Report Company Law Group
-
Upload
kamalezwan -
Category
Documents
-
view
95 -
download
4
description
Transcript of Report Company Law Group
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
GLUL 2023
SEMESTER PERTAMA, SESI 2012/2013
TUGASAN KUMPULAN
KUMPULAN 5
DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK AMER ABU BAKAR BIN ABDULLAH
DISEDIAKAN OLEH :
KAMAL EZWAN BIN ABU TALIB 208834
NOR KHAIRUNNISA BT NORAZIZI 210049
1
SOALAN 21
a) Bincangkan maksud nemo dat quan non habet dan pengecualian.
Nemo dat quan non habet adalah 1 kaedah di bawah undang-undang Inggeris
(common law) yang bertujuan melindungi pemilik sebenar sesuatu barangan. Apa
yang dimaksudkan dengan kaedah ini adalah tiada seorang pun yang boleh memberi
sesuatu yang dia sendiri tidak miliki. Contohnya
“Curin mengambil buku Baikin tanpa pengetahuannya dan menjual pada
Tetipah. Sekiranya dituntut oleh Baikin seharusnya Tetipah memulangkan buku
tersebut kerana Curin tidak berhak memindahkan sesuatu bukan miliknya “
Namun begitu, dalam keadaan tertentu, kaedah ini tidak terpakai. Ini bermaksud
dalam keadaan tertentu seseorang yang tiada hak milik mungkin dapat
memindahkan hak milik barangan secara sah kepada orang lain. Ini berlaku dalam
keadaan berikut (pengecualian).
a) Estoppel
b) Jualan oleh wakil perdagangan
c) Jualan oleh pemilik bersama
d) Jualan di bawah kontrak boleh batal
e) Jualan barang di dalam milikan penjual
f) Jualan barang di dalam milikan pembeli
a) Estoppel
2
Estoppel atau persekatan akan wujud apabila pemilik sesuatu barang melalui
perbuatan atau tingkah lakunya dihalang atau disekat daripada menafikan ketiadaan
kuasa penjual untuk menjual barangan itu. Ini dinyatakan di bawah seksyen 27 Akta
Jualan Barangan. Dalam maksud yang lain, sekiranya pemilik sesuatu barang telah
melakukan sesuatu (melalui perbuatannya) yang boleh difahami oleh pembeli
bahawa pihak yang menjual barang ini sebenarnya diberikan kuasa untuk menjual
dan pembeli itu setelah bergantung pada tingkah laku pemilik tadi seterusnya
membuat belian maka pembeli akan mendapat hak milik yang sah kerana pemilik itu
dihalang oleh undang-undang daripada menafikan bahawa si penjual tiada kuasa
untuk menjual.
“Misalnya Khairul telah memberitau Azri di hadapan Abdullah bahawa Khairul akan
menjual sebuah laptop kepunyaan Abdullah dan Abdullah hanya mendiamkan diri
tanpa membantah. Jika Khairul menjual laptop itu kepada Azri, Abdullah tidak boleh
menyatakan penjualan itu tidak sah.ini kerana, semasa Khairul membuat kenyataan
untuk menjual laptop itu, dia tidak mendapat apa-apa tentangan daripada Abdullah.
Inilah yang dinyatakan bahawa Abdullah disekat atau dihalang daripada menafikan
ketiadaan kuasa Khairul untuk menjual. “
b) Jualan oleh wakil perdagangan
Wakil perdagangan atau ‘ejen persaudagaran’ ditakrifkan di bawah seksyen 2
sebagai :
2. Seorang ejen persaudagaran yang mempunyai kuasa mengikut adat
perjalanan urusan sebagai ejen sedemikian sama ada untuk menjual
barang-barang, atau untuk mengkonsain barang-barang bagi maksud
jualan, atau untuk membeli barang-barang atau untuk mendapatkan
wang atas jaminan bagi barang-barang.
Dalam maksud yang lain, ejen ini adalah wakil yang mengikut kelazimannya
mempunyai kuasa untuk menjual barang, menghantar barang untuk dijual,
membeli barang atau meminta wang dengan menggunakan wang sebagai
sekuriti. Contohnya broker, pelelong atau peniaga kereta terpakai yang
menerima komisen daripada pemilik kereta.
3
Menurut provise seksyen 27, apabila wakil perdagangan diberi izin oleh
pemilik untuk menyimpan sesuatu barang atau dokumen hak milik barang itu,
dan wakil itu telah menjualnya dalam perjalanan biasa kerjanya, penjualan itu
dianggap sah seolah-olah dia secara nyata telah diberikan kuasa untuk
menjual. Syaratnya, pembeli mestilah bertindak secara suci hati dan pada
masa pembelian itu, tidak mengetahui bahawa wakil itu sebenarnya tiada
kuasa untuk menjual. Provise seksyen 27 adalah seperti berikut :
“Dengan syarat bahawa jika seseorang ejen persaudagaran adalah
dengan kebenaran pemunya, dalam milikan barang-barang itu atau suatu
dokumen hak milik kepada barang, apa-apa jualan yang dibuat olehnya
apabila bertindak dalam perjalanan urusan biasa bagi seorang ejen
persaudagaran hendaklah menjadi sah seolah-olah jika dia dengan nyata
diberi kuasa oleh pemunya barang-barang itu untuk membuat sedemikian,
dengan syarat bahawa peniaga bertindak dengan suci hati dan telah tidak
mengetahui pada masa kontrak jualan dibuat bahawa penjual tidak
mempunyai kuasa untuk menjual”
Daripada provise ini, terdapat beberapa syarat yang mesti di penuhi terlebih
dahulku iaitu :
1. Penjual itu mestilah seorang wakil perdagangan sebagaimana yang
ditakrifkan
2. Barang atau dokumen hak milik mestilah berada dalam milikan atau
simpanan wakil perdagangan ketika penjualan berlaku.
3. Penyimpanan barang atau dokumen itu mestilah atas keizinan pemilik
sebenar
4. Penjualan itu mestila dilakukan ketika dalam perjalanan biasa kerjanya
sebagai wakil perdagangan.
5. Pembeli mestilah bertindak secara suci hati dan jujur.
Dalam kes Folkes lwn King. F pemilik kereta, menyerahkan keretanya
kepada H, ejen kereta untuk menjual pada harga tidak kurang dari 575 pound.
4
H menjual kepada K pada harga 340 pound yang membeli dengan suci hati. H
lesap dan F menuntut dari K untuk mendapatkan keretanya. Mahkamah
memutuskan bahawa H telah memegang kereta itu dengan persetujuan F
untuk tujuan dijual. Oleh itu, K yang telah membeli dengan suci hati akan
mendapat hak milik yang sah.
c) Jualan oleh pemilik bersama
Seksyen 28 menyatakan :
“ Apabila salah seorang pemunya bersama barang-barang mempunyai milikan
mutlak kepadanya dengan keizinan pemunya bersama, milikan barang
dipindahkan kepada mana-mana orang yang membelinya daripada pemunya
bersama dengan orang yang membelinya daripada pemunya bersama secara
suci hati dan tidak mengetahui pada masa kontrak jualan dibuat penjual tidak
mempunyai kuasa untuk menjual.
Syarat-syarat yang terdapat di bawah seksyen 28 ialah :
I. Barang mesti berada dalam simpanan si penjual dengan mendapat
kebenaran pemilik bersama yang lain.
II. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa mengetahui si penjual tidak
mempunyai kuasa penuh menjual barang itu
III. Pembeli boleh mendapat hak milik sepenuhnya walaupun pemilik
bersama lain tidak memberi kuasa untuk menjual barang tersebut.
“misalnya Nana dan Nabila membeli mesin rumput bersama dan
menyimpan di rumah Nana, apabila setiap kali Nabila ingin gunakan mesin
rumput tersebut, ia akan datang mengambil dan menyimpan semula di
rumah Nana. Suatu hari, Nana telah menjual mesin rumput tersebut
kepada jirannya, Nisa yang telah membeli secara suci hati tanpa
mengetahui si penjual tidak mempunyai kuasa penuh menjual barang itu.
Nabila tidak boleh menuntut mesin rumput dengan Nisa kerana mesin
rumput itu telah menjadi hak miliknya.”
d) Jualan di bawah kontrak boleh batal5
Dibawah seksyen 29 meperuntukkan:
Jika penjual barang-barang telah memperolehi milikan berkenaannya di
bawah suatu kontrak boleh batal di bawah seksyen 19 atau seksyen 20 Akta
Kontrak, tetapi kontrak telah tidak batalkan pada masa jualan itu, pembeli
memperolehi hak milik kepada barang-barang dengan syarat dia membelinya
dengan suci hati dan tanpa pengetahuan penjual akan kecacatan hak milik.
Di bawah seksyen 29 dinyatakan syarat-syarat berikut:
I. Penjual barang memperolehi barang di bawah kontrak boleh batal
menurut seksyen 19 atau seksyen 20 Akta Kontrak 1950.
II. Kontrak tersebut belum batalkan oleh pihak ketiga
III. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa pengetahuan mengenai
kecacatan pada hak milik itu.
Dalam kes Car & Universal Finance Co. Ltd. Lwn Caldwell. C, pemilik
kereta Jaguar menjual keretanya kepada A. A memberikan C sekeping cek. C
dapati cek tersebut tidak boleh ditunaikan lalu membuat laporan polis untuk
mendapatkan kereta itu kembali. Bagaimanapun kereta A telah dibeli oleh
plaintif dengan suci hati. Mahkamah memutuskan bahawa C telah
membatalkan kontrak menjual kereta secepat mungkin setelah didapati A
melakukan frod, maka plaintif tidak mendapat hak milik yang sah.
e) Jualan barang di dalam milikan penjual
Seksyen 30(1) menyatakan:
Jika seseorang, setelah menjual barang-barang, berterusan atau dalam
milikan bagi barang-barang atau dokumen hak milik kepada barang-barang
itu, penyerahan atau pemindahan oleh orang itu atau oleh seorang ejen
persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya, bagi barang-barang atau
dokumen hak milik di bawah apa-apa jualan, sandaran atau penguntukan
lainnya kepada mana-mana orang yang menerima barang itu dengan suci hati
dan tanpa pengetahuan akan penjualan yang terdahulu hendaklah
mempunyai kesan yang sama seolah-olah orang yang membuat penyerahan 6
atau pemindahan itu telah dengan nyata diberi kuasa oleh pemunya barang-
barang untuk membuat perkara yang sama.
