Rancangan Pengajaran Harian Kssr Matematik Tahun 2 Indigo

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 2 INDIGO Kelas 2 I Tempoh Tarikh / Hari 6 OGOS 2015/ KHAMIS Bidang Pembelajaran Nombor Dan Operasi Topik Pecahan Standard Kandungan Di akhir pengajaran, murid akan dibimbing ; 6.1 Menamakan pecahan wajar. Standard Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid akan dapat; i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar, dan lipatan kertas. Objektif P&P Di akhir pembelajaran, murid akan dapat; Mengenal pasti pecahan wajar dengan menjawab secara lisan dan bertulis soalan yang melibatkan penggunaan bahan konkrit , gambar dan lipatan kertas.sekurang-kurangnya 6 daripada 8 soalan dengan tepat Bahan Pengajaran dan Pembelajaran :Papan tulis, buku teks, Lembaran Kerja, kek, gambar pizza, dan kertas putih Kemahiran Berfikir secara Kreatif Dan Kritis : Nilai Murni : Berani Menaakul Pendekatan / Kaedah :Penyoalan EMK : Kreativiti dan inovasi Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran : Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan lembaran kerja. Pentaksiran: Lembaran Kerja Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi: Murid ditunjukkan sebiji kek/buah-buahan, kemudian guru bahagikan kepada dua bahagian yang sama besar. Penghasilan separuh atau setengah. Seterusnya dibahagi kepada empat

description

RPH

Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Kssr Matematik Tahun 2 Indigo

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Kssr Matematik Tahun 2 Indigo

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 2 INDIGO

Kelas 2 I TempohTarikh/

Hari6 OGOS 2015/ KHAMIS

Bidang Pembelajaran Nombor Dan OperasiTopik PecahanStandard Kandungan Di akhir pengajaran, murid akan dibimbing ;

6.1 Menamakan pecahan wajar.

Standard Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid akan dapat;i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar, dan lipatan kertas.

Objektif P&P Di akhir pembelajaran, murid akan dapat; Mengenal pasti pecahan wajar dengan menjawab secara lisan

dan bertulis soalan yang melibatkan penggunaan bahan konkrit , gambar dan lipatan kertas.sekurang-kurangnya 6 daripada 8 soalan dengan tepat

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran :Papan tulis, buku teks, Lembaran Kerja, kek, gambar pizza, dan kertas putih

Kemahiran Berfikir secara Kreatif Dan Kritis :

Nilai Murni : Berani

MenaakulPendekatan / Kaedah :Penyoalan EMK : Kreativiti dan inovasi

Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran :Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan lembaran kerja.

Pentaksiran: Lembaran Kerja

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranSet Induksi:

Murid ditunjukkan sebiji kek/buah-buahan, kemudian guru bahagikan kepada dua bahagian yang sama besar. Penghasilan separuh atau setengah. Seterusnya dibahagi kepada empat bahagian sama besar.Soalan:

1. Berapa bahagian kek/buahan ini dipotong?2. Berapa bahagiankah yang semuanya?

Murid diminta menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan bahawa setiap bahagian yang terhasil dinamakan suku atau satu perempat. Suku atau satu perempat bermaksud satu daripada empat. Guru juga menegaskan jika bahagian potongan tidak sama besar, ia tidak boleh dikata suku.

Aktiviti 1 Guru menunjukkan pada murid cara melaksanakan lipatan kertas yang menunjukkan satu

perdua, satu perempat dan satu perlapan. Murid diberikan sehelai kertas. Minta murid melipat kertas itu mengikut pecahan yang diarahkan oleh

guru. Murid membahagi kertas kepada bahagian yang sama besar bagi menunjukkan

separuh/setengah, suku dengan menggunakan kertas.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Kssr Matematik Tahun 2 Indigo

Guru mengingatkan kepada murid bahawa pecahan mempunyai setiap bahagian yang sama besar.Soalan:

1. Mengapakah kertas yang dipotong oleh kamu tidak sama besar?2. Mengapakah bahagian yang dipotong mesti sama besar?

Contoh :

Pelajar dapat memerhatikan bagaimana saiz berubah dengan setiap pecahan. Sebagai alternatif, beri pelajar beberapa helai kertas pelbagai warna dan minta pelajar tuliskan pecahan itu di atas kertas.

Aktiviti 2 Memperkenalkan pecahan wajar pada murid dengan menggunakan gambar pizza. Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.

satu per dua @ one-half

satu per empat @ one-quarter

tiga per lapan @ three-eighths Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid

miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong.

Aktiviti 3 Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)  (merujuk cerita piza

di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki) Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut) (merujuk cerita piza di

atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)Contohnya:

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Kssr Matematik Tahun 2 Indigo

1 ---> pengangka2 ---> penyebut

Murid diedarkan lembaran kerja berkaitan dengan topik yang dipelajari pada hari ini.Penutup :

Guru berkongsi objektif dengan murid-murid dan diharapkan bersedia untuk topik pengajaran berikutnya.1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya adalah sama; Contoh: 1/2, 2/3 , dan sebagainya.4. Bahagian-bahagian pada pecahan:a) Pengangka - angka yang terletak di atasb) Penyebut - angka yang terletak di bawah5. Jenis-jenis pecahan:    (i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.    (ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.    (iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.    (iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.

Refleksi: