Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini...
Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 302
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama dibahagikan kepada:
Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama tanya
Kata ganti nama tak tentu
Kata ganti nama umum
Kata ganti nama tunjuk berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perkara atau
benda.
Contoh: ini dan itu.
Kata ganti nama diri berfungsi sebagai pengganti sesuatu benda, perkara
atau manusia. Kata ganti nama diri dipecahkan kepada
terdiri daripada tiga pihak.
Kata Ganti Nama Diri
Pihak Pertama
(Pihak yang bercakap)
Pihak Kedua
(Pihak yang
mendengar)
Pihak Ketiga
(Pihak yang
dicakapkan)
Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak
Saya
Aku
Daku
Hamba
Patik
Beta
Kami
Kita
Engkau
Awak
Kamu
Anda
Dikau
Tuan
hamba
Tuanku
Saudara/i
Tuan/puan
Kalian
Dia
Ia
nya
-Nya
Beliau
Baginda
Mereka
Kata ganti nama tanya
berfungsi menanyakan sesuatu hal atau benda, perkara atau manusia.
Boleh digunakan di depan atau di akhir ayat tanya
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh: Apakah / apa, Di manakah / di mana, Siapakah / siapa .
Kata ganti nama tak tentu
Digunakan untuk merujuk sesuatu yang tidak tentu
Contoh : apa-apa, sesiapa, bila-bila, mana-mana
Kata ganti nama umum
Kata ganti nama tanya yang digunakan dalam ayat penyata
Tanpa partikel “-kah”
Contoh : Saya tidak tahu bila dia akan pulang.
Latihan:
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Kereta __________ dibakar oleh perompak itu setelah dia dibunuh.
A. kamu
B. nya
C. kalian
D. saya
2. ______________ yang bermasalah perlulah mencari jalan penyelesaian
dengan segera.
A. Bila-bila
B. Mana-mana
C. Apa-apa
D. Siapa-siapa
3. "Jangan diusik budak kecil __________ kerana dia tidak sihat," nasihat ibu
kepada abang.
A. sana
B. itu
C. situ
D. sini
4. Saya akan akur dan tidak membantah _____________ sahaja yang disuruh
oleh ayah.
A. apa
B. mana
C. apa-apa
D. mana-mana
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 5-8
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,
atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
5. Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu, kami
A B
pun bertolak meninggalkannya. Tiada kesalahan.
C D
6. Ayah sering berpesan kepadaku agar tidak meminta pertolongan daripada
A B
siapa yang tidak dikenali. Tiada kesalahan.
C D
7. "Janganlah awak marah akan anak-anak kerana kalian tidak bersalah,"
A B
nasihat Ramli kepada isterinya. Tiada kesalahan.
C D
8. Pelantikannya sebagai pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia mewajarkannya
A
mencadangkan apa-apa sahaja usul yang dirasakan sesuai. Tiada kesalahan.
B C D
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah
mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah seni turut mengalir dalam diri anak-anak pelakon veteran itu.
III Arus elektrik dapat mengalir dengan baik melalui bahan-bahan seperti besi, perak, dan tembaga.
IV Dia mengelap peluh yang mengalir di dahinya.
a) I dan II
b) II dan III
c) I, II, dan IV
d) I, II, III, dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. I Dia sedang berusaha untuk melunaskan hutangnya kerana tempohnya sangat
mendesak. II Kerja-kerja yang mendesak itu perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini. III Azlifah terdorong ke hadapan apabila Khairani mendesaknya dari belakang. IV Seluruh dunia mendesak Perdana Menteri Britain supaya mengundurkan tenteranya dari bumi Iraq.
a) I dan III
b) II dan IV
c) I, II, dan IV
d) I, II, III, dan IV
3. I Tidak ada orang yang berani menduduki rumah yang telah lama kosong itu.
II Anak kembar Puan Rogayah akan menduduki peperiksaan STPM pada
hujung tahun ini.
III Pasukan bola sepak Malaysia menduduki tempat tercorot dalam
pertandingan peringkat Asia itu.
IV Ibu menduduki adik di atas kerusi kanak-kanak yang terdapat di dalam
restoran makanan segera itu.
a) I dan III
b) I, II, dan III
c) II, III, dan IV
d) I, II, III, dan IV
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
1. Antara tempat-tempat menarik yang akan saya lawati termasuklah Pusat Islam.
a) Antara tempat menarik
b) Di antara tempat menarik
c) Di antara tempat-tempat menarik
d) Antara tempat-tempat menarik
2. Amalan kunjung-mengunjungi sudah menjadi budaya rakyat negara ini.
a) Amalan mengunjungi
b) Amalan berkunjung-mengunjungi
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c) Amalan sating kunjung-mengunjungi
d) Amalan kunjung-mengunjungi
3. Kementerian Pertahanan akan membeli beberapa buah pesawat tempur lagi untuk
memperkukuh sistem pertahanan udara.
a) mengukuh sistem pertahanan udara
b) memperkukuhkan sistem pertahanan udara
c) memperkukuh lagi sistem pertahanan udara
d) memperkukuh sistem pertahanan udara
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Oleh sebab tidak mendapat restu daripada keluarganya, Reena Wong
menyertai pertandingan itu secara sembunyi-sembunyi.
II Perkhidmatan sistem pembentungan di taman perumahan itu diseliakan oleh
Indah Water.
III Berapa-berapa pun yang diberikan orang diterima oleh pengemis itu dengan
gembira.
IV Menurut kepada alamat yang diberikan oleh lelaki itu, rumah rakan kami itu
terletak di hujung taman perumahan
a) I dan II
b) I dan III
c) I, II, dan III
d) II, III, dan IV
2. I Sebelum meninggal dunia, Nek Jah sempat mengucapkan dua kalimah
syahadah dengan suara yang terputus-putus.
II Tindakan yang mereka ambil itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan bapa
mereka tetapi juga abang-abang mereka.
III Suara tembakan meriam yang dilepaskan oleh TLDM itu kuat sekali.
IV Apabila melihat nasi di dalam pinggan Kalang yang membumbung tinggi,
tahulah kami bahawa dia kuat makan.
a) I dan II
b) I dan IV
c) II dan IV
d) III dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. I Jururawat itu menyuruh pesakit itu melucuti pakaiannya untuk digantikan
dengan pakaian yang lebih bersih.
II Oleh sebab jalan terlalu sesak, banyak orang yang kemalaman dalam
perjalanan pulang ke kampung mereka.
III Kerja-kerja pengilangan padi itu terhenti seketika kerana bekalan elektrik
terputus.
IV Pengedaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politik.
a) II dan III
b) I, II, dan III
c) II, III, dan IV
d) I, II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.
1. "Takkanlah kamu tidak tahu bahawa di dalam sungai ini banyak
terdapat udang galah," kata Pak Bor kepada Adi.
a) Pak Bor hairan apabila Adi menafikan bahawa dia tahu di dalam sungai itu
banyak terdapat udang galah.
b) Pak Bor tidak percaya bahawa Adi tidak tahu bahawa di dalam sungai itu banyak
terdapat udang galah.
c) Adi disindir oleh Pak Bor kerana tidak tahu bahawa di dalam sungai itu banyak
terdapat udang galah.
d) Adi yang tidak tahu bahawa di dalam sungai itu terdapat udang galah yang
banyak dimarahi oleh Pak Bor.
2. Semua harta pemimpin diktator yang meninggal dunia itu akan
dirampas oleh kerajaan baharu kerana diperoleh melalui
penyelewengan kuasa.
a) Oleh sebab kuasa pemimpin diktator yang mati itu diperoleh melalui penipuan,
hartanya akan dirampas.
b) Semua harta pemimpin kerajaan diktator yang baru mati itu akan dirampas kerana
didapati melalui penyalahgunaan kuasa.
c) Kerajaan baharu akan merampas semua harta pemimpin kuku besi yang mati itu
kerana harta-harta itu didapatinya melalui penyalahgunaan kuasa.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
d) Kerajaan baharu telah menyalahgunakan kuasa bagi merampas harta pemimpin
kuku besi yang mati itu.
3. "Benteng ini hendaklah kalian tinggikan lagi supaya air sungai tidak
melimpahi tebing," kata Encik Koh kepada pekerjapekerjanya.
a) Encik Koh mengarahkan kuli-kulinya mempertinggi benteng bagi mengelakkan air
sungai itu melimpahi tebing.
b) Kuli-kuli Encik Koh diperintahkan oleh ketua mereka supaya membina tembok
untuk mengawal kemasukan air sungai.
c) Kuli itu dipaksa oleh Encik Koh untuk membina benteng yang tinggi supaya air
sungai tidak melimpahi beting lagi.
d) Untuk mengelakkan air sungai melimpahi benteng, tebing yang tinggi dibina oleh
kuli-kuli Encik Koh.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
“ada tangga nak panjat tiang”
1. Aka Anisa bertindak seperti peribahasa di atas, dia merupakan seorang yang
__________.
a) menyukai bau busuk
b) suka membantu orang lain
c) berani menghadapi risiko
d) sengaja mencari malu atau kesusahan
2. Selepas majlis itu selesai, banyak terdengar rungutan daripada kalangan
pelajar. Keadaan itu sama dengan peribahasa _________.
a) sebab mulut badan terjerat
b) rumah siap, pahat berbunyi
c) bagai murai dicabut ekor
d) seperti tempayan bocor
3. Para perompak bersenjata yang melarikan diri di dalam hutan itu sangat
berbahaya. Oleh itu, pihak polis sangat berhati-hati semasa mengesan
mereka kerana __________.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk
b) pengayuh sama di tangan, perahu sama di air
c) sebab nila setitik, rosak santan sebelanga
d) sepandai-pandai tupai melompat, sesekali akan gawal juga
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B
1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
Kata tugas
Ayat
Istilah
Imbuhan
Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Ibu menghalau dua ekor burung-burung gembala kerbau
yang memakan padi yang idjemurnya..
(ii) Baju kurung yang berwarna biru itu yang paling cantik
sekali.
(iii) Ayah menasihati abang supaya mejauhkan diri dari
penyalahgunaan dadah.
(iv) Oleh sebab terlalu sayangkan adiknya, Dayana
sanggup dituduh sebagai pencuri.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Andatidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
Kata majmuk
BA BM
Vokal (a e i o u)
Tanda baca (Aa / “ ” / - )
Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang
menjadi identiti bangsa Malaysia dan bidang kraf tangan
yang unggol di Malaysia.
(ii) Murid-murid yang ingin menyertai ekspedisi ke Taman
Negara Endau-Rompin perlu mendapatkan kebenaran
daripada ibu bapa atau penjaga mereka.
(iii) Malaysia merupakan kekayaan alam semulajadi yang
tersendiri seperti hutan yang kaya engan flora dan fauna
serta pulau dan pantai yang indah.
( /3)
3 Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
(i) Lori tersebut menyeret mangsa itu ke dalam gaung.
__________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(ii) Kami telah menangkap pencuri itu di sebuah rumah kosong di hujung
kampung.
__________________________________________________________________
(iii) Mereka akan membersihkan kawasan persekitaran rumah pada setiap hari
Ahad.
__________________________________________________________________
(iv) Ibu memarahi Jaslina kerana pulang lewat semalam.
__________________________________________________________________
(v) Dia melukis gambar pemandangan sawah padi sewaktu bercuti di kampung
pada minggu lepas.
__________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang
sesuai dengan gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan
A. Ulasann (15%)
Baca dialog di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah
perkataan.
Rangka:
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan penapat anda tentang langkah-
langkah mencegah denggi. Huraian anda yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah
perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%) – 45 minit
Karangan Jenis Peribahasa
Petua Menulis Karangan Jenis Peribahasa
1. Karangan jenis ini menghendaki anda menjelaskan maksud peribahasa yang
dijadikan tajuk karangan anda.
2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa
itu.
3. Karangan jenis ini dapat anda tulis dengan menggunakan teknik huraian atau
teknik cerita.
4. Jika anda memilih teknik huraian, anda perlu menjelaskan maksud peribahasa
tersebut serta sejarah terciptanya peribahasa itu dalam kalangan masyarakat.
5. Selain itu, jelaskan perkaitan antara peribahasa itu dengan kehidupan
masyarakat hari ini.
6. Untuk membuktikan bahawa anda faham akan maksud peribahasa itu, kaitkan
peribahasa itu dengan peribahasa-peribahasa lain yang mempunyai persamaan
maksud.
7. Jika anda memilih teknik cerita untuk menulis karangan jenis ini, maka cerita
itu hendaklah menjelaskan maksud peribahasa itu.
8. Selain itu, cerita itu haruslah dapat menggambarkan pandangan anda terhadap
peribahasa itu.
9. Teknik menulis karangan jenis ini sama dengan teknik menulis karangan jeni
cereka atau imaginasi, yakni dimulakan dengan pendahuluan, kemuncak, dan
diakhiri dengan kesimpulan yang sesuai.
10. Karangan anda boleh merupakan rekaan semata-mata atau berdasarkan
pengalaman anda sendiri.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Contoh Teknik Huraian
Peribahasa digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu
peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan amalan ialah ‘ masuk ke dalam
kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”. Tulis
satu karangan tentang peribahasa tersebut selengkapnya.
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Peribahasa masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang
kerbau menguak – telah lama wujud – masih segar hingga hari ini.
ISI PENTING
a) Bermaksud hendaklah menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan – hampir
sama maksud peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung – mempunyai
maksud yang bersifat positif.
b) Pelbagai adat resam dan kepercayaan yang diamalkan – bertepatan sekali sekiranya
peribahasa ini dijadikan pegangan dan panduan – wujudlah suasana harmoni.
c) Apabila berkunjung ke rumah orang Melayu – membuka kasut kerana ini adalah
adat kaum Melayu – menghormati tuan rumah - mengikut amalannya.
d) menjemput sahabat atau jiran yang berbangsa India – memastikan tidak ada
masakan daging lembu disediakan – mewujudkan saling menghormati dan
persefahaman.
PENUTUP
Mengingatkan kita tentang pentingnya kita pandai menyesuaikan diri – menjadikan
peribahasa ini sebagai pegangan – perpaduan kaum dapat diwujudkan.
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan berbagai-bagai peribahasa yang
diwarisi sejak zaman-berzaman. Peribahasa yang berbunyi “ masuk ke dalam kandang
kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”. Ini merupakan
salah satu daripada sekian banyak peribahasa yang telah lama wujud, namun masih
segar hingga hari ini. Pada peribahasa ini, tersirat nasihat dan pengajaran yang sesuai
dijadikan sebagai panduan hidup sepanjang zaman.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Peribahasa “ masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam
kandang kerbau menguak” membawa maksud hendaklah menyesuaikan diri dengan
tempat dan keadaan kita. Maksud peribahasa ini hampir sama dengan satu lagi maksud
peribahasa yang berbunyi, „di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, iaitu
hendaklah menurut adat dan peraturan tempat yang kita diami. Berdasarkan maksud
tersebut, ternyatalah bahawa peribahasa ini mempunyai maksud yang bersifat positif.
Dalam konteks negara kita dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum,
terdapat pelbagai adat resam serta kepercayaan yang diamalkan oleh mereka dalam
kehidupan sehari-hari. Justeru memang bertepatan sekali sekiranya peribahasa
berkenaan dijadikan pegangan dan panduan. Dengan demikian, akan timbullah
suasana yang harmoni hasil daripada sikap saling menghormati adat resam dan
kepercayaan yang diamalkan oleh pelbagai kaum tadi.
Sebagai contoh, apabila seseorang itu memasuki rumah orang Melayu, maka dia
hendaklah membuka kasutnya kerana inilah adat orang Melayu apabila berkunjung ke
rumah. Biar apapun bangsanya si pengunjung tersebut, wajar benarlah dia
menghormati tuan rumah, yakni orang Melayu yang dikunjunginya itu dengan
mengikut amalan tuan rumah berkenaan. Oleh itu, si pengunjung akan turut dihormati
oleh tuan rumah tersebut.
Begitu juga apabila seseorang yang berbangsa Melayu mengundang sahabatnya
yang berbangsa India ke rumah, maka dia harus memastikan bahawa sebarang
masakan daging lembu tidak dihidangkan kepada tetamunya itu. Ketelitian dalam hal
yang tampak seolah-olah remeh-temeh ini dapat membangkitkan sikap saling
menghormati dan membentuk persefahaman yang harmoni antara dua sahabat yang
berlainan bangsa itu.
B. Contoh Teknik Cerita
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Begitulah bunyi peribahasa Melayu.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Rangka Karangan
1. Pendahuluan
a) Maksud peribahasa
b) Contoh peribahasa lain yang sama ertinya
2. Isi-isi penting
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) Ali bercita-cita tinggi – mahu berjaya dalam pelajaran – bercita-cita untuk
ke universiti
b) Miskin – tiada kemudahan belajar dan buku rujukan
c) Meminjam buku dari perpustakaan – tidak pernah jemu – mengayuh
basikal dari rumah ke sekolah
d) Usaha gigih – berjaya ke universiti
3. Penutup
Peribahasa menjadi panduan untuk berjaya
Contoh Karangan
Peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” bermaksud seseorang
yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa
menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan. Peribahasa itu membawa maksud
yang sama dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
Ali mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia mahu berjaya dalam pelajaran. Dia
berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat universiti. Bagi
mencapai cita-citanya itu, Ali sentiasa berusaha dan belajar dengan bersungguh-
sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu.
Ali berasal daripada keluarga yang miskin. Dia tidak mempunyai kemudahan
untuk belajar. Setiap hari dia terpaksa mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk
berulang-alik ke sekolah.
Namun, Ali tidak berputus asa dengan segala kesusahan dan kepayahan yang
dialaminya. Ali menganggap segala dugaan yang dilaluinya sebagai pendorong untuk
terus berjaya. Dia sentiasa berusaha agar pelajarannya tidak terganggu. Setiap hari, Ali
pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku rujukan. Malah, Ali juga tidak
pernah berasa jemu atau merungut kerana penat mengayuh basikal pada setiap hari.
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Semua kesukaran itu tidak menjadi penghalang kepada Ali. Berkat usahanya
yang gigih, akhirnya Ali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kejayaan yang
dicapai oleh Ali adalah kerana dia sentiasa berpegang teguh kepada peribahasa, “di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Peribahasa itu turut menjadi panduan kepada
Ali untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Latihan :
(Sila guna kertas “Plot 6 Perenggan” untuk merancang karangan)
1. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, beginilah bunyinya peribahasa
Melayu dahulu kala. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.
2. Tulis sebuah karangan yang membawa erti peribahasa “Di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan”
Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my