Syarat-syarat untuk seksyen 30(1) adalah:
I. Penjual menjual barang dan hak milik telah diberikan kepada
pembeli
II. Barang atau hak milik barang masih dalam simpanan penjual.
III. Barang yang sama dijual sekali lagi kepada pembeli kedua oleh
penjual tersebut.
IV. Pembeli kedua membeli secara suci hati tanpa mengetahui
penjualan pertama.
Dalam kes Pacific Motors Auctions Pty lwn Motors Credits Ltd. Plaintif
menghantar beberapa kereta miliknya kepada wakil jualan. Wakil jualan ini
menjual kereta tersebut kepada defendan kerana menghadapi masalah
kewangan walaupun plaintif memberikan notis supaya kereta-keretanya tidak
dijual. Mahkamah memutuskan bahawa defendan memperolehi hak milik yang
sah kerana membeli dengan suci hati.
f) Jualan barang di dalam milikan pembeli
Seksyen 30(2) memperuntukkan:
Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membeli, mendapatkan
dengan persetujuan penjual, milikan kepada barang-barang atau dokumen
hak milik kepada barang-barang, penyerahan atau pemindahan oleh orang itu
atau oleh ejen persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya bagi barang-
barang atau dokumen hak milik di bawah apa-apa penjualan, sandaran atau
penguatkuasaan yang lainnya kepada mana-mana orang yang menerima
barang-barang dengan suci hati tanpa notis apa-apa lien atau hak lain penjual
asal berkenaan dengan barang-barangnya hendaklah mempunyai kesan
seolah=olah lien atau hak sedemikian tidak wujud.
Di bawah seksyen 30(2) terdapat syarat-syarat tertentu iaitu:
7
I. Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membeli sesuatu
barang dan mendapat persetujuan penjual untuk membeli sesuatu
barang dan mendapat persetujuan penjual untuk menyimpan barang
atau dokumen hak milik.
II. Pembeli kemudiannya menjual kepada pihak ketiga yang membeli
dengan suci hati.
III. Pihak ketiga mendapat hak milik ke atas barang yang dibeli dari
pembeli itu.
Dalam kes Newtons Wembley Ltd lwn Williams. Plaintif menjual kereta
kepada A yang membayar dengan cek dengan syarat hak milik akan
dipindahkan kepada A setelah cek tersebut ditunaikan. Malangnya cek itu
tidak laku sementara itu A telah menjual kereta tersebut kepada B yang
membelinya dengan suci hati. B pula kemudiannya menjual kereta itu kepada
defendan. Kini plaintif ingin menuntut kereta dari defendan.
Mahkamah memutuskan bahawa defendan telah mendapat hak milik kereta
dari B dengan sah. Begitu juga dengan B yang mendapat kereta itu dari A
atas persetujuannya.
b) Dollah telah membeli video tape recorder bernilai Rm900 dari kedai Embong
Electrical Store Sdn Bhd. Selepas membayar Dollah tinggalkan video tape dengan
Embong untuk pergi membeli belah di pasaraya berdekatan. Bila Dollah datang
semula untuk mengambil video tape beliau tetapi malangnya Embong telah menjual
kepada Fadhil. Sekarang Dollah hendak mengambil tindakan terhadap Fadhil untuk
dapat balik video tape tersebut. Dia juga mahu tahu sama ada remedi terhadap
Embong. Nasihat Dollah.
Isu
Adakah Dollah boleh meminta semula video tape pada Fadhil,
Huraian isu
8
Menurut seksyen 30(1), seterusnya memperuntukkan 1 lagi pengecualian
kepada kaedah nemo dat iaitu jualan barang dalam pemilikan penjual.
Peruntukan ini adalah berhubungan dengan pemilikan barang yakni barang
yang masih berada dalam simpanan penjual walaupun jualan telah berlaku. Di
sini sekiranya sesuatu barang masih lagi ada bersama penjual walaupun
jualan dilaksanakan dan penjual menjual pada pihak ketiga maka pihak ketiga
akan mendapat hak milik secara sah terhadap barangan itu sekiranya
membeli secara suci hati.
- kes Pacific Motors Auctions Pty lwn Motor Credits Ltd
Sokongan kes :
Kes Pacific Motors Auctions Pty Ltd lawan Motors Credits Ltd. Plaintif
menghantar beberapa kereta miliknya kepada wakil jualan. Wakil jualan ini
menjual kereta tersebut kepada defenden kerana menghadapi masalah
kewangan walaupun plaintif memberikan notis supaya kereta-keretanya tidak
dijual. Mahkamah memutuskan bahawa defenden memperoleh hak milik yang
sah kerana membeli dengan suci hati.
Rumusan :
Berdasarkan peruntukan seksyen dan keputusan mahkamah dalam kes
Pacific Motors Auctions Pty Ltd lawan Motors Credits Ltd, maka bolehlah
dirumuskan bahawa Dollah tidak mempunyai hak untuk mendapatkan video
tape tersebut daripada Fadhil kerana Fadhil telah membeli videp tape tersebut
dengan suci hati tanpa mengetahui bahawa video tape tersebut telah dijual
kepada Dollah terlebih dahulu. Syaratnya ialah
i Embong menjual video tape dan hak milik telah diberikan kepada
Dollah
ii. Video tape masih dalam simpanan Embong
iii. Embong menjual video tape yang sama sekali lagi kepada Fadhil.
9
iv. Fadhil membeli dengan suci hati tanpa mengetahui penjualan pertama
kepada Dollah.
Kesimpulan : Dollah tidak mempunyai hak ke atas Fadhil dan Fadhil
mendapat hak milik yang sah kerana membeli dengan suci hati.
Soalan 22
Harmonis Bhd. mahu membina kilang kompleks di Temerloh dan bertanya kepada
Azman Construction Bhd. Untuk mengemukan sebut harga bagi pembinaan
kompleks. Dalam pematuhan, Azman Construction Bhd. Hantar sebut harga pada 21
Januari 2004. Harmonis Bhd membalas surat pada 31 Januari 2004 memaklumkan
seperti berikut:
“ Terima kasih atas sebut harga yang dihantar 21 Januari 2004, kami memaklumkan
yang kami telah menerima surat sebut harga sebagai pesanan rasmi. Kami dijangka
bermula kerja di tapak awal bulan Mac 2004. sila bekerjasama dengan kontraktor
lain untuk bekerja apabila anda memulakan kerja. Kami akan menghantar kemudian
tarikh rasmi penjanjian tandatangan lengkap untuk tatacara yang biasanya.”
Bagaimanapun pada 10 Februari 2004, Harmonis Bhd menghantar 1 lagi surat untuk
menamatkan penjanjian. Azman membuat tuntutan terhadap Harmonis Bhd kerana
melanggar kontrak setelah 2 surat ditukar pada tarikh 21 Januari & 30 Januari 2004
telah mewujudkan kontrak yang mengikat antara mereka. Oleh itu, Azman menuntut
kerosakan berjumlah RM3 milion sebagai melanggar kontrak tersebut. Sebaliknya
Harmonis berhujah bahawa surat itu bukan merupakan suatu kontrak yang sah
dibawah penerimaan mereka. Ia tertakluk kepada penjanjian rasmi yang perlu
ditandatangan kedua pihak adalah tertakluk kepada penjanjian termeterai.
Berdasarkan fakta dan kes, buat keputusan samada Azman boleh menuntut
kerosakan atau tidak. Sokong jawapan dengan keputusan kes dan akta kontrak
1950.
Isu
10
Adakah Azman boleh menuntut kerosakan atau tidak. Setelah tiada sebarang
ikatan tandatangani antara kedua pihak
Huraian isu
Seksyen 4(3)(a) menyatakan pembatalan akan lengkap terhadap pembatal
apabila surat dimasukkan ke dalam peti pos. Menurut kepada kes Bryen lwn
Van Tienhoven boleh dirujuk untuk mengetahui tentang komunikasi
pembatalan. Mahkamah memutuskan bahawa komunikasi pembatalan
menjadi efektif apabila notis pembatalan sampai ke pengetahuan plaintif.
Kesimpulan
Berdasarkan kes sokongan, Azman tidak boleh menuntut kerosakkan kerana
tiada sebarang kontrak berlaku dan surat balas tersebut ia sebagi surat rasmi
syarkat Harmonis bhd. Ia sebagai surat penerimaan dan bukannya
bermulanya kontrak. Ini kerana Harmonis telah menyatakan ia akan
menghantar surat seterusnya iaitu untuk ditandatangani kedua pihak,akan
tetapi Harmonis menghantar surat pembatalan untuk bekerjasama dengan
Azman.
Question 23
Answer ALL questions;
11
(a) State five statutory rights of a hirer under a hire-purchase agreement.
1. Seksyen 9 (1)
Tugas pemunya dan penjual untuk menyediakan dokumen dan
maklumat.
Pada bila-bila masa sebelum pembayaran terakhir di buat, dibawah
perjanjian sewa beli pemunya hendaklah dalam masa empat belas hari
selepas ia menerima pemohonan bertulis daripada penyewa dengan
membekalkan suatu penyataan yang telah ditandatangani olehnya atau
ejennya yang menunjukkan:
a) Jumlah yang dibayar kepada pemunya atau pihak
penyewa.
b) Jumlah yang perlu dibayar di bawah perjanjian tetapi
belum dibayar.
c) Jumlah yang kena bayar dibawah perjanjian
d) Jumlah yang diperolehi dan faedah atas ansuran lampau
tempoh.
(2) Dalam keadaan kegagalan berterusan tanpa sebab yang
munasabah untuk mematuhi subseksyen (1) maka semasa ingkar
berterusan;
(a) pemunya tidak berhak untuk menguatkuasakannya;
perjanjian tersebut dengan penyewa
mana_mana hak untuk mendapat kembali
barang-barang dari penyewa.
Mana-mana jaminan kontrak berhubung
dengan perjanjian.
(b) mana-mana sekuriti yang diberikan oleh penyewa
berhubung dengan wang yang kena bayar di bawah
perjanjian atau diberikan oleh penjamin berhubung
dengan wang tidak boleh dikuatkuasakan terhadap
penyewa atau penjamin oleh mana-mana pemegang
tersebut.
12
2. Seksyen 10
Perasingan pembayaran yang dibuat dalam perjanjian sewa beli.
Penyewa yang dikenakan membuat pembayaranberkaitan dengan
dua atau lebih perjanjian sewa beli kepada pemunya yang sama,
tanpa mengira mana-mana perjanjian yang berlawanan adalah
berhak, apabila membuat apa-apa pembayaran berhubung dengan
perjanjian yang tidak mencukupi untuk melepaskan jumlah penuh
yang perlu dibayar dibawah satu perjanjian.
3. Seksyen 11
Kuasa mahkamah membenarkan barang-barang dipindahkan.
Perjanjian sewa beli menyatakan bahawa tugas penyewa untuk
menyimpan barang-barang seperti yang terkandung dalam
perjanjian dalam milikan atau kawalannya di suatu tempat tertentu
atau tidak untuk memindahkan barang-barang dari suatu tempat
tertentu, mahkamah majistret boleh dengan pemohonan penyewa
mengeluarkan suatu perintah membenarkan pindahan bagi barang-
barang tersebut ke tempat lain. Dan tempat itu hendaklah bagi
tujuan perjanjian yang ditukarkan mengikut tempat yang dinyatakan.
4. Seksyen 12
Penyerahan hak-hak di bawah perjanjian sewa beli
1) Hak, hakmilik dan kepentingan penyewa di bawah suatu
perjanjian sewa beli boleh diserahkan dengan kebenaran
pemunya atau sekiranya kebenaran tidak dapat diperolehi tanpa
sebab yang munasabah iaitu tanpa kebenaran pemilik asalnya.
2) Kecuali diperuntukkan di sebaliknya dalam seksyen ini, tiada
pembayaran atau balasan akan dikehendaki oleh pemunya
seperti yang dinyatakan didalam subseksyen (1) dan jika
pemunya mengkehendaki mana-mana bayaran tersebut atau
13
balasan lain untuk kebenarannya. Kebenaran tersebut disifatkan
sebagai tidak boleh diperolehi tanpa sebab yang munasabah.
3) Jika atas permintaan penyewa di bawah suatu perjanjian sewa
beli pemunya gagal atau enggan memberikan kebenarannya
terhadap penyerahan hak oleh penyewa atau hak milik dan
kepentingannya. Penyewa boleh memohon dari Mahkamah
Tinggi bagi mengeluarkan suatu perintah bahawa kebenaran
pemunya terhadap serahan hak telah tidak dapat diperolehi
tanpa sebab yang munasabah.
4) Sebagai suatu syarat memberi kebenaran kepada serahan hak
di bawah perjanjian sewa beli, pemunya boleh membuat syarat
bahawa semua keingkaran dibawah perjanjian hendaklah
diperbetulkan dan boleh mengkehendaki penyewa dan
pemegang serahhak-
A) Melaksanakan dan menghantar kepada pemunya suatu
serahhak dalam barang yang diluluskan oleh pemunya di
mana tanpa menjejaskan atau memberi kesan kepada liabiliti
peribadi yang berterusan bagi pihak penyewa dalam perkara
di mana pemegang serahhak bersetuju dengan pemunya
untuk bertanggungjawab secara peribadi untuk membayar
ansuran yang masih belum dibayar untuk melaksanakan dan
mematuhi semua syarat di bawah perjanjian sewa beli
semasa tempoh tersebut dan di mana pemegang serahhak
menanggung rugi penyewa berkaitan dengan liabiliti itu.
B) Membayar kos yang munasabah jika ada terdapat pemunya
setem dan pendaftaran perjanjian serahan hak atau
kaunterpart.
5) Keengganan pihak pemunya untuk memberi kebenaran kepada
suatu serahhak sebagaimana yang tersebut dalam subseksyen
(1) atas alas an bahawa pemunya mengkehendaki penjamin-
penjamin lain atau tambahan untuk menjamin obligasi-obligasi
pemegang serahhak adalah disifatkan tidak munasabah.
14
A) Jika penjamin-penjamin yang sama yang telah menjamin
obligasi pemegang serahhak di bawah perjanjian itu.
B) Jika pemegang serahhak telah menyediakan bilangan
penjamin yang sama sebagaimana yang telah dijanjikan
bagi menjamin obligasinya di bawah perjanjian sewa beli
sebagai penjamin-penjamin untuk obligasinya di bawah
perjanjian itu.
5. Seksyen 13
Kuatkuasakan undang-undang.
Hak, hakmilik dan kepentingan penyewa di bawah suatu perjanjian sewa beli
akan boleh dilepaskan mengikut penguatkuasaan undang-undang kepada
wakil diri penyewa dan sekiranya penyewa adalah sebuah syarikat.
Penyelesai boleh melaksanakan hak yang sama di bawah perjanjian seperti
syarikat tetapi tiada dalam seksyen ini boleh melepaskan wakil diri atau
penyelesai daripada mematuhi peruntukan-peruntukan prjanjian.
(b) Amran, a salesman from Nizam Motor Sdn Bhd, persuaded Yasmin to
enter into a hire purchase agreement for a second-hand car with Money
Finance Sdn Bhd. Amran gave an assurance that the engine of that car
was in good condition. Yasmin used the car for a week, but suddenly the
car broke down because of serious mechanical fault. Yasmin sought your
advice on whether she can take action against Nizam Motor Sdn Bhd and
Money Finance Sdn Bhd. Advise Yasmin.
Isu : Salahnyataan oleh Amran kepada Yasmin berkaitan kereta yang dijual.
Sokongan seksyen :
Seksyen 8 Akta Sewa Beli 1967.
Melindungi penyewa dari ditipu oleh pihak pemunya, peniaga atau ejennya. Oleh itu
jika penyewa didorong untuk memasuki perjanjian sewa beli akibat daripada 15
salahnyataan, perjanjian sewa beli akan menjadi batal dan tuntutan untuk ganti rugi
boleh dibuat terhadap orang yang membuat salah nyataan tersebut.
Seksyen 8(1) Akta Sewa Beli 1957
Setiap representasi, waranti atau pernyataan yang dibuat kepada penyewa sama
ada secara lisan atau bertulis oleh pemunya atau peniaga atau mana-mana orang
yang bertindak bagi pihak pemunya atau peniaga berhubung dengan atau semasa
perundingan yang membawa kepada kemasukan perjanjian sewa beli akan
memberikan kepada penyewa :
(i) Terhadap pemunya – hak untuk membatalkan perjanjian sebagaimana
penyewa akan lakukan jika representasi, waranti atau pernyataan tersebut telah
dibuat oleh ejen pemunya.
(ii) Terhadap orang yang membuat representasi, waranti atau pernyataan mana-
mana orang bagi pihaknya orang yang membuat representasi waranti atau
pernyataan bertindak semasa berbuat demikian – sama ada hak untuk mengambil
tindakan ganti rugi sebagaimana penyewa boleh ambil terhadap mereka atau salah
seorang daripada mereka.
Sokongan kes : Kes Lau Hee Teah lawan Hargill Engineering Sdn Bhd. & YL.
Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan respondan pertama memberitahu tahun
jentera itu dikilangkan dan pernah mengalami kerosakan akibat kemalangan kecil
semasa demonstrasi tidak menjadi salah nyataan yang boleh membenarkan pihak
perayu menamatkan perjanjian sewa beli.
Kesimpulan : Yasmin (berhak ) menamatkan perjanjian dan boleh menuntut ganti
rugi kerana telah berlaku salahnyataan terhadap dirinya. Amran telah melakukan
salahnyataan kerana menyatakan bahawa enjin kereta itu berada dalam keadaan
baik.
16
Question 24
Answer ALL questions;
(a) What are the remedies that a buyer has when the seller breaches a contract of
sale of goods?
REMEDI /GANTI RUGI UTK PEMBELI:
1. Tuntut ganti rugi jika Penjual gagal hantar brg.
2. Pohon perintah perlaksanaan spesifik.
3. Menolak brg jika berlaku pelanggaran syarat
4. Berhak menolak brg w/pun terdapat peruntukan dalam kontrak yg
menghalang pembeli menolak brg itu.
(b) Charlie went to Muthu’s house to promote a new brand of flour. After trying the
sample given by Charlie, Muthu agrees to buy 5 kg of the said flour. A few
days later, the flour was delivered to Muthu’s house. To Muthu’s
disappointment, the flour delivered was not the same, in quality, as the sample
given. Advise Muthu.
17
Isu: Jualan melalui deskripsi Charlie kepada Muthu tidak menepati kualiti
sampel yang disediakannya.
Fakta kes: Muthu telah bersetuju membeli 5kg tepung yang dijual oleh Charlie
tetapi apabila tepung yang sampai ke tangan Muthu tidak menepati kualiti
yang ditunjukkan dari sampel yang Charli sediakan.
Seksyen 15 menyatakan bahawa Jika terdapat suatu kontrak untuk menjual
barang-barang melalui perihalan terdapat suatu syarat tersirat bahawa
barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan perihalan dan, jika jualan itu
melalui contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti barang-
barang bersamaan dengan contoh jika barang-barang juga tidak bersamaan
dengan perihalan.
Seksyen 16:
Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan.
(1) Tertakluk kepada Akta ini dan bagi mana-mana undang-undang lain
semasa
dikuatkuasakan, tidak ada waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau
kelayakan
bagi apa-apa maksud tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan di bawah
suatu
kontrak jualan kecuali sebagai berikut -
(a) Jika pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud
tertentu bagi
barang-barang yang diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli
bergantung
kepada kepakaran atau penghakiman penjual, dan barang-barang adalah
daripada
perihalannya dalam penjalanan urusan penjual untuk membekalkan (sama
ada dia
18
adalah pengilang atau pengeluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat
bahawa
barang-barang hendaklah secara munasabahnya layak untuk maksud itu:
Dengan syarat, dalam kes suatu kontrak bagi penjualan suatu barang khusus
di
bawah hak cipta atau nama dagangan lain tidak terdapat syarat tersirat lain
mengenai kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu.
(b) Jika barang-barang dibeli melalui perihalan daripada seseorang penjual
yang
menjual barang-barang daripada perihalan itu (sama ada dia adalah pengilang
pengilang atau pengaluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa
barangbarang itu hendaklah daripada kualiti boleh dagang:
(2) Suatu waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi
suatu maksud
tertentu boleh ditambah dengan penggunaan tred.
(3) Suatu waranti atau syarat nyata tidak menegatifkan suatu waranti atau
syarat yang
difahamkan oleh Akta ini melainkan ketakkonsistenannya.
Sokongan kes: Nagurdas Co lawan Mitsui Busan menyatakan bahawa barang
dagangan iaitu tepung yang dijual kepada pembeli tidak menepati kualiti
seperti dalam deskripsi. Mahkamah telah memutuskan bahawa barang jualan
tepung yang tidak secocok dengan deskripsi yang diberi.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Muthu berhak meminta ganti rugi dari
Charlie kerana barang dagangannya tidak memenuhi deskripsi yang
diberikan.
Question 25
Answer ALL questions;
19
Advise Raiza Sdn Bhd on the validity of ALL of the following three agreements:
(a) Raiza Sdn Bhd proposes to buy four lorries from Lazio Sdn Bhd at a monthly
installment of RM 1000.00 per lorry. Lazio Sdn Bhd agrees to sell the four
lorries to Raiza Sdn Bhd for a cash payment of RM 100 000.00 per lorry. But
Raiza Sdn Bhd insists that the purchase will be by payment of installments.
Jawapan:
Isu: Perselisihan faham antara Raiza Sdn. Bhd. dengan Lazio Sdn. Bhd.
dalam perjanjian sewa beli.
Fakta kes: Raiza Sdn. Bhd. ingin membeli 4 buah lori daripada Lazio Sdn. Bhd.
dengan bayaran RM 1000 sebulan sebuah lori dan Lazio Sdn. Bhd. bersetuju
menjual lori mereka dengan bayaran tunai RM100000 sebuah lori tetapi Raiza Sdn.
Bhd menyatakan mahukan pembayaraan bulanan. Perselisihan faham antara Raiza
Sdn. Bhd. yang ingin membuat pembayaran secara ansuran bulanan manakala
Lazio Sdn. Bhd. meminta bayaran tunai secara keseluruhan. Tiada persetujuan
diantara 2 syarikat ini.
Menurut seksyen 2 Akta Sewa Beli (ASB) 1957 menyatakan perjanjian sewa
beli termasuk membenarkan barang-barang dengan opsyen(pilihan) untuk
membeli dan perjanjian membeli barang-barang secara ansuran (sama ada
menyatakan secara ansuran atau tidak) tetapi tidak menyatakan termasuk
mana-mana perjanjian:
(a) Harta dan barang terkandung melewati masa perjanjian atau
ketika atau pada bila-bila masa sebelum penyerahan barang-
barang atau,
(b) Di bawah mana orang yang menyewa atau membeli barang-
barang adalah orang yang terikat dalam tred(jalinan
hubungan) atau perniagaan barang-barang yang terkandung
di dalam perjanjian.
Berdasarkan seksyen 2 ini, terdapat dua pengertian:
20
1. Penyewaan barang dengan pilihan untuk membeli yakni
membeli sewa beli merupakan satu bentuk perjanjian di
mana pembeli diberi pilihan untuk menyewa sesuatu barang
dalam tempoh tertentu dan apabila tempoh berakhir maka
pindahan milik berlaku.
2. Sewa beli merangkumi perjanjian untuk membeli barangan
secara ansuran dengan syarat tiada pemindahan milik
berlaku selagi bayaran penuh tidak dilakukan atau semua
bayaran ansuran tidak dilangsaikan.
Merujuk kepada fakta kes Credit Corp (M) Sdn. Bhd. lawan The Malaysian
Industrial Finance Corp. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa hak
milik kereta tidak akan berpindah milik selagi semua bayaran ansuran tidak
dilangsaikan dan memenuhi tanggungjawab di bawah perjanjian sewa beli
yang dibuat antara dua syarikat ini. Prinsipal kes ini menyatakan hakmilik
sesuatu barang itu tidak akan berpindah milik selagi bayaran sepenuhnya
tidak dilangsaikan dan wajib memenuhi setiap tuntutan perjanjian sewa beli
yang telah dibuat.
Kesimpulan: Raiza Sdn Bhd. perlu membuat satu kontrak sewa beli dengan
Lazio Sdn, Bhd. untuk membeli lori tersebut dengan bayaran ansuran
RM1000 sebulan bagi setiap lori dan hanya akan memiliki hak sepenuhnya
lori-lori tersebut setelah melangsaikan ansurannya seperti yang dinyatakan di
dalam seksyen 2 ASB 1957.
(b) Silpa Sdn Bhd proposes to supply a quantity of rice to Raiza Sdn Bhd at RM
10.00 per kg or RM 12.00 per kg.
Isu: Harga yang ditawarkan oleh Silpa Sdn. Bhd. kepada Raiza Sdn. Bhd.
21
Harga menurut Seksyen 2 Akta Jualan Barang (AJB) 1957 menyatakan
balasan wang bagi sesuatu jualan barang-barang.
Ini beerti, jika balasan yang dibuat itu bukan berupa wang maka bukan digelar
kontrak jualan barang tetapi kontrak pertukaran barang. Jika ada berlaku
pembayaran dan pertukaran barang sekaligus digelar kontrak penjualan
barang.
Seksyen 6 (1) AJB 1957 menyatakan pengkelasan barang-barang terbahagi
kepada dua iaitu:
1. Barang sedia ada (existing good)
2. Barang masa hadapan (future good)
Dalam seksyen 6 (1) menyatakan barang-barang yang membentuk hal
perkara sesuatu kontrak jualan boleh sama ada barang-barang yang ada,
dipunyai atau dimiliki oleh penjual, atau barang-barang masa hadapan.
1. Barang sedia ada ialah barang yang sudah pun dimiliki atau
disimpan oleh penjual.
Barang sedia ada ini terbahagi kepada 2:
a) Barang tertentu iaitu barang yang sudah dikenalpasti seperti
bernombor pendaftaran kenderaan.
b) Barang yang belum ditentukan iaitu barang yang belum
dikenalpasti semasa kontrak dibuat.
1. Barang masa depan ialah barang yang belum wujud dan
dihasilkan selepas kontrak dilaksanakan. Contohnya,
tempahan komputer riba model Mx17 dan akan dihasilkan
oleh penjual.
22
(c) Ziko Sdn Bhd proposes to rent Raiza Sdn Bhd’s warehouse at Jalan Mati,
Petaling Jaya for RM 3000.00 per week. Raiza Sdn Bhd has not responded.
Isu. Raiza Sdn. Bhd. tidak memberikan maklumbalas kepada Ziko Sdn. Bhd.
berkaitan tawaran untuk menyewa gudang Raiza Sdn. Bhd. Komunikasi tidak
lengkap berlaku.
Fakta kes disini menurut kaedah am, sesuatu penerimaan akan menjadi
lengkap apabila penerimaan telah dikomunikasikan kepada pembuat
cadangan oleh penerimaan. Contohnya Ahmad membuat cadangan kepada
Talib untuk menjual keretanya. Ali bersetuju untuk membeli kereta tersebut.
Penerimaan yang dibuat oleh Talib mestilah sampai kepada pengetahuan
Ahmad. Justeru itu barulah boleh dikatakan bahawa komunikasi lengkap
berlaku antara pencadang dan penerima.
Kes Entros lawan Miles Far East menyatakan perselisihan berlaku antara
defendan yang berada di Amsterdam dan Plaintif yang berada di London.
Plaintif telah menerima teleks dari defendan yang menyatakan
penerimaannya. Plaintif telah meminta mahkamah Inggeris menyerahkan writ
ke atas defendan. Isu didalam kes ini dimana kontrak itu wujud. Mahkamah
telah memutuskan bahawa writ dibenarkan kerana kontrak wujud di London
kerana penerimaan telah sampai kepada pengetahuan plaintif selaku
pencadang apabila penerimaan telah dikomunikasikan di London.
Prisipal kes di atas menyatakan ada tindakbalas menerima cadangan tetapi di
dalam kes Raiza Sdn Bhd. ini tiada tindakbalas maka secara tidak langsung
menjejaskan kesahihan kontrak.
Kesimpulan: Tiada kontrak berlaku antara Ziko Sdn. Bhd. kerana tiada
maklumbalas daripada Raiza Sdn. Bhd. berkaitan penyewaan tersebut.
23