Punca Pencemaran Alam Sekitar

3
Berikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar . Kita tidak mewarisi dunia ini daripada nenek moyang kita namun kita meminjamnya daripada cucu-cicit kita. Kata-kata pujangga Chief Seatle ini jelas menunjukkan bahawa setiap manusia yang lahir ke dunia ini bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Jelasnya, isu pencemaran alam bukanlah satu perkara yang baru di negara kita dan sentiasa menyebabkan manusia seperti cacing kepanasan. Namun perkara pokok yang sering meniti di bibir masyarakat ialah, apakah punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar? Salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pelepasan asap yang mengandungi toksik ke ruang atmosfera. Misalnya, sikap pengilang yang kurang bertanggungjawab dan mengutamakan keuntungan sanggup melepaskan asap toksik yang tidak ditapis ke dalam udara tanpa memikirkan natijahnya terhadap kesihatan manusia bahkan impaknya terhadap flora dan fauna. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing bukan sahaja membuat kita seperti cacing kepanasan malah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon di dunia.

Transcript of Punca Pencemaran Alam Sekitar

Page 1: Punca Pencemaran Alam Sekitar

Berikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Kita tidak mewarisi dunia ini daripada nenek moyang kita namun kita meminjamnya daripada cucu-cicit kita. Kata-kata pujangga Chief Seatle ini jelas menunjukkan bahawa setiap manusia yang lahir ke dunia ini bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Jelasnya, isu pencemaran alam bukanlah satu perkara yang baru di negara kita dan sentiasa menyebabkan manusia seperti cacing kepanasan. Namun perkara pokok yang sering meniti di bibir masyarakat ialah, apakah punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar?

Salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pelepasan asap yang mengandungi toksik ke ruang atmosfera. Misalnya, sikap pengilang yang kurang bertanggungjawab dan mengutamakan keuntungan sanggup melepaskan asap toksik yang tidak ditapis ke dalam udara tanpa memikirkan natijahnya terhadap kesihatan manusia bahkan impaknya terhadap flora dan fauna. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing bukan sahaja membuat kita seperti cacing kepanasan malah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon di dunia.

Page 2: Punca Pencemaran Alam Sekitar

Selain itu, penggunaan bahan-bahan kimia dalam sektor pertanian turut menyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar. Hal ini demikian kerana, baham kimia yang digunakkan oleh sesetangah orang petani akan meningkatkan kadar asid dalam tanah dan akan menjejaskan simbiosis antara sesama hidupan. Misalnya, penggunaan baja kimia dan racun rumpai bukan sahaja menjejaskan ekosistem malah turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. Oleh itu, jelaslah bahawa sektor pertanian turut menjadi salah satu faktor perdana berlakunya pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, ketamakan segelintir manusia yang sanggup membuang minyak ke dalam sungai bagi menjimatkan kos pelupusan turut menjadi salah satu faktor pencemaran alam sekitar. Sebagaimana yang kita ketahui, minyak yang dibuang ke dalam sungai akan menjejaskan hidupan akuatik serta tempat pembiakannya . Seiring dengan itu, perlakuan ini akan menjejaskan kemandirian beribu-ribu spesies hidupan akuatik.

Page 3: Punca Pencemaran Alam Sekitar

Tuntasnya, manusia pelulah bijak mengolah alang supaya alam sekitar bebas daripada anasir-anasir yamg boleh menyebabkan bumi ini menangis lagi. Oleh itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga dan semudik sehilir bagi menangani isu pencemaran alam sekitar sesungguhnya yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.