Pukulan Lob

2
Pukulan Lob Pukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang tinggi dari belakang gelanggang secara pukulan pepat atau kilas. Pada amnya, pemain menggunakan pukulan ini supaya mempunyai masa untuk bersedia semula di tengah-tengah gelanggang. Pukulan lob juga digunakan sebagai membalas servis tinggi dan memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang. Terdapat dua jenis pukulan lob, iaitu pukulan lob defensif atau pertahanan dan pukulan lob ofensif atau attacking lob. Pukulan Lob Ofensif Pukulan ini digunakan sebagai serangan di mana pemain akan memastikan bulu tangkis dimainkan dari garisan belakang gelanggang dipukul kuat dan tinggi sedikit ke belakang gelanggang pihak lawan. Pukulan ini digunakan dalam semua permainan sebagai gentian kepada pukulan lob, drop ataupun smesy apabila pihak lawan berada jauh di hadapan gelanggang dan pukulan ini baik sebagai pukulan untuk memerangkap pihak lawan. Secara asasnya, pukulan lob yang baik dilakukan seperti berikut: 1. Pemain perlu bersedia seperti hendak melakukan pukulan atas kepala (overhead stroke). Raket diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan junam dan smesy. 2. Kilaskan badan supaya 90° dan berat badan dipindah ke kaki belakang.

description

pukulan lob

Transcript of Pukulan Lob

Pukulan LobPukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang tinggi dari belakang gelanggang secara pukulan pepat atau kilas. Pada amnya, pemain menggunakan pukulan ini supaya mempunyai masa untuk bersedia semula di tengah-tengah gelanggang. Pukulan lob juga digunakan sebagai membalas servis tinggi dan memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang. Terdapat dua jenis pukulan lob, iaitu pukulan lob defensif atau pertahanan dan pukulan lob ofensif atau attacking lob.Pukulan Lob OfensifPukulan ini digunakan sebagai serangan di mana pemain akan memastikan bulu tangkis dimainkan dari garisan belakang gelanggang dipukul kuat dan tinggi sedikit ke belakang gelanggang pihak lawan. Pukulan ini digunakan dalam semua permainan sebagai gentian kepada pukulan lob, drop ataupun smesy apabila pihak lawan berada jauh di hadapan gelanggang dan pukulan ini baik sebagai pukulan untuk memerangkap pihak lawan. Secara asasnya, pukulan lob yang baik dilakukan seperti berikut:1. Pemain perlu bersedia seperti hendak melakukan pukulan atas kepala (overhead stroke). Raket diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan junam dan smesy.2. Kilaskan badan supaya 90 dan berat badan dipindah ke kaki belakang.3. Raket diayun ke belakang bahu dan siku tangan yang memegang raket mengarah ke garisan belakang.4. Bahagian bahu dan lengan yang bebas menunjuk ke arah lob.5. Kilaskan badan sambil mengayun raket ke hadapan. Pastikan raket tidak digenggam dengan kuat (loose grip). Poin konteks atau sentuhan bulu tangkis adalah pada jangkauan yang tertinggi sebelah tangan yang memegang raket.6. Permukaan raket perlu diarahkan ke sasaran yang ditujukan.7. Setelah memukul bulu tangkis, tangan raket terus bergerak ke sebelah kiri menyilang badan pemain. Ikut lajak dan berat badan berpindah ke kaki hadapan.