Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...lalu terkeluarlah beberapa biji ubi...
Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...lalu terkeluarlah beberapa biji ubi...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2B
Modul 7
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 7
A. Bacaan
Bacaan : 1. Hidup Sepakat Membawa Berkat
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 sepakat
-sependirian, setuju
一致/同意
2 berkat
-rahmat
祝福
3 mencari rezeki
-mencari nafkah (keperluan hidup)
找生计
4 perut berkeroncong
-perut berbunyi = berasa lapar
肚子锇
5 karung
-guni/kampit yang diperbuat daripada kain
布袋
6 menawarkan diri
-menyatakan kesediaan untuk membantu
献议
7 disandarkan
-disokong pada sesuatu benda
靠在
8 hak
-milik, kepunyaan
权利
9 melakukan
-membuat
做
10
menggeleng-gelengkan
-menggoyangkan kepada ke kiri dan ke kanan
(lawannya mengangguk-angguk)
摇头
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11 milik
-kepunyaan, hak
属于
12 buat sementara waktu
-dalam masa yang singkat
暂时
13 enggan
-tidak mahu
不愿意
14 bertolak ansur
-saling memberi/menuruti
礼让
15 berazam
-bertekad
立志
16 menggali
-mengorek
挖
17 menimpa
-menghempap(benda) ; mengenai(hal)
压在/临到
18
menyesal
-berasa tidak senang hati setelah melakukan
sesuatu yang tidak baik
后悔
b. Latihan Perbendaharaan kata – Membina Ayat
1. enggan :______________________________________
2. menyesal :______________________________________
3. menimpa :______________________________________
4. milik :______________________________________
5. berazam :______________________________________
6. mencari rezeki :_____________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
___________________________________________________
7. menawarkan diri :____________________________________
___________________________________________________
8. bertolak ansur : ___________________________________
___________________________________________________
9. menggeleng-gelengkan : _____________________________
___________________________________________________
10. buat sementara waktu : _____________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Hidup Sepakat Membawa Berkat
Di dalam sebuah hutan tinggal seekor rusa bersama seekor
arnab. Tiap-tiap hari mereka bekerja, bermain dan mencari makanan
bersama-sama. Sang Rusa suka makan rumput serta daun-daun kayu.
Sang Arnab pula suka makan lobak merak dan ubi keledek.
Pada suatu hari, Sang Rusa berkata kepada Sang Arnab, “Sang
Arnab, aku lihat tanaman di kebun Pak Hassan sangat subur. Marilah
kita ke sana untuk mencari rezeki,” cadang Sang Rusa.
“Bagus juga cadangan engkau. Kalau begitu, apa kata kita pergi
sekarang juga,” ujar Sang Arnab.
Kedua-dua ekor binatang itu pun berjalanlah menuju ke kebun
Pak Hassan. Perut mereka berkeroncong apabila melihat pelbagai
jenis tanaman di kebun Pak Hassan.
Tiba-tiba, Sang Rusa terpandang sebuah karung yang terletak
di tepi pagar.
“Sang Rusa, apakah agaknya yang ada di dalam karung itu?”
tanya Sang Arnab.
“Entahlah, mungkin sayur-sayuran. Aku fikir Pak Hassan hendak
mengangkutnya ke pekan untuk dijual,” teka Sang Rusa.
“Apa kata kalau kita membukanya? Kalau tidak, kita tidak tahu
apakah isi kandungannya,” cadang Sang Arnab.
“Aku bersetuju tetapi karung ini diikat dengan tali. Bagaimana
kita hendak membukanya?” tanya Sang Rusa.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sang Arnab menawarkan diri untuk mencuba. Sang Arnab terus
memanjat karung itu dan menggigit tali tersebut. Akhirnya, Sang
Arnab berjaya memutuskan tali itu setelah menggigitnya dengan
giginya yang tajam.
Oleh sebab karung itu disandarkan di tepi pagar, mereka tidak
dapat melihat isinya. Sang Rusa menolak karung itu dengan tanduknya
lalu terkeluarlah beberapa biji ubi sengkuang, ubi keledek dan sayur-
sayuran lain. Sang Arnab melompat kegembiraan apabila mendapati
karung itu berisi dengan makanan kegemarannya.
“Wahai Sang Rusa, aku cuma inginkan lobak merah dan ubi
keledek. Sementara sayur-sayuran yang lainnya itu engkau ambillah,”
kata Sang Arnab.
“Tidak boleh. Aku yang terlebih dahulu menjumpai karung ini.
Oleh itu, kesemua isinya menjadi hak aku,” jawab Sang Rusa dengan
tegas.
“Janganlah begitu, sahabatku. Bukankah selama ini kita hidup
bersama-sama. Sepatutnya kita mesti sepakat dalam melakukan
sesuatu. Lagipun aku yang menggigit tali pengikat karung ini,” pujuk
Sang Arnab.
“Ya, memang benar apa yang engkau katakan. Sebenarnya aku
pun boleh membukanya sendiri tanpa pertolongan daripada engkau,”
jawab Sang Rusa dengan angkuh.
Sang Arnab hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan kata-
kata Sang Rusa.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Kalau semua isi karung ini menjadi milik aku, aku tidak perlu
bersusah payah mencari makanan buat sementara waktu. Kalau
engkau hendak makan lobak merah, pergilah cari dalam kebun Pak
Hassan,” sambung Sang Rusa.
“Sang Rusa, marilah kita makan sayur-sayuran ini bersama-
sama,” ujar Sang Arnab terus memujuk Sang Rusa.
“Sayur-sayuran ini terlalu sedikit. Tidak cukup kalau kita makan
bersama-sama,” ujar Sang Rusa yang tamak itu.
Sang Arnab mula naik marah apabila Sang Rusa enggan bertolak
ansur dengannya. Sang Arnab berazam untuk merampas sayur-
sayuran daripada Sang Rusa.
“Aku sungguh kesal dengan sikap engkau, Sang Rusa. Engkau
jangan cakap besar dengan aku. Kalau tidak kerana aku, tentu engkau
tidak dapat langsung melihat isi karung ini,” ujar Sang Arnab.
“Baiklah, kalau begitu marilah kita adakan pertandingan. Barang
siapa yang menang dialah yang memiliki semua sayur di dalam karung
ini,” kata Sang Rusa.
Sang Arnab mencadangkan mereka menumbangkan sepohon
pokok kayu. Sang Rusa bersetuju dengan cadangan Sang Arnab. Sang
Rusa terus menanduk pokok tersebut. Malangnya, bukan pokok yang
tumbang tetapi tanduk Sang Rusa yang patah.
“Sekarang giliran aku pula,” kata Sang Arnab.
Sang Arnab pun menggali tanah di pangkal pokok itu. Tiba-tiba
pokok itu tumbang. Arnab tidak sempat melarikan diri. Pokok
tersebut telah menimpa sebelah kaki belakang Sang Arnab.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Akhirnya, pertandingan itu telah dimenangi oleh Sang Arnab.
Semasa dia hendak mengambil karung itu, karung tersebut telah
diambil oleh Pak Hassan. Sang Arnab dan Sang Rusa berasa sungguh
menyesal.
“Kalaulah kita bertolak ansur, karung itu akan menjadi milik kita
berdua.
Tanduk aku tidak akan patah dan kaki engkau pula tidak akan
sakit kalau kita bertolak-ansur,” kata Sang Rusa dengan kesal.
Sang Rusa dan Sang Arnab berjanji akan hidup sepakat pada
masa akan datang.
B. Pemahaman
1. Mengapakah Sang Arnab dikatakan bersikap tamak (KBAT) ?
_________________________________________________
_________________________________________________
2. Mengapakah kita dilarang bersikap tamak (KBAT)? _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Apakah yang akan terjadi jika kita hanya mementingkan diri
(KBAT)?
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
________________________________________________
_________________________________________________
4. Apakah kebaikan yang diperoleh jika kita bersepakat dalam
melakukan sesuatu pekerjaan (KBAT)?
_________________________________________________
_________________________________________________
5. Senaraikan perkataan mengikut jenis :
6. Berikan peribahasa yang bermaksud “sama-sama susah dan
senang” :
______________________________________________
( %)
i-Think
Jenis Kata
Kata Ganda
1.
2.
3.
Kata Adjektif
1.
2.
3.
Kata Ganda
1.
2.
3.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
Kata Sendi
1. Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan
kata nama atau kata ganti nama dengan perkataan-perkataan atau
frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat.
2. Kata sendi terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata
ganti nama.
3. Kata sendi ditulis secara terpisah dengan perkataan yang
mengikutinya.
4. Kata sendi dan penggunaannya.
Kata Sendi
Nama Digunakan untuk Contoh
di menunjukkan tempat
yang tetap
Rumah Sareena
terletak di atas
bukit.
ke menunjukkan
arah/tempat yang
ditujui (melibatkan
pergerakan)
menunjukkan
perubahan masa
Ayah berkereta ke
pejabat setiap pagi
Mesyuarat itu telah
ditundakan ke Isnin
depan.
dari menunjukkan asal
arah/tempat
menunjukkan
asal/permulaan masa
Kreena berasal dari
Setiawan.
Rina bekerja dari
pagi tadi.
pada menunjukkan masa
bagi sesuatu
perbuatan
menunjukkan
tempat(kecil) /benda
bagi sesuatu
Pada setiap pagi, dia
akan bangun pada
pukul 7.00 pagi.
Ayah
menggantungkan
bajunya pada dinding.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
perbuatan
menunjukkan orang
menunjukkan konsep
Duit saya ada pada
kakak.
Pada pendapat saya,
dia tidak sesuai
dilantik untuk
menjadi pengawas.
kepada menunjukkan arah
orang yang ditujui
menunjukkan perasaan
terhadap sesuatu
Saodah memberi
sekotak serbuk
pencuci kepada
adiknya.
Kita mestilah hormat
kepada guru dan ibu
bapa.
daripada menunjukkan asal
orang
menunjukkan
asal/punca sesuatu
kejadian
menunjukkan
perbandingan
Kain pelekat ini
daripada kekasihnya.
Otak-otak diperbuat
daripada ikan.
Kereta lebih mahal
daripada motosikal.
dengan menunjukkan bersama
seseorang
menunjukkan
menggunakan sesuatu
alat
menunjukkan cara
sesuatu dilakukan
Saya pergi ke pasar
dengan ayah pagi ini.
Potonglah kek itu
dengan pisau yang
sesuai.
Pemuda itu memandu
keretanya dengan
berhati-hati.
untuk/demi/bagi menunjukkan tujuan
sesuatu perkara itu
dilakukan
Keith bersenam
untuk menyihatkan
badannya.
Ayah bekerja keras
demi kesejahteraan
keluarga.
Pelari terkenal itu
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
berlatih setiap hari
bagi menyaingi pelari
negara lain.
hingga menunjukkan had masa
Dia termenung di
situ dari pagi hingga
tengah hari.
sejak menunjukkan
permulaan sesuatu
masa (untuk sesuatu
peristiwa)
Sejak kematian
suaminya, Mak Limah
kelihatan sedih
sepanjang hari.
oleh menerangkan pembuat
sesuatu kerja dalam
ayat pasif
Kuih yang dibuat oleh
ibu sedap sekali.
Latihan 1.1
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai. (KBAT)
1. Buku latihan yang ada ____________ cikgu akan dipulangkan esok.
2. Puan Hamimah khuatir ____________ kesihatan anak bongsunya.
3. Kasut yang diperbuat _____________ kulit itu berharga
RM 500.00.
4. Encik Abu berkhidmat di syarikat ini ______________ tahun
1990 hingga kini.
5. Aduan yang ditujukan ___________ pihak pentadbiran telah
mendapat perhatian pihak atasan.
6. Cakera yang dilempar ___________ arah padang itu diperbuat
daripada besi.
7. Dia berbuat demikian ____________ membolehkan rancangannya
berjalan lancar.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
Latihan 1.2
Gariskan kata sendi yang terdapat dalam ayat dan betulkannya
dengan menulis jawapan dalam ruang yang disediakan. (KBAT).
1. Kak Syam dilahirkan dari Pulau Redang.
2. Ayah Manium telah membeli sebuah basikal kepadanya sebagai
hadiah hari jadi.
3. Peserta yang datang daripada Pekan telah memenangi pertandingan
melukis kali ini.
4. Gincu yang disapu di bibir Cik Mohana merah sekali.
5. Sebagai pelajar, kita hendaklah hormat pada guru.
( %)
Latihan 1.3
Pilih kata sendi yang terbaik
1. ____________ cepat, ahli bomba memadamkan api kebakaran
yang semakin marak itu.
A. Untuk B. Pada C. Hingga D. Dengan
2. Barang kemas yang disimpan _____________ dalam peti simpanan
itu kepunyaan Puan Rosnah.
A. ke B. kepada C. di D. pada
3. Bungkusan yang akan dihantar _____________ Encik Zali telah
siap diikat.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. ke B. di C. daripada D. kepada
4. Pengawal keselamatan itu akan berkawal di sini _____________
pagi esok.
A. pada B. hingga C. dari D. ke
( %)
D. Pertuturan
Bacaan 3 : Bacaan Bestari m.s. 47
1. Apakah itu demam campak ?
2. Bagaimanakah demam campak merebak ?
3. Bagaimanakah keadaan seseorang apabila menghidap demam
campak ?
4. Apakah cara yang digunakan untuk mencegah demam campak ?
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Jenis Surat Kiriman
Panduan Mengarang
1. Surat kiriman ialah karangan jenis berformat. Anda mestilah
mengetahui formatnya, seperti kedudukan alamat penulis,
tarikh menulis surat, kata-kata aluan, panggilan dan
tandatangan penulis.
2. Panggilan dalam surat sudah ditetapkan. Contoh:
Penerima surat Panggilan Penerima Gelaran Diri Penulis
sahabat saudara/
(nama penerima)
saya
bapa ayahanda anakanda
ibu bonda anakanda
anak anakanda ayahanda/bonda
abang/kakak kakanda adinda
adik adinda kakanda
datuk/nenek nenda cucunda
cucu cucunda nenda
guru cikgu saya
3. Kata-kata aluan diperlukan. Tujuan menulis surat biasanya
dinyatakan (secara langsung atau tidak langsung)
4. Karangan berakhir dengan kiriman salam dan ucapan terma
kasih sebelum tandatangan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Karangan Contoh:
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1:
Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda yang berada di luar
negeri. Ceritakan keistimewaan negara anda kepadanya. (Sila rujuk
peta minda yang disediakan)
Latihan 2 :
Anda telah berpindah ke tempat baharu. Tulis sepucuk surat kepada
sahabat anda untuk menceritakan keadaan di tempat baharu. (Sila
rujuk peta minda yang disediakan)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Simpulan Bahasa
1. otak cair : orang yang
cerdik atau pintar.
2. pasang telinga :
mendengar dengan
teliti
3. ringan mulut : suka
bercakap-cakap
4. sekangkang kera :
keluasan tanah yang
kecil
5. tangan terbuka :
menyambut sesuatu
atau seseorang dengan
sukacita
6. ambil angin : bersiar-
siar
7. batu api : orang yang
suka menghasut
8. cangkul angin :
membuat kerja yang
sia-sia
9. durian runtuh :
keuntungan yang tidak
disangka
10. hati tikus : penakut
atau pengecut
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna)
1. jalan
a. tempat lalu-lalang :
Dia meletak
motosikalnya di
tepi jalan.
b. cara : Mereka
sedang mencari
jalan untuk
menyelamatkan
budak itu.
2. jam
a. masa : Susan
mengambil masa
selama dua jam
untukmenyiapkan
kerjanya.
b. alat penyukat
masa : Kakak
membeli sebuahjam
baru untuk teman
lelakinya.
3. jelas
a. terang : Cetakan
buku itu kurang
jelas.
b. beres hutang :
Hutangnya yang
lama itu belum jelas
lagi.
Input Bahasa
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B07 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my