ragbi mrsm ph
-
Upload
luqman-arif -
Category
Documents
-
view
217 -
download
10
Transcript of ragbi mrsm ph
![Page 1: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/1.jpg)
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN HULU
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
HELMIE
KHAIRUL FILHAN
IKMAL BALQIS
KHAIRUL AIZAT
506
![Page 2: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/2.jpg)
RAGBI
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.
![Page 3: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/3.jpg)
KESELAMATAN DALAM RAGBI
Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah di pelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh di pakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.
Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
![Page 4: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/4.jpg)
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Antara peraturan permainan ragbi ialah: 1) Pemain tidak boleh melempar atau memukul bola dengan tangan ke
hadapan semasa membuat hantaran. 2) Pemain yang ditackle ‘mati’(tidak boleh menghantar bola) apabila Salah satu lututnya tersentuh tanah. 3) Pemain yang ditackle tidak boleh berbaring bersama bola dengan
sengaja. 4) Pemain tidak boleh melakukan tackle terhadap pemain yang tidak Membawa bola. 5)Bola dikira keluar jika kaki pemain telah menyentuh garisan tepi.
![Page 5: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/5.jpg)
BOLA RAGBI Dalam sukan ragbi, Persatuan Ragbi Kebangsaan telah
menetapkan saiz dan bentuk bola ragbi iaitu: -Panjangnya diantara 280–300 millimeter, lilitannya (hujung
ke hujung) 740–770 millimeter, dan lingkarannya (dalam lebar) lebih kurang 580–620 millimeter.
Ianya diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai,dan diperlakukan untuk dijadikan sebagai penebat air dan mudah untuk digenggam.
Berat bola ragbi tidak boleh lebih daripada 460 gram atau kurang daripada 410 gram dan tekanan udaranya mestilah diantara 65.71–68.75 kilopascals,atau 0.67–0.70 kilograms per square centimetre, atau 9.5–10.0 lbs per square inch
![Page 6: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/6.jpg)
CONTOH BOLA RAGBI
![Page 7: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/7.jpg)
PAKAIAN RAGBI
Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas, Canterburry, Hasbro dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.
![Page 8: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/8.jpg)
CONTOH PAKAIAN RAGBI
![Page 9: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/9.jpg)
POSISI PEMAIN
Suatu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain dan beberapa orang pemain gantian.
Posisi pemain boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
-Bahagian hadapan -Bahagian belakang
![Page 10: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/10.jpg)
![Page 11: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/11.jpg)
PADANG RAGBI
Padang permainan ragbi berukuran tidak melebihi 100 meter pangjang dan 70 meter lebar.
Kawasan gol berada pada hujung padang tiap-tiap kawasan yang berukuran tidak melebihi 22 meter dari garisan gol.
Pada jarak 5 meter dari garisan kedua-dua bahagian padang terdapat garisan putus-putus yang dipanggil garisan 5 meter.
![Page 12: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/12.jpg)
UKURAN PADANG RAGBI
![Page 13: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/13.jpg)
KEMAHIRAN DALAM RAGBI SKRUM- Skrum dibentuk oleh kelapan-lapan orang forwards
daripada setiap pasukan.Setiap pasukan membuat binding dalam tiga barisan.Kedua-dua pasukan berhadapan secara bahu-membahu antara satu sama lain hingga membentuk seolah-olah satu terowong atau laluan untuk scrum half memasukkan bola.
![Page 14: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/14.jpg)
TACKLE -Tackle berlaku apabila pemain yang membawa bola Dijatuhkan ke tanah oleh seorang atau lebih pemain lawan.
Tujuan melakukan tackle adalah untuk mematahkan serangan lawan.Terdapat beberapa jenis tackle yang boleh dilakukan pemain,antaranya ialah:
1)Tackle sisi 2)Tackle belakang 3)Tackle hadapan
![Page 15: ragbi mrsm ph](https://reader036.fdocument.pub/reader036/viewer/2022081416/5571fb424979599169946285/html5/thumbnails/15.jpg)
KELAB RAGBI