Reka Bentuk Visual

20
OUM 49 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL PENGENALAN Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Dalam topik ini, terdapat perbincangan tentang objektif penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka bentuk visual. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran; 2. membezakan antara prinsip dengan elemen reka bentuk visual; 3. menghuraikan kepentingan setiap elemen dan prinsip reka bentuk visual; 4. menghuraikan komponen dan fungsi warna; 5. menghuraikan keluarga huruf dan faktor pemilihan huruf; dan 6. menghasilkan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visual dengan baik.

description

EDU

Transcript of Reka Bentuk Visual

Page 1: Reka Bentuk Visual

OUM 49

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

PENGENALAN

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripadapernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untukmeningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual dalam pembelajaranadalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual,adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancanganyang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Dalam topik ini, terdapat perbincangantentang objektif penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka bentuk visual.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran;

2. membezakan antara prinsip dengan elemen reka bentuk visual;

3. menghuraikan kepentingan setiap elemen dan prinsip reka bentuk visual;

4. menghuraikan komponen dan fungsi warna;

5. menghuraikan keluarga huruf dan faktor pemilihan huruf; dan

6. menghasilkan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visualdengan baik.

Page 2: Reka Bentuk Visual

50 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

PETA MINDA TOPIK

Page 3: Reka Bentuk Visual

OUM 51

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

4.1 KONSEP DAN FUNGSI VISUAL

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik danvideo (sebagai satu contoh bahan elektronik), menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenisvisual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatusubjek atau situasi yang sebenar.

Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripadadua kategori visual iaitu:

• Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbolyang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Sebagai contoh, sebuah kartun dilukisbagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di sini, setiap karektor kartundilukis menyamai konsep asal.

• Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya.

Ketiga-tiga bentuk visual yang disebutkan boleh berdiri sendirian atau secara kombinasi.

Seperti yang dinyatakan tadi, visual mempunyai fungsi yang amat penting dalam komunikasi.Namun, fungsi ini hanya berperanan jika visual itu mempunyai ciri-ciri berikut:

• mudah, jelas dibaca dan difahami;

• mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkintidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalusukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan;

• mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalamvisual; dan

• membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

Bagaimanakah semua ciri ini dapat dipenuhi? Jawapannya ialah dengan mempelajari rekabentuk visual.

Reka bentuk visual boleh disamakan dengan alam ini sendiri. Apabila kita mendongak kelangit, kelihatan awan bergumpal di dada langit dalam pelbagai bentuk dan ini cukup cantikdan menawan. Kadangkala, dada langit itu dihiasi dengan kapal terbang yang melintasi udaradan diikuti di belakangnya garis-garis awan putih. Ia kelihatan sebagai satu reka bentuk yangcukup harmonis. Begitu juga jika kita ke sawah padi atau ke pantai. Semuanya mempunyaisusunan tersendiri yang menjadikan kita mengenalinya sebagai pantai atau sawah padi.Pendek kata, semuanya memberi makna pada orang yang ingin berfikir. Malah, jika alam inidiperhatikan, ia menerbitkan apa yang dipanggil visual alam. Andainya visual alam ini dihayati,tidak sukar untuk kita menghasilkan bahan visual yang berkualiti.

Bolehkah anda berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi yangterdapat di sekeliling anda?

Page 4: Reka Bentuk Visual

52 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

4.2 ELEMEN REKA BENTUK VISUAL

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatukomposisi visual; sama seperti rumah yang dibentuk daripada bahan-bahan asas sepertikayu, simen, paku dan sebagainya. Rajah 4.1 menunjukkan 5 elemen grafik:

4.2.1 Ruang

Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4,kertas manila mahupun seluas padang bola. Tanpa satu ruang, sesuatu visual tidak bolehdihasilkan. Ruang perlu digunakan dengan saksama supaya reka bentuk menarik dipandang.Ruang terbahagi kepada dua jenis:

• Ruang Positif – Ruang yang digunakan.

• Ruang Negatif – Ruang yang kosong.

Rajah 4.1: Elemen-elemen grafik

Page 5: Reka Bentuk Visual

OUM 53

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Ruang positif boleh dibina dengan menggunakan garis, bentuk, tekstur dan warna. Namun,jika ruang dipenuhi hanya dengan ruang positif, komposisi visual yang dihasilkan akan kelihatansemak. Sebaliknya, jika terlalu sedikit digunakan atau terlalu banyak ruang negatif, visualyang dihasilkan kelihatan kosong dan tidak bermaya. Ini bermakna, ruang perlu digunakansecara seimbang antara positif dan negatif agar sesuatu komposisi visual kelihatan cantikdan menarik.

4.2.2 Garisan

Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akanwujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi. Ia boleh didapati dalam bentukdua dimensi dan tiga dimensi. Garis dua dimensi adalah seperti lakaran pensil, manakalagaris tiga dimensi, adalah seperti tali. Fungsi garis ialah:

(a) Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arahlarian dan lain-lain.

(b) Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.

(c) Menunjukkan kemegahan dan kekuatan.

Page 6: Reka Bentuk Visual

54 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

(d) Menunjukkan kekusutan.

(e) Melukis objek atau benda.

(f) Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

4.2.3 Permukaan

Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yangkasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. Jika andamembuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih, perbezaan ini dapat dilihatdengan jelas. Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke ataspermukaan. Kesemuanya perlu disatukan dengan wajar supaya permukaan kelihatanmenarik.

4.2.4 Bentuk Dua Dimensi

Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:

Page 7: Reka Bentuk Visual

OUM 55

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

(a) Bentuk geometri.

(c) Bentuk gambaran.

Contohnya, seperti lukisan di bawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensiketebalan.

(b) Bentuk abstrak.

Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensipanjang, lebar dan tinggi seperti kerusi, meja dan sebagainya.

Bentuk tiga dimensi tiruan pula adalah bentuk dua dimensi yang kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal seperti gambar fotodan lukisan yang diberi bayang (shade).

4.2.5 Bentuk Tiga Dimensi

Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Bentuk ini boleh didapatidalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan.

Page 8: Reka Bentuk Visual

56 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

4.3 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supayavisual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatuperaturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalammenghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip visual dibincangkan dalam pelbagai cara,khususnya dari sudut istilah yang digunakan. Namun, intipatinya tidak jauh berbeza.

Bagi modul ini, enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu:

• simplisiti;

• dominan;

• pola;

• seimbang;

• variasi; dan

• harmoni.

4.3.1 Simplisiti

Tulisan yang ditulis seperti ukiran kerawang memang cantik dipandang. Akan tetapi, jika tujuanukiran adalah supaya mesej mudah dibaca dan difahami, tulisan ini tidak sesuai digunakankerana ia sukar dibaca. Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkankefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satuperkara pada satu masa. Gambar di bawah menunjukkan konsep ini.

4.3.2 Dominan

Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaanvisual, objek atau item utama (key elements) mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibacamaksudnya oleh penonton/pembaca dengan mudah. Item utama ini mestilah menguasaiitem-item lain yang menyokongnya.

Latihan 4.1

Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi?

Page 9: Reka Bentuk Visual

OUM 57

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah:

(a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu Pertigaberdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual. Daripada kajianitu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. Rajah4.2 berikut menunjukkan perkara ini.

(b) Warna dan bentuk yang kontras.

(c) Saiz yang lebih besar.

(d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.

(e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.

(f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas.

(g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Contoh konsep dominan dapat dilihat dalam gambar di bawah ini:

41% 20%

25% 14%

Rajah 4.2: Peraturan satu pertiga (Rule of Third)

4.3.3 Pola

Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspeksusunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:

• menarik penglihatan mata ke arah item yang utama;

• menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul; dan

• mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehinggasampai kepada titik akhir.

Latihan 4.2

Berdasarkan gambar yang sama, apakah cara yang digunakan untukmenonjolkan item utama (dominan)?

Page 10: Reka Bentuk Visual

58 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

Secara ringkas, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik danmengekalkan perhatian penonton/pembaca serta memandu penonton/pembaca melihatmaksud yang terkandung dalam visual. Gambar di bawah menggunakan garis-garis bayanganpokok untuk menarik mata meninjau jauh ke dalam gambar.

Perlu diingatkan bahawa bukan hanya ilustrasi atau gambar rajah yang harus disusun; hurufdan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian daripada pola.

4.3.4 Seimbang

Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang.Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turuttumbang, iaitu rekaannya nampak janggal dan tidak menarik. Justeru, elemen grafik disusunsupaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antarabahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesamemandang. Terdapat dua jenis seimbang:

• Seimbang formal.

• Seimbang tidak formal.

(a) Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antaradua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas denganbawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang mempunyai bebananyang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah papan jongkang-jongkit ini. Satu contohseimbang formal adalah seperti berikut:

Terdapat beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual, iaitu:

(a) Pola mengikut bentuk geometri, seperti bulat, tiga segi dll.

(b) Pola mengikut huruf, seperti C, T, Z dll.

Page 11: Reka Bentuk Visual

OUM 59

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Seimbang formal mudah dicapai, kesannya masih menarik walaupun agak kurangdinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak formal.

(b) Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical)antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jikadigambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebananyang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan yangsama, cuma beratnya sahaja. Contohnya seimbang tidak formal adalah seperti berikut:

Dalam rekaan visual, kita tidak boleh menyukat berat menggunakan timbangan. Dalamhal ini, penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.Sebagai panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah atau objekyang besar di atas objek yang kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yangcerah. Begitu juga objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil.Ringkasnya, hukum graviti perlu diaplikasikan di sini.

4.3.5 Variasi

Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaanseolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah membosankan kalau sesuatu elemen itudigunakan berulang kali. Kita perlu pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya iadapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Tegasnya, variasi menyokong pola untukmeningkatkan tarikan terhadap visual, seperti dalam Rajah 4.3 berikut.

Page 12: Reka Bentuk Visual

60 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

Konsep variasi boleh dilihat dalam gambar-gambar berikut:

4.3.6 Harmoni

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Bayangkan ketika berada dipantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu harmonis dengan deruan ombakdan lambaian lembut daun kelapa. Kesemuanya bagaikan bersatu menyambut senja yangdatang.

Begitulah halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambunganidea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikutiperkembangan keseluruhan visual.

Rajah 4.3: Contoh variasi

Page 13: Reka Bentuk Visual

OUM 61

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Untuk memahami seluruh prinsip ini, anda perlu membiasakan penglihatan dengan rekaan yangada di sekitar anda. Aktiviti ini adalah latihan yang asas ke arah pembinaan visual yang baik.

Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji prinsipgrafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan.

Latihan 4.3

Pilih daripada senarai berikut, jelaskan yang manakah elemen danprinsip grafik.

(a) Bentuk abstrak:

(b) Keseimbangan:

(c) Harmoni:

(d) Garis:

(e) Pola:

Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana merekadapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dankesatuan mesej. Contoh berikut menunjukkan konsep harmoni bagi komputer yang sakitberbanding yang sihat.

4.4 WARNA

Warna adalah salah satu elemen visual. Bagaimanapun, warna biasanya dibincangkan secaraberasingan kerana tajuk ini mempunyai skop yang luas. Warna akan mencorakkan parasrupa sesuatu permukaan yang digunakan. Andainya warna yang digunakan sesuai, ia dapatmenonjolkan mesej yang hendak disampaikan. Sebaliknya, jika warna digunakan secarasebarangan, ia hanya membawa kepada kekeliruan. Berdasarkan pemerhatian rawak,kebanyakan guru masih lemah dalam pemilihan warna dan ini menyebabkan visual yangdihasilkan tidak cukup berkesan untuk menyampaikan mesej dan menarik perhatian pelajar.

Warna terbahagi kepada dua kumpulan yang besar iaitu kromatik dan akromatik. Warnakromatik mengandungi tiga sifat iaitu hiu, valiu dan kroma dan ia kadang kala digelar warnanatural, seperti kelabu, hitam dan putih. Rajah 4.4 menunjukkan 2 bahagian warna dan sifat-sifatnya.

Page 14: Reka Bentuk Visual

62 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

Biru + Kuning = HijauMerah + Biru = UnguKuning + Merah = Jingga

(iii) Warna PertengahanWarna pertengahan ialah campuran warna sekunder dengan warna utama yangterletak bersebelahannya. Warna ini dinamakan menurut warna ibu bapanya sepertibiru ungu, kuning hijau dan lain-lain.

(iv) Warna TertiarWarna ini dihasilkan dengan mencampurkan dua warna sekunder. Contohnya,campuran warna oren dan ungu menghasilkan warna merah kecoklatan yang digelaroleh sebahagian pereka sebagai russet. Warna ini lebih lembut dan cantik.Kelainannya dapat menghilangkan kebosanan, terutamanya apabila warna utamadan sekunder yang tepu digunakan secara berterusan.

Rajah 4.4: Bahagian warna dan sifat-sifatnya

(a) Hiu (hue) digunakan untuk menjelaskan warna yang khusus seperti merah, biru dansebagainya.

(b) Valiu pula menjelaskan sejauh mana gelap atau cerahnya sesuatu warna itu kelihatan.Warna putih adalah warna yang paling cerah. Ini bermakna, warna putih mempunyaisifat valiu yang tertinggi dalam semua warna. Warna kuning pula adalah warna yangpaling cerah dalam kumpulan warna kromatik.

(c) Kroma (chroma atau intensity) digunakan untuk menjelaskan intensiti atau kekuatansesuatu warna. Misalnya, warna merah cerah adalah lebih kuat merahnya daripada merahpucat. Semakin banyak bahan asing dicampurkan dalam sesuatu pigmen warna, semakinberkurangan intensiti warna tersebut.

(d) Pigmen adalah bahan yang memberi warna kepada sesuatu objek. Pigmen warna terdiridaripada empat jenis, iaitu:

(i) Warna UtamaWarna utama ialah warna asas. Ia tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain. Warna tersebut ialah biru, kuning dan merah.

(ii) Warna SekunderWarna sekunder diperolehi daripada campuran dua warna utama iaitu:

Page 15: Reka Bentuk Visual

OUM 63

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

4.4.1 Pemilihan Warna

Warna dipilih berdasarkan fungsinya. Terdapat empat fungsi warna, iaitu untuk:

(a) Membuat Penegasan dan Mewujudkan TumpuanBagi menjayakan fungsi ini, warna-warna yang digunakan haruslah dapat menegaskansesuatu elemen supaya perhatian penonton dapat ditumpukan ke arahnya. Penegasandapat dicapai dengan menggunakan warna yang berbeza. Misalnya, jika sesuatu elemenyang berwarna terang hendak ditonjolkan, maka warna latar belakangnya mestilah pudaratau malap. Selalunya, warna utama digunakan dalam membuat penegasan.Bagaimanapun, warna sekunder seperti hijau dan jingga juga boleh digunakan.

Penggunaan warna yang kontras antara latar belakang dengan subjek juga dapatmenimbulkan kesan penegasan. Warna kontras juga dikenali sebagai warna penggenap.Warna-warna tersebut terletak bertentangan di atas roda warna seperti warna merahdan hijau atau warna biru dan kuning.

Sila lihat Jadual 4.1 yang menunjukkan pemilihan warna bagi latar belakang dan latar depan.

Jadual 4.1: Kombinasi Warna yang Berkesan

Latar Belakang Latar Depan, Imej dan Teks HighlightsPutih Biru gelap Merah, oren

Kelabu cerah Biru, hijau, hitam MerahBiru muda Biru gelap, hijau gelap Merah, oren

Kuning muda Ungu, coklat Merah

(b) Memudahkan Sesuatu Item DilihatWarna ungu adalah warna yang paling kurang jelas dilihat daripada warna-warna lainatau warna yang paling rendah nilainya. Warna kuning pula adalah paling terang danjelas kelihatan. Perbandingan warna-warna lain dengan warna ungu adalah seperti dalamjadual berikut:

Kuning 12 kali lebih jelas daripada unguOren 9 kali lebih jelas daripada unguHijau 7 kali lebih jelas daripada unguMerah 5 kali lebih jelas daripada unguBiru 3 kali lebih jelas daripada ungu

Tindihan warna juga turut dapat menjelaskan sesuatu item. Tindihan warna terbahagidua iaitu:

Tindihan positif – dihasilkan apabila warna subjek yang terang diletakkan di atas lataryang berwarna kontras dengannya seperti, putih di atas hitam, kuning di atas ungu danmerah di atas hijau. Tindihan positif biasanya lebih banyak digunakan dan ia kelihatanlebih jelas.

Tindihan negatif – menggunakan warna kontras yang lemah dan menghasilkangabungan warna yang kelihatan sama. Ini disebabkan tidak banyak perbezaan di antarawarna. Contohnya warna putih di atas kuning, warna coklat di atas merah.

Page 16: Reka Bentuk Visual

64 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

(d) Melahirkan Kesan TertentuSelain daripada pembahagian warna yang telah diterangkan tadi, warna juga dibahagikanberdasarkan kesannya. Terdapat tiga kategori warna dalam bahagian ini seperti yangditunjukkan dalam Rajah 4.5.

(i) Warna PanasWarna panas terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning. Warna-warna inidigolongkan sebagai warna panas kerana ia dikaitkan dengan matahari dan api.Warna-warna panas ini menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan dan kekuatan.Ia seringkali digunakan dalam karya yang bertemakan perayaan atau kemeriahan.

(ii) Warna SejukWarna sejuk terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna inidikaitkan dengan warna langit, tumbuhan, laut dan air. Warna sejuk yang dikaitkandengan alam mewujudkan suasana kelembutan, kedamaian dan kesayuan.

(iii) Warna PsikologiTerdapat satu kumpulan warna lagi, iaitu warna psikologi. Warna juga dipengaruhioleh budaya masyarakat setempat. Misalnya, Tahun Baru Cina biasanyadigambarkan dalam warna merah. Dalam konteks ini, pereka perlulah sensitifdengan maksud warna tersebut supaya ciptaannya tidak menimbulkan kegelisahandan syak wasangka.

Rajah 4.5: Kategori warna

Cuba gunakan warna-warna analogus untuk membingkaikan sesuatu gambardan lihat kesannya.

(c) Mewujudkan Perasaan HarmoniIni dapat dilakukan dengan menggunakan warna-warna analogus, iaitu warna-warnayang terletak berhampiran dalam roda warna seperti warna kuning, kuning hijau, hijauatau warna merah, merah ungu dan ungu. Penggunaan gabungan warna ini menimbulkanperasaan selesa dan tenteram.

Bagi menentukan warna latar sesuatu visual, terlebih dahulu tentukan warna yang palingdominan dalam visual tersebut. Kemudian, pilihlah warna yang terletak bersebelahanwarna tersebut di roda warna bagi dijadikan warna latar.

Page 17: Reka Bentuk Visual

OUM 65

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

Latihan 4.4

Apakah komposisi warna yang menghasilkan warna-warna tersebut?

(a) Warna utama:

(b) Warna sekunder:

(c) Warna pertengahan:

(d) Warna tertiar:

Terdapat juga warna yang maksudnya telah diterima secara umum bagi sesuatubidang pengetahuan. Misalnya, dalam bidang sains, warna biru melambangkanwarna darah beroksigen, berbeza dengan bidang geografi, warna birumelambangkan sungai dan laut.

4.5 HURUF

Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan. Bagi memantapkanmaksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan. Pakar dalam bidang iniberpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapatmeningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Selain itu, perkataan juga dapat menarikperhatian dan mengelakkan sesuatu visual disalahtafsir.

Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan, iaitu:

• stail huruf;

• bilangan stail huruf;

• huruf besar dan huruf kecil;

• warna huruf;

• saiz huruf;

• jarak antara huruf; dan

• jarak antara baris.

4.5.1 Stail Huruf

Terdapat beratus-ratus stail huruf (fonts) pada masa ini, namun kesemua stail huruf bolehdikelaskan kepada lima keluarga iaitu:

(a) Huruf RomanHuruf roman mempunyai strok yang berselang seli antara strok nipis dan strok tebal. Iamempunyai kaki (serif) atau garis kecil melintang di tapak huruf. Kebanyakan bukumenggunakan huruf ini kerana sifatnya yang tebal dan nipis ini memudahkan pembacaan,walaupun dilihat secara sepintas lalu.

Page 18: Reka Bentuk Visual

66 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

Berdasarkan kefahaman anda, apakah kelebihan dan kelemahan setiap jenishuruf tersebut?

(b) Huruf GotikHuruf gotik mempunyai strok yang sama seluruhnya dan tidak mempunyai serif. Hurufini paling banyak digunakan dalam reka bentuk visual kerana sifatnya yang “bold” sesuaiuntuk pelbagai bentuk mesej. Ia juga digunakan dalam penerbitan buku.

(c) Huruf Sambung atau CursiveHuruf ini biasanya dikenali sebagai tulisan tangan kerana setiap hurufnya ditulisbersambung-sambung. Strok huruf ini pelbagai – nipis, tebal, licin, kasar dan sebagainya.Oleh kerana huruf ini bersambung-sambung, ia tidak digunakan dengan banyak keranaia akan menyukarkan pembacaan. Dengan penggunaan yang terhad, visual yangdihasilkan akan kelihatan cantik dan berseni lebih-lebih lagi jika ia disatukan denganmesej yang berbentuk hiburan, perayaan dan sebagainya.

(d) Huruf TeksHuruf teks kelihatan antik dan cantik, tetapi ia sukar dibaca. Biasanya ia digunakan padavisual yang bertemakan cerita lama.

(e) Huruf NoveltiHuruf ini digunakan untuk mendapatkan kesan yang berlainan daripada semua huruf diatas. Fungsinya yang utama ialah untuk menarik perhatian. Huruf ini digunakan dalamkadar yang paling sedikit seperti hanya satu atau dua huruf sahaja yang dilukis menyerupaitumbuhan, haiwan, awan larat dan sebagainya.

Berikut adalah contoh huruf daripada setiap keluarga.

4.5.2 Bilangan Stail Huruf

Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalubanyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian denganmesej.

4.5.3 Huruf Besar dan Huruf Kecil

Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda. Biasanya,huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil.

Page 19: Reka Bentuk Visual

OUM 67

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

4.5.4 Warna Huruf

Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan. Justeru, pemilihanwarna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang pelajar menggunakan hurufberwarna hijau untuk tajuk, “Aku terpenjara”. Warna hijau yang menjadi simbol kesegarandan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

4.5.5 Saiz Huruf

Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan boleh dijawab berdasarkansatu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu. Rajah 4.6menunjukkan hubungan antara jarak dan saiz huruf.

Bagaimanapun, formula ini adalah ukuran yang minimum bagi penglihatan yang normal.Andainya, kalangan penonton terdiri daripada orang tua dan mereka yang mempunyai masalahpenglihatan, saiz huruf perlu dibesarkan. Perlu juga diingatkan agar tinggi huruf perludiseimbangkan dengan ketebalan huruf agar ia kelihatan seimbang dan cantik.

4.5.6 Jarak antara Huruf

Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang; tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat.Namun, huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unitinci, tetapi ia bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan. Ertinya, huruf dijarakkanmenurut keselesaan penglihatan.

Rajah 4.6: Saiz huruf

Sebagai ukuran biasa, bagi penghasilan tranparensi, bilangan perkataan yang sesuai ialahenam bagi sebaris. Ini bermakna huruf perlu dijarakkan dengan elok untuk mendapatkanenam perkataan ini.

Tahukah anda bahawa terdapat buku fiksyen dan bukan fiksyen yang dicetakdengan saiz huruf yang diperbesarkan? Cuba dapatkan sampelnya dan kajikesan daripada penggunaan saiz huruf tersebut.

Page 20: Reka Bentuk Visual

68 OUM

REKA BENTUK VISUAL TOPIK 4

RUMUSAN

Topik ini telah membincangkan hampir kesemua aspek dalam reka bentuk visual. Denganpengetahuan ini, anda dapat menghasilkan pelbagai jenis visual yang berkualiti serta memberikesan yang mendalam kepada pelajar. Visual yang berkualiti ini akan turut menyemai nilaiestetika di kalangan pelajar dan ini akan menimbulkan disiplin yang positif kepada mereka.

GLOSARI

Garis – Garis adalah elemen yang paling mustahak yang bolehmewujudkan gambaran objek, manusia, suasana dan lain lainlagi. Garis boleh wujud dalam dua atau tiga dimensi.

Ruang – Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual,sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluaspadang bola.

Visual – Sesuatu bahan yang boleh dilihat dengan kaca mata.

Visual analogik – Ia menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatusimbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut.

Visual organisasi – Visual jenis ini merangkumi carta aliran graf, peta, carta categoridan sebagianya.

UJIAN 1

Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan ciri-ciri yangboleh menghidupkan komunikasi.

UJIAN 2

Prinsip visual berperanan menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan.Huraikan tiga unsur penting dalam prinsip tersebut.

Pilih beberapa poster yang anda gemari. Kaji huruf yang digunakan dan cubafikirkan mengapa huruf sedemikian digunakan.

4.5.7 Jarak antara Baris

Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama. Baris yang terlalurapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan.Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enambaris sahaja.