REALITI KENAIKAN HARGA BARANGAN DI MALAYSIA PENENTUAN MUSIM •Harga buah durian secara relatifnya...
Transcript of REALITI KENAIKAN HARGA BARANGAN DI MALAYSIA PENENTUAN MUSIM •Harga buah durian secara relatifnya...
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
REALITI KENAIKAN HARGA
BARANGAN DI MALAYSIA
PERSEPSI RAKYAT MENGENAI KENAIKAN HARGA BARANGAN DI
MALAYSIA
PERSEPSI RAKYAT MENGENAI KENAIKAN HARGA BARANGAN DI
MALAYSIA
Rata-rata kebanyakan rakyat Malaysia
beranggapan kenaikan harga barangan berlaku
pada setiap masa dan kerajaan gagal
mengawal serta tidak berperanan dalam
membendung kenaikan ini.
Salah tanggapan berkaitan perkara ini
menjadikan rakyat sering menyalahkankerajaan.
REALITI SEBENAR – kenaikan harga
barangan memang berlaku tetapi bukan kepada
semua jenis barangan di pasaran.
❖ Malaysia sebuah negara
mengamalkan sistem
pasaran ekonomi terbuka
dimana harga sesuatu
barangan berdasarkan teori
Permintaan vs Penawaran.
❖ Permintaan > Penawaran –
harga barang naik
❖ Penawaran > Permintaan-
harga barang turun
❖ Kerajaan tidak kawal harga
semua barangan kecuali 5
barangan asas yang dijamin
tidak akan mengalami
kenaikan.
A. BARANGAN KEPERLUAN ASAS (BARANGAN
KAWALAN)
❖ Malaysia mengamalkan campurtangan pihak Kerajaan sepenuhnya dalam
penentuan penetapan harga dan proses turun naik harga barangan bagi
kategori barangan ini. Pihak kerajaan memberi jaminan harga barangan
Kawalan ini tidak akan mengalami kenaikan tanpa mendapat persetujuan dari
pihak kerajaan terlebih dahulu.
❖ Barangan yang tersenarai itu diperlukan oleh semua lapisan masyarakat.
Tepung gandum Beras Gula
Minyak MasakGas LPG (gas
memasak)
B.BARANGAN KEPERLUAN HARIAN (BARANGAN
BASAH)
❖ Kerajaan tidak menetapkan harga dan membiarkan harga ditentukan oleh
pasaran terbuka. Barangan ini akan mengalami kenaikan dan penurunan
berdasarkan kepada faktor Penawaran dan Permintaan.
❖ Jumlah penawaran seringkali disebabkan oleh faktor tertentu seperti faktor
musim, cuaca, lokasi dan lain-lain.
❖ Contoh barangan keperluan harian seperti ikan, daging, ayam, sayuran,buah-
buahan, produk tenusu, rempah ratus dan sebagainya (barangan ini tidak
tahan lama).
FAKTOR PENENTUAN
MUSIM
• Harga buah duriansecara relatifnya akanmenjadi lebih murahketika musim buahberbanding harganyapada ketika di luarmusim.
• Penawaran terhadapbuah durian lebihtinggi kerana jumlahbuah yang ada padaketika itu adalahbanyak dan mampumenampung jumlahpermintaan.
CUACA
• Harga ikan akanlebih tinggi padamusimtengkujuhberbanding diluar musimtengkujuhkerana jumlahpenawaran yangrendah ekorandaripadanelayan yangtidak dapatturun ke lautuntukmenangkapikan.
LOKASI/JARAK
• Harga bagi sesetengahbarangan keperluan harianmungkin lebih tinggi bagikawasan/lokasi yang jauhdan memerlukan kostambahan dari segipengangkutan seperti diLabuan.
• Harga sayur-sayuran diLabuan lebih tinggiberbanding harga sayur-sayuran yang sama di KotaKinabalu.
• Harga bahan yang samajuga didapati lebih tinggibagi kawasan pendalamanyg sukar dihubungi/kostambahan untukpengangkutan.
C. BARANGAN PILIHAN/GAYA HIDUP
❖ Dasar Kerajaan tidak menetapkan sebarang penetapan ke atas kategori jenis
ini. Proses turun naik harga barangan dalam kategori ini berdasarkan teori
Penawaran vs Permintaan. Rakyat boleh memilih samaada untuk membeli
sesuatu barangan yang mereka mahu berdasarkan kemampuan kewangan
masing-masing.
❖ Semua jenis barangan keperluan penjagaan diri (cth; kosmetik, pakaian dan
lain-lain) dan keperluan gaya hidup (cth: rumah, kenderaan, gadget dan lain-
lain) ditentukan berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti jenama, lokasi,
aktiviti dan status.
FAKTOR PENENTUAN
JENAMA
• Harga barangan yang berjenamaadalah lebih mahal jikadibandingkan dengan baranganyang tidak popular jenamanya( cth:beg tangan wanita jenama LV lebihmahal berbanding dengan jenamaPolo).
• Terpulang kepada pengguna untukmemilih barangan dalam kategori iniberdasarkan kemampuan kewanganmasing-masing.
LOKASI
• Harga barangan yang sama akanberbeza di lokasi/premis yangberlainan, jadi terpulang kepadapengguna untuk membuatpilihan berdasarkan gaya hidupdan kemampuan kewanganmereka.
• Cth: harga sepinggan nasi lemakakan lebih tinggi di Hotel-hotel/premis terkemukaberbanding harga sepinggan nasilemak yang sama di premis kedaiberstatus warung.
FAKTOR PENENTUAN
AKTVITI
• Barangan bagi aktiviti berbezakegunaan tidak akan sama denganbarangan lain yang digunakan untukaktiviti yang lain (cth: kasut danperalatan untuk kegunaan sukangolf lebih mahal berbanding kasutuntuk sukan futsal).
• Maka, terpulang kepada individuuntuk memilih jenis aktivitiberdasarkan minat dan kemampuanmasing-masing.
STATUS BARANGAN
• Barangan yang tergolong sbgbarangan terhad (limited edition)atau barangan koleksi/antikadalah lebih mahal berbandingbarangan yang sama tetapibukan tergolong dalam kategoriterhad dan antik.
• Contohnya jam berjenamakeluaran terhad adalah lebihmahal berbanding jenama yangsama tetapi bukan keluaranterhad.
PERANAN KPDNKK DALAM MENANGANI
KENAIKAN HARGA BARANGAN
Penguatkuasaan
Undang-Undang
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
Akta Kawalan Bekalan 1961
Akta Persaingan 2010
Akta Perihal Dagangan 2011
Akta Perlindungan Pengguna 1999
PERANAN KPDNKK DALAM MENANGANI
KENAIKAN HARGA BARANGAN
Inisiatif
Kementerian
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
Kempen Jualan “Back To School”
1Malaysia Discount Card (1MDC)
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan
ProgramPenyeragamanHarga
Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR)