Refleksi Tokoh

2
REFLEKSI Alhamdulillah, selepas beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini, akhirnya saya telah berjaya menghasilkannya dengan sebaik mungkin. Semua ini adalah berkat tenaga daripada mereka yang banyak memberi jasa kepada saya. Pelbagai impak yang positif telah saya peroleh semasa menjalankan kajian tentang kerja kursus ini. Sebagaimana yang diketahui, saya perlu membuat esei dan perbentangan tentang tokoh tempatan atau global. Setelah membuat penilaian yang mendalam, saya telah memilih Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary atas pelbagai faktor dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada semua baik negara, organisasi mahupun individu. Kerja kursus ini merupakan perlaksanaan terbaik oleh Jabatan Pengajian Islam dan Moral(JAPIM) terutamanya dalam meningkatkan pengetahuan serta menjana pemikiran luas guru pelatih tentang tokoh-tokoh kontemporari. Hal ini kerana kita sebagai bakal guru haruslah cakna akan pengetahuan am agar dapat kita mengaplikasikan semua pengetahuan kita semasa proses pembelajaran dan mempunyai pandangan terbuka berkenaan system pendidikan negara Dalam menyiapkan tugasan ini saya menghadapi beberapa kekangan dalam mencari maklumat terutamanya bahan yang berkaitan dengan tajuk diarahkan oleh pensyarah. Hal ini kerana tokoh yang saya pilih tidak gemarkan publisiti. Namun begitu, semuanya dapat diatasi dengan usaha yang gigih. Bersyukur kehadrat ilahi, dengan bantuan pensyarah saya telah memperoleh input dalam melaksanakan sebuah kerja khusus yang bermutu dan dapat dihayati oleh audiens. Selain itu, beberapa masalah telah menimpa saya ketika dalam proses menyiapkan kerja khusus ini. Sebagai contoh, dalam mencari maklumat bahan bercetak dan internet

description

tokoh

Transcript of Refleksi Tokoh

Page 1: Refleksi Tokoh

REFLEKSI

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini,

akhirnya saya telah berjaya menghasilkannya dengan sebaik mungkin. Semua ini adalah berkat

tenaga daripada mereka yang banyak memberi jasa kepada saya. Pelbagai impak yang positif

telah saya peroleh semasa menjalankan kajian tentang kerja kursus ini. Sebagaimana yang

diketahui, saya perlu membuat esei dan perbentangan tentang tokoh tempatan atau global.

Setelah membuat penilaian yang mendalam, saya telah memilih Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin

Syed Nor Al-Bukhary atas pelbagai faktor dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada

semua baik negara, organisasi mahupun individu. Kerja kursus ini merupakan perlaksanaan

terbaik oleh Jabatan Pengajian Islam dan Moral(JAPIM) terutamanya dalam meningkatkan

pengetahuan serta menjana pemikiran luas guru pelatih tentang tokoh-tokoh kontemporari. Hal

ini kerana kita sebagai bakal guru haruslah cakna akan pengetahuan am agar dapat kita

mengaplikasikan semua pengetahuan kita semasa proses pembelajaran dan mempunyai

pandangan terbuka berkenaan system pendidikan negara

Dalam menyiapkan tugasan ini saya menghadapi beberapa kekangan dalam mencari

maklumat terutamanya bahan yang berkaitan dengan tajuk diarahkan oleh pensyarah. Hal ini

kerana tokoh yang saya pilih tidak gemarkan publisiti. Namun begitu, semuanya dapat diatasi

dengan usaha yang gigih. Bersyukur kehadrat ilahi, dengan bantuan pensyarah saya telah

memperoleh input dalam melaksanakan sebuah kerja khusus yang bermutu dan dapat dihayati

oleh audiens. Selain itu, beberapa masalah telah menimpa saya ketika dalam proses

menyiapkan kerja khusus ini. Sebagai contoh, dalam mencari maklumat bahan bercetak dan

internet adalah sangat terhad. Namun begitu, dengan pertolongan daripada rakan sekumpulan,

saya dapat membuatnya dengan sempurna.

Meninjau skop secara menyeluruh, setelah selesai melaksanakan tugas tersebut saya

dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tokoh ini. Dengan maklumat yang telah

diperolehi, saya berharap dapat mengaplikasikannya di sekolah untuk menunjukkan kehebatan

seorang individu yang biasa dapat mengubah semuanya dengan berusaha dengan gigih tanpa

mengenal erti putus asa. Selain itu, saya juga dapat idea untuk mendidik anak-anak murid saya

agar menjadi pemurah kerana dengan menderma, rezeki kita sebenarnya bukan berkurang

akan tetapi bertambah secara kita tidak sedar. Saya sangat bersyukur kerana banyak perkara

yang dapat ketahui selepas melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini banyak mengajar mengenai

kepentingan sedar akan kemampuan diri dan jangan hanya duduk selesa di satu takuk.

Page 2: Refleksi Tokoh

Pengetahuan tentang perkara ini membolehkan para guru meransang minda untuk

menghasilkan idea yang lebih kreatif dan kritis dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah serta menulis karya yang baik. Secara konklusi, tugasan

kerja khusus pendek ini dapat memantapkan sahsiah dan pemikiran seorang guru ketika sesi

pembelajaran untuk mengelakkan sebarang kekangan yang mendatang.