proses pembentukan perlembagaan
Transcript of proses pembentukan perlembagaan
PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN
Disediakan oleh:Wan Hafizah bt Wan HusainSiti Zaleha bt Abdul Hamid
PISMP 3.06
SOALAN TUTORIAL:
Menggalurkan proses pembentukan perlembagaan
1946
1948
1 April 1946
(Perlembagaan Malayan Union)
1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948)
1949
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
1957
Perlembagaan Malaysia 1963
1963
1 April 1946 (Perlembagaan Malayan Union)
British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945.
diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1
April 1946.
terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.
Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu
dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree)
bertarikh 23 Mac 1946.
semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan
Tanah Melayu 1946.
Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat
dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.
1946
1948
1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948)
Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat
kuasa pada 1 Februari 1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948.
Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya
Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.
Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota rasmi dan
sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih dan dilantik oleh Pesuruhjaya
Tinggi British.
1949
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai
hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan
ekonomi.
Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.
CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang secara
terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian.
tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar,
Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S.
Goonting dan E.E.C. Thuraisingham.
Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul
perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara
pemimpin pelbagai kaum.
1957
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Rundingan Kemerdekaan 1956
• Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London •Melalui Perjanjian London 1956, Kerajaan british bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada akhir bulan Ogos 1957.•Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan Suruhanjaya reid.
Suruhanjaya Reid 1956
•Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menggubal perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. •Anggotanya ialah Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). •Laporan Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan, Pesuruhjaya tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. •Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.
Kemerdekaan 1957
•Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.•Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama ialah Tunku Abdul rahman. •Yang di-Pertuan Agong yang pertama ialah Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan)
1963
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United
kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani
Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan
bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada,
dan persekutuan ini dinamakan Malaysia.
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia
untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957.
Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. Pada masa yang sama
juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo
Utara, Sarawak dan Singapura.
Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan
berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas
kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16
September 1963.
Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah
dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu
kemudiannya telah diisytiharkan sebagai Perlembagaan Negeri Sabah dan
Sarawak.
tamat