Refleksi Kendiri
-
Upload
zulkiflee-haron -
Category
Documents
-
view
270 -
download
6
description
Transcript of Refleksi Kendiri
Refleksi Kendiri
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah menjayakan aktiviti BIG Fasa 5
Semester 5 2013. Pelbagai imput yang dipelorehi dalam melaksankan tugas kali ini.
Akan tetapi saya ingin menulis refleksi saya tentang bagaimana program BIG ini dapat
membantu saya dalam kemenjadian saya sebagai seorang pendidik bagi menjayakan
Pelan Pembanggunan Pendidikan 201-2025,dan Wawasan 2020 berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara.
Pelan Pembanggunan Pendidikan 201-2025 menyatakan enam ciri aspirasi
utama, sembilan bidang keutamaan dan sebelas anjakan. Tiga dari aspirasi utama, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan kemahiran dwibahasa merupakan arah
baru sementara yang tiga lagi adalah penyataan semula aspirasi yang telah
dilaksanakan, iaitu pengetahuan, etika dan kerohanian serta identiti national.
Dua dari 9 bidang keutamaan PPP ini menunjangi keenam-enam aspirasi itu
terutamanya kemahiran berfikir dan dwibahasa, iaitu memantapkan kualiti kurikulum
dan pentaksiran dan meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa. Sementara bidang-
bidang keutamaan lain bertujuan mengukuh dan menambah upaya sistem-sistem
sokongan bermula dari guru-guru, kualiti sekolah, kualiti kepimpinan sekolah,
penglibatan ibubapa, sektor swasta dan masyarakat kepada keupayaan penyampaian
jentera Kementerian Pelajaran.
Diantara ciri-ciri utama yang dinyata dalam sebelas anjakan yang terkandung
dalam PPP ini saya akan kaitkan beberapa anjakan bagaimana program BIG ini
membantu dalam menjayakan PPP 2013-2025 ini.
ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada
Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah
berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir
secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan.
Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-
negara maju. Apa yang diperolehi dalam program BIG FASA 5 ini kami sebagai guru
pelatih telah diterapkan supaya kami terlebih dahulu menguasai pelbagai ilmu dengan
menguatkan kemahiran menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu
secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Sebagai contoh,kami telah dilatih
dalm program BIG ini supaya mampu berkomunikasi dengan pihak sekolah untuk
menjayakan program Benchmarking sekolah tersebut. Jika kami tidak mempunyai
kemahiran tersebut maka program tidak akan Berjaya dan kami juga tidak dapt menjadi
guru yang baik.
AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu memastikan setiap murid profisien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini,
Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa
Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa penghantar kami
dalam melaksanakan program BIG. Bahasa ini digunakan dalam pertuturan dan
penulisan. Dengan adanya kemahiran kedua bahasa ini maka kami dapat
meningkatkan diri dalam memantapkan kedua bahasa tersebut. Ini amat diperlukan
dalam mengajar di sekolah nanti. Sebagai contoh dalam aktiviti BIG Fasa 1 dahulu saya
telah diarahkan untuk membaca ikrar dalam bahasa inggeris. Walaupun agak kekok
saya berusaha mencuba membaca ikrar dalam bahasa inggeris dengan tiada bantuan
text tetapi dengan bantuan rakan-rakan. Kita dapat lihat nilai kerjasama juga dapat
terapkan dalam pengendalian bahasa.
ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu
memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama.
Pada masa yang sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa
dipupuk dengan semangat patriotisme untuk membina satu identiti nasional yang kukuh
dan jitu. Setiap aktiviti BIG yang kami laksanakan kami telah diterapkan dengan nilai-
nilai murni,tingakah laki yang baik, bekerjasama dan pelbagai lagi sikap yang baik.
Sebagai contoh BIG fasa pertama kani dikendaki bekerjasama dalam menaikan
khemah. Jika sikap bekerjasama ini kami dapat laksannakan dan menerapkan di dalam
diri maka jika kami menjadi guru nanti kami jug adapt mendidik murid agar bekerjasama
dan meningkatkan nilai-nilai yang baik kepada mereka. Dalam BIG Fasa 5 ini pula kami
diajar nilai-nilai murni semasa melawat di sekolah. Kami diarahkan untuk berpakaian
kemas,menggunakan bahasa tutur yang baik dan lemah lembut serta menghormati
guru-guru disana.
ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan
profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan
pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang
mahukan kualiti guru diberikan keutamaan. Sudah pasti apa yang diutamakan dalam
program BIG ini adalah untuk meningkatkan kualiti diri seorang guru. Setiap aktiviti
yang dilakukan dalam program BIG ini akan menfokuskan bagaimana menjadikan kami
guru pelatih ini agar menjadi guru yang berkualiti serta menjadikan guru ini sebagai
kerja yang ikhlas untuk dilaksanakan. Setiap program BIG ini akan menaikan semangat
kami untuk menjadi guru yang terbaik. Dari pandangan peribadi saya,saya pada
mulanya kurang meminati menjadi seorang guru,akan tetapi setelah menyertai program
BIG Fasa 1 saya semakin bersemangat kerana apa yang saya lihat guru bukan sekadar
mengajar murid huruf atau mengira,akan tetapi guru mendidik murid untuk menjadi
insan yang berkeyakinan tinggi, tidak mudah putusa asa dan banyak lagi. Itu
menyebabkan saya sangat meminati untuk menjadi seorang guru.
ANJAKAN YANG KELIMA (5) yang dipilih ialah memastikan pemimpin
berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Untuk itu, kKementerian akan
memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi,
serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar
mulai tahun 2013. Program BIG ini bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti
tetapi dapat menjadikan seseorang guru itu menjadi seorang pemimpin yang
berprestasi tinggi. Jika pihak kementrian ingin meletakankan kami guru yang telah
dilatih dengan penuh ilmu maka tidak akan menjadi masalah lagi.
Jika dilihat lebih mendalam lagi,program BIG ini banyak memberi maanfaat
kepada guru pelatih yang bakal menjadi guru selepas tamat pengajian. Jika kita lihat
asas teras dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ia menerapkan lima prisip iaitu
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial. Setiap program BIG akan menerapkan
prinsip-prinsip ini terhadapt guru pelatih. Seorang guru mesti dahulu mempunyai
keupayaan jasmani yang tinggi. Dengan adanya program BIG ini ia dapat meningkatkan
keupayaan jasmani didalm diri seorang guru. Menjadi guru juga perlu bijak mengawal
emosi. Pengawalan emosi juga diterapkan dalam program BIG ini. Rohani yang tinggi
juga perlu diterapkan dalam diri guru. Guru mestilah menjadi guru yang baik dan
bertanggungjawab dalam mendidik murid. Maka program BIG ini telah melatih guru
pelatih menjadi seorang guru yang baik dan dapat menjaga kebaikan rohani dalam
dirinya. Dalam diri seorang guru juga haruslah memiliki intelek yang tinggi. Guru yang
berilmu dan berpengetahuan akan dapat mejalani pekerjaan seorang guru dengan
mudah. Guru tidak akan kekok semasa mengajar kerana telah mempunyai ilmu yang
dapat digunakan pada bila-bila masa. Kemahiran social juga perlu ada dalam guru,
maka dengan adanya program BIG ini guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran
sosialnya dengan lebih baik.
Program BIG ini sememangya banyak membantu guru pelatih untuk menjadi
guru yang terbaik dimasa kelak.Sebagai mengakhiri refleksi saya ini saya akan akan
senaraikan 21 sifat-sifat guru yang cemerlang iaitu:
1. Guru memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang di ajar. Ini
bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui tentang fakta, konsep, prinsip dan
kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau matapelajaran yang diajar.
2. Guru masih aktif sebagai ahli profesional keguruan, membaca jurnal,
berbincanga dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan kemahiran di dalam
metadologi dan pengetahuan tentang pelajar dan isi kandung matapelajaran yang
diajar.
3. Guru memahami proses pembelajaran. Sebagia guru, pelajar akan dipastikan
faham tetang matapelajaran yang diajar, harapan guru terhadap pelajar dan prosedur
bilik darjah. Pelajar juga akan terbabit secara aktif denga aktiviti pembelajaran dan
guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian
kefahaman.
4. Guru berperanan sebagai ‘broker pendidikan’, mengetahui cara untuk
mendapatkan maklumt tentang perkara yang diajar dan mengetahui sumber- sumber
maklumat yang terbaik tentang maatapelajaran tersebut.
5. Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi model
atau ikutan pelajar.
6. Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima perubahan.
7. Guru mesti berlaku adil dna saksama terhadap pelajarnya tanpa mengambil
kira soal jantina, bangsa, agama, kewargenegaraan, status sosial dan perkara-perkara
lain.
8. Guru mesti melakukan persediaan untuk memngajar sama ada menulis
persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti
pembelajaran.
9. Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan. 10. Guru berperanan
sebagia pembuat keputusan yang berkesan.
11. Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para
pelajarnya.
12. Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap pelajar dan menyediakan
persekitaran yang positif dan membina bagi aktiviti pembelajaran.
13. Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap orang pelajar.
14. Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian
terhadapa pembelajaran pelajar.
15. Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa, rakan
setugas, pihak pentddbir dan staf-staf lain di samping sentiasa mengamalkan etika
profesionalisme perguruan.
16. Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab
profesionalisme perguruan.
17. Guru menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang aktiviti yang ada
kaitan dengan proses pembelajaran.
18. Guru juga mesti pandai berjenaka tetapi tidak berlebihan supaya tidak
menjatuhkan kewibawaannya sebagia seorang guru.
19. Guru mesti mahir mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian khusus
dalam pembelajaran.
20. Guru mesti menunjukkan kepada pelajar bagaimana matapelajaran yang
dipelajari boleh digunakan di dalam aspek kehidupan seharian.
21. Guru mesti seorang yang boleh dipercayai.
Pelan Pembanggunan Pendidikan 2013-2025
5 Anjakan yang dipilih dalam BIG Fasa 5
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi
ditempatkan disetiap sekolah
Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
Melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai
Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion
keguruan sebagai profesion pilihan
Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
Lampiran