PROSES KITARAN HIDUP KATAK.docx

download PROSES KITARAN HIDUP KATAK.docx

of 1

description

teks

Transcript of PROSES KITARAN HIDUP KATAK.docx

  • 5/28/2018 PROSES KITARAN HIDUP KATAK.docx

    1/2

    PROSES KITARAN HIDUP KATAK

    Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur-telur katak

    melekat antara satu sama lain lalu membentuk sekelompok telur. Katak bertelur

    berpuluh-puluh sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah cara semulajadi untukmemastikan kemandirian hidup spesiesnya kerana walaupun katak bertelur dalam

    jumlah yang banyak namun tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan

    memakan telur-telur katak ini.

    Selepas 21 hari tempoh perkembangan, ia akan bertukar menjadi berudu.

    Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil

    masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat

    pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dikenali sebagai alga.

    Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati dan

    bergantung kepada keupayaannya menyamar bagi melindungi dirinya. Berudu juga

    terancam dan ia boleh menjadi makanan bagi hidupan air yang lain. Kadangkala

    berudu juga akan mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering. Kasihan si

    berudu !

    Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk,

    diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya

    yang bonjol. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untukbernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi mendapatkan makanan. Berudu

    mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput. Ekor berudu mula mengecil.

    Paru paru mula berkembang, untuk membolehkannya hidup di darat apabila telah

    sempurna menjadi seekor katak nanti.

    Selepas kira-kira 11 minggu, ia mula berkembang dengan lengkap menjadi

    katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tiada lagi ekor. Ia mula keluar dari air.

    Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat berbanding di dalam air. Katakyang kecil ni mula makan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan

    akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

  • 5/28/2018 PROSES KITARAN HIDUP KATAK.docx

    2/2