REFLEKSI

download REFLEKSI

of 3

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSI Bersyukur kepada Allah SWT dengan segala kekuatan dapatlah saya menyiapkan kerja kursus Moral dan saya telah mengalami beberapa masalah untuk menyiapkan kerja kursus ini tetapi berkat kesabaran serta usaha yang telah pensyarah serta kawan-kawan dapatlah saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini, akhirnya penulisan ini sempurna dengan jayanya. Sepanjang minggu tersebut, saya telah mengenali dan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang moral dari aspek masalah sosial yang berlaku apabila membuat lawatan moral ke sekolah yang telah dipilih iaitu Sekolah Henry Gurney di Telok Mas Melaka. Sepanjang lawatan tersebut saya telah mengenali pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid yang telah membuat kesalahan juvana iaitu kesalahan di bawaah umur. Tugasan moral merupakan satu bentuk tugasan yang pada dasarnya penghasilan

dianggap mudah namun tidak seperti yang dikatakan. Bermulanya

tugasan, kami diberikan taklimat tugasan oleh pensyarah Ustazah Shamsina binti Shamsuddin beliau menerangkan cara dan perkara yang perlu dipenuhi dalam

menghasilkan tugasan ini. Selepas itu beliau menerangkan teknik dan cara-cara melaksanakan tugasan ini dengan jayanya kerana tugasan memerlukan perkaitan masalah sosial yang berlaku dan falsafah pendidikan Negara .Perkara tersebut dapat kami selesaikan dengan mencari bahan rujukan dan rencana di perpustakaan. Semasa saya menerima tugasan ini saya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya seperti yang dikehendaki oleh pensyarah penasihat. Namun,

berkat usaha yang tidak pernah padam saya berjaya menyiapkan tugasan ini bersama rakan-rakan yang banyak membantu. Semasa memulakan kelas bersama pensyarah penasihat, saya menyangka bahawa ia satu pelajaran yang mudah. Namun, setelah mempelajarinya, barulah kami menyedari dan mengenali tentang apa yang dimaksudkan dengan moral dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Perkara ini penting kerana walaupun ianya hanya subjektif elektif tetapi sebagai seorang guru pelatih kita perlu mengetahui masalah

sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar. Keseronakan belajar moral dalam di dalam kelas banyak membantu saya dalam penghasilan kerja kursus ini. Terdapat banyak kebaikan yang saya peroleh sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Pertamanya adalah saya telah memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan serta mendapat manfaat yang berguna dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya saya dapat mengetahui murid yang mengalami masalah social yang pelbagai contonya mencuri, memukul ibu bapa, merogol dan sebagainya. Saya juga belajar tentang banyak perkara yang lain kerana sebagai setiausaha yang telah dilantik dalam merealisasikan tugasan ini banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum membuat lawatan ke henry Gurney. Walaupun terdapat faktor kekangan masa perkara tersebut dapat diselesaikan dengan jayanya. Selain itu, manfaat yang diperoleh adalah sebagai seorang guru pelatih perlu melayan semua pelajar yang bermasalah dengan taraf yang sama walaupun pelajar itu mempunyai masalah yang sukar dibendung atau diatasi. Apabila pelajar itu memahami niat guru, maka dia akan berubah. Guru juga perlu memahami perbezaan fikiran antara lelaki dan perempuan sebelum menjalankan hukuman disiplin ke atas mereka. Ini mengelakkan mereka fikir bahawa guru hanya mahu memalukan mereka dan melakukan perkara yang bertentangan dengan guru. Melalui kerja kursus ini juga saya dan rakan sentiasa berkerjasama untuk membuat tugasan yang lengkap tentang tajuk yang dikaji. Saya juga tidak lupa membahagikan tugasan dan dapat membahagikan masa sehingga dapat menyiapkan tugasan ini pada tarikh dan hari yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing. Tambahan pula kami bekerjasama menyiapkan tugasan ini sehingga terhasil dengan sempurna. Bagi mendapatkan bahan rujukan kami meminjamnya dari perpustakaan dan bahan rujukan tetap adalah sangat terhad Namun bahan rujukan yang lengkap seperti masalah sosial yang mengutarakan isu-isu yang berkaitan tugasan banyak membantu saya dan rakan dalam membuat tugasan ini. Tambahan pula saya telah mencari rujukan dalam internet untuk mencari maklumat tambahan berkaitan dengan

kerja kursus yang diberikan. Buat pertama

kalinya kami melakukan tugasan ini,

diharap agar segala kesilapan yang dilakukan dapat dimaafkan. Secara kekuatan yang ada setiap tugasan projek atau tugasan kursus pendek mempunyai masalah dan jalan penyelesaian yang tersendiri. Kita perlulah sentiasa berfikiran positif untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustazah Shamsina binti Shamsuddin kerana banyak mengeluarkan keringat untuk membantu serta mengajar saya dalam membuat tugasan ini. Seterusnya, saya dapat menimba pengalaman baru melalui kerjasama yang diberikan. Kesimpulannya, melalui kerja kursus ini saya telah mendapat input, pengalaman serta banyak pengetahuan yang berguna .Dengan pengetahuan yang ada dapatlah saya mendalami lagi tentang murid yang mempunyai masalah social dan masalah yang lain. Ucapan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap agar dapat mempelajari moral dengan lebih terperinci untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan.

Tandatangan pelajar __________________________ (MOHAMAD AKMAL ARIF BIN MOHAMAD IDRIS)