putih telur900 gm gula aising2 camca the air limau nipis

Cara membuatnya:

1.Putar telur hingga kembang,masukan secamca demi secamca gula hingga tinggal separuh.putar deras 5 - 10 minit hingga adunan kembang dua kali ganda.2.Masukan air limau nipis dan baki gula sambil di putar hingga ia tidak berkilat lagi.Tutup dengan kain lembap dan biar 2 - 3 jam supaya tidak

berbuih lagi.Biar lapisan aising kering sebelum menghias di atas dan di tepi kek.

TAT JEM BERKELAPA

Bahan-bahannya:

50 gm jem nanas150 gm kelapa kering1/2 camca teh esen ros115 gm mentega25 gm gula aising di ayak75 gm tepung gandum25 gm tepung jagung

Cara membuatnya:

1.Gaul jem,kelapa dan esen ros hingga sebati.Bulat-bulatkan sebesar ibu jari kelengking,masukkan di tengah-tengah acuan kertas.2.Putar mentega dan gula sehingga kembang.Masukan kedua-dua jenis tepung yang di ayak.Kacau rata.3.Masukan kedalam beg aising dan picitlah bentuk bunga di sekeliling jem tadi.4.Biarkan sejuk di dalam peti sejuk sejam.Bakar pada suhu 180 darjah celcius,10 - 12 minit atau hingga masak.

K EK COKLAT LEMBAP TANPA KOLESTROL

39

Page 40: RESIPI LAGI

Bahan-bahannya:

4 biji putih telur

Bahan-bahan A:

450 ml air160 ml minyak masak tanpa kolestral11/2 camca besar Quick 752 camca besar cuka2 camca teh esen vanila

Bahan-bahan di ayak dua kali:

360 gm tepung gandum300 gm gula hangus100 gm koko2 camca teh soda bikarbonat1/2 camca teh garam

Cara membuatnya:

1.Putar putih telur sehingga tidak mengalir bila di terbalikkan mangkuknya.2.Putar bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.Masukkan bahan-bahan di ayak dan putar lagi 20 minit dengan pengadun kecil menggunakan kederasan maskimum.3.Apabila elok sebati dan kembang,masukan secamca besar putih telur.Kuap balikkan hingga rata sebelum memasukan baki telur.4.Bakar di dalam acuan 20 cm x 20 cm pada suhu 200 darjah celcius selama 11/4 jam atau hingga masak.Apabila sejuk,hiaslah mengikut suka.

K EK PANDAN LEMBAP

Bahan-bahannya:

11/2 cawan mentega21/2 cawan gula hangus6 biji kuning telur4 biji putih telur150 ml santan pekat (daripada setengah biji kelapa)Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan di ayak bersama:

21/2 cawan tepung gandum1/2 camca teh soda bikarbonat

Bahan-bahan di kisar:

8 helai daun pandan250 ml air

Cara membuatnya:

1.Putar mentega bersama gula sehingga kembang menggunakan pengadun elektrik.2.Masukkan putih dan kuning telur satu demi satu.3.Masukan tepung ,santan serta air pandan berselang seli.Putar rata.4.Masukan pewarna hijau.Putar sebati.

40

Page 41: RESIPI LAGI

5.Tuang adunan kedalam loyang pembakar berukuran 20 cm x 20 cm.Bakar sejam pada suhu 190 darjah celcius.

B ISKUT KACANG BERKEJU

Bahan-bahan lapisan bawah:

1 kotak tepung kek berperisa vanila125 gm kacang tanah di tumbuk kasar.170 gm mentega di cairkan

Cara membuatnya:

1.Gaul semua bahan dan tekan ke dalam acuan 20 cm x 20 cm.

Bahan-bahan lapisan atas:

250 gm krim keju100gm gula perang120 gm kacang/badam cincang

Cara membuatnya:

1.Gaul krim keju yang telah di lembutkan dan gula hingga sebati.Ratakan di atas lapisan bawah dan taburkan kacang atau badam secukupnya sambil di tekan perlahan.2.Bakar pada suhu 200 darjah celcius,25 - 30 minit hingga lapisan keju keras.Sejukan sebelum di potong.Lebih enak jika di simpan di dala peti sejuk.

1.Segi Tiga Koko Berpralin

Bahan-bahan kulit:

160gm tepung paling halus60 gm serbuk koko70 gm gula halus2 biji kuning telur dipukul sedikit150 gm mentega di cairkan1 camca teh esen vanila

Cara membuatnya:

1.Ayak tepung,koko dan gula.Masukan kuning telur sambil di gaul rata.Masukan mentega dan esen vanila,uli perlahan.Ketepikan.

Bahan-bahan pralin:

40 gm gula aising50 gm mentega1 biji kuning telur50 gm serbuk badam40 gm coklat urai50 gm tepung gandum25 gm tepung jagung1 camca teh esen badam

Cara membuatnya:

41

Page 42: RESIPI LAGI

1.Putar gula,mentega dan telur sehingga kembang.Masukan bahan-bahan lain dan uli sebentar.2.Canai setebal 2 cm dan bentukkan empat segi tiga memanjang dengan menekan plastik perlahan-lahan.

Cara menyediakannya:

1.Bahagikan adunan kulit menjadi empat bahagian.Canai setiap satu setebal 5 mm.Golekkan segi tiga pralin di atas jalur tadi dan potong memanjang.Golekkan ketiga-tiga bahagian dan luruskan perlahan dengan plastik biar kemas.2.Biar di dalam peti sejuk 20 minit sebelum di potong setebal 6 mm dan di bakar pada suhu 180 darjah celcius,25 - 30 minit.Adunan ini menghasilkan 80 keping biskut.

2.Agar-agar Fizi Oren/Ceri

Bahan-bahannya:

450 ml air1 kotak agar-agar segera berperisa biasa1 biji putih telur

Untuk oren:

1 camca besar pes oren1 biji oren di ambil isi

Untuk ceri:

8 biji ceri merahBeberapa titik pewarna merah

Cara membuatnya:

1.Didihkan air,masukan agar-agar dan kacau hingga larut.Asingkan 200 ml dan masukan pes oren.2.Bahagikan isi oren kedalam dua gelas.Tuangkan 100 ml agar-agar oren kedalam setiap gelas3.Bahagikan ceri merah ke dalam dua gelas.Tuang agar-agar yeng telah di campur pewarna merah.4.Putar putih telur hingga kembang,masukan 50 ml agar-agar tadi.Kacau rata dan tuang ke atas agar-agar di dalam gelas tadi.

3.Biskut Coklat Kura-kura

Bahan-bahannya:

225 gm biskut coklat di hancurkan120 gm gula halus50 gm koko75 gm mentega di cairkan90 ml susu cair24 biji manik100 gm coklat masakan1 camca teh mentegakepingan badam goreng secukupnya

Cara membuatnya:

42

Page 43: RESIPI LAGI

1.Gaul serbuk biskut,gula dan koko.Masukan mentega dan susu,uli hingga boleh di kepal.bahagikan 12.Bentukkan seperti kura-kura.letakkan manik sebagai mata.2.Cairkan coklat masakan dan mentega.Tuang sedikit dan ratakan di atas badan kura-kura dan susun badam.Letak di dalam peti sejuk supaya keras.

4.Puding Aidil fitri

Bahan-bahannya:

20 gm agar-agar di rendam semalaman2 helai daun pandan800 ml air150 gm gula80 gm coklat urai150 ml susu cair2 biji kuning telur1/2 camca teh esen vanila

Cara membuatnya:

1.Masak agar-agar dan daun pandan serta air hingga larut.Masukan gula ,biar larut.2.Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian.Ambil setengah dari satu bahagian,masukan kedalam acuan segiempat 20 cm.Taburkan setengah coklat urai dan biar keras permukaannya.3.Pada baki satu bahagian,masukan susu cair yang telah di kacau bersama telur dan esen vanila.Kacau di atas api sehingga mendidih.4.Tuang setengah bahagian keatas agar-agar yang beku.Biar keras.Ulangi sekali lagi.Sejukkan.

5.Puding Kek Blueberry Bercoklat

Bahan-bahan kek span:

230 gm mentega230 gm gula halus4 biji telur230 gm tepung berserbuk penaik1 camca besar pes oren

Cara membuatnya:

1.Putar gula dan mentega hingga kembang.Masukan telur sebiji demi sebiji.2.Kaup balikkan tepung hingga rata.Bakar di dalam dua acuan bulat 20 cm pada suhu 180 darjah celcius selama 30 - 40 minit.Sejukkan dan potong tiap satu tiga keping.

Bahan-bahan inti coklat:

200 ml susu segar2 biji kuning telur1 camca besar gula halus11/2 camca besar tepung jagung11/2 camca besar koko2 camca besar mentega1/2 camca teh esen vanila50 ml air1 camca teh serbuk agar-agar

Cara membuatnya:

43

Page 44: RESIPI LAGI

1.Kacau sedikit susu bersama telur,gula dan tepung jagung hingg rata.Masak bersama baki susu dengan api perlahan sambil di kacau hingga mengelegak.Kacau dua minit.Ketepikan dari api,masukan koko,mentega dan esen vanila.2.Panaskan air,kacau agar-agar hingga larut.Masukan kedalam bancuhan koko dan kacau rata.

Bahan-bahan inti blueberry:

50 ml air1 camca teh serbuk agar-agar300 gm blueberry (dalam tin)

Cara membuatnya:

1.Panaskan air,masukan agar-agar dan kacau hingga larut.Ketepikan daripada api dan masukan blueberry.Kacau rata.

Cara menyediakannya:

1.Alas mangkuk 1.3 liter dengan plastik nipis.Ambil satu keping kek,potong jadi tiga.Susun pada dasar mangkuk dengan kemas.Titiskan pes oren rata-rata.2.Tuang inti blueberry,ratakan dan potong kek untuk menutupnya.Masukan inti coklat dan tutup dengan potongan kek.3.Akhir sekali,masukan inti blueberry dan potong kek untuk menutupnya.Tutup dengan plastik dan sejukkan 2 -3 jam sebelum di hidangkan bersama krim putar.

6.Kek Lapis Agar-agar

Bahan-bahan lapis kek

125 gm mentega120 gm gula halus3 biji telur150 gm tepung berserbuk penaik1/2 camca teh esen vanilaSedikit perasa pandan jika suka

Cara membuatnya:

1.Pukul mentega bersama gula.Masukan telur dan pukul lagi2.Masukan tepung,kuap dan balikkan.Masukan esen vanila dan perasa pandan jika suka.3.Bakar di dalam acuan bulat 16 cm.Apabila masak belah dua dan ketepikan.

Bahan-bahan agar-agar:

200 gm agar-agar800 ml air200 gm gula1 camca teh kopi segera1 camca teh coklat Emulco3 camca besar susu cairSedikit pewarna kuning3 camca besar jem

Hiasan:

44

Page 45: RESIPI LAGI

Krim putarAising coklat

Cara membuatnya:

1.Masak agar-agar bersama air.Apabila mendidih masukan gula.2.Tapis dan bahagi dua.Satu bahagian di campur kopi segera dan coklat emulco manakala yang satu lagi di masukan susu dan pewarna kuning.3.Tuang agar-agar coklat keatas kek dan biar separuh beku.kemudian tuang agar-agar kuning keatas agar-agar coklat dan bekukan.4.Apabila semua beku sapukan jem di atasnya dan lapis dengan kek yang satu lagi.Hias dengan krim putar atau aising coklat.Hidangkan sejuk.

7.Kek Pisang Berkrim

Bahan-bahannya:

125 gm mentega120 gm gula halus2 biji telur170 gm tepung berserbuk penaik1 camca teh serbuk soda bikarbonat11/2 camca besar susu pekat3/4 camca besar perahan limau4 biji pisang di lecek

Cara membuatnya:

1.Pukul mentega bersama gula.Masukan telur,pukul lagi2.Masukan tepunga dan serbuk soda bikorbonat yang di ayak bersama,balik kuapkan.

3.Masukan bancuhan susu dan perahan limau serta pisang lecek.4.Tuang kedalam acuan dan bakar 40 -45 minit pada suhu 180 darjah celcius.Apabila masak hias dengan krim segar.

Kembali ke atas

8.Goldies Coklat

Bahan-bahannya:

250 gm coklat masakan50 gm mentega2 camca teh sirap kencana2 cawan goldies(emping jagung di sira gula)50 gmkacang hazel di goreng tanpa minyak dan di kisar kasarCawan kertas kecil

Hiasan:

Gula berwarna-warni

Cara membuatnya:

1.Masak coklat di dalam double boiler.Angkat apabila cair dan masukkan mentega dan sirap.Kacau rata.2.Masukan goldies dan kacang hazel3.Masukan kedalam cawan kertas kecil dan tabur gula berwarna-warni.

9.Truffles Oren Kismis

Bahan-bahannya:

45

Page 46: RESIPI LAGI

50 gm mentega5 camca besar jem aprikot2 cawan kek oren yang di hancurkan1 camca teh parutan kulit limau

Hiasan:

Krim segar dan coklat bintil

Cara membuatnya:

1.Cairkan mentega dan masukan jem.Gaul rata.2.Tuang keatas kek oren yang telah di hancurkan.Gaul dan masukan kulit limau.3.Masukan kedalam cawan kertas kecil dan sejukkan semalaman.4.Apabila hendak menghidang,letak krim segar dan coklat bintil.

10.Emping Jagung Delite

Bahan-bahannya:

75 gm mentega75 gm gula halus1 biji telur1/2 camca teh esen vanila200 gm tepung berserbuk penaik11/2 cawan emping jagung.

Hiasan:

Ceri merah

Cara membuatnya:

1.Pukul mentega bersama gula.Masukan telur dan esen vanila.2.Kuap dan balikkan tepung dan masukan emping jagung.Gaul rata.3.Masukan kedalam acuan kecil dan hias dengan ceri merah.4.Bakar 15- 20 minit pada suhu 170 darjah celcius.

11.Biskut Satu Syawal(Biskut Tepung Beras)

Bahan-bahannya:

125 gm mentega50 gm gula150 gm tepung halus4 camca besar tepung beras1 camca teh esen vanila

Hiasan:

Sedikit gula halus

Cara membuatnya:

1.Pukul gula bersama mentega.Masukan kedua-dua tepung yang di ayak bersama serta esen vanila.2.tekan menggunakan acuan di sukai dan bakar 25 - 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.3.Apabila masak dan masih panas lagi tabur gula halus.

12.Pulut Bungkus Berserondeng

46

Page 47: RESIPI LAGI

Bahan-bahannya:

1 cawan pulut di bersih dan di sejat2 cawan air2 helai daun pandanSedikit garam50 gm serondeng yang di gemariKertas atau plastik untuk membungkus

Cara membuatnya:

1.Masak pulut bersama air,daun pandan dan garam.Apabila masak,biarkan sejuk.2.Bulat-bulatkan pulut dan isi serondeng di tengahnya.Kemudian bungkus dengan kertas atau plastik serta ikat dengan reben.Hidang bersama kuih raya yang lain.

TALAM LABU

Bahan Lapisan Bawah:100 gm labu - potong dadu dan kukus 2 minit3/4 cawan gula1 cawan santan pekat3/4 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung ubiSedikit garam

2 cawan airBeberapa helai daun pandan

Bahan Lapisan Atas:100 gm labu mentah - potong nipis3/4 cawan gula1 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung ubiSedikit garam2 cawan airBeberapa helai daun pandanPewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:1.Masak gula dengan secawan air, santan pekat,garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih.Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Ketepikan daun pandan dan tuang adunan ke dalam pengisar.2.Gaulkan semua jenis tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar dan kisar sebentar. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan labu yang telah dikukus. Sukat biar jadi 4 1/4 cawan dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lapisan Atas:1.Masak gula dengan secawan air, santan pekat, garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih. Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Masukkan adunan ini ke dalam pengisar berserta labu mentah yang dipotong kecil. Kisar seketika.

47

Page 48: RESIPI LAGI

2.Masukkan semua jenis tepung yang telah digaul terlebih dahulu, sedikit demi sedikit ke dalam adunan santan.Kisar hingga sebati,keluarkan dan sukat hingga jadi 4 1/2 cawan.3.Ambil dua senduk daripada adunan ini dan warnakan hijau.Selebihnya biarkan warna asal.4.Panaskan pengukus,sapukan loyang 20x20 cm dengan minyak dan taburkan sedikit tepung.Masukkan loyang dalam pengukus,apabila panas baru tuang dua senduk adunan lapisan bawah,dan kukus 3 minit atau hingga masak.Ulangi proses melapis ini hingga adunan bawah habis.5.Sendukkan pula kesemua adunan warna hijau di atas lapisan bawah dan kukus 3 minit atau hingga masak.6.Untuk lapisan atas,ambil dua senduk adunan warna labu dan mulakan melapis.Kukus 3 minit juga,atau hingga masak.Ulangi proses hingga adunan habis.7.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

SPAN CHEESE CAKE

Bahan-bahan:1 1/2 cawan tepung kek1 cawan gula1/2 cawan susu segar3 keping cheese cheedar(kraf)5 biji telur1 sudu besar ovallate1 sudu kecil baking powder1 sudu kecil esen vanilla3/4 cawan minyak

Cara membuatnya:Masakkan susu ngan cheese sampai larut ~api jgn besar sangat.

Dah larut cheese,ketepikan.Pukul kesemua bahan untuk buat kek kecuali minyak.Pukul sampai betul2 gebu.Masukkan susu dengan cheese tadi pukul lagiKemudian masukkan minyakPukul lagi 3minitPanaskan oven 170c bakar selama 45minit atau sampai masak.

Untuk Ising1 cawan krim well1 cawan shortening1 sudu kecil esen vanilla3/4 tin susu pekat manissedikit filling blueberry dengan buahnyer~hias mengikut citarasa.

CHEESE CAKE

Bahan-Bahan:500 gram keju3 sudu besar jus oren¾ cawan coklet250 gram buter6 oz gula halus100 gram tepung gandum4 sudu besar air3 sudu susu tepung4 biji telur

Cara membuatnya:Pukul keju dengan gula selama 5 minit.

48

Page 49: RESIPI LAGI

Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati.Masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana. 

PUDING LAPIS KACANG MERAH

Bahan A:10 gm agar-agar serbuk600 ml santan130 gm gula pasir2 sudu besar krim putarPewarna kuningSedikit garam

Bahan B10 gm agar-agar serbuk600 ml santan120 gm gula pasir3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisarSedikit pewarna merah

Cara Menyediakan:1.Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2.Sebelum dituang ke dalam bahan A,kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat.

TALAM LABU

Bahan Lapisan Bawah:100 gm labu - potong dadu dan kukus 2 minit3/4 cawan gula1 cawan santan pekat3/4 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung ubiSedikit garam2 cawan airBeberapa helai daun pandan

Bahan Lapisan Atas:100 gm labu mentah - potong nipis3/4 cawan gula1 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung ubiSedikit garam2 cawan airBeberapa helai daun pandanPewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:1.Masak gula dengan secawan air, santan pekat,garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih.Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Ketepikan daun pandan dan tuang adunan ke dalam pengisar.2.Gaulkan semua jenis tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam

49

Page 50: RESIPI LAGI

pengisar dan kisar sebentar. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan masukkan labu yang telah dikukus. Sukat biar jadi 4 1/4 cawan dan ketepikan.

Cara Menyediakan Lapisan Atas:1.Masak gula dengan secawan air, santan pekat, garam dan daun pandan hingga gula hancur dan mendidih. Tutup air dan tambah secawan air agar adunan menjadi suam. Masukkan adunan ini ke dalam pengisar berserta labu mentah yang dipotong kecil. Kisar seketika.2.Masukkan semua jenis tepung yang telah digaul terlebih dahulu, sedikit demi sedikit ke dalam adunan santan.Kisar hingga sebati,keluarkan dan sukat hingga jadi 4 1/2 cawan.3.Ambil dua senduk daripada adunan ini dan warnakan hijau.Selebihnya biarkan warna asal.4.Panaskan pengukus,sapukan loyang 20x20 cm dengan minyak dan taburkan sedikit tepung.Masukkan loyang dalam pengukus,apabila panas baru tuang dua senduk adunan lapisan bawah,dan kukus 3 minit atau hingga masak.Ulangi proses melapis ini hingga adunan bawah habis.5.Sendukkan pula kesemua adunan warna hijau di atas lapisan bawah dan kukus 3 minit atau hingga masak.6.Untuk lapisan atas,ambil dua senduk adunan warna labu dan mulakan melapis.Kukus 3 minit juga,atau hingga masak.Ulangi proses hingga adunan habis.7. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

RENDANG TOK

Bahan-Bahan:

1 ½ kg daging lembu (dipotong dadu)

7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dihiris)

5 ulas bawang putih (dihiris)

2.5 sm halia (dihiris)

2 camca besar serbuk cili - bahan giling

1 camca kecil jintan manis - bahan giling

½ camca kecil lada hitam - bahan giling

10 kuntum bunga cengkih - bahan giling

1 camca kecil serbuk kunyit - bahan giling Bahan giling:

½ biji kelapa parut atau 3 camca besar kerisik (dibuat kerisik)

½ biji kelapa muda yang keras isinya (dipotong nipis)

5 biji kelapa atau 3 peket santan serbuk (ambil santannya)

Garam dan gula secukup rasa

2 camca besar penuh serbuk ketumbar

1 camca kecil jintan putih

10 biji buah pelaga

5 sm kulit kayu manis

Cara:

Perap daging bersama bahan hiris, halia, bahan giling, kerisik, kelapa hiris dan pati santan selama 2 jam. Masukkan daging yang diperap tadi ke dalam

50

Page 51: RESIPI LAGI

periuk dan didihkan dengan api yang perlahan selama 2 hingga 2 1/2 jam sambil dikacau selalu. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga betul-betul kering dan warnanya agak kehitaman.

RENDANG DAGING PUTERI

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu (dipotong nipis dan lebar)

50 gm cili kering (ditumbuk halus)

10 batang serai (ditumbuk halus)

10 gm cili padi (ditumbuk halus)

12 ulas bawang merah (ditumbuk halus)

3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

4 cm kunyit hidup (ditumbuk halus) 2 cm halia

2 cm lengkuas

2 helai daun kunyit (dihiris)

2 helai daun limau (dihiris)

1 ½ biji kelapa (½ dibuat kerisik dan selebihnya diambil santannya)

60 gm gula melaka

Garam secukup rasa

Cara:

Bahan-bahan yang ditumbuk halus digaulkan sehingga mesra.Kemudian diambil sedikit, gaulkan bersama daging yang dipotong nipis lalu diperap seketika.Panaskan minyak, tumis bahan yang selebihnya sehingga naik aromanya.Kemudian masukkan daging dan goreng sebentar.Akhir sekali, masukkan santan bersama daun kunyit, limau dan garam secukup rasa. Jerang di atas dapur sehingga kering. Jangan lupa, sentiasa dikacau.

51