Refleksi Permainan Tradisional

download Refleksi Permainan Tradisional

of 1

description

refleksi

Transcript of Refleksi Permainan Tradisional

  • 5/26/2018 Refleksi Permainan Tradisional

    1/2

    REFLEKSI INDIVIDU : EDI HARIANTO SUYADI

    PENGENALAN

    Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester limaProgram Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 12 Aprildi Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau secara tertutup.

    Pelajar-pelajar dari kelas kami seramai 33 orang telah dibahagikankepada 11 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli setiap kumpulan yangmana setiap kumpulan dikehendaki menganjurkan satu jenis permainantradisional.

    Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menyediakan 4 papan caturyang telah dikecilkan. Tujuannya adalah kerana permainan ini khusus untukmembiasakan pelajar dengan buah catur yang perlu dikenalpasti. Dalampermainan ini, buah catur yang perlu adalah catur raja.

    Pada permulaan permainan, murid akan dibahagikan kepada duakumpulan iaitu kumpulan hitam dan merah. Murid dalam kumpulan merah akanmemulakan permainan. Walaupun murid dibahagikan kepada dua kumpulan,pelaksanaan permainan ini adalah secara individu.

    Sebelum permainan dimulai, kesemua buah catur akan diterbalikkan.Murid kemudian diberitahu untuk mencari buah catur raja kepunyaan lawan. Jikadia berjaya menemukan buah catur tersebut, maka dia dikira menang.

    Permainan diteruskan sehingga hanya tinggal dua orang peserta sahajauntuk bertanding dalam acara akhir.

    Tiada tempoh masa yang telah ditetapkan bagi permainan ini, dan iamenggunakan sistem pertandingan menyerupai sistem kalah mati.

    KEKUATAN/ KELEBIHAN

    Semasa menganjurkan permainan tradisional ini, antara kelebihan yang kamidapati ialah peraturan permainan yang mudah. Justeru, ia akan memudahkankami dari segi penerangan cara bermain. Kami dapat menjimatkan masa tanpaperlu memberikan penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada parapeserta.

    Kelebihan yang kedua ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkanpermainan ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

    Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangatsingkat dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadualperlawanan yang banyak.

  • 5/26/2018 Refleksi Permainan Tradisional

    2/2