Refleksi Perkhemahan

4
Refleksi Perkhemahan Pertama sekali saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan perkhemahan dengan baik tanpa apa-apa kecederaan. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah dan pihak pengurusan dan juga unit kokurikulum kerana mengadakan kem sebegini. Perkhemahan ini sangat menarik dan saya tidak akan melupakannya sepanjang hayat. Kem ini juga merupakan salah satu peristiwa manis dalam hidup saya. Sebagai proses persediaan bagi perkhemahan ini semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas mereka masing-masing. Saya sebagai penolong Patrol Orkid juga telah melaksanakan tugas saya dengan baik. Saya telah membeli barang-barang keperluan untuk perkhemahan beberapa hari sebelum perkhemahan. Apa yang saya suka mengenai perkhemahan ini adalah kami tidak diperlukan membawa baju yang banyak. Pengurusan diri di kem ini sangat rapi. Mungkin kerana kem ini melibatkan pelajar perempuan sahaja. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dan banyak pengetahuan baru telah saya timpa menerusi perkhemahan ini. Pertamanya tahap psikomotor jari-jari saya terbina daripada

description

refleksi

Transcript of Refleksi Perkhemahan

Page 1: Refleksi Perkhemahan

Refleksi Perkhemahan

Pertama sekali saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan perkhemahan

dengan baik tanpa apa-apa kecederaan. Saya juga ingin berterima kasih kepada

pensyarah dan pihak pengurusan dan juga unit kokurikulum kerana mengadakan kem

sebegini. Perkhemahan ini sangat menarik dan saya tidak akan melupakannya

sepanjang hayat. Kem ini juga merupakan salah satu peristiwa manis dalam hidup

saya.

Sebagai proses persediaan bagi perkhemahan ini semua ahli jawatankuasa

menjalankan tugas mereka masing-masing. Saya sebagai penolong Patrol Orkid juga

telah melaksanakan tugas saya dengan baik. Saya telah membeli barang-barang

keperluan untuk perkhemahan beberapa hari sebelum perkhemahan. Apa yang saya

suka mengenai perkhemahan ini adalah kami tidak diperlukan membawa baju yang

banyak. Pengurusan diri di kem ini sangat rapi. Mungkin kerana kem ini melibatkan

pelajar perempuan sahaja.

Saya telah mempelajari banyak perkara baru dan banyak pengetahuan baru

telah saya timpa menerusi perkhemahan ini. Pertamanya tahap psikomotor jari-jari saya

terbina daripada perkhemahan ini. Contohnya semasa saya membina gajet. Membina

gajet bukanlah sangat senang. Ketelitian amat penting semasa membinanya. Oleh

kerana ini melibatkan kerja-kerja yang sangat halus maka secara langsung ini membina

psikomotor jari-jari saya.

Selain itu, perkhemahan ini juga mencergaskan badan saya. Saya merupakan

seseorang yang agak malas untuk membuat senaman. Tetapi menerusi perkhemahan

Page 2: Refleksi Perkhemahan

ini saya membuat banyak senaman. Bukan sahaja senaman bagi malahan setiap

aktiviti yang dilaksanakan seolah-olah melakukan senaman kerana melibatkan semua

anggota badan. Ini memang mencergaskan diri saya.

Saya juga mendapat banyak pengetahuan baharu mengenai kemahiran-

kemahiran membuat gajet. Apabila melihat pada buku, gajet-gajet kelihatan senang

dibuat. Tetapi kesusahan hanya diketahui apabila membinanya. Kemahiran ini bukan

boleh dipelajari di semua tempat. Perkhemahan ini merupakan salah satu peluang

kepada saya untuk mempelajari teknik-teknik ini.

Selain itu, saya juga telah mempelajari untuk menguruskan diri dengan baik.

Contohnya saya pelajari untuk menguruskan diri dalam masa yang diberikan walaupun

sangat sedikit. Pengurusan masa yang baik juga diajar dalam kem ini. Kami tidak

membuang masa walaupun cuaca hujan yang menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat

dilaksanakan. Aktiviti lain telah diadakan bagi mengisi masa.

Selain itu, saya telah mempelajari nilai kerjasama. Contoh yang paling ketara

adalah semasa kami mendirikan khemah. Tanpa adanya kerjasama antara ahli

kumpulan sudah tentu kami tidak dapat mendirikan khemah kami. Bah kata pepatah

bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Jika kami tidak bersatu sudah tentu khemah kami

akan roboh. Bukan sahaja antara ahli kumpulan maka kerjasama juga wujud daripada

aktiviti yang dilaksanakan dengan ahli kumpulan yang lain.

Akhirnya saya juga memupuk nilai kegigihan daripada perkhemahan ini.

Contohnya kami gigih menyiapkan sesuatu kerja yang diberi tanpa berputus asa. Ini

dapat dilihat dengan jelas semasa kami melaksanakan masakan rimba. Kumpulan kami

Page 3: Refleksi Perkhemahan

merupakan kumpulan yang paling lambat menyalakan api dapur. Ini adalah kerana

tanah kami basah. Oleh kerana itu kami terpaksa menunggu lama untuk menyalakan

api dan memulakan masakan agak lambat. Namun kami tidak berputus asa dan dengan

kegigihan itulah kami dapat menyiapkan masakan kami. Dan dapat tempat pertama

dalam masakan rimba. Tuntasnya perkhemahan unit beruniform ini, amat

menfaedahkan pelajar guru. Harap kem-kem sebegini dilaksanakan pada masa akan

datang juga.