Refleksi
Click here to load reader
-
Upload
pensil-dan-pemadam -
Category
Documents
-
view
164 -
download
0
description
Transcript of Refleksi
Refleksi
Pada semester kali ini, kursus yang dipelajari dibawah Jabatan Kemahiran Hidup
ialah Perniagaan dan Keusahawanan dengan kod kursusnya RBT 3110. Tuan Haji Esa
bin Abd Rahman adalah pensyarah yang telah dipertanggungjawabkan untuk memberi
tunjuk ajar dan pengajaran di dalam kuliah ini. Kursus ini merangkumi aspek-aspek
Rancangan Pemasaran; Persekitaran Kewangan di Malaysia; Analisis Penyata
Kewangan; Perancangan dan Ramalan Kewangan; Matematik Kewangan; Pengenalan
Perdagangan Elektronik ( E-Dagang); Persekitaran Teknologi, Ekonomi, Organisasi dan
Pengguna; Aplikasi Antara dan Organisasi; Pencarian Bebas dan Terarah; Penilaian
dan Pemesanan; Pelaksanaan E-Dagang dan lain-lain lagi seperti yang telah
diperuntukkan di dalam proforma kursus.
Merujuk kepada Tugasan Kerja Kursus Projek, Melalui kursus Perniagaan dan
Keusahawanan ini, saya telah dikehendaki berpasangan bersama rakan untuk
menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Projek di mana kami perlu mengkaji serta
membuat analisis mengenai Analisis Penyata Kewangan. Melalui tugasan ini, saya
telah memperoleh pelbagai ilmu serta pengetahuan baru seperti konsep Nisbah
Kecairan, Nisbah pengurusan aset, Nisbah laveraj dan lain-lain lagi. Ilmu ini amat
berguna kepada saya kerana selain menambah pengetahuan saya ia juga berguna jika
saya menceburkan diri dalam sesuatu jenis perniagaan selepas bersara daripada
profesion perguruan kelak.
Di dalam melaksanakan tugasan ini, saya bersama rakan telah merujuk buku-
buku rujukan mengenai pengajian perniagaan, pengajian keusahawanan dan banyak
lagi sumber-sumber rujukan yang lain bagi mendapatkan maklumat mengenai analisis
penyata kewangan. Saya semakin memahami kursus ini selepas mendapat meklumat
dan membacanya dengan teliti. Setiap syarikat kewangan mahupun bukan syarikat
kewangan mempunyai analsis penyata kewangannya sendiri. Setiap analisis tersebut
menyatakan jumlah aset mereka, liability mereka dan lain lain lagi.
Di dalam tugasan ini, perkara yang ditekankan ialah analisis penyata kewangan.
Salah satu aspek yang terdapat dalam analisis penyata kewangan ialah lembaran
imbangan atau lebih dikenali sebagai kunci kira-kira. Kunci kira-kira ialah gambaran
penyata kewangan syarikat pada masa tertentu. Jika kunci kira-kira bertarikh, setakat
31 Disember 2001, bermakna pada hari itu, pada tahun itu, itulah penyata
kewangannya. Penyata ini berbeza pada hari seterusnya, atau tahun berikutnya. Kunci
kira-kira mendedahkan nilai aset syarikat. Dengan membandingkan aset semasa dan
liabiliti semasa, hasil lebihan merupakan petunjuk kepada kecairan syarikat dan
kemampuan untuk membayar bil pada masanya. Walau bagaimanapun, syarikat boleh
memanipulasikan pengkategorian liabiliti dan aset hinggakan syarikat yang mengalami
masalah kewangan pun sering melaporkan nisbah semasa (aset semasa/liabiliti
semasa) yang kukuh.
Di dalam kunci kira-kira pula terdapat perkara-perkara yang berkaitan tentang
aset dan juga liabiliti yang terutamanya. Aset boleh dijual untuk mencipta tunai.ia boleh
digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan
pendapatan tunai pada masa hadapan. Terdapat dua jenis aset iaitu aset semasa dan
aset tetap. Aset tetap kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Contoh
aset tetap ialah tanah. Bagi liabiliti pula, terdapat dua jenis liabiliti iaitu liabiliti semasa
dan liabiliti jngka panjang. Bagi analisis nisbah, kunci kira-kira kerap dianalisis dengan
menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan
sesuatu perniagaan.
Selain itu, dengan kata erti yang lain, aset merupakan harta yang dimiliki oelh
individu atau organisasi yang mana ia berfungsi sebagai pegangan semasa dan masa
depan. aset dibahagikan kepada aset semasa, aset pertengahan, dan aset tetap.
Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang
kemas, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti
rumah atau hartanah.
Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan
sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira. Nilai
bersih diperolehi dengan “jumlah aset tolak jumlah liabiliti”. Maksudnya, nilai bersih
ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu
dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan pemilik terhadap perniagaan
tersebut.Nilai bersih perniagaan hanya berubah jika pemilik perniagaan menambah
modal sendiri dalam perniagaannya (menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal
untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih),
atau jika perniagaan mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan
urus niaga perniagaan hanya merubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai
bersihnya.
Kesimpulannya, kursus Perniagaan dan Keusahawanan ini memberikan manfaat
kepada diri saya dan berguna kepada saya pada masa kelak. Diharapkan tugasan ini
dapat memenuhi kehendak Pensyarah Pembimbing iaitu Tuan Haji Esa bin Abd
Rahman.