QIRAAT LENGKAP

20
OPEN UNIVERSITI MALAYSIA NAMA :AINAA SAFIAH BT AZIZ NO.MATRIK :8609220252720001 SUBJEK :Al-QIRAAT (HBQE2203) 1

description

q

Transcript of QIRAAT LENGKAP

OPEN UNIVERSITI MALAYSIANAMA:AINAA SAFIAH BT AZIZNO.MATRIK:8609220252720001SUBJEK:Al-QIRAAT (HBQE2203)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pendahuluan

Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. Tuhan Semesta Alam selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,isteri-isteri dan sahabat baginda.

Al-Quran yang ditulis mengikut Rasm Uthmani adalah al-Quran yang disepakati danditerima umum sebagai yang paling sahih. Mashaf al-Quran mengikut Rasm ini ditulis sesuai dengan bacaan Hafs an Asim. Lebih 85% umat Islam di seluruh dunia membaca al-Quran Hafs an Asim. Al-Quran sejak dari zaman Sayyidina Uthman bin Affan r.a. ditulis dengan Rasm Uthmani. Ianya disandarkan kepada Khalifah Uthman r.a. Semua bacaan qiraat menggunakan al-Quran yang sama walaupun diusahakan secara khusus al-Quran yang lain untuk qiraat-qiraat yang tertentu. Secara spesifiknya al-Quran Rasm Uthmaniboleh dibaca oleh semua bacaan qiraat. Ini bermakna Rasm Uthmani menepati hukum bacaan Qiraat Asara.Ilmu pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Quran dan menghafalnya. Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ianya secara langsung membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah. Dengan itu ilmu tersebut kita akan dapat merasai mujizat al-Quran dari segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami didalam bahasa Arab yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi oleh sasterawan-sasterawan Arab ketika itu dan di masa kini.

PENGERTIAN DAN PENGENALAN ILMU QIRAAT DAN RASM UTHMANIlmu pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Quran dan menghafalnya. Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ianya secara langsung membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah. Dengan itu ilmu tersebut kita akan dapat merasai mujizat al-Quran dari segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami didalam bahasa Arab yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi oleh sasterawan-sasterawan Arab ketika itu dan di masa kini.Maksud Ilmu Qiraat terbahagi kepada dua bahagian iaitu dari sudut bahasa dan istilahTakrif qiraat dari segi bahasa merangkumi dua pendapat. Pendapat yang pertama ialah qiraat didatangkan dengan maksud bacaan iaitu himpunan huruf dan kalimah-kalimah yang sempurna. Qiraat pada asalnya dari kata terbitan iaitu qaraa (), qiraah () dan quranan () atas wazan fulan () seperti ghufran, syukran dan lain-lain lagi. Perkataan Qiraat itu berbentuk masdar dengan isim maful iaitu maqru (dibaca).Pendapat yang kedua, qiraat jama atau himpunan dari perkataan qiraah () ; dari perkataan asal qaraa (), bagi pendapat salaf pula menjelaskan lafaz qiraah dalam nas al-Quran yang sempurna untuk memberi keterangan tentang kehilangan al-Qura (). Qiraah dalam bahasa ialah jama atau himpunan, setiap sesuatu himpunannya adalah qiraah ; dinamakan al-Quran kerana himpunan yang merangkumi ayat-ayat yang berbentuk cerita, perintah, larangan, perjanjian dan sebagainya dalam sebahagian surah-surah di dalam al-Quran.Menurut Dr. Syiyan Muhammad Ismail dalam kitabnya Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha pula, qiraat adalah jama kepada kalimah qaraa (), iaitu pada asal adalah masdar qa raa (). pendapat yang lain, qaraa fulan () ( baca si fulan), yaqrau () iaitu dia baca dan qiraah () iaitu bacaan. Daripada pengertian-pengertian yang telah disebutkan tadi, dapatlah disimpulkan bahawa qiraat dari segi bahasa membawa maksud bacaan-bacaan yang berasal dari kata terbitan qaraa (), qiraah () dan quranan ().Takrif qiraat dari segi istilah mempunyai beberapa maksud antaranya ialah menurut Abdul Fattah Al-Qodi dalam penulisannya, Al-Budur Az-Zaahirah. Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek dan sebagainya. Bagi pendapat Ustaz Hj. Mohd Nazri Abdullah, qiraat ialah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Semenjak penurunan wahyu yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan qiraat hingga kini yang sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulama yang silih berganti.Manakala daripada sumber lain pula, ilmu qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana al-Quran dan qiraat merupakan sunnah muttaba. Menurut Syiyan Muhammad Ismail dalam Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, qiraat ialah suatu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran yang khilaf dan keadaan kalimah-kalimah tersebut.

Rasm dari segi bahasa bermaksud kesan atau bekas. Dari segi istilah pula ialah menggambarkan lafaz dengan huruf-huruf hijaiyah, atau menggambarkan lafaz yang dimaksudkan dan cara menggambarkannya ialah dengan menggunakan huruf-huruf hijaiyah, bukan menuliskan huruf hijaiyah berdasarkan nama-namanya, misalnya huruf tidak ditulis dengan . Rasm juga boleh diertikan dengan maksud penulisan yang mempunyai kaedah-kaedah tertentu. Ibn Taimiyyah memperjelaskan lagi pengertian Rasm dengan katanya : Rasm ialah huruf yang berbagai-bagai yang tidak sama dengan apa yang dibaca.Jadi ilmu resam ialah ilmu yang membincangkan cara-cara menulis lafaz atau sebutan untuk memelihara pengucapan huruf asalnya , seperti menambah , mengurangkan , menyambung , memisahkan dan menggantikan huruf .Justeru dimaksudkan dengan huruf asal ialah penulisan bagi sesuatu huruf dimana dapat diketahui cara memulakan dan mewakafkan bacaan padanya .Rasm Uthmani ialah sistem penulisan al-Quran mengikut yang disepakati di zaman Sayyidina Uthman r.a. Prosesnya dengan pengumpulan dan penulisan kalimah-kalimah al-Quran yang terdapat pada mashaf-mashaf yang ditulis oleh para sahabat sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga ke zaman pemerintahan Sayyidina Uthman Bin Affan r.a. Kaedah ini dinamakan Rasm Uthmani kerana pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan r.a. ayat-ayat al-Quran ditulis dan dihimpunkan secara khusus seperti mashaf yang ada pada hari ini. Pengumpulan al-Quran dan penulisannya yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. adalah berdasarkan tulisan orang Quraisy. Demi memelihara bacaan al-Quran yang tepat hanya al-Quran Rasm Uthmani sahaja yang difatwakan sebagai yang sahih. Membaca al-Quran yang bertulis dengan Rasm Uthmani memenuhi rukun membaca al-Quran. Terdapat beberapa keunggulan Rasm Utmani. Antaranya:Al-Quran diterima Rasulullah s.a.w. secara langsung daripada malaikat Jibril a.s. Rasulullah s.a.w pula memperdengarkannya kepada sahabat untuk dihafal. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabat yang mahir menulis untuk mencatatkan wahyu dalam bentuk tulisan. Baginda memberi arahan yang lengkap mengenai cara menulisnya. Apabila Rasm Uthmani direalisasikan Sayyidina Uthman r.a. mengekalkan kaedah yang telah dimulakan oleh Rsulullah s.a.w. Ini bermakna Sayyidina Uthman r.a mengekalkan sunnah RasulullahS.A.W.Berdasarkan mushaf Imam yang ditulis oleh para sahabat r.a. pada zaman Sayyidina Uthman , kaedah resam Uthmani boleh dibahagikan kepada enam bahagian yang utama iaitu :

1.Kaedah Hazaf (membuang huruf).2.Kaedah Ziadah(menambah) huruf.3.Kedah menuliskan huruf Hamzah.4.Kaedah Ibdal(menukar) huruf.5.Kaedah merangkai dan menceraikan huruf.6.Kaedah pada dua Qiraat yang ditulis dalam satu bentuk (atau lebih) .

HUBUNGAN ILMU QIRAAT DAN RASM UTHMRasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telahditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat.Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris. Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qiraat. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa contoh berikut:

1.Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan Terdapat qiraat yang mempunyai lebih dari satu bacaan dan ia ditulis dengan satu penulisan sahaja. Contoh: , ,Perkataan di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca dengan sod dan sin. Perkataan tersebut meskipun ia ditulis dengan sod, namun asal hurufnya ialah sin. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sod sahaja sedangkan terdapat beberapa masyarakat Islam seperti di Makkah membacanya dengan huruf sin.

2. Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan Bahagian kedua ini membincangkan qiraat yang ditulis dengan penulisan yang sama di mana ia merangkumi bacaan yang selainnya. Perbezaan yang berlaku hanyalah pada baris dan titik. Contoh:

: Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu huruf ba dan huruf ta.Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebutmerangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris. Makapenulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar ke negaranegaraIslam. Contoh lain:Berdasarkan : Berdasarkan pada ayat di atas, perkataan dibaca dengan dua qiraat. Qiraatpertama dibaca dengan mengekalkan huruf alif soghirah selepas huruf mim. Maka iadibaca dengan dua harakat . Adapun qiraat yang kedua pula dengan membuangalif soghirah tersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja, . Kedua-duaqiraat iniperkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka, penulisanMaka, penulisanperkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain:

:

Juga pada kalimah di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu dan . Kedua-dua qiraat ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris.Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

3.Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris)

Juga terdapat perbezaan qiraat pada satu perkataan di mana ia berkaitan denganpenambahan dan pengurangan huruf. Contoh:

: Pada kalimah bergaris di atas, terdapat dua bacaan yang berbeza antara satu sama laindi mana bacaan yang pertama seperti di atas (oleh Ibn Kathir, Abu Amr, Asim,Hamzah, al-Kisaie, Yaqub, Khalaf al-Asyir), manakala bacaan yang kedua pula ialah (oleh Nafi, Ibn Amir, Abu Jafar). Oleh kerana itu, bacaan pertama ditulis padamushaf ahli al-Kufah dan al-Basrah, manakala bacaan kedua ditulis pada mushaf ahli al-Madinah dan al-Syam. Contoh lain:

:

Pada ayat di atas, terdapat dua qiraat yang berbeza dari segi penambahan perkataandan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca denganmenambah pada ayat mengikut bacaan Imam Ibn Kathir.Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan membuang Maka penambahan perkataan hanya berlaku pada mushaf Makkah sahaja.

4.Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdim dan Takhir

Pada bahagian yang keempat ini pula, terdapat qiraat yang berbeza dari segi taqdim(mendahulukan) dan takhir (mengakhirkan) sesuatu perkataan. Contoh:

:

Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qiraat iaitu Imam Hamzah, al-Kisaie dan Khalaf al-Asyir membacanya dengan mendahulukan daripada . Qiraat yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn Amir pula membacanyadengan mengakhirkan dan dibaca dengan tashdid (bersabdu). Ada pun qiraatketiga yang dibaca oleh Imam Nafi, Abu Amr, Asim, Abu Jafar dan Yaqub pulamembacanya sebagaimana pada ayat di atas. Maka terdapat mushaf yang ditulisdengan mendahulukan dan juga terdapat mushaf yang mendahulukan . Perbezaan penulisan mengikut qiraat seperti ini telah dijelaskan oleh AbuAmr al-Dani di dalam kitab beliau: Sebabnya ialah tatkala Amir al-Mukminin Uthman binAffan r.a. menghimpunkan suhuf kepada mushaf, beliau berhadapan dengan masalahperbezaan qiraat dan perlukan kepada penulisan al-Quran yang mengikuti bahasaQuraish .... Namun begitu, beliau mengetahui bahawa kesemua mushaf perlu ditulismengikut satu kaedah penulisan dengan mengulang penulisan beberapa perkataanyang berbeza hurufnya. Maka satu perkataan ditulis pada satu mushaf dan dihantar kenegara yang penduduknya membaca dengan bacaan tersebut. Juga bacaan keduaditulis pada mushaf yang lain dan dihantar ke negara yang penduduknya membacandengan bacaan tersebut. Maka ini adalah sebab ditulisnya perkataan yang berbeza dandihantar ke negara-negara Islam ketika itu.

KESAN ILMU QIRAAT TANPA RASM UTHMANI

Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama.Pertamanya, penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur Ulama).Keduanya, Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus malah Wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana, melalui rasm uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara. Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Rasm Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani ini dalam pengajian al-Quran.Dengan itu terdapat dua kesan seandainya ilmu Qiraat tanpa Rasm Uthman iaitu, penguasaan ilmu tajwid menjadi tidak sempurnaan apabila membaca Al-Quran. .Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan membaca membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada pengertian sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani sangat penting dalam membantu menguasai hukum-hukum tajwid.Dengan memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca akan dengan mudah menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna.Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan kita untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.Dengan itu jika tidak menggunakan tulisan Rasm Uthmani dalam Ilmu Qiraat pembaca dan penghafal al Quran sukar untuk membaca dengan sempurna.Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, pembaca dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya akan memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman. Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat. Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani. Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang muktabar bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi .

Penutup

Rasm Uthmani yang telah diasaskan oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. merupakan satukaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya. KeagunganRasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang pelbagai di dalam al-Quran al-Karim. Maka penulisan qiraat yang pelbagai ini perludiseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalamAllah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmaniini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qiraat demimelahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang. Benarlah kata Allah S.W.T:Secara tuntasnya sebagai hamba Allah yang telah diutuskan kepada kita seorang Rasullah yang membawa wahyu dan mukjizat terbesar iaitu kalamullah makasama-samalah kita mempelajari Ilmu Qiraat dengan sempurna supaya pembacaan kita didalam Al-Quraan mengikut peraturan-peraturan Rasm Uthmani dengan terperinci dan sempurna.

Rujukan.Pengenalan Ilmu Qiraat Ustaz Mohd Rahim Jusoh (Pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu).Qiraat 10 MutawartitahMuhammad Amri bin Abdul Ghani..Manhaj Qiraaat 7 beserta Dalil Matan Imam As-SyatibiMohd Nazri Abdullah4.;http://omartahfiz.blogspot.com......Abu Mardhiyah. (2007).Tajwid Al-Quran. Jilid 1 dan 2.Gombak:Al-Jenderaki Enterprise.........Yamint, A.M. (1985).Ilmu Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur:Pustaka Antara.

